........... Oktoberfest Melaka - KM Melaka Nafi Beri Kelulusan ... Pulak.. | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Oktoberfest Melaka - KM Melaka Nafi Beri Kelulusan ... Pulak..

Monday, October 13, 20147comments

Di bawah adalah kenyataan dari Pejabat Ketua Menteri Melaka yang ditandatangani oleh KM berkaitan isu Oktoberfest Melaka -



Saya tumpu pada dua poin -

1. Kerajaan Negeri Melaka tidak pernah meluluskan mana-mana penganjuran syarikat swasta atau NGO untuk menjayakan program yang bertentangan dengan syariah.... dalam konteks ini, Pesta Oktoberfest.

4. Sehingga kini tiada permohonan penganjuran Oktoberfest 2014 yang dipohon kepada kerajaan negeri atau melalui PBT.


Kenyataan di atas amat bertentangan sekali dengan laporan media yang banyak disebar dua hari lepas -




 Begitu juga laporan Mymetro yang disiarkan pada 11/10 ini -


Tapi kan, bila dibandingkan info yang ada, keduanya memang OK dari segi teknikal. Sebab ikut paper, yang jadi penganjur adalah MOTAC dan Kerajaan Negeri dan keduanya bukan swasta atau NGO.... kan ?

Whatever lah ..... malas sebenarnya nak menuding jari cari siapa yang salah. 

Paling senang adalah pihak kerajaan Melaka menafikan terlibat dalam pesta itu dan beri amaran akan bertindak ke atas mana2 pihak yang didapati menganjurkan pesta Oktoberfest di negeri Melaka ( menghalang acara / menyita barang / menangkap pesalah )

Pihak MOTAC juga keluarkan kenyataan menafikan ada terlibat dalam penganjuran Oktoberfest Melaka itu.

Kemudian kita sama2 tunggu 18 hb ......

Share this article :

+ comments + 7 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2014 at 8:46 PM

Hah! Hah! Hah! KPI Tahun Melawat Malaysia 2014 tu; nak tarik seberapa ramai pelancong datang. Sekarang dah tengah Oktober dan tak lama lagi habis tahun 2014. Macam mana lagi nak tarik pelancong? Acara maksiat la yang ramai orang suka dan keluar banyak duit.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 13, 2014 at 10:08 PM

As salam.
Baca surat kelulusan acara. Tajuk pesta nyanyian oleh 5 artis german..pesta octoberfest. Yg lulus pun ingat pesta nyanyi je. Pak idris ulas pun terlepas cakap.
Yuyu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2014 at 12:26 AM

Kalau betul kedua-dua akhbar itu menyiarkan berita palsu, sila Kerajaan Negeri Melaka ambil tindakan undang-undang saman kedua-dua akhbar itu, baru saya percaya yang kerajaan Melaka tak terlibat dengan Oktoberfest itu. Selagi tiada tindakan tegas, sukar saya nak percaya kerana sekadar tulis surat, budak darjah 6 pun boleh.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2014 at 12:36 AM

kalau betul pun apalah salahnya. bukan kah itu sebagai cara berterima kasih kepada kaum cina yang telah banyak berjasa kepada negara dan telah pun menyumbang banyak kepada perpaduan negara. kalau dihalang takut pulak nanti mereka tak undi barisan. ikutkanlah saja kerana apa yang mereka buat semuanyakan betul. najib mesti setuju supaya agenda nih diadakan disetiap negeri. bolehlah nanti kerajaan sediakan peruntukan untuk tahun tahun mendatang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2014 at 12:37 AM

@Anonymous

tak apa sebab nama saja pemimpin, semua yang keluar dari mulut mereka adalah yang benar. kita kena sokong tak kiralah kalau melanggari syariat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2014 at 12:40 AM

@Anonymous

tersangat betul kata kamu tuh. cara apa lagi nak tarik pelancung? takkan pulak nak dihidangkan dengan dondang sayang atau joget lambak. zaman sekarang nih kena ikut kehendak cina dan kalau makan babi sekalipun, jangan sangkal. agama dah tak penting, apa lagi sensitiviti orang melayu. apa dia kesah!!!

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
October 15, 2014 at 12:15 AM

1) Kalau setakat nak buat pesta arak pelancong tak hairanlah. Baik mereka semua pergi England. Di situlah tempat pengeluar arak terbesar di dunia.

2) Sama juga bila mana pelancong datang sini kerana nak tengok budaya setempat, budaya melayu, orang asli, kadazan, iban, murut, bajau dll. Bukan nak tengok tarian naga atau kipas, bhangra atau bharata natyam sebab kalau nak mereka boleh pergi China atau India.

3) Jadi, strategi promosi pesta arak tu bukan saja salah di sisi agama tetapi tidak menepati sasaran. Maka promosi sebegini dianggap gagal.

Post a Comment