........... Najib @ Umno Hanya Akan Ubah Setelah Jadi Pembangkang ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Najib @ Umno Hanya Akan Ubah Setelah Jadi Pembangkang !

Thursday, October 9, 201429comments



13. Dengan pencapaian yang buruk ini sepatutnya dikaji semula dasar dan amalan yang jelas tidak baik. Tetapi tidak. Pendekatan diteruskan. Teguran diterima tetapi tidak menukar apa-apa.


Ayat di atas adalah dari artikel Chedet baru ni dan ia masih bermain difikiran kerana ia seperti tergantung.

So .... what's next ?  Bila teguran tidak menukar apapun seperti mencurah air di daun keladi yang langsung tidak meninggalkan bekas atau seperti masuk telinga kanan terus keluar telinga kiri sebab tidak ada apa2 di antaranya, apakah langkah seterusnya ?

Bab itu Tun Mahathir tidak berikan apa2 maklumat. Mungkin Tun sekadar meluahkan kehampaan dan memilih untuk pasrah menerima apajua nasib yang bakal menimpa Umno kelak ......

Tun bercakap tentang mengubah apa yang Najib cuba ubah, dengan kata lain perubahan yang dibawa oleh Najib - tak boleh pakai.

Buktinya prestasi BN dibawah Najib lebih teruk berbanding PakLah. Dan orang Melayu makin terhimpit ....dan Umno semakin lemah .....dan 


Ooooops .... Cop ! Cop ! Yang lain tu ok tapi bab Umno semakin lemah tu ... itu tidak benar !

Agaknya begitulah reaksi pemimpin2 Umno bila berbicara tentang keresahan orang Melayu. Sebab itulah nasihat dan teguran waima dari seorang negarawan yang dihormati satu dunia pun boleh di tolak mentah2 oleh Najib.

Sebab Raja Bogel masih perasan tubuhnya dilitupi pakaian yang indah lip lap lip lap sedangkan rakyat mentertawakan beliau.

Semalam saya berkesempatan meluangkan masa bersama seorang tokoh wartawan veteran yang namanya sering dikeji oleh blogger Umno setiap kali beliau menulis artikel mengkritik Najib. Bukan apa yang ditulis yang dikritik tapi sentiasa peribadinya yang jadi sasaran. Siapa lagi kalau bukan Datuk Kadir Jasin.

Banyak yang dibincangkan ...... cuma satu perkara yang kuat melekat di fikiran kerana ia boleh dikaitkan dengan ayat Tun Mahathir di atas. Perlu diingatkan yang perkara ini sekadar perbincangan saja, terserah anda mahu terima atau tidak. 

Antara senario yang dibincangkan adalah - Jika Najib ( maknanya Umno la ) tidak mahu berubah maka hanya satu perkara saja yang mampu ubah Najib ( Umno ) iaitu bila Umno kalah pilihanraya dan jadi pembangkang !

Kita tak rela situasi itu berlaku tapi apakan daya kalau itu situasi yang mahu ditempah oleh Najib dek kedegilannya .... dan disokong oleh ahli2 Umno yang berpuluh juta itu.

Kita disaran supaya bersatu kerana ancaman datang dari pelbagai sudut, Melayu lemah bla bla bla maka bersatulah dan sokonglah Najib, kata pemimpin2 Umno ....

Umno tak bersalah, Najib pun tak bersalah .... tapi kenapa Umno lemah ? 

Ooooops.... Cop! Cop! Umno tak lemah ok... Melayu je lemah tapi Umno semakin kuat !


Nak kata apa lagi .....

Share this article :

+ comments + 29 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 9, 2014 at 2:34 PM

Skrg UMNO dah jd parti utk mereka yg bangsat...dlm segi mentekedarah duit...rasuah dan sewaktu dgn nya...bkn lg utk perjuangan utk orang Melayu dari presiden sampai la ke perwakilan...jg ahli2 nya. Klu bercakap dgn ahli2 nya pun xder kesah lain...semua nya pasal duit... so kita yg tidak ahli yg skdr penyokong... apa lg yg bleh kita lakukn... last last meluat sgt tk kuar mengundi la... baru pdn muka kita org Melayu...tk gitu Din

AKU PENYOKONG YG SDH MELUAT DGN PERANGAI ORG2 DALAM UMNO

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 9, 2014 at 2:50 PM

sebenarnya kita dlm keadaan sama ada mati atau hidup next pru.

sekiranya pembangkang menang byk yg mereka akan ubah kita tidak akan dpt peluang utk menang langusng. sekiranya berlaku 13 mei pn singapura sudah pasti akan campur tgn.

walaupn semua ini masih speculation tp perhatikan dan teliti. seperti pulau pinang hanya jatuh sekali kita tidak pernah mendpt semula. perhatikan singapura. pn begitu.

sekiranya mereka berkuasa, mereka akan pastikan segalanya akan memihak mereka.

maka jgn harap lah kita akan menang semula. jadi sama ada kita hidup atau mati. sebab itu keadaan kita nazak. kita ade lebih kurang 3 tahun tp apa yg kita lakukan. akhirnya hanya membiarkan umno tanpa mewujudkan alternative lain.

sudah berkali diingatkan melayu seperti kita mmg selalu begini mula2 bising lepas tu dh lama sikit senyap. jadi balik kita bising balik, lepas tu senyap lagi. kalau mcm tu pejam celik dh tiga maka kita sama ada mati atau hidup.

peluang sudah ada masa masih ada, tp tiada siapa yg cuba berfikir lebih jauh dr hanya umno.

besarnya harga parti bernama umno sehingga kita mengadaikan segala2nya. jangan hanya pembangkang kita pn sama. menang sorak mengangkat keris, kampung negara bangsa habis tergadai. sama2 kita bersorak tempik pau kelak. kita hanya tin kosong.


melayu hampa.

....................
Reply To This Comment ...................
October 9, 2014 at 3:03 PM

Saya pernan menghantar surat kepada Tun Mahathir dan dalam masa yang sama turut menghantar surat kepada Ku Nan.. Pejabat Tun membalas surat saya dalam tempoh seminggu dan Ku Nan sehingga sekarang tiada balasan.. Adakah Pejabat Menteri terlalu sibuk untuk membalas surat rakyat? Tunggulah sehingga rakyat terlalu sibuk untuk keluar mengundi BN.. Dalam situasi ini menunjukkan UMNO semakin lemah untuk mengambil tahu hal rakyat.. Semasa pentadbiran TM, subsidi dikekalkan dan pembangunan sangat rancak tanpa membebankan rakyat.. Setiap beberapa tahun sekali jalan di Kuala Lumpur di turap baru.. Selepas pentabiran TM tiada projek penurapan jalan di KL kecuali menampal lubang2 sedia ada.. Itu pun ada yang tertinggal.. Kutipan cukai semakin tinggi, pembangunan semakin kurang, subsidi semakin di kurangkan dan tiada satu pendekatan kerajaan untuk meningkatkan mutu kehidupan rakyat dan tiada pelan strategik dibentangkan oleh UMNO untuk pembangunan bangsa Melayu tidak kira di peringkat pusat lagilah di peringkat bahagian.. Jadi di mana kekuatan orang Melayu sekarang? Politik atau ekonomi atau pentadbiran awam? Semuanya lemah dan Melayu akan ditindas mulai dari sekarang dan percayalah anak cucu orang Melayu tidak akan ada masa depan jika orang Melayu semakin malas dan tamak..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 9, 2014 at 3:17 PM

Zaman TDM, kena gawat, beliau cari cara non-konvensional utk tambah duit Negara, bukan dgn juah asset Negara (Tanah gomen etc). Tak percaya, tanyalah TDM..

....................
Reply To This Comment ...................
October 9, 2014 at 4:59 PM

Dinturtle

1. Sdr Dinturtle, terima kasih kerana sudi berjumpa saya semalam dan membawa bersama kawan-kawan yang sedia bertukar-tukar fikiran dan berbeza pendapat.

2. Kumpulan yang sdra bawa berjumpa saya semalam jauh lebih muda daripada saya. Jadi perspektif yang saya berikan lebih luas berdasarkan pengalaman saya yang agak lama dalam dunia kewartawanan.

3. Kesimpulan yang Umno akan berubah hanya apabila kalah dan jadi pembangkang adalah berdasarkan pengalaman saya membuat liputan mengenai parti Liberal Democratic Party (LDP), Jepun beberapa tahun sebelum ia ditumbangkan sebagai parti induk Jepun. Saya menemu ramah reformis parti itu, Tsutomu Hata.

4. Kerana tugasnya mereformasi LDP, beliau tidak disukai dan apabila menjadi Perdana Menteri beliau hanya bertahan beberapa bulan saja.

6. Kemudian saya membuat kajian mengenai Parti Kongres India setelah ia kalah pilihan raya dan menjadi pembangkang. Dua kali saya berjumpa Dr Manmohan Singh di New Delhi. Sekali masa beliau di luar kerajaan dan sekali lagi ketika beliau menjadi menteri kewangan.

7. Saya juga membaca mengenai parti nasionalis China, Kuomintang, yang melarikan diri ke Taiwan setelah kalah kepada Parti Komunis di tanah besar China. Ia memerintah Taiwan dengan cengkaman kuku besi, menjadi sombong dan korup. Akhirnya ditewaskan.

8. Ketiga-tiga buah parti itu berubah hanya setelah tewas. Mereka membuat transformasi dan kembali berkuasa. Tetapi cengkaman mereka ke atas politik nasional tidak sekuat dulu lagi. Kongres dan sekutunya baru saja kalah dalam PRU India baru-baru ini.

9. Berkenaan rakan-rakan blogger Umno atau yang diberi gajian oleh pihak-pihak tertentu membelasah saya secara peribadi, itu perkara biasalah. Bila tidak mampu mematahkan khabar, gasak sajalah pembawa khabar.

10. Saya tidak mahu apa-apa lagi selain kesejahteraan untuk rakyat jelata, anak cucu dan saudara mara saya. Sejak meninggalkan NSTP pada tahun 2000, saya tidak mahu apa-apa lagi macam saya ceritakan kepada saudara. Saya hanya mahu menjadi penulis bebas.

Terima kasih.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 9, 2014 at 5:06 PM

salam,
blogger umno memang tak masuk dah blog bro ni. tunggu maklumat bro tengah lobi jawatan gaji berjuta untuk cucu, baru mereka masuk untuk kutuk dan memburukkan bro. bagi menjawab persoalan, tarak ada kerana kekuatan umno yang terletak kepada presiden, ah jib gor. kekuatannya pula pada isterinya. memang tiada yang sanggup menentang presiden umno. pengkalan kubor menjadi bukti bahawa orang melayu menyanjung tinggi presiden umno dan kebolehan pemandu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 9, 2014 at 5:48 PM

Amat setuju dgn pandangan melayu hampa dan Ahmad Albab. PRU14 merupakan kemuncak dilema orang Melayu sama ada mahu mengundi BN atau mengundi PAS atau duduk dalam rumah diam2 masa hari pengundian.

Ada beberapa implikasi yang perlu kita kaji kesan daripada tindakan kita pada PRU14 nanti.

1. Undi BN= UMNO. Bermakna memberi sokongan kepada najib, secara langsung juga bersetuju dengan tindak tanduknya selepas tsunami cina. Bersetuju GST dilaksanakan, setuju subsidi dikurangkan, setuju dengan PEMANDU, setuju dengan puak liberal untuk menjahanamkan negara dan terakhir bersetuju dengan menteri ayam bahawa kita perlu bersyukur bila harga minyak naik.

2. Undi PAS= DAP. Setuju untuk meletakkan masa depan agama Islam, bangsa Melayu dan negara di tangan komunis, ultra kiasu, cauvinis, lgbt. Jika pr menang, berakhirnya kekuatan terakhir orang Melayu dalam kuasa politik negara. Bermakna agenda komunis yang digagalkan pasukan keselamatan negara satu masa dulu kini dijayakan dengan menggunakan platform parti politik.

3. Duduk rumah diam2. Berisiko kerana setiap undi amat berharga dalam pilihan raya berdasarkan majoriti mudah. Satu undi kita mungkin berjaya menyelamatkan Islam, orang Melayu dan Tanah Melayu. Persoalannya sekarang apa pilihan yang kita ada?

....................
Reply To This Comment ...................
October 9, 2014 at 6:36 PM

@A KADIR JASINTerimaKasih Dato kerana sudi melawat dan meninggalkan komen.

Ya, saya faham point Dato.... Belajar dari sejarah.

Kalau sejarah lokal dan dunia membuktikan secara konsisten apakah yang bakal berlaku kepada kerajaan yang perasan bagus dan tidak mahu mendengar nasihat, kenapa perkara sama tidak mungkin berlaku kepada Umno ?

Menariknya, kesemua kerajaan yg tumbang itu merasakan sejarah mereka lain, mereka tidak sama dengan contoh2 itu ...

Sekali lagi TerimaKasih Dato kerana meluangkan masa bersembang bersama kami :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 9, 2014 at 8:24 PM

dah dikata...tak ada pemimpin yg terlalu sayangkan negara bangsa dab agama selain ayahanda tm....pernah terbaca lam utusan laaaaamaaaaaaa dulu....

....................
Reply To This Comment ...................
mae
October 9, 2014 at 8:42 PM

Tak silap sy, Anwar dan Najib punya cara berfikir yg hampir sama. Mereka bukankah berkawan ? Tak mustahil Najib akan beri peluang Anwar jadi PM melalui sengaja buat BN kalah. NAjib tahu tak mungkin dia akan terus jadi PM walaupun BN menang lagi. Rakyat sudah tahu cara dan arah tindak tanduk beliau.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 9, 2014 at 8:46 PM

Salam,

Terimakasih pd Para Blogger nyang memberi kesedaran dan penjelasan panjang lebar sesuatu isu. Kita tentang dasar Rasionalisasi Subsidi dan penjelmaan BRIM dan berbagai program sampingan 1M ini krn punahsihat merombak dasar secara drastik dan memperkenalkan dasar lain tanpa ada kajian mendalam sebelum sesuatu dasar dibuat, ianya untuk pencapain jangka pendek. Kurangkan Subsidi dan Beri Subsidi dalam bentuk lain? Penghapusan Subsidi secara perlahan, Penghapusan Ordinan Darurat, Akta ISA dan cubaan mengubah Akta Hasutan diantaranya langkah2 yg dinasihatkan kepada Najib, dipersetujui oleh para jemaah menteri , budaya ikut saja karam, nanti karamlah bersama.

Sebenarnya apakah subsidi Minyak ini wujud, atau hanya pd istilah? Pengurangan Subsidi bermakna Petronas akan “membayar lebih banyak Royalti pd Kerajaan”. Jadi bila masa Kerajaan Bayar untuk beri subsidi nie? Uhh Oooh Dulu Che Det berhutang untuk buat Petronas, tapi dah berapa lama,mesti dah habis bayar, lagipon sepatutnya Kerajaan mendapat keuntungan dgn kewujudan Petronas dan dlm masa sama Rakyatlah yang sepatutnya menikmati hasilnya.

Kewujudan 1MDB timbulkan perbagai tanda tanya, apakah dengan GLC yang sedia ada tak cukup utk menjalankan rencana dan program misteri kerajaan. Hari ini.. The Sun.., melaporkan 1MDB akan menerbitkan SUKUK RM8.4B untuk membiayai Projek 3B. Apa tuu Projek 3B? Mulanya plan untuk dapatkan pembiayaan kewangan melalui "Debt Programme" yang di kepalai oleh Japan Bank for International Bank, namun ianya gagal, jadi terbit sukuk.

1MDB juga merancang untuk menyenaraikan 16 power assets dlm Jan 2015 dengan IPO sebanyak RM9.8 B. Jadi melalui Sukuk bercadang untuk membina Projek 3B dan suntikkan dana untuk IPO Jan 2015 ini untuk apa yea? Apakah semua power assets ini dicagarkan untuk kemudahan kewangan? apakah status kewangan 1MDB sebagai sebuah Sovereign Funds milik Kerajaan sedangkan ianya baru saja diperkenalkan? Dulunya ada desas desus (rujuk Blog Syedoutsidethebox) 1MDB memindahkan sejumlah wang 6 Billion ke Pulau Cayman? Untuk aper dan ianya tidak diperjelaskan sehingga kini, malah tidak ada penafian pon jugak?

Bukankah bisness Power nie cukup menguntungkan, apa tidaknya, Kerajaan akan Naikkan Tarif – Jemaah Menteri kata lama dah tak naik, uuh oooh untuk menstabilkan kewangan negara, alasan biasa? Apakah ini Idea bernas drp pemilik power spt Jamaluddin Jarjis spt yg didedahkan oleh Pak Syedoutsidethe box suatu masa dulu?

Hai..Kemana wang hasil drp pinjaman dan IPO power milik 1MDB ini akan dibelanjakan? atau PM selepas ini akan menangung pembayaran hutang sekiranya 1MDB gagal menguruskan kewangan dengan baik? Rakyat jugalah yang sebenarnya menanggung kesannya, apa lagi yang Nak Dikurangkan nanti yea? Siapakah yang mengawal keputusan kewangan 1MDB, siapa audit dan apakah Ianya tidak perlu dibawa ke Parlimen untuk dibentangkan segala urusannya, sekiranya ianya aset milik Kerajaan?

Sekiranya berlaku penyelewengan ataupon kewangan tidak diurus dengan baik di dalam 1MDB (pemborosan), siapakah akan menangung kesannya nanti? Apakah 1MDB hanya melabur di dalam bidang power sajer? Jika sekiranya berlaku sabotaj power, dan banyak lagi segala kemungkinan bermain di kepala?

Nasib baik pihak pembangkang tidaklah bijak, jika selepas debt programme dibuat, IPO diterbitkan dan saham diapungkan, berlaku krisis power, bantahan drp pengguna didalangi oleh pembangkang menuntut tarif dikurangkan atau diturunkan, supaya KOS PENGELUARAN dapat dikurangkan dgn alasan, Harga Barangan berkemungkinan akan Turun.. Rakyat diperdaya dengan dakyah pembangkang, Kerajaan akhirnya terpaksa akur, TARIFF diturunkan, keuntungan dan daya bayar balik hutang melemah? apa akan jadi?

Saya harap saya hanya berilusi dan kejadian ini tidak akan berlaku..Tapi kenapa 1MDB tidak cuba untuk mengeluarkan poweralternatif supaya tariff lebih murah spt nuclear tech plant atau lain2 technology?
Anak Warisan Dari Ampang

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 9, 2014 at 9:49 PM

“Antara senario yang dibincangkan adalah - Jika Najib ( maknanya Umno la ) tidak mahu berubah maka hanya satu perkara saja yang mampu ubah Najib ( Umno ) iaitu bila Umno kalah pilihanraya dan jadi pembangkang !

Kita tak rela situasi itu berlaku tapi apakan daya kalau itu situasi yang mahu ditempah oleh Najib dek kedegilannya .... dan disokong oleh ahli2 Umno yang berpuluh juta itu”.

Amat sayu dihati dengan ungkapan itu. Sebelum sampai PRU akan datang, akan lebih banyak lagi kemusnahan akan berlaku. Akhirnya Melayu akan kehilangan segalanya. Islam tidak lagi menjadi anutan orang Melayu secara semulajadi. Kedaulatan negara akan tercemar. Perlembagaan akan dirobek. Melayu juga akan kehilangan identity jika bangsa digantipakai dengan Malaysia.

Bila UMNO dah jadi pembangkang selepas PRU kelak, apa lagi yang nak dibangkangkan? Melayu akan menjadi pengemis ditanahair sendiri. Ada kah orang Melayu telah bersedia menghadapi kemungkinan ianya berlaku?

Pendapat saya UMNO mesti diselamatkan kerana parti keramat inilah yang telah terbukti dapat membela nasib dan masa depan Melayu. Pemimpin yang curang dan yang mengkhianati bangsa sepatutnya dihapuskan.

Anehnya blogger UMNO telah berhempas pulas dan bersahut sahutan menggasak secara peribadi blogger lain yang sedang mencuba mecerahkan minda orang Melayu. Datuk A Kadir Jasin baru baru ini telah dihentam hebat, bukan kerana inti penulisanya, tetapi peribadi yang entahkan betul entahkan tidak. Inilah masaalahnya jika bertuan, kerana terpaksa akur dengan kehendak tuan walaupun tidak benar.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 9, 2014 at 9:51 PM

@Anonymous

kita sama sebenarnya berada disatu persimapangan. ditelan mati emak dan diluahkan mati bapak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 9, 2014 at 9:54 PM

@Anonymous

tambahan lagi, esok bila najib umumkan kenaikan br1m, ramailah yang akan kata najib bagus. segala ketidakpuasan hati pada najib akan terlupa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 9, 2014 at 10:01 PM

@Ahmad Albab

apa kah alternatif yang tinggal untuk orang macam kita? bagaimana pula caranya untuk menyelamatkan UMNO kerana aku rasa tidak wajar jika kita biarkan saja UMNO tenggelam. parti telah banyak menyumbang jasa kepada orang Melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 9, 2014 at 10:04 PM

@Anonymous

tugas siapa nak tanya tuh bang? aku kira sememangnya atau tidak wajar dibandingkan TDM dengan najib. ibarat langit dengan bumi. satu dipijak dan satu lagi dijunjung.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 9, 2014 at 10:11 PM

@dinturtle

takder gambar gambar yang dapat dikongsikan ker? Datuk A Kadir tak lokek begambar tapi aku asyi nengok gambar turtle jer.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 9, 2014 at 10:14 PM

@Anonymous

maaf bang. aku tak pikir orang Melayu sokong presiden. aku sangat yakin orang Melayu sokong parti UMNO. kalau tak caya mintak najib tubuhkan parti baru dan bertanding melawan calun UMNO. kita bertaruh siapa yang akan menang. sebelum kamu pilih siapa, biar aku cop dulu. aku pilih calun UMNO.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 9, 2014 at 10:22 PM

@Anonymous

soalan cepu mas dan soalan yang selalu bermain difiliran aku dan selalu aku kemukakannya. secara peribadi aku pilih BN sebab UMNO yang menjadi tulang belakangnya. pemimpin silih berganti, akan datan dan akan pergi. dasar setengahnya aku bantah dan tidak bermakna aku undi BN aku harus menerima segalanya. biar aku just be direct, najib semestinya diundurkan kerana dialah penyebab kepada kegusaran orang Melayu kini.

aku tidak sekali duduk diam dirumah sebab aku harap undi aku akan menyumbang kepada kemenangan BN/UMNO.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 9, 2014 at 10:27 PM

@Anonymous

amat benar dan bertepatan sekali. Tun punyai kualiti tersendiri. namum setiap kekosongan perlu diganti dan setiap yang hilang perlu dicari. kata pepatah, tidak ada rotan akar pun berguna, tapi kenalah cari akar yang baik dan bukanya akar pokok api api yang tidak mahu turun ketanah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 9, 2014 at 10:28 PM

@mae

betulah tuh: sama tapi tak serupa.

....................
Reply To This Comment ...................
October 10, 2014 at 12:40 AM

Brim dll jadi Melayu lemah, angan2,was2 dan Lalai ( leka)......

....................
Reply To This Comment ...................
October 10, 2014 at 3:07 AM

Parti berteraskan kepimpinan dan kita tiada alternatif kecuali pemimpin2 melayu pertengahan dan bawah bangkit semula mempertahankan hak orang Melayu dan menyusun semula pelan strategik pembangunan ekonomi dan politik orang Melayu.. Majlis Raja-Raja seharusnya campur tangan kerana UMNO semakin lemah untuk berjuang untuk bangsa.. Pemimpin2 bawahan dipilih dari golongan yang tidak berilmu supaya pemimpin peringkat pertengahan boleh mendominasi undi dan seterusnya memegang jawatan sehingga akhir hayat tanpa memikirkan nasib orang melayu.. Semua orang melayu kena berubah.. Tidak kira apa fahaman politik sekalipun.. Melayu tetap melayu dan Islam tetap Islam tidak kira UMNO, PAS, PKR atau DAP.. Sesiapa sekalipun mengusik hak orang Melayu seharusnya ditangani bersama.. Bukannya masing2 menikus dan mengutuk orang cina yang tidak lagi menyokong kerajaan.. Sebenarnya persoalan sekarang apa yang Melayu mahu? Bukannya apa yang cina mahu.. Kita tahu apa yang cina mahu tetapi melayu tak pernah tunjukkan apa yang Melayu mahu.. Sekarang apa yang nampak melayu mahukan perpecahan dan menyerahkan hak anak cucu kita kepada kaum lain..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 10, 2014 at 8:18 AM

Menteri berikut akan selamat jika.umno tewas ...
1. Kitol jahanam
2. Nha zhe lee
3. Puding ... akan jadi senator ... walaupun dia akan kalah lag8 dalam pru 14 nih
4. Ah Jib Gong .. akan jadi ketua pembangkang yang akan sokong semua dasar dan perkara l yang dibentangkan oleh nwar aljub..... Sekarang ni pun dasar yang dibentangkan oleh nwar aljub... diperakui dan diperbuat oleh ah jib gong ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 10, 2014 at 8:34 AM

Scenario after GE 14. Persidangan Parlimen.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim: Hari ni saya bentangkan buget 20xx. BRIM di naikkan 2 kali ganda, Minyak No susidy, Tax.. Ini lah Buget dari PR untuk Rakyat,,,
Ketua Pembangkang Ah Gib Gor: Saya bankang! ITU SEMUA PLAGRARISMA. Saya pernan berada di atas sana bentangkan budget dan budget anda akan menyusahkan rakat...
See 2 x5=5X2. Orang melayu juga lah di persalahkan. Rasist...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 10, 2014 at 8:50 AM

Sebenarnya bukti dh ada pn dpn mata. Tengok je apa dh jadi dgn UMNO Selangor dn UMNO Pulau Pinang. Adalah mereka semakin kuat dn belajar dr kekalahan teruk mereka??

Yg kita nampak mereka tak berubah apa pn.. Kesimpulan awalnya, UMNO dh tak kisah apa nk jd dgn masa dpn mereka sendiri. Yg dok dlm parti sibok nk kaut segala laba sebelum mereka bergelar pembangkang sepenuhnya..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 10, 2014 at 10:50 AM

NASIB BAIK LAH PAKATAN RAKYAT DI HUNI OLEH BANGSAT BANGSAT KALAU TAK DAH LAMA UMNO BERKUBUR...

....................
Reply To This Comment ...................
October 10, 2014 at 12:24 PM

Kita masih ada alternatif lain. Satu saja, kita boleh beri BN Umno menang tapi kita perlu berkorban satu kerusi parlimen. Dan peranan ini perlu digalas dengan sepenuh komitmen daripada pihak yang terlibat. Apa dia? Kita boleh beri umno kerusi parlimen tapi PENGUNDI PARLIMEN PEKAN perlulah membuat anjakan paradigma dengan TIDAK MENGUNDI NAJIB DALAM PRU14. Itu saja caranya kalau dah disuruh berundur pun tak nak tapi terus membuat kerosakan kepada negara. Mentaliti mereka perlu diubah, jangan utamakan keselesaan di parlimen Pekan saja tapi fikirkan kepentingan negara yang mana mereka sendiri pun akan terjejas!

Selain itu beberapa kerusi parlimen jika diwakili oleh puak perosak Umno yang liberal dan sanggup mengorbankan Melayu pun perlu dikorbankan. Pengundi perlu beri isyarat jika orang-orang berkenaan dicalonkan untuk mewakili orang Melayu, maka kerusi parlimen tersebut terpaksa 'dikorbankan' untuk mengelakkan mudarat yang lebih besar.

....................
Reply To This Comment ...................
AkuTidakPunyaApa
October 10, 2014 at 12:29 PM

Assalamualaikum & Salam Jumaat..

Bilakah kita nk bertindak? asyik bercakap di blog?

Taktahulah siapa yang boleh bangun membela nasib kita. Perkasa dulu gah bukan main, nak membela Melayu, tp bila Tok Him kalah rupanya dia pun bertopeng jugak, bukan sebab Agama Bangsa dan Negara.. org2 yg join Perkasa pun muka mcm gangster Melayu.. xde ruh . Sekurang2nya mcm ISMA ada kekuatan tapi tak menyeluruh.

Siapa yg ckp nak membela nasib Melayu at the end akan jadi perosak Melayu, bila berjumpa dengan Cina kafir laknatullah. dgn wang.. wanita.. kedudukan pemimpin2 Me,ayu jadi berubah 360.

Mereka lupa daratan, asal usul. Sama seperti PM Najib Razak. Dia bertindak tanpa akal dan hati budi. Pemikirannya tidak halus, malah jauh dr cerdik. Apa yang beliau tungkus lumuskan ialah mempromosikan 1Malaysia, iaitu mentransformasikan Melayu sejati kepada Melayu liberal, Melayu yang jangan fikir lagi soal asas bangsa.

PAS, please tolong kenal dlu PAS. PAS ini lah pengacau sebenar Melayu, kemudia barulah PKR. PAS menggunakan topeng senjata Agama yg berjaya melemahkan dan memesongkan Melayu. Dlu kalau bab Arak, org Melayu amat benci, dan akan tolak habis2an walaupun UMNO liberal, ada pemimpin UMNO yg arak ini sebagai coffee je. Tp sekarang arak jadi biasa, bkn kerana pemimpin UMNO suka minum arak tapi kerana ostad2 PAS berjaya meliberalkan org Melayu.

Melayu rosak di kedua2 belah.. sama ada di sebelah UMNO atau di sebelah PR. Yg disebelah PR mereka sedang khayal, diperbodohkan dan terus membodoh dengan slogan2 demokrasi, kuasa rakyat, kebebasan etc.

Manakala di sebelah UMNO pulak mulut cakap pasal perjuangan Melayu di dada2 media, akhbar dan perhimpunan, tetapi di dalam bilik UMNO, mereka2 inilah pengkhianat. Termasuklah Menteri2 UMNO yang pantang jumpa Cina kafir ini.. dalam kepala nampak WANG dan PROJEK.

PM UMNO sekanrg PM yang paling buruk dalam sejarah negara kerana menggunakan punasehat termahal, berbanding punasehat Pak Lak geng tingkap 4 yang kos lebih murah.

PM Najib, manusia yg perlu diugut dan digertak depan mata. Setakat cakap2 di belakang dia buat bodoh 100x, kerana pengampu dan punasehat2nya akan jaid benteng. Melainkan ada seorang yang sangat berani, pergi jumpa berdepan dengan Najib. Jika beliau enggan, mungkin penampar sulung elok diberikan sekali supaya dia PAHAM bawaha silent protes Melayu sudah mula merebak.

Melayu biasa kecewa dan tiada pilihan sekarang, bukan tidak bersyukur tapi kita boleh rancang yang lebih baik, undang-undang sepatutnya diperkemas dan diperketatkan bukan dilonggarkan dikala PM Najib seorang manusia yang lemah dan lembik, undang2 perlu jadi benteng bukan dibuang.

Najib akan diingati sebagai PM perosak. Mungkin secara rasmi murid sekolah akan diajar untuk kenal PM najib sebagai Bapa ape2 jelah yg positif tp di tanah sebenar Najib ialah pengkhianat yang bermuka2...

Wallahualam

-Luahan rasa belia Melayu yang tidak menganggotai UMNO..jauh sekali pernah menadapat habuan projek dari UMNO-

Post a Comment