........... Sekolah Cina DiJamin Perlembagaan - Adakah Najib Tipu Orang Cina ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Sekolah Cina DiJamin Perlembagaan - Adakah Najib Tipu Orang Cina ?

Wednesday, October 15, 201412comments

Twit Bernama

Saya nak sentuh mengenai isu sekolah cina lagi malam ni sebab ada satu perkara penting yang ingin saya kongsikan.

Isu adalah mengenai ucapan Najib di AGM MCA baru ni yang ramai beranggapan Najib memperakui bahawa Sekolah Cina termaktub dan dipelihara kewujudannya oleh Perlembagaan. Paper pula menyiarkan dua versi ( KLiK )

Tajuk berita Bernama adalah seperti di atas dan ini diikut oleh Themalaymailonline dimana melaporkan Najib berkata sekolah cina ada dalam Perlembagaan sementara TMI menulis - Jangan risau tentang SJKC. Hak untuk belajar bahasa ibunda memang ada dalam perlembagaan dan undang2 negara.

Kan berbeza kedua laporan itu. Mana satu yang betul ? Persoalan yang penting adalah apakah Najib berkata kewujudan sekolah cina ada dalam Perlembagaan ?

Orang kata laporan Bernama lah yang paling tepat. Well .... kebetulan saya ada rakamkan sedutan aksi Najib itu melalui berita TV3 tengah malam dua hari lepas, cuma menunggu masa sesuai nak siarkan. Anda dengar sendiri apa kata Najib -





KLiK ke Youtube

Don't worry about SJKC.... ia sudah pun termaktub Hak belajar Bahasa Ibunda dalam Perlembagaan dan undang2..... ( yang lain saya tak berapa dengar )

Ternyata laporan TMI betul dan laporan Bernama salah !

Najib TIDAK ADA sebut pun yang sekolah cina ada dalam Perlembagaan. Tapi hadirin yang semuanya terdiri dari kaum cina hanya dengar Don't Worry SJKC dan Perlembagaan dan fikiran mereka segera terjemahkan sebagai Najib kata sekolah cina ada dalam Perlembagaan, so tak perlu risau. Tu yang bersorak sakan .....


OK .... apakah Najib tidak bersalah ? Well .... saya tetap salahkan Najib juga sebab SENGAJA membiarkan orang Cina salah faham. Jangan kata yang Najib tidak tahu apa yang bermain dalam fikiran hadirin.

Tapi Najib biarkan ..... mungkin ada yang kata mungkin sebab teruja dipuji2 oleh orang cina hingga Najib terlupa nak betulkan kedudukan sebenar apa yang beliau sebut ... well, dah dua hari berlalu dan Najib masih diamkan.

Bagaimana dengan laporan Bernama yang SALAH di atas ? Mesej twitter itu masih ada. Kenapa tidak ada pembetulan ?

Kenapa Najib biarkan kaum Cina dengan pemahaman salah mereka ? 

Saya teringat isu 10 Point Solution dan alKitab ..... SEBIJIK SAMA KES !

Selama 3 tahun Najib biarkan orang Kristian percaya yang 10 Point itu mengatasi Enakmen Syariah dan mereka bebas bawa alKitab asalkan penuhi syarat 10 Point. Hanya bila kecoh awal tahun ini baru Najib jelaskan yang ada tertulis bahawa 10 Point itu tertakluk kepada Enakmen sedia ada.

Tapi cuba tanya pihak gereja, apakah mereka faham duduk perkara waktu mula menerima 10 Point itu dulu ? Pasti tidak sebab kalau iya, kenapa mereka bermatian jadikan 10 Point itu sebagai alasan utama mereka ?


SAMAlah dengan kes Sekolah Cina ni .... bila satu hari nanti kecoh, contohnya ada hamba Allah yang bawa kes ke mahkamah, pastinya orang Cina akan gunakan laporan akhbar ( contohnya dari Bernama di atas ) bagi menguatkan hujah mereka.

Pung pang pung pang ..... last sekali orang Najib akan bawa keluar video ucapan seperti di atas ..... Nah, mana ada Najib cakap yang sekolah cina itu ada dalam Perlembagaan ? Najib cuma kata yang hak belajar bahasa ibunda yang ada dalam Perlembagaan !


Bayangkan apakah yang mungkin orang cina rasa waktu itu ? Kena kencing .......  Well ... saya tidak dapat bayangkan apa pula yang bakal berlaku selepas itu .....


Pandangan saya, adalah lebih baik orang Cina bertanya kembali dan minta Najib ulangi apakah sekolah cina dijaga oleh Perlembagaan.  YES or NO. 

Kalau Najib nak pertahankan sekolah cina sekalipun janganlah sampai menipu ( secara tak sengaja ? ) orang Cina.

Katakan yang sebenar dan kita berdebat.


Hak mengajar dan belajar bahasa ibunda tidak menjamin kewujudan sekolah cina kerana perkara itu boleh dilakukan dalam sistem sekolah kebangsaan. 

Dan konsep yang diamalkan oleh sekolah cina sekarang melanggar Perlembagaan yang mengatakan bahasa resmi yakni bahasa pengantar harus dalam Bahasa Kebangsaan. Selain dari subjek bahasa ibunda, semua subjek lain harus dalam bahasa Kebangsaan.

So simple and mudah .....

Melainkan Parlimen luluskan usul untuk masukkan sekolah cina dalam Perlembagaan .... barulah ia terjamin sebab ketika ini, klausa itu tidak ada.

Share this article :

+ comments + 12 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 15, 2014 at 7:16 AM

SJKC adalah bertentangan dengan perlembagaan. Kewujudan SJKC selama ini adalah atas dasar ehsan semata-mata. Kerajaan sebenarnya tidak perlu pun memberi sebarang peruntukan kepada sjkc kerana sjkc bolehlah dianggap sama seperti sekolah swasta yang lain.

Menukar taraf sjkc kepada sekolah bantuan kerajaan adalah menyalahi perlembagaan. Bayangkan berapa banyak SJKC yang berstatus Sekolah Kurang Murid (SKM) tapi kerajaan tak berupaya untuk menutupnya. Sekolah
SKM hanya menambahkan beban kerajaan semata-mata kerana peruntukan tetap perlu diberi setiap tahun.

Sebelum terlupa, aku nak mengingatkan bahawa Oktober adalah bulan bahasa kebangsaan. Untuk itu, wajarlah kita menobatkan bahasa melayu dalam segenap aspek kehidupan termasuklah sebagai bahasa pengantar di sekolah. Bahasa melayu sepatutnya diwajibkan sebagai bahasa pertuturan harian dan bukannya bahasa yang berasal dari negara lain. Di sini saya terpaksa memuji Presiden MCA Liow Tiong Lai kerana lebih suka bercakap dalam Bahasa Melayu dan sebutan beliau adalah fasih dan tanpa pelat.

Orang cina ni faham ke tak atau buat-buat tak faham. Mempelajari bahasa mandarin dan mempertahankan adat budaya cina tidak semestinya memerlukan satu sekolah khas untuk melaksanakannya. Kat sekolah kebangsaan pun boleh diwujudkan kelas khas yang tenaga pengajarnya adalah seorang cina. Apa yang susahnya ? Ni mesti ada agenda lain selain daripada mengajar bahasa cina dan adat budaya cina. Inilah punca utama kenapa sejak akhir-akhir ini orang cina dah semakin berani menjolok sarang tebuan. Sebelum keadaan menjadi parah, eloklah disekat barah yang kian merebak. SJKC patut dihapuskan demi merealisasikan agenda perpaduan nasional. Barulah menepati dengan slogan 1Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 15, 2014 at 8:40 AM

Don't worry about SJKC.... ia sudah pun termaktub Hak belajar Bahasa Ibunda dalam Perlembagaan dan undang2...., betul najib berkata demikian tapi najib tahukah tahap pemahaman Bahasa Kebangsaan/Melayu kepada orang yg hendak diberitahu/disampaikan ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 15, 2014 at 8:45 AM

Sebenarnya rami orang cina tak setuju dengan sekolah cina ni cuma NGO Ngo dan Persatuan orang orang tua CIna saja. Fact is Orang Muda Cina pun tak tahu tulis dna cakap mandarin .dg fasih. Lebih Baik Kerajaan buat kajian kenapa dan slowly change otak orang orang tua tersebut kearah Satu Malaysia satu bangsa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 15, 2014 at 9:24 AM

Najib blurr

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 15, 2014 at 9:33 AM

Fakta menunjuk kan, sejak merdeka, secara PURATA kaum cina tidak pernah memberi undi kepada BN lebih dari 50%!

Apakah maksudnya?

ini menunjukkan MAJORITI kaum cina tidak pernah ikhlas, bermuka-muka, mendidik anak2 mereka dan merendah memandang hina, terhadap kaum melayu dan bumiputra!

Org Patai timur (macam din turtle) mana nak faham kerana kaum cina tak ramai kat sana! pergaulan dan pemahaman orang melayu terhadap kaum cina disana terhad, ditambah pula mereka tak pernah angkat muka! tetapi belakang mung tau tak?

Bersatulah Melayu dan Bumiputra! (kerana ini merupakan jihad dan pahala) tanamkan tekad ini dihati masing2!

Kita perkasakan agama kita, bangsa kita, ekonomi kita, pelajaran anak2 kita!

Jangan lah harapkan kaum pendatang ini memberi undi kepada orang melayu dan bumiputra!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 15, 2014 at 9:48 AM

Pemimpin boleh kita tukar dan `program' kan ikut suara majoriti rakyat.

Tetapi, Maruah Agama dan Bangsa tak boleh dijual beli !

Contoh ya...

Apabila pasukan keselamatan kita polis, tentera dsb nya diserang dan ditekan oleh kaum pendatang ini (termasuk hakim cap ayam mereka)

Siapakah yang TAMPIL mempertahankan instituisi dan anggota keselamatan ini !!!

YA, orang melayu dan kaum bumiputra!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 15, 2014 at 10:29 AM

``yang kebanyakan orang tak faham ialah guna, belajar dan mengajar secara sendirian.''
Petikan dari Mantan Hakim Mahkamah Rayuan Iaitu Datuk Mohd Noor Abdullah..

PM Najib Faham tak?

``Kerajaan tidak campur dan kerajaan tidak (perlu) sediakan sekolah atau kelengkapan. Ini urusan peribadi individu tersebut"
Petikan dari Mantan Hakim Mahkamah Rayuan Iaitu Datuk Mohd Noor Abdullah..

PM Najib Faham tak?

``Sekolah persendirian, sekolah Cina, Tamil dan sekolah apa bangsa sekalipun di negara ini yang nak belajar bahasa ibundanya, buatlah, teruskanlah tapi kena tanggung sendiri."
Petikan dari Mantan Hakim Mahkamah Rayuan Iaitu Datuk Mohd Noor Abdullah..

PM Najib Faham tak?

``Dalam klausa (b), ia bukan merujuk kepada sekolah. Sekolah menggunakan istilah 'mengajar' dan 'diajar', tetapi di bawah klausa (b) istilahnya ialah 'menggunakan' dan 'mengkaji'. Sudah tentu istilah yang berbeza ini membawa maksud berlainan."
Petikan dari Mantan Hakim Mahkamah Rayuan Iaitu Datuk Mohd Noor Abdullah..

PM Najib Faham tak?

Alhamdullillah, masih ada bijak pandai yang sudi membela nasib dan kepentingan orang melayu dan bumiputra! (pahala dan jihad untuk mu!)


Untuk penjelasan lanjut dan kepada PM Najib (orang melayu tak payah baca kerana untuk kesekian lama nya telah mempercayai dan dikencing oleh Anwar Ibrahim dan cai-cainya) sila layari;

http://sensecredaccountability.blogspot.com/

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 15, 2014 at 10:51 AM

tutup je SJK, C ke T ke.sekolah kebangsaan je. takde tempat kat dunia ni yang ada SJK ni. waima Singapura sekalipun.

nak belajar bahasa cina banyak cara. boleh adakan matapelajaran kat kelas. ada kelas bahasa cina. anak buah aku sekolah tadika perpaduan je. boleh je belajar bahasa cina.
kat Universiti pun ada kursus bahasa cina. ambik je lah.

kerja bodoh semua ni. nak bodek cina. makin mengada ngada MCA dengan Gerakan. DAP toksah cerita la. MCA dengan Gerakan tak perlu buat apa pun. semua dapat sebab najib nak bodek cina. undi DAP yang dapat.

cina dapat semua benda. melayu dapat apa? PM yang mangkuk hayun.

takde ke parti cap ayam yang aku boleh undi?

parti cap Penyu pun takpe Din, janji jaga negara Malaysia, Islam DAN orang melayu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 15, 2014 at 10:59 AM

Macam bukan tuan penyu je post blog ni?.....kita semua dah tahu the end cerita sekolah vernakular ni.....!!!masakan diberi gelaran bapa vernakular.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 15, 2014 at 11:48 AM

kalau Kerajaan tak taja pun mereka,.bukannya sekolah2 ni mati atau terhapuspun sebaliknya lagi berkembang adalah kerana mereka mempunyai goloangan jutawan.hartawan,dermawan dan berbagai wan lagi yang boleh menaja sekolah2 tersebut... Yang najib sibuk nape?

....................
Reply To This Comment ...................
October 15, 2014 at 10:13 PM

Perkataan Cina, bangsa Cina, Sekolah Cina dan apa sahaja yang berbunyi Cina tidak wujud dalam Perlembagaan...

Itu fakta yg sebenarnya mengenai Perlembagaan Persekutuan..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 16, 2014 at 6:56 AM

Nampaknya hal perlembagaan malaysia pun ah jib gong al-blur pemakaiannya blur ... rosak la malaysia lagu ni kerana kita di pimpin oleh pemimpin yang blur dalam semua hal ...

Post a Comment