........... PAU Dah Habis .... Apa Pandangan Anda ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

PAU Dah Habis .... Apa Pandangan Anda ?

Sunday, November 30, 201425comments


PAU 2014 dah habis ....... so, amacam ? Apa pandangan anda tentang PAU kali ni ? Ekspektasi anda dipenuhi ?

Macam biasalah janji2 dan laungan2 dihamburkan masa PAU.... macam tak biasa pulak. Antara yang disebut oleh Najib perkara yang akan direalisasikan, semasa penggulungan -

Tanah Rezab diganti

Suruhanjaya Kepelbagaian Sekolah

Penghasut akan diburu habis2an dan  Tiada Lagi Amaran .

Badan Naziran Politik .

Saja saya letakkan link itu supaya kita boleh buat pemantauan berskala atas perkara itu.

Kalau dikaji memanglah gempak apa yang disebut2 oleh para perwakilan termasuk ucapan2 oleh kepimpinan Umno tapi mengambilkira perkara yang sama juga berlaku setiap kali PAU dan hasilnya juga tak banyak berubah, maka ramai yang anggap sebagai cliche je.... 

Apapun sedikit sebanyak ada juga pengharapan agar apa yang dijanjikan bakal dipenuhi, paling tidak nampak usaha ke arah merealisasikannya. Jadi kita sama2 tunggu dan lihat apakah PAU kali ini sama saja macam yang lepas2 atau kali ini lain.

Paling menarik adalah kedua ucapan Muhyiddin yang saya lihat lebih mewakili pandangan akar umbi akan senario Umno ketika ini. Pandangan yang realistik dan tidak syok sendiri. Umno, BN boleh kalah jika persepsi tidak diubah.

Sayang usul2 bernas soal ekonomi yang dibawa oleh Datuk Maznah terutama mewujudkan semula MECD tidak disambut oleh Najib dalam penggulungannya. ( KLiK )

Hmmmm ... apalagi nak komen ya .....  

Saya sebenarnya tak ikut pun secara live Pau kali ini, banyak kerja lain nak buat. Tapi sesekali saya baca juga lapuran secara langsung streaming oleh Utusan dan semalam ada satu perenggan dari penggulungan Najib yang menarik perhatian saya. Najib berkata -


KLiK
Tidakkah itu tafsiran yang SALAH mengenai kes Mark Koding ! ? Beliau didapati bersalah atas kesalahan mempertikaikan Perlembagaan BUKANNYA kerana mempertikaikan kewujudan sekolah vernakular atau bukan kerana menuntut sekolah vernakular ditutup. 2-3 kali dah saya tulis mengenai ini. Najib hanya mengulangi fitnah yang sering dimainkan oleh pro sekolah cina.

Agak2 lah kalau nak pertahankan sekolah cina pun, jangan sampai fakta pun diputarbelit, apalagi dalam majlis sebesar PAU !

Akhir sekali, komen Najib yang membangangkan bloggers pro Umno -

“Bloggers kita ni cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang...

 Itu cara kita nak menang dalam peperangan. Jangan perang sesama sendiri. Tak masuk akal. Bangang,”

Hahahaha ... siapa yang cari makan dengan Umno, ek ? Seperti ulasan Putra Merdeka, saya takut ada pihak yang jual nama bloggers untuk dapatkan dana. Jadi Najib mungkin ingat ramai para bloggers yang cari makan melalui duit Umno ....

Jadi mungkin ada baiknya mereka yang incharge dalam mengapprovekan bayaran itu, hubungi sendiri nama2 bloggers yang dikatakan cari makan dengan Umno. Jangan diperbodohkan oleh segelintir mereka yang suka jual nama orang lain.

Apapun bagi saya TIDAK SALAH kalau bloggers mahu mengkritik pemimpin Umno. Setakat yang saya tahu, kebanyakan kritikan adalah merupakan luahan rakyat juga. Dah memang pemimpin2 yang dikritik itu bangang, selayaknya dikritik !

Itu perbezaan utama yang dapat saya lihat antara Najib dengan Muhyiddin. Najib lebih kepada menyalahkan orang lain sementara Muhyiddin lebih kepada cermin diri sendiri.

Apakah Najib akan berubah ? Hahahahaha ...... 

Apa pandangan anda pula mengenai PAU 2014 ?

PS - oya, kenapa sampai perkataan 'bangang' yang keluar dari mulut Najib, ek ? Najib tertekan ? hehehehe .... tak sewajarnya beliau sebut bangang dalam majlis besar secara live, kasar sangat tu. Lepas ni saya tak boleh nak padam komen yang sebut 'bangang' pada Najib hehehe 

Satu lagi - kenapa takde siapa sebut tentang 1Mdb ek ? Puji pun tidak ? ?

Share this article :

+ comments + 25 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 30, 2014 at 11:29 AM

Bro Din,

Tengok Najib semalam, kesian pun aderrr.....tgk fake support shown by the delegates....

Sharifah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 30, 2014 at 11:57 AM

Pau sudah habits seperti berintikan kacang merah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 30, 2014 at 1:46 PM

najib ngamuk.. bro din slalu tambak kaki dia.. harap bro din bkn tergolong dlm golongan "bangang" yg najib maksudkn.. bro de trima2 x cenderahati bulanan dri umno ni?? ker pembangkang yg hulur??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 30, 2014 at 2:44 PM

Jika ingin dibandingkan diantara ucapan Tan Sri Muhyiddin dan Dato Seri Najib samada pembukaan mahupun penutup maka amat jelas, terserlah dan tidak diragui lagi pemenangnya ialah Tan Sri Muhyiddin

keputusan nya (pembuka dan penutup PAU) adalah 2-0 milik Tan Sri Muhyiddin. jika kita mendengar point2 yg diutarakan oleh Tan Sri Muhyiddin seperti nasib kaum melayu dan bumiputra, kajian tentang diskriminasi jawatan kerja oleh kaum cina, jurang perbezaan pendapatan antara kaum sehingga lah ke amaran tewasnya umno pada PRU akan datang dengan jurang 2 peratus.

kesimpulan nya Tan Sri Muhyiddin lebih baik dari Dato Najib (bukan nak bodek plak tak dapat apa pun)

Dan sudah tentulah jika TPM kita dapat membawa perpaduan kaum melayu, bumiputra dan penghapusan sekolah vernakular maka sudah pastilah nama beliau akan terus melonjak naik keatas!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 30, 2014 at 3:03 PM

I speak on behalf of 10 sarawakians who were actually smuggled into the assembly hall to witness the proceedings:

1. Even with sedition act retained n enhanced......umno is not getting stronger.....on the contrary defeat is inevitable in pru14
2. General support obtained by najib at the assembly was essentially superficial
3. Delegates were not taking the assembly seriously.....attend suka suka sahaja claimed a group from selangor umno
4. Rumblings amongst the delegates seemed to suggest their preference for muhyiddin to najib
5. Everyone that we met sighed and hoped that mahathir would help to change umno's leadeship and put umno to the right direction
6. Some were even more vocal suggesting consistent pressure to outst najib and replaced him with muhyiddin
7. When we told our umno friends that sarawakians do not accept najib any longer, reject flip flop zahidi, non-coroborated hishamuddin, brainless nazri and tin kosong khairy....umno members said.....selagi najib's advisors are still around...susah nak topple dia orang. We advise them to pressure najib to sack them. If not umno is going to lose....
8. Rumours that resignation ofumno members en masse may be an option toforce najib to step down

Best of luck umno. You decide your own fate and destiny

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 30, 2014 at 3:06 PM

Che Din,
PM terlalu bengang lah tuu...kata kat orang bangang ...pada hal diri sendiri bawa idea orang bingung...

....................
Reply To This Comment ...................
November 30, 2014 at 3:39 PM

Kita buat kajian sikit :-

1. Masih terlalak pertahankan hak-hak Melayu, Raja Melayu dan Islam. Kebenaran perkara-perkara ini sudah wujud begitu lama, mengada-ngada membuat transformasi undang-undang pemansuhan, bagi terma baru perpaduan, menggesa Melayu SEKALI LAGI ber SO LI DA RI TI (kenapa tidak di tuju dan menggesa kaum lain terutama nya cina dan india ?) di mana selama ini Melayu itu terbukti TERHEBAT solidarti nya dari zaman wujud nya "Malay Archipelago" (terma penjajah) - walhal zaman azali Melayu Nusantara sudah lama bersolidariti dan mengenali bangsa-bangsa lain. Jika tidak masakan ISLAM itu di terima ikhlas sebulat hati. Bangsa jin pun kita sudah kenal !

2. Pendidikan juga, gatal otak, di ubahsuai. Sekolah vernakular di iktiraf (tidak iktiraf pun dulu) dan di bantu termasuk sekolah mubaligh ! Bukan menafikan hak-hak mereka, tetapi hakikat nya mereka hidup di Malaysia. Tiada negara lain praktikkan apa kita buat. Jengkel.

Sekolah pondok, sekolah agama pun tertinggal atau di tinggalkan sehingga ada suara-suara melayu pendesak, baru tersenarai ! Lebih percaya musyrikun dan munafikun dari takut nya kepada Allah SWT sehingga Islam lunyai di belasah LGBT dan undang- undang "Hak Asasi" konon nya kejayaan itu terserlah jadi moderat ! Moderat yang di lingkungi liberalisma, sekularisma, pluralis, atheis, kapitalis dan komunis yang konon nya bahagia di dunia dan akhirat ! Siapa yang ajar ini ?

Ilmu-Ilmu Islam itu terus dari Allah SWT. Ragu ? Memang syirik dan menyesatkan menghancurkan akidah dan keimanan. Islam itu sejagat raya dan progresif jika kita pandai dan kuat berusaha ! Kita di marahi jika duduk diam dan leka dengan meminta-minta dan percaya kepada manusia derhaka. Doa mujarab kita, berjamaah memohon kepada Yang ESA.

3. Maruah yang boleh di gadai, di jual beli ! Guan Eng menyilang kaki menunjukkan kehebatan kiasu diri nya di depan delegasi penting ! Melayu ? Merodok kawan sendiri, masih bersikap kebudakan menjerit, terpekik terlolong, " itu aku punya ! itu aku punya !" apabila hak dan harta di rampas orang akibat "kebangangan" sendiri kerana tifak tahu menjaga penat jerih lelah warisan terdahulu, bersengkang mata, berdarah setia, berkorban apa sahaja demi menjadikan MELAYU itu ber ROH dan ber JIWA !!! Ini tidak, nilai anak-anak muda nya tiada GST ! Bukan kah GST untuk terpilih ?

4. Maka terkeluar urat leher, melaungkan penyasaran peremajaan UMNO! Hakikat nya, lakonan, ramai sekali "bertenggong" menumpang menjadi selebriti politik ! Politikus Penghibur dalam istilah Melayu. Ustazah dan Ostat ekspresi istilah PAS pula. PKR ? Fikir lah sendiri. Sedih nya, semua mereka MELAYU ! Stail Jokowi berjaya meledakan penyatuan semua kaum kerabat nya yang berbagai-bagai leluhur. Apa yang menjadi magnet tarikan nya ?

Sebenar nya DT, sebagai kesimpulan, Melayu bukan maju satu dua tapak kehadapan, malah sudah mengundur kebelakang. Kita masih di godak yang sepatut nya sudah berdiri tegak, kukuh dan peramah di mana tiada lagi suara-suara sumbang berkeinginan membunuh Melayu dalam waktu sekarang. Sepatut nya sudah saling berkerjasama secara ikhlas meneroka zaman gemilang.

Maka TIADA LAGI AMARAN mesti berkuat kuasa sepenuh nya !!! Maka Peguam Negara tahu platfom tugas nya !! Maka para Menteri Umno dan Barisan, bersetia lah berkerjasama memecah bongkah ais, membina jambatan demi menolong dan membantu rakyat menyeberang membina hidup selesa di Tanah Gemilang !!! Tidak Melayu hilang di dunia... jika hilang juga, pemimpin-pemimpin mereka memang bacul sakan... tempat nya neraka jahannam...

Bukan kah ITU janji-janji UMNO memenuhi tuntutan YANG SATU ! Satu Rakyat Malaysia dalam satu aliran teristimewa dalam kepelbagaian.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 30, 2014 at 4:57 PM

Yang menarik di PWTC sempena PAU 2014
Pembahas akan cakap berdegar2 pasal Akta Hasutan, ISA, Melayu, Islam, pegang anjing, pondan, plat keta, puji-pujian, bodek-bodekan, kipas-kipasan, buat lawak, gelak2, ketawa berdekah2..bla..bla..bla..

TAPI takde sorang pun yang akan kritik Presiden atau cakap pasal hutang 1MDB atau tanya kenapa Presiden suka bodek Cina atau soal kenapa Presiden lembik bab pertahan Melayu dan Islam atau soal kenapa laporan ekonomi memanjang bagus tapi kehidupan rakyat masih terhimpit, atau kenapa Presiden gila pujian Amerika dan barat, atau tanya kenapa Rosmah gila glamor etc.

Panel2 di Awani, RTM dan TV3 akan buat ulasan yang rakyat meluat dan menyampah nak dengar..

Utusan dan BH pulak keluar gambar2 orang meniaga di booth, gamba puteri yang cun, gamba wanita tersenyum lebar, dan gambar pemuda bergaya metroseksual..serta gambar2 pembahas yang konon bahas isu 'sensitif' la sangat..

Diakhiri dengan ucapan penggulungan Presiden yang berapi2..semua orang laung "HIDUP MELAYU"..tepuk tangan ramai2 dan lepas tu perwakilan lelaki cepat2 bersurai sebab nak hisap rokok sambil usya booth Puteri UMNO kat luar dewan..

Balik kawasan masing2, semuanya kembali seperti sediakala..

Harga petrol tetap mahal..

Harga barang masih meningkat..

Harga rumah makin naik..

Kos hidup tetap tinggi..

Nilai matawang tak menentu..

Pendapatan kekal rendah..

Yang kaya bertambah kaya..

Yang miskin dapat BR1M..

Golongan pertengahan dok melopong..

Sempadan masih diceroboh..

PATI makin ramai..

Nyawa rakyat dan keselamatan negara dipertaruhkan..

Islam tetap kena hina..

Melayu masih kena pinggir..

PM ikut cakap pembangkang..

Dan Cina tak berhenti ketawa..

Sekianlah adanya..

Wal hasil balik asal..macam tahun2 sebelumnya..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 30, 2014 at 5:08 PM

Zaman Pak Lah ok.Dengar setakat ratus juta pun dan ngeri. Tapi sekarang dah main angka billion 2.Akan datang,selepas Pm sekarang, main angka trillion pulak.Lepas tu,ganti dengan Pm dari orang muda, main angka zillion2...nampak sangat dah tahap ngra Zimbabwe.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 30, 2014 at 5:42 PM

PAU kali ni patutnya bukan "meremajakan" tapi "menTADIKAkan" UMNO. Dia canang beria ria nak hapus Akat Hasutan pas tu dia pulak beria ria tak nak hapuskan. MMG betul keputusan akhir dia umum kat PAU adalah TEPAT. TAPI kenapa sebelum cadang tak pulak dia minta pendapat akar umbi. Last last nampak sendiri kebangangan beliau, baru dia tarik balik. Tak kah itu budak TADIKA ?? dan tetiba dia jadi HERO yang paling SUPER SAIYA dalam isu ni. WTH

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 30, 2014 at 6:00 PM

Macam biasa,isu hangat lepas ni diusul dan dibincangkan pau tahun depan,macam tu seterusnya sampai najib duduk muram tempat yang diduduki dlm parlimen oleh anwar sekarang ni...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 30, 2014 at 7:23 PM

Sama saperti Paklelah - satelah jadi PM dua dua jadi bangang.

Paklelah asyik bertanya pada Khairy - Najib pula asyik dengar kata bininya yang gelar blogger "bangang"

Hmmm mungkin dua dua ni harus makan luar - jangan sampai termakan pil bongok atau pil tidur. Aniaya rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
November 30, 2014 at 8:09 PM

Salam Din

Boleh kasi link tak that Mark Koding gua cari dalam speech dia tak jumpa bro

....................
Reply To This Comment ...................
November 30, 2014 at 9:03 PM

Klik link atas, cari jam 6:18pm

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 30, 2014 at 10:05 PM

perkataan paling best ialah bangang dalam pau kali ni. yang lepas puji bini, terkini maki blogger. rasanya kj patut kena bangang ni. dia melalui pengerusi media sosial pondan umno ajak berselfie dan berlifestyle. jangan berpolitik sepanjang masa. so nak kena marah sapa kalu pondan umno ajak berselfie ikut presiden, ah jib gor dan berlifestyle kat luar negara, juga ikut presiden

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 30, 2014 at 11:10 PM

Najib memang bangang! Penat faidlur rahman perjelaskan secara terperinci isu mark koding!!! BANGANG!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 1, 2014 at 1:38 AM

Untuk semua puji muhyiddin, cuba usya ni http://satdthinks.blogspot.com tngk muhyiddin kata apa. Jangan harapla sekolah satu aliran

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 1, 2014 at 8:52 AM

bro din,

najib penuh kepalsuan. sekiranya dia mengkritik blogger yg menegur dia maknanya dia x pernah mengaku salah. maknanya bagi dia tindakan liberal dia justified mengikut kepalanya. hal pokoknya sudah pasti presiden, kerana presiden merangkap PM merangkap dasar2 negara dan hala tuju agama bangsa dan negara.

kesimpulan pau:

1) kita tau muhyiddin mendgr luahan hati kita

2) hanya setelah separuh mati org2 keramat melayu bersuara barulah dia mendgr. cuba bezakan sekiranya desakan dr org cina dtg. tepat seperti saya kata sebelum ni. halen ang juga sependapat:

Perkasa raised their voice against repealing the Sedition Act. So did Isma and the other Muslim NGOs. The current and former IGPs and retired top cops and security top brass expressed their concern against abolishing the act. Retired judges spoke up too. Wanita and Pemuda Umno added their objections as did the Umno deputy president and the Umno former president and the majority of the Umno division chairmen.
And only then did Najib listen. The sound and fury has to reach a cacophony before the PM’s ear registers anything audible.
Boy, it’s really hard for conservative Malays to get through to him. But he’s all ears to the “moderate” evangelistas though.

3) saya gusar akta hasutan di bwh najib org melayu yg kene byk. maklumlah perkasa dan isma menurut najib adalah extremis.

4) pau adakah berubah? saya rasa bro din bila tanya soalan pada posting pn tau dlm hati jwpan. tidak. tidak ada apa yg berubah. selepas perhimpunan semuanya kembali pada asal. presiden pula tiba2 dijulang hero kekalkan akta hasutan sedangkan dia sendiri yg create masalah.

5) adakah umno pada pau tampak lebih berjati dan berjiwa a ba dan ta berbanding isma dan perkasa? kalau anda ada jawapannya maka barangkali boleh turut menjwb adakah umno masih relevant utk org melayu.

6) outcome yg kita mahu adalah najib diundurkan. adakah hal ini akan jadi kenyataan dua tahun nnt? melihat gelagat najib dan ucapannya dia xkan berundur. malah silap2 tan sri muhyiddin akan jadi mangsa. begitulah layanan umno pada mereka yg menjiwai bangsa.

7) saranan saya? bukalah keahlian terbuka mcm mana pn saya x ada hati mahu menjadi ahli umno. nawaitu saya mahu menjadi ahli isma. mudah2an isma menjadi parti tunjang org2 melayu.

8) umno tidak lagi relevant pada org melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 1, 2014 at 8:57 AM

mengulas umno yg tidak pernah berubah dan hanya melayu bermusim pada pau, harapnya kita jgn lah pula begitu. nasib agama bangsa dan negara bukan di tgn umno tp ditgn kita org2 melayu.

ya umno sudah tidak relevant lagi, tidak sekiranya pelawak2 seperti najib kj dan org2 liberal menjadi dokongan umno.

melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 1, 2014 at 10:16 PM

aku hadir setiap hari sbg pemerhati pau tahun ini...pada hematku ia telah berjaya meunjukkan kesungguhan umno terus menjadi benteng terakhir mempertahankan Melayu bumiputra, agama Islam, institusi raja2 serta rakyat Malaysia keseluruhannya...keputusan tegas najib mengekalkan akta hasutan 48 melegakan rakyat dan tepat pada masanya!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 1, 2014 at 10:25 PM

penegasan pm memasukkan peruntukan berkaitan agama islam serta isu Sabah dan sarawak keluar dari malaysia amat disokong demi kedaulatan dan keamanan negara!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 1, 2014 at 10:33 PM

siapa cakap UMNO tak relevan...perjuangan untuk agama bangsa dan agama...itulah yg menjadi azimat utk orang melayu terus menyokongnya hingga selama2nya...syabas UMNO!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 1, 2014 at 10:52 PM

yang tak menyokong umno tu adalah orang2 yang gagal dan tak tahu bersyukur kpd nikmat Allah yg telah diperjuangkan oleh pemimpin2 UMNO sejak dulu lagi...mujur aku dan keluarga tetap jadi penyokong tegar kerajaan... kami sedar hidup tanpa barakahnya jika kita menentang pemerintah...ingat sesiapa mentaati pemerintah bermakna kamu juga mentaati Allah (ulul amri) maka dapatlah kamu masuk syurga...hadis riwayat al-Hakim!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 2, 2014 at 1:53 AM

Najib mesti tertekan sebab Muhyidin dah sound awal-awal pemilihan 2016 perlu diteruskan! Banyak la nanti durian runtuh para perwakilan dapat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 3, 2014 at 1:14 PM

People reading this blog cannot distinguish between a party, party members and a leader of a party. There is nothing wrong with umno as a party. We should support at whatever cost. There is something wrong with certain party members who are ball carriers that eventually put the party to demise. Definitely najib as party leader is wrong. Thats why the rakyat is not happy with najib.

Post a Comment