........... 1MDB Jamin Semuanya OK | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

1MDB Jamin Semuanya OK

Tuesday, November 18, 201419comments



1Malaysia Development Bhd (1MDB) memberi jaminan semua pelaburannya diurus secara berhemat dan profesional.
  
"Sesetengah pinjaman adalah dalam bentuk jangka panjang tapi kami percaya komitmen kewangan ini dapat dipenuhi.

"Kami juga dalam proses menambahkan dan mencairkan nilai aset yang kami ambil alih," kata Pengerusi 1MDB Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin dalam sidang media di ibunegara semalam.
  
Bagi menjawab salah tafsiran terhadap keupayaan 1MDB membayar balik pinjamannya, beliau berkata kumpulan itu sedang meneliti untuk menstrukturkan semula pinjamannya bagi menangani ketidaksesuaian projek pelaburan jangka panjang dan pinjaman jangka pendek.
  
Beliau berkata projek Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia serta pelaburan dalam sektor tenaga berbentuk jangka panjang dengan tempoh matang mengambil masa yang lama.
  
Kumpulan itu mencatatkan kerugian RM665.3 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2014 terutama disebabkan oleh kos kewangan yang besar berjumlah RM2.4 bilion berbanding RM1.6 bilion pada tahun kewangan terdahulu.
  
"1MDB menggabungkan aset Jimah Energy bagi tahun kewangan 2014, mengembangkan secara positif operasi hartanahnya menyebabkan peningkatan perbelanjaan operasi dan kos pembiayaan," kata Lodin.
  
Nilai asas aset kumpulan meningkat kepada RM51.4 bilion berbanding RM44.6 bilion pada tahun kewangan 2013 dengan pinjaman bertambah daripada RM36.2 bilion  kepada RM41.9 bilion.
  
Pendapatan keseluruhan naik 50 peratus daripada RM2.6 bilion kepada RM4.3 bilion tahun ini mencerminkan kualiti portfolio aset yang sedang dibangunkan dan keutuhan penjanaan pendapatan.
  
Lodin menegaskan pelaburan yang disimpan di Pulau Cayman sah dari segi undang-undang menerusi subsidiarinya Brazen Sky Ltd atas tujuan cukai dan pelunasan hutang dolar AS.
  
"Pulau Cayman dianggap sebagai pulau lindungan cukai. Kami dimaklumkan adalah sesuai untuk kami mempunyai syarikat yang didaftarkan di Pulau Cayman dan bagi kami meletakkan dana dalam syarikat ini.
  
"Ini hanya proses sementara kerana anda perlu ingat dana ini pada asalnya dilabur dalam usaha sama dengan pihak lain," katanya.
  
Beliau berkata setakat 31 Mac 2014, aset dan liabiliti 1MDB masing-masing berjumlah RM51.4 bilion dan RM48.9 bilion.
  
Setakat ini 60 peratus atau kira-kira RM4 bilion daripada dana sudah dicairkan bagi pelunasan pelbagai komitmen kewangan 1MDB dan syarikat di landasan untuk mencairkan baki 40 peratus lagi menjelang akhir tahun.
  
- Bernama


PS - Copypaste untuk dijadikan rujukan. Mungkin anda ada persoalan yang mahu dikongsikan .... 

Share this article :

+ comments + 19 comments

....................
Reply To This Comment ...................
November 18, 2014 at 8:25 AM

Tuan Di Pertua : Soalan no 1 , Dari manakah punca sumber kewangan dan kontrak 1MDB yang berusia 5 tahun yang kini melebihi 50 ribu juta ?

....................
Reply To This Comment ...................
dontortoise
November 18, 2014 at 8:55 AM

Anda percaya?

Maaf..saya tidak percaya. Unless disertakan dgn laporan audit dan bukti bertulis..skrg bukan zaman cakap mulut sahaja..sekian

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 18, 2014 at 8:58 AM

Kalau duit tu bukan duit kerajaan ikut suka hatilah. Tapi masalahnya punca duit tu sumber dari mana ? Banyaknya rugi. Membazir jer. Rakyat sedang dihimpit dengan bebanan kos sara hidup, berjimat-cermat sampai kena ikat perut dan berbelanja ala kadar jer. Tapi 1MDB senang-senang jer nak menambahkan beban kerajaan dengan hutang yang besar.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 18, 2014 at 9:02 AM

dalam bisnis kalau takut berhutang lebih baik duduk diam. Tak der orang yang akan berdiam diri jika tahu dia ada hutang. Dia pasti akan terus berusaha melunaskan hutangnya. Lainlah mahasewel yang tak mahu belajar, kuat demo bila fail salahkan kerajaan PTPTN mintak percuma.

....................
Reply To This Comment ...................
November 18, 2014 at 9:23 AM

Hmmm ... merujuk pada artikel sebelum ini http://dinturtle.blogspot.com/2014/11/1mdb-skandal-terbesar-atau-fitnah.html, Mat Maslan kata jumlah hutang 36b, Lodin kata 41.9b ? ?

Mungkin tak updated kot ...

saya juga nak tahu berapakah interest bagi pinjaman yg dibuat bagi membeli IPP, sebab interest yg dijana dari Cayman lebih sikit 6%... ahPua dakwa interest loan IPP lebih 10% !

Jadi kenapa perlu buat pinjaman sedangkan ada dana ? Dan interest yg terpaksa dibayar pula lebih tinggi dari interest yang dijana dari pelaburan cayman ? Tak logik ... harap 1mdb dapat jelaskan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 18, 2014 at 9:50 AM

"Kami dimaklumkan adalah sesuai untuk kami mempunyai syarikat yang didaftarkan di Pulau Cayman dan bagi kami meletakkan dana dalam syarikat ini."...

Siapa yg maklumkan??
Penasihat kerajaan??
Penasihat Kroni??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 18, 2014 at 9:57 AM

@AnonymousKepada anon November 18, 2014 at 9:02 AM,

Cuba baca ayat ni :

Setakat ini 60 peratus atau kira-kira RM4 bilion daripada dana sudah dicairkan bagi pelunasan pelbagai komitmen kewangan 1MDB dan syarikat di landasan untuk mencairkan baki 40 peratus lagi menjelang akhir tahun.

Amboi2 senangnya nak bayar utang, just cairkan aset jer. Cuba pikir logik. Apabila aset dicairkan, aset akan berkurangan, tapi liabiliti akan bertambah. Ini bermaksud bisnes tu dah gagal dan patut dihentikan.

Kita masih ingat lagi ketika Idris Jala mengetuai MAS. Apa yang beliau buat untuk menstabilkan kedudukan kewangan MAS ? Beliau cairkan aset sama seperti yang 1MDB buat. Cuba tengok apa yang dah berlaku kepada MAS sekarang ? Hampir nak bangkrap bukan ?

....................
Reply To This Comment ...................
November 18, 2014 at 10:22 AM

Masaalah nya DT, modal 1MDB ini di uruskan oleh siapa, bank mana? Kita tahu dalam bisnes pelaburan modal, peringkat permulaan, bagaimana aset boleh terbit berbilion (?) sedangkan kematangan untuk projek harta benar masih jauh dan belum terlaksana. Ada kah berpaksikan suntikan modal kerajaan yang di umumkan kerugian ?

Jika Amanah Saham, pelabur di jamin modal dan pengagihan dividen dan terjamin perolehan nya. Wang simpanan pelabur terkumpul jelas di laburkan di mana dan tahu kedudukan halal haram nya mengikut syariah. Ada lapuran prospektus nya.

Dalam kes 1MDB, pihak utama dan pihak terlibat tidak bersandarkan satu lapuran rasmi tempuh kewangan beraudit. Itu yang menjadi tandatanya !

Bagi kita yang tidak mengetahui sepenuh nya, berasa ngeri juga, apabila "seorang tokoh negarawan - Tun M" menyatakan kegusaran nya. Beliau masih aktif bersama rakyat dan masih prihatin dengan rakyat majoriti yang memerlukan sepenuh nya sokongan kerajaan setelah menyokong cara tradisi tampuk pemerintahan "Ketuanan Melayu" di mana bumi bertuah ini ialah hakikat nya Warisan Melayu ! Kita tidak mahu tergadai !

Setakat ini kuasa politik masih bertahan dan kuasa ekonomi masih belum menampakan kedudukan dari pemain-pemain Melayu. Begitu juga syarikat pelaburan kerajaan GLIC, GLC dan kini 1MDB. Sektor ini tidak lagi terkumpul menjadi rujukan indeks harian bursa atau pasaran saham. Setakat ini Felda masih belum boleh menguasai sentimen perniagaan indeks dagangan sebenar di dalam negeri dan secara eksklusif di pasaran luar.

Kita takut Negara Malaysia ini muflis dan akhir nya di selia kawal oleh Bank Dunia, kerana meminjam dengan syarat-syarat ketat kelak ! Siapa bakal tergadai ? Siapa yang lemah ! Sudah tentu sahaja Melayu itu masih lemah. Kita tahu sehingga kini kelemahan akibat dasar-dasar tidak mampat dan jelas selain peluang besar "lepas tekak atasan" yang tahu cara menapis dan mengolah nya !

Melayu dalam keadaan tangan terikat sekarang. Begitu muram.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 18, 2014 at 11:10 AM

dan lagi satu...ada bagi tau kt rakyat yg kau daftarkan kt pulau cayman...lain kali bagi tau kt rakyat dan mendapat perstujuan drp rakyat

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 18, 2014 at 11:28 AM

salam,
saya bukan peniaga dan tak tahu bab bisness. tapi saya percaya kepada pemimpin saya yang berjuang untuk negara iaitu tdm. kalu tdm kata bermasalah. maka ada yang tak kena la. biar la ceo cuba untuk terangkan, tetapi persoalan yang dikemukakan mesti dijawab dengan fakta yang menyakinkan orang yang mempersoalkan kewujudan 1mdb. maka orang yang bertanya dan mempersoalkan kewangan 1mdb perlu la untuk bersetuju dan menerima penjelasan ceo ini. kalu masih lagi dipersoalkan, maka selagi itu 1mdb akan jadi satu masalah kepada kerajaan kerana ianya membabitkan wang yang besar. kerajaan pun takut nak pinjam wang besar, tapi syarikat yg baru muncul berani meminjam dan mendapat jaminan kerajaan. walaupun satu jaminan sahaja. tetapi pemberi pinjaman akan melihat ianya satu jaminan berangkai. bajet kerajaan dibentangkan di parlimen, tetapi 1mdb yang dipengerusikan oleh menteri kewangan tak ada bajet untuk dibentangkan dan audit pula menimbulkan persoalan. moga mereka yang berfikir dan berjuang untuk negara, bangsa dan agama akan terus menganalisa serta memberi kritikan kepada kerajaan. nak harap kat pembangkang. tak boleh nak harap. 2x5 juga tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 18, 2014 at 1:02 PM

Hutang yang besar, membeli aset yang kukuh. Ekonomi jenis kapitalis.Tempoh bayar hutang yang panjang.Pasang surut ekonomi 5-10 tahun.Kadar riba yang tinggi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 18, 2014 at 6:42 PM

Tidak ada projek mixed development seperti ini yang boleh rugi. Masalah dengan 1MDB ialah ianya diterajui oleh orang Melayu dan orang Cina pantang lombong emas mereka diterokai oleh orang Melayu/Kerajaan. Orang Melayu pula kutuk tak tentu pasal. Asal Mahathir sebut semuanya betul, mereka tak tahu Mahathir ada rancangan lain.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2014 at 2:35 AM

Kenyataan:
“Bagi menjawab salah tafsiran terhadap keupayaan 1MDB membayar balik pinjamannya, beliau berkata kumpulan itu sedang meneliti untuk menstrukturkan semula pinjamannya bagi menangani ketidaksesuaian projek pelaburan jangka panjang dan pinjaman jangka pendek”.

Ulasan:
Kenyataan ini mengesahkan berlakunya “wrong decision” yang dibuat oleh pihak pengurusan 1MDB, dan olehitu memang benarlah kegusaran Tun M dan kita semua yang menyokong Kerajaan UMNO Barisan Nasional.

Kenyataan:
“Beliau berkata projek Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia serta pelaburan dalam sektor tenaga berbentuk jangka panjang dengan tempoh matang mengambil masa yang lama.”

"1MDB menggabungkan aset Jimah Energy bagi tahun kewangan 2014, mengembangkan secara positif operasi hartanahnya menyebabkan peningkatan perbelanjaan operasi dan kos pembiayaan," kata Lodin.

Nilai asas aset kumpulan meningkat kepada RM51.4 bilion berbanding RM44.6 bilion pada tahun kewangan 2013 dengan pinjaman bertambah daripada RM36.2 bilion kepada RM41.9 bilion.

Pendapatan keseluruhan naik 50 peratus daripada RM2.6 bilion kepada RM4.3 bilion tahun ini mencerminkan kualiti portfolio aset yang sedang dibangunkan dan keutuhan penjanaan pendapatan.”

Ulasan:
Inilah yang amat membimbangkan kita kerana kedua-duanya merupakan aset jangka panjang terpenting 1MDB yang mana dinaik nilai mengikut tahun perakaunan berdasarkan Harga Pasaran Hadapan, Nilai Pembangunan Kasar atau GDV, walaupun kedua-dua pelaburan tersebut masih berada di tahap yang amat rendah drp segi keseluruhan pembanguna, mungkin 15% hingga 20%.

Kita belum melihat sebarang perubahan drastic ke atas Projek Tun Razak (TRX) dan Bandar Malaysia Sg Besi, tidak seperti projek MRT yang berjalan ketika ini (adanya kren, penutupan jalan dan aktiviti pembangunan lainya yg giat dijalankan).

Harus DINGAT BAHAWA, apa yg cuba dilakukan oleh 1MDB ini telah pon dilakukan oleh Dubai World. Pasaran hartanah berkembang pesat dan cita-cita usahawan Dubai terbantut akibat daripada krisis kewangan antarabangsa tahun 2007 – 2009, di mana nilai nilai pasaran hartanah bandar merudum 40% - 50%, walaupon berlaku ledakan hartanah kediaman dan komersial selama 72 bulan, sebelumnya..

Sebuah bank antarabangsa yang menganggarkan bahawa projek bernilai £ 53 Billion telah tertangguh. Menurut HSBC 59 projek telah terjejas teruk oleh kelembapan global dan LAPAN telah dibatalkan dan SELEBIHNYA ditunda.

Bersambung...........

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2014 at 2:36 AM

Sambungan.....

Kenyataan:
Kumpulan itu mencatatkan kerugian RM665.3 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2014 terutama disebabkan oleh kos kewangan yang besar berjumlah RM2.4 bilion berbanding RM1.6 bilion pada tahun kewangan terdahulu.

Beliau berkata setakat 31 Mac 2014, aset dan liabiliti 1MDB masing-masing berjumlah RM51.4 bilion dan RM48.9 bilion.

Ulasan:
Boleh dianggarkan bahawa kedudukan kewangan sebelumnya 31 Mac 2013, 1MDB mengalami kerugian walaupon tidak secara jujurnya dinyatakan di atas..

Pada hemat bodoh penulis, sekiranya Nilai Pasaran Hartanah Semasa bagi projek Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia diambil dan dibuat perbandingan, BERAPA PERATUSKAH KERUGIAN SEMASA yang sedang dialami oleh 1MDB, in worst case scenario?

Kita ambil contoh kes Dubai World sebagai Kes Study kita,-

Mengikut Wikipedia, Dubai World (Bahasa Arab: دبي العالمية) adalah sebuah syarikat pelaburan yang menguruskan dan menyelia portfolio perniagaan dan projek untuk kerajaan Dubai di pelbagai segmen industri dan projek-projek yang menggalakkan Dubai sebagai hab perdagangan dan perdagangan. Ia adalah pembawa bendera emiriah itu dalam pelaburan global dan mempunyai peranan penting dalam hala tuju ekonomi Dubai. Aset includeDP Dunia, yang disebabkan kontroversi besar ketika cuba untuk mengambil alih enam pelabuhan AS, dan Nakheel, cabang hartanah, yang builtThe Palm Islands dan Perkembangan Dunia, dan Istithmar World, syarikat pelaburannya. Ia dipengerusikan oleh Ahmed bin Saeed Al Maktoum.

Pada 25 November 2009 - kerajaan Dubai mengumumkan bahawa syarikat terbesar di Unite Arab Emiriah itu - Dubai World - di mana Kerajaan Dubai adalah pemegang saham utama - "berhasrat untuk meminta semua pembekal pembiayaan kepada Dubai World dan [subsidiarinya] Nakheel untuk 'berhenti' dan melanjutkan tempoh matang sehingga sekurang-kurangnya 30 Mei 2010 ".

Kerajaan juga menyatakan bahawa Dubai World - yang dengan US $ 60 bilion dalam hutang - akaun untuk hampir 75% daripada AS $ 80 bilion jumlah hutang emiriah itu - adalah tertakluk kepada sekumpulan penstrukturan semula - yang dirancang dan diuruskan oleh perunding Deloitte.

Pada masa yang sama - aset kumpulan Dubai Dunia terpilih akan dipasarkan dan dijual byRothschild ini - untuk mengurangkan konglomerat AS $ 60billion beban hutang.

Kerajaan Dubai telah berkata ia tidak akan menjamin hutang Dubai World, yang menyebabkan panik global kerana ia tidak boleh membayar balik pemiutang dengan serta-merta. Kenyataan itu dikeluarkan selepas pasaran saham di Dubai dan Abu Dhabi menyaksikan kejatuhan mendadak. Pemiutang berfikir Dubai World merupakan sebahagian daripada kerajaan, ianya tidak betul," kata Menteri Kewangan Abdulrahman al-Saleh.

Bersambung...........

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2014 at 2:40 AM

Sambungan...

Laporan By Dana El Baltaji and Arif Sharif Mar 16, 2014, dimana Dubai, yang hampir bangkrap pada tahun 2009, telah menandatangani perjanjian dengan Kerajaan Abu Dhabi dan Bank Pusat United Arab Emirates untuk melancarkan lebih daripada $ 20 bilion hutang selama lima tahun.

Perjanjian hari ini adalah sebahagian daripada "usaha-usaha untuk meningkatkan daya saing UAE ekonomi di peringkat serantau dan antarabangsa, dan untuk mencerminkan upturns ekonomi domestik Dubai telah disaksikan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, "menurut kenyataan itu. "Majlis menandatangani perjanjian ini adalah selaras dengan dasar kewangan berhemat UAE yang bertujuan untuk menyokong dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi."

Jadi akhirnya KESIMPULANYA Kerajaan UAE terpaksa campurtangan menyelesaikan masalah Dubai World.

Bolehkah kita mengambil pengiktibaran drp pembentangan kes Dubai World ini?, walaupon ada yg akan mengatakan penglibatan dan jenis pelaburan mereka berbeza.

Sekian - Anak Warisan Dari Ampang

Rujukan:
http://www.propertywire.com/news/middle-east/cancelled-developments-dubai-200902052552.html
http://www.dailymail.co.uk/news/article-1349532/Dubai-islands-falling-sea-Dubai-World-sinks-fund-crisis.html
http://www.2daydubai.com/pages/dubai-world-crisis.php
http://www.bloomberg.com/news/2014-03-16/dubai-rolls-over-20-billion-abu-dhabi-central-bank-debt-at-1-.html
http://www.bloomberg.com/news/2014-08-27/dubai-world-said-to-agree-debt-deal-with-main-creditors.html
http://www.thenational.ae/business/industry-insights/finance/abu-dhabi-to-refinance-20-billion-dubai-loans-at-lower-rate
http://news.bbc.co.uk/2/hi/business/8411215.stm
http://news.bbc.co.uk/2/hi/business/8385164.stm
http://www.theguardian.com/business/2009/nov/30/abu-dhabi-stock-market

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2014 at 12:55 PM

kalu orang yg bukan bisness dengar, kira cukup la dengan air liur ceo tu. ahmad maslan cakap kira betul la tu. ah jib gor cakap memang betul. tapi akibatnya yang kita tidak tahu dan risiko yang besar perlu kita hadapi. dubai hanya ada rakyat tak sampai pun 10 juta. tapi kita ada lebih daripada 28 juta.maka jika berlaku seperti syarikat dubai world, mungkinkah kita akan jadi seperti greece, mexico

....................
Reply To This Comment ...................
November 19, 2014 at 3:57 PM

Tn Yang Dipertua!. Difahamkan status off-shore Cayman Island adalah sama dengan status Labuan yang telah diwujudkan, Kenapa labur kat Cayman tidak Labuan?. Cayman bermakna 'buaya darat'.Ada membawa apa2 ker?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 20, 2014 at 10:24 AM

1MDB adalah skandal besar NajibRosmahJhoLow. Najib dah kena check mate dgn TunM. Tak jawab salah, jawab pon lagi salah. Semua kebusukan 1MDB akan keluar satu persatu. Operatif Tun dan veteran UMNO pejuang negara sedang melakukan operasi. Najib tahu masanya dah sampai. Mahayudin di beri nafas baru. Melayu bakal menarik nafas lega, jgn kesilapan dulu di ulang lagi nanti.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 20, 2014 at 4:53 PM

PELIK TAPI BENAR - LAWAK PUAK PRO NAJIB AH JIB GOR...

Bila kena batang hidung, pembangkang berhujah berdasarkan fakta, tarif elektrik naik awal tahun, kata support YTL..

YTL tuu kan Kroni UMNO BN, agak2 lah kalau tak leh jawab pon???

Sarawak boleh turunkan harga traif elektrik, sabah pon masih rendah drp semenanjung?

Kalau betul Pelaburan 1MDB dalam sekto tenaga menguntungkan, ianya milikan kerajaan, KENAPA TAK KURANGKAN TARIFF ELEKTRIK seperti Sarawak?

Apa-apa pon jenis pelaburan, selagi ianya tidak membebankan dan menjejaskan rakyat marhaen, no problemo, tapi kalau ambik alih itu ini, naik harga dan kurangkan subsidi untuk cover line itu ini, bila ditanya jawapan merapu, meroyan, meraban.. apa nak citer nie.. cer citer..cer citer hok betol laaa..

David Cameron PM UK, pada sidang G20 menyatakan bahawa menempuh pusingan keDUA Kejatuhan Ekonomi Global dengan artikel "red warning lights".. dan Ekonomi Zon Kesatuan Eropah bakal merudum lebih teruk drp pusingan pertama.

Ekonomi Jepun dah pon merosot 1.6% dalam suku ke TIGA, walaupon para pakar ekonomi menjangkakan kenaikan 2.1% bagi negara maju dan kaya, tapi penanda ekonomi di Jepun menunjukkan kejatuhan 1.6%, dan ini amat dibimbangi negara-negara maju yang lain.

Jika sekiranya kemerosotan kali keDUA Ekonomi dan Pasaran Global melanda, ianya akan menjadi lebih buruk drp yang pertama..

Dalam Kejadian Alam, kalau BANJIR pertama besar, Gelombang KEDUA Banjir akan beri kesan lebih teruk drp yg pertama.

Ya Allah, peliharalah dan selamatkanlah Tanahair tercinta dan terindah ini drp malapetaka bencana alam dan bencana ekonomi global.

Pada pendapat saya, Kenapa Harga Minyak Jatuh??? Kerana tiada daya saing dan kuasa beli, pembelian spekulatif seperti dulu, bilamana kebanyakan pemain global mengalami penyusutan nilai aset di Eropah dan US, mengecilkan saiz dana yang mereka ada.

Skandal demi skandal Bank-bank terbesar dunia seperti HSBC, CitiBank, Bank of Amerika, Royal Bank of Scotland, Deustche Bank dsbnya membantutkan lagi usaha spekulasi.

HARUS DIINGAT, Bank-bank Terbesar dunia ini bersiap sedia dan mengemas diri untuk menepati dan mematuhI Kadar kecairan Aset seperti yang diperuntukan BASEL III.

Apakah Bank-bank di Malaysia sudah bersedia untuk menghadapi cabaran perbankkan alaf baru bila mana BASEL III ini dilancarkan pada 2015?

Di Malaysia kita masih belom mendengar apa2 berita tentang kedudukan kewangan Bank-Bank tempatan, apakah mereka mampu meneruskan operasi dengan pengenalan dan pelancaran BASEL III.

Nanti dalam bulan december baru nak kecoh???

Ingat Mengingati adalah sesuatu usaha yang murni..

Sekian Anak Warisan Dari Ampang.

Post a Comment