........... UDA dan Kampung Tg Tokong | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

UDA dan Kampung Tg Tokong

Tuesday, October 21, 20143comments

Di bawah saya copy luahan seorang pengomen mengenai apa yang beliau sifatkan sebagai ketidakperihatinan kerajaan kepada warisan Melayu dan nasib orang Melayu, melalui pembangunan Kampung Tg Tokong Pulau Pinang, yang diamanahkan kepada UDA. Komen penuh saudara AhmadAlbab boleh dibaca di artikel KLiK.

saya semalam baru pulang dari Pulau Pinang. Saya pergi ke Tanjong Tokong dan melalui kawasan Kampung Warisan Melayu Tanjong Tokong. Sedih dan mengejutkan nasib kampung warisan ini di kerjakan UDA Holding. Saya tidak hairan jika Kiasu Lim DAP yang halau Melayu sebab itu memang kekejaman dan sifat azali mereka sejak pengganas PKM lagi membunuh ramai perajurit kita.

Saya ada jumpa seorang imam masjid. Beliau meluahkan menyatakan bahawa Najib ini hanya 'mulut manis' tapi sebenarnya banyak menghancurkan Melayu.Melayu Penang terutama berketurunan Arab dan Malabari mereka terpaksa berusaha sendiri untuk mengekalkan tanah dan ekonomi mereka.



Melayu mixed Arab (keturunan Syed) dan India ini berkata mereka tidak sama sekali percaya pada Agensi Wakaf Majlis Agama Islam Pulau Pinang kerana agensi ini dipenuhi oleh orang2 yang akan ambil kesempatan atas tanah wakaf. Maka mereka ini menubuhkan persatuan mereka sendiri untuk bersatu meningkatkan ekonomi, hak tanah wakaf dan pembiayaan masjid serta kelas pendidikan.

Isu Kampung Warisan Melayu Tanjong Tokong suatu isu yang menyedihkan dan menggambarkan khianatnya bangsa Melayu sendiri terutama UDA melalui Nur Jazlan si liberal tu. Kenapa blogger Melayu tak mau perjuangkan isu ini demi maruah dan memberi ingatan pada pihak yang rakus ini kita akan lawan kita mahu musnahkan hak Melayu.

dan sila tuan Din fikirkan kenapa zaman Najib ini banyak parasit Melayu.. seperti Nur Jazlan ini. Pengerusi UDA yang begitu angkuh dan tidak ada rasa untuk menjaga warisan Melayu sebagai tonggak Agama dan Sejarah, Cina dan India masing2 menjaga hak warisan mereka melalui pemimpin mereka tapi kenapa Melayu ini songsang?


Kampung Melayu Tanjong Tokong musnah bukan disebabkan DAP secara asasnya, tetapi sejak zaman BN UMNO berkuasa lagi. Kenapa semasa UMNO berkuasa dulu pemimpin2 UMNO yang kaya raya ini tidak buat dasar secepat mungkin untuk menyelamatkan kampung Melayu yang sangat penting sebagai warisan ketuanan Melayu dan Islam di sebelah utara pulau tersebut.

Dari link yang pengomen berikan -  Daulah Rakyat - NASIB WARISAN MELAYU TANJONG TOKONG DI TANGAN UDA HOLDINGS.


Adakah kerana ianya menghalang pembangunan yang melibatkan dollar/ringgit dan  sen ? Sedangkan pembangunan yang berlaku dengan pesat di sesetengah tempat di P.Pinang masih memelihara adab dengan  tidak pun meruntuhkan tapak-tapak warisan yang sedia ada. Contohnya perkampungan  China dalam air di Jetty yang asalnya petempatan setinggan,  menceroboh kawasan   pelabuhan P.Pinang diterima menjadi warisan . Kampung-kampung Melayu yang asal  satu demi satu dihapuskan sekali gus  tanpa ampun kononnya untuk tujuan pembangunan yang hakikatnya tidak pun berpihak kepada rakyat.

Rasanya jika ada sejemput tangggung jawab sosial  dan sedikit kepekaan terhadap warisan  bangsa pihak UDA Holdings boleh melakukannya dan akan dikenang sebagai sebagai pemula tapak warisan Melayu di P.Pinang. UDA  telah mendapat 48 ekar tanah kampung tradisi Tanjong Tokong secara percuma dengan harga tukar syarat yang sangat minimum RM 10 sahaja.

UDA juga diberi lagi  54 ekar tanah tebusguna laut kononnya untuk mengganti kerugian kerana membangunkan kampung tradisi di antara yang tertua di P.Pinang ini. Hakikatnya selama 40 tahun kampung ini terus terbiar. Pembangunan di tanah tebusguna tidak pun melibatkan 1 peratus pun penglibatan penduduk tempatan . Pemaju seperti Tanjong Pinang yang datang kemudian dan  mengeluarkan biaya untuk tebusguna laut telah pun membina 3 blog rumah pangsa untuk rakyat. Jadi di mana-mana pun orang Melayu  tetap percuma dan tersia-siakan.Percayalah mereka tidak ada pilihan lain. Tetap akan mengundi UMNO sebagaimana yang terbukti dalam PRU ke 13 di mana sokongan tetap tidak berubah.
.

Janji UDA melalui Nur Jazlan mengenai pembangunan Tg Tokong - UDA meterai perjanjian dengan penduduk Tg Tokong - Mkini 16 Jun 2012


                                                   **************************

TERKINI - Saya menghubungi pihak UDA untuk dapatkan komen mengenai Kampung Tg Tokong dan Jawapan dari Pihak Pengurusan UDA adalah seperti berikut -

UDA akan membina 550 units rumah mampu milik yang akan diberi percuma kepada penduduk yang telah tinggal di rumah panjang lebih 4 tahun. UDA tidak pernah merobohkan sebarang peninggalan sejarah. Mereka yang tinggal di rumah panjang adalah berstatus setinggan. Kita tidak mahu orang Melayu berterusan tinggal dalam keadaan setinggan. 

Mana2 pihak yang kurang faham boleh datang berjumpa UDA untuk keterangan lanjut. UDA akan memperbaiki Mesjid yang sedia ada serta membina sekolah agama di kawasan tersebut.


PS - Sepertimana isu2 pembangunan lain, pasti banyak perkara yang orang luar tidak tahu. Jika ada sesiapa dari Tg Tokong yang tahu duduk perkara sebenar dipihak rakyat, dipersilakanlah komen.

Share this article :

+ comments + 3 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Pemerhatihati2
October 21, 2014 at 8:13 PM

Apa nak jadi dengan keadaan politik Melayu sekarang.
Semakin tidak tentu arah. Yang berjuang atas slogan Agama seperti PAS pula terang2 menghina Agama, berpolitik ala monyet tanpa akal.
Manakala UMNO.. yg berpekik2 pemimpin dan perwakilan dlm Perhimpunan melaung2kan hidup Melayu.. mereka juga lah yg khianat dan tidak jelas pun membantu Melayu.

Malah di zaman Najib laki Rsomah, cukup banyak pembohongan dan lidah cabang yang dilakukan pihak kerajaan Najib. Punahsehat2nya yang tidka senang duduk dengan Melayu terus menerus melaksanakan agenda 'moderate' dan liberalisme ke atas bangsa Melayu!

UDA Holding, sama shj dgn agensi GLC seperti Petronas.. amat pantang ckp soal melayu..melayu.. yg penting wang.. untung.. besar.. kaya.. so mau utamakan Cina maa.. melayu kasi halau laaaa...

u mau brapa wa kasi bayar laaa..

Najib? blurr.. ? atau itu agende blurr nya untuk jahanamkan Melayu dan Malaysia.

Plsss laa PRu14.. kasi warning keras pada Najib dan punahsehatnya..
sama ada ubah sikap atau kick out mcm Pak Lah!

pikirlah apa KPI dan MERIT Najib? RM50 juta untuk SRJKC?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 21, 2014 at 10:10 PM

Nak komen satu je...kita semua akan berjawab menjawab dijawab depan Allah

Yg tua ingat MATI yg muda ingat TETAP akan mati

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
October 22, 2014 at 12:14 AM

Contohnya perkampungan China dalam air di Jetty yang asalnya petempatan setinggan, menceroboh kawasan pelabuhan P.Pinang diterima menjadi warisan.

--------------------

Khinzir.

Kampung Melayu bukan warisan sebab konon tak hendak melayu jadi setinggan. Pirah!!!

Saya rasa sebenarnya mereka yang diberi jawatan ini tidak faham keluh-kesah melayu di Pulau Pinang yang cuba diluah dan disampaikan.

Warisan yang dikekalkan semuanya adalah warisan kaum pendatang dan penjajah. Tak faham lagi ? Khinzir...

Post a Comment