........... Pendatang Dan Penduduk Asal Tanah Melayu | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Pendatang Dan Penduduk Asal Tanah Melayu

Saturday, October 25, 20148comments

Artikel yang bagus adalah artikel yang mampu buat kita berfikir bukan saja setakat bersetuju atau membantah apa yang ditulis tapi mampu membuka kotak minda untuk percambahan idea lain. Dan jika dikongsi bersama akan terhasillah hujah2 mantap yang satu ketika dulu tidak pernah terfikir.

3-4 tahun lepas bila puak2 cina kiasu melontarkan dakwaan konon orang Melayu juga adalah pendatang, sama seperti datuk nenek mereka yang datang melalui tongkang demi mencari rezeki di bumi bertuah ini, tidak ramai yang mampu menjawap. Yang mampu dijawap adalah, orang Melayu lebih lama, lebih dahulu tinggal di sini.

Ramai yang terjerat dengan dakwaan sebegitu kerana terikut pemikiran cetek mereka yang menghadkan takrif tanah asal sebagai merujuk kepada negara Malaysia saja. Mereka jadikan contoh orang Melayu yang juga boleh dianggap sebagai pendatang kerana ramai yang asalnya dari orang2 yang berhijrah dari kepulauan Indonesia.

Kini hasil dari perkongsian idea dan ilmu, ramai di antara kita yang dengan penuh yakin sudah mampu menangkis tohmahan cina2 kiasu itu. Jawapannya adalah TANAH MELAYU.


Orang Melayu yang berhijrah dari kawasan tadi, kita gunakan istilah sebagai perantau. Sebabnya, bila kita sebut Tanah Melayu, Tanah Melayu bukan merujuk kepada Malaysia sahaja. Tanah Melayu merupakan satu wilayah yang cukup luas.

Sekiranya kita melihat utaranya itu bermula dari Champa yang sekarang ini dikenali sebagai Vietnam, terus turun sampai ke Ayutthaya, Langkasuka yang sekarang ini dah jadi Thailand, terus sampai ke negara kita, sampai ke Singapura, turun lagi sampai ke Kepulauan Riau Lingga. Kemudian di sebelah baratnya, Sumatera keseluruhannya, turun lagi ke bawah Kepulauan Jawa, kemudian naik semula ke atas Kepulauan Sulawesi, Borneo dan Filipina.

Jadi itu merupakan rantau yang dipanggil sebagai rantau Melayu. Kenapa dipanggil rantau Melayu? Kerana mereka bertutur dalam bahasa Melayu dan mereka mengamalkan adat istiadat dan budaya Melayu secara saksama. Kalau kita lihat orang di Borneo, di Filipina, Maguindanao, Luzon dan sebagainya. Begitu juga jika di Sumatera, Jawa, mereka menggunakan nama-nama Melayu, bertutur dalam bahasa Melayu. Jadi itu dipanggilnya rantau Melayu. Rantau Melayu ini adalah rantau yang mana orang berpindah dari satu lokasi ke satu lokasi. Ia tidak dipanggil sebagai pendatang. Ia dipanggil sebagai perantau. Istilah itu lebih tepat.

Satu lagi perkataan yang boleh kita gunakan adalah SERUMPUN. 

Apakah orang cina dahulukala yang berpindah dari wilayah utara ke wilayah selatan negara China dipanggil sebagai pendatang ? Tidakkan.... sebab pergerakan mereka masih dalam lingkungan wilayah yang sama, di mana budaya dan adat yang hampir sama diamalkan, begitu juga keadaan fizikal antara keduanya yang tidak banyak bezanya ( DNA ). mereka cuma merantau dalam wilayah China yang besar.

Begitu juga orang2 Melayu kita dahulu yang merantau dalam WILAYAH MELAYU yang luas. Sebelum wilayah yang luas ini dipecah2kan mengikut sempadan kuasa oleh kuasa2 besar barat yang datang menceroboh, kesemuanya dikenali sebagai Tanah Melayu atau Kepulauan Melayu.

Adakah cina kiasu seperti Tan Lai Soon mahu mendakwa yang mereka juga SERUMPUN dengan orang Melayu ?

Sila baca artikel menarik oleh Ustaz Fauzi dari ISMA - KLiK.


Orang2 Cina adalah rakyat negara ini tapi mereka tidak boleh mendakwa mereka adalah penduduk asal Tanah Melayu. Mereka bukan Bumiputera.

Ini adalah kenyataan yang tidak boleh diubah oleh sesiapa pun. Tidak ada program Transformasi yang boleh ubah hakikat itu.

Makanya rakyat yang bukannya berasal dari Tanah Melayu harus faham apa itu Kontrak Sosial. Ia adalah satu perjanjian antara penduduk asal dengan golongan pendatang yang berhasrat menjadi rakyat negara ini dan ia terikat sampai bila2 .... selagi ada bulan dan bintang !

Selagi rakyat asal pendatang tidak mahu faham, hormat dan mempraktiskan apa yang dipersetujui dalam Kontrak Sosial ( yakni masih kekal dengan mentaliti pendatang ), selagi itulah stigma pendatang itu melekat pada diri mereka.

Tidak perlu dipertikai kenapa masih ramai yang menggunakan istilah pendatang jika ada rakyat yang masih mempunyai mentaliti pendatang.

Share this article :

+ comments + 8 comments

....................
Reply To This Comment ...................
October 25, 2014 at 8:20 PM

* "Ini adalah kenyataan yang tidak boleh diubah oleh sesiapa pun. Tidak ada program Transformasi yang boleh ubah hakikat itu"

* "Makanya rakyat yang bukannya berasal dari Tanah Melayu harus faham apa itu Kontrak Sosial. Ia adalah satu perjanjian antara penduduk asal dengan golongan pendatang yang berhasrat menjadi rakyat negara ini dan ia terikat sampai bila2 .... selagi ada bulan dan bintang !"

He..he.. DT Kenyataan ini macam dari mulut no1 dan no 2 jer.... benar pun !

Seramai 604 pelatih PLKN tidak boleh berbahasa kebangsaan (B.Melayu) dan bertambah pelik lulus SPM ! WoW ! Kata husin lempoyang...

Sekarang ada oktoberfest, doggie-doggie, haloween, good friday(sudah biasa di Sarawak mungkin kelak di M'sia Barat) dan bulan Dec. gerenti Festival Krismas seluruh Malaysia ! Bukan nak kata, tapi apa saja - dah tidak kuasa menegur !

Kisah pendatang nilai lah sendiri. Anak-anak Melayu bakal di racun minda, mereka juga pendatang seperti 604 peserta PLKN yang di ajar 'menongkat arus' dan berapa ratus ribu lagi di luar sana !

....................
Reply To This Comment ...................
October 25, 2014 at 8:52 PM

Mereka cina boleh menjadi org melayu jika mereka menganut agama islam, mengamalkan budaya org melayu. Lebih baik lagi jika kahwin org melayu.

Kereta proton tu ibarat org jepun pakai baju melayu. Nama jepunnya matsubishi dan setelah pakai baju melayu dinamakan proton.

Tidak jadi hal.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 25, 2014 at 9:03 PM

Kononnya lahir di Malaysia..tapi cakap bahasa kebangsaan pun tak tahu? Tolong siasat latar belakang mereka dan latar belakang ibu bapa mereka. mereka itu mungkin antara pelancong2 china yg "hilang" selepas memasuki negara dgn voa..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 25, 2014 at 10:58 PM

nak hilangkan perasaan pendatang senang je .. robohkan sekolah cina. selagi ada sekolah cina selagi itulah anda pendatang

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 26, 2014 at 8:31 AM

Kedatangan kaum cina dan India ke Tanah Melayu adalah selepas Tanah Melayu ditadbir sebagai sebuah negara. Maka kedatangan rakyat dari luar ke dalam sesebuah negara yang telah mempunyaI sistem lengkap, pemerintah, undang2 adalah boleh dia gap sebagai pendatang .
Bg

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 26, 2014 at 9:33 AM

Utk jd seorang Malysia x susah. X prlu msok Islam. X prlu jd melayu. Cukuplah menghormati kontrak sosial dan prlembangaan malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 26, 2014 at 9:48 AM

Itu cina han thu ah .. sudah jadi melayu selepas tukar namanya kepada hang tuah ... dia aaa sedara sama han li poo ... itu han li poo talak jadi melayu kerana talak tukar namanya kepada hang lipur ...
Itu najib aaaa sudah jadi cina aaa ... sebab lia aaa ada ciakap sekolah jenis kebangsaan cina ada jamin dalam pelembagaan ... dan lia sudah tukar namanya kepada AH JIB GONG blur ...

....................
Reply To This Comment ...................
October 26, 2014 at 12:02 PM

puak hokkien panggil melayu 'huanna' yg ertinya 'native'. ini membuktikan 1. melayu bukan pendatang. (depa sendiri yg sebut) 2. depa tidak akan & tidak mahu 'assimilate' kerana depa pegang kuasa ekonomi & kuasa politik dah bertambah. jadi huanna jangan dok buat pening. tak minum arak pun boleh mabok.

Post a Comment