........... 1MDB - Hanya Pinjaman RM5.8Billion Saja DiJamin Kerajaan .... MAS Tak DiJamin Pun Tapi Kerajaan Juga Kena Tanggung ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

1MDB - Hanya Pinjaman RM5.8Billion Saja DiJamin Kerajaan .... MAS Tak DiJamin Pun Tapi Kerajaan Juga Kena Tanggung !

Wednesday, October 29, 201417comments




Najib selaku Menteri Kewangan dan Bos 1MDB ada menjelaskan mengenai pinjaman 1MDB  dalam jawapan bertulisnya di Parlimen hari ini -

- hanya pinjaman bernilai RM 5.8 billion sahaja yang menerima "jaminan eksplisit" kerajaan Malaysia berbanding hutang mereka yang menjangkau RM 37 billion.

- Najib turut menjelaskan hutang 1MDB setakat tahun berakhir 31 Mac 2013 ialah RM 36.25 billion.

- liabilii terhad hal kewangan 1MDB tidak dimasukkan dalam kiraan liabiliti kerajaan, sebaliknya tanggungjawab syarikat itu sendiri.

- Kedudukan kewangan 1MDB tetap kukuh, disokong oleh aset-aset strategik yang mempunyai rekod prestasi yang terbukti di samping mempunyai peluang pertumbuhan utuh - Mkini.

Beberapa persoalan timbul yang mungkin ada di antara anda yang mampu jawab - 
 
Pertama, Najib belum menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh The Edge seperti yang disebut oleh Tun Mahathir kenapa KOS PINJAMAN 1MDB terlalu tinggi ( KLiK )

Kedua, "(Jawapan itu) tidak melibatkan satu surat sokongan yang dikeluarkan oleh kerajaan kepada 1MDB Global Investment untuk mendapatkan pinjaman bernilai RM9.5 bilion, Mac tahun lalu," - Mkini.

Ketiga, KALAUPUN liabiliti terhad 1MDB itu adalah 100% atas semua pinjaman, siapa kata kerajaan tidak perlu tanggung apa2 ? Bukankah 1MDB milik kerajaan ?

Kalau dicagarkan aset2 untuk pinjaman, bukankah aset2 itu milik kerajaan melalui 1MDB ? 

Maknakata, apajua yang perlu ditanggung oleh 1MDB, secara tak langsung ( atau secara langsung ? ) perlu juga ditanggung oleh kerajaan ! Dan kerajaan pula guna duit rakyat.

Kalau 1MDB rugi, bukankah kerajaan juga yang kena selamatkan akhirnya ...... macam MAS ? Berapa kali MAS perlu diselamatkan oleh kerajaan menggunakan duit rakyat ? Adakah MAS buat sebarang perjanjian melibatkan kerajaan sebagai penjamin ... tidak kan ?

Jadi berapa peratus pun pinjaman 1MDB yang dijamin oleh kerajaan, akhirnya kerajaan / rakyat juga yang kena tanggung ! Jumlah pinjaman sebanyak RM36.25 billion itu tetap juga akan ditanggung oleh rakyat jika 1MDB kantoi. Lainlah kalau 1MDB itu milik Najib ....


Saya bukannya pandai pun ekonomi tapi begitulah cara pemikiran logik saya..... dan saya percaya turut dikongsi oleh ramai yang lain, Saya harap jika ada sesiapa yang lebih berpengetahuan agar dapat berikan pencerahan.

Share this article :

+ comments + 17 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 29, 2014 at 10:44 PM

Aiyoh....I keep hearing about duit rakyat, duit rakyat, duit rakyat.

Inilah hasilnya bila sebok dengar ceramah2 porpoganda pakatan rakyat. Erti "duit rakyat" pun tak faham tapi nak bising macam duit yang berbillion2 tu dia yang punya.

Orang yang bayar cukai berpuluh puluh ribu, bayar cukai kiri kanan pun tak bising macam berok2 pakatan yang tahu mintak segala bantuan dan kemudahan dari kerajaan....lepas tu nak komen macam duit kerajaan tu duit dia yang punya.

WTF???

....................
Reply To This Comment ...................
October 29, 2014 at 11:11 PM

Saya bukan tuduh tetapi ada sebahagian lagi yang tidak di umumkan PM. Saya harap tindakan PM selepas PAU secara terperinci.

1MDB bermula dengan suntikan modal besar. Sejauh mana ia di laburkan tiada paparan telus. Jika PM hanya menyatakan pukal dalam urusniaga, ia mesti mempunyai agen atau pengendali. Ini yang Tun M perkatakan. Bayaran komisen yang melebihi sasaran keuntungan yang sepatut nya pelaburan telus.

Dalam sisipan akbar Utusan terdapat nashkah penerangan. Cuma secara kasar objektif pelaburan.

Pelik nya, di bawah unjuran Bank Negara, 1MDB tiada wajah nya. Tanggungan hutang negara sehingga 700b dan pengumuman PM sekadar 500 ke 600 b. Sebelum nya paparan Utusan simpanan (reserve BNM) bersamaan lapan bulan ekspot tertangguh.

Penin' nih.....

....................
Reply To This Comment ...................
October 29, 2014 at 11:29 PM

@Anonymouserk.... salah ke ? Habis tu, duit siapa ?

Kesannya bila rugi atau boros .... kerajaan kena tampung, hasilnya kerajaan takde duit, efeknya rakyat kena tanggung mcm subsidi ditarik.

ke Najib atau pemimpin Umno yg tolong bayarkan kalau timbul masalah ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 29, 2014 at 11:49 PM

Hanya di MAlaysia orang boleh berfikir subsidi itu sebagai satu HAK..

Tahu tak kadar cukai negara2 lain? Tahu tak kadar subsidi negara2 lain?

Memang mudah nak menyalahkan kerajaan. Saya tak nafi kerajaan banyak silapnya TETAPI kerajaan juga telah BANYAK membuat yang BETUL dan yang baik.

Hanya orang2 muda je yang tak tahu asal usul negara ini dan sejauh mana pencapaian kita.
Hanya tahu mintak, mintak , mintak mintak. Bila tak dapat, marah, marah, marah, marah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 30, 2014 at 1:01 AM

Prgg....wau bilion2 tu....agak punaisihat dapat berapa persen?...aku rasa kalau jd krisis mcm tahun 98 ni melutut najib Kat IMF rasanya....!!

....................
Reply To This Comment ...................
October 30, 2014 at 2:32 AM

@Anonymoushuh ? Apa hal citer hal subsidi ni ?

Saya sebut subsidi tu sebagai contoh bagaimana kerajaan bila tak cukup duit, maka rakyat yg terpaksa tanggung spt pengurangan subsidi.

subsidi secara umumnya memang tak bagus tapi kerajaan tarik subsidi bukan kerana ia tak bagus tapi kerana kerajaan perlukan duit.

cara kerajaan yang secara tiba2 dan mendadak hanya menimbulkan masalah berganda pada rakyat.

point saya - kenapa kerajaan tak cukup duit ? Sebab benda2 boros dan tiris mcm 1mdb la !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 30, 2014 at 7:08 AM

Cerita dia camni...kalau kerajaan berhutang utk membangunkan negara bermakna kerajaan sedang cuba menjana pendapatan melalui pembangunan ekonomi yg bercukai seperti prasarana, pendapatan rakyat, pendapatan company dan yg berkaitan. Kerajaan nie mcm wakil kepada rakyat utk menguruskan setiap sen yg dikutip, yg dihutang dan di mana harus dibelanjakan. Biasa kerajaan kena berhutang sebab keuntungan hanya boleh dijana kalau ada prasarana yg bagus, rakyat yg produktif dan sihat, bilangan syarikat yg bertambah....senang cerita bukan setahun dua tapi makan bertahun2 jugak. Kita nie bayar cukai sbb kerajaan kena ada dana utk menguruskan negara, membayar hutang2 semasa, mendapatkan hutang2 baru demi memastikan pembangunan negara berterusan sampai bila2. Maknanya kerajaan kena cari sumber2 yg membolehkan ia berfungsi sebagai agent utk membangunkan ekonomi negara supaya berkembang selaras dgn keperluan pembangunan rakyat. Senang cerita kerajaan bukan agent utk buat untung rugi tapi agent utk membangunkan negara walau apa cara termasuk berhutang. So kalau ada reserve atau lebihan dana, ia akan disalurkan dlm bajet negara tiap2 tahun. Tapi takan nak berhutang je kan tanpa menjana duit sendiri melalui reserve yg ada. So, disamping ada Khazanah, kita ada jugak 1MDB. Di sini lah 1MDB berfungsi sebagai organisasi yg akan bertindak mencari sumber2 baru pelaburan, perniagaan, bawak masuk partner2 yg strategik dan yg paling penting 1MDB nie kena ada lebihan modal dan keuntungan ketara dan bukan hutang yg ketara. Bodoh la kalau ada organisasi yg buat hutang utk bayar hutang dan bukan utk menjana keuntungan sebab 1MDB bukan kerajaan tapi satu entiti yg bermodal utk buat duit milik penuh kerajaan. Jadi tuan punya 1MDB adalah kerajaan, dapat modal samada drp reserve kerajaan atau pon pinjaman yang mana dalam kes nie kerajaan la tanggung. Pelik jugak sebab 1MDB adalah Sovereign Wealth Funds yg sepatutnya mempunyai lebihan modal dan tak perlu meminjam. Lihat saja Abu Dhabi mempunyai SWF dengan nama ADI (Abu Dhabi Investment Authority), Norwegia dengan GPF (The Government Pension Fund of Norway), China dengan CIC (China Investment Corporation), Singapura dengan GIC (Government of Singapore Investment Corporation) dan Temasek Holdings dan lain-lain. Kalau berhutang pon sbb atas dasar lagi untung pakai duit org utk buat duit drp pakai duit sendiri. Makna kalau saya ada duit, saya lebih suka pakai duit org utk buat untung saya dan bayar balik duit org tu. Skrg 1MDB ada hutang sampai rm37 billion, berapa untung yg dijana di situ yg membolehkan kerajaan mengutip cukai dan melabur semula keuntungan? Apa jadi kalau 1MDB tak untung tapi rugi je? Mesti ada cagaran utk setiap hutang tu kan? Harus diingat kerajaan adalah agent membangunkan negara dan 1MDB sepatutnya menjana keuntungan utk kerajaan. Bahana utk rakyat adalah andai kata 1MDB bengkrap, tempias kena kat rakyat melalui penjualan asset2 strategik utk rakyat sbb takan hutang tanak bayar kan...paling kita takut adalah kerajaan akan muflis sbb dok pikul biawak hidup mcm tu....mana ada kerajaan muflis yg boleh jaga rakyat...kita akan tetap bayar cukai tapi takde la apa2 yg kita dapat drp kerajaan...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 30, 2014 at 7:25 AM

@Anonymous

WTF ??

melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 30, 2014 at 8:52 AM

Salam,
Terima kasih la kat anon 7.08 yg panjang menghurai fakta. Mudahnya faham. Tp ada byk benda lagi tak faham bila dibaca huraian tu. Kalu cerita sastera mudah la, kira mitos, dongeng untung dan rugi yg mudah dikawal selia. Tapi ni cerita benar, mudahkah nak mengurus hutang tersebut?

Malaysia maju setelah kita berjaya melangsaikan hutang negara semasa zaman tun daim jadi menteri kewangan. Membuat bajet dan berhemah berbelanja, sampai pencen pun nak dihapuskan tp tak jadi. Sekarang kita buat hutang untuk berbelanja. Duit pulak digunakan dlm pelaburan yg tak masuk akal. Sesuatu kumpulan beri anugerah kat pemimpin, kerajaan beri pulak anugerah projek kat kumpulan tu. Kalu dalam novel, kita tak kisah nak belanja macam mana pun. Ini realiti, bimbang akan masa hadapan kita nanti jadi macam greece, mexico dan banyak negara lagi.

....................
Reply To This Comment ...................
Pemerhati
October 30, 2014 at 8:58 AM

Kita tak panggil duit atau wang rakyat.. itu definisi sesat Pakatan Haram.
Sama seperti kita bayar zakat, wang zakat itu tidak dipanggil wang rakyat.

Wang kutipan cukai dr rakyat ialah WANG NEGARA. Anyway isu skrg bagai mana Najib Laki Rosmah ini menghabiskan wang negara ini tanpa hala tuju yang jelas.

Zaman Tun wang negara dilaburka dengan pelbagai jenis hasil yg kembali pada rakyat. Monumen2 mahal projek zaman Tun M semua rakyat dapat MERASA!

Zaman Najib, beliau gila dgn 'retorik' nama.. bermula dr 1Malaysia sehingga lah 1kubur mungkin.. yg menelan kos besar.. hanya untuk membina nama dan legasi beliau. UMNO? org2 UMNO mmg bodoh.

Mereka sibuk dibuai dengan masalah Pakatan Haram yg kita sedai tahu puak tersebut puak sakit mental. Jadi mengapa di layan org gila. Lebih baik pulun buat kerja membangunkan parti sendiri.

Tapi cuba ziarah blog2 UMNO? mcm bodoh je artikel mereka. Apakah mereka berani sepakat ubah sikap PM Najib pemboros? Atau mereka sudah dibayar empuk untuk terus mengampu Najib??

Blogger UMNO sibuk dgn hal rumah tangga musuh, akhirnya Najib merupakah perosak dr dlm rumah sedang giat merosakkan UMNO secara halus. Blogger2 UMNO ini syok sendiri dgn hal2 Pakatan Haram sedangkan rakyat sudah mula mual dgn kedua2 politik karut BN-PR.

Ckp punya hebat tp akhirnya rakyat dihukum-petrol diesel seludup krn lemahnya Najib sbg PM menguat kuasakan kementerian berkaitan. Tapi krn pegawai2 yg kuat rasuah dan pemalas, rakyat dihukum.

Jika petrol boleh dibiar seludup apakah bahan2 haram lain dijamin tidak dibawa masuk? inilah masalah demi masalah kepimpinan Najib.. PM yg paling degil dan bodoh sombong. Maaf inilah rumusan sy sejak beliau ambil alih negara.

Humble nya hanya peringkat awal utk ambil hati.. skrg no more. Beliau skrg sudah arrogant dgn punahsehat2 perosaknya.

Pak Din, mohon 'kacau' sikit blogger2 UMNO yg kuat melucah dan posting2 entry yg menjilat2 kesombongan Najib.. Tun sudha igatkan berkali2 tp Tun M pun mereka 'langgar'.

Utusan Malaysia pulah sudah 360 darjah berubah. Entah apa yg diubah oleh Najib dlm pentadbiran Utusan..

Inilah perosak2 yg hebat mengelilingi Najib!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 30, 2014 at 10:54 AM

Kepada para pengampu kerajaan di atas.... memang benar kerajaan di bawah najib mungkin ada usaha untuk menjalankan pelaburan melalui 1MDB... tapi kalau dlihat rekod2 yang lepas, kebanyakan pelaburan yang dibuat akan melepas atau dibuat untuk menyelamatkan individu, syarikat atau pihak2 tertentu ..... menyebabkan kerajaan menangung kerugian... benda mcm ni dah berulang banyak kali sangat dah.... jadi kami berhak untuk merasa curiga dan risau..... takut2 subsidi dikurangkan lagi untuk selamatkan kantung kerajaan (yang diurus secara penuh kebodohan).

....................
Reply To This Comment ...................
dontortoise
October 30, 2014 at 10:57 AM

maaf saudara..secara jujur, saya bayar income tax RM >60k setahun..sudah tentu saya amat marah dan bengang gila jika wang cukai yang saya bayar lesap begitu sahaja..

wang sebanyak itu amat bermakna bagi saya dan sudah tentu saya mahu kerajaan bersikap jujur dalam memerintah dan berhemat dalam perbelanjaan..

saya tidak mahu bising2 tetapi apabila terbaca pelbagai pendedahan yang amat menyakitkan hati terutama sekali mengenai 1MDB, Brim, subsidi, wakil rakyat hidup mewah..saya memang marah. saya sbg pembayar cukai berhak mengetahui cerita sebenar dan saya bukannya jenis yang percaya membabi buta kata2 wakil rakyat. sekian

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 30, 2014 at 11:51 AM

Saya telah meneliti laporan ketua audit negara 2013 dan laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), tapi saya tak berjumpa dengan laporan laporan pasal perbelanjaan untuk PEMANDU dan 1MDB.

Bukan nak menuduh yer. Cuma pelik seolah-olah perbelanjaan yang melibatkan PEMANDU, 1MDB, Talentcorp dll. dirahsiakan dari pengetahuan umum.

....................
Reply To This Comment ...................
madah berhelah
October 30, 2014 at 1:33 PM

din nampak gaya pejuang pejuang jibis dan pejuang pejuang mah-mania dah kua. ini la bahana si najib. sebelum kita explain benda besar (yakni kebodohan najib), kita tengok benda kecil (pilihan pejuang-pejuang).

yg aku nampak ada 2. yg plg atas pasal duit tax dan tetiba kat tengah pasal subsidi. JIB KALAU INI LAH PILIHAN KAU NAK PERTAHANKAN KAU, BERSARA LA DAN PERGI TERJUN LOMBONG. kau nak memilih orang nak bekap kau pun kau tak reti. duit bayar banyak kat bapak lembu lepas tu si bapak lembu sapu 80 persen amek budak budak hingusan macamni nak bela kau. din, bukan saje kat blog kau derang ni ada, baca blog propaganda opposisi pun banyak tapi semua macam tak sekolah. kurang2 pejuang oposisi (walaupun bodoh sbenanye), lebih pandai dari pilihan najib ni. sedih.

jadi kita nak pecaya ke kat kau menguruskan 1mdb bodoh kau tu dengan nilai biliyon2 sedangkan kau outsource pejuang2 kau pun kau dah tesilap? belum lagi masuk pejuang2 mah-mania yg bekeliaran kat serata ceruk artikel pasal mah?

berambus la dari blog tuan turtle sebab hujah korang buat semak je. orang kat sini yg baca blog ni yg komen sini suma ada otak. pegi bagitau jib jib jeje jibi (gaya porky pig) yg korang tuh bodoh dan kepala yg upah korang dah sapu duit dulu dia bagi kau 400 je sbulan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 30, 2014 at 5:22 PM

Dasar penswastaan malaysia di pertengahan 80-90an,amat bersesuaian ketika malaysia tidak berupaya dari segi pemilikan teknologi dan pemilikan dana utk menyediakan prasarana kemudahan asas bagi menepati kehendak pelabur2 asing ketika itu.Dengan suntikan subsidi bagi meringankan beban rakyat dan menepati kehendak kos operasi kilang pelabur luar,maka malaysia menjadi hab mesra pelabur terbesar di rantau asia.Ianya terbukti dgn nilai, ratusan billion ringgit berada di pasaran saham malaysia.Berbeza dengan pendekatan 1MDB yang hanya menjurus kepada pemilikan aset IPP dari pembiayaan hutang dengan kadar riba yang tinggi.Implikasinya,menyebabkan peningkatan tarif elektrik dalam proses rasionalisasi subsidi yang sedikit sebanyak,menjejaskan aktiviti2 mesra pelabur dari dalam terutamanya dan dari luar negara.Elektrik adalah perniagaan yang memerlukan,permintaan jumlah kapasiti tenaga elektrik yang tinggi dan tetap serta ada output produktiviti yang besar dari perkilang2 supaya ia dapat di manafaat oleh rakyat dlm makna tarif elektrik dan mengurangkan beban kerajaan.Apa akan terjadi apabila berlakunya lebihan tenaga yang tidak di gunakan?.Bagaimana kedudukan kerajaan ketika itu?.Apa akan terjadi,apabila kita menghadapi krisis ekonomi,sekali lagi?.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 30, 2014 at 5:34 PM

Indonesia sangat faham,malaysia hanya mengiktirafkan IPP hanya menjadi hak milik pensyarikatan rakyat malaysia dlm konsep api,air dan tanah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 29, 2015 at 1:44 AM

Saya ingin kelasifikasikan MDB sebagai Malapetaka dan Bencana. Kalau di renung kembali sepanjang pemerintahan DS Najib bersama isteri DS Rosmah banyak berlaku malapetaka dalam Malaysia atau yang melibatkan negara Malaysia. Antaranya.... tragedi 3 buah kapalterbang /helikopter, banjir besar, tanah runtuh, gempa bumi dan akhir sekali 1MDB. Adakah kita sedar erti perkataan Khalifah... yang memimpin umatnya haruslah mempunyai sifat-sifat yang dikasihi Allah swt.

Post a Comment