........... KJ Cerah Peluang Jadi TPM - Saya Setuju ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

KJ Cerah Peluang Jadi TPM - Saya Setuju !

Tuesday, October 14, 201419comments



Menarik sekali artikel AKadirJasin yang menganalisa kerjaya politik KJ yang menurutnya begitu cerah masa depan dalam keadaan Umno lemah ketika ini. Kata Kadir, KJ berpotensi jadi TPM dalam masa terdekat .... ( KLiK )

Ya, menilai tanpa prejudis ... saya akui memang KJ punya peluang untuk melangkah lebih jauh malah hingga ke jawatan PM. KJ seorang yang bijak .... pintar dalam menaikkan imej dirinya.

Dalam menarik perhatian anak muda memang KJ pandai  ..... tapi membawa anak muda ke arah mana itu boleh kita pertikaikan.

Dalam menarik sokongan anak muda melalui program2 Kementerian Belia memang KJ bijak ..... tapi adakah itu membawa erti mereka akan memberi sokongan undi pada Umno, itu boleh kita pertikaikan.

Dalam menaikkan namanya sendiri memang KJ  world! .... yang ini memang tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa pun.


Kalau nak baca komen2 memuji analisa Kadir Jasin itu, anda boleh layari portal2 pembangkang, sepertimana diulas rakan blogger Celah Gelegar ( KLiK ).





Kalau nak baca komen yang sedikit kritikal tapi bertaraf Shout Awards, anda boleh baca di SINI.

Satu point kenapa saya setuju KJ cerah masadepan politiknya dalam Umno ...... lihat sajalah Umno sekarang. Maaflah kalau saya cakap ni, tapi boleh diumpamakan macam lembu yang ikut buta saja apa kata pemimpin. 

Kalau pemimpin kata apa yang dilakukannya adalah demi alif ba ta, maka ahli Umno pun akurlah dan terima seadanya ..... mereka tak boleh guna akal sendiri untuk membuat penilaian sejauh manakah benar dakwaan itu.

Kalau pemimpin kata menghormati Perlembagaan yang menjaga hak belajar bahasa ibunda itu sama maksudnya dengan mengekalkan kewujudan sekolah vernakular, ahli Umno pun pakat angguk kepala belaka... Betul tu bos, bos bijak , cayalah bos ... begitu juga kalau pemimpin kata yang lebihkurang bawa maksud tidak ada dikalangan jutaan pemuda pemudi Umno atau orang muda bangsa Melayu yang setaraf dengan Regina untuk dilantik sebagai setiausaha pemimpin Umno, itupun diterima dengan hati terbuka kebenarannya .....

Jadi dengan cara pemikiran ahli Umno yang ada sekarang, saya terpaksalah setuju dengan analisa Kadir Jasin itu ...... sebab naik turun pemimpin Melayu terletak di tangan orang Umno bukan di tangan orang Melayu keseluruhannya.


Oya, satu lagi ..... masa baca ayat ini dari artikel berkenaan - Kejatuhan Abdullah tidak membantutkan kerjaya politik Khairy. Pada tahun Abdullah dipaksa meletakkan jawatan Perdana Menteri dan Presiden Umno, Khairy menang pertandingan Ketua Pemuda dengan mengalahkan Mohd Khir Toyo dan Mukhriz Mahathir.

saya tersenyum .... kerana teringat satu video waktu diumumkan KJ selaku pemenang waktu itu -


video

Atau KLiK untuk menonton melalui Youtube.


Senyum jadi tawa bila teringat komen Tun Mahathir - “Nak kira 700 undi pun makan masa 8 jam,”

PS - Melainkan orang Umno dapat buktikan yang mereka bukan buta, pekak dan tuli !

Share this article :

+ comments + 19 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2014 at 9:18 AM

sesiapapun ada peluang jd tpm. cuma kambing, lembu dan kerbau saja yang tiada peluang sebab mereka binatang. cumanya, semua ahli umno ni jatuh dungu dan bodoh macam binatang keldai ke sampai nak jadikan kj tu tpm dan akhirnya pm?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2014 at 10:49 AM

Hopeless bloke

....................
Reply To This Comment ...................
October 14, 2014 at 10:59 AM

Dalam blog kj ( he..he..kadirjasin lah ) aku komen dengan bersyarat :-

1. Jika KJ melawan arus perdana - seperti sekarang (tidak mengikut kehendak majoriti akar umbi Melayu) maka peluang nya amat getir menjadi PM

2. Jika beliau lidah bercabang, jangan di sebut jadi PM. Liku dan kelentong akan sinonim mabuk beer !

3. Jika sebelah kaki nya Islam, sebelah kaki lagi sekular, elok sahaja tarik diri kerana menjadi moderat bukan itu definasi nya

4. Jika sentiasa ingin menjadi populis tanpa hasil kerja komitmen parti yang di sandang nya, kecuali dengan duit, elok sahaja beliau masuk dunia koporat

5. Jika beliau menjadi wakil semua kementerian (Menteri Pelbagai) maka sesungguh nya belajar lah menghormati
potfolio dan keputusan pihak lain kerana kebijaksanaan itu hanya terserlah bila kita
semua berjemaah.

6. Jadi lah Orang Melayu yang sentiasa menjaga Bangsa, Agama dan Negara nya.

Ia lah. Mungkin KJ boleh berubah menjadi wassatiyyah acuan Islam kerana beliau sudah duduk tetap di Malaysia. Kecuali lah beliau ingin jadi Presiden US.

* alvin bb sudah jadi presiden Amerika Sy. IGP di kencing berkali-kali... Islam di babikan nya. Melayu di longkangkan ! Siapa berani dengan cina, ye tak DT ?
(:+)

....................
Reply To This Comment ...................
October 14, 2014 at 11:12 AM

Najib nampak bahawa calon terbaik yang dapat meneruskan agenda meliberalkan Malaysia adalah dengan Khairy dan bukan sesuatu yang menghairankan bilamana sampai masanya nantiNajib akan melantik Khairy kejawatan yang akan mempermudahkan perjalanan Khairy ke tampok pemerintahan - tu pun bergantung lah samada BN akan terus ujud selepas PRU14 yang akan datang.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2014 at 11:24 AM

As salam. ..senario yg menakutkan. ....sharifah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2014 at 11:54 AM

Pada minta dijauhkan Allah swt KJ menjadi TPM atau PM. Sehebat mana pun KJ dalam aspek lain, dia tidak ada ROH ISLAN DAN MELAYU yang kental. Pada masa ini Melayu Islam masih memerlukan pemimpin Melayu yang kental roh Islam dan Melayu. Mungkin tiga puluh tahun akan datang orang seperti KJ boleh dipertimbangkan!

....................
Reply To This Comment ...................
October 14, 2014 at 12:19 PM

Di ruang komen Dato The Scribe, saya dah letih memperkatakan hakikat yang Abang DT nyatakan.

Nampaknya pengaruh WANG mendahului kedaulatan Agama, Bangsa dan Negara. Kerana godaan WANG, perwakilan PAU pada 2013, terlupa mereka pernah berteriak; KJ-Rasuah, KJ-Rasuah, KJ-Rasuah.

Maka benarlah, seperti terbukti dari peradaban umat.
Kerana godaan WANG yang berjuta, orang Arab sanggup menjual tanah Palestine kepada Yahudi.
Kerana godaan pangkat dan harta, PAS tergamak mengadai Agama. Negara Islam boleh jadi Negara Kebajikan. Negara dimana rakyat tak berkerja dibela?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2014 at 12:54 PM

Saya nak tulis tapi takut diblok pulak tuan penyu...tapi saya terpaksa tulis bahawa kesemua ahli umno terdiri daripada lembu,disebabkan saya rabun warna x cam pulak kalau ada kerbau pendek berwarna pink tapi nampak macam ada je.....tqvm

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2014 at 1:04 PM

SUDAH TENTU yang SAYANG UGAMA BANGSA DAN HEGARA TIDAK PILIH KJ.

PILIHAN TEPAT ADALAH MUKRIZ MAHATHIR.

....................
Reply To This Comment ...................
October 14, 2014 at 1:17 PM

Suh kj dgn kwn sespender si jason lo tu g main jauh2 lah bro...mukhriz is 10 times better

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2014 at 2:12 PM

nampaknya kadir jasin telah memberikan amaran kepada beberapa menteri senior dan meberi tekanan kepada karier politik kj

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2014 at 5:46 PM

Mengarut!!! Pendapat yg x bole d pakai langsung! Dia ni gila wang, silap haribulan dia gadai Melayu ISLAM kerana kuasa.. Nauzubilah minta d jauhkan! ramai lagi pemimpin yg layak mcm DS Mukhriz Mahathir..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 14, 2014 at 8:57 PM

Jika kita menuduh sebarangan tanpa bukti sembahyangkita amalan yg baik yg kita lakukan akan jadi abu angin, x ada balasan dari Allah, cakap je ada ugama tapi perbuatan saperti x tahu ugama langsung.....

....................
Reply To This Comment ...................
Insani
October 14, 2014 at 9:46 PM

Nauzubillah dr Khairi J ini jd TPM
Nauzubillah dr Khairi J ini jd PM.
Sudah cukup huru hara sudah pemikiran Melayu yg semakin jauh dr modal insan Islam, maka dgn lantik KJ maka hancur lah negara ini.

Tapi Najib pasti akan meneruskan legasi liberalnya dengan melantik spesis yang serupa dgnya. Cuba lihat kemesraan Najib dgn KJ semasa world cup.. seperti 'adik beradik'..

TS Muhyiddin seolah2 Najib fobia dengannya. Wpun TS Muhyiddin serba boleh sebenarnya, cuma masa dan ruang tidak mengizinkan beliau dipromosikan.

Sebenarnya Najib dn KJ spesis yang serupa.. spesis yng bijak mempromosikan diri untuk dijunjung melangit. sedangkan UMNO atau bahtera yg ditumpangi akan semakin dilupakan.

TS Muhyiddin perlu diasak untuk promosikan ketegasan dan kebijaksanaan mentadbir. Jika tak bijak pun tapi tak lembik macam najib. at least negara masih selamat.. berbanding Najib sudahlah tak bijak lepas tu lembik dan blurr dr memahami masalah dan keadaan negara..

golongan elit lah katakan..mana pernah rasa susah.

Semoga Allah SWT menjauhkan manusia2 liberal dan lidah biawak ini jd TPM, jauh sekali dr jd PM. Jika ada kebaikan semoga TS Muhyiddin Yassin segera naik jd PM sebelum PRU14.

Insya Allah. Amen

....................
Reply To This Comment ...................
bluk
October 14, 2014 at 10:46 PM

Jgn kata tpm,kalo kj mng@kekalkn apa2 lg jwtn dlm ms tdekat ni,sumpah aku xpangkah umno bn pru nnt.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
October 15, 2014 at 12:07 AM

KJ bakal jadi PM bila mana BN jadi pembangkang. Pada masa tu KJ akan lompat sertai PR. Memandangkan PR tiada pemimpin yang pandai bergaya dan bercakap maka KJ calon paling sesuai untuk dilantik jadi PM dari PR.

Semuanya tak mustahil kerana Ah Jib Gor telah meruntuhkan asas (foundation) kepada BN iaitu UMNO dengan meliberalkan UMNO untuk memberi laluan kepada pemimpin liberal terhebat abad ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 15, 2014 at 1:47 AM

uMNO akan mati bila KJ jadi PM..................kita saksikan nanti sebab KJ pun mcm anwar yg hanya bercita cita mahu menjadi PM......................

....................
Reply To This Comment ...................
October 15, 2014 at 1:50 AM

Saya masih sama pendirian - jika keadaan tidak berubah, BN akan kalah PRU14.

Jadi semua senario yg kita bincangkan akan berubah sama sekali

....................
Reply To This Comment ...................
October 15, 2014 at 9:43 AM

Kj layak jd presiden umno tp blum pasti jd perdana menteri. Apa lg syarat yg blum kj penuhi utk tak melayakkannya jd presiden umno masa kini? ? 1. Rasuah sudah. 2. Liberal sudah. 3. Jual bangsa sudah. 4. Kayakan kroni sudah . Makanya lengkaplah sudah prasyarat untuk menjadi Presiden UMNO masa kini. Tahniah umno kerana mempunyai bakal presiden yang mantap. .

Post a Comment