........... Azmin dan Alkitab - Islam Tidak Pernah Melarang Umatnya Ganggu Agama Lain ! ? ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Azmin dan Alkitab - Islam Tidak Pernah Melarang Umatnya Ganggu Agama Lain ! ? ?

Thursday, November 6, 201414comments




Ramai yang menanti bagaimana MB Azmin akan menyelesaikan isu alkitab yang dirampas oleh Jais awal tahun ini. Berita dua hari lepas -

.30 saat - Alkitab ini bukan milik orang Islam, ianya milik Kristian.... yang harus kita hormat. Islam TIDAK PERNAH melarang umatnya untuk menganggu keharmonian agama lain. ( ? ? ? tersalah cakap kot )


1:15 - Kalau mereka faham Islam yang sebenarnya, Bible must be returned back to the Christian community. 

2:05 - Kita mahu membina satu masyarakat yang benar2 aman dan harmoni..




Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata beliau telah memaklumkan kepada Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah bahawa kitab Bible versi bahasa Melayu dan Iban yang dirampas pihak berkuasa agama negeri pada Januari tahun ini bukan milik umat Islam.

Justeru katanya, kitab berkenaan harus dikembalikan kepada orang Kristian.


KLiK ke Youtube.

Hujah Azmin sama dengan hujah yang biasa kita dengar dari pihak gereja dan mereka yang pro gereja termasuk Pas yakni dia langsung tidak menyentuh akan alasan sebenar kenapa alkitab itu dirampas oleh Jais. Mereka mengelak dari mahu sebut bahawa alkitab yang dirampas itu menyalahi undang2 Enakmen Syariah Selangor yang melarang penggunaan kalimah Allah.

Kenapa Azmin tidak sebut perkara itu ? Seolahnya Azmin sengaja mahu rakyat Selangor membenci tindakan Mais, Jais dan secara tak langsung mencemar nama Sultan Selangor. Nyatakan duduk perkara sebenar supaya semua pihak faham kenapa tindakan itu diambil bagi mengelakkan polemik berpanjangan.

Jika benar MB Azmin mahu bina satu masyarakat yang aman dan harmoni, Azmin seharusnya meminta semua rakyat Selangor akur dan hormat kepada undang2. Kalau undang2 kata tidak boleh, maka ianya tidak boleh. 

Kalau nak buat juga, maka pastikan undang2 itu dipinda terlebih dahulu supaya mengikut kehendak mereka. Dalam kes ini, Azmin kena mansuhkan larangan yang terdapat dalam Enakmen Syariah Selangor.

Mengenai pemulangan alkitab yang dirampas itu, Sultan Selangor sudah bertitah -

"Prosedur undang-undang menetapkan pelupusan barang kes yang dirampas semasa serbuan dan siasatan boleh dirujuk oleh pihak pendakwa raya kepada mahkamah bagi mendapatkan satu perintah sama ada perintah pelupusan atau perintah pemulangan,"


Semuanya melibatkan undang2 ! Bukan JAIS suka2 hati rampas. Nak ambil balik dan pulangkan barang bukti juga harus mengambilkira undang2. Apakah MB Azmin cuba mengambil jalan pintas membelakangi undang2 hanya kerana politik ?


Ada laporan yang kata Azmin akan pulangkan alkitab itu minggu depan. Sama2 kita tunggu bagaimana Azmin lakukannya.....

Share this article :

+ comments + 14 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 6, 2014 at 2:33 PM

Azmin mungkin akan tukar ugama kepada Kristian tidak lama lagi...

....................
Reply To This Comment ...................
November 6, 2014 at 2:41 PM

Owh, masyarakat harmoni? Maknanya orang Islam tak boleh pertahankan hak mereka dan agama lain boleh sesuka hati membuli umat Islam maka itu jalan harmoni?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 6, 2014 at 3:09 PM

Kelemahan org2 seperti Azmin adalah menelan bulat2 dakwaan2 puak kristian tu...menda mudah jerrr....bandingkan bible yg tak dirampas dan dibenarkan penggunaannya di selangor dengan versi yg dirampas tu...pastu cuba bagitau terang2 kt press conference asas apa yg menyebabkan versi tu boleh dan versi yg dirampas tu menyalahi undang2...apa yg benak sgt otak melayu mcm azmin nie melainkan dia nie liberal mcm Sisters In Sesat tu....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 6, 2014 at 3:13 PM

Sudah jadi barua DAP...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 6, 2014 at 3:17 PM

rumah tunggang langgang... ni nak tadbir 1 negeri. Lebih baik berdiam dari berkata kata MB

....................
Reply To This Comment ...................
November 6, 2014 at 3:59 PM

Kita tengok sejauh mana terernya orang yang pernah menghina TDM ni... cakap macamlah dia bagus sangat padahal tak pernag ada jasa secalit pun kpd bangsa dan negara...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 6, 2014 at 4:51 PM

Pada azmin masyarakar harmoni ialah masyarakat yang tidak boleh halang orang lain untuk berliwat,beraiskrim dan buat apa saja untuk nafsu...Islam tolak ke tepi.Bini dia pun dia tak boleh jaga...diangkat jadi mb Selangor maka memberuklah dia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 6, 2014 at 7:36 PM

salam,
teringat kira2 lebih belasan tahun dahulu, kalu la yang bercakap ini adalah seorang ahli umno, maka berduyun-duyun ulam-ulam termasuk la tok guru dan juga bukan ulam mengulas dan mengkafirkan apa yang telah diucapkan oleh mb. sekarang mereka membela persatuan dan pertubuhan yang dahulu mereka mengkafirkannya kerana nafsu kuasa. agaknya kalu berkuasa suatu hari nanti, habis dijualnya bangsa dan agama asalkan dapat berkuasa.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
November 6, 2014 at 11:52 PM

Ini memang peribadi melayu liberal. Mereka penakut dan tidak yakin pada diri sendiri. Tak berani nak buat keputusan sendiri. Mereka mengikut arus lalu dibawa arus terus masuk kolam kumbahan!

Kalau ada pun melayu berani sikit suruh bakar saja dah nak disumbatkan ke dalam penjara pula! Tiada siapa pertahankan termasuk alim ulama. Cuma nasib baik ada mantan yang berfikiran jauh berhujah membantu.

Apabila Islam sudah mula dipermain2kan dan tiada siapa hatta alim ulama berani bertindak dan bersuara ? Apa lagi yang tinggal ?

Melayu liberal juga adalah melayu yang perasan mereka lebih tahu hal agama daripada orang lain. Siapa kata Islam suruh siksa binatang termasuklah anjing. Malah babi sekalipun Islam tak bagi siksa. Bodohlah nak ajar orang Islam pasal anjing. Sepatutnya penganjur ajar pemilik anjing cara jaga kebersihan anjing supaya anjing2 mereka tak berak di merata2. Suruh jaga anjing mereka supaya tak berkeliaran mengganggu ketenteraman awam dan tak mencederakan sesiapa. Bodoh!

Azmin adalah pilihan parti2 dalam pakatan dan mungkin juga pilihan rakyat Selangor sendiri. Rakyat Selangor kena ada pemikiran macam rakyat Kedah. Bila mereka tak suka mereka tukar. Tapi mungkin juga rakyat Selangor suka sebab melayu2 liberal begitu ramai dalam barisan kepimpinan di Selangor. Jadi biarkanlah....

Siapakah yang nak pertahankan Islam di Selangor lagi ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 8, 2014 at 6:56 AM

TAHNIAH KEPADA PAS YANG TELAH MENCALONKAN AZMIN

CALON PAS ADA 2 ORANG PUN KALAH

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 8, 2014 at 7:58 AM

Azmin tak reti baca Quran, tapi terror baca Bible:
http://antijumud.blogspot.com/2011/12/bilamana-bible-menjadi-panduan-azmin.html

Islam lagi ke dia ni?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 8, 2014 at 10:42 AM

Azmin mungkin akan tukar ugama kepada Kristian tidak lama lagi...
Salam Saudara, usahle komen begitu kerana tidak elok mengagak sesuatu yang belum berlaku., Azmin is a Muslim, hormatilah beliau. Hujah le dengan professinal walau pun berlainan parti atau ideologi.

....................
Reply To This Comment ...................
November 9, 2014 at 7:42 PM

Dear Uncle Din,
Azmin sounds like Anwar. They side the Christians, and not the Muslims even when it is clear that the BM bible is against Seksyen 9, Bahagian 1 Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di kalangan Orang Islam) 1988.
re:"Kalau mereka faham Islam yang sebenarnya, Bible must be returned back to the Christian community."
What does he mean by this statement? Is he trying to say that he understands Islam better than the Mufti of Selangor and Majlis Fatwa? Or does he think that the real Islam is Islam Liberal?
Aman and harmoni for opposition parties means Melayu must not fight for their rights and for Islam.
Has he forgotten his 10 Aku Janji?
By the way, what do Uncle Din think about the Court of Appeal's ruling on the transgender case? I am very sad with the ruling and I wrote a post about it. If Uncle is free, may be Uncle Din can read it. http://ahmadalikarim.wordpress.com/2014/11/08/the-court-of-appeal-recognises-sogi-rights/

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 10, 2014 at 2:05 AM

@Anonymous

Nak hujah professional?

Oklah, kenapa orang yang bergelumang dengan skandal, siap ada gambar, terkait kes SPR, boleh dibenarkan jadi MB Selangor?
Satu Pakatan Selangor tak ada Melayu yang lebih baik?

Post a Comment