........... Masalah UTAMA Umno adalah Najib ! Masih Tak Mahu Terima Kenyataankah ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Masalah UTAMA Umno adalah Najib ! Masih Tak Mahu Terima Kenyataankah ?

Sunday, November 2, 201427comments

Cuba baca apa yang dikatakan oleh TPM Muhyiddin semalam - Utusan.

- imej Umno tidak seperti dulu, sudah longlai, tidak lagi tegas mempertahankan hak Melayu. Dalam katalain, Umno sudah lupa akan perjuangan asalnya dan telah hilang taringnya. Umno sedang mengalami proses LIBERALisasi  di bawah pimpinan Presiden Najib dan orang mudanya pula dipengaruhi fahaman LIBERAL Ketua Pemudanya KJ.

Senang citer, Umno sedang mengalami transformasi ke arah menjadi PONDAN !



Dari Sinar pula - apakah Umno masih relevan ?

“Saya jawab ‘ya masih relevan’. Mereka berkata kalau relevan mesti berani ke depan seperti (konvensyen) pada hari ini (sebagai usaha ke arah) mengukuhkan parti kita,”.


Kalau masih mahu dianggap sebagai suara orang Melayu, maka bawalah suara orang Melayu ke dalam PAU nanti. Dan apakah keresahan orang Melayu ?

NAJIB dan KJ.

Ini saya cakap secara direct. Kalau tak percaya, turunlah ke tanah dan bertanyalah kepada orang Melayu apakah yang menjadi keresahan utama kita.

Mereka akan jawab bermacam2 dari isu kenaikan harga barang, perumahan, peluang niaga, kebiadaban kaum cina ... dan kalau boleh dirumuskan dalam satu perkataan, ianya akan jadi - NAJIB.

Serius ..... Najiblah kepalanya. Segala anggota badan akan menurut arahan dari kepala. Tak guna menyalahkan anggota badan atau menukar anggota yang tak berfungsi kalau kepalanya tetap sama.

Memang tidak ada jaminan keadaan akan bertambah baik jika kepala ditukar tapi sekurang2nya harapan ke arah itu ada. 

Cuba tengok kes Umno Selangor.... lepas kena hentam giler secara terbuka oleh Najib, apakah reaksi kepimpinan Umno Selangor ?

Ucapan Datuk Seri Najib yang terbuka dan ikhlas. Benar, apa yang dikatakan itu adalah satu kenyataan. UMNO Selangor kena sambut cabaran dan garis panduan yang diberi Datuk Seri Najib. Ia juga merupakan cabaran kepada saya bla bla bla , kata Noh Omar ( KLiK )

Janji tiada lagi maklumat tidak tepat

Hadoooooi ....... tak faham2 ke ? Apa yang perlu dibuat adalah TUKAR keseluruhan kepimpinan Umno Selangor dengan muka baru ! Atau paling tidak tukar kepalanya....

Samalah dengan Umno pusat. Apa yang disebut oleh Najib kepada Umno Selangor seharusnya ditujukan kepada dirinya sendiri.

Seperti kata Muhyiddin, orang Melayu dah fed-up dengan perubahan yang dibawa oleh Najib. Umno hanya mengikut rentak kepalanya. 

Ramai orang akan marah dengan artikel ini .... well, masa dah semakin suntuk. PRU14 lagi 3 tahun. Jika Najib masih jadi PM, Umno/BN akan hilang sebahagian besar undi orang Melayu yang sebelum ini telah menyelamatkan Umno.

JANGAN PERASAN LEBIH !

Masa untuk berkias sudah berlalu, sekarang adalah masa untuk bertindak. Maka bertindaklah jika mahu terus kekalkan kuasa di Putrajaya.

Share this article :

+ comments + 27 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 2, 2014 at 12:02 PM

Melayu tgk belutin semalam. Semua najib kata sepatutnya ditujukan pada dia.

Selain tu nape bila najib ckp dgn org melayu bkn main nyaring bertempik sakan macam kita ni kaum babarian. Sedangkan org melayu lembut berbudi bahasa bknnya bangsa yg kecoh mcm cauvinis

Kalau dlm mca kasi ucapan bkn main gentleman nada halus dan tenang.

Saya buat kesimpulan subconsiously najib mmg pandang rendah org melayu. Dia x sedar mungkin tp perlakuan ke arah itu.

Org mcm ni ketua pada parti kononnya memperjuangkan org melayu?

Ucapan najib semalam yg bermuka tebal xtau malu dan bodoh sombong adalah preview pada pau nnt.

Relevan lagikah umno?

Mrlayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
November 2, 2014 at 12:04 PM

Tuan Din,

Transformasi Najib sebenarnya ialah program Transvestitenasi UMNO. Hampas!

Tolong buang nama Melayu dan Islam jika itu tidak mahu diperjuangkan.

....................
Reply To This Comment ...................
November 2, 2014 at 12:13 PM

Setuju!

Sejak bila PM ada nama cina?
Sejak bila PM perlu disanjung tinggi (I love PM)?
Sejak bila PM kena pakai baju samfu ketok gendang cina?
Sejak bila rakyat jadi pengemis BR1M?
Sejak bila kerajaan pinjam wang utk pelaburan?

Pernah ada ke PM kata "era govt knows best is over"?
Pernah ada ke PM disiku isteri dikhalayak ramai?

MEMALUKAN !!

ray

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 2, 2014 at 12:36 PM

Najib tak habis habis dgn branding branding branding......Tengoklah sampai Washington Post pun kata Msia ni USA ally dan suruh Obama campur tangan kes Juburi. Sejak bila la pulak negara kita ni ally Amerika? phuiii.....
Zaman Tun M dulu tak hingin pun nak berkepit dgn Amerika tapi rakyat dan ekonomi Msia ok.
Najib = Biar Pape Asal Bergaya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 2, 2014 at 12:44 PM

Salam bro,
Mereka dah turun bawah, sampai akar umbi dah, tapi masa turun tu bersalut dengan ketua bahagian, cawangan, ajk bahagian, ajk cawangan, ajk negeri, dan semua kroni. Semua ni sudah yakinkan presiden bahawa rakyat sokong dengan banner isteri pm lebih besar drpd pm. Dulu tak ada tp sekarang ni perlu ada krn isteri pm pandai menjana pendapatan terutama drpd arab. I lap pm, kena tambah jadi i lap pm wife dan ah jib gor. Nama itu akan menambah sokongan cina kepada pm. Mungkin tpm kena ada nama manja india utk tarik sokongan india kembali kepada mic. Yang lama kasi bungkus masuk tong sampah. Sekarang globalisasi, semua kena ikut omputih nanti tak relevan pulak. Orang muda berzumba dan berlifestyle dengan gaya mewah. Ikut ketua pemuda umno, biar melayu banyak berhutang krn berlifestyle biar pape asal bergaye

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 2, 2014 at 1:04 PM

Asalamualaikum. Betul 100 % kata penulis. Punca mutakhir ini kelemahan UMNO adalah Ajib Gor. Wahai ahli UMNO beranilah bertanggungjwaab denganmenolak Ajib Gor daripada kerusi Presdin jangan sayangkan kedudukan tetapoi sayangkan Islam, Melayu dan Maruah Raja2. Kalau tranformasi yg dirancang dah bertahun berkumandang tetapi tanpa apa. Bangsa kita masih dihina, Agama dicerca undang Negara dipermainkan apakah jadahnya kita mengekalkan PRESIDEN yang lembab . Zaman dah berubah. Berani kje UMNO halau Ajib Gor macam Pak Lah....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 2, 2014 at 1:35 PM

bro din,

muhidin pn tersasar dan x faham, umno bukan lemah dan lesu. mereka boleh bertegas tp x mahu. mereka liberal mereka lebih menyayangi cauvinis dr bangsa sendiri. itu masalahnya.

kalau hanya lemah org melayu xkan marah sgt, masalahnya umno sekarang lagaknya mcm pengkhianat bangsa di bwh kemudi najib.

melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
Zahary
November 2, 2014 at 2:16 PM

Najib bukan main riak menempelak UMNO Selangor.. tp dia lupa dirinya sendirilah punca kepada kejatuhan UMNO di Selangor. Dia juga mengetuai jentera PRU13 Selangor tapi GAGAL.
Punca UMNO ditolak ialah jelas iaitu tidak berfungsi seperti yang dimaktub dlm Perlembagaan UMNO. Pemimpin UMNO mcm Najib, Ahmad Maslan, Menteri Cap Ayam sibuk mengkayakan diri dan keluarga. Mereka tak hayati pun denyut masalah rakuat yang sebenar.

Mereka beretorik dengan 'bantuan' kununya.tp sebenarnya tidak. Berselindung dengan BR1M untuk menutup kelemahan dan ketidak cerdikan Najib memerintah negara.

Sebenarnya TS Muhyiddin lebih memahami masalah UMNO. Najib semasa menjadi timbalan Pak Lah.. tidak ada pun sedar apa masalah rakyat. Cuma Najib diangkat sbb kepercayaan yang diharapkan tapi tiada petunjuk atau talent pun.

Najib tak pernah buat kenyataan yang jelas dalam semua isu2 besar, Sekurang2nya TS Muhyiddin berani buat kenyataan dan menongkah arus. Kita patut beri peluang pada TS Muhiddin membetulkan negara pula sebab UMNO bukan milik eksklusif Najib atau keluarganya.

Tun M yang sgt berjasa pun tidak mewarisi kuasa kepada Mukriz, sebaliknya Najib berkongsi kuasa sebagai PM bersama Rosmah isterinya dan sepupunya H2O..

Masalah sebenar UMNO ialah NAJIB. NAJIB sgt diharap utk menaikkan semula UMNO selepas PRU13, tapi malang NAJIB berubah sikap. Beliau mula menjadi 'elite oriented' leader, dikelilingi PUNAHSEHAT yang membuat dasar 'gila' tanpa mengira situasi sebenar negara dan rakyat.

PEMANDU dan 1MDB tidak diaudit oleh Ketua Audit negara, maka segala penyelewengan dan kesilapan tidak dapat dipertikai. Dari sudut bangsa dan Agama, zaman Najib Islam TERUK DIHINA! Sangat TERUK!!

Tak pernah berlaku dalam mana2 pemerintahan PM di mana Islam di hina berterusan dan TIADA TINDAKAN KERAS menghukum dan mencegah dilakukan. Isu Agama bukan isu menteri sebabb Najib itu Agama Islam, dan hal duit Najib boleh sahaja intervene, termasuk Isterinya boleh menyibuk dalam urusan Menteri Luar.

Kenapa begini sikap Najib? Kerana Najib sbnrnya tidak menjiwai perjuangan. Beliau lahir dalam keluarga ELIT. Beliau tidak rasa risk points dlm dunia Melayu, Islam dan Negara.. apa2 hal beliau ada harta yang melimpah ruah.

Najib sudah diuji dan beliau dikita under performed KPI nya. Jadi beliau TIDAK LAYAK utk mengomen lebih isu UMNO Selangor kerana masalah UMNO Selangor berpunca dari kepimpinanya sendiri yang LEMAH sebagai Presiden UMNO.

Najib Lemah sebagai Presiden UMNO... PAU 14, apakah perwakilan aircond 10horse power akan terus diberi ruang yang banyak untuk MENGIPAS kegagalan Najib? Suara TUN M tidak dipedulikan lagi oleh org2 UMNO.. krn Najib sudah tabur wang yang banyak dlm jangka pendek untuk membuai org2 Melayu.. BR1M.. sudah dikira mcm 'sorga dunia' bg majoriti penganut UMNO..

Apalah nasib kita.. Pakatam Haram perosak, UMNO pulak sedang dialihkan dan dirosakkan jugak.. rakyat tiada pilihan. Sedangkan jika UMNO dipimpin elok.. tegas dalam hal2 spt Agama, Bangsa dan Kedaulatan Tanah Air, majoriti rakyat akan kembali SOLID pada BN. Insya Allah.

tapi itulah.. Najib.. beliau tiada hati jiwa perjuangan..

....................
Reply To This Comment ...................
Zahary
November 2, 2014 at 3:02 PM

Lagi kerja FLIP-FLOP dan melemahkan Islam oleh Kerajaan Najib.. Zahid dan Najib ni hanya kuat menipu org Melayu.. menjerit2 bukan main lantang semasa PRU13.. tapi inilah hasilnya...:

-BIBLE BAHASA MELAYU YANG DIRAMPAS KDN DI KLIA AKAN DIPULANGKAN SEMULA.-
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, cakera digital dan buku berkaitan agama Kristian yang dirampas di KLIA2 pada 25 Oktober lalu akan dipulangkan semula pada pemiliknya....

Satu contoh sikap PM Najib.. inikah pemimpin Melayu UMNO? Jiwa liberal, bermuka2. bahasa kasar dipanggil MUNAFIK!

SEMUA penghinaan ini berlaku di zaman NAJIB PM.
Zaman PM lain tidak lembik dan teruk macam ni. Teruk2 Pak Lah.. Islam tak dibiar hina mcm ni.
Flip Flop menteri pembohong mcm Zahid ni hanya beretorik mcm samseng kg.. akhirnya tunduk dan membuka kelemahan umat Islam.

Kita dh rampas lepas tu pulangkan.. tak fikirkah kesan dan akibat perbuatan bodoah lemah macam ni akan menghilangkan gerun musuh pada undang2.

UMNO yg perintah negara jgn salahkan parti lain jika Islam dihina dan dirosakkan.

Blogger UMNO.. jgn jadi mangkuk hayun menyalak di blog sahaja. Cuba bina jaringan bloggers untk tegakkan Agama. Ini asyik entry kisah lucah, bogel sana telanjang sini.. sama2 penjahanam mcm Najib.. otak org UMNO ni tau melucah. Bila cerita bab lucah.. pakat khayal seronok.. negara kena serang pun boleh melucah lagi.. bodoh!!

fikir mcm mana nk ubah Najib atau ganti pemimpin yg tegas pd Agama dan Bangsa.. itu tugas korang utk satukan pemikiran rakyat dan pengundi UMNO. Bukan duk buat dosa sebar benda lucah!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 2, 2014 at 3:05 PM

@Anonymous

Bro. TS Muhyiddin faham lah tu. Dia kena berlapik dalam menngkritik.. Najib skrg sudah mula jadi elitis. Hatta Tun M punya kritikan pun skrg di bakul sampahkan.. kau tu tk faham budaya dlm UMNO ni. Bodoh sombong..

Kena ketok sambil urut.. TS Muhyiddin dah lama addressed kan.. tp ngok2 pengipas Najib terlalu ramai dah skrg... sehingga suara bernas Tun M pun mereka reject..

Sy cukup faham lenggok bahasa TS Muhyiddin. Dia seorng yg tegas cuma skrg ni balaci2 Najib ramai!! ada Faham ka?

nnt tak pasal2 kena sepak keluar sblm bertarung!

....................
Reply To This Comment ...................
November 2, 2014 at 4:16 PM

@AnonymousMohon elakkan dari mencaci sesama pengomen. Orang luar Umno bukan semua faham SOP orang Umno, jadi terangkanlah dengan elok

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 2, 2014 at 5:16 PM

@Anonymous

bkn susah pn ckp " org melayu sekarang ckp umno sudah liberal"

najib xkan terkesan pn.

persoalan sama ada muhidin faham atau tidak adalah kunci yg penting sbb lepas ni kalau umno jatuh dia yg akan naik. kalau dia x faham umno jadi liberal di bwh kj dan najib misalnya mungkin dia akan maintain kj atau saifudin.

saya pn tgk ucapan dia. kamu faham lain saya faham lain. its your say againts my say, wallahualam sape yg betul.

kamu mahu menaruh kepercayaan pada politician, saya akan sentiasa reserved sampailah terbukti dgn perbuatan.

dulu pn kita x sangka najib mcm ni

melayu hampa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 2, 2014 at 5:46 PM

Kesian ngan org melayu le ni. Walaupun dah berpuluh tahun merdeka tapi masih lagi perlu berjuang untuk mendapatkan hak hak org melayu ditanah sendiri. Rupa nya lepas merdeka banyak lagi musuh yg berkeliaran bahkann lebih merbahaya dari sebelum merdeka.
teringat nasib org melayu di kg chubadak sentul...

....................
Reply To This Comment ...................
November 2, 2014 at 5:59 PM

Ikan, kalau kepalanya busuk,badan nya juga cepat busuk.Buang saja dalam tong sampah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 2, 2014 at 6:33 PM

Setuju tuan.... mungkin nak tu juk yang dia bersemangat membela melayu, atau nak ajak pakat2 bela melayu, atau mengeraskan suara bagi m3nafikan sebarang kelembikan.....
Tapi aku dah buat keputusan.... andai najib mqsih pm atau presiden umno pada pru14, maka bagi ku no mercy.... tambah pulak kalau aljub kedalam, maka peluang terbuka untuk kita bagi sedikit pengajaran....

....................
Reply To This Comment ...................
November 2, 2014 at 7:34 PM

Ini lah akibat nya bila kita memilih pemimpin yg naik pakai "tangga emasa"pasal dia nak bekas PM.Sedangkan dia dari sejak lahir hidup penuh kemewahan .Mana mungkin dia dapat menyelami masalah rakyat kebanyakkan

....................
Reply To This Comment ...................
Zahary
November 2, 2014 at 7:56 PM

@Zahary

Maaf Tuan Din, ayat posting ni saya 'CC' kt sini selepas posted di blog UMNO. Saya nak gambarkan betapa bencinya saya pada 'perjuangan' UMNO sekarang. Blogger2 Pro UMNO macam tak kisah dosa pahala, selang beberapa hari akan bawak entry isu lucah..

mcm seolah2 itulah kehidupan org UMNO sendiri.. sex dan wang tak boleh dipisahkan.

Sedangkan kita Melayu dan Islam diancam dan dihina teruk.. tapi rasa 'selesa' tidak kisah.. terus bercakap hal2 yang tak berfaedah dan tidak mengubah halatuju.

Apakah mereka org2 UMNO ini mahu bumi ini diterbalikkan oleh Tuhan baru nk merangkak2 keluar dr runtuhan, mahu bertaubat dan insaf bersama pemimpin?

Saya tidak peduli lagi pasal PAS sbb PAS sudah jelas mereka telah rosak dan xboleh dibetulkan lagi. Agama mereka ialah WANG-WANITA-KUASA.. Islam hanya tempelan di luar markaz.. so no sense to 'bargain' dgn org2 PAS.

UMNO masih ada harapan dan still ada sikit diharapkan disbbkan track record org2 UMNO dulu2.. jadi tak mustahil UMNO diubah kembali.. otherwise UMNO akan lenyap krn tak relevan lagi dengan dunia Melayu Islam..

Maaf tuan Din.. bahasa posting ata stu saya tuju pada blog UMNO yg rata2 sekarang cukup 'galak' mengipas PM Najib..

Wallahualam..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 2, 2014 at 10:15 PM

BG SAYA NAJIB MASIH AKAN KEKAL SEBAGAI PM SEHINGGA PRU14,
TAHUN LEPAS PUN MACAM NI JUGA KECOH SURUH LETAK JAWATAN TAPI LEPAS TU SENYAP JE

Bagi saya org melayu sudah mersa selesa di bawah najib walaupun ada isu2 agama dan bangsa diutarakan, PM Najib memberi sesuatu kpd mereka seperti dlm bentuk kewangan walaupun terpaksa korbankan hak-hak org melayu,

ini namanya BRANDING POWER DIBAWAH 1MALAYSIA yg dipelopori oleh Najib, sama juga macam iklan di tv yg mempengaruhi kita secara halus utk membeli produk,
BRANDING 1MALAYSIA ADALAH KPD MENYASARKAN NAJIB BUKAN UMNO

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 2, 2014 at 11:26 PM

Ini satu petanda dlm memilih pemimpin, majoriti org melayu berada dlm keadaan cognitive dissonance...langsung mengenepikan panduan & pedoman yg digariskan dlm quran. Oleh kerana itu, spt dinyatakan dlm quran, kemelut & kelemahan kepimpinan UMNO dlm upholding digniti deenul islam & umat melayu bukanlah suatu yg ditakdirkan tapi disebabkan kesilapan sendiri. Selagi kelompok ulama pewaris nabi dlm negara berpecah 3 : Ulama UMNO, Ulama PAS & Ulama Bebas, roh deenul islam akan terus gelap & malap. RD5

....................
Reply To This Comment ...................
November 3, 2014 at 7:47 AM

Di era Tun M, the non-Malays... especially the chinese.... were afraid to argue or even discuss almost all Tun M decision. They never argue or question the decision especially that involves policies towards the Malay. Now it seems that they will object anything that has got something to do with upgrading or even sponsoring the Malays. The policies.... stays and the country prosper as planned. Tun M never bother to fulfill or even discuss all the non-Malays effort to attack him.... and the country still prospers.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 3, 2014 at 8:39 AM

...sebab tu tak de beza lantik anwar jadi PM ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 3, 2014 at 10:35 AM

Pak Din,
Muhyidin, Mukhriz, Md.Hassan dan Zambri patut tubuh Gang of Four dan desak laki Rosmah letak jawatan , sebelum nasi jadi bubur. Ada brani ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 4, 2014 at 9:49 AM

Tuan,
Setuju sangat jika Gang of Four ini jumpa dan minta pandangan Tun Che Det.
What say you?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 4, 2014 at 11:14 AM

Salam,
Dengan izin, it is not that we don't love Najib and Rosmah, but we love ugama, bangsa dan
negara much much more. I rest my case.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 17, 2015 at 8:17 PM

janganla berbalah sesama hamba allah/ orang islam yang beriman dan berpegang teguh dgn kebenaran kekuasan allah yang menguasai dunia dan akhirat . semuanya telah dijelaskan dalam kalam mullah/ nabi yang dijunjung saw pun telah berulang kali meningatkan berbaliklah pada hadis dan alquran bila menhadapi apa jua permasalahan semasa masih berada di atas bumi yang akhirnya akan fanah jua. biarkan orang2 munafik membuat onak sebab itu kerja mereka dan mereka adalah pengikut iblis dan syaitan yang dilaknati allah. yang perlu difikirkan telah kah kita musabah diri dengan apa yang berlaku. apakah kita sudah persiapkan diri untok menhadapi apa yang akan berlaku bila allah menurunkan bala dan azab diatas segala perbuatan kemungkaran maknusia yang terpedaya dengan bisikan iblis dan syaitan. ingatlah akan bala yang telah allah turunkan kepada hamba2ya yang tetdahulu. dan apa yang telah di tunjukan baru2 ini. apa itu semua tidak dapat membuka minda kalian kah yang mengaku cerdik.pandai????? hari ini jika allah menghendaki kamu.semua menjadi kaya raya, kemana kamu hendak bawa??????? dan berapa lama kah kalian rasa bolih hidup??????? dengan tenteram dan aman. subahanallah allahhuakbar.. kaji lah sejarah..dan hayatilah sebenar2nya. kan dah di ingatkan jangan akhirnya kerugian yang menakibatkan penyesalan bila terjerumus kedalam neraka jahanam. auzubillah di sebabkan kelalaian, kesombongan dan kebodohan diri sendiri. hentikan segala.kemunkaran dengan berbalik pada.yang.satu fillalamin. allahhuakbar allahhuakbar allahubar.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 17, 2015 at 8:44 PM

umno memang sudah tak relevant \ bkn dsi najip saja yang harus dipertanggong jawapkan. ORANG MELAYU Lah harus dipersalahkan sebab tak pernah belajar dari kesilapan dan tak berani mengaku bodoh tak bolih diajar pandai tak bolih di ikut\ mudah diperdayakan cepat lupa diri sanggup membunah walaupun dah tahu perbuatan itu menyalahi hukum agama [semua agama melarang] terutama agama islam. tengok disekeliling pelusuk dunia sekarang ini apa yang sedang berlaku dan kenapa ia berlaku. KEMUSNAHA YANG KETARA. disebabkan tamak haloba dan serahkah. apa bangsa melayu dah cukup bersedia.untok menhadapi nya. begitu juga dengan bangsa cina india dan yang lain¿¿¿¿¿¿¿ jangan terlalu gah dan sombong akhirnya menipu diri sendiri. ingatlah allah sentiasa memberikan peringatan supaya hamba nya Sentiasa musabah diri.

....................
Reply To This Comment ...................
August 6, 2015 at 3:11 PM

Alhamdulilah benar tu. Jauhilah permusuhan sebab ya ada hasutan syaitan. Umno di tubuhkan atas dasar menperjuangkan hak2 bangsa agama dan kedualatan tanah melayu yang berbilang bangsa dibawah payung kibaran bendera malaysia. Rakyaat malaysia yang berbilang kaum harus menhormati leluhur kaum bangsa yang telah bersama2 bermuafakat berganding bahu sehingga titisan darah yang terakhi untok mendapatkan kemerdakan sehingga bumi malaysia telah dikenali serat dunia dan dihormati. Tapi malang sekali rakyaat telah tersilap dalam pemilihan melantik wakil2 kaum untok meneruskan urusan pentakbiran negara,sehingga terjadi pekara2 yang tak sepatutnya berlaku. Yang mana telah mengusarkan penghidupan harian rakyaat. Walau apa pun rakyaat harus musabah diri dan kembali berganding bahu merapatkan silatulrahim dengan apa cara sekalipun walau terpaksa menyinkirkan orang2 yang telah gagal memegang dan melaksanakan amanah rakyaat. Demi menyelamatkan kesinambongan rakyaat dan tanah air. Insyallah dengan kerjasama semua pihak yang sayangkan keamanan dan keharmonian yang telah hampir 58tahun negara kitab yang dibawah naugan bendera Malaysia akan terus berkibar Dan disanjungi di serata dunia. Tanpa gejala yang menaibkan Dan negara di terajui olih orang yang amanah jujur Dan ikhlas dalam melaksanakan tugas Tanpa prejudis Dan diskriminasi dalam segala urusan terutama sekali dalam mengendalikan dana rakyaat Dan negara. Clean and responsible govt/ pentabiran kerajaan yang bersih Dan bertanggong jawap. Insyallah akan membawa keamanan,keharmoniandan kesejahteraan until semua. Mohon maaf kalau ada kesilapan.

Post a Comment