........... BR1M - Hasil Pemikiran Otak Yang Ketandusan Idea ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

BR1M - Hasil Pemikiran Otak Yang Ketandusan Idea !

Monday, November 17, 201425comments




BR1M: BERI ATAU TIDAK? ( copypaste dari FB SSTDM - KLiK )

....... Ia bergantung bagaimana anda melihatnya.

Tidak ada sesiapa di dunia ini yang akan menolak barang percuma. Lagi-lagilah jika ianya wang percuma. Sesiapa yang berbuat demikian mungkin sudah terlalu kaya ataupun kurang siuman. 

Tidak ada juga kerajaan di dunia ini yang mahu dilabel sebagai kurang siuman kerana tidak memberikan apa-apa ‘bentuk pemberian’ kepada rakyatnya. 

Sebagaimana subsidi-subsidi yang lain, BR1M juga mempunyai baik buruknya.

RM4.5 billion setahun adalah jumlah yang banyak. Tidak lama lagi, jumlah ini akan menjadi RM9 billion setahun. Jika penjimatan daripada program rasionalisasi subsidi lebih rendah daripada angka pemberian BR1M, kita boleh mengucapkan selamat tinggal kepada usaha untuk mengurangkan kadar defisit negara. 

Persoalan timbul, apakah impak positif kepada ekonomi melalui pemberian BR1M? 

Dengan RM4.5 billion berligar di dalam ekonomi, ia semestinya meningkatkan permintaan terhadap pasaran domestik. Orang ramai akan berbelanja lebih. Peniaga mendapat lebih keuntungan dan keuntungan tersebut akan dicukai oleh kerajaan. 

Jadi secara asasnya kerajaan akan mendapat kembali wang BR1M tersebut. Ini jauh lebih baik daripada kerajaan memberikan subsidi kepada GLC yang kemudiannya menggunakan wang tersebut untuk membeli hartanah di London. 

Selain daripada mengurangkan beban golongan susah, BR1M adalah pemberian yang telus. Lebih 7 juta rakyat Malaysia menerima manfaat BR1M dan mustahil untuk kita katakan 7 juta penerima ini adalah kroni kerajaan.

Dari segi politiknya, BR1M tidak boleh dinafikan kepentingannya dalam membantu populariti kerajaan. Pembangkang yang sedar akan hal ini juga terpaksa mengakui kepentingan politik BR1M sehinggakan mereka hanya mampu berhujah ‘ambil wang itu tetapi undi kami. '

Malangnya BR1M tidak benar-benar membantu dari segi undi semasa pilihan raya. Mungkin ianya agak berkesan di kawasan-kawasan tertentu tetapi secara keseluruhannya BR1M tidak membantu parti pemerintah.

Apapun, tidak kiralah dari sudut politik atau ekonomi, pemberian wang tunai kepada rakyat tidak wajar diteruskan untuk jangka masa panjang. 

Wang BR1M hanya boleh membawa kesan gandaan optimum apabila kurangnya pelaburan sektor sawasta ke dalam ekonomi negara. 

Kerajaan sebagai pelabur terbesar perlu berbelanja untuk merangsang ekonomi. Pemberian BR1M adalah salah satu cara menggalakkan perbelanjaan. Tetapi itu cerita semasa krisis ekonomi. Hari ini kita secara perlahan-lahan pulih daripada krisis kewangan 2008. 

Jadi apabila seorang bekas Perdana Menteri menyuarakan kebimbangannya terhadap BR1M, beliau hanya menyatakan hakikat bahawa kita mempunyai sebuah kerajaan yang sedang menghadapi defisit dan memikul hutang yang besar. 

Kita wajib memahami insan yang memberikan kritikan ini adalah seorang lelaki pro-industri. Beri beliau RM800 juta, beliau akan mewujudkan sebuah industri automotif- bukan sahaja menghasilkan Proton, tetapi turut membangunkan sehingga rantaian nilai yang lengkap; vendor, alat ganti, reka bentuk, insurans dan lain-lain .. 

Bukan ingin mengagungkan beliau tetapi hakikatnya inilah insan yang telah menerajui industri minyak dan petroleum di Malaysia sehingga Petronas adalah pemain utama O&G di dunia dengan modal yang tidak sampai bajet BR1M setahun.

Dengan hanya beberapa billion ringgit juga, sebuah koridor multimedia diwujudkan dan hari ini kita dapat saksikan beberapa syarikat multimedia yang telah berjaya dan juga animasi terkenal ‘Upin & Ipin.’ 

Ini belum dicampur lagi dengan beberapa projek infrastruktur yang pada zaman beliau dianggap ‘gajah putih’ yang mana telah banyak menyumbang kepada negara.

Pendek kata, bagi seseorang seperti Tun Dr Mahathir, beliau lebih gemar mewujudkan industri baru yang menghasilkan pekerjaan, meningkatkan pengetahuan dan teknologi yang mana di akhirnya menyumbang kepada pendapatan kerajaan. 

Hanya dengan melihat perkara-perkara ini kita dapat memahami mengapa beliau dan mungkin juga sebilangan besar insan pro-industri di Malaysia menyokong supaya pemberian BR1M dihentikan. 

Sifirnya mudah - wang itu lebih baik dibelanjakan untuk sesuatu yang lain khususnya dalam mewujudkan sesuatu yang lebih bernilai. 

Bayangkan apa yang boleh dihasilkan melalui RM 4.5 billion. Kita boleh menaik taraf kesemua lapangan terbang di seluruh negara untuk mewujudkan beberapa hub tambang murah di utara, selatan, timur dan barat tanah air. 

Kita juga boleh membiayai produser-produser Hollywood untuk membikin filem bertaraf blockbuster seperti Transformers, Lord Of The Ring dan Star Wars di Malaysia.

Kesemua ini hanyalah contoh. Tetapi ideanya adalah, ia jauh lebih bernilai daripada pemberian wang tunai kepada rakyat. 

Sebagaimana subsidi yang lain, BR1M lambat laun akan menjadi seperti candu yang mana akan menyebabkan ketagihan rakyat. Dan kita semua tahu apabila sudah ketagih, adalah amat sukar bagi kerajaan untuk menarik balik ‘candu’ ini. 

Memberi itu mudah, tetapi untuk mengambil kembali adalah ibarat membunuh diri. Jika pemansuhan 20 sen subsidi gula pun sudah boleh menyebabkan banyak masalah kepada kerajaan, bayangkan apakah wang RM1,200 BR1M boleh lakukan. Silap haribulan, kerajaan digulingkan di jalan raya. 

Kerajaan boleh menimbang untuk memberikan BR1M berdasarkan prestasi ekonomi negara. Mungkin dengan cara ini, ia memberi galakan kepada rakyat untuk meningkatkan produktiviti negara. Pada masa yang sama, kriteria penerima BR1M diketatkan agar lebih kurang penerimanya.
Sesungguhnya kita tidak perlu mendabik dada dengan mengatakan lebih 7 juta rakyat kita adalah penerima BR1M. 

Bukankah dengan berkata begitu bermakna 7 juta rakyat Malaysia sebenarnya tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi sehingga menyebabkan mereka perlu menerima wang BR1M? 

Menaikkan pendapatan 7 juta orang ini melalui pemberian wang tunai juga 'superficial'. Ini bukanlah perkara yang perlu dibanggakan.

MatRodi

Komen DT - BR1M adalah hasil pemikiran mereka yang ketandusan idea.

Share this article :

+ comments + 25 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 17, 2014 at 8:04 PM

BR1Mlah bagus. Menyasarkan bantuan kepada golongan yang memerlukan. Ia menggambarkan keikhlasan hati pemberinya dalam berkongsi hasil negara dengan rakyat. Cara yang Dr M cakap tu pun ada dilaksanakan juga kan. So varieties make perfect.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 17, 2014 at 8:27 PM

Engkau orang tak habis habis kutuk BR!M, dah takde benda lain ke hentam kerajaan. Engkau orang bolehlah cakap macam tu, pendapatan berpuluh ribu sebulan. Bagi kita orang pencen, buruh kasar, bergaji ciput dan seangkatan dengan nya. itulah BR!M yang kita tunggu kalau nak tengok duit sikit pun. Patutnya orang pandai pandai macam engkau orang ni bagilah idea yang baik sikit macamana nak perelokan lagi benda ni. ni tak tak habis habis kutuk. kerajaan nak bagi tu ucapkan Alhamdulillah sudahlah. Ada juga yang kami boleh tunggu. Janganlah nak hati busok nak taruk pasir dalam periok nasi kami. Faham.......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 17, 2014 at 8:57 PM

Tak semua yang dapat En. Din. Lebih baik digantikan dengan penurunan minyak. Boleh dinikmati oleh semua peringkat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 17, 2014 at 9:09 PM

betul di beri berbilion kepada industrialist mereka akan bena banyak lagi industry dan banyak peluang kerja, tapi bagaimana hardcore poor, adakah mereka harap untuk dapat kebaikan dari industry yang di bincangkan, adakah gaji technician yang tak sampai 3 ribu boleh hidup dengan harga barang yang tinggi, kita paham kalau untuk menjadi Negara maju berpendapatan tinggi, ini lah harga yang perlu dibayar..harga barang tinggi patut di kawal lebih berkesan, dan BR1M patut di teruskan sehingga kerajaan dapat menurunkan harga barang asas kepada tahap mampu beli walaupun buruh sapu jalan,buruh cuci bangunan,,,selagi harga barang tak mampu di beli oleh hardcore poor BR1M patut di teruskan, kita perlu "check mate" mereka yang mewah, berkereta mewah, berumah mewah, anak disekolah international, makan angin setiap bulan, setiap beberapa bulan, shopping di luar negara supaya tidak merompak subsidi yang patut di terima golongan "hardcore poor". jadi memberhentikan BR1M bukan cara yang baik untuk membantu mereka yang" poor", tetapi "mengajar perompak kaya raya" yang mengambil subsidi patut di perketatkan..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 17, 2014 at 9:14 PM

Apakah persamaan antara najib & AF??

Kedua2 nya nak popular segera.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 17, 2014 at 9:48 PM

BR1M utk org miskin la bukan orang kaya...
Orang kaya takat rm 650 tak lepas sport rim la DIN.Br1mumno bg ikut gaji kalau dah kaya faham2 la.

Din kalau nak sembang mahathir 20 tahun dia jadi PM najib baru je lagi...Bagi la masa ...apa2 hal kau tengok la sekarang pembangunan rancak dimana semua ada kren bukan ke bagus?

Satu lagi din aku kesian gak kat kau ...ya la persidangan UMNO kali ini tak ikut stail Tun mahathir.Persidangan kali ini hanya berkisar isu rakyat passing ke kementerian.Hoisahamuddin dah warning takda isu nak jatuh menjatuhkan...kesian la kau Din ya la kau kalau 1 minggu tak kutuk pemimpin UMNO bukan nama kau Din la...

Din aku rasa kau keluar UMNO la...UMNO dah tak betul ada ke persidangan tak nak jatuh menjatuhkan pelik la.............. zaman Tun Mahathir paling bagus asyik nak rebut kuasa je...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 17, 2014 at 10:22 PM

BRIM hanya bantuan. Bukannya cukup pun untuk sara hidup satu tahun. Saya lebih rela bergaji RM5,000 dari menerima BRIM. Alasan Mahathir bantuan BRIM membuatkan orang lebih malas adalah salah sama sekali. Kenapakan BRIM dicemuh sedangkan membantu orang susah adalah sesuatu yang sangat dituntut Islam. Apalah sangat RM9 Bllion sekiranya ianya dapat membantu 7 juta orang susah daripada membuat projek yang hanya menguntungkan beberapa ratus orang. Saya setuju dengan komen pertama dalam blog chedet mengenai BRIM.

Sebenarnya Mahathir lebih berminat dengan komisyen dari projek mega dari membantu orang susah. Pak Lah dijatuhkan kerana membatalkan kontrak direct nego double tracking bernilai RM33 Billion yang diluluskan sehari sebelum Mahathir meninggalkan officenya sebagai perdana menteri. Bila dibuat tender terbuka nilainya hanya RM11 Billion. Saya tidak tahu kenapa Mahathir marah pada Najib. Mungkin Najib tak bagi projek yang Mahathir minta. Najib sudah insaf dan bertaubat tapi Mahathir masih tamak walaupun usia sudah menghampiri alam barzakh.

Bertaubatlah Mahathir, kukuhkan UMNO bukan pecah belahkannya, musuh orang2 Melayu mengintai2 perpecahan UMNO untuk kali terakhir yang akan menyebabkan UMNO tersungkur begitu juga kuasa politik orang Melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 17, 2014 at 10:29 PM

Tepat dan bernas olahan penulis ini... tapi jangan ingat ianya akan menjadi perhatian atau pendengaran denyut nadi rakyat (retorik lagi?)...
Ianya mungkin hanya menjadi faktor pendorong atau pemangkin kpd pm dan para penasihat jutaan RM tu menambahkan lagi jumlah dan penerima brim..... Najib akan sentiasa menekankan kpd dirinya bahawa pandangan rakyat marhaen itu adalah racun kpd matlamat pemerintahannya.... percayalah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 18, 2014 at 1:47 AM

Ah jib gor tu masih perasan......puiii

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 18, 2014 at 6:13 AM

Bagi duit bising
Tak bagi duit pun bising
Apalah punya manusia.....
Anggap ajelah BRIM tu macam bonus tiap tahun yg kakitangan kerajaan dan swasta dapat......

Berfikirlah secara jujur...

Pembangkang macam sila tu, memang tak senang bila rakyat senang. Susah nak take over kerajaan BN kalau rakyat senang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 18, 2014 at 7:08 AM

Brim hanya menyusahkan rakyat lain yang tak dapat brim.

Kalau btl2 hardcore poor, sudah tentu layak dapat zakat dan bantuan kebajikan. Yang dapat brim tu ada yg berkereta, ada astro dan ramai yg merokok bla bla bla..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 18, 2014 at 7:10 AM

Hard core poor hanya alasan...walhal yang dapat tu bukannya benar2 hardcore poor pun...

Sama seperti alasan rasionalisasi subsidi....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 18, 2014 at 7:26 AM

huh tak sangka banyak betul penyokong brim sini. sampai boleh kata jangan ganggu periuk nasi lagi. wow nampaknya dah ada manusia yang anggap brim sebahagian 'periuk nasi' dia. sedangkan perbuatan berharap2 rezeki turun tanpa apa2 usaha ni tak pernah pulak agama dan nabi kita ajar. yg satu lagi anon tu pelik mcm mana boleh berfahaman bila beri brim org tak malas. benda ni sebenarnya dah lama dibuat negara2 Eropah. nasib baik brim ni bukan tiap2 bulan kalo tak ramai la penganggur kat Negara ni. dan di Eropah penganggurnya smp bertahun2 tak bekerja sbb dpt duit kerajaan. so ni bukan malas ke? dan skrg byk Negara Eropah yg menyesal sbb nak sgt tunjuk Negara kebajikan at the expense of productivity. susah sgt ke penerima brim ni? elok guna tahap paras kemiskinan sediada je. gsepatutnya kerajaan siarkan nama2 penerima brim ni dlm suratkhabar beserta umur dia skali. sekurang2nya yg muda2 ni malu la skit.

jentayu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 18, 2014 at 7:43 AM

Apa yang ditegur oleh tun M memang ada kebenarannya..
Semua orang tahu BRIM adalah gula gula ds najib sejak menjadi PM 1M..Namun begitu.. apa yang diharapkan adalah sebaliknya..ibarat susu dibalas tuba..
Gula gula memang manis bg sebahagian kecil rakyat yang betul betul menafaatkan pemberian tersebut dan selebihnya hanyalah pembaziran wang kerajaan..
Sudah menjadi realiti rakyat di negara ini, pelbagai kaum, pelbagai gaya pelbagai rupa, pelbagai bahasa dan pelbagai gila ... kaki judi akan bertaruh lebih membeli no ekor haram dengan duit BRIM ..penagih dadah dan ubat batuk akan menambah stok dengan duit BRIM.. Kaki mabuk kaki dangdut akan berlanjakan duit BRIM untuk bersukaria.. orang muda menukar hp baru sambil berpoya poya dengan duit BRIM..dan paling dahsyat ada jugak wargaEmas penerima BRIM mengatakan ds najib memang betul2 buat kerja gila yang dia sendiri tidak terduga menghabiskan wang negara..
dalam sehari dua..duit BRIM langsai semuanya..ada yang dibawa oleh tokeh tom yam..tokeh judi haram..bawak balik india.. china dan sebagainya.
apa yang tinggal hanyalah kemarahan pembayar cukai yang tidak menerima BRIM ..harga barangan naik.. pengundi pembangkang semakin bertambah bila ada yang berhak tetapi tidak pula merasa. ada yang terima tapi undi belakang kira..bekerja sendiri..pandai menipu dapat pula.. kaki tido dapat BRIM baru terjaga.. denyut nadi rakyat 7 tahun punya cerita.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 18, 2014 at 8:19 AM

Saya lebih rela bekerja dari jadi penganggur. Penganggur di Eropah dan US hanya menerima food coupon dan sedikit wang saku. Tidak cukup untuk membina sebuah keluarga. Kenapa ada orang yang begitu bodoh membandingkan BRIM dengan bantuan untuk penganggur dinegara maju. Masalah dinegara maju ialah mereka tidak dapat menyediakan pekerjaan kepada rakyat mereka kerana syarikat2 lebih mementingkan produktiviti iaitu mengunakan robotic dan computerisation. Berbeza dengan Malaysia kerja ada tapi mungkin tidak sepadan dengan kelulusan. Bermulalah dengan kerja dari bawah, sekarang gaji minimum RM900.00, lambat laun anda akan dapat kerja yang lebih steady untuk berkeluarga. Seperti saya bermula dengan gaji RM750.00 sebagai kerani tapak tapi sekarang sudah bergaji RM9000.00, jawatan yan setimpal dengan kelulusan saya.

Berkenaan dengan gaji minimum RM900.00 tadi. Adakah anda sanggup menunggu satu tahun untuk mendapat RM950.00 wang BRIM dari bekerja bergaji RM900.00 sebulan. Sudah tentu anda memilih untuk bekerja sekurang2nya sebagai pembantu di restoran makanan segera. Ada adik2 yang dah berkahwin pun walaupun hanya bekerja sebagai jurujual. Jadi untuk mengatakan BRIM menjadikan rakyat Malaysia malas adalah salah sama sekali. BRIM adalah bantuan sama separti subsidi lain-lain, cuma ianya lebih bersasar kepada orang susah/miskin.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 18, 2014 at 8:52 AM

Brim utk orang miskin bukan miskin banyak hutang tau....

Brim dikatakan gagal menmdapat sokongan menyeluruh rakyat.betul ke?
Betul ke ...aku nak bgtahu la kalau pi kampung2 la masa mula2 Brim dibuat aku jamin 99% sokong la ...payah nak cari yg kutuk tau.

Di bandar kita faham la pasal pengkritik ramai sangat terutama macai2 pakatan dan yg mengaku UMNO. Yang mengaku UMNO ini lah payah asyik jadi munafik je.

Tapi Din jangan terkejut ya Brim sekarang dah memberi bantuan langsung kpd semua org2 miskin...aku minta tolong ya din jgn samakan org miskin dengan engkorang.Pasal geng brim depa gunakan duit utk membantu kewangan bukan beli sport rim.,

la ini semenjak dah Brim 2x dilancarkan kesanya besar din...di bandar2 la ini aku dapat berita bila hujung bulan senyum je...kau tahu pasal apa?
Dah ada duit cover barangan sekolah.

Din Din sudah;la kau lain la kaya tapi kaya hutang la...salah sendiri.
NAk tergelak la bila dengar di bandar gaji 10 ribu tapi kata miskin...puiii sudah la.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 18, 2014 at 8:53 AM

Masalah utama BR1M ialah kerajaan nak ajar rakyat jadi pengemis yang sentiasa meminta-minta dan merintih dari kerajaan. Bukankah lebih baik beri joran daripada beri ikan ? Kalau beri ikan, kita cuma dapat makan ikan sehari jer. Cuba bayangkan kalo diberi joran, kan boleh dapat makan ikan hari-hari. Kan jauh beza tu dapat kenyang sehari, berbanding kenyang untuk sepanjang tahun.

Kepada penyokong2 BR1M, aku nak tanyalah. Sepanjang 5 tahun Ah Jib Gor jadi PM, apakah pembangunan yang beliau dah laksanakan ? industri apa ? teknologi apa ? Bukankah lebih baik jika diwujudkan satu industri baru yang boleh menjana pendapatan kepada negara ? Bayangkan dengan kewujudan industri baru berapa ramai graduan menganggur dapat dikurangkan ? Selain itu, bila dah jana pendapatan baru, kerajaan tak perlu lagi nak potong subsidi apabila harga minyak dunia naik.

Ah Jib Gor gagal menguruskan hutang negara dengan baik. Pada masa yang sama banyak lagi pembaziran dilakukan. Kerajaan yang baik ialah kerajaan yang tak pernah kacau poket rakyat. Tak pernah usik duit rakyat. Tapi sejak Ah Jib Gor memerintah, subsidi dipotong, kos sara hidup meningkat, inflasi dan akan datang kenaikan harga barang kerana GST. Inikah yang dikatakan kerajaan yang mendengar denyut nadi rakyat ?

....................
Reply To This Comment ...................
November 18, 2014 at 9:03 AM

Ada sorang tu bersemangat sekali ya ... hehehe..

Kenapa bila ada kritikan terhadap brim ramai yg sangka ia anti beri bantuan kepada yang berhak secara keseluruhan ? Atau seperti mahu mansuh brim tanpa digantikan dgn satu cara lain yang lebih efektif tanpa mengabaikan yang memerlukan ?

Takperlah, mungkin saya sambung satu hari nanti ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 18, 2014 at 1:10 PM

BRIM dapat sampai RM1200 masuk ASB purata 6% untung setaun dapat 72 kalau 10 Tahun lebih kurang RM12720 dah duit free tak yah kerja. Nak cepat kaya dan kayap beli loteri ke nombor ekor atau judi internet nasib baik kaya, nasib tak baik kayap nasib paling tak baik masul lokap . Pandai pandai le guna BRIM ye..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 18, 2014 at 6:22 PM

DS Najib tak buat perindustrian? Kau orang tak pernah dengar ka ECER, NCER dan bermacam ER ER yang lain. Semua itu bukan hanya setakat perindustrian malah bermacam-macam lagi. Budget negeri Kedah telah menyediakan landasan untuk 3 projek perindustrian mega di Kedah. Tapi orang tak nampak bila disamping perindustrian disebut bermacam-macam projek lagi termasuk projek pertanian.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 18, 2014 at 6:44 PM

Bro Din, pendapat bro mengatakan BR1M hasil orang ketandusan idea bagi saya tak tepat. Idea ni dicadangkan oleh PEMANDU, diketuai tokoh paling berkuasa di Malaysia menurut majalah Forbes. Konsultan najib dibayar berjuta2 untuk keluarkan idea genius seperti ini. Sebab tu bajet untuk JPM melonjak semenjak konsultan bertapak dalam JPM.

Pendapat saya BR1M ni tak membantu rakyat keseluruhannya. Kenaikan berantai bila subsidi petrol dikurangkan melebihi nilai BR1M tu sendiri. Pendek kata, rakyat lebih terbeban dengan pemberian BR1M.

Satu perkara menarik saya nak kongsikan kajian Institut Penyelidikan Khazanah menunjukkan harga rumah di Malaysia lebih mahal jika dibandingkan dengan negara maju seperti Singapura dan US. Perbandingan ini mengambil kira pendapatan per kapita negara tersebut dengan harga rumah. Gaji kita kecil, harga rumah mahal berkali ganda. Pemaju ambil untung xingat dunia. Kerajaan cakap takde kuasa nak tentukan harga rumah. Bila GST dilaksana harga rumah akan meningkat walaupun kerajaan cakap sebaliknya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 18, 2014 at 6:53 PM

salam,
brim kalu bagi kat yang berkeluarga, mungkin tak ramai yang bising. tapi bila bagi kat orang bujang, memang terlajak bising la. bagi bantuan kat keluarga pun, masih ada yang salah guna. cer kira berapa orang miskin dapat bantuan, kalu keluarga tu ada anak, 3 orang anak dapat e kasih berjumlah 450 sorang, dapat bantuan persekolahan 100 sorang, rancangan makanan tambahan kat sekolah, susu kotak 2 kotak seminggu. bapa dapat brim 950, kemudian bantuan-bantuan lain lagi. tak banyak ker bantuan yg kerajaan beri nak ringankan rakyat. tu yg kita kritik sebab rasa macam tak sesuai jer brim ni. kasi la benda lain. subsidi ni, ada orang gi mabuk tak ingat dunia, anak bini pun dia terajang pasal nak pi mabuk bila dapat brim. ada mak bapak bayar duit keta bila dapat biasiswa anak. so, berjayakah brim ringankan beban rakyat bila anak muda bujang beli handphone bila dapat brim.

jangan la bandingkan tdm dan ah jib gor dari segi tempoh masa menjadi pm. masa awal tdm jadi pm, dia pun kena survival bila ada yg tak setuju dan lawan dia sebagai presiden umno. ah jib gor semua setuju dan tak lawan, boleh terus tumpu pada negara dan tak kecoh dengan politik. bila tdm pecat anwar, umno berpecah, semua tu mengikis kekuasaan politik tdm. tapi negara tetap juga diutamakan dan tak ramai yang kritik. pembangkang pun tak ada isu, dan segalanya dijawab dengan baik serta rakyat faham bila bahasa yang mudah digunakan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2014 at 8:47 AM

@Anonymous

bodoh lg orang yg cuba defend brim ni. sapa kata dkt eropah semuanya computerised? kalau betul semua computerised knp banyak multinasional carik tapak kilang dkt negara2 buruh murah mcm china, Vietnam, india dll. ini sweeping statement yg melulu. gunakan perbandingan kedai fast food, dkt sana pun modus operandi perniagaan sama mcm di malaysia. bukan robot yg berfungsi dan layan awak di mcd, Kentucky kat negara2 barat tu. dan kamu pun tak paham institusi social di eropah tak sama dgn kita di Malaysia. kalau takat nak ada anak tak perlu kahwin, takde konsep nafkah dsbnya. bahkan satu kajian di jerman dulu pernah dedahkan bahawa pasangan (kahwin atau tak kawin) lagi suka bela anjing dari bela anak. sebab tu banyak influx imigran terutama negara2 afrika yg majoritinya islam berpindah ke Negara eropah. sebab kita dalam islam Allah dah sebut anak tu rezeki. saya tak kata malas dalam konteks tak kerja langsung. tapi mengharap duit bantuan kerajaan sebagai sebahagian 'periuk nasi' adalah konsep yang silap. dan ini dah melayakkan orang tu digelar malas. dah tiba masa orang melayu kena bantu diri sendiri dulu sebelum dibantu orang lain.

jentayu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 20, 2014 at 10:00 AM

Biar berapa pun jumlah brim yang diberi kepada rakyat .. aku tetap kata TAK BAGUS
SEBAB aku tak dapat walaupun layak ....
walaupun pendapatan aku tak lebih RM2000 sebulan .. dan isteri aku buat odd job...masih ada 3 anak yang masih bersekolah ..tapi AKU TAK DAPAT BRIM..
Aku dah malas nak merayu dan mengemis pada kerajaan ... mungkin undi aku tak laku .. so next PRU 14 aku tak nak keluar undilah .. kalau pihak pengurusan boleh buat suka hati mereka ..aku pun boleh buat suka hati akulah ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 20, 2014 at 10:04 AM

kerajaan tak ada kuasa atau kerajaan tak kuasa...
Kalau kerajaan tak ada kuasa ..sapa pula yang ada kuasa?
Patutlah pemaju bermaharajalela..

Post a Comment