........... Pemulangan Alkitab - TAHNIAH Sultan Selangor dan MAIS ...... dan MB Azmin Pun Samalah ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Pemulangan Alkitab - TAHNIAH Sultan Selangor dan MAIS ...... dan MB Azmin Pun Samalah !

Saturday, November 15, 20147comments

Mkini
Semalam berlaku majlis pemulangan semula alkitab yang dirampas oleh JAIS kepada pihak gereja bertempat di Istana Alam Shah sambil disaksikan oleh Sultan Selangor dan MB Azmin.

Saya akui agak kecewa sewaktu mula membaca berita awal mengenainya tapi selepas memikirkan dari pelbagai sudut dan mengambilkira point utama di sebalik peristiwa pemulangan itu, saya akur dan puji pihak Sultan dan MAIS.


Artikel ini pastinya menghairan penyokong PR yang khabarnya memuji melambung MB Azmin yang kononnya telah berjaya menyelesaikan kemelut alKitab itu.


Ayat paling penting dalam proses pemulangan itu adalah  - “Pemulangan kembali Bible mengandungi kalimah 'Allah' ini dibuat dengan syarat yang ketat bahawa Bible mengandungi kalimah 'Allah' tidak diedarkan di negeri Selangor,”

Dan seperti yang rakyat Malaysia tahu, kehadiran alkitab dengan cetakan kalimah Allah merupakan kesalahan mengikut Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988.


Makanya alkitab itu dipulangkan kepada Persatuan Gereja Sarawak. Kesan dari majlis penyerahan itu adalah, pihak gereja AKUR dan TERIMA kedaulatan undang2 Enakmen berkaitan !

Nah ! Bukankah itu yang kita perjuangkan selama ini ? 

Apakah itu juga yang diperjuangkan oleh pihak gereja ? Wallahualam .... Kenapa isu pemulangan 351 alkitab yang dirampas itu begitu dibesarkan sedangkan mereka boleh saja membawa masuk berpuluh ribu lagi alkitab seumpama ? Adakah kerana mempertahankan PRINSIP bahawa alkitab itu hakmilik Kristian ?

Kita tidak pernah mempertikaikan hakmilik alkitab itu, sebab itu kita gunakan perkataan RAMPASAN. Ia diRAMPAS dari pemilik sebab melanggar syarat Negeri Selangor yang mengharamkannya.

Selama ini pihak gereja dan disokong oleh pembangkang termasuk Pas menuntut alkitab yang dirampas itu dipulangkan segera kepada pemiliknya, yakni pemilik premis ianya dirampas ( Selangor ). Dan semalam ia di 'PULANGKAN' kepada gereja Sarawak.


Jika itu diraikan oleh pihak gereja dan pembangkang ..... well.... Alhamdulillah ! Kalau MB Azmin mahu dipuji pun .... well, TAHNIAH MB Azmin !


Saya percaya jika penyelesaian sama dibuat oleh pihak lain, pastinya pihak gereja akan membantah. Tapi bila Azmin yang buat, beliau dipuji melambung. Takperlah ..... yang penting isunya dah selesai.

Cuma saya agak terkilan majlis itu dilakukan di Istana Selangor. MUNGKIN ada alasannya .... contohnya bagi menunjukkan yang pihak istana dengan MB Azmin boleh bekerjasama demi memastikan negeri Selangor kembali aman dari kemelut politik PR, tak pun demi menjaga airmuka pihak gereja dan pembangkang .... yalah, bila pihak gereja terpaksa AKUR dengan Enakmen,paling tidak, berilah muka sikit.

Ini bukannya Zero Sum Game di mana yang kalah kena jatuh terduduk dan hilang semuanya. Yang penting di sini adalah untuk menjernihkan suasana dan mengwujudkan kembali keharmonian rakyat pelbagai agama dan diwaktu sama TANPA BERKOMPROMI dari sudut undang2. 

Kalau saya lah, lebih baik di poskan saja alkitab itu ke negeri Sarawak dan majlis penyerahan itu dilakukan di Sarawak. Well, mungkin itu lebih kepada ego ..... sama juga pihak gereja dan pembangkang yang lebih kepada ego dalam kes tuntutan mereka.


Dan EGO juga menghasilkan ayat TMI di atas  - ...... walaupun hakikatnya keseluruhan itu dicetuskan pihak berkuasa agama yang membuat serbuan .....  masih tak mahu kalah, tidak mahu terima hakikat yang alkitab itu melanggar undang2.

Takperlah, asalkan sekarang pihak gereja dan pembangkang sudah AKUR dan TERIMA apa yang termaktub dalam Enakmen Syariah berkaitan alkitab yang mengandungi kalimah Allah.


TAHNIAH sekali lagi kepada pihak istana dan MAIS ..... dan juga kepada MB Azmin !

Share this article :

+ comments + 7 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 15, 2014 at 2:14 PM

bro din,

bknlah perjuangan semata2. kita kene juga lihat mesej yg kita berikan sekiranya kita akur dgn kehendak mereka. seperti kerajaan sentiasa akur kehendak pembangkang. adakah mereka membalas budi? adakah mereka berterima kasih.

sedangkan bible tersebut dirampas kerana mereka melanggar peraturan yg mereka mmg sudah sedia maklum. mmg kita jgan persoal sama ada mereka akan buat lagi atau tidak atas dasar good faith. tp kita pn jgnlah naif. nabi saw sendiri berpesan berlembut dgn saudara seislam, berkeras dgn kafir harbi. adakah mereka kafir harbi. sudah tentu. mereka melanggar peraturan, mereka cuba mengubah peraturan di malaysia, di tnh melayu. akhirnya apa tindakan kita pada mereka yg melanggar peraturan?

x apalah pulangkan.. inikah yg nabi ajar kita? benarkah? hakikatnya ini adalah satu lagi kemenangan symbolic mereka dan symbol kelemahan kita.

apa lah nk jadi dgn org2 kita, tnh melayu, pantang bertegas sikit pn x boleh, bersabar dan bersabar ditolak sampai dah tiada penghujung. najib pn terang2 menyokong moderation. katanya bkn liberal. kita semua tau moderation najib adalah liberal. katanya mengikut nabi. wah najib dan terang2 menyatakan perang pada org melayu akar umbi umno dan bkn umno,

katanya jgn mengikut kata2 ekstrimis. nampaknya kita sekarang ni di mata najib adalah ekstrimis. wow. sikit lagi mereka akan panggil kita pengganas pulak. kata2 najib x ubah mcm nada dap dan mca. maksudnya kita ni, isma, perkasa adalah ekstrimis. tuan2 dan puan2? bersabar lagi?

isu di atas hanya permulaan. semua tuntutan chavinist, pelampau agama dan liberal akan semuanya dipenuhi. biarlah kita bersabar hilang semuanya. mudah2an di balas di akhirat kelak pengorbanan kita.

melayu hampa.

....................
Reply To This Comment ...................
November 15, 2014 at 2:33 PM

@Anonymoussaya menjawab pro gereja dan pembangkang yg meraikan 'kemenangan' mendapat semula aliktab yg dirampas.

Disebalik pemulangan itu, mereka sebenarnya terima kuasa Enakmen yg ada juga kuasa Sultan. Bayangkan jika berlaku lagi di Selangor ?

Jadi jika kita melihat ke depan, jika pihak gereja punya niat jahat lagi, mereka seharusnya marah pada Azmin !

ya, jika isu hanya berkaitan alkitab semata2, memang tampak orangMelayu mengalah.

Saya sekadar melihat 'kemenangan' mereka dari sudut lain

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 15, 2014 at 3:29 PM

@dinturtle

itulah mereka mmg tau dan faham tp mereka tidak terima.

kita tgk sejarah balik mereka setuju hak bumiputera dulu tp mereka tetap mahu dihapuskan hak ini.

dr mulut mmg mereka faham dan terima.

tp kita semua tau mereka hanya akan buat lagi. bagi saya ini bukan kemenangan moral. kita seolah2 membiarkan diri kita ditipu lagi. atau kita tau tp kita masih beralah.

mereka dh lama tau peraturan, cuma mereka xkan penah mahu ikut. selepas ini mereka akan buat lagi, dan kita akan beralah lagi. bknkah dulu dh berlaku?

melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 15, 2014 at 9:48 PM

Tunduk... tunduk lagi lama-lamanya tersungkur, ASalkan masyukk..... sudah. Agama dipandang remeh jahanamla orang-orang yang menjual agama..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 15, 2014 at 11:04 PM

Dipulangkan dgn syarat tidak boleh diedarkan di s'gor...pernyataan ini perlu dihadam secara mikroskopik. mafhumnya keputusan yg tidak diputuskan secara sepakat oleh all religous authorities. Yang pastinya ianya bukan ditakdirkan jadi begini tapi disebabkan oleh kelemahan sendiri. Hal spt ini ada termaktub dlm quran. RD5

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 16, 2014 at 4:52 PM

ya din .. betul yang ni betul.. betul betul .. mmg betul apa yang dibuat. selagi tak salah guna, selagi tu tiada masalah. jika ada laporan salah guna je. maka kerajaan wajib ambik tindakan sekeras kerasnya.

isu asal bukan masalah bible tapi kalimah Allah.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
November 17, 2014 at 4:16 PM

Saya cuba faham tapi masih keliru!

Rampasan dibuat kerana Bible tersebut mengandungi kalimah Allah.

Rampasan dibuat di negeri Selangor bukan di negeri Sarawak.

Bible mengandungi kalimah Allah tersebut berada di negeri Selangor untuk tujuan apa ?

Saya harap rakyat beragama Islam di Sarawak tetap dan kuat imannya. Semoga dilindungi Allah hendakNya. Saya juga berharap alim ulama kita tidak hanya berceramah di TV kepada yang sudah Islam.

Sekiranya kes ini berlaku SEKALI LAGI di negeri Selangor, apakah bible mengandungi kalimah Allah ini akan dipulangkan SEKALI LAGI ?

Saya masih keliru.

Post a Comment