........... 1MDB - Jawapan Mat Maslan | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

1MDB - Jawapan Mat Maslan

Thursday, November 13, 20149comments

Hoi Bijan ! Waaaaah, lama tak nampak, ko pergi mana ?
Adaaaaaa ..... serabut kepala, malas nak keluar.

Serabut apanya ? Aku tengok bini ko makin sihat jer, dapat duit kutu lagi .... anak2 pun happy jer .... masalah apa pulak ?
Ni haaaa .... audit bank duk call aku, tanya aku macam2 hal projek kat seberang tu.

Laaa, bukan ke tu projek anak ko ?
Ha ah, anak aku punya projek. Tapi aku jadi penjamin dia.

Ko jamin projek tu ? Besar tuh ....
Taklah semua. Aku jamin ciput je, yang lain tu anak aku adjust ikut lain ,,,, tak silap aku cuma bagi sokongan secara explisit ... eh, ke implisit...lupa lak. Explisit implisit kot.

Aku tengok projek OK jer ..... Habis tu apa masalahnya ?
Tu la pasal... macam2 diorang tanya aku. Benda2 yang ditanya tu pulak bukannya aku tahu sangat, sikit2 nak kena tanya anak aku. Habis prepaid aku,

Hmmm .... anak ko sambung belajar kat China ke ?
Tak lah .... ada tu duk lepak kat Starbak, minum kopi sambil layan watsup.

Pulak ! Habis tu kenapa tak dia jer yang jawab semua soalan bank tu ?
Entahla ... diorang call aku, so aku lah jawab. Tak terfikir pulak aku nak suruh diorang tanya anak aku sendiri. Dia lebih tahu semua cerita, kan ?  Hehehe ... aku duk pecah kepala mikir, dia lepak jer ...

Yalah, takyah layanla. Suruh jer anak ko yang jawab, ko pulak lepak. Lagipun ko jamin ciput jer ...
Ciput tak ciput , kalau dia kena saman, aku juga yang nak kena tolong ! macam kakak dia tu .... si Mas.

Tapi kan .... kalau projek anak ko takder masalah, kenapa diorang duk tanya2 ?
Diorang risau kot ....

Laaaa..... yang ko layan buat apa ? Suruh je anak ko tunjukkan akaun2 semua, buktikan semuanya A OK, takde apa yang perlu dirisaukan. Malah ko sendiri pun, kalau yakin dengan projek anak ko, apa salahnya ko jamin 100% pun ? Lain la kalau projek tu ada masalah ...
A-ah la.... kalau projek takde masalah, kenapa pulak aku layan macam ada masalah, ek ?

Dah ....dah.... suruh jer anak ko yang layan diorang. Eh, anak ko nama apa ek.lupa aku.
McDeBe

Huh ? Ganazzzz .... Mat Gedebe ?
Bukaaaaan .... Mc Debe, macam Mc Donald gitu..

Errr .... bini ko pulak ?
Hamsor

Peeeergh.....wakpe pelik2 jer nama keluarga ko ?
Woit, itu personal OK. Suka hati aku lah.  ni yang ko duk tanya2 ni apahal ? Bukannya nak bagi sokongan, nak jatuh aku adalah.

Pulak.... aku tanya jer, mana tahu boleh bagi nasihat
TAK PAYAH ! Ko tanya2 bermakna ko tak sokong. Kalau betul ko sokong aku, ko kena diam dan angguk jer.

...........................................
............................................
............................................

Hah, kenapa diam ? Terhangguk2 kepala macam burung belatuk pulak ?. Nak kata yang ko sokong aku la tuh ? Haaaa .... bagus.... cepat ko belajar. Jom gi minum ...


Sketsa di atas sekadar lawak bodoh selepas dekat seminggu menyepi. Tidak ada kena mengena dengan apajua isu yang sedang berlaku ketika ini. 

Oya, suka saya salin di sini kenyataan yang diberikan oleh Mat Maslan dalam isu 1MDB. Untuk jawab apa saya tak pasti sebab seminggu tak ikut jalan cerita.

1MDB:

1. YB Pandan telah menulis surat kpd Speaker semalam 11/11/14 utk membawa saya kpd JKuasa Hak & Kebebasan kerana kononnya saya berbohong utk mengelirukan Dewan ttg jaminan bond 1MDB. Saya telah mengadakan sidang akhbar tghari ini 12/11/14 di Parlimen utk menafikan tuduhan itu & telah menghantar surat kpd YB Speaker utk membuat penjelasan & penafian. Kemungkinan isu ini akan dibahaskan & akan ada pengundian belah bahagi.

2. Saya telah berbincang dgn YB Lenggong & YB Simpang Renggam utk membawa YB Permatang Pauh & YB Petaling Jaya Utara kpd JKuasa Hak & Kebebasan mengenai fitnah terhadap 1MDB. Mereka berdua sudah bersetuju & akan menulis surat kpd Speaker hari ini, 12/11/14.

3. YB Permatang Pauh pada 13/10/14 menuduh 1MDB mendapat satu projek rm3b dgn nilai rm11b secara runding terus. Sebenarnya tidak wujud satu projek rm3b, yg ada ialah satu projek janakuasa arangbatu di Negeri 9 yg dinamakan Projek 3B bukan nilainya rm3billion, dibuat secara tender terbuka yg diperolehi oleh 1MDB drpd Suruhanjaya Tenaga. Permatang Pauh juga menuduh penyenaraian 1MDB tahun hadapan sebagai satu bail-out walhal ia tidak benar sama sekali.

4. Semalam petang 11/11/14, YB PJ Utara menuduh yg anak-anak syarikat 1MDB tidak menfailkan laporan tahunan kpd SSM, Suruhanjaya Syarikat Msia. Walhal yg sebenarnya semua anak syarikat milik penuh 1MDB telah pun berbuat demikian. Ini satu lagi fitnah yg tidak benar utk memburukkan 1MDB.

Lawan tetap lawan. Lawan hingga menang. Kerana kita berlandaskan kebenaran. Tkasih

(Ahmad b Maslan, YB Pontian, TMK, 12/11/14)


Hmmmm .... mesti banyak persoalan yang ditimbulkan ekoran kenyataan awal Mat Maslan mengenai 1MDB sebelum ini. Hai, entahlah ...seperti yang saya katakan, saya tak ikut cerita. Ni baru nak panas balik .....

Share this article :

+ comments + 9 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 13, 2014 at 9:32 AM

Untung jadi orang beso,kalau sakit perut orang lain tolong berakkan....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 13, 2014 at 9:37 AM

Mintak jugak Mat Maslan komen pasal belanja mewah talentcorp. Detail boleh refer kat http://politikputramerdeka.blogspot.com/2014/07/transformasi-telent-corp-perabih-duit.html

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 13, 2014 at 9:41 AM

Kita bukan marah MDB tanpa usul periksa. Apa yang kita persoalkan ialah di kala rakyat dipaksa ikat perut, berjimat-cermat dan berbelanja mengikut kemampuan, MDB melakukan sebaliknya pulak. MDB berbelanja mewah seperti biasa tapi akhirnya tiada manfaat pun kepada rakyat marhean.

....................
Reply To This Comment ...................
November 13, 2014 at 12:48 PM

Tim. Men Kewangan ada banyak. Selayaknya Mat Mazlam diberi jawatan Tim. Men. Kewangan (Hal Ehwal Hutang Negara)

....................
Reply To This Comment ...................
November 13, 2014 at 1:00 PM

Skandal kewangan berulang-ulang dan setiap skandal yang berlaku itu lebih besar dari apa yang berlaku sebelumnya, (dari NFC ke iMDB) dan pimpinan kita sentiasa memberikan alasan dan sebab yang lemah untuk menutup skandal yang melibatkan wang rakyat itu. Rakyat telah membiarkan ia berlaku tanpa tindakan dan seolah-olah pimpinan kita telah mengambil kebaikan orang ramai itu sebagai kelemahan dan boleh dikotak-katikkan rakyat semahunya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 13, 2014 at 9:43 PM

apa ke bengongnya 1MBD rugi tapi sponser budak2 gi belajar berapa belanja setahun, kalau akaun untung 4,5 billion ok lah nak buat macam tu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 14, 2014 at 1:20 AM

Salamun’alaikum,

Saya bukan pembangkang, mahupon penyokong Pembangkang, akan tetapi isu besar seperti penyalah gunaan kuasa, penyelewengan dan ketirisan yang boleh membawa kepada kesan dan masalah kepada saya, anak cucu di masa hadapan perlu diberikan perhatian yang sewajarnya. Apakah benar bagai ditohmahkan atau hanya berita sensasi Pembangkang untuk memburukkan Kerajaan???

Jawapan Tim Menteri Kewangan tidak menyentuh langsung tentang ceramah Tony Pua – NAJIB IS CREATING THE BIGGEST SCANDAL EVER IN THE HISTORY OF MALAYSIA” – pada Majlis Makan Malam DAP “New Chapter New Hope Petaling Jaya pada 03/11/2014.

Sila rujuk youtube dibawah dan terlalu banyak tohmahan yang dilemparkan oleh Tony Pua terhadap 1MDB, Perdana Menteri, menteri Kewangan dan Kerajaan Malaysia.

https://www.youtube.com/watch?v=Pa85wGwFD1A

Hari ini, 13/11/2014, tidak ader satu laporan polis atau laporan daripada 1MDB, Perdana Menteri, Menteri Kewangan untuk menidakkan kenyataan yang dibuat oleh Tony Pua dalam Ceramah makan malam tersebut.

Antara Tohmahan beliau yg saya dengar daripada youtube secara ringkasnya:
1. Pelaburan 1MDB dengan PetroSaudi dimana Petro Saudi berjanji menbayar sejumlah interest yang tinggi terhadap pinjaman iaitu 8.75% setahun. Setelah pinjaman berjaya di perolehi, 1MDB bawa 7.2Billion ke Cayman Island, siapakah Fund Manager dan details TIDAK DIJAWAB di Parlimen, TAK BOLEH CAKAP/JAWAP”.

2. Untuk cover “kerugian”, 1MDB perlu generate cashflow, jadi beli IPP (Independent Power Plant), Tanjung –Anandakrishnan sebanyak 8.8Billion dan Genting 2.3Billion, semuanya berjumlah 11.1 Billion, Tony mengklasifikasikan pembelian ini sebagai Pembelian Bodoh (“Stupid Price”), di mana harga belian melebihi nilaian pasaran semasa dan over paid.

3.1MDB terpaksa meminjam untuk membayar IPP tersebut, tiada wang, memimjam dan dikenakan interest yang tinggi.

4. “Crazy Fees” – TNB buat loan 300Million dengan kadar interest 2%, Syarikat penerbangan Malaysia buat loan 1Billion dengan kadar interest 0.5%, Kerajaan Mexico buat loan 3Billion pada kadar interest 0.5% dan Kerajaan Uruguay buat loan dengan kadar interest 1%, tapi 1MDB buat loan +/- RM15 Billion dengan kadar melebihi 10% dan bayar fees sebanyak 1.45Billion.

5. Berlakunya penolakan tanggungjawab bila isu yuran/fees di sebut di parlimen, Prospektus Offer Document sebut commission, fees dan expenses. Goldman Sachs kata Goldman fees, accounting dan lawyer fees. MDB pulak kata diskaun diberi kepada pembeli bond, walhal prospectus offer document tak sebut langsung hal diskaun, 100% tiada diskaun?. Siapa yang berbohong?

6. Contract untuk IPP deiberikan pada 1MDB pada bulan Ogos, 2,000megawat gas turbine di Melaka, direct nego, tiada tender, award projek first harga ditentukan kemudian, tapi keperluan utk IPP hanya pada tahun 2021, bukan sekarang, harga belom diputuskan?

7. Last week 2 lagi IPP di Sabah, kesemuanya diberikan bagi tujuan penyenaraian 1MDB ke Bursa Malaysia walaupon telah DUA postponed (tertunda) drp perancangan.
bersambung.............

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 14, 2014 at 1:21 AM

8. Sg Besi airport dijual kpd 1MDB sebanyak 72 psf oleh pihak kerajaan, land size semuanya berjumlah 1.6Billion. Tapi untuk pembangunan, military airport sg besi perlu dipindahkan, costnya sebanyak 2.7Billion, jadi Kerajaan bayar 1.1Billion pada 1MDB may be secara kontra-off. 1MDB lantik LTAT pada harga 2.1B dan 1MDB masih meminjam drp bank sebanyak 2.7Billion. Jadi lebihan duit DON’T KNOW GO WHERE? Ini sangat serious..tohmahan ini daripada Tony Pua nie.

9. TRX lagi teruk kena belasah drp Tony Pua, 1MDB beli tanah drp Kerajaan pd harga 192Million pada tahun 2010, 1MDB buat penilaian semula kepada 1.1 Billion, tahun berikutnya dinilai semuala pada 1.8Billion, dinilai lagi tahun berikutnya 3.5Billion dan dinilai pada tahun berikutnya pada 6.2Billion. Tanah dibeli drp Kerajaan pada 2010 pada harga 192Million dan dinilai pada 2014 pada 6.2Billion?

Penilaian semula berkali-kali drp segi rekod perakaunan untuk menunjukkan keuntungan walaupon rugi besar melanda 1MDB mengikut Tony Pua??

10. Penyata kewangan tidak diserahkan pada ROC pada tarikh yg sepatutnya, lewat 14 BULAN??


1MDB sepatutnya lebih peka mengenai status syarikat sebagai milikan penuh Kementerian Kewangan. Jika kenyataan dalam ceramah Tony Pua adalah tidak benar, 1MDB sewajibnya kemukakan SAMAN terhadap Tony Pua dengan merujuk kepada kenyataan Tony Pua di dalam youtube tersebut.

Jika Pihak 1MDB yang dibarisi oleh pihak Kerajaan, PM, Kementerian Kewangan, Tan Sri KSN dan Tan Sri KSP, Pemandu dan lain-lainnya hanya diam saja dan membiarkan hanya Tim Menteri Ahmad Maslan mejawab, Ini sesuatu yang amat tidak adil berlaku pada YB Ahmad Maslan..Hal diParlimen beliau jawab, tapi hal diluar tak kan seorang pon drp mereka ini DIAM MEMBISU?

Yang teruk Kena Tohmahnya UMNO, Orang Melayu yang Tak Tahu Buat Bisness, juga komponen BN, MCA, Gerakan, MIC dllnya.

Jika sekiranya Dato Seri Najib memilih untuk menjawab sebagai Pengerusi 1MDB…untuk memulihkan imej 1MDB, ini amat-amatlah dialu-alukan…

Sekian
Anak Warisan Dari Ampang.

....................
Reply To This Comment ...................
November 14, 2014 at 2:39 AM

Memang teruk tony pua hentam 1mdb dan kerajaan. Ya, kena jawab atau saman bagi membuktikan kebenaran.

tony bukab berckp dlm parlimen jadi tak perlu heret dia kpd jwatankuasa apakebendanya...

1mdb kena come clean. Terlalu berahsia selama ini .... jadi rakyat lebih senang terima cerita tony.

Kita mahukan penjelasan.

Post a Comment