........... Kemaskini Jawapan Datuk Ahmad Maslan - Harga Minyak Dunia Jatuh ? Minta Maap la Kalau Nak Harap Harga Minyak Kita Turun ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kemaskini Jawapan Datuk Ahmad Maslan - Harga Minyak Dunia Jatuh ? Minta Maap la Kalau Nak Harap Harga Minyak Kita Turun !

Tuesday, November 4, 201427comments

KEMASKINI 3:00pm - Saya terima mesej dari rakan yang katanya di bawah adalah jawapan dari Ahmad Maslan -

Subsidi terkini juga turun sbb minyak dunia turun. Terkini subsidi seliter masih lagi ada iaitu:
ron95 - 12.39sen
diesel - 11.24sen

harga bersubsidi:
ron95 - rm 2.30
diesel - rm2.20

ron97 - rm2.75 (tanpa subsidi + cukai jualan)

Jika minyak dunia turun, maka pendapatan negara drpd hasil petroleum juga turun walau bebanan subsidi berkurangan.

Kita tidak pasti hingga bila minyak dunia akan turun. Negara2 OPEC boleh berpakat utk keluarkan pengeluaran minyak & harga akan naik kembali. Kita bukan negara OPEC sbb pengeluaran kita kecil, negara ke 28..

PS - rakan yang lama dalam industri minyak pula komen katanya, selama ini dia tak pernah pun dengar ada cukai jualan ke atas minyak ! ( yang ini tak resmi, ok. Sesiapa boleh sahkan ? )

                                *************************




Kerajaan mempunyai dua pilihan sekiranya harga minyak dunia terus menunjukkan trend penurunan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata pilihan pertama ialah kerajaan boleh menurunkan harga minyak (RON95) sekiranya harga minyak dunia turun kepada serendah RM1.72 seliter dan mengenakan cukai jualan 58 sen.


"Pilihan kedua, kerajaan boleh menurunkan harga minyak sehingga ke paras itu (RM1.72) mengikut pasaran dunia dan tidak mengenakan cukai jualan, namun tidak dapat mengutip hasil yang boleh digunakan untuk membangunkan negara,"


Senang citer, berapa pun harga pasaran minyak dunia jatuh, harga minyak di Malaysia tidak akan berubah. Kalau harga dunia naik tinggi, kerajaan akan lakukan Rasionalisasi Subsidi yang kesannya harga minyak yang kita beli akan naik walaupun bukan kerajaan naikkan. Kerajaan akan jimat duit daripada terpaksa bayar subsidi.

Dan kalau harga minyak dunia jatuh dan lebih rendah dari harga yang kita bayar di pam minyak, kerajaan akan kenakan cukai yang kesannya harga akan tetap sama. Kerajaan akan buat duit pula.

Sebabnya kenapa kerajaan kena buat duit pula jika harga minyak dunia jatuh - "Masalah yang dihadapi sekarang ialah untuk mendapatkan semula RM23.5 bilion bagi tahun lalu dan RM21 bilion pada tahun ini yang dibayar kepada syarikat minyak untuk membolehkan kita menurunkan harga minyak,"

Kerajaan kena bayar subsidi tertunggak / backdated ! Pulaaaak ...

Kenapa benda tertunggak ini tak pernah disebut pun sebelum ini ? Bukankah benda yang tertunggak itu sudah diambilkira dalam Bajet Tahunan ?

Bila kerajaan naikkan harga minyak 20 sen baru ni, takde pun disebut adanya subsidi tertunggak yang kerajaan perlu bayar ?  

Jika begitu, kenapa naikkan dana BR1M ?

Yang menjadi isu adalah ALASAN2 yang diberikan kerajaan tidak konsisten.

OKlah, katakan harga minyak dunia kekal rendah selama setahun, apakah kerajaan akan beri jaminan harga pasaran tempatan akan turun selepas habis subsidi tertunggak dibayar ? Atau akan timbul pula alasan lain ......
Bernama

Share this article :

+ comments + 27 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 4, 2014 at 8:49 AM

Najib says: "Kami mendengar?.. with his DEAF ear???
Kalau dia mendengar..xde lah dia hapuskan ISA, Akta Hasutan dan membela 'polong2 puntianak' PEMANDU + 1MDB tuh...

Deaf ear stubborn heart of Najib Razak..
sorry to say!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 4, 2014 at 9:35 AM

mat maslan, ko ni sesaja gatal mulut nak carik pasal. ko fikir bajet yg dibentang najib tu tak ambil kira semua faktor kewangan ke? kerajaan nak meniaga dengan rakyat ke kerajaan nak gunakan duit untuk rakyat? cuba jawab soalan aku ni, bajet untuk pembangunan yang dibentang baru2 ni bajet tipulah ye. sebabnya ko kata kalau tak kenakan cukai, pembangunan tak boleh buat. kekadang nak juga aku sebut, rakan2 kabinet najib ni ramai yang otak di lutut, dubur di mulut.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 4, 2014 at 10:08 AM

Walaupun harga minyak dunia dah turun , tapi harga minyak Malaysia patut dikekalkan kerana nak menampung kenaikan BR1M pada tahun hadapan. Lagipun Ah Jib Gor dah berjanji bahawa BR1M akan dinaikkan. Amat menghairankan sekali kerana kerajaan tiada sumber lain nak tampung BR1M selain daripada rasionalisasi subsidi.

Sedangkan pada masa yang sama, kerajaan terpaksa menanggung bebanan defisit setiap tahun. Dahulu Tun M bijak mencari sumber alternatif untuk menjana pendapatan negara tanpa perlu menaikkan harga minyak. Negara pernah berbelanja berbilion ringgit melalui pembinaan projek mega seperti Petronas Twin Towers, KLIA, SIC, Cyberjaya dan Putrajaya. Tapi Tun M tak pernah kacau poket rakyat. Walaupun ketika itu negara berbelanja besar, tapi rakyat tak terbeban walau sedikitpun.

Tapi di zaman Ah Jib Gor, nak beri angpow kepada rakyat pun kena potong subsidi. Defisit bertambah, tapi kerajaan masih belum mampu menjana pendapatan altenatif. Macam ni ke yang dikatakan perbelanjaan berhemah ? Rakyat disuruh berjimat-cermat tapi kerajaan tetap berbelanja mewah seperti biasa. PEMANDU dan 1MDB dah makan jutaan ringgit duit kerajaan, tapi apa hasil dan keuntungan kepada rakyat biasa ? Apa gunanya mengupah jutaan ringgit kepada penasihat dan konsultan jika tak memberi faedah kepada rakyat ?

Oleh itu, saya nasihatkan kepada Ah Jib Gor silalah meletakkan jawatan sebagai PM atas kegagalan menguruskan kewangan negara. Ah Jib Gor jugak patut meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO kerana gagal menjaga dan mempertahankan hak melayu. Dah tiba masanya slogan 1Malaysia yang merosakkan perpaduan negara dikuburkan.

....................
Reply To This Comment ...................
November 4, 2014 at 10:19 AM

Harga minyak :-

1. Kerajaan sepatut nya boleh meramal kenaikan atau penurunan harga jika komoditi ini di pantau selaras pengaruh ekonomi dunia. Petronas sebagai pemain utama boleh sahaja meramal permintaan minyak kerana setakat ini negara pengeluar minyak amat sensitif dengan tahap pengeluaran masing-masing. Mana mungkin kerajaan terlepas pandang terhadap kmoditi utama ini.

2. Kuota stok dan bekalan dalam negara boleh saja di kawal jika pengasingan pasaran tempatan hanya kegunaan domstik di mana harga boleh di kawal secara konsisten. Masaalah nya kerajaan tidak mempunyai logistik penyimpanan stok sepertimana di lakukan negara bukan pengeluar minyak. Realiti mereka mempunyai simpanan telaga minyak yang banyak, tidak di hebahkan. Mereka bijak mengawal pengeluaran di negara lain dengan penglibatan aktif syarikat minyak gergasi milik sendiri yang beroperasi di negara-negara pengeluar minyak.

3. Kita tahu Petronas memiliki pelaburan di luar negara dengan cara dagangan strategik. Modal di labur juga besar dan risiko tinggi kerugian yang di tanggung. Namun keadaan ini hanya hipotetikal kerana realiti nya kajian intensif telah di nilai sebelum nya terhadap kewujudan telaga-telaga minyak dan anggaran kapasiti stok asli yang tersimpan. Malaysia sendiri mempunyai emas hitam yang lumayan belum di komersialkan, itu yang di fahamkan. Malah bekalan boleh bertahan dalam jangka waktu lama.

Kesimpulan nya :- Kerajaan boleh sahaja sensitif terhadap penurunan harga minyak sepertimana sensitif nya apabila kenaikan harga yang di laksana dalam tempoh dua puluh empat jam.

Mahfum nya terlalu banyak ketirisan sehingga hutang negara melonjak dalam keadaan luar biasa di mana pelaburan di buat menyahkan realiti keperluan negara apabila tahun kewangan belanjawan di rangka dan di umumkan. Pelaburan berbilion dalam sektor yang tidak menjanjikan pulangan mapan, kelabu, terbarai dalam pengurusan yang tidak cermat dan rakus. Pembangunan yang sepatut nya untuk kesejahteraan rakyatbmasih tertangguh malah berdefisit.
Komoditi dan perhidmatan bersubsidi kini menjadi beban. Rakyat bersempadanan menikmati kemewahan yang tidak sepatut nya mereka nikmati kerana nilai ringgit yang tidak berkadaran secara ekonomik.

Di mana silap nya, hanya PM Najib dan para konsultan nya yang tahu. Kementerian yang sepatut nya bertanggung jawab sudah merasakan tugasan mereka bertindih dan tidak lagi relevan demi merealisasikan dasar-dasar afirmatif kesinambungan terdahulu.

Siapa berkuasa, umpama harga minyak, akan menikmati laba besar yang berlegar di alam fana ciptaan mereka. Rakyat masih membayar dengan 'harga'.

Jika Negara kita maju dan sejahtera ekonomi nya, mestikah rakyat masih 'di caj' tanpa rela, tiada yang percuma ? Sekonyong nya pemberian BR1M di nista, di hina, pembiayaan pendidikan pasti melebarkan hutang negara dan rakyat nya, segala kemudahan kerajaan dan swasta tidak bisa kepada orang biasa lagi, kemana halatuju rakyat hendak di bawa ? Sehingga kini, menjadi Melayu Islam sudah menjadi perkara sia-sia kerana sudah di anggap 'tidak berharga' lagi dalam diari berpendapatan tinggi.

....................
Reply To This Comment ...................
November 4, 2014 at 10:55 AM

Dulu dikatakan minyak Ron97 mengikut harga pasaran. Mengapakah kini ia tidak diturunkan berdasarkan harga pasaran minyak dunia?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 4, 2014 at 11:15 AM

kalu minyak tak nak turun...turunkan najib jer senang cerita..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 4, 2014 at 11:24 AM

Tak pernah aku benci kerajaan sampai macam ni.... aku yang sentiasa backup dasar2 kerajaan dimata macai2 PR, kini rasa dah nak surrender, nak tutup kedai.... sebenarnya bukan benci kerajaan, bukan benci umno, tapi benci kpd individu yang merancang dan menjalankan dasar kerajaan sehingga tak sanggup aku nak bela lagi dah!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 4, 2014 at 11:34 AM

RON 95 is supposed to be rm1.72 per litre. And we are paying rm2.30 per litre at the moment. So all the talks about subsidy is just bullsh**.

Pm najib is going to fall just with this issue alone. Wait and see.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 4, 2014 at 1:17 PM

Kalau harga minyak dunia turun, kerajaan masih guna harga yang sama pasti keuntungan berganda....agak2 berapa persen penasihat Dan sekolah cina dapat?

....................
Reply To This Comment ...................
November 4, 2014 at 1:22 PM

subsidi tak elok buat rakyat ....... cukai OK

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 4, 2014 at 1:50 PM

Format naik turun harga minyak dunia adalah baik untuk kreativiti ekonomi domestik. Kalau pakai prinsip cekau atas alasan pembangunan,sedangkan kita kurang memahami matlamat sebenar pembangunan dalam konteks yang menyeluruh,maka kita akan menempuhi kegagalan.Dalam ertikata pembangunanpun,tidak lari dari masalah kerugian,pembaziran,tidak efficient, membebankan kerajaan dll.

....................
Reply To This Comment ...................
November 4, 2014 at 2:11 PM

Pendapat aku sng ! Hrga mnyak tk payah nk d susidukn , ktakn la hrga mnyak d trunkn adakh hrga brangn atau perkhidmatan akn ikut trun ? Tetapi tiba2 harga mnyak dunia naik mendadak n kta krajaan jg tpaksa naikkn hrga mnyak hrga brng akn trut naik jg ! Ironinya kt blh trn dan naikkn hrga mnyk tp hrga brangan tk pernh trun

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 4, 2014 at 2:27 PM

Rakyat di rasionalisasi subsidikan demi pembangunan negara. Namun,bebanan pembangunan mehata di semula oleh rakyat yang telah terkorban, demi rasionalisasi subsidi.Lihatlah pelaburan besar gas batuan di kanada,battlesea di England,1MDB dll dengan suasana ekonomi dunia yang tidak menentu akibat penangan sistem kapitalis yang kita lihat,tindak tanduk kerajaan yang tidak berhati2 dan mengambarkan kesuraman masa depan negara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 4, 2014 at 2:32 PM

Konon RON97 tu floating ikut market price..
tapi market price dah down.. kenapa RON97 still tinggi macam tahun lepas?

PM berbohong pada rakyat?
berniaga petrol kepada rakyat?
Sekali dua buat rivision lepas tu bg rakyat lupa..
Bila oil price naik cepat 2lah petrol diesel naik
Bila oil price turun.. PM mcm tido jer..

Menteri2 pengipas lagi tak berani bersuara..
'Pehalawan' UMNO semasa Perhimpunan PAU senyap sepi bersembunyi celah wang atau lubang kontrak?

apakah ni negara ku Malaysia?
Sudah mahu jadi seperti Arab yg rakyatnya sedang memberontak kerana pemimpin jadi boneka Amerika sertai menipu rakyat melalui ekonomi?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 4, 2014 at 3:11 PM

Dahulu, rakyat menikmati subsidi untuk penyesuaian pendapatan rakyat dan melebarkan ekonomi rakyat.Sekarang kebijakan pemimpin telah berubah,meriasionalisasi subsidi dan memperkenalkan GST atas alasan pembangunan. Ternyata agenda sebegini akan gagal dalam konteks merakyatkan ekonomi dan kita yakin aktivti ekonomi domestik akan menguncup di sebabkan tarif elektrik yang tinggi,isu penyewaaan premis perniagaan yang mahal,kekurangan pelanggan dan sebagainya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 4, 2014 at 3:17 PM

tembelang kerajaan penipu dah pecah.

dulu..kononnya terpaksa tanggung subsidi. sehinggakan ron97 diapungkan ikut harga semasa.

sekejap je Allah nak tunjuk. tiba2 harga minyak jatuh. ron97 tak turun2 pun.

pemimpin2 yang hidup senang kat atas tu. tunggu je la..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 4, 2014 at 3:40 PM

setuju dgn anon 11.24am.
aku amat benci dgn najib dan najib mesti lah meletak jawatan..selagi najib pm yang tidak mengotakan janji mendengar denyut nadi rakyat maka bersedialah pada pru 14 kelak..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 4, 2014 at 4:27 PM

Walaupun aku nie bangsat (bukan maksud seperti isu kes di court yang tengah hangat nice).Tetapi, kerajaan sekarang sangat rakus walaupun berlapik dengan Brim yang lagaknya tidak ubah seperti robin hood.Projek smart turnel dan jambatan kedua pulau pinang,kosnya angka satu sampai lima billion ringgit.Sekarang isu,skandal dan nilai projek puluhan billion ringgit.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 4, 2014 at 5:18 PM

Jangan tanya apa yang konsetan sumbang kepada negara ... tanyalah apa yang rakyat boleh sumbang kepada konsetan ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 4, 2014 at 5:25 PM

Rasanya pernah baca ayat ni ... kita kan sedang menuju negara maju jadi rakyat kenalah berkorban untuk mencapai matlamat tersebut ... err apa guna negara maju jika hidup rakyat sama seperti dunia ketiga . . dan harga barang hanya mampu dinikmati oleh golongan elit ... sedangkan majoriti rakyat adalah marhaen ... walaupun menanam rockmelon 3 ekar dan kangkung 30 batas ...

....................
Reply To This Comment ...................
Madah berhelah
November 4, 2014 at 8:00 PM

Yang kata harga minyak 1.72 seliter tu tak tepat. Sebab itu harga seliter dari satu tong minyak belum proses. Dlm satu tong dpt 42 gallon kalau tak silap yg jadi minyak 19 gallon je. Jadi 1.72 tu sblm diproses. Katala subsidi kira cincai 13 sen, makna harga minyak lepas proses sebelum subsidi rm 2.17 sen.

Tengok angka tu untuk ron 95, 2.17 sen sblm subsidi. Jadi apasal dari 2.10 naik jadi 2.30?
Yg kata minyak seliter 1.72 tu bedasarkan setong $85.86 per barrel.

Pelik kn kira2 gomen bodoh ni. Internet ada la maslan nk simple maths namanye

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 4, 2014 at 11:16 PM

Setuju..aku pun dh menyampah..dulu vote bn..next election..dh takmo vote

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 5, 2014 at 8:33 AM

mengutip hasil yang boleh digunakan untuk membangunkan negara,"
Kemudian bazirzan dengan mengeluarkan bon 30 , 60 ,100 tahun. Zaman IT masih ingat rakyat mengap. Baik lantik anwar jadi PM dua kali lima dengan Ah Gib Gor, tapi sekurang kurangnya masih Anwar Ibrahim.

....................
Reply To This Comment ...................
November 5, 2014 at 9:12 AM

BN mampus keranamu NAJIB!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 5, 2014 at 2:09 PM

Tuan penyu nak tanya skit...harga minyak naik,rokok naik,agak2 berat big mama turun x?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 8, 2014 at 12:33 AM

ini semua jawapan bullshit.. terus terang je senang orang boleh faham. ini bukan zaman batu semua dah berpelajaran tinggi.. janga lah nak tipu tipu lagi :3

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 8, 2014 at 1:27 PM

Ini lah yg nabi dok bagitau..bila lantik org yg bukan ahli...jawabnya mampuih keqin la kita semua...

Post a Comment