........... Dalbinder DiSiasat Bawah Akta Hasutan .... Apa Bezanya Kenyataan Beliau Dengan Kenyataan MP Alor Star ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Dalbinder DiSiasat Bawah Akta Hasutan .... Apa Bezanya Kenyataan Beliau Dengan Kenyataan MP Alor Star ?

Wednesday, October 1, 201411comments

Satu berita yang menceriakan pagi .... anak saudara Karpal, Dalbinder Singh di siasat di bawah Akta Hasutan kerana mempersoalkan hak bumiputera dan institusi beraja.


Mkini

Tak pasti adakah mesej2 beliau di bawah ini yang dijadikan bukti tapi kesemuanya berunsur hasutan !


Teringat saya kepada berita minggu lepas dimana MP Alor Star ahHsiao ada mengeluarkan kenyataan yang pada saya turut berbaur hasutan terhadap institusi beraja bila beliau menyarankan MB Azmin melakukan Reformasi Perlembagaan Selangor bagi mengelakkan krisis perlantikan MB Selangor berulang.

Tidakkah itu lebihkurang jer bunyi dan maksudnya dengan mesej dari Dalbinder .... Yakni menghapuskan kuasa Sultan dalam memilih MB ? Atau mempertikaikan hak dan kuasa Sultan dan menjadikan Sultan tidak lebih hanyalah patung dalam pentadbiran negeri masing2 ?


Bahaya saranan dari ahHsiao itu !

Mujurlah ada Akta Hasutan yang mampu mengekang suara2 sumbang sebegitu dari membiak. Bayangkan jika Akta Hasutan tiada .... suara2 biadab sebegitu akan menjadi halwa telinga kita setiap hari ... mempertikaikan segalanya mengenai Hak Bumiputera, status Agama Islam dan kedudukan Raja2.


Satu perkara penting yang perlu kita lihat - Siapakah jenis orang dan ungkapan jenis yang bagaimana yang dikaitkan dengan Akta Hasutan ?

Kebanyakannya terdiri dari mereka yang terlibat dengan politik dan ungkapan yang berkaitan dengan ugama, bangsa dan Raja2. 

Majoriti rakyat biasa dalam keadaan hidup seharian yang normal tidak perlu risau atau ambil pot pun dengan kewujudan Akta Hasutan.

Kehadiran Akta Hasutan terbukti menjaga keharmonian hidup seharian majoriti rakyat biasa dari dihuruharakan oleh segelintir kecil rakyat yang tidak ada kerja lain selain menganggu hidup normal masyarakat demi kepentingan mereka sendiri.

Adakah anda selalu membebel tentang ketidakadilan Hak Istimewa Bumiputera ?

Adakah anda selalu mengungkit kuasa Raja2 Melayu ?

Adakah anda selalu mempertikaikan status agama lain ?

Apakah anda sering mempersendakan hal2 berasaskan perkauman ?

Jika tidak, anda tidak perlu risau pun dengan Akta Hasutan !

Share this article :

+ comments + 11 comments

....................
Reply To This Comment ...................
October 1, 2014 at 10:49 AM

Botoe (he..he.. betul) DT.

Ayam berkokok pagi - tanda nak siang

Ayam berkokok siang - org tua2 kata ayam nampak malaikat datang...

Ayam berkokok siang malam ? Jawaban nya, memang patut sembelih buat masak rendang !

Alhamdulillah, Tok Montoghie dah mulo asah paghang....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 1, 2014 at 11:07 AM

Blm tontu laie monteri nk amek tindakan...org melayu ni bab amek tindakan kek bngsa asing ni memmg liat sikit...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 1, 2014 at 12:03 PM

Ditahan je tu....kemudian tarikh perbicaraan 20 tahun kemudian.....tambah 10 tahun Lagi untuk disabit kesalahan....!!!harap gani patail masih hidup time tu.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 1, 2014 at 12:05 PM

"Adakah anda selalu membebel tentang ketidakadilan Hak Istimewa Bumiputera ?
Adakah anda selalu mengungkit kuasa Raja2 Melayu ?
Adakah anda selalu mempertikaikan status agama lain ?
Apakah anda sering mempersendakan hal2 berasaskan perkauman ?
Jika tidak, anda tidak perlu risau pun dengan Akta Hasutan !"

Sekadar tambahan...
"Adakah anda mempunyai sebarang kepentingan?"
Jika ya, anda perlu menyokong Akta Hasutan dihapuskan! Anda perlu memastikan akta tersebut dihapuskan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 1, 2014 at 2:16 PM

sepatutnya dari dulu lagi akta hasutan dipraktikkan. bila dah jadi hampir tidak terkawal barulah dengar tangkap sana dan tangkap sini.

....................
Reply To This Comment ...................
October 1, 2014 at 3:11 PM

Takpo, ado lah brek sikit sikadok naik junjung tuu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 1, 2014 at 4:18 PM

Masalah dengan polis kita ni...bila melayu ja tak yah buat repot polis pun dia sendiri ambil tindakan...tapi bila tang cina kena ada report dulu baru nak ada tindakan...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 1, 2014 at 5:32 PM

anon di atas nie, berfahaman sosialis ke? Amalan sosial ekonomi anon di atas jenis kapitalis.Pandangan saudara jenis sekular(berteraskan ilmu sejagat).Berceramuk pemikiran orang melayu seperti saudara nie.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 1, 2014 at 6:07 PM

Soalan bagi yang bertanya.Adakah anda berfahaman sosialis atau kapitalis atau komunis?.Adakah anda yakin dgn bersikap libreal dan pluralisme dapat mengawal sepenuhnya tingkah laku manusia.Adakah anda yakin dengan hukum syariah?.Adakah,anda bersetuju akta pencegahan yang di ilhamkan dari inspirasi syariah islam dpt mengekalkan kesejahteraan dan keamanan negara dlm konteks mengawal tingkah laku manusia.Apakah hukumnya, kita melanggar perlembagaan negara yg termaktub dlm perjanjian di dunia ini?.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 1, 2014 at 7:29 PM

Din minyak naik....I LOVE NAJIB

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 1, 2014 at 9:17 PM

Senang je nak patahkan cakap singh ni, Tanya dia, kalau kat India ada harapan ke Melayu jadi PM? Tak payah Melayu la, ada harapan tak India Muslim jadi PM? Dah memang adat sesebuah Negara mempunyai PM dari kalangan majority. memamng benar penghasut seperti dia dibasuh cukup-cukup. benci betul diaorang dgn orang melayu ni.

Post a Comment