........... 1MDB - Skandal Terbesar ATAU Fitnah Terbesar Negara ? ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

1MDB - Skandal Terbesar ATAU Fitnah Terbesar Negara ? !

Friday, November 14, 201428comments

TheStar


Saya baru saja menonton video Tony Pua menghentam kaw-kaw kerajaan dan 1MDB di satu majlis makan malam di LUAR PARLIMEN. Anda boleh menontonnya di sini -

https://www.youtube.com/watch?v=Pa85wGwFD1A

Memang teruk apa yang didakwa oleh ahPua terhadap kerajaan dan 1MDB. Kalau mengikut ahPua, 1MDB - HANCUR ! Satu skandal kewangan terbesar negara. 

Jawapan oleh Mat Maslan seperti di bawah tidak begitu menyakinkan -




Pelbagai dakwaan dilemparkan dengan begitu lantang dan berani oleh ahPua .... secara TERBUKA. Bukan saja isu surat sokongan/jaminan dari kerajaan kepada 1MDB, kewujudan dana di Cayman Island, tapi juga urusniaga IPP termasuk isu tanah airport Sungei Besi .... semuanya dipertikaikan oleh ahPua. Pendek kata, segalanya mengenai 1MDB merupakan satu skandal kewangan yang menjelikkan !

Saya sendiri skeptikal dengan 1MDB bukan semata2 kerana apa yang disebut oleh ahPua .... dan beberapa pihak lain termasuk oleh Tun Mahathir tapi juga kerana jawapan yang diberikan oleh wakil kerajaan tidak berapa tepat dan tidak banyak menjawap dakwaan.

Saya harap pihak 1MDB dapat tampil sendiri dan jawab satu persatu apa yang didakwa oleh ahPua dan seterusnya ambil tindakan undang2 terhadap ahPua kerana menfitnah.

Jangan diam membisu seolah mengiyakan apa yang ahPua dakwa. Jangan biarkan rakyat percaya segala dakwaan itu sekiranya semua itu palsu. 

IMDB bukan jenis gali lubang tutup lubang ..... kan ?
.

Share this article :

+ comments + 28 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 14, 2014 at 1:52 PM

Mana pergi CEO 1MDB, sepatutnya dia kena bagi jawapan juga. Jelas kan lah kalau benar tak salah. Tak best lah asyik dengar pembangkang hentam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 14, 2014 at 2:14 PM

Tidak dibayar untuk jawab. Dibayar untuk berbelanja. Kat keta pun ada no plet 1mdb. Sapa dpt duit tu bila org beli nombor tu? Memang meragukan, tapi pemimpin tunggu semua sejuk beku sendiri. Mungkin mereka anggap mereka bukit.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 14, 2014 at 2:18 PM

Takut jadi mcm cyprus. Sbb si 3.85 kata gerenti gomen 5 bilion je. Lebih tu tak jamin tapi tanggung pakai penstrukturan semula. Senang cita si maslan ni ckp, kalau 1mdb takleh bayar, asset dia samaada dicairkan bagi cash, atau bg ekuiti kat bond holder.

Isu dia, 1mdb ni akan bagi pihak luar pegang power plant dalam negara ke apa? Boleh ke bagi pihak luar jaga penghasilan tenaga kita? Kalau dia saje sabotaj mcmana? Ini suma bakal tejadi kalau 1mdb tak boleh bayar.

Tengok apa jadi lat cyprus. Ni ke yg maslan maksud tak bg jaminan tapi akan struktur semula? Tony ckp tu bnyk betul din. Pegi tngk 1mdb annual report. Part komishen tu ada ke takde?

....................
Reply To This Comment ...................
November 14, 2014 at 2:28 PM

@Anonymousdari artikel di atas, Mat Maslan kata jumlah aset 1MDB adalah RM51b dan jumlah hutang RM36b.

Bab hutang itu memang tak boleh nak putar tapi bab aset itu dinilai oleh siapa ? Adakah termasuk nilai tanah yang sengaja ditambahnilainya seperti dakwaan ahPua ? Atau nilai IPP yang dibeli dengan harga mahal ( tidak mencerminkan nilai pasaran sebenar ) ? Berapa tunai yang ada ?

Itu yang perlu dijelaskan ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 14, 2014 at 2:47 PM

Apa salahnya kalau Jabatan Audit Negara mengaudit 1MDB ? Meskipun 1MDB telah diaudit oleh firma berbayar, ianya tidak membuktikan bahawa pengurusan kewangan mereka benar-benar telus. Memang benar 1MDB adalah sebuah syarikat dan perihal kewangannya tidak perlu didedahkan kepada umum. Tapi rakyat masih tak berpuashati kerana rakyat adalah penyumbang dana kepada 1MDB dan sebagai penyumbang dana mestilah rakyat nak tau ke mana duit tu dibelanjakan. Melainkan jika dapat dibuktikan bahawa 1MDB tak pakai satu sen pun duit rakyat. Rakyat tak mau 1MDB akan menerima nasib sama seperti NFC. Kita tak mau 1MDB menjadi projek terbengkalai dan tidak mendatangkan sebarang hasil pun kepada kerajaan. Rakyat dibebani dengan bermacam-macam kos yang tak masuk akal. Rakyat terpaksa berjimat-cermat dan hanya berbelanja mengikut keperluan jer. Tapi 1MDB senang-senang jer belanja berjuta-juta ringgit duit kerajaan. Ini yang boleh buat rakyat marah pada kerajaan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 14, 2014 at 2:48 PM

Bro Din, 1MDB baru beroperasi 5 tahun sahaja. Jumlah hutang yang terkumpul sepanjang tempoh 5 tahun ni RM36 bilion. Bayangkan company baru 5 tahun hutang mencecah berbilion. Tak ke pelik tu. Model business apa dia pakai smpi hutang 36b.

Bayangkan 1MDB ni tak wujud, hutang RM36 bilion tu tak wujud. Idea siapa tubuhkan 1MDB ni? Lagi best kita bayangkan orang bertanggungjawab tubuhkan 1MDB ni tak pernah jadi PM....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 14, 2014 at 2:56 PM

Study IPP sekerat jalan.Itu pasal jadi macam nie.Kira cash flow yang masuk pada IPP.Tangunggan IPP,pinjaman,riba,tempoh pinjaman,susut nilai aset,mengurus aset,bahan bakar,situasi ekonomi semasa,kos penyenggaraan,pretasi ekonomi domestic,permintaan tenaga,keupayaan ekonomi rakyat,minat pelabur luar dll.Kos sara hidup tinggi,akan menyebabkan minat pelabur luar menyusut dan menyebabkan kita tertinggal di belakang Vietnam,Indonesia dan Thailand.Peranan subsidi tenaga,adalah untuk mensejahterakan hidup rakyat.Amaun subsidi juga penting,tetapi kesejahteraan dan keamanan rakyat amat penting.

....................
Reply To This Comment ...................
November 14, 2014 at 4:17 PM

jgn bising bising. nanti pru 14 kita undi lagi bagi najib@bijan menang. biar lagi besar dari pru 13. kita minta supaya c bijan tu terus jadi PM sampai mati. klau dah mati kita mohon supaya otaknya dipamerkan d muzium negara supaya generasi akan datang boleh lihat sama ada otak @ taik yang ada dalam kepala c bijan !! ... hahahaa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 14, 2014 at 4:49 PM

Aset penjanaan tenaga tidak akan relevant sepanjang masa.Sudah jadi cacar marba di dalam aktiviti ekonomi tempatan dan di dalam situasi bahaya,akibat dari tindakan 1mdb.Tenaga adalah nadi pembangunan negara.Peranan IPP sangat berjaya,di dekad2 aktiviti ekonomi yang lalu.IPP akan untung setelah adanya penyusutan hutang,bukan dengan penambahan hutang yang membebankan rakyst.

....................
Reply To This Comment ...................
November 14, 2014 at 6:41 PM

Kedepan beri penjelasan menasabah dan boleh diterima jangan berdolak dalih...... beranilah kerana benar kalu nampak takut-takut macam tuh tentulah salah pada pandangang orang

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 14, 2014 at 11:56 PM

Macam tak percaya hutang cecah RM 36 billion.Kalau billionaire tu,masuk akal lah jugak.Mereka bermula dari bawah.Bisnes mereka pelbagai dari barang pengguna,perkhidmatan,hartanah dll.1mdb,tiba2 jer jadi kaya aset dengan hutang yang besar,interest bank yang tinggi.Menjadi pesaing yang tak masuk akal utk klomergerat yang lain.Persaingan yang tidal adil dan membebankan rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 15, 2014 at 12:16 AM

Sakit kepala tengok video tony puah.Aku rasa betul la.Rasionalisasi subsidi adjust kuat sangat. Dulu roti 6 ketul@Rm 1.50,seketul adalah besar 4 jari.Sekarang,seketul besar 3 jari.Nampak sangat kilang roti dah sanggap berniaga.

....................
Reply To This Comment ...................
November 15, 2014 at 6:13 AM

Saya setuju.. Untuk tujuan apa 1MDB ditubuhkan jika semata-mata untuk dibebani dengan hutang.. Sangat pandai..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 15, 2014 at 8:09 AM

Srbenarnya hati aku dh panas. Sakit hati kpd yg tukang fitnah dan yg kena fitnah. Si tukang fitnah ni dh takde kerja lain, fitnah memanjang. Memang haram jadah. Yg kena fitnah ni pulak macam sial. Bodoh dan membodohkan diri. Diam tak menjawab. Mat maslan saja dh cukup nk jwb? Nilai ni cukup besar!! Puluh billion tu!!! Najib buat apa? Buat bodoh dan buat pekak tak akan selesaikan masalah. Aku meluat tengok cara najib selesaikan masalah gaya syok sendiri. Serius MELUAT!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 15, 2014 at 8:14 AM

Din Najib dia nak hapuskan pendatang asing...amacam tak sakit hati ke? (Jgn pulak tak beli utusan ...)

Bukan apa ya la Tranformasi taik kucing kan?

Din Najib ambil alih banyak kepincangan pemimpin2 dahulu...apalagi ini peluang kutuk kaw2 UMNO.

Tanah rizab tak nak kutuk ke? Ya la zaman dulu2 UMNO tido sampai tanah rizab tinggal belas percent tau...

Tak nak kutuk ke?

Din kau nak maki najib persilakan la tapi 1MDB dia beli IPP yg mana Tun jual kat cina ...amacam? tak nak kutuk Tun Mahathir pulak ke?

Din...Din pejuang jenis suka buat kecoh dan tiada perjuangan...UMNO tak nak orang macam kau la...Jangan mengaku UMNO.......mengaku je pejuang tiada parti dan aku lah ketua segala2-galanya...Ingat ya Din UMNO tak perlukan orang macam kau...Tolong jgn pakai baju UMNO ya...

sebelum berpisah agak2 ya zaman Najib dah berapa jimat dari ketirisan.....bukan apa Transformasi bermakna kastam buat kerja LHDN cari duit ada faham, tak?

Agensi2 lain sabar je la esok2 masuk penjara la..bukan apa semua puak2 rasuah ini pakai baju UMNO itu yg leceh...alih2 pakatan akan kata itu semua UMNO...Din jgn tibai kakitangan kerajaan ya pasal depa susah kos hidup dah naik jadi kena rasuah ada faham ya Din.

....................
Reply To This Comment ...................
November 15, 2014 at 8:23 AM

1MDB mengulangi sejarah skandal kewangan terbesar negara yang melibatkan Bank Bumiputra Hongkong cuma kali ini kita masih tertunggu tunggu, siapa pulak yang perlu "mati"....

....................
Reply To This Comment ...................
November 15, 2014 at 12:09 PM

@Anonymoushuh? ?
ini kategori lari topik tapi saya lepaskan sebagai contoh. Kalau nak pertahankan1mdb, mana hujahnya ?
kritik 1mdb bermakna kritik umno ?
kritik najib bermakna kritik umno ?

hmmmm ....teringat masa kes NFC tengah panas dulu ......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 15, 2014 at 12:57 PM

Saya cabar 1MDB ambilalih Prasarana Malaysia BHD tentu dapat banyak duit ....untung punya .....boleh bagi bagi

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 15, 2014 at 2:09 PM

"KITA PERLU BUANG PERANGAI BODOH INI. KALAU TERPAKSA BERI LALUAN, BERUNDURLAH DAN BERI PELUANG KEPADA ORANG LAIN."

Ini ucapan Najib Ah Jib Gor..

Ah Jib Gor dah beri Laluan, Green Light untuk Perwakilan UMNO buat USUL UNDI TAK PERCAYA pada Ah Jib Gor...

Harap ada Perwakilan yang berani sahut seruan Ah Jib Gor, supaya Ah Jib Gor dipecat atau undur drp Jawatan Presiden UMNO..Parti Keramat Melayu.

Anonymous November 15, 2014 at 8:14 AM

Kau sorang ajer lah yang sokong Ah Jib Gor, kau boleh tukar tempat mengundi ke Pekan.. OK

....................
Reply To This Comment ...................
November 15, 2014 at 5:34 PM

Ada tk sebuah syarikt yg terus untung d awal penubuhannya ?

....................
Reply To This Comment ...................
November 15, 2014 at 10:37 PM

Sdr Din!. Dihujung cerita terimalah hakikat bahawa UMNO tidak akan punya NYAWA lagi di PRU 14. Si bajingan sedang berebut-rebut mebawa harta negara keluar ke Cayman Island (kenapa tidak Labuan?), Chicago, Detroit atau Switzerland Pembesar negara sedang sibut melawat negara2 arab dengan harapan mendapat hadiah permata intan berlian dari emir2 arab....

....................
Reply To This Comment ...................
November 15, 2014 at 10:38 PM

@Rizal Zainal Ada!, tukang urut, modal minyak angin jer!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 16, 2014 at 12:01 AM

DIN
Kau mesti jadi hero kritik je najib pasal najib jatuh UMNO menang besar.Kau lah pejuang UMNO tulin mesti ada sikap kurang ajar dengan pemimpin baru boleh menang besar UMNO....
Din jangan lupa lepas Najib agak2 sapa naik ya? Kita tibai kaw2 pasal pemimpin UMNO kena jatuhkan baru menang besar.

....................
Reply To This Comment ...................
November 16, 2014 at 2:45 AM

Bro2..sume.Najib dah kautim dgn anwar dah..nak bunuh pengaruh tun m,tun daim,mukriz n yg penting sekali tpm.Tgk je la lakonan ahli2 politik melayu yg amat memalukan bangsa dan agama mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
November 16, 2014 at 2:55 AM

Tau tak per .... hahahahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 16, 2014 at 9:01 PM

Klau hutang menimbun buat hapa beri brim. Rasuah tuan din.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
November 17, 2014 at 4:26 PM

PM Mohd Najib perlu menjawab bukan hantar orang suruhan menjawab isu sebesar ini. Kita perlukan seorang PM yang berani kerana benar dalam menghadapi segala tohmahan pembangkang jika benar ia tohmahan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 29, 2015 at 5:58 PM

Hutang negara termasuk hutang kerajaan +hutang GLC+hutang swasta +hutang individu
Mengikut sejarah rekod hutang Negara, kadar 53% ini bukan lah yang tertinggi. Pada tahun 1990 hutang Negara adalah pada kadar 75.5 peratus dari KDNK. Malah dari tahun 1983 sehingga 1991 hutang Negara tidak pernah berkurangan dari 55 peratus. Dan kadar hutang yang terendah dicatatkan ialah pada tahun 2007 dimana hutang Negara hanya pada kadar 41.5 peratus.

Hutang kerajaan dalam Negara berlainan dari hutang hutang individu atau syarikat di mana kegagalan membayar boleh menyebabkan si peminjam di istiharkan muflis. Keupayaan membayar hutang individu dan syarikat adalah bergantung kepada pendapatan atau keuntungan syarikat yang diluar kawalan mereka. Berlainan bagi sebuah Negara, pembayaran hutang dalam Negara boleh ditentukan oleh kerajaan Negara sendiri kerana ia boleh menerbitkan (mencetak) wang tambahan melalui Bank Negara yang di bawah kawalannya. Atau dengan mendapatkan persetujuan pemberi hutang untuk melewatkan dan memanjangkan tempoh pembayaran balik.

Masalah di Greece yang menjadi muflis adalah berpunca kerana sebahagian besar hutang negaranya iaitu pada kadar 165 peratus dari KDNKnya adalah dari sumber luar Negara di mana Bank Bank Antarabangsa yang memberikan hutang menuntut supaya hutang mereka dibayar balik mengikut tempoh yang di tetapkan. Kerajaan Greece tidak boleh membayar hutang mereka dengan mengunakan matawang asli mereka iaitu Drachma kerana setelah menjadi ahli Kesatuan Eropah EU matawang aslinya telah di hapuskan dan diganti dengan matawang Euro dan Bank Pusat Greece tidak boleh mengeluarkan matawang Euro sewenangnya. Yang pasti Malaysia tidak akan menerima nasib yang sama seperti Greece kerana hutang luar Negara kita yang kecil.

Sebagai perbandingan hutang dalam Negara Jepun adalah pada kadar 230 peratus dari
KDNKnya. Manakala jiran ‘kaya’ kita diseberang tambak Johor, iaitu Singapura pada
kadar 118 peratus dan tidak pernah berkurangan dari kadar 70 peratus sejak tahun 1970. Nisbah hutang awam Greece ialah sekitar 175 peratus. Bagaimanapun, jika anda berfikir bahawa ini adalah sesuatu yang tidak baik, kedudukan Jepun adalah lebih teruk pada nisbah 228 peratus. Itali berkedudukan nombor lima dengan catatan 134 peratus. Singapura berada di kedudukan nombor 11 (107 peratus). Perancis pula 96 peratus, Kanada (93 peratus), UK (87 peratus), Austria (80 peratus), Jerman (75 peratus), Amerika Syarikat (71 peratus), manakala Malaysia berada di kedudukan bawah dalam senarai iaitu nombor 63 dengan catatan 54 peratus.

Dan sebagaimana Malaysia sebahagian besar dari hutang tersebut juga digunakan untuk
tujuan ransangan fiskal bagi memastikan ekonomi mereka kekal rancak. Fakta fakta di atas dapat membuktikan pembangkang berbohong.

Post a Comment