........... Tun Mahathir - Menegur Berdasarkan Bukti Tapi Najib Tetap Blur | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Tun Mahathir - Menegur Berdasarkan Bukti Tapi Najib Tetap Blur

Tuesday, October 7, 201418comments


Artikel sambungan kepada Menegur Chedet dah keluar ! Kali ni kenyataan dari Tun Mahathir lambat mendapat sambutan dari pemimpin Umno, tidak sepertimana kenyataan Tun dalam isu 20 sen.... kenapa ek ?

Saya copy sepenuhnya dibawah...

Kali ini Tun tak banyak cakap, tak perlu menyindir... Tun cakap direct ... errr hampir2 direct.

11. Perdana Menteri Kelima setelah menang besar dalam PRU 2004, kehilangan lima buah negeri, satu wilayah dan kemerosotan yang besar di Dewan Rakyat dalam PRU 12, 2008.

12. Sepatutnya pengganti memperoleh kemenangan yang lebih baik. Tetapi tidak. Pencapaian Perdana Menteri Ke-6 lebih buruk lagi dalam PRU13 setelah memberi wang Kerajaan kepada berjuta rakyat, membelakangkan Dasar Ekonomi Baru, melayan orang yang tidak hargai layanan, meningkatkan hutang Kerajaan, mendengar nasihat konsultan luar dan lain-lain lagi.

13. Dengan pencapaian yang buruk ini sepatutnya dikaji semula dasar dan amalan yang jelas tidak baik. Tetapi tidak. Pendekatan diteruskan. Teguran diterima tetapi tidak menukar apa-apa.


Itulah BUKTI yang Tun katakan sebagai asas kepada teguran beliau sebelum ini.

8. Mungkin teguran tidak berasas. Tetapi berasas atau tidak boleh diketahui apabila diuji.

PRU13 adalah ujiannya dan TERBUKTI cara Najib GAGAL.

Lagi2 alasan - Najib mewarisi kerajaan yang lemah - diberikan tapi paling tidak jika Najib itu bagus sangat, prestasi BN kalau tidak meningkat sedikit pun, dapat pertahankan kedudukan PRU12 pun dah cukup. 

Tapi apa keputusan ujian Najib itu ? Kalah majoriti dan hampir jadi pembangkang kalau bukan kerana ehsan Melayu Pribumi ! Seperti kata Tun - LEBIH BURUK dari PakLah.

Tapi ada Najib nak belajar dari KEGAGALAN beliau itu ?

Tetapi tidak. Pendekatan diteruskan. Teguran diterima tetapi tidak menukar apa-apa.

Dan kita boleh lihat kesannya .... dalam keadaan pembangkang yang bergolak krisis dalaman pun, BN tetap tidak bermaya. Penasihat yang memusnahkan masih tetap dipertahankan.Yang menolak BN terus dilayan sementara yang membantu diketepikan.

Ketirisan dan keborosan oleh agensi2 penasihat Najib berterusan .... sementara rakyat dipaksa menanggung bebannya.

Jika ini berterusan, tidak mustahil pemberi ehsan kepada Umno BN akan merajuk dan protes. Dan yang pasti - BN akan kalah PRU14.


...mereka yang tidak mengambil iktibar dari pengalaman dahulu yang meneruskan juga pendekatan lama akan didera dengan pencapaian yang sama atau lebih buruk dimasa hadapan.




Apakah Najib mahu belajar ?


Apakah respon pemimpin Umno masih sama - Kami hormat Tun Mahathir dan kami sokong Najib ? Sama-sama Blur ...


KERAJAAN TERIMA DENGAN TERBUKA TEGURAN TUN M

1. Saya gembira kerana Kerajaan terima dengan terbuka teguran saya.

2. Saya teringat akan perjanjian Raja-Raja Melayu dengan British. Disebut dalam perjanjian itu British akan menugas seorang pegawai mereka sebagai Penasihat (Adviser) dalam bahasa mereka, kepada Kerajaan negeri.

3. Tetapi dalam perjanjian itu disebut juga bahawa apabila Penasihat British memberi nasihat, Raja dan Kerajaan mesti terima. Penerimaan ini mengikut fahaman British bermakna mengikuti dan melaksana nasihat yang diberi.

4. Apabila nasihat mesti diterima dan dilaksana, ia bukan lagi nasihat. Ia sudah menjadi arahan atau “command” dalam bahasa Mat Salleh. 

5. Demikian apabila British Resident (nama lain bagi adviser yang bermakna “penduduk”) mendapati seorang Raja Muda tidak sesuai untuk naik takhta apabila Raja mangkat, nasihat diberi supaya dianya tidak diberi hak untuk mengganti Raja. Dan Raja pun terpaksa terima kerana nasihat Resident mesti diterima dan dikuatkuasakan.

6. Raja-Raja Melayu biasanya mempunyai Majlis Penasihat. Tetapi Raja tidak perlu menerima nasihat mereka, jauh sekali daripada melaksana nasihat yang diberi. 

7. Teguran saya bukanlah nasihat. Nak terima atau tidak adalah hak orang yang ditegur. Nak laksana atau tidak juga hak pihak yang ditegur.

8. Mungkin teguran tidak berasas. Tetapi berasas atau tidak boleh diketahui apabila diuji.

9. Dalam negara demokrasi ujian yang terbaik ialah apabila pilihanraya diadakan. Jikalau teguran tidak berasas, dan dasar serta pendekatan yang ditegur diteruskan juga, maka sudah tentu kemenangan yang besar akan diperolehi.

10. Sebaliknya jika prestasi dalam pilihanraya menjadi lebih buruk maka besar kemungkinan teguran yang dibuat berasas.

11. Perdana Menteri Kelima setelah menang besar dalam PRU 2004, kehilangan lima buah negeri, satu wilayah dan kemerosotan yang besar di Dewan Rakyat dalam PRU 12, 2008.

12. Sepatutnya pengganti memperoleh kemenangan yang lebih baik. Tetapi tidak. Pencapaian Perdana Menteri Ke-6 lebih buruk lagi dalam PRU13 setelah memberi wang Kerajaan kepada berjuta rakyat, membelakangkan Dasar Ekonomi Baru, melayan orang yang tidak hargai layanan, meningkatkan hutang Kerajaan, mendengar nasihat konsultan luar dan lain-lain lagi.

13. Dengan pencapaian yang buruk ini sepatutnya dikaji semula dasar dan amalan yang jelas tidak baik. Tetapi tidak. Pendekatan diteruskan. Teguran diterima tetapi tidak menukar apa-apa.

14. Penegur tidak ingin menjadi Penasihat British. Teguran bukan arahan. Tetapi mereka yang tidak mengambil iktibar dari pengalaman dahulu yang meneruskan juga pendekatan lama akan didera dengan pencapaian yang sama atau lebih buruk dimasa hadapan.


DT - Apalagi keputusan yang lebih buruk buat BN dari PRU13 ? Jadi pembangkang ler ...

Share this article :

+ comments + 18 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 7, 2014 at 3:49 PM

Is there a way sabah n sarawak BN can get najib to sit down with muhyiddin n mahathir to relook at what have been allegedly being destroyed by najib's leadership? Please bear in mind najib and umno members.......if sarawak n sabah did not provide u the numbers.....umno n bn today is an opposition in the parliament

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 7, 2014 at 4:31 PM

His belief that the days govt knows best are over tells you a lot about najib. He is CLUELESS. Better step down and give way to Anifah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 7, 2014 at 4:43 PM

Salam,
Ikut kata pembesar umno, ketua bahagian, adun umno, mp umno, ah jib gor punya aura yg kuat dan mampu melemahkan pakatan. Kekuatan presiden umno terletak pada isterinya. Semua rakyat sokong pm, yg tak sokong hanya segelintir rakyat jer, 52% jer tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 7, 2014 at 5:11 PM

Susah kalau orang tak nak dengar nasihat free daripada negarawan terhebat sepanjang zaman iaitu Tun M. Malangnya, nasihat yang berbayar jugak yang didengarnya. Masalahnya penasihat yang berbayar tu melihat negara ni macam sebuah syarikat yang memfokuskan kepada keuntungan semata-mata. Walhal, kebajikan dan keperluan rakyat jugak perlu diambil kira. Tun M pernah bikin projek mega seperti Putrajaya, KLIA, SIC, Stadium Bukit Jalil, Twin Towers dan macam-macam projek lagi yang jumlahnya berbilion ringgit. Tapi Tun M tak pernah kacau poket rakyat. Rakyat pun tak pernah terkesan dengan perbelanjaan besar negara kerana Tun pandai jaga rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 7, 2014 at 5:29 PM

Although i m a sarawakian, i do not insist the PM to be an east malaysian. We accept muhyiddin but get a deputy from sabah or sarawak....rotate between sabah and sarawak. Even if muhyiddin leaves, never give the seat to the 4 rhetorical ministers in the persons of zahidi, hishamudin, nazri n khairy. If any of these 4 is put up as PM, east malaysians will never give their support. We have east malaysian candidates to deputise.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 7, 2014 at 6:51 PM

ah jib tetap blur.. walaupun telah disinarkan cahaya terang.. sbb penngampu dan penasihat yg ramai..hingga terlindung cahaya ..

....................
Reply To This Comment ...................
madah berhelah
October 7, 2014 at 6:52 PM

1malaysia, talent corp, ilovepm, ah jib gor, no2isa, no2eo, no2seditionact.

Ns highway, klcc, sepang, dawn raid, wawasan 2020, dasar pandang ke timur, proton, dan lain2.

Buat lah perbandingan dan nampak sngt najib tu useless. Yg foul dengan dr.m ada dua je. Satu dia bg mesia kat badawi lembu dan dua proton dan industri automotif negara je. Tapi untuk najib, foul dia aku bole becerita sampai esok lusa.

Sudah la jib. Sudah terlambat. Kau memang selama lamanye akan diingat sebagai kegagalan. Kau memang tak boleh buat apa dah. Sbb kau lah nama najib dipandang hina dan sapa sebut rasa panas dan meluat. Nama rosmah pun dah kena ban sbb mcm badak sumbu 1st lady of 3rd world.

....................
Reply To This Comment ...................
October 7, 2014 at 6:52 PM

Yg makin nmpk skrg ni... BN menuju kehancuran. Aku dh muak dgn najib. Malas dh nk sokong BN. Dilema gk. Nk sokong PR..tiada jaminan lgi hak islam dan bumi. Susahh..susahhh

....................
Reply To This Comment ...................
October 7, 2014 at 9:32 PM

komen tun tentang brim ini adalah konsisten dengan pandangannya sebelum ini.mansuhkan brim dan teruskan polisi subsidi kerajaan.

rasanya ini jawapan pada kenyataan tun tempoh hari tentang pengurangan subsidi petrol 20 sen seliter yang saya rasakan bersifat sinikal...

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
October 7, 2014 at 10:54 PM

Saya rasa ramai yang tunggu belanjawan kali ni nak memihak kepada siapa. Jika masih nak curah berjuta2 pada SJK dan menguntungkan bangsa2 tak mengenang budi maka saya rasa Najib bakal bersara awal.

Kesalahan terbesar Dr M ialah melantik manusia bertopengkan syaitan iaitu Anwar tapi dah dipecat. Kemudian melantik manusia bertopengkan ulama tapi lembab iaitu Abdullah tapi dah melepaskan jawatan. Terakhir menyokong cina bertopengkan melayu iaitu Mohd Najib atau lebih dikenali sebagai Ah Jib Gor. Apa yang akan berlaku jika tiada usaha dari Ah Jib Gor sendiri mengubah dirinya kembali menjadi Mohd Najib ?

....................
Reply To This Comment ...................
UndurNajibPM
October 8, 2014 at 1:02 AM

Najib mengamalkan dasar pekak telinga dan keras kepala.. baginya nasihat konsetan dibayar itu cukup mempersonakannya dan dipercayai berbanding pandang seornag negarawan yang bangsa Jepun pun kagum.. free lagi.. Najib juga seperti kena tulah Cina kiasu selepas membuat iklan tahun baru Cina.. dgn mengetuk gendang Cina.. akhirnya dia jd seperti boneka Cina.

Isu SRJKC yang cuba diusulkan oleh perwakilan UMNO yang kini sedang dibantah keras MCA rasanya Najib akan memihak kepada MCA dan seperti biasa Najib akan beri alasan memualkan tekak kita untuk justify tindakan2 bodohnya.. sama seperti kenaikan petrol diesel, tindakan zalim 2 hari sebelum umat Islam menyambut AidilAdha. Apakah Najib akan berbuat begitu 2 hari sebelum gong xi fa chai?

Najib you are the true looser..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 8, 2014 at 7:10 AM

@Anonymous

i agree but then one has to contest the deputy president's post before being elected for he deputy premier. also he has to be supported by the delegates. this means that he has to be both popular and influential.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 8, 2014 at 7:11 AM

@Anonymous

maknanya dia tuh buta?

....................
Reply To This Comment ...................
October 8, 2014 at 3:00 PM

Setiap masa nya aku suka sangat dengar lagu Asli Melayu DT. Bukan apa, begitu halus dan mulus bahasa kita, dalam apa jua luahan boleh di hayati Ajaran, Teguran dan Pesanan agar kita sentiasa menyanjung penuh Adab dan Tamaddun kehadhiran bangsa kita yang terukir di indah dalam kesenian.

Mengubah nasib Melayu TANPA JEMU. Kerana apa ? Wujud nya karakter si kitol dan si mandaliar. Wujud nya sakit hati dan fitnah. Wujud rendah diri yang melampaui batas ( inferiority complex ). Wujud nya karakter melawan Ketua, Pemimpin, Guru, Ulamak tersohor dan seumpama nya.

Paling penting MENGHAPUS AGENDA TERSIRAT YANG MEMBANTUTKAN KEBANGKITAN DAN PERMERKASAAN MELAYU DARI DULU SEHINGGA SEKARANG YANG AMAT KONSISTEN, MENAKLUK SEGALA MUNGKIN KELEMAHAN MELAYU UNTUK MUDAH DI PERGUNAKAN ! ITU KENAPA MELAYU TIDAK MENCAPAI TAHAP MAKSIMA DALAM EKONOMI DAN SUKAN.

Aku suka sangat Lagu Melayu : LAKSAMANA RAJA DI LAUT.

RTM dan Saluran Media yang lain TIDAK LAGI terkesan BERPERANAN. Sebenar nya amat jauh terkebelakang dan segi inovasi, penciptaan ide kreatif dan komunikasi demi pembangunan Ummah Melayu dan rakyat Malaysia lain nya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 8, 2014 at 3:48 PM

East malaysians are reasonable people. The two states have to agree with an individual...not selected by UMNO/BN peninsular. A sarawakian or a sabahan, a man the state chooses. Rotate them with no intervention from BN at federal level. Remember without BN from east malaysian states, umno/bn peninsular is helpless..... remember that najib and umno members in malaya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 8, 2014 at 6:18 PM

Rakyat telah memilih masa PRU 14.Maka PM telahpun di lantik.Seperti biasa,sistem organisasi berteraskan kemaufakatan parti2 kompenan Bn menjadi satu amalan.Maka wujudlan sistem kuasa pembuat keputusan dari usul telah di bincang dr MT parti kompenan sehingga Presiden BN, utk membuat dan memutuskan keputusan yang muktamad utk rakyat dan negara.Maka,mengapa ada wujud presepsi skala besar yang sebegini.Rakyat beri undi,kenapa pula rakyat di jadikan tempat utk mengadu domba.Ini tidak adil.Adakah sistem ketua umum itu, lebih baik dari Presiden Bn?.

....................
Reply To This Comment ...................
October 8, 2014 at 6:23 PM

PAS tolonglah keluar dari PR. Buleh aku undi hangpa!! Tak larat tengok dah Najib buat lagu ni kat melayu..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 8, 2014 at 6:26 PM

Sepatutnya,comment blog paneh hanya utk ahli parti compenant yang ada ranking di peringkat cawangan dan bahagian parti.Bukan mcm,atas pagar.Barulah bakat2 politk dpt di cungkil.Mereka ada silent people,sepatutnya mereka lebih ke hadapan dr org tak de parti.

Post a Comment