........... Kemaskini - APA ? Minyak Naik 20 Sen ? ? Berita Gembira - Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 6.4% Terbaik Di Dunia ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kemaskini - APA ? Minyak Naik 20 Sen ? ? Berita Gembira - Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 6.4% Terbaik Di Dunia !

Thursday, October 2, 201478comments

KEMASKINI 12:16 am - Apa ? Minyak Petrol Ron 95 dah naik 20 sen ?

Patutlah 2-3 komen masuk maki hamun jer ( saya terpaksa padamkan ... anda tahu adab mengomen di sini kan ? )

Jadi tak kena lah artikel asal di bawah ni ya ? Sori la .... ingatkan nak kongsi berita gembira....

hmmmm .... jadi takder maknanya pertumbuhan naik 6.4% antara terbaik didunia kalau subsidi 20sen pun tak boleh diteruskan. Takat menang sorak jer la ... itu jer Najib tahu. 

Najib ni tahu ke apa sebenarnya yang rakyat mahu ? Gaji tinggi tapi kuasa membeli menurun nak buat apa. Gaji tinggi tapi makin payah nak miliki rumah pun nak buat apa.

Apakah ini harga Transformasi Najib ?

Baru ni naikkan BR1M rm300 ..... Takder maknanya .... Saya percaya, jika kenaikan itu dijadikan alasan untuk naikkan minyak petrol dan diesel 20 sen, pasti kena maki ngan rakyat !

Rakyat pun dah mula pertikaikan BR1M... baik takder BR1M kalau begini jadinya ekonomi rakyat.


Kalau setakat 20 sen minyak rakyat tak bengang mana ( yang banyak guna minyak memang bengang la ! )... yang dirisaukan adalah kenaikan harga barang sebagai kesan kenaikan 20sen itu. Apakah kerajaan berani jamin tidak akan ada kenaikan ?

Satu lagi .... kenapa tindakan kali ini nampak macam desperate / terdesak jer .... ada apa2 ker yang disorokkan ? Ahlong kejar ke ?

Oya, kenapa masa Prk Pengkalan Kubor baru ni tak diumumkan benda ni ? Barulah boleh tengok apakah pengundi Pengkalan Kubor menyokong dasar2 Najib....


                                                 **********************************
.

PS - Pasti semua rakyat menyambut berita gembira ini dengan hati yang girang ....

TAHNIAH Najib !

Pastinya kerajaan akan berkongsi pertumbuhan pesat 6.4% itu bersama rakyat...

Share this article :

+ comments + 78 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 1, 2014 at 11:49 PM

Aha, ye la tu....sambut dengan minyak naik 20sen....khakputuih

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 12:12 AM

Kerajaan BN Kerajaan Hampeh Punah Ranoh....Kerajaan Boneka Obama..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 12:30 AM

NAIK MINYAK 20 SEN JADI NEGARA MAJU...

WOOOOOOOWWWW!!!!

Mana Muhyiddin nieeeh

....................
Reply To This Comment ...................
October 2, 2014 at 12:41 AM

berita ini sangat mengembirakan saya....!!!!saya harap tuan penyu juga!!!

....................
Reply To This Comment ...................
October 2, 2014 at 12:44 AM

@parang terbangSuka Sangat !!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 1:02 AM

Parah mcm ni. Dia x kaji ke harga brg2 pasni melambung tinggi. Cmne nk idup bg yg brpendptan rendah. Najib minyak naik 50 sen pon ok sbb kerajaan tanggung. Mmg la dia x rasa sbb semua kerajaan tanggung. Bg dia dgn rosmah rasa tgok hidup gaji bwh paras 3k. X menggelupur buln2 nk byr bil2,umh,kete susu ank. Tu pun kira ok sbb ank dia dh besar. X yah la bantuan brim. Sama gak harga brg naik. Tolong mas dr lingkup last2 rakyat yg tanggung. Kerajaan najib byk bazirkn duit. Tgok laporan audit sakit je hati. Jgn sbb kes seludup bahan api nk jadikn alasan minyak naik. Penguatkuasaan rapuh...org dia sndiri yg terlibat tu sbb byk bocor minyak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 1:10 AM

yaaaaaaaaaaa hooooooooooo berita gembira minyak naik!!!!!
apakah kita hanya gembira bila dapat berita gaji naik,pangkat naik,elaun naik,bonos naik dan pelbagai kenaikan yg menguntungkan kita saja?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 1:11 AM

Kesan berpanjangan harga petrol naik ni alamatnya aku sekeluarga kena sesuaikan makanan harian dgn pendapatan membawa teksi sewa yg tak menentu masa ni le nampaknya, mungkin lepas ni kena banyakkan makan lempeng tepung gandum daripada makan nasi, itu pun berlaukkan telur.
Harap-harap anak-anak aku dapat sesuaikan tekak mereka dgn menu baru ni.
Apa boleh buat kerana negara nak dinaikkan taraf, tahan sajalah ...
Pada aku sekeluarga, negara ni negara maju ke, negara tak berapa maju ke, sama saja, pendapatan bawak teksi sama je tak banyak berubah, yg berubah jumlah perbelanjaan, makin hari makin bertambah. Sebabnya mudah - kira-kira cakapnya, dulu penumpang tunggu teksi, sekarang teksi tunggu penumpang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 1:12 AM

Inilah sebab kenapa sy masih menyokong Najib sbg PM..kerana sy sgt gembira nendengar kenaikan harga minyak dn harga brg. Tahniah Najib. Anda benar2 mendengar denyut nadi rakyat..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 1:44 AM

Ini semua di sebabkan pembangunan koridor ekonomi di johor,serawak dan sabah.Too much...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 2:13 AM

Yang penting dalam powerpoint presentation Idris Jala pendapatan per kapita 33k,Pertumbuhan 6.4%, pendapatan perkapita antara pak hamid gurkha dan Tan Sri Robert Kuaok dlm 25bilion,hebatkan

....................
Reply To This Comment ...................
October 2, 2014 at 2:16 AM

Ketua muda umno mana heran isu minyak naik nih...naiklah Rm 10 seliter twk jadi hal punya...lg keluar keta menjalar 2,..silap2 heli pun ada

....................
Reply To This Comment ...................
October 2, 2014 at 2:40 AM

Banggang punya decision.
Harga minyak dunia turun, kerajaan naikkan pulak harga pengguna. Harga barangan harian, sudah tentu naik juga.

Dekat nak Raya Haji pulak tuh. Bila ramai nak jalan jauh, balik kampung. Lagi sesak la jalan lama yang tak bertol.
Rakyat didahulukan, kepala b**** aku.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 2:58 AM

diorang ni syok sendiri ... sendiri kira .. sendiri umum .. sendiri sokong .. sendiri gembira.
sendiri mau ingat

....................
Reply To This Comment ...................
Samah
October 2, 2014 at 3:17 AM

Najib menggali kubur politiknya sendiri.. tak sudah-sudah dari satu isu ke satu isu.
Najib mempopularkan dirinya melalui kaedah songsang.. sama sahaja Najib dan Anwar, dua2 manusia yang tak henti menyusahkan hati rakyat... selepas menjerut rakyat dengan polemik Akta Hasutan kini si Najib menyambung isu lagi..

Style Najib...Retorik tak habis2.. cakapnya membosankan zero impact... jerit je kuat mcm org yang tidak sempurna akal..
Tun M dlu rasanya tak pernah dengar atau perlu jerit2 tapi kerjanya cekap..bijak. Negara ditadbir tersusun, maju.. rakyat displin.. jenayah terkawal.

Najib, baginya ialah khayalan semata2. dan mengheret UMNO BN dlm politik bodohnya. Kerana nyamuk banyak so kena bakar kelambu?
Konon kerana seludup minyak subsidi berleluasa maka subsidi mesti dihapus?
Bagaimana hasil bumi petroleum dirasai rakyat, dengan retorik disalurkan pada pembangunan lain kononnya? penuh tipu helah..

Kerana penyeludup di kalangan anggota kerajaan sendiri yg kuat makan rasuah, sama seperti jerung2 dalam Jabatan Kastam DiRaja (mencemar nama DiRaja sahaja) maka rakyat yg dihukum?
Bukankah Najib yg wajar dihukum kerana lembik..lemah dan bodoh dlm menguruskan negara sehingga gagal menguatkuasakan undang-undang pencegahan?

Tapi, pada masa yang sama Cina Kiasau dan suara2 Cina DAP laknat yan menolak serta menghinanya serta UMNO diangkat dijilat tak sudah2.. Melayu yang mengundinya hanya diberi layana sekadar ala..

Najib, tunggulah PRU14, jika TS Muhyiddin tak ganti kau.. makan akan lihatlah BN akan tumbang dan parti alternatif lain akan muncul dan yang pasti bukan Pakatan Haram,

Keadaan sekarang sama shj Najib, punasehat dan puak2 Pakatan Haram.. jembalang2 yg menyelubungi rakyat ini ada dlm kedua2 BN dan PR, akhirnya rakyat tersepit

Tolak Najib.. manusia lembik lemah dan bodoh dlm memerintah! Najib mungkin proksi kuasa asing yang mahu melihat negara rosak dan kucar kacir seperti di negara Timur Tengah.

Najib sengaja melancarkan agenda memperbodohkan rakyat, bila rakyat tertekan akan bangkit dan melawan, akhirnya akan berlaku konflik tiada kesudahan antara rakyat dan kerajaan.. apakah najib merupakan talibarut asing, seperti Amerika dan Obama?

....................
Reply To This Comment ...................
Ahamad
October 2, 2014 at 3:23 AM

Cuba lihat kepala otak senget Najib ni?
Dia terhegeh2 nak beri BRIMM sedangkan rakyat tak berapa perlu pun. Sebab tak beri BRIMM takkan naik pun harga barang.

Tapi bagi BRIMM kemudian naikkan harga petrol diesel, confirm semua kesan rantaian akan naik, orang yang dapat BRIM dan yang tak dapat BRIMM semua akan sengsara..

matematik apa yang Najib laknatullah ini pakai? atau Najib trojan horse kuasa asing dan musuh2 Islam yang cuba nak wujudkan pergolakan politik di rantau dan negara Islam ini? Bila rakyat tertekan akan berlaku protes, bila protes akan dibalas dengan tindakan, negara akan mula jadi kucar kacir dan runtuh sama seperti negara2 timur tengah.

Semua negara ini bergolak kerana sikap pelik dan zalim pemerintah yang tak masuk akal seperti bibit2 yang dibawa oleh Najib Laknatullah ini..

jadi apakah tindakan kita sebagai rakyat?? terima shj dan dibuli oleh Najib? Cina yang kenyang dan seronok kerana inilah peluang mereka naikkan harga barang secara berlebihan, sudah tentu untung mereka berganda.. rakyat tiada pilihan..

Najib.. perosak.. balasan Tuhan akan tiba buatnya..

....................
Reply To This Comment ...................
October 2, 2014 at 5:19 AM

Inilah hadiah hari raya korban untuk rakyat.. Bila lagi rakyat nak berkorban untuk negara.. Selamat beramal..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 5:22 AM

M@Anonymous

Macam perli bunyinya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 6:36 AM

najib sengaja nak kalah PRU14. dia nih sememangnya nak kuburkan UMNO dan memusnahkan Melayu. dengan kenaikan sebegini ditambah lagi dengan kenaikan barang barang lain kelak, pastinya bukan saja orang Melayu saja malah semua rakyat akan marah. pembangkang akan mengambil peluang sebegini untuk dijadikan isu memberci kerajaan.. malang sungguh UMNO kerana walau pun ahli didakwa bertambah tapi sokongan akan terus merosot.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 6:46 AM

Saya gembira dengan kenaikan harga minyak ini. Kini, saya tidak perlu lagi bersusah-payah beratur dan berebut-rebut nak mengisi minyak.

Ini kerana saya tidak lagi menggunakan kereta atau motorsikal. Alternatif yang saya gunakan ialah menggunakan basikal sahaja. Bukankah kerajaan nak kita sihat ? Berbasikal ke tempat kerja adalah salah satu caranya.

Selepas ini saya akan biasakan diri jugak untuk menaiki pengangkutan awm seperti bas. Kerajaan jugak menggalakkan kita menaiki pengangkutan awam untuk mengelakkan kesesakan jalan raya.

Nampaknya negara kita betul-betul nak menjadi negara maju. Apa tidaknya kerana di Jepun, rakyatnya kebanyakannya berbasikal dan menaiki pengangkutan awam ala-ala LRT. Kan bagus tu sebab dah takde lagi pencemaran asap daripada ekzos kenderaan. Cadangan saya ialah supaya kerajaan mengurangkan harga kereta elektrik dan motorsikal elektrik sehingga ke paras yang mampu dimiliki oleh semua orang. Barulah dikatakan kita mempelopori teknologi hijau. Lepas ni kita kasi bangkrap semua stesen minyak seperti Petronas, Petron, Shell, BHP dan Destina.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 6:54 AM

sangat sangat sangat sangat gembira dan bahagia kerana kita undi BN dan sila teruskan rakyat sangat bersukacita dengan kenaikan ini 1M 1M 1M YAHOOO 1 GEMBIRA

....................
Reply To This Comment ...................
October 2, 2014 at 6:59 AM

Harga minyak dunia turun..tapi ron97 tak ditunkan pun harganya..nmpk sgt kerajaan skrg betul2 clueless

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 7:10 AM

Tak mustahil Najib menjadi trojan horse utk pihak luar menjatuhkan negara Islam Malaysia ini seperti negara2 Islam lain. Persoalannya adakah Najib sendiri sedar atau tidak..

Banyak sangat benda tak kena pada masa tak kena, maknanya ada seseorang yang tak kena!

That's it. Time to go.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 7:12 AM

Belajarlah ikat perut.....

....................
Reply To This Comment ...................
dontortoise
October 2, 2014 at 7:12 AM

Patut pun menteri2 dok heboh kononnya gaji rakyat rm5900 sebulan..rupa2nya nak naikkan minyak..
so..klu xsilap..skrg baki subsidi hanya tinggal 28sen seliter..note that

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 7:25 AM

BRIM punya pasal.. hadoiiiii.... cuba la buat survey sikit.. rakyat prefer harga minyak naik atau BRIM tidak lagi diberikan. Aku rasa kompem 90% ckp tammo BRIM. Sebab bukan takut naik 20 sen tu.. tapi chain reaction terhadap kenaikkan tu pada harga2 barangan lain yg tak mampu nyer nak ditampung dengan BRIM seciput itu.. adehhh..

Eh kalau ada mana2 parti baru yang boleh percaya sikit tokoh kepimpinannya.. gerenti boleh menang lah next pru ni.. Semua orang tau pembangkang memang tak boleh pakai. Kalau masa zaman pak lah dulu tak ada alternative maka orang undi pembangkang. Bukan nak sangat undi mereka tapi sebab tanda protes pada kerajaan pada ketika tu jerr...

Jadi kalau ada parti baru nak berkuasa.. inilah masanya.. kemungkinan besar aku undi korang!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 7:42 AM

tak setuju dengan kenaikan ni...sgt membebankan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 7:57 AM

Pelik. Kenaikan berlaku waktu kedua-dua PM dan TPM tiada dalam Malaysia. Apa ni patut salah sorang mesti dalam dalam Negara. Kalau TPM pergi haji, jangan la PM pulak yang gatal berjalan-jalan.

Mulai sekarang, parti alternatif Melayu perlu bersiap sedia untuk PRU14. Jangan kata tak cukup modal. Rakyat ternanti-nanti alternatif yang berani perjuangkan Islam, Melayu dan raja-raja Melayu asalkan bukan PKR. PAS boleh difikir-fikirkan lagi kalau tak sanggup lagi jadi barua!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 8:08 AM

Usaha nak menjatuhkan PM dah bermula dengan Kenaikan Harga Minyak. Great Job guys.
Expected harga baru Teh Tarik Rm1.50, Roti Canai 1.50 tapi tak pe BN akan gerakkan penguatkuasa untuk mengatasi masalah harga naik dont worry. Last sekali naik juga tak pe penguatkasaan sedang dilaksanakan, tapi last sekali naik jugak , Tak pe Penguatkuasan sedang di laksanakan ..... Tapi kan , ramai melayu makan kat kedai kpti tiam tak kisah pun baya harga teh sampai Rm3 cam ok ke plus servise tax lagi. kan kan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 8:08 AM

kalau la tok guru jadi PM pasti nya di doakan pecah perut pada sesiapa yg complain pasal naik minyak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 8:10 AM

@Anonymous

memang betulah rakyat benar benar meraikan kenaikan minyak. ini dapat kita saksikan malam tadi distesen stesen minyak: berderet berderet kenderaan hingga meyebabkan kesesakan dijalanraya. betapa rakyat bersama kerajaan menyambut kenaikan harga minyak. ada stesen minyak yang kehabisan stok. kalau tak salah aku juga nampak DT pun sama sama beratur menunggu giliran.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 8:11 AM

@Anonymous

tak kesahlah apa kamu nak cakap asalkan najib dah terkenal diseluruh dunia. kalan nak ikutkan kamu orang kampung pun belum tentu kenal dia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 8:11 AM

Suruh najib turun pun tak layan punya. Lepas ni kempen, kita sasarkan kepada pengundi parlimen Pekan. Disebabkan anda seluruh rakyat sengsara. Jangan disebabkan anda digula-gula dengan segalam macam projek dan kemudahan dalam parlimen Pekan sahaja, seluruh negara hancur!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 8:14 AM

@Anonymous

majulah tuh namanya. maju kan ker kedepan? takkan nak duduk takuk lama jer. ala naik sikit jer, tak perasan pun. kalau yang merokok, tak sampai pun harga sebatang rokok. kerajaan nak naikkan pun sebab dah buat survey tidak membebankan rakyat. najib kan ker prihatin, sentiasa dengar denyut nadi rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 8:16 AM

@parang terbang

betul! betul! betul! tak sampai pun melebihi harga sekeping belacan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 8:17 AM

@Anonymous

dia dah kaji dan selalu dengar denyut nadi rakyat la tuh. dia kan nak naikkan br1m? dia cakap dapatlah dia bantu untuk merengankan beban rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 8:20 AM

Najib wajib diganti.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 8:21 AM

@Anonymous

takkan pulak yer? takkan nak untung jer, bila kerajaan kuit 20sen jer, mengamuk pulak. tak tau ker kerajaan kumpulkan duit tuh untuk diberikan semula kepada rakyat? sekolah cina dah mintak peruntukan tambahan, mana nak dapat duit kalau tak dari rakyat?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 8:23 AM

@Anonymous

kamu sorang jer yang sokong dan paham najib yang belum terlupa tuk dengar denyut nadi rakyat. aku ucap tahniah pada kamu tapi bukan pada najib.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 8:23 AM

@Anonymous

pulak dahhhhhh!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 8:28 AM

@Anonymous

kamu lagi dahsyat. bandingkan pak hamid dengan robert kwok pulak. napa pulak tak dibandignkan kj dengan pemuda kampung? biarkan pulak kj ajar mereka macamana nak jadi kaya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 8:29 AM

@madmax

mungkin dia ada perigi minyak dibelakan rumah agaknya. sebab tuh tak bising. tak heranlah kalan pakai heli sekali pun.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 8:32 AM

@RD.

itu namanya bijak. mengambil peluang dan kesempatanmengikut keadaan. takperlah tuh. minyak dunia naik nanti, minyak kita turunlah. dia tolong kumpulkan duit kita, baguslah tuh.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 8:35 AM

@Anonymous

dorang dah tau ramai yang tak suka dorang tuh. jadi kena ambek peluanglah kalau nak kumpulkan duit. dorang tak sayang parti dan tak sayangkan bangsa. umno tersungkut, bangsa tergadai, mereka mana ada ambek pusing sasalkan dorng dah senang.

....................
Reply To This Comment ...................
October 2, 2014 at 8:42 AM

Rilek brother, rilek brother....
Nak tengok, harga gula terkesan ke tak...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 8:43 AM

ni projek nak bg bonus 2 bulan gaji kat penjawat awam..gaji naik 1k sebulan...yahoo...kaya dlm angan2 ler aku..naik byk2 lagi...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 8:43 AM

En din...tengok dulu sebelum tulis. Risik dulu harga kangkong tu. Rasa dah turun. Tak puji pun.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 8:45 AM

@Samah

dalam agaknya digalinya, sebab nak masukkan semua kekayaan yang dia ada. antara najib, anuar dan ular, mana satu yang lebih pembelit? najib nih ada pemakai orangnya. cuba lihat masa dia berucap, bila dia tunjuk jer kat langit, orang ramai pun menjerit. kamu ingat senang ker nak buat orang menjerit?

itu bukan khayalan beb, itu betul betul. dia bakar kelambu tuh sebab maalumlah kelambut dah lama, koyak koyak lagi tuh. dia tak perasan yang dia tuh tidur nakal.

beb nak bukak parti baru ker. kamu cakap kalau bn tumbang, parti alternatif lain yang bukan pr akan memerintah? kalau bukak parti lain, tolong hantarkan borang ahli banyak banyak pada aku. boleh juga aku tolong edarkan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 8:46 AM

Aku ni walaupun minyak naik xlah terasa sangat sbb akaun minyak ditanggung syarikat tapi was-was jugak dok pikir tanggungan bulanan. Itu aku...tetapi macammana pulak dgn orang lain yg tidak berkemampuan??? Kesian rakyat...kalau beginilah keadaannya....abih la BN di PRU14 nanti.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 8:46 AM

dah lah hasil minyak dri sabah, hbis tu kat sabah pun naik gak minyak,hbis tu mna ada perubahan umno bawak kat sabah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 8:49 AM

@Ahamad

dian kan nak tambah br1m/ jangan susah bang. duit br1m akan dapat menampung semua kos. takkan pulak tak caya ngan najib bang? kan najib dah cakap janji ditepati? jangan risaulah bang, sama sama kita sokong najib. biarkan dia perintah hingga terlingkup sumernya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 8:50 AM

Najib tak risau pasal rakyat bawahan akan dapat impaknya................yg mngomel kebanyakan berkereta cc 1.8 ke atas...

Kelakar betul puak2 kereta cc besar mengomel macam la makan nasi dgn telor je...apa2 hal tungggu jela...doa2 kuat2 agar UMNO bungkus.

Ingat ya selagi rakyat bawahan menyokong UMNO selagi itu lah Najib boleh buat apa yg dia rasakan betul untuk negara.

Najib ada masa lagi dan dia tahu nak campak mana duit yg dijimatkan...PRU masih lama ...duit bila dah banyak impak baik punya kpd golongan rakyat bawahan...tunggu je la PRU ni jgn ngomel macam orag gila tak makan nasi ya....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 9:14 AM

Tuan din.. dah macam ni apa kata kita buat gagasan hapuskan semua subsidi minyak, gula, petrol dsbg...apa nak takut pendapatan kita isi rumah dah meningkat lebih rm5k k kan..kan..aku dah jadi benci najib sebab aku rasa dia paling bodoh pm

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 9:22 AM

Sekalung tahniah kepada Dato' Seri Najib dan kerajaan Malaysia kerana begitu prihatin kepada nasib kami warga BR1M dengan memotong subsidi petrol dan seterusnya menaikkan harga minyak. Seperti yang dijanjikan oleh Dato' Seri dengan bantuan BR1M ini kami akan dapat menikmati kelazatan pelbagai spesies ikan yang lain kerana kami yang miskin hina ini tidak tahu apa2 ilmu menangkap ikan.

Diharapkan dalam pembentangan bajet 2015 nanti Dato' Seri akan dapat pula memotong segala jenis subsidi ke atas barangan/ komoditi dan memasukkan terus hasil pemotongan yang dianggarkan lebih RM 40 bilion ini ke akaun kami secara tetap setiap bulan. Kami warga yang amat patuh dan setia berjanji akan menjaga kerahsiaan undi kami dalam setiap PRU akan datang.

Brim....brim...brim>>>>slogan baru PETRONAS

Seperti yang diceritakan kepada aku oleh Lubuk Tak Dalam Tapi Ada Buaya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 9:22 AM

Najib pn sama je mcm nuar al jubs..dua2 giler kejar glamer. Aku dok trbayang andainya krisis ekonomi 98 berlaku dn ketika itu ah jib adalah PM nya..dah tentu2 malaysia akn setuju dgn semua cadangan IMF utk buat pinjaman dgn bank dunia dn laksanakan langkah2 yg pasti akn menjerut rakyat sama seperti yg nuar al jubs pernah nk lakukan.

Nuar dn ah jib bukan background ekonomi tp dua2 blagak pandai dgn buat pelbagai peleburan yg jelas merugikan negara. Hasil kerja keras ah jib dn pasukan pemandunya ialah hutang negara bertambah,harga barang makin naik, inflasi meningkat (nilai duit makin kecik), peluang kerja makin susah..last2 rakyat merusuh,ekonomi lumpuh,negara pn melingkup bangkrap.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 9:36 AM

Kalau baca abg din cerita macam la pakar ekonomi..
Bagi abg din kalau ekonomi naik 6.4% maknanya harga minyak kena turun..

Nasib najib tak lantik abg din kalau tak melingkup ekonomi Malaysia...

Macam ni lah Abg Din najib dah kata nak jadi negara maju maka rasionalisai subsidi mesti dilakukan.Kita tengok je la PRU nanti Najib ada masa 3 tahun lagi....

Abg Din ni nak kaya tapi tak nak korban sikit...rileks la abg din esok malaysia kaya kan utk cucu abg din...Banyak ibadat la abg din ekonomi yg diurus UMNO bukan baru semalam dah puluh tahun tahu la UMNO nak bangunkan negara...

Tak pernah lagi UMNO urus negara nak pelingkupkan rakyat...sabar je la tak lama pun.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 9:39 AM

Memang 20sen tu kecik..tp kesan rantaian tu yg menekan rakyat. Biarlah...mungkin Najib lebih rela UMNO dn BN bungkus disebabkan 20sen ni sebab dia pn dh tak kisah apa nk jadi dgn rakuat dn negara... Yg penting kita enjoyyy..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 10:07 AM

bila agaknya bom nuklear nak jatuh yee?......aku dah rimas nie!!!.....

....................
Reply To This Comment ...................
October 2, 2014 at 10:21 AM

Kos sara hidup di Malaysia naik :-

1. Pengumuman projek-projek besar yang hasil nya di nikmati para pelaksana, konSultan, pelabur asing pilihan sendiri. Projek mewah dan termewah. Projek kesejahteraan rakyat yang di rangka ?

2. Tiada lapuran kajian impak jangka panjang. Hanya spekulasi dan pembentangan secara rawak (dan lawak) sehingga 'hasil yang di capai' belum teragih secara 'win-win'. Dulu di dada akhbar2 di beri tahu status sesuatu implementasi dasar, pengumuman kepada awam. Kini 24/7 riuh politik bodoh tidak kesudahan. Tiada amaran dalam perbuatan. Rakyat bebas mencaci menghina sesuka hati. Maka di perkenalkan semula undang-undang aku siapa, engkau siapa !

4. Kegagalan kerajaan mengawal 'kos yang sengaja di naikkan' kerana spekulasi pengumuman janji 'menguntungkan' rakyat. Terjadi lah kes Najib di kangkongkan. Kes tsunami cina yang secara terus memberi kesan buruk pentadbiran Najib masih di pandang ringan. Rakyat menyatakan tidak, Najib menyatakan cabaran yang mesti di terima menuju pendapatan tinggi 2020. Hakikat nya pembangunan yang 'terlalu laju' sudah menghambat rakyat ke belakang.

5. Ekonomi domstik boleh sahaja di kawal mengimbangi keperluan dan pendapatan rakyat. Apa yang penting aktiviti ekonomi bergerak, rakyat boleh berkerja dan mandiri berniaga ikut saiz kemampuan. Aliran cair tunai berlegar dalam pasaran. Penyeludupan, menyamun dana projek, pengawalan efektif kartel impot / ekspot dan pemantauan harga komoditi dan barangan keperluan harian tidak di laksanakan dalam perhatian.

6. Kes kenaikan naik / turun harga minyak tidak langsung di selaras dalam kepunggunaan. Walhal ia komoditi asas setiap rakyat yang mesti bebelanja setiap hari. Dulu ada indikator. Sekarang ia datang dan di umum secara 'jembalang hantu raya !' Sudah tentu sahaja rakyat histeria ! Kos kita tidak di nafikan terkesan dari pasaran dunia. Ini yang mesti di pantau oleh pakar- pakar ekonomi Najib yang bijak bestari ! Turun ikut turun. Naik tetap di kaji. Jika janji di tepati, tiada yang Ultra Kaya tempoh semalaman !

Kini stail kerajaan retorik stail pembangkang ! Heboh sana sini, kecoh dalam kelambu cari publisiti, kelentong itu ini ! Kemudian jerit pekik terlolong menepuk dada konon terhebat ! Hakikat nya semua dalam kategori Mat Jenin ! Rakyat juga yang sentiasa tertekan dengan keadaan buatan politik tidak berkesudahan semasa sehingga PRU 14 yang di mainkan demi populariti keuntungan pembangkang

Politik bebas ? Negara terbuka ? Meritokrasi untuk semua ? Kek Ekonomi untuk Ketuanan Politik (semua bangsa serupa) ? Melayu Malas ? Cina / India hebat ? Polis tiada kuasa ? Kerajaan Pusat tidak lain puaka ? Umno celaka ? KPI - Apa ? CEC - hah.. kucing cina ? Transformasi, bila ? Reformasi - untuk siapa ? HAH !!!

Sesungguh nya rakyat asli Malaysia jauh di pendalaman masih melembing ikan2 di sungai, masih memakan umbut dan pucuk2 kayu, anak-anak mereka masih daif dari pembangunan !

Maaf kata : Maka di kisahkan purata pendapatan rakyat jelata capai sasaran RM <>6000...... Main2 atau Olok-Olok ?

Untuk renungan : Kepakaran di luar dugaan mengomen dan berkata-kata sahaja.

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
October 2, 2014 at 10:23 AM

Aku nak mencarut je Din. Dah tak ada benda lain yang aku nak cakap. Cepat-cepat le buat PRU. Tak sabar aku nak ajar Najib, Ahmad Maslan (tanggung 3 bulan k*p*l* b*p*k ko!!) dan geng-geng dia yang lain yang sama kurang daya berfikir. Apa bezanya Nuar jadi PM atau Najib jadi PM? Dua-dua kaki klentong. Ini rupanya kehidupan sebagai rakyat dalam negara yang berpendapatan tinggi. Makin tersepit hidup dibuatnya.

Kalau Dr Puad Zarkashi atau pecacai-pecacai dia yang terbaca komen aku ni, aku dah tak kan undi ko lagi lepas ni. Sia-sia je jadi ahli MT tapi suara langsung tak dengar. Dulu ko kata kalah sebab cina tak sokong, selepas ni ko kalah juga sebab Melayu dah menyampah!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 10:37 AM

Minyak naik (subsidi dikurangkan), tahun depan GST pulak dan kena ingat kerajaan masih belum memutuskan samada minyak akan dikenakan GST atau tidak. Naik lagi kot kalau minyak kena GST. Dan harga barang pun akan pasti naik bila dah apply GST.

Najib ni gemar bagi macam-macam untuk beli jiwa rakyat. Nak naikkan BRIM lah, itu lah, begini lah. Macam Din cakap kesan kenaikan harga minyak yang tak tahan tu. Semua orang akan terasa tak kira lah dia dapat BRIM atau tidak. Naik la sikit2 dulu ini terus henjut 20 sen.

Setakat pertumbuhan ekonomi baik tapi rata-rata rakyat mengeluh tak guna jugak Ah Jib Gor wei... Najib oh Najib, do you know what you're doing?

anakbochek.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 10:43 AM

kekadang pikir pelik gak rakyat malaysia ni. betui minyak naik tapi berfikirlah rasional skit. bagi lah pandangan jangan dok kutuk je. ari ni berita hutang ptptn anak anak malaysia tak bayar 2 bilion tak seorang pun kutuk. akibat nya pelajar yang nak masuk kolej tak dapat duit nak mula belajar bagi tahun 2014. harga kos hidup naik bukan sal minyak naik minyak ni alasan aje. tapi kawan kawan cina yang kontrol market. mcm kontrol harga rumah, harga kenderaan orang melayu dah 50 tahun kena tipu dik cina tak ambil pot. macam cerita pasal caj beli rumah keatas bumiputra oleh orang cina. minyak naik cina tak heran pun, pasal kita orang melayu beli barang kat dia. dapat gaji makan kedai cina, starbuck, old town. beli barang runcit kedai cina, beli ikan kedai cina, kerajaan bagi bantuan sekolah beli beg pun kedai cina, sal aku pun sama beli kat kedai cina, kerajaan bagi brim beli barang pun kat kedai cina peniaga melayu dapat hampeh, bila kerajaan nak buat gst nak cukai perniagaan cina melayu gak yang marah. cina lagi seronok. minyak naik, kos sara idup naik saya pun rasa gak anak 4 orang sekolah tapi dah ckp kat bini dan anak anak makan diluar kena kurang, beli barang yang perlu je sementara nak biasa ngan keadaan. dah tiba masa kita buka mata dan hati untuk bangsa melayu. orang melayu yang ada kilang buat barang keperluan banyak skit jangan dok buat sos dan kicap je. buat lah mcm mcm lagi, yang pandai repair kereta buka cawangan byk skit layan customer baik baik skit. makan pi kedai tepi jalan pun sedap gak. pi kedai runcit pak mat. pak mat pun beli barang cari barang keluaran melayu, baru lah bangsa kita maju. ni kita tidak sumpah seranah je tapi tak buat ape. same same kita renungkan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 12:06 PM

Aku teringat akan kata seseorang....

"Kalau nak sokongan rakyat tanpa berbelah-bagi, jangan kacau poket rakyat."

Sekarang, apa dah jadi ? Kerajaan BN bukan saja dah kacau poket rakyat. Malah, sehingga dah sampai tahap kering-kontang poket rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 12:08 PM

Minyak naik boleh buat rakyat naik minyak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 12:15 PM

Salam
Kenaikan harga minyak 20 sen jer, brim naik 650 ke 950, kira la berapa byk tu. Kita isi setangki, bukan seliter, kalu naik 20 sen setangki, no hal bro. Ramai gak blogger umno sokong kenaikan minyak ni. Mungkin elaun minyak naik kot. warning jgn naik harga barang tu bunyi ngauman harimau atau bunyi manja kucing. Ramai peniaga nak ikut ke? Tangki lori besar, setangki tu berapa banyak yang dia tambah, harga barang mungkin naik untuk tampung sewa lori yang naik akibat daripada kenaikan harga minyak. Toke kedai nak letak harga lama ke bila harga barang dia beli naik mendadak. Bersyukur kita kenaikan pendapatan negara meningkat. Boleh la umum bonus 10 oktober ni kasi kakitangan kerajaan sejuk hati.

....................
Reply To This Comment ...................
October 2, 2014 at 12:15 PM

apa rakyat boleh buat, kuasa ada kat depa, ikut suka depa la nak buat apa. tunggu 2018 saja la.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 12:35 PM

Naik komuuter dg bas la apa susah sangat!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 1:16 PM

Rasional dan bijak sungguh idea pengurangan subsidi ni melalui Rasionalisasi Subsidi. Idea saper la ni ek ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 2:05 PM

yang bekerja dgn kerajaan boley la separuh lega..ada bonus laa itulah inilah..gaji rendahpun bank bleh loan lagi..yg kerja swasta atau kerja sendiri di luar kawasan bandar bagaimana? senang ke nak becakap atau nak sara keluarga cam tuan2?????

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 2:15 PM

Aku dah ckp ni la padah brim kmdn hari. Mmg tak setuju dr mula sbb ada catch....
Tak da perubahan mmg pm parah sblm nex pru. Tak trn juga siap la kau pm aku pangkah X sebesar d kertas voting.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 2:16 PM

Perubahannya,pelabur banyak masuk kat sabah.Kerajaan sabah mempunyai rizab simpanan Rm 3.3 billion.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 2:19 PM

Kenaikan Harga Minya ini menunjukkan Segala Dasar-dasar uyang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib adalah GAGAL, jadi jalan pintas adalah untuk mengurangkan subsidi untuk menaikkan simpanan negara.

Kalau tak der duit, macam mana Nak Bentangkan Budget???

Majoriti kereta 1.5 or 1.6 punyai kapasiti isian penuh minyak sebanyak 40 liter.

Jadi sebelumnya, RM2.10 x 40 lietr = RM84.00

Dengan kenaikan minya 20 sen RM2.30 x 40 liter = RM92.00

Kenaikan untuk isian penuh adalah sebanyak RM8.00 (RM92.00 - RM84.00)

Kenaikan sebulan sebanyak RM32.00 untuk ulang alik pergi kerja, sekali isi satu minggu, kalau ada outstation, parah dahhh!!

Jadi Nak tahu berapa banyak HARGA BARANG akan naik Tunggu lah pie Kedai Mamak ker, pasar mini ker, pasar malam ker, pasar ikan/sayur ker..

Makin hilanglah simpanan rakyat nampaknyer..

Harga Minyak dinaikkan setiap Tahun drp RM1.90sen kepada RM2.10 pada September 2013 SEBELUM BUDGET.

Dan Tahun ini naik pada awal OKTOBER, sebelum BUDGET dibentangkan..

Ulang lagi sekali, KALAU TAK BERDUIT, BUDGETLAH buat BUDGET, tak payah umum BERDEGUNG BERDEGANG, tapi HAMPEH.. tak boleh laksana kerana TAK DER DUIT...

Makin Parah Kedudukan Kewangan Negara sejak Najib Memegang Jawatan Perdana menteri..

Jadi untuk Pembentangan BUDGET 2015 nanti, Bulan September or October, Nak Naik Minyak Berapa SEN PULAK??????

Anak Warisan Dari Ampang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 2:26 PM

wang dari penjimatan subsidi Rm 3 billion di laburkan kpd negeri2 miskin mengikut program tahunan utk projek pembangunan.Tahun pertama perlis dengan kedah.Tahun kedua utara perak.Tahun ketiga perak tengah.Tahun keempat selatan perak.Tahun kelima ngri melaka,kemudian ngri 9.Pahang tak payah sebab dah kaya.Johor,trengganu,kelantan,sabah,serawak dh ada program sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 7:51 PM

penasihat tersenyum jer melihat kemarahan dan maki hamun orang ramai. mungkin dah banyak kumpul wang agaknya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 8:22 PM

Tunggu harga minyak mentah naik lepas ni. Sekarang ekonomi x cantik krisis perang. Nk tgok reasonalisasi kejadah apa plak pasal harga minyak. Tunggu alasan bangang kerajaan pasni.
- rakyat teraniaya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 9:55 PM

tu laa...sapa suruh pangkah..kami peniaga kecil sangat terkesan dgn kenaikan kos mcm ni..orang kurang membeli, duit nak pakai utk tampung kos2 yg asyik naik je..meniaga banyak menung dah sekarang..ntah la..kau senang la,dari kecik dah jadi anak Perdana Menteri..kau bukan pernah meniaga pasar malam..bukan pernah menoreh getah...ntah la,lantak kau la najib...kami ni xberdaya..d padang masyar nanti, kami tuntut...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 2, 2014 at 11:26 PM

Yahoo! Bestnya! Terima kasih DSN! :-(

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 30, 2014 at 10:39 PM

ini bukan masalah najib tapi UMNO

Post a Comment