........... PM Najib Kena Tumpukan Pada SATU Jawatan jer ... Yang Lain2 Tu Lepaskanlah ( @ 1MDB ) | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

PM Najib Kena Tumpukan Pada SATU Jawatan jer ... Yang Lain2 Tu Lepaskanlah ( @ 1MDB )

Wednesday, October 29, 201413comments


Baru baca artikel Tuan Syed OSTB ( KLiK ) mengenai 1MDB, beliau merujuk kepada artikel blogger APANAMA ( KLiK ) yang memberi peringatan kepada PM Najib mengenai persoalan ketelusan 1MDB sebagaimana yang diluahkan oleh Tun Mahathir melalui blognya ( KLiK ) yang merujuk kepada artikel TheEdge.

Saling tolong memperingat gitu ....

TheEdge menimbulkan isu KOS PINJAMAN yang luarbiasa tinggi bagi pinjaman yang dibuat oleh 1MDB. Seperti luahan chedet -

9. Pada 1 September 2009 1 Malaysia Development Bhd (1MDB) menggegarkan industri perbankan apabila bersetuju membayar faedah 5.75% keatas hutang RM 5 billion. Hutang ini dijamin oleh Kerajaan Malaysia. Biasanya bon Kerajaan membayar hanya 4.0%. Petronas membayar 3.6% sahaja.

10. Pada tahun 2014 1MDB berhutang lagi sebanyak US Dolar 1.75 billion (RM 5.6 billion) dengan faedah sebanyak 5.99%.

11. Tetapi 1MDB cuma dapat US1.554 billion (RM4.973 billion) kerana sebanyak US196 million (RM 630 million) ditolak untuk komisyen, bayaran fees dan perbelanjaan. Ini bermakna kos pinjaman berjumlah 11.25% dari wang yang dipinjam.

 12. Pada Mac 2013, 1MDB Global Investment Ltd telah pinjam USD3.0 billion (RM 9.6 billion) dengan faedah 4.4%. Tetapi 1MDB mendapat hanya USD2.717 billion (RM8.7 billion) kerana USD283 million (RM 906 million) atau 9.44% dipotong untuk membayar komisyen, fees dan perbelanjaan.

13. Bayaran sebanyak 11.25% dan 9.44% adalah kepada Goldman Sachs, pengurus pinjaman hutang ini.

14. Sebaliknya sebuah Syarikat Equisar International Incorporated, milik Kerajaan Sarawak membayar Goldman Sachs hanya 1.25% (USD10 million) apabila mengurus pinjaman USD800 million.

Perenggan terakhir Tun agak sinikal -

18. Mungkin seluruh rencana dalam The Edge adalah fitnah untuk memburuk Kerajaan dan Perdana Menteri. Tetapi jika tidak ada audit oleh pihak bebas dan penjelasan yang munasabah, saya khuatir orang ramai akan percaya cerita dongeng The Edge.


Kalau orang biasa yang membangkitkan apa yang ditulis oleh TheEdge mungkin tak menghairankan tapi bila seorang bernama Tun Mahathir yang punya sumber maklumat dan kabel panjang pun turut mempersoalkan dakwaan itu, pastinya buat sesetengah kita tertanya2. Sesetengah jer sebab sesetengah yang lain buat tak kisah pun ... 


Saya sendiri tidak pernah tahu wujud apa yang dinamakan Kos Pinjaman yang termasuk KOMISYEN untuk mendapatkan pinjaman itu !


Yang lebih pelik ...... bukankah 1MDB merupakan sebuah dana bertujuan melabur harta lebihan negara ?

4. 1MDB ialah satu dana yang ditubuh oleh Kerajaan sebagai dana kekayaan negara (sovereign wealth fund) untuk dilabur supaya negara akan dapat hasil dari kekayaannya bagi masa depan.


5. Biasanya dana seperti ini ditubuh oleh negara pengeluar minyak yang banyak yang tidak dapat habiskan pendapatan setelah mentadbir dan membangun negara.

Kalau terpaksa buat pinjaman, maknanya 1MDB bukanlah menggunakan harta lebihan negara ! Ia dah jadi macam sebuah syarikat pelaburan biasa yang terpaksa meminjam untuk melabur cuma bezanya, jika berlaku sesuatu yang tidak diingini, rakyat Malaysia yang terpaksa menanggung hutang itu.

Jadi rakyat punya hak untuk tahu lebih lanjut akan 1MDB dan 1MDB pula punya tanggungjawab untuk beri penjelasan.

 Apanama berkata -

Please do something Datuk Seri, no one seems to know what 1MDB is all about except for the fact that it could very well spell your drastic downfall. People say that 1MDB is being used to siphon off Government funds/assets. Please stand up and tell us this is not true Datuk Seri.

We trusted you to be better than Pak Lah Datuk Seri. Jangan sapu arang ke muka kami Datuk Seri. Kami malu!

Huh ?


Tuan Syed pula berkata - ( tak sampai hati nak copy hehehe )


Inilah masalahnya bila PM Najib adalah juga Menteri Kewangan dan dia juga menjadi Bos 1MDB ..... kalau menurut SOP sebuah syarikat, salah begitu. Habis siapa yang boleh tegur kalau semua Najib yang kawal. 

Hebat / Terer sangat ke Najib dalam bidang ekonomi dan pelaburan ni sampai takde orang lain yang lebih layak nak pegang portfolio Kewangan Negara atau jadi bos syarikat pelaburan negara .... semua dia nak sapu sorang ?

Jadi PM saja cukuplah .... banyak masalah negara yang perlu Najib tangani tanpa perlu dibebani masalah lain. Lagipun, takut orang kata Najib ni tamak atau gila kuasa jer ..... hmmmmm bab duit jer lah. 


Saya teringat sebuah artikel dari blog Tan Sri Sabaruddin Chik ( yep, dia pun nak jadi blogger juga tapi setakat 2 artikel dalam bulan September jer )

Sekiranya Menteri Kewangan dipegang oleh pemimpin lain, sudah tentu Perdana Menteri boleh memantau atau menegur jika ada sesuatu kesilapan atau kelemahan yang dikesan. Begitu juga juga dalam mesyuarat kabinet, mungkin lebih ramai menteri lain yang sedia memberikan pandangan atau cadangan secara lebih terbuka.
Tetapi apabila seorang Perdana Menteri juga menjawat jawatan Menteri Kewangan, bukan saja Perdana hilang kuasa memberi teguran itu, bahkan menteri kabinet yang lain juga akan jadi lebih cenderung berdiam diri atau mengiyakan saja sesuatu perkara atau dasar yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan setiap kali mesyuarat kabinet diadakan. Mereka barangkali tidak mahu menyinggung perasaan Perdana Menteri.


Memang pernah berlaku di zaman Tun Abdul Razak dan di era Tun Mahathir di mana kedua-dua Perdana Menteri itu juga memegang jawatan Menteri Kewangan tetapi mereka memegangnya hanya untuk sementara waktu saja. Wujud keperluan dari segi menyelesaikan krisis yang menyebabkan Tun Abdul Razak dan Tun Mahathir memegang jawatan Menteri Kewangan ketika itu

Apabila krisis sudah berakhir dan untuk memastikan pengurusan ekonomi serta kewangan negara berjalan secara harmoni, Tun Abdul Razak dan Tun Mahathir akhirnya melepaskan jawatan Menteri Kewangan yang pernah dipegangnya itu untuk diambil alih oleh pemimpin yang lain pula.


Bagi Datuk Seri Najib pula, beliau sudah agak lama memegang jawatan Menteri Kewangan iaitu sejak 2009 lagi dah sudah sampai masanya melepaskannya kepada pemimpin lain pula.

KLiK untuk artikel sepenuhnya.


Saya setuju dengan saranan Tan Sri itu. Kepada PM Najib, LEPAS-LEPASKANLAH JAWATAN2 LAIN TU DAN TUMPUKAN PADA KERJA JADI PERDANA MENTERI SAJA....


Dan jangan lupa, mohon penjelasan isu 1MDB !

Share this article :

+ comments + 13 comments

....................
Reply To This Comment ...................
October 29, 2014 at 10:53 AM

Maybe PM perlu tengok barisan kabinet Presiden Jokowi...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 29, 2014 at 11:15 AM

Letak jawatan terus pilihan terbaik....!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 29, 2014 at 11:46 AM

ha. ha. ha. Tun memang cool. sambil pukul kerajaan pusat, bodek sarawak. ah jib gor tak boleh bagi alasan servis goldman sachs yang mahal sebab sarawak bayar 1.25% je, putrajaya bayar 11%, 10x ganda. mana pegi itu duit haaa .... ?

....................
Reply To This Comment ...................
October 29, 2014 at 11:50 AM

Jika PM Najib masih punya kewarasan :-

1. Selepas PAU nanti teruskan persidangan Meja Bulat berkenaan 1MDB, Khazanah Nasional dan GLC-GLC Kerajaan. Pembentangan Keberkesanan kepada strategi laut biru, penswastaan dan aktiviti separa-kerajaan

2. Membuat laporan kewangan sebenar dan jumlah hutang piutang dan hartabenda alih dan tidak alih. Perlu nya kepada pengumuman laporan kewangan dan prestasi terhadap per 1.

3. Mengendali urusan dengan lebih terkawal dan berhala tuju untuk tahun-tahun mendatang dan kesinambungan menjana dan mengganda untung terhadap sektor yang di ceburi hasil analisa per 2.

4. Mengumumkan kemajuan 1Prima dan harapan masa depan rakyat yang memerlukan tempat tinggal sendiri. Durasi masa segera berhemah dan di urus cara professional yang lebih komited.

5. Persidangan khas MARA demi kepentingan Melayu / Bumiputera dalam agenda memperkasakan setelah 50 tahun Malaysia di era permulaan pembangunan dan era pasca moden. Sudah jarang di dengar prestasi kewujudan MARA dan badan-badan berkaitan. Pemulihan semula Tanah Rizab Melayu dan memberi nilai gandaan membangunkan yan masih ada demi kepentingan nasional di tunjangi Melayu. Keperluan menggazet tanah-tanah dan harta Felda yang mesti di jauhi pengaruh politik terhadap pentadbiran dan pengurusan.

Semoga perkara-perkara ini di pandang serius oleh PM dan TPM. Tiada lagi kong kali kong dalam mengendalikan kepentingan-kepentingan menepati Perlembagaan Persekutuan dan memeperkasakan Melayu Islam di tempat teratas.

Akhir nya, membuat keputusan jika ingin bersama rakyat yang menyokong atau sebalik nya, melayan nafsu serakah pembangkang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 29, 2014 at 3:01 PM

aku setuju....lepaskan jawatan buat selama2na dan jgn berangan nak jadi pm lagi...sbb najib bukanlah pm yg bagus utk rakyat malaysia....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 29, 2014 at 3:25 PM

Tepat sekali ahjibgor patut pilih dia nak bersama siapa? Kalau tak pandang orang2 yang mengundi beliau sila letak jawatan, kita nak sokong Muhyidin Yassin jadi PM!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 29, 2014 at 6:01 PM

Letak jawatan kadar segera...ikut le pm ukraine...

....................
Reply To This Comment ...................
madah berhelah
October 29, 2014 at 6:24 PM

najib berkata bila minions dia bagitau apa kau, syed dan apanama tulis:

alaaaaaaaa boring la mat mat blog konon2 ekonomis ni. dah bagi brim pun memekak lagi ke? dah la brim stiap tahun naik itu pun tak puas hati lagi? korang bukan reti apa pun sebab tu aku jadi PM. aku jadi PM pun takde degree aku grad school of hard knocks. takpe, orang2 kampung suma bukan rajin baca blog ni suma lagi2 si syed dan blog biasa apanama tu dah la dalam english, bdk2 melayu bukan reti dan baca sngt. cuma si turtle tu je, tapi takpela buat donno je sambil melancong bila balik settel la. elok aku bagi habuan kat sekolah cina kurang2 bila aku dtg belambak pegang banner I LOVE PM. bukan mcm orang melayu dah bagi brim pun bising.

Inilah bodohnye pm kita skang ni. dah la tak hensem otak tak berapa nak ada. jib, kau tak rasa besalah ke kau rugikan duit atas komisen tu suma? aku nak ckp kau sapu ngan kawan2 kau tak sampai hati plak takut kau terguris. kau tau tak nelayan ada sesetengah dpt gaji 350 sbulan je hasil tangkapan? orang melayu kena usir dari bandar dengan cara halus. kau plak sibuk bawak mama jalan2 pastu rugikan negara melalui komisen tak masuk akal. be a man jib and f*ck off.

....................
Reply To This Comment ...................
October 29, 2014 at 6:28 PM

Awas! Najib sangat hebat di dunia antarabangsa. Lihatlah bagaiaman Najib dengan bangganya menyatakan kejayaannya (berkali-kali) mendapatkan kerusi tidaktetap PBB termasuk pada sambutan Maal Hijrah terbaru (sepatutnya Agong yang Rasmi???). Sekarang dia berada di Dubai dan sedang menerima pujian demi pujian sambil menikmati kemewahan bermalam di hotel Burj Al Arabi. Khabarnya raja-raja Arab disana selalu menghadiahkan emas permata kepada pembesar-pembesar luar! Rosmah ikut ker?

....................
Reply To This Comment ...................
Zahri
October 29, 2014 at 9:51 PM

Salam,
Najib sudah expired dan kepimpinan lemah lembik dan bodohnya akan terus merosakkan reputasi BN dan Krjn dan Malaysia. Ubat itu memang pahit.. nak hilangkan derita sakit gigi yg berterusan itu perlu dicabut gigi tersebut.. sakit dan berdarah seketika tp itulah PENAWARNYA...

sama lah analogi bg UMNO-Krjn BN.. maaf siap2.. NAJIB LAKI ROSMAH inilah punca 'GIGI SAKIT' tersebut..!! Selagi tak DICABUT 'gigi penyakit' ini selagi itulah negara dan UMNO akan terus dilanda macam2 masalah.. rakyat jadi hidup tanpa arah dan semangat yg betul seperti di zaman Tun Mahathir dulu..


Apakah kita hanya setakat mengeluh? atau biar saja? Di manakah tindakan? Bukti apa yg kita mahu lg, kegilaan NAJIB laki ROSMAH ini sudah jelas lagi nyata.

Cuba kita lihat apa benda dasar yg dibuatnya lebih bagus dr zaman dulu2 termasuk bapanya Tun Razak?

NAJIB laki ROSMAH.. dia bukan main psiko kita rakyat suruh jimat itu, jimat ini.. melalui lidah menteri2 bodohnya dan punahsehat2 munafik beliau.. termasuk menyuruh rakyat pakai jalan tidka bertol, suruh naik kenderaan awam yg tk tentu hala sistem, jgn beli ayam.. etc...

TETAPI lihatlah kemewahan yg dituai NAJIB sbg PM bersama bini ROSMAH. Di mana2 shj lawatan rasmi negara muka ROSMAH mesti ada.. berapa belanja yg dia pakai? setiap sen itu bukan haknya!

Negara ini ada Menteri ada Kementerian.. oleh itu lawatan luar negara delegasi kerajaan.. bukan BINI nya yg menyibuk.. laslt rakyat yg kena ikat perut.. naik harga petrol??

APA INI??


DI kala Pakatan Haram sdg mahu hancur, Najib meneruskan agenda tersirat yg mula meragukan!

Lepas Najib diturunkan dari jawatan 'elitnya' sbg PM sebelum PRU14 nanti siaplah TS Muhyiddin nk kena warisi hutang yag 'menggila' oleh NajibNgok nih.
Najin terus buat pekak telinga..
setelah menggila isu subsidi petrol diesel, dgn gula2 BR1M, Najib terus pekak dan mula tunjuk angkuh..

Di awal lantik sbg PM, Najib kelihatan humble dan masih ada hati utk melayan kritikan dan menerima nasihat. Tp setelah PR13, Najib sudah lupa diri.

CinaBeng yg mahu menjatuhkannya majoriti 95% pula diangkatnya.. manakala undi dr bangsa Melayu dan Bumiputra dia mula buat alas kaki.

Gila nya Najib menguruskan ekonomi.. sehingga kini apa benda yg dia buat utk kekang kos utama? melainkan bermain dgn isu subsidi.

PM yg cukup bodoh dan lembab lebih teruk dr Pak Lah..
Penyeludup yg buat jenayah tp rakyat semua dihukum!!
e
Bukan undang2 dan penguatkuasaan yg diketatkan sebaliknya sempadan negara dibiar terus lemah dan bergelumang dgn rasuah berakar umbi.. akhirnya PM Najib sudah tidak relevan lg dlm mentadbir negara.

Najib takkan dpt kekal sehinga PRU14. Desakan akar umbi semakin kuat, di kala rakyat yg meluat dn menolak pembangkang.. rakyat mahu kembali pd BN tp malang.. Najib merupakan penghalang.

Najib merupakan pelaksana agenda LIBERAL dr dlm kerajaan, dan juga penyokong tegar vernakular..

Apa lagi kita nk tunggu? Jgn biar UMNO rosak..krn pemimpin rosak.. spt PAS dan PKR rosak.. UMNO akan kekal relevan.. pemimpin yg korup dan tidak mengikut prinsip akan disingkirkan.

UNDURKAN NAJIB secara terhormat SEGERA utk selamatkan Krjn. Itu sahaj OPTION yang kita ADA utk selamatkan keadaan negara.

Fikirkanlah zaman apakah dan siapakah yg begitu banyak penghinaan pd Islam dan bangsa berlaku? Zaman Najib, anjing pun sudah 'halal'.. Najib kesah? Kalau tulen sifatnya sebagai pemimpin Melayu Islam takkan berlaku hal ini.. tp itulah Najib.. sama shj lakonannya seperti Anwar Ketum- MUNAFIK!

Maaf. Wallahualam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 29, 2014 at 10:30 PM

Salam,
Saya tak nampak ah jib gor akan jawab isu 1mdb setelah dijawab secara bertulis oleh konsultan di parlimen. Pinjam 5 billion jer yg kerajaan jamin dan harta berlambak lebih 40 billion. Ok tu nak bayar hutang. Srmua blogger umno puas hati dgn jawapan tu. Tun da ostb jer yg tak puas hati dan nak jawapan lebih lagi. Maklumat selepas dijawab dan persoalan lain tak boleh nak tanya sebab tak ada maklumat dan cetek ilmu. Kita dok harap kat org yg celik minda dan mempunyai maklumat utk bertanya. Rasanya 1mdb ni ah jib gor tak akan jawab secara lisan kerana ini afalah hasik fikiran konsultan. Kalu brim ah jib gor jawab pasal dia punya idea.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 30, 2014 at 6:01 AM

Kita gamekan najib ikut kuasa undang2 sedia ada iaitu Perlembagaan Persekutuan. Adakah penubuhan Pemandu dan perlantikan konsultan oleh najib itu selaras dengan Perlembagaan? Seterusnya, adakah kuasa PM dan Menteri Kewangan itu membenarkan beliau menubuhkan 1MDB?

Malah Brim itu adakah ianya sah disisi undang2 dan Perlembagaan dan melalui peruntukan undang2 mana dan apa yang bagi kausa utk beliau buat keputusan seperti itu?

Kita ikut kuasa undang2 dan kita bicara kepada najib dengan bahasa undang2. Kita serius dan sangat serius terhadap perkara ini. Kita sampaikan mesej ini dengan serius dan tegas lagi matang dan sangat professional bila berdepan dgn beliau mengenai perkara ini.

Kita bercakap dengan najib bukan dengan bahasa PAU Umno tetapi kita bercakap dengan Najib seperti warganegara yang fasih dan patuh dengan peruntukan undang2 negara iaitu Perlembagaan Persekutuan.

Tengok apa Najib nak jawab.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
October 31, 2014 at 9:17 PM

Ah Jib Gor cuma nak jadi "mandur" sahaja dalam kementerian kewangan sebab buruh2 mahal CONsultants beliau yang buat kerja. Menteri2 beliau semua hanya jadi ketua sorak (cheerleader).

Saya harap PAU nanti adalah sesiapa yang berani beritahu Najib yang kerja sebagai PM bukan kerja untuk memansuhkan semua yang ada. Kementerian Pembangunan Usahawan perlu diwujudkan kembali.

Post a Comment