........... Tun Mahathir Sokong Subsidi Minyak Potong 20 Sen ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Tun Mahathir Sokong Subsidi Minyak Potong 20 Sen ?

Thursday, October 2, 201419comments

Ko sokong sangat Tun Mahathir kan ? Nah .... berita ni kata Tun Mahathir sokong 20 sen !


Lebihkurang macam tu lah reaksi saya .....

Well.... kalau betul pun, itu pandangan Tun. Tapi apapun, kena baca dulu apa yang Tun kata sebelum boleh percaya kata2 orang yang sebelum ni tak ambil pot pun apa yang Tun kata !


"Minyak cukup murah di sini (Malaysia). Di negara yang keluar minyak macam di Arab pun lebih tinggi harga dia, macam mana kita boleh jual murah?"

Huh ? Anjat kite ! ...... negara Arab minyak lagi mahal dari kita ?

KLiK
Macamana graf diatas kata petrol kita RM1.88 pada 15 Sept ? Takperlah... kita nak lebihkurang jer untuk jadikan perbandingan. Di mana Malaysia di kalangan negara Arab pengeluar minyak ...


Ni mana punya sumber maklumat yang Tun dapat ni ?  

Hmmmm ..... ke Tun Mahathir menyindir kot ...... biasalah orang tua tu, kan. Mungkin sebab kerajaan suka buat perbandingan harga dengan negara lain maka Tun pun nak join sekaki la tu ....


"Itu yang orang curi minyak kita. Hari-hari orang curi,"

Hahaha .... yang ini saya baca pun tergelak... Hari-hari orang curi ! hahahahaha ... Persoalan yang penting bagi saya disini adalah - Macamana yang hari-hari orang boleh curi ? 

Sebelum ni selalu juga keluar berita pihak berkuasa melakukan operasi bersepadu bagi menangani masalah penyeludupan minyak ke negara jiran. Banyak juga tangkapan di buat. 

Cuba kalau operasi bersepadu seperti itu di buat hari-hari, mungkin tak adalah hari-hari orang curi. Memanglah tak boleh cegah sepenuhnya tapi tidaklah sampai menjadi satu masalah kewangan negara hingga subsidi terpaksa dikurangkan supaya harga minyak kita tak jauh beza dengan negara jiran.

Tapi jangan lihat perbezaan harga minyak saja, kos sampingan bermotor pun kena lihat juga... adakah jalan negara lain itu bertol, cukai jalan, harga kenderaan dan lain2 .... maksud saya, kalau nak samakan, maka samakanlah juga yang lain2 itu.

Dr Mahathir berkata pengurangan subsidi minyak itu tidak boleh dikaitkan sebagai faktor utama berlakunya kos peningkatan sara hidup.

"Kos mesti meningkat sepanjang masa. Kita tidak boleh minta gaji dinaikkan dan kos diturunkan. Gaji minimum pun sudah naik kepada RM900. Kos untuk mengeluarkan barang meningkat kerana gaji dinaikkan," 


Yang ini pula bagi saya ...... errr.... Tun nak cilok masalah lain yang turut menyumbang kepada harga barang naik selain dari minyak yang perlu mendapat perhatian kerajaan, dah alang2 di tanya wartawan. Ingat balik apa kata Tun dalam artikel Menegur baru ni -

30. Cuti ditambah sehingga adakalanya pekerja bercuti lebih satu minggu. Sebaliknya gaji minimum dinaikkan tanpa mengambilkira kenaikan kos yang boleh menjadi perniagaan dan perusahaan tidak bedayasaing dengan barangan impot.

31. Sesungguhnya banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan Kerajaan pimpinan Dato Seri Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara.

So .... nak kata yang Tun Mahathir sokong tindakan kerajaan mengurangkan subsidi minyak sehingga harga minyak naik 20 sen .... well, saya tak setuju.


Selain dari komen saya di atas, tidak ada pun ayat yang Tun kata secara direct beliau sokong. Tapi terpulanglah pada anda bagaimana mahu terjemah kenyataan beliau.

Cuma saya hairan jer, orang yang teruja konon Tun pun sokong 20 sen ni, tak pula mereka teruja nak tunjuk artikel Menegur Tun dulu ......


KLiK

Share this article :

+ comments + 19 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 9:51 PM

eeeeeiiii...tak bek tao ayahanda niii..camdeq kuat noooo...

....................
Reply To This Comment ...................
October 2, 2014 at 10:05 PM

Bah. cetusrasa TunM no 31 - itu lah punca angkara sebenar kekalutan Najib.

Sudah di ketahui kestabilan politik boleh saja menstabkan keluhan rakyat. Tiada keluhan mungkin mustahil tetapi 'disparity' kaum menjadikan ekonomi terus di monopoli.

Tanpa ekonomi dinamik pelabur2 luar akan menjauhkan diri. Maka ini di lihat peluang besar kepada peniaga-peniaga memanipulasi harga (dalam dewan niaga cina) dengan satu mekanisma yang boleh menggugut kerajaan. Contoh harga minyak naik, bagai kilat menyambar harga barangan di naikkan. Sektor perhidmatan masih di bawah pantauan kerajaan, demi itu keputusan hanya selepas desakan.

Jadi jika Tun M masih menyalahkan gaji minima, cuti dan kini pencurian minyak ( diesel biasa nya ) tidak begitu berkaitan. Curi minyak disel ada lah kerja pemakan gaji awam dan peniaga pam minyak tidak jujur demi meraih keuntungan gelap yang di nilai beratus juta mengikut kuantiti.

Kes terbaru rasuah kastam barang seludup. Lihat sahaja terjejas nya kepada cukai untuk negara.

Masaalah besar ia lah kitaran ekonomi puak-ouah atasan, berpengaruh dan boleh memesongkan dasar-dasar kerajaan.Gagal mengawal, gagal lah pentadbiran awam dan negara.

Apa fungsi kerajaan ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 10:36 PM

katakana "tak nak" pada najib,

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 11:05 PM

Orang kata tu tun perli ja...hahaha tun kn tajam dengan sindiran...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2014 at 2:50 AM

Aku rasa kan.Baik pakai kereta tolak jer la.

....................
Reply To This Comment ...................
dontortoise
October 3, 2014 at 3:42 AM

Ramai yg marah giler2 kat kerajaan sebab naikkan harga minyak..

Tapi percayalah..kejap lagi senyap le tu. Apatah lagi jika ajib bentang bajet nanti. Umum je bagi bonus ke..apa ke..yang marah tu akan diam la..

Takkan tak nampak lagi style ajib berpolitik?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2014 at 4:29 AM

Ni lah pembangkan bila kerajaan buat benda yg x betul sikit kutuk x sokong. Bila kerajaan bg brim dulu dia dgn muka x malu pergi ambil. Lg satu kalau nak buat rush selalu igt sng ke. Kau ckp sng laa buat rush hari2. Tp proses nak rush 2 kau tau x. Aku bkn nak sokong kerajaan buat mcm 2. Tp kalau dia buat mesti ada sbb.

....................
Reply To This Comment ...................
Akiyama
October 3, 2014 at 6:09 AM

Ko tgk pemimpin2 tu ada yg berkorban? Kereta mewah..rumah mcm white house..isteri dan anak menteri dok enjoy sini sana asyik pi oversea..

Untuk membuktikan semua pemimpin turut berkorban untuk negara..dicadangkan agar potong gaji depa 20%. Jika minyak naik lagi 10sen seliter..potong lagi gaji depa 10%. Amacam? Sanggup?

....................
Reply To This Comment ...................
October 3, 2014 at 6:48 AM

tun memang terkenal dengan perlinya... teringat plak pada nik ajis,saingan yang tak kurang hebat ilmu mantiknya, apa kabar dia?lepas rpk pengkalan kubur trus senyap.maybe terkenang kubur kut.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2014 at 7:23 AM

Bagi sesiapa jua yang mengenali rapat ngan Tun M, pasti kita sudah dapat menjangkakan bahawa Tun banyak membuat sindirin tajam. Tun memang suka memperli pihak-pihak tertentu dengan cara beliau tertentu.

Cuba baca molek-molek kenyataan Tun tu dan fahamilah maksud sebenar Tun. Jangan baca kenyataan Tun secara direct, kerana Tun memang bijak bermain kata-kata. Nampak macam menyokong, tapi sebenarnya tidak. Ini kerana, Tun tetap Tun dan pendiriannya terhadap Najib takkan berubah sekelip mata.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2014 at 8:32 AM

kekawan aku berjaya cipta injin pakai angin.Tak yak pakai minyak lagi. Aku dah plan nak buka steyen angin cam steyen minyak. 1 litre angin 0.10 sen saja. Engin bersih tak de polution. Selain itu untuk menjimatkan dan maximise pengunaan angin di sediakan tempat 'menangkap' angin. Sesiapa yang nak kentut sila aim punggong anda di tempat yang disediakan dan poooooot . Angin akan di simpan dan disalurkan ke pam pam angin. Kereta yang mengunakan angin ini boleh pecut 200KM dalam 10 saat saja. Cuma ada satu masaalah saja. Kerajaan tak bagi lesen. dikata kalau bagi lesen kerajan nak makan apa? Petronas Tutup la. Sapa nak bayar menteri mentri punya expenses dan gaji. Cammana PM nak terbang ke luar neggeri. 365 hari setahun berapa hari PM ada kat sini? So lesen kena tolak. Maaf kekawan bukan salah daku. Daku dan cuba tapi tak dapat lesen.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2014 at 9:40 AM

senarai awak kasi tu dalam matawang euro mengapa kau ubah jadi mata wang ringgit!

jangan hanya pandai mengkritik je bro

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2014 at 10:05 AM

Kereta aku dah 2 hari tersadai kat garaj pasal nak jimat minyak punya pasal. Hari ni aku plan nak balik raya naik motor jer, tapi memandangkan aku dah berkeluarga terpaksalah naik kereta jugak.

....................
Reply To This Comment ...................
October 3, 2014 at 10:11 AM

@AnonymousHuh ?? tak kiralah dalam matawang negara mana sekalipun, kedudukan tidak akan berubah.

klik saja jenis matawang yang anda nak nk semua akan ditukar matawangnya.

apa point saudara ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2014 at 10:54 AM

Din, tumpang letak poster jap....

http://4.bp.blogspot.com/-qlJIUAuJrPk/VC0r4DEPzfI/AAAAAAAAWX4/sdBormP8Xa4/s1600/penasihat%2Bpm.jpg

http://4.bp.blogspot.com/-QC5D9hIWFqI/VC4AKtpiaeI/AAAAAAAApZg/Byn6NQxIDHI/s1600/10632746_10204002148508521_8640953054017108474_n.jpg

http://4.bp.blogspot.com/-4XbmslD_Pzg/VC1K4DHvX9I/AAAAAAAAWPM/PJtTH7StHQ0/s1600/hasan.jpg

http://4.bp.blogspot.com/-2eZxMoX3ros/VC1ZDFpePRI/AAAAAAAAWP0/uq5j4xf5a6w/s1600/madmaslan%2Bbengong.jpg

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2014 at 11:52 AM

kenaikan yang membebankan kerana ianya berlaku terlalu dekat dengan hari raya haji...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2014 at 5:08 PM

Mmg la hari2 ada org curi tetapi tidak hari2 dapat d tangkap. Kebykkan bolos d border. Sic.

....................
Reply To This Comment ...................
October 4, 2014 at 10:04 AM

Nak tlg berjuang pegi lahad datu tp x dpt, dpt sumbang 20 sen pun jd lah

....................
Reply To This Comment ...................
October 5, 2014 at 2:55 AM

Negara arab tu luas bro,iraq pun arab gak..luaskan sikit pemikiran bro,sebelum nk post artikel yg bajed2 good..adoiii..

Post a Comment