........... Peguam Negara Puji2 Akta Harmoni ..... Tapi Bukankah Derafnya Pun Tak Siap Lagi ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Peguam Negara Puji2 Akta Harmoni ..... Tapi Bukankah Derafnya Pun Tak Siap Lagi ?

Thursday, November 20, 20147comments

Letih melayan isu niat PM Najib yang mahu memansuhkan Akta Hasutan untuk digantikan dengan Akta Harmoni. Rasanya tak perlu dah saya kemukakan hujah2 yang telah banyak kali disebut dalam media sosial akhir2 ini. Lagipun lagi 3 hari kemuncak bantahan akan kita dengar bilamana lebih seribu Ngo2 Melayu berkumpul di Konvensyen Perpaduan Nasional dimana isu ini bakal menjadi salah satu agenda utamanya.

Tapi Peguam Negara tetap juga mahu bersuara mengenai cadangan Akta Harmoni -



Malas saya nak copy apa2, anda boleh baca sendiri di TMI

Cuba baca bunyi ayat2 PN itu ...... tidakkah seperti menyokong Akta Hasutan dimansuhkan ? Dan bunyinya juga menyokong Akta Harmoni ?

Kononnya Akta Harmoni akan LEBIH menjaga hak Melayu dan institusi diraja bla bla bla ..... maka kita seharusnya akur dan sokong dengan hasrat Najib.

Saya hanya mahu komen secara logik saja kali ini. Cuba anda fikir ......Jika benar Akta Harmoni akan LEBIH GARANG, tidakkah itu akan mengundang bantahan yang lebih kuat dari mereka yang sekarang ini menyokong janji Najib mahu menghapuskan Akta Hasutan ? Kan ?

Ada anda dengar suara bantahan seumpama itu terhadap Akta Harmoni ? Tidak kan ? Tak pelik ? 

Dan kalaupun usaha memperkenalkan Akta Harmoni itu berjalan juga, tidakkah ia bakal menerima bantahan dan kecaman yang lebih hebat bagi menghalangnya dari menjadi undang2 ?

SAMA seperti Najib yang gatal mulut memberi janji mahu menghapuskan Akta Hasutan sedangkan akta gantiannya pun masih belum wujud, kenapa PN juga bersemangat mempromosikan Akta Harmoni yang kita pun belum nampak derafnya lagi ?

Kenapa tidak siapkan terlebih dahulu derafnya, bentangkan dan barulah berhujah kenapa Akta Harmoni itu dikatakan lebih baik dari Akta Hasutan. Kita pun boleh lihat dan kaji apakah benar dakwaan itu .... BUKAN seperti kenyataan di atas, memuji2 dan meminta kita sokong satu perkara besar yang bayangnya pun kita tak nampak lagi.

KALAU pun benar bagai dikata, adalah lebih baik deraf itu diluluskan terlebih dahulu sebelum Akta Hasutan dihapuskan sebab kita tidak mahu apa sisa yang masih kita kendung ini berciciran sedangkan yang kita kejar langsung tak dapat.

LOGIK KAN ?

Yang tak logiknya kenapa Najib dan Peguam Negara bersungguh2 nak hapuskan Akta Hasutan ..... sedangkan deraf akta gantian masih belum siap pun ! Nak kejar apa ?

Share this article :

+ comments + 7 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 20, 2014 at 9:24 AM

PECAT saja AGLIBERAL-PENGKHIANAT ni! SPRM -tolong SIASAT!

Aku syak ramai si Islam-Melayu-LIBERAL-PENGKHIANAT dah jadi ejen Barat-ZIONIS atau dah diBLACKMAIL, termasuk ahli keluarganya; ini MO biasa si CIA/MOSSAD/MI6! Sebab kebanyakan sikap mereka yg. terlalu TUNDUK kpd. MUSUH Islam/Melayu, tak boleh diterima akal lansung!

Kalau yg. kena Blackmail ni, ingatlah umat Islam PEMAAF orgnya kalau dia BERTAUBAT kat ALLAH SWT. Lepas ni tak payah takut lagi - ALLAH SWT dan sesama umat Islam akan melindunginya dan keluarganya.

Makcik Sambal Belacan.



....................
Reply To This Comment ...................
November 20, 2014 at 9:26 AM

Nak kejar title.. AKULAH PENGHAPUSAN SEMUA AKTA KERAJAAN MALAYSIA... Rakyat sokong tak sokong ada aku kisah...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 20, 2014 at 9:46 AM

Nk kejar masa utk selamatkan pungkok masing2 sblm BN tergolek next PRU kot..
Depa ni semua mungkin da tau yg 2/3 majoriti takkan dapat balik n if something happen,kabel besar dgn puak2 pembangkang skrg dh terjaga..apa nk jd lps tu pandai2 la nk buat mcm mana..
Rakyat masa tu melopong la pasai da kena tipu lg dgn org politik kaki belit dn gila kuasa..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 20, 2014 at 10:26 AM

Kerajaan yang ada sekarang ni pro Barat...jadi tak heran la kalau kata semua benda nak ikut negara barat... Tak perlu tunggu Anwar jadi Pm pun negara ni dah ikut telunjuk kuasa asing. Najib adalah bapak segala liberal dan lagi bahaya dari Anwar.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 20, 2014 at 11:37 AM

Matlamat utama golongan liberal ialah menunaikan tuntutan dan kehendak kaum kiasu. Pada masa yang sama, hak melayu dirampas dan dihapuskan sedikit demi sedikit. Biarlah melayu terus merintih dan merempat di bumi sendiri asalkan kaum kiasu gembira.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 20, 2014 at 12:21 PM

salam,
mungkin akta harmoni ni draf cadangan dibuat oleh pejabat ag dan bukan oleh majlis konspirasi nasional tu. lepas ramai melayu buka mata, maka draf harmoni tetap dibuat sebab nak jaga air muka peeeee emmmmm ah jib gor yg dah kata nak tukar. bila peee eeeemmmm kata tukar oleh pemandu, maka kekuasaan pemandu kena ada dan perlu ditonjolkan kekuatannya. maka akta hasutan tukar kepada ejaan harmoni. nampak lebih lembik dan lembut serta auwwwww. kalu hasutan ganas dan nampak mengerunkan. kerajaan nak menonjolkan ciri lembik, lembut, mesra, kasih sayang dengan perkataan dalam undang-undang, dan nak tunjuk kecerdikan dengan perkataan gah dan hebat seperti rekonsialisasi, transformasi, konklusiosasi, makanasibasi, dan sisisi yang lain. maka lopong la rakyat mendengar

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 21, 2014 at 12:28 AM

nak buang ghani petai ..kena buang dengan tuan nya sekali...
maksudnya selagi ada PM 1M ..selagi itu lah jawatan PN dipertahankan..
mungkin juga PN banyak tahu akan hal tuan nya...

Post a Comment