........... Pejuang Zumba - Kalau Tak Boleh Bincang Isu Agama, Apa Lagi Kita Boleh Bincangkan ? ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Pejuang Zumba - Kalau Tak Boleh Bincang Isu Agama, Apa Lagi Kita Boleh Bincangkan ? !

Monday, November 17, 20146comments


Peeeeergh ! Hebat pejuang Zumba ini bercakap .... 

“Dalam Perhimpunan Agung UMNO, kita banyak bangkitkan isu yang menyentuh masyarakat Melayu dan Islam. Takkan soal undang-undang Islam tidak boleh dibincangkan?

“Kalau Perhimpunan Agung UMNO tidak boleh bincang isu agama, apa lagi yang kita boleh bincangkan?” 


Itu sebagai respon kepada komen Prof Dr Ahmad Atory yang mengkritik hasrat KJ hendak bawa usul transgender semasa PAU -

"Dia (Khairy) hendak ambil perhatian dengan menjadikan isu agama yang sensitif sebagai antara usul Pemuda dan melihat bagaimana pendirian parti kelak. Khairy sendiri ahli politik, tetapi bertindak lebih daripada ulama, dia hendak nampak hebat dengan membawa isu sebegini,"
- astroawani.


"Adakah Khairy tidak ada isu lain untuk dibawa? Banyak lagi bidang yang kena dengannya seperti isu kejatuhan sukan negara yang boleh dibangkitkan, kaitkan dengan pemuda dan jangan tenggelamkan isu yang harus dia naikkan," .


astroawani


APA LAGI YANG KITA BOLEH BINCANGKAN ? ? ?

Hadooooi ..... betul ke Ketua Pemuda Umno yang cakap tu ? Betul ke KJ dah mati akal nak cari isu yang penting demi bangsa untuk dibawa ke perhatian kepimpinan Umno ?

Patutlah Pemuda Umno senyap jer sejak KJ jadi bos ... rupanya Pemuda dah takde isu.


APA LAGI YANG KITA BOLEH BINCANGKAN ? ? ? 

Saya bila baca ayat tu pun boleh jadi terkedu ... tak terkata apa-apa. 

Share this article :

+ comments + 6 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 17, 2014 at 5:29 PM

Isu-isu yang patut Pemuda usulkan dalam PAU nanti ialah :

1. Bincangkan kaedah terbaik bagaimana nak tarik orang muda supaya mengundi UMNO. Bincang bagaimana untuk tambah pengundi baru.

2. Cadangkan bagaimana graduan dibela nasibnya selepas menamatkan pengajian. Sama ada nak bikin skim usahawan siswazah atau nak serapkan ke syarikat-syarikat besar secara apprentis.

3. Buat kajian dan bentangkan berapa ramai pasangan muda yang baru bekerja mampu memiliki rumah sendiri. Hasil kajian tersebut, buatlah cadangan terbaik.

4. Bangkitkan isu generasi muda yang masih terbeban dengan kos sara hidup yang meningkat. Cadangkan kaedah terbaik untuk menaikkan taraf ekonomi mereka supaya mereka mampu survive.

5. Suarakan juga isu belia-belia yang tinggal di luar bandar supaya nasib mereka terbela. Antara yang patut dicadangkan ialah menaiktaraf sekolah luar bandar, mewujudkan pusat latihan kemahiran dan memberi pinjaman untuk usahawan desa.

p/s : Isu-isu lain seperti transgender tak penting pun kerana tak memberi faedah pun kepada orang melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 17, 2014 at 5:33 PM

Saya mencadangkan agar acara zumba dijadikan acara tetap dalam setiap perhimpunan pemuda UMNO.

Pssst Din...memandangkan kat Ganu dah ada fosil dinasour. Kita mintak supaya lepas ni Kerajaan Ganu bukak taman tema Jurassic Park. Ok tak cadangan aku ni Din.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 17, 2014 at 5:39 PM

salam,
kj sebagai ketua pondan umno memang nak bincang la isu ni. dia dah berbaju pompuan, tapi masih kuat untuk jadi askar wataniah.so, mungkin perhimpunan pondan umno nak bincang pasal hak untuk berpakaian pompuan semasa perhimpunan nanti.

....................
Reply To This Comment ...................
November 17, 2014 at 5:51 PM

@Anonymouskomen yg bernas... Terimakasih !

Harap ada pemuda yg boleh pass pada bosnya supaya fikiran tidak lagi buntu

....................
Reply To This Comment ...................
November 17, 2014 at 6:56 PM

Selama ini kita tidak tahu, dinasor benar juga wujud di Malaysia ! Selama ini kita tahu jenis-jenis dinasor hanya wujud dalam kalangan manusia politik saje....he..he.. suara gempaaaq sakan tapi makan pucuk-pucuk kayu.... ibarat tong kosong, sokong perkara perkara mungkar ! Hakikat nya diri sendiri sentiasa jadi mangsa !

Lihat :-

1. Jadi Bangsa Melayu, malu konon !

2. Islam itu syumul (sudah lengkap) tidak di jaga, di robek-robek oleh musuh Islam, diam membisu !

3. Sudah ada akta-akta terbaik menjaga keharmonian, di kencing lunjun ! Konon nya orang-orang tetdahulu jumud !

4. Ada hak-hak di gadaikan ! Bukan bertambah dan di tambah nilai. Selama ini cukup baik dalam acuan nya, di ubah mengikut acuan lain.

5. Anak-anak jadi anai-anai pemusnah keturunan,di ajar berkurang ajar dengan bangsa sendiri, di latih buat perkara menjauhi agama dan menggalak kemungkaran yang tidak berpaksikan fitrah manusia. Bukan melayu di galak menjadi pemangkin kerosakkan walhal mereka jitu secara diam memperkasakan kesatuan-kesatuan mereka, dalam hidup berasingan, menyanggah Melayu, menyanggah dasar-dasar kerajaan dan berjuang dalam bentuk monopolistik

Aaah, DT, terlalu banyak lah kebodohan melayu sekarang yang menepuk dada konon nya berilmu dan bijak... hakikat nya tangan di pulas kebelakang oleh bangsa lain dalam bentuk ugutan !

....................
Reply To This Comment ...................
November 17, 2014 at 7:00 PM

@maaeselayaknya menjadi skrip Pemuda masa PAU !

Post a Comment