........... Jika Anda Guna 5 Liter Petrol Sehari (RM11), Lebihan BR1M Cuma RM280 Untuk Cover Kenaikan Kos Barang Setahun | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Jika Anda Guna 5 Liter Petrol Sehari (RM11), Lebihan BR1M Cuma RM280 Untuk Cover Kenaikan Kos Barang Setahun

Friday, October 3, 201428comments

Semasa baca artikel Sinar di bawah, tergerak hati untuk buat sedikit pengiraan bagi membuktikan apa yang didakwa oleh sesetengah mereka yang disebut oleh artikel itu bahawa Penerima sanggup BR1M dihentikan.


Kerajaan memotong subsidi petrol supaya dapat berikan subsidi kepada kumpulan sasaran melalui BR1M. Yang layak akan terima BR1M sebagai ganti subsidi petrol, dan kesannya harga petrol naik. OK ?

Susulan harga petrol naik maka harga barangan juga akan naik. Kita pula disogok dengan cerita bahawa BR1M sebanyak RM1000 mampu menampung sebarang kenaikan. Benarkah andaian yang diberikan itu ?

Bukankah harus ditolak terlebih dahulu kos tambahan untuk kegunaan petrol ( akibat kenaikan harga ) dan bakinya barulah boleh dianggap sebagai lebihan untuk menampung kenaikan harga barang ? Kan ?

Saya cuba buat perbandingan apakah lebih baik tanpa BR1M dan harga petrol diturunkan kembali sebanyak 40 sen ATAU harga petrol naik 40 sen dan harga barang turut naik.


Pengiraan saya berdasarkan BR1M sebanyak RM1000 dan potongan subsidi petrol sebanyak 40 sen ( 20 sen tahun lepas + 20 sen baru ni ).

RM1000 dibahagi 40 sen = 2500 liter petrol yang nilai subsidinya digantikan dengan BR1M.... OK ?

2500 liter petrol dibahagi 12 bulan = 208 liter petrol sebulan dan kalau dibahagi 30 hari = 6.94 liter. Saya ambil sebagai 7 liter lah senang.

Ini bermakna seorang penerima BR1M yang menggunakan secara purata 7 liter petrol sehari selama satu tahun akan menggunakan keseluruhan BR1M sebanyak RM1000 hanya untuk menampung kenaikan harga petrol sebanyak 40 sen.

Jika ada sebarang kenaikan harga barang kesan dari kenaikan harga petrol, jika anda guna 7 liter petrol sehari ( atau petrol bernilai RM16 sehari ), anda terpaksa guna duit dari poket sendiri untuk tampung kenaikan itu. OK ? 

Pengiraan yang sama juga menunjukkan, seorang yang guna purata 5 liter petrol sehari ( RM11.50 - yang mana ini adalah lebih praktikal ), dia akan ada lebihan sebanyak RM280 sahaja dari duit BR1M bagi menampung sebarang kenaikan harga barang selama satu tahun, setelah ditolak kesan kenaikan harga petrol sebanyak 40 sen.

5 liter x 40 sen = RM2 x 360 hari = RM720.00

BR1M RM1000 - RM720  = RM280 lebihan BR1M

Ini adalah nilai sebenar BR1M yang sepatutnya disebut sebagai pemberian kerajaan bagi menampung peningkatan kos hidup susulan pengurangan subsidi petrol sebanyak 40 sen.

Dapat tangkap point saya ?

Jadi persoalan yang wajar anda fikirkan.... adakah lebih baik TANPA BR1M dan harga petrol diturunkan kembali sebanyak 40 sen ATAU dengan BR1M  dan harga petrol naik 40 sen ?

Ini secara mudah ok. Persoalan dari sudut pandangan seorang rakyat penerima BR1M.

Jika anda guna 5 liter petrol sehari atau RM11 sehari, anda akan dapat RM280 baki dari BR1M dan jika anda guna 7 liter petrol sehari atau RM16 sehari, tidak ada lagi baki BR1M.


Mungkin ada baiknya kerajaan buat satu Referendum bagi mendapatkan pandangan rakyat apakah rakyat mahukan BR1M diteruskan atau kerajaan yang syok sendiri kata BR1M itu bagus untuk rakyat.

PS - Jika anda tidak punya kenderaan yang pakai petrol, barulah boleh dikatakan nilai BR1M sebanyak RM1000 itu boleh digunakan untuk menampung kos kenaikan harga barang ekoran kenaikan harga petrol.

Share this article :

+ comments + 28 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2014 at 12:56 PM

Kalau nak BR1M dihentikan boleh. Tapi dah tentu ada kelompok tertentu yang marah kat Kerajaan. Untuk menyelesaikan masalah ini, saya mencadangkan agar bantuan alternatif diberikan sebagai menggantikan BR1M. Apakah bantuan alternatif yang saya maksudkan ?

Bantuan alternatif yang saya maksudkan ialah kerajaan patut beri rakyat joran atau jala supaya rakyat tidak perlu lagi meminta-minta dari kerajaan. BR1M kita ibaratkan sebagai ikan free yang diberi oleh kerajaan tapi ikan yang diberi tu pun boleh habis dalam masa 1 hari jer. Padahal rakyat nak makan ikan sepanjang tahun. Oleh sebab itulah, kerajaan harus ajar rakyat supaya berdikari dan cari ikan sendiri dengan memberikan bantuan joran atau jala. Inilah yang saya maksudkan sebagai bantuan alternatif.

Tahun depan kita akan menghadapi satu lagi tsunami kenaikan harga barang akibat pelaksanaan GST. Ditambah pulak dengan kenaikan harga minyak, pasti akan menambahkan sengsara rakyat terutamanya mereka yang berpendapatan rendah. Rakyat bergelut untuk meneruskan kehidupan dalam keadaan kuasa beli yang rendah. Nilai duit makin lama makin kecik. Dulu kalau pergi pasar bawak RM10 pun dah cukup. Sekarang ni kalau bawak RM50 pun belum tentu cukup. Begitu jugak kalau nak pergi pasaraya untuk membeli-belah, dalam tangan mesti ada minima RM200.

Kos sara hidup meningkat setiap tahun dan andaikata gaji dinaikkan sekalipun tetap takkan mencukupi. Cuba tanya rakyat Malaysia, berapa ramaikah yang duit gajinya disimpan ke dalam tabung. Berapa ramaikah yang membuat simpanan ? Saya percaya, majoriti rakyat Malaysia mengalami defisit setiap bulan gara-gara perbelanjaan tetap (termasuk bil-bil, servis kereta, minyak kereta, bayaran loan, topup dll.) semakin bertambah setiap bulan. Ini berlaku kerana kita tidak lagi boleh menetapkan amaun perbelanjaan pada kadar tertentu kerana 100% bergantung kepada keadaan semasa. Bajet famili memang tak cukup setiap bulan.

....................
Reply To This Comment ...................
October 3, 2014 at 1:00 PM

Perbincangan mengenai BR1M luas maka hadkan komen kepada point artikel iaitu brim dan subsidi 40 sen. Ya, kena ada cara lain bagi menyampaikan subsidi kepada kelompok sasaran tapi itu topik lain.

....................
Reply To This Comment ...................
NajibPerosakNegara
October 3, 2014 at 2:04 PM

Najib perosak rakyat.. siapa yang ajar rakyat terima duit CASH tanpa berusaha apa2?
BRIMM ini sebagai gula2 merosak minda rakyat yang ketagih wang. Kenapa Najib tak wujudkan peluang kerja atau bantuan berniaga CASH?

Skrg semua rakyat jd mangsa atas justikasi bodoh BRIMM, dan konon 'menyalurkan' subsidi untuk prasaran lain? prasarana siapa? untuk Rosmah atau Konsetan2 Najib yang bergaji lumayan itu?

Menteri Ahmad Maslan buka mulut.. rendah akal punya menteri guna alasan kereta besar kereta kecil untuk justify kebodohan Najib dan Konsetan kepala botak dan penyokong kristian kuat itu menguruskan isu subsidi dan ekonomi negara?

Menteri pengampu ni tk pikir lain ke? tidak ada alasan lain yang lebih bijak kah untuk direka cipta? skrip yang sama.. kereta kecil kereta besar punya isu.. lori besar lori kecil.. tapi kesan rantaian naik harga barang tak mau cakap?

harga barang bergantung pd kedudukan petrol diesel tak kira kereta siapa.. yang akan tanggung kesan rantaian besar ini tak kira apa jenis manusia yg pakai kereta atau motor..atau yang tak berkenderaan.

menteri yang tidak berkata benar.. kalau asyik jadi penjilat PM.. PM yg membazir membawa bininya ke serata dunia.., PM yang membayar konsultan mahal seperti yang didedahkan oleh Shahidan Kassim tahun lepas.. menteri dan PM apakah telah berjimat cermat atau pandai bercakapa kerana bermewah atas jawatan politik yg diperolehi!!

menggunakan alasan kiraan kereta besar dan kecil ini sebagai justfikasi.. maka seluruh harga minyak dinaikkan.. apakah alasan ini betul?

Apakah ni cara tersirat untuk membolehkan bangsa kiasu kesayangan Najib dan Konsetan- Cina2 beng taukeh2 besar ini utk naikkan harag sebesar yang mungkin, atas alasan kenaikan kos bahan apa.. Menteri Cap Ayam akan pura2 buat tindakan sedikit sebanyak..

akhirnya matlamat menghalalkan cara.. yang terus kaya ialah taukeh2 berkereta besar ini.. Cina2beng kesayangan menteri2 UMNO.. mereka dikayakan berkali ganda sekelip mata dengan cara 'berhemah' lagi membodohkan rakyat ini!!

politik Najib akan berakhir
politik menteri2 penjilat Najib akan berakhir.
.
Tanya Najib mcm mana MH370?
MH17? atau ini sebahagian dr 'pakej' ugutan Rejim OBAMA ke atas Malaysia?


Najib.. pelingkup negara. sama shj dgn Anwar Ketum

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2014 at 2:33 PM

Din ...
Mengikut kalkulator punahsihat sifirnya begini ...
Rakyat diberi brim ... pasti undi bn ... tak undi kalu kutuk habis2an ... tumpuannya adalah kepada pengundi melayu ...
tetapi kat sini aku tengok kerajaan dah memerangkap hujah mereka sendiri ... pembangkang pun menyumbang dana untuk brim ... jadi semua orang layak terima brim kerana semua orang terkesan dengan pengurangan subsidi minyak ni.

Akta Hasutan perlu dihapuskan untuk dapat undi cina ... engkau tengoklah din ... dekat pru 14 ni ah jib gong al-blur akan hapuskan Akta Hasutan itu.

Bagi aku ... selagi ah jib gong al-blur menjadi presiden umno tidak ada bezanya aku undi pakatan rakyat atau undi bn ...

Kedua2 parti itu hanyalah mampu menjahanamkan malaysia ...

....................
Reply To This Comment ...................
Madah berhelah
October 3, 2014 at 2:39 PM

Mana boleh buat referendum dah din. Kang kalau buat kang dituduhnye kita flipflop. Apa lg rakyat mahu herdik najib nanti. Pelikan bila harga minyak jatuh dia naikan harga dan bila harga minyak naik, dia naikkan lagi. Tapi penerangan propaganda kata harga minyak dalam mesia takde kena mengena dengan harga minyak dunia (bila harga dunia jatuh je la). Brim tu benda paling bodoh. Sah2 cina yg keja sendiri ada kedai jahit, dia letak diri dia kuli je dalam sarikat dia maka dptlah dia brim tu skali. Masalahnye skang ni harga suma dah tak betul stat dari paklah temakan viagra dia pegi pacakkan harga petrol jadi 2.7 dulu. Sampai skarang harga tak reflek keadaan sebenar. Usahlah kemaruk sngt wawasan 2020 tu. Kita lupakan je wawasan mahathir tu sbb dia je reti nak buat. Kita ukur baju bdn sendiri. Kalau kemaruk sngt status negara maju tu sampai orang melayu hidup kat bumi sendiri mcm ni, elokla drop je. Lagipun maju kapitalis ikut gdp je apakata kita majukan diri kita dari sudut sosial, akhlak, pemikiran dan bukan dari segi fiskal je. Stat dari brim ni la malaysia makin masuk dalam jamban

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2014 at 3:02 PM

Saya sokong br1m kalu kerajaan bg setiap bulan... bukan setahun sekali...
Ni baru tolong rakyat....
Bukan naik harga minyak lepas tu cakap ni utk kebaikan rakyat...
Ada pulak yg boleh ckp sapa yg naik harga brg akan dikenakan tindakan... berapa kali dah naik harga minyak, brg lain tetap naik jgk...
Skrg ckp sbb br1m,harga minyak naik..
Mana org pon blh buat andaian, alasan kenaikan adalah alasan bodoh..
Dan jika ada menteri bg alasan .. setiap kali harga minyak naik, ada je alasan berlainan...
"Ingat senang ke nak jd menteri"
Baik berambus dari jawatan tu, ramai lg yg ada kelayakan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2014 at 3:10 PM

Sistem Brim yang di ambil dr peruntukan subsidi adalah satu sistem yang gagal sebenarnya,di dalam sistem ekonomi yang bertanggunjawab pada rakyat.Sebab utamanya,brim menjenguk dan berada ke dalam pasaran terbuka yang nyata dan mengundang ribut spekulasi yang maha hebat di dalam aktiviti ekonomi tempatan,yang gelap mahupun yang terang.Subsidi pula, berperanan menyimpan nilai di dalam wang kertas tanpa terkesan dengan nyata di dalam pasaran terbuka, tetapi memerlukan pengawasan yang tinggi setanding unit "SWAT" dan "991".Perlu ada nafas baru.Walaubagaimanapun,ada satu sistem agihan yang adil,cekap,tanpa pengawasan yg maksima,santai dll yang di panggil"Wa mass yukk.wang ante kasi la".Bunyinya macam consultant Rm 7 billion juga la...bersmbg

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2014 at 3:30 PM

Dalam membuat perkiraan faktor berikut perlu diambil kira ...
Jenis kenderaan ...
Motorsikal 4 lejang ... harga minyak sebelum kenaikan ... 1 tangki penuh rm 5.00 ... Jarak perjalanan 180 km.
Motorsikal 2 lejang harga minyak yang sama ... Jarak perjalanan 90 km.

Kereta ...
1000 cc ke bawah rm 20 jarak perjalanan 180 km.
1000 cc ke atas harga minyak yang sama jarak perjalanan 90 km.

Kelajuan purata bawah 90 kmj ... jika lebih kelajuannya minyak kena tambah untuk sampai pada jarak yang sama. Pendetailan ini perlu untuk melihat keberkesanan brim tajaan ah jib gong al-blur.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2014 at 3:50 PM

En Din, klu betul penarikan subsidi 20sen per liter tu untuk BR1M, saya ada 1Cadangan. Kita minta kerajaan keluarkan 2 kad pilihan untuk rakyat; kad BR1M dan kad subsidi petrol. rakyat pilihlah mana satu nak.
Dari BG

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2014 at 4:14 PM

Pak din... sapa yg guna pegi keja 5 liter sari tu...

kalu keta 1800vc pakai 1liter 10-12km
kalu perodua axia 1000cc 1 liter 21km
kalu motor lc 125cc 1 liter 50-70km

so sapa yg duk kat KT kerja kat kemaman tu yg pakai 5liter saritu...

1 tangki motor 10hinggit.. utk 3 hari..

eloklah tu bagi brim... takkan org keja kerajaaan je dpt bonus 1000hinggit tiap tahun...

cuma yg bagusnya kalu rasional subsidi tu kalih ke bahan makanan...

Subsiidi utk turunkan harga beras...
subsidi turunkan harga tepung
subsidi turunkan harga ayam
subsidi turunkan harga minyak masak..
subsidi turunkan disel utk lori2 pengangkutan supaya kos angkut mengangkut kurang

makanan yg peting... perkhidmatan.. masing2 boleh pilih... siapa tawar tinggi tiadalah yg guna perkhidmatan mereka... serupa juga kedai makan...

kalu barang mentah makanan murah... gas subsidi lqgi... jadikan budaya bawak bekal ke sekolah.. ke pejabat... (bila brg mentah makanan murah)

Barulah kedai makan akan turunkan harga mereka...

Maaf.. saya bukan sokong sangat harga minyak naik... tapi saya setuju riasional subsidi supqya terarah... contoh ..bagi kat makanan mentah... drp kat minyak...

satu lagi musykil... tahun 2009 zaman paklah minyak rm2.80... harga barang dah naik...
sepatutnya bila harga turun rm1.90 harga barang turunlah.. tapi tak turun pun..

alih2 bila naik 20sen jadi rm2.10 harga barang lain ikut naik... siapa yg ambik kesempatan nie...

at least kalu nak naikan harga sepatutnya bila minyak harga melepasi rm2.80...

so sapa yg untung sini...

kalu dgn rasional subsidi tu ... bolehlah hapuskan apa2 cukai... tol.. turunkan harga barangan lain... 21bilion setahun tu...

Gst.. kastam bgtau jika laksana... pungutan hanya meningkat 18bilion...

So gst pun tak perlu jika susbsidi 21bilion dan contra..

bajet 2015 lps raya nie.. brim jadi naik... bonus staf kerajaan dpt kot... pasal rasional subsidi jimat 40sen utk 8 bilion..

kalu buat lebuhraya rakyat..kuala kerai KB.. baru 2.1 bilion...

so... apa yg patut... rasional subsidi utk yg terarah.. penguatkuasa harga..lbh efektif...

suka tengok kat vietnam... minyak rm4.50 seliter.. rakyat pakai kapcai je gie keja...

Maaf... deh... saya pun tak suka harga naik.. tapi peniaga ambik kesempatan... dulu dH naik..masa minyak 2.80sen.. sekarang naik lagi ketika rm2.30 maknanye peniaga lah ambik kesempatan...

tpi kita tetap uleh marahkan kerajaan ..okey..

maaf deh..

Wassalam

zzz

....................
Reply To This Comment ...................
dontortoise
October 3, 2014 at 4:45 PM

kan dari awal lagi aku dah kata brim hanya political tool saja. dari awal lagi memang dah nampak lebih banyak yang negatif.

tapi bukankah alasan mereka sebelum ini bahawa subsidi dirasionalisasikan sebab harga minyak naik..sekarang ni alasan mereka sebab nak tambah brim? bukan ke yang janji nak tambah brim itu adalah janji ajib sewaktu kempen PRU baru2 ni? jadi apa sebabnya rakyat majoriti yang kena tanggung akibatnya?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2014 at 4:56 PM

tapi yg lebih merisaukan minyak lebihan pengeluaran berbanding penggunaan dah makin mengecil

http://www.eia.gov/countries/country-data.cfm?fips=my click expand all


adakah kita bersedia untuk menjadi lebih kepada pengimport.

boleh ke suruh gomen keluarkan minyak ron 92 semula bagi murah...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2014 at 5:05 PM

Aku masih tak faham kenapa kerajaan nak kena bagi BR1M...memanglah diakui wujud kelompok2 masyarakat yang pendapatan mereka agak rendah tetapi apa yang kita saksikan sendiri hari ini kelompok tersebut sangat2 kecil sebenarnya.

Dari pemerhatian saya, kebanyakkan penerima BR1M yang bergaji RM3500- RM 2500 mesti dibuat tapisan ketat sebelum diberi BR1M, KENAPA ??? Kerana dari pemerhatian aku yang saban bulan menjelajah Semenanjung, mereka ini sebenarnya mampu, MAMPU kerana kebanyakkan kepala rumah kumpulan ini adalah perokok tegar ! Di samping itu ramai pula yang terbabit dengan kegiatan tidak bermoral seperti menjadi hantu mesin slot dan nombor ekor !!

Oleh itu, kerajaan mesti mengadakan satu kaedah supaya BR1M yang disumbangkan tidak terbakar hangus di puntung2 rokok dan menebalkan lagi poket tokey2 judi.

Walau apapun perkataan utk melindung pemberian BR1M ini, ramai mengakui sumbangan ini adalah untuk meraih undi kepada kerajaan. Namun pembaziran berlaku dengan jumlah yang besar kerana golongan yang menyokong pembangkang pun turut menyapu peruntukkan ini walaupun mereka setiap hari mencaci pemerintah terutama UMNO.

Bagi aku kaedah mudah ialah salurkan BR1M kepada perbelanjaan pendidikan anak2 penerima, dan wang bantuan ini dimasukkan terus ke akuan2 anak mereka. Bagi yang tidak mempunyai anak atau anak telah melepasi alam persekolahan beri mereka kupon2 yg boleh ditukar dgn barangan atau barang keperluan harian. Kaedah ini kena dilakukan kerana dari pengamatan saya, wang BR1M 60 % lebur kepada perkara2 tidak berfaedah seperti rokok, arak, judi dan perkara2 tidak bermoral dan melalaikan. Saya amat biasa dan selalu melihat senario ini, pernah berjumpa dengan penerima BR1M yang menghabiskan RM 500 tidak sampai 10 minit bermain judi roullete di mesin slot, bukan 1 atau 2 malahn beratus2 orang YANG SAYA JUMPAI !!!

....................
Reply To This Comment ...................
October 3, 2014 at 5:06 PM

He..he... ada citerpen(cerpen) sikit DT :-

Al kisah dalam satu perbualan di KKA(macam kedai kopi- kadirjasin) yang biasa di kunjungi peminat nya ( kalau aku di kg dulu - kedai kompot. KJ tak tau punyer - geng aku ramai jenis biol ramai pulak status Datuk skrng! Pelik. Aku tetap wassatiyyah..he..he.. )

BRa1M orang miskin. RON dan Die orang kaya. Dalam perbualan biasa maka terjadi pertengkaran luarbiasa akibat menegakkan benang basah. Maka dengan gaya sombong, Ron dan Di berpadu menghentak BRa1M yang di anggap bodoh, kolot dan hina .... maka terhambur lah tempikkan kata2 Ron dan Di "Lu sapa ! Gua sapa !" sehingga mereka membayar duit air minuman di lempar pada kompot yang terangkat kaki keatas, terperanjat !

Kompot marah. "Lu sume malaaat" kata kompot. "Lu olang luluk sini, minum satu cawan sampai tiga, ampat jam dingar lagu itu one way tikeeet. Lu olang mampuih lagi maik, ituuu aaaah one waay tiiikeet butut punyer " sambung kompot, muka merah giler sebab kulit kompot ni memang putih...

Maka secara berseloroh, BRa1M, Ron dan Di malu dan jawab,"PAS, kompot. Wa dingar lu" . Ini dua posen kite olang bagi, "keep the change" lu simpan kasi cucu makaaan.. kompot senyum...hati dah di pujuk.

Akhir nya, BRa1M, Ron dan Di balik naik keta sapu no PK 16 yang bocor exos nya bunyi keteter rrrrrrrrr...rrrrrprrrr. Ron dan Die sponsor ! Ligan semacam....

*Kompot terus mengira duit...

*kompot - cina tua, kaki nya sebelah di potong paras lutut, muka sentiasa senyum masih gigih berkerja tanpa jemu. Tidak salahkan sesiapa. Terus ' bersyukur'

Moral nya : tuding menuding sehingga tercucuk mata. Mampu saja tetapi tidak pernah fikir masa dahulu, masakini dan akan datang. Berseronok dengan apa saja " janji zumba" terma melayu kini. Hakikat nya bangsa lain, cara senyap beragenda "mengira" dari pagi hingga larut malam. Yakin. Pasang colok minta dan tk kepada tuhan nya.

Melayu ikut juga - pagi2 nya berkafiran sehingga petang nya juga berkafiran. Sehingga cauvinis di anggap pejuang Islam ! Belajar agama apa pun tak di ketahui.

Segala barangan naik akibat kenaikan petrol, masih bercerita pasal subsidi ! Bangang di buat-di buat .... main2 ke atau olok2 ? ( walhal dua benda itu same jerrr )

Nota : DT, aku tak buat matematik. Aku buat mantik. He..he.. dose ke ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2014 at 6:17 PM

Apa beza BRIM dengan cara Badawi bagi cash subidi amik di posoffice ?Kesin Badawi kena gugur tak pasai pasai

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2014 at 6:54 PM

BR1M ni saje je diwujudkan kerajaan utk menjadi alasan yg ampuh buat kerajaan jika mereka memerlukan duit segera dgn cara menarik kembali subsidi yg sekian lama diberikan.

Jika BR1M dimansuhkan, habislah model kerajaan najib utk 'pau'duit rakyat. Kalo tak Idris Jala kene propose kt najib utk buat makmal baru utk pikir apa lg akal menipu utk menggula2kan rakyat..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2014 at 7:37 PM

Nk tau berhemah ke x tgok laporan audit kementrian kewangan. Tgok lebihan kewangan tahun semasa berapa. Kt situ nnti blh tau sama ada perbelanjaan melebihi dr pendapatan ( defisit). Tgok kementrian mna yg guna byk budget x berfaedah. Tgok Pentadbiran najib brapa byk guna peruntukan utk design imej perdana menteri dn jugk belanja yg blh dianggap membazir wang rakyat. Tiap2 kementrian ada lebihan wang dn penggunaan budget yg mmbazir dn yg x berkenaan. Lebihan dr pengurangan subsidi blh bandingkn kewangan semasa 2013 / 2014. Peruntukan terarah ke mana. Semak budget 2015. Blh tgok differ budget di masukkan ke mana. Sekian secara ringkas.

- dr staff financial analysist limited bank.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2014 at 7:38 PM

Setuju...ah jib gor is the worst pm ever! Bodoh bangang...belajar pun tak abis!

....................
Reply To This Comment ...................
October 3, 2014 at 8:19 PM

BRIM perlu diteruskan demi kesinambungan NAJIB dan UMNO!!!Tak de NAJIB Tak de UMNO
HIDUP MELAYU!!
DOAkan Murah Rezeki Panjang Umur Najib dan Rosmah.Contoh Melayu Berjaya d Dunia!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2014 at 10:20 PM

Tolonglah jangan minta idea atau penyelesaian yang lebih menyeluruh.... dah akal dia takat tu je, jadi itulah saja yang dapat dia berfikir bersama dgn para penasihat jutawannya...

....................
Reply To This Comment ...................
October 3, 2014 at 10:32 PM

br1m utk satu keluarga, bila harga barang2 naik, tiap2 kepala kena bahana.

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
October 3, 2014 at 10:36 PM

Matlamat Najib TETAP mahu hapuskan subsidi minyak. Sekarang aku dah faham kenapa dia tarik 20 sen sewaktu harga minyak semakin turun. Cuma cara Ahmad Maslan, menteri cap ayam dan KJ bagi penerangan memang layak dapat gred F.

Katalah selepas ini harga minyak turun lagi antara 10% hingga 11% (harga sekarang RM 2.58), ini dengan sendirinya menghapuskan terus subsidi minyak. Dah tak ada subsidi = negara jimat berbilion-bilion. Dalam hal ini, aku kena mengaku aku bodoh kerana cepat sangat melenting masa mula diumumkan pengurangan subsidi hari tu.

Bila duit berbilion dapat dijimatkan, mengapa kita nak minta hapuskan BR1M? Sepatutnya kita minta supaya nilainya ditambah tinggi lagi. Secara peribadi, RM 1500 adalah nilai yang tidak melampau untuk kita terima pada tahun hadapan (patutlah MCA awal-awal dah minta tambahan untuk sekolah cina). Kalau ambil formula pengiraan pada 5 liter tu, kita masih ada baki RM 780. Kalau 7 liter tu pula, kita ada baki RM 500.

Untuk kali ini, aku akui Najib buat smart move (tapi undi belum tentu kepada BN. Banyak perkara lain yang kerajaan @Najib masih gagal teruk). Sekarang aku tunggu kenaikan 100% duit bantuan persekolahan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 4, 2014 at 12:20 PM

Bro Din....jomlah buat gerakan rakyat tekan ah jib gor/boeing letak jawatan. Lg teruk dan bodoh dr tun samdol!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 4, 2014 at 2:36 PM

smart move apekebendanye?

baik dia tunggu je harga minyak turun terus hingga menyamai rm 2.10 seliter. confirm kerajaan untung berbillion2 jugak..tapi yang baiknya takde chain reaction terhadap kenaikan kos hidup yang lain..itu pun saudara tak faham ke? aduhai..

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
October 6, 2014 at 12:04 AM

Harga barang/perkhidmatan naik bukan semata2 disebabkan kenaikan harga minyak. Ada banyak faktor perlu diambil kira oleh ahli perniagaan. Contoh paling nyata ialah kenaikan gaji minimum RM900 yang belum dicampur dengan KWSP dan PERKESO yang menjadikan gaji pekerja kurang mahir mencecah RM1K++ sebulan.

Kalau dahulu boleh digaji 4 orang pekerja maka dengan gaji minimum ni mungkin boleh dengan 2 orang pekerja saja untuk kurangkan kos. Kalau dahulu boleh ambil rakyat tempatan maka sekarang mungkin digaji rakyat asing yang sanggup bekerja lebih masa dengan kadar gaji minimum.

Kenaikan minyak 20sen memang tak memberi kesan yang besar tetapi ditambah faktor lain yang tidak mesra dan merugikan perniagaan akan memberi kesan kepada pengguna.

BRIM pada saya perlu diteruskan untuk yang layak. Kategori layak ialah kepada orang susah yang bekerja bukan yang meminta2. Orang susah yang bekerja dengan pendapatan kurang RM3K perlu dibantu. Begitu juga usahawan yang mahu kembali bangkit dari kegagalan namun disenaraihitam atau muflis. Dari biarkan mereka pinjam ah long lebih baik bantu mereka ini. Jangan pula serah pada apek dan nyonya yang datang ambil duit BRIM naik mercedes....

Kerajaan tak perlu gunakan alasan nak tingkatkan BRIM atau perbandingan harga minyak di negara lain. Mungkin jika sebab hendak bagi bonus kakitangan kerajaan maka jangan bimbang jika dengan pemberian ini produktiviti dapat ditingkatkan dan peniaga akan tersenyum juga sebab wang bonus dibelanjakan juga akhirnya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 6, 2014 at 6:33 AM

Dah bertahun subsidi dirasionalisasikan (dipotong) dan brim diberikan. Malah nak ditambah lagi pada 2015. Bila semua dah habis dirasionalisasikan, adakah brim akan diteruskan? Anda semua masih nak percaya kata2 politician?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 6, 2014 at 10:06 PM

betul ker kat luar negara, orang yang tak kerja tapi ada anak-anak boleh dapat duit tiap-tiap bulan dari kerajaan??? kalau betul, kenapa kerajaan di luar negara buat macam tu??? kan lebih baik mereka bagi subsidi petrol kat rakyat mereka??? kenapa mereka tak ikut macam negara kita, bagi subsidi petrol kepada rakyat, lepas tu barang tak naik dan rakyat mereka boleh beli barang dengan harga yang murah....pelik kan...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 25, 2015 at 3:31 PM

i am married with 4 little children (eldest still in kindergarten age of 6). my household income close to RM5000. so not entitle for BR1M or BB1M.
my friend also married but with no children. household income RM4000. so entitle for BRIM amount RM750.

my household total income for a year is RM60,000
i spend in a month for my children only:
1. Kindergarten (RM150 x 2 kids) = RM300
2. Nursery / Daycare (RM190 x 2 kids) = RM380
3. Milk (RM23/ packet x 20 packet/ month) = RM460
4. Pampers (RM35/ packet x 5 packet/ month) = RM175
5. Others (like milk bottle, teat, medical treatment, etc..) per month = estimate at RM500

so, total here is RM1,815 per month (could be more or slightly less).

so, total for a year here is RM1,815 x 12 = RM21,780.

this would make my actual total household income for a year is RM38,220 (RM60,000 - RM21,780) rather than RM60,000.

please bear in mind that this is still not include expenses for utilities bills, house loan, car loan, etc..

on the other hand, my friend's total household income for a year is RM48,000 + RM750 (BR1M) = RM48,750.

There is a huge different of RM10,530 for a year.

imagine, how nice if people like me can get the BR1M and BB1M??
how relieved i am??
worse, i have to pay taxes (PCB) every month.
even when there is an excess of the income tax, i only get back a few hundred of the money returned (still, the money returned is my own money, not additional money gave by the government).
And still the money returned is not even closer to reach the huge different of RM10,530 above.

but for my friend, they do not have to worry on expenses for children because they have no kids.
even greater if they still live in their parent's house that makes them not to worried about house loan to be paid too.

even sweeter, i have work hard and deserve to earn my current salary.
but for my lucky friend, who has less working experience than me, and lower qualification than me, can easily get RM750, courtesy by the government.

don't know who can help for group of people like me.... ?????? :-(

thanks for reading my expression of feelings anyway!

Post a Comment