........... HOT ! Zahid Sokong Sekolah Satu Aliran - TAHNIAH !! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

HOT ! Zahid Sokong Sekolah Satu Aliran - TAHNIAH !!

Tuesday, October 21, 201417comments



Sudah sampai masanya hanya sekolah satu aliran diwujudkan dalam sistem pendidikan sekarang demi mencari titik perpaduan dalam kelangan rakyat bermula diperingkat persekolahan lagi.

Menyifatkan cadangan itu sebagai pandangan peribadi dan bukannya mewakili kerajaan atau parti, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, jurang pelebaran antara kaum di negara ini sekarang semakin meluas kerana aliran persekolahan tidak diperbetulkan sejak awal lagi.


Katanya, beliau setuju dengan pandangan bahasa ibunda kaum masing-masing perlu diajar tetapi langkah itu biarlah setakat disekolah rendah sahaja dan apabila melangkah ke sekolah menengah, aliran pendidikan kebangsaan perlu dihayati semua pihak.


"Lupakanlah dari negara mana asalnya kita kerana sekarang ini kira rakyat Malaysia. Di mana bumi kita dipijak disitu langit dijunjung," katanya.- Utusan.

.

Walaupun Zahid sebut satu aliran itu harus bermula dari sekolah menengah, namun itu sudah satu permulaan yang baik. Secara logiknya, jika sekolah vernakular di akui menjadi faktor utama polarisasi kaum maka seharusnya ia dihapuskan terus .... bermula dari tadika lagi kemudian sekolah rendah seterusnya ke sekolah menengah seharusnya berkonsepkan SATU SEKOLAH sesuai dengan konsep SATU MALAYSIA.


Nampak sangat yang pereka 1Malaysia sendiri blur dengan apa yang direkanya !



Sayugia pemimpin Umno bawa usul Perpaduan Kaum untuk dibahaskan dalam PAU akan datang mengambilkira ketegangan kaum yang tidak kunjung padam. Dalam itu dimasukkan isu sistem persekolahan vernakular sekarang yang diumpamakan sebagai kilang rasis yang saban tahun menghasilkan produk tak reti bahasa.

Pedulikan kenyataan ahjibgor yang mempertahankan sekolah cina baru ni.... Siapa lebih Besar - ahjibgor atau Negara ? Mana lebih penting - ego ahjibgor atau Perpaduan Nasional ?


Oya, TAHNIAH Datuk Seri Zahid  kerana berani memperkatakan yang benar !

SATUUUUUU ....... SEKOLAAAAAH ! !

Share this article :

+ comments + 17 comments

....................
Reply To This Comment ...................
selfie
October 21, 2014 at 8:02 PM

Eh..perhimpunan agong umno dah nak mula rupanya..patut la zahid bersuara..hmmm..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 21, 2014 at 8:06 PM

Saya dengar bunyi tong besar yg kosong sedang dipalu dgn kuat. Ahli umno akan bersorak kuat, ah jib gor tak bunyi lagi. Kalu presiden umcno berbunyi, zahid terkuncil, tong kosong jadi tin sardin kecil yg berbunyi. Mana zahid beraniiiiiiii cakap kalu ah jib gor kata dah ada dlm perlembagaan. Setakat bunyi tong kosong, kita dok bunyi sentiasa. Setakat tahap kita jer bunyi tin kosong. Ni naib presiden calon undi terbanyak, menteri dan ahli parlimen, bekas ketua pemuda lagi, tapi cakap tarak isi, kosong kosong kosong

....................
Reply To This Comment ...................
October 21, 2014 at 8:11 PM

Kosong ke sardin ke, kita tengok macamana Zahid berdepan dengan cina kiasu, dongzong dan penaung sekolah cina ahjibgor !

Kena sokong kalau Zahid bertegas.... tapi kalau zahid mengalah dan buat airturnback, kita balun dia !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 21, 2014 at 9:08 PM

tu bunyi kasi sokongan tu. sebab zahid ni selalunya air turn back la. dia punya panglima, mungkin baca dan kasi input, harap dia tak minta maaf, tapi berat dah terasa macam u turn besar ni, sebab dah dekat pau ni. kasi orang lupa apa yang dia cakap dulu dan jangan ungkit balik kisah lalu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 21, 2014 at 9:39 PM

Tau takpe...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 21, 2014 at 9:41 PM

Jom, aku ikut...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 21, 2014 at 9:46 PM

1 malaysia...1 malaysia. Ulang2 dh beribu kali. Tp nk buat sekolah 1 malaysia tak berani. Apa la ahjibgor ni. Dia sendiri blur dgn konsep 1 malaysia. Konsep ciptaan sendiripun blur, apatah lg pasal perlembagaan. Ada ke patut dia kata sekolah vernakular ada dlm perlembagaan. Mengarut apa pm kita ni....

....................
Reply To This Comment ...................
October 21, 2014 at 11:29 PM

Zahid buat kenyataan. Gelombang nya mana ? Dari mula lagi kita sudah war-warkan sekolah satu aliran dan setiap kali itu pula Najib beri jaminan kepada cina bahawa sekolah vernakular tetap di teruskan. Malah sokongan bantuan kewangan di berikan.

Jika Najib diam, biar gelombang tentukan, pasti vernakular di hapuskan demi aspirasi 'bernegara' susah senang bersama.

PAU bangkitkan isu ini. Jika tidak kemelut yang di hadapi sekarang akan menemui jalan buntu. Bila buntu, ramai bertindak jadi hantu kelak.

Undi cina usah di harap dalam keadaan MCA dan Gerakan kosong nilai kepada cina tiada nilai juga kepada BN kerana bermuka-muka, agak keterlaluan sehingga mereka menolak Umno !

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
October 22, 2014 at 12:05 AM

PAU dah dekat! Undi tertinggi pasti dapat!

Ramai pemimpin UMNO suka cakap berdegar2 tapi apek tongsan kutuk bangsa sendiri pun tak berani nak sanggah. UMNO jadi pak turut MCA/Gerakan, parti2 yang tak menyumbangkan apa2 pada BN. Sama juga macam PAS yang menikus dengan DAP.

Saya amat berharap ahli2 UMNO yang akan berucap BERANI menyatakan yang BENAR. UMNO perlukan pemimpin yang KUAT imannya bukan yang terlalu suka mengikut telunjuk dan mengikut arus liberal yang akhirnya di bawa arus liberal itu sendiri.

Selepas berucap dengan segala macam usul maka eloklah dilaksanakan terus usul2 yang baik tersebut.

Saya tunggu usul supaya diadakan 1Sekolah. Ini kerana ia amat menepati konsep 1Malaysia yang dibawa oleh PM 1Malaysia. Saya tunggu siapa yang BERANI.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 22, 2014 at 1:29 AM

Kah...kah....bagi aku zahid bukan orang untuk kita berbaik sangka....

Mari kita bertaruh tuan penyu.....siapa yang betul!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 22, 2014 at 1:41 AM

Vernakular satu hal. Tapi secara diam-diam Zahid perlu menggempur semua pusat ekonomi hitam kaum cauvinis ni supaya dana yang disumbangkan untuk menjatuhkan Melayu merosot dengan teruk.

Percayalah, jika penguatkuasa istiqamah mengadakan serbuan demi serbuan dengan penuh integriti di segala punca ekonomi gelap ni, DAP akan tumbang menjelang PRU14.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 22, 2014 at 12:13 PM

Mungkin Zahid ada makrifat yg jangkahayat Najib nak expired,dia cuba positioning awal- awal secara lembut(ingat dia kata pendapat peribadi) takle nampak mcm lawan tokey,tapi akar umbi dah mula melihat ke arah dia,ini politik cerdik,Hisham je slow nak baca akar umbi,mcm ajibgor.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 22, 2014 at 4:05 PM

bro din, xkan x biasa dh nk dekat pau, dtg lah dato zahid dgn perjuangan akar umbi dia. lepas pau senyap balik.

melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 23, 2014 at 8:18 AM

Salam DIn, sorry to say pemimpin UMNO banyak cakap dan banyak idea tapi 'MISSI' elek padekek. BRIM, 1Malayisa dan lain lain masuk kocek kiri keluar kocek kanan masuk pulak kocek kiri keluar kocek kanan, merry go round!

....................
Reply To This Comment ...................
October 24, 2014 at 3:47 AM

"Pandangan peribadi" katanya....
Makanya tak kan beliau memperjuangkan satu sekolah untuk semua!

Apa dah jadi pemimpin UMNO sekarang?
Semua dayus belaka..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 24, 2014 at 10:28 AM

Yang lebih penting ialah akta hasutan melindungi hak istimewa bangsa melayu dan ia dinyatakan dengan jelas dalam perlembagaan malaysia.
Akta keharmonian hanyalah akta ketidakpatuhan bukanlah suatu kesalahan seperti akta perhimpunan aman.
Akta keharmonian juga tidak menjaga hak istimewa bangsa melayu.
Akta keharmonian tidak dinyatakan dalam perlembagaan bahawa mana2 ahli parlimen yang mempersoalkan hak istimewa bangsa melayu boleh dituduh dan dijatuhkan hukuman dengan akta keharmonian ini.
Jika mahu ubah perlembagaan mampukah umno melakukannya ...
Aku yakin ianya amat tidak mampu untuk dilakukan ...
Fahamkah ah jib gong blur tentang kaitan antara akta hasutan dan perlembagaan malaysia. Sedangkan dengan yakin dia berkata sekolah vernakular dijamin oleh perlembagaan ...
Kat mana dia belajar perlembagaan malaysia ni.
Masalah dengan ah jib gong blur ni cuma satu ... ahli umno terlalu menyayanginya walaupun dia mahu hapuskan hak istimewa bangsa melayu dengan menghapuskan akta hasutan. Mungkinkah orang umno tidak mahu lagi hak istimewa bangsa melayu ... jika itulah kehendak ahli umno apa yang terbaik ialah kekalkan ah jib gong blur dan ubah nama umno kepada umno liberal dengan moto cina diutamakan india didahulukan melayu dipinggirkan ... tidak perlu lagi slogan hidup melayu ... buang sahaja slogan itu ke dalam laut ...

....................
Reply To This Comment ...................
lufang
October 25, 2014 at 4:37 PM

Wa tatak pecaya ini UMNO menteli cekap lea aa , ini semua cekap ikut itu musim maa aa , selupa itu dulian loo rr .

UMNO punya menteli cekap ,stak tak leh respect lagi maa aa,

Post a Comment