........... Kepercayaan Rakyat Kepada Najib | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kepercayaan Rakyat Kepada Najib

Thursday, October 2, 201432comments



Ok tak gambar di atas digunakan dalam kerajaan berdepan dengan rungutan dan bantahan rakyat atas keputusan kerajaan menaikkan harga minyak sebanyak 20 sen ?


Ramainyalah yang bising .... tak berhenti2 rakyat mengeluh dalam sosial media dari semalam. Pelbagai hujah dikemukakan. Kalau diingat kembali, hujah2 dari kedua belah pihak rakyat dan kerajaan adalah sama jer ketika minyak naik tahun lepas. Deja vu ......

Serius ... alasan kerajaan sebiji ... rungutan rakyat pun sebiji !

Saya hanya nak tambah rencah sikit.... bukan nak menyebelahi sapa2 tapi cuba melihat faktor di sebalik kemarahan rakyat.

Sebab itu gambar di atas tu ..... apa reaksi anda kalau gambar itu berlalu didepan mata anda samada dilekat pada badan lrt, bas, lori atau pada dinding.....?

Faktor KEPERCAYAAN.

Kenapa rakyat secara spontan bising dari semalam ? Tidak ada kaitan dengan pembangkang reaksi awal rakyat tu ok.... sama juga reaksi awal isu kangkong dulu. Itu adalah reaksi semulajadi rakyat.

Sebab rakyat sudah kurang kenyakinan / tidak percaya lagi kepada janji2 Najib.

Jangan lihat isu kenaikan harga minyak ini sebagai satu kes terpencil. Keresahan dan protes rakyat adalah luahan segala apa yang terkumpul selama ini.... isu minyak ni sekadar katalis yang menyemarakkan bara.

Takpun umpama tindakan memicit jerawat ...... hehehe

Apakah kerajaan telus selama ini dalam hal2 perbelanjaan negara ? 1MDB, Pemandu, Talentcorp, pembelian IPP  ( yang kesannya tidak menurunkan tarif letrik pun ), kos menyelamatkan MAS , dan banyak lagi perbelanjaan yang saya kira ..... kerajaan tidak beri penjelasan sepenuhnya dan dalam usaha menyelesaikan masalah, mereka yang jadi penyangak terlepas padahal rakyat pula yang dibebankan melalui usaha2 menyelamat ( contohnya MAS )

Malas nak ungkit banyak2 ... tapi point saya, tahap kepercayaan rakyat kepada Najib sudah semakin nipis atau hampir tiada.

Niat kerajaan kononnya nak gunakan duit yang bakal dijimatkan melalui subsidi minyak itu untuk program2 rakyat... bukankah bagus tu ? Masalahnya adakah rakyat percaya dan terima ?

Kerajaan memaksa rakyat untuk terima penjelasannya. Siapa yang tidak terima akan dilabel sebagai pembangkang.... kan ? Sebagai tidak pandai nak berterimakasih... kan ?

Tapi bab nak beri penjelasan tentang perbelanjaan kerajaan yang kontroversi, kenapa berat mulut ?

Kalau rakyat percaya kepada keikhlasan Najib dan kerajaan, yang apa jua tindakan adalah demi kesejahteraan rakyat, tidak mungkin begitu ramai yang melenting dari semalam.

Ya ... harga pasaran lambat laun akan stabil dan rakyat lambat laun akan adjust dengan apajua harga baru ... apa pilihan yang ada ? RAKYAT TIDAK PUNYA PILIHAN DAN TERPAKSA TERIMA.

Cuba Najib beritahu - Apakah rakyat ada pilihan lain ?

Kerajaan LEBIH TAHU ....kan ?

Cuma saja, kemarahan rakyat akan kembali dipendam .... menunggu satu lagi kes untuk diluahkan kembali .... pendam lagi .... dan begitulah sehingga pilihanraya. Waktu itu kerajaan akan bertukar wajah menjadi kerajaan yang paling perihatin pada nasib rakyat yang tidak ada tolok bandingnya di dunia. 

Teringat era 98-99 .... ekonomi dunia meleset dan pemimpin kita pulak buat sesuatu yang pelik yakni tidak akur kepada polisi fiskal yang diterimapakai oleh dunia... seharusnya rakyat yang amat terkesan dari segi ekonomi, bangkit dan protes.... apakah itu yang berlaku ?

Tidak kan ..... rakyat menaruh sepenuh kenyakinan kepada kepimpinan Dr Mahathir untuk membawa negara keluar dari kemelut ekonomi...... sebab rakyat PERCAYA pada Dr Mahathir.

Adakah rakyat PERCAYA pada Najib ? 

Najib masih punya masa kalau ikhlas nak kembalikan kepercayaan rakyat. Perjelaskan semuanya perbelanjaan yang menjadi kontroversi, dedahkan ke mana wang rakyat telah dibelanjakan, lakukan langkah2 pembetulan mana2 yang tak betul ..... buktikan yang kerajaan sudah lakukan yang terbaik untuk rakyat ... nescaya rakyat akan sokong kerajaan.

PS - Dan dapatkan pandangan rakyat apakah majoriti rakyat mahu BR1M diteruskan kalau beginilah harga nya

Share this article :

+ comments + 32 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 3:04 PM

Apakah persamaan 3 gadis melayu islam yang menyertai DAP, parti melayu islam yang mengkafirkan UMNO dan najib yang suka dikelilingi penasihat2nya? NOT WILLING TO LISTEN TO THE GOOD ADVICE AND THE TRUTH.......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 3:11 PM

Tuan din....inilah kos yang terpaksa ditanggung melayu kerana sayangkan umno... akhirnya umno yang disayangi yang tindas melayu, yang lupakan sokongan melayu, yang sibuk cari sokongan cina supaya undi umno... akhirnya melayu yang miskin dulu, melayu yang mampus dulu(melayu bermaksud rakyat yang kata menteri wahid berpendapatan 5900 sebulan)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 3:13 PM

sindri bikin program superb,tingkat aktviti ekonomi bumiputera,lepas tu beli IPP naik tarif lektrik,naik harga minyak kerana kurangkan subsidi.Ramai ler orang melayu miskin dan muflis.Perniaga vs kuasa membeli.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 3:14 PM

Oktober 2015,minyak naik 20 sen, Next year GST. Hu hu Huaaaaaaaa.kenaikan Gaji tahunan kakitangan kerajaan minimun RM80.00. Kenaikan gaji kakitangan swasta dari Pak Guard sampai pekerja kilang.......ada naik tak sampai 30 ringgit saja dan ada tak naik . Belanja nak beli makanan,anak sekolah, rumah??,macam-macam lagi naik mendadak. Kenapalah TAK BUAT syarat KENAIKAN MINIMUN TAHUNAN bagi gaji kakitangan swasta. Sekadar gaji minimum tidak menjamin saja tak mencukupi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 3:26 PM

Rasanyer macam nak Taggo (baling batu) ajer lori ker bas ker, yang bawak gambar tuuuh

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 3:44 PM

kjaan nie mmg nak menempah maut.......dah nazak nie!!!....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 3:47 PM

Apakah nilai sokongan atau undi kita orang melayu islam kepada BN di mata Najib? Tak der nilai, tahi, tak dapat apa2, tak seperti cina walau tak bagi undi........wallahualam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 3:49 PM

Harus diingat bahawa rakyat marah kat Pak Lah sebab Pak Lah menaikkan harga minyak secara mendadak ke paras tertinggi dalam sejarah dan sekaligus membebankan rakyat. Nampaknya Najib pun seolah-olah macam nak ikut jejak-langkah Pak Lah jer. Meskipun sekadar 20 sen sahaja, tapi impaknya cukup besar kepada seluruh rakyat Malaysia termasuk penerima BR1M pun turut sama terkena tempias. Inilah padahnya apabila hal ehwal ekonomi diserahkan bulat-bulat kepada punahsihat dan konsultan tanpa diselidiki terlebih dahulu baik buruk setiap keputusan yang dibuat. Sepatutnya kerajaan mendahulukan rakyat dari segenap sudut sebelum mempertimbangkan sebarang kenaikan harga. Tambahan pulak rakyat terpaksa berhempas-pulas ekoran kenaikan kos sara hidup. Lagilah bertambah beban bebanan yang rakyat terpaksa tanggung.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 3:55 PM

Masalahnya...kabinet najib ni...dia...cakap...tak...serupa...bikin....ingat...lagi....masa....beberapa...bulan...yang... lalu....ada....khabar...angin....harga...minyak nak naik....tapi....kerajaan nafikan......alih2....tak ada angin....tak ada ribut....tup2...minyak naik.....tu...yang...orang...marah....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 3:56 PM

Towards hi income nation 2020,rakyat bengkrap

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 4:47 PM

bila BN tumbang nanti, jangan salahkan rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 5:06 PM

Bila BN Tumbang...Salahkan Najib Anak Beranak..Terutamanya Rakyat Pekan yang pilih Calon Bodoh menyusahkan Jemaah nieh..

....................
Reply To This Comment ...................
Madah berhelah
October 2, 2014 at 5:16 PM

Negara nak bangkrap kalau dia main subsidy lg. tapi soal dia, kenapa yg pegi tukar dasar yang dah elok, kenapa membazir sampai nak adakan gst. Bila ada gst esok lagila kerajaan ni membazir. Pm plak asyik nak naik kapal terbang je bejalan sana bawak bini obese dia tu. Bila ada gst, barang naik lg. minyak naik 20 sen barang suma naik, bila ada gst, maka lagi banyakla gomen bole claim esok. Silap2 sblm gst tahun dpn, minyak naik lg. macam sengaja je kan? Seolah olah artificial penarikan sabsidi ni. Skang ni, orang yg suka tngk tv 3 suku pun dah tak pecaya cita kerajaan najib ni. Banyak yg aku kenal, bila tengok je mulut bebuih maki maki. Main propaganda instrument pun dah gagal. 20 sen tu memang la unyi mcm tak bnyk, tapi bila milo ais jadi 2.3-2.5 sblm ni rm 2, roti kosong jadi 1.2 nasik putih jadi 1.5 sblm ni 1 apa la lembab gomen ni. Sbb kau naikan 20sen, kos hidup orang biasa naik 5-10 ringgit shari. Sbulan jadi 300. Kalau tambah minyak mau jadi 450. Brim bodoh tu tahan sbulan sminggu tapi kalau takde brim maka kerajaan dah jimatkan rakyat 4900 sbulan. Ini lah brim yg plg elok 4500 bukan brim bodoh 600 tu. Sedih la tengok orang melayu bodoh memimpin. Bagi je la cina yg meniaga tau fu fa jaga kurang2 dia ada ilmu najib ni ijazah pun takde

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 5:16 PM

Susah juga jadi pemerintah ni ..kalau naik sekarang orang islam marah..kalau naik lagi 2 minggu orang hindu marah sebab depavali..kalau naik december orang kristian marah sebab cristmas..kalau naik bulan febuari tahun depan orang cina plak marah sebab kong xi fat chai..kalau naik april tahun depan nanti orang kadazan plak marah..naik bulan jun tahun depan nanti orang indon kat malaysia plak marah sebab indon nak sambut merdeka..kalau naik bulan july tahun depan orang iban plak marah..naik bulan ogos tahun depan orang islam nak puasa plak..naik bulan september plak orang islam marah sebab raya puasa..naik bulan november depan dah raya haji balik..ehh ehh dah setahun pusingan ya..kalau naik setahun sebelum pilihanraya umum memang kalah bn sebab rakyat bengang..kalau tahun pertama menang pilihanraya tak boleh naik nanti rakyat marah sebab rakyat baru sokong bn menang dlm pru..tahun ke 2 dan ke 3 lepas pilihanraya tak boleh sebab dalam setahun tu penuh dengan perayaan nanti pelbagai kaum ni marah..tahun ke 4 lepas pilihanraya tak boleh sebab dah dekat sangat dgn pilihanraya akan datang..nanti rakyat protes..tahun ke 5 lagi la tak boleh sebab confirm pilihanraya..dah tentu rakyat meletup..adui susah ni..masa bila boleh naikkan petrol ni..nampak gaya petrol memang tak boleh dinaikkan..rupa2nya senang lagi jadi pembangkang kat malaysia ni dari jadi pemerintah ya..sebab kerja pembangkang ni senang..cuma membangkang je..lain tak payah fikir

....................
Reply To This Comment ...................
October 2, 2014 at 5:28 PM

@AnonymousHaaaa... tau tak per !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 5:41 PM

Engko naikkan harga barang melalui GST, naikkan harga minyak dll...pada masa yang sama menjanjikan BR1M dinaikkan....

Perumpamaannya adalah :

Sebelum ni ko kasi duit belanja kat rakyat sebanyak 10 sen.
Pastu ko mintak balik sebanyak RM10.00.
Bila rakyat marah, ko janji nak upkan lagi duit belanja sebanyak 10 sen menjadi 20 sen.
20 sen ? Bermakna rakyat kena tanggung bebanan sebanyak RM9.80.
Macam ini ke kerajaan yang cekap dan bertanggungjawab ?

20 sen memanglah satu nilai yang kecil. Tapi minyak adalah punca kepada segala kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Tanpa GST pun segala-galanya akan naik. Bayangkan jika ada GST, sudah tentulah harga akan melambung tinggi. Ianya adalah berkaitan kenaikan secara rantaian.

Contohnya :

Kos lori bawak bahan binaan ----> harga rumah naik

Kos lori bawak spare part kereta ----> harga kereta dan servis naik ----> harga insurans kereta naik

Kos lori bawak bahan mentah ----> harga di pasar naik ----> harga makanan di restoran naik

Kos lori bawak barangan runcit ----> harga barangan runcit naik (harga supplier+kenaikan) ----> harga barangan runcit (harga pemborong++kenaikan) ----> harga barangan runcit (harga pengedar+++kenaikan) ----> harga barangan runcit (harga peruncit++++kenaikan)

* Mana dia professor makmal yang nak mengkaji kos sara hidup ? Takkan ambik masa lama kot nak buat kajian. Rakyat dah makin terdesak dan terbeban. Tapi kerajaan masih ghairah nak berbelanja pada benda yang tak menguntungkan rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 5:43 PM

Kalau wang subsidi puluhan billion ringgit di agihkan ke brim.Rakyat hidup tanpa subsidi akan mengakibatkan malaysia pun bangkrap juga,sebab tidak produktif.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 5:57 PM

Salam,
Bunyi hari pertama kuat la. Masuk seminggu kurang dah bunyi, sebulan dah biasa. Setahun lagi jgn tak naik pulak minyak, sebab dah lama tak bunyi. Minyak dunia turun, minyak mesia naik, fuhh, hebat ahli ekonomi mesia. Tang minyak, subsidi untuk rakyat miskin, tang bazir duit dan salah arah urus kewangan, diam membisu, clueless dan kebluran dlm penerangan. Sokonglah pm ah jib gor, demi survival umno liberal untuk bangsa cina.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 6:14 PM

Najib ni dengar denyut nadi rakyat atau dengar denyut nadi punahsihat ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 6:15 PM

janji pm dan semua menterinya cuma janji pelesu, semua tidak tertunai atau tidak ditepati tetapi dicapati.
kesabaran manusia ada had, bukan nak sabotaj tetapi kalau berterusan rakyat tiada keyakinan maka umno akan dapat nama hudoh dan berkubur diganti dengan parti dajjal.
moga di jauhkan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 6:17 PM

...masa dah time...memang clear cut fi il Najib ni...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 6:18 PM

Heeeyyyyyy minyak atar,minyak urut,minyak lintah,minyak masak,minyak petrol naik lagi........Consultant mabuk minum brandi

....................
Reply To This Comment ...................
October 2, 2014 at 6:50 PM

Ambo dengar kuat dari kedai kopi , bukan 1 tapi banyak kedai kopi yang kesimpulannya NAJIB LEBIH TERUK DARI PAK LAH LELAH. Fikirlah sendiri apa nak rakyat buat pada Najib ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 6:52 PM

Nak jadi kerajaan robin hood ke?... kalu pendapatan lebih sikit kerajaan akan ambil utk bagi pada org pendapatan rendah..tak di galakkan utk berpendapatan lebih dari rm5k sebulan....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 6:59 PM

Gomen duk pusing akai kot mana nie...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 7:07 PM

Mendengar atau memang tak mahu dengar atau memang pekak?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 8:18 PM

Cukup sensitif rakyat malaysia bila timbul bab minyak ni..tak kira pembangkang yg tak buang masa menghasut tapi yg sokong kerajaan pun seolah2 dah jadi pembangkang..rakyat yg kaya raya tu yg kereta besar harap jgn ambil kesempatan tuang minyak murah bersubsidi..negara arab pun minyak mahal walau pun pengeluar minyak..klu nak minyak murah carilah negara yg jual minyak murah..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 8:20 PM

Itulah bahayanya kalau PM datang dari keluarga kaya sebab mereka tak dapat menilai apa itu kesusahan. Tunku walaupun dari keluarga bangsawan tetapi berhati rakyat. Malaya dapat kemerdekaan. Tun razak dari keluarga yang kurang berada tapi jiwa besar untuk mengubah fikiran rakyat. Tun hussein keturunan keluarga pejuang politik menjiwai kehendak rakyat. Tun mahathir juga dari keluarga kurang berada namun telah berjaya melayarkan bahtera rakyat begitu sukses sekali hingga dipandang mulia oleh barat dan dunia islam. Pak lah walaupun dari keluarga yang kuat beragama gagal meneruskan kecemerlangan negara malah telah mengecewakan rakyat. Malangnya kecemerlangan tun razak tidak dapat di pikul oleh najib akibat penasihat sekeliling yang kurang pengalamanmentadbir urus negara dengan baik. Malah negara dalam keaadaan krlam kabut dengan ISA dimansuhkan, akta hasutan mahu di"watered down", melayu islam dipinggirkan, cina disayangi etc etc.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 8:29 PM

PM Najib Baru Hari Nie nak Bincang pasai Hal Ekonomi Bumiputra... Nak Bentang Budget Jumaat Depan..

Hal Ekonomi dan Hal2 Berkaitan Bumiputera bukan CIN CAI Ajer Dah lah...

Itu pon buat last minute, Jangan Tak Buat kata orang..

Melayu & Bumiputera TAK ADER dalam agenda Najib Liberal Nieh..

Oppps Lupa..

Kepada Khairy Jamaluddin...

SUKAN ASIA GAGAL mencapai sasaran 8 Pingat Emas..., Sukan Kommanwel pon GAGAL..

Khairy Liberal... SILA LETAK JAWATAN...

Sukan Malaysia Makin Mundur Di Bawah Khairy Liberal.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2014 at 3:37 AM

Kepercayaan rakyat kepada Najib....SUDAH HILANG.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2014 at 6:14 AM

lagi satu .. lawan la najib dalam pemilihan umno nanti.. kalau tak de orang calonkankan je Tun M balik. PM tak semestinya presiden UMNO. PM pun pun kena ada KPI. ORANG UMNO masa untuk bertindak jatuhkan presiden ni mmg tak boleh pakai.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 13, 2014 at 3:10 PM

Udalah GST (getah sawit turun) kena GST(gigit sampai tulang ) lagi...bgs latu..UNDILAH BN/UMNO SUPAYA PELUANG UNTUK PENTADBIRAN LEBIH BAIK TERTUTUP SELAMA-LAMANYA! HAHAHAHAHA....

Post a Comment