........... Tun Sokong MB Azmin ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Tun Sokong MB Azmin ?

Sunday, September 28, 20148comments

Hmmm ... bila Tun Mahathir bersuara mengenai kedudukan Azmin selaku MB Selangor yang baru, ramai pulak yang cuba membuat tafsiran bagai mengenainya ..... konon Tun Mahathir sokong Azmin. 

Cuba baca apa kata Tun -

“Saya harap apabila Dewan Undangan Negeri bersidang, kebanyakan mereka akan menyokong Azmin. Jika tidak, akan ada undi tidak percaya dan Selangor perlu mencari MB baru,” Dr Mahathir dipetik berkata dalam laporan media. - TMI.


Bukankah itu juga harapan rakyat Selangor dan juga pihak istana ? Yakni mahu melihat kemelut MB Selangor itu selesai dan masing2 boleh memulakan tugas semula dan melaksanakan tanggungjawab selaku wakil rakyat ?


Saya lihat Tun sebagai memberi mesej kepada pemimpin2 PR - Cukup2 lah berpolitik. Hentikanlah amalan buang, angkat, tukar pemimpin yang telah dipilih oleh rakyat, hanya kerana agenda peribadi. Mungkin kerana ada desas desus yang mengatakan Anwar masih tidak puashati bininya tak dapat jadi MB.

Tun bercakap atas prinsip demokrasi, bukan atas dasar aliran politik. Jadi tidak timbul persoalan samada Tun Mahathir sokong Azmin atau tidak.

Lagipun baru lagi Tun menyindir Azmin sebagai boneka Anwar -



PS - Ada teori yang cuba memenangkan Anwar dan Pkr kononnya Azmin merupakan calon sebenar walaupun dinaikkan nama bini Anwar sebelum ini, konon semua kemelut yang berlaku itu cuma sandiwara, konon Azmin adalah motif sebenar Kajang Move..... well, saya tak setuju.

Sebabnya, jangan lupa siapa yang mula2 nak bertanding di Kajang tapi terbantut ? 

Jadi teori Azmin adalah Kajang Move bagi saya cuma nak menyelamatkan maruah Anwar dan Pkr jer... konon mereka itu bijak bermain politik.

Share this article :

+ comments + 8 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 29, 2014 at 2:50 AM

hehe ... macam biasa PKR ni mmg kaki spin dengan MEDIA yang kaki SPIN pun kena SPIN .. :3

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 29, 2014 at 9:09 AM

It is an open secret Dr. M have a soft spot to Azmin. Dia kan dulu ptotege Dr. M lewat tahun 80-an masa dia baru-baru balik belajar oversea. Tak lama pastu Anwar amek dia jadi Setiausaha Sulit.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 29, 2014 at 9:18 AM

Tafsiran ikut kecenderungan masing2.. Yg puak2 tegar azmin pn nk tumpang nama Tun jgk ker??

Nk cover imej la tu konon Tun pn dipihak dia.hahaha..

....................
Reply To This Comment ...................
September 29, 2014 at 11:37 AM

Kata empunya cerita, Azmin itu asal nya telah di pilih Tun M untuk di didik. Macam Tun M didik Anwar. Kemudian Anwar 'curi' jadi pembantu nya.

Kata orang, sayang ayah itu berpanjangan. Sayang ibu bawa ke Syurga. Tun M masih relevan dalam dunia politik. Sekadar nasihat sahaja kut ? Atau pukul anak sindir menantu... he..he..

Ada orang suke lalu sonyap2 belakang metuo...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 29, 2014 at 12:39 PM

"Jadi teori Azmin adalah Kajang Move bagi saya cuma nak menyelamatkan maruah Anwar dan Pkr jer... konon mereka itu bijak bermain politik."
Setuju 101pc.
Dari satu sudut lagi.... klu azmin lah yg mau di angkat dari mula lagi, kenapa malu kan wan azizah in the process? Tak ke humiliating for her? Di persenda orang, di panggil nenek kipas blah blah. Kejam nya anwar, rafizi dan pkr. Tak tau lah klu jijah setuju dgn wayang tu? Klu dia rela then betul lah she is meek and submissive. Bad role model for women.
Kajang Move mmg EPIC FAILURE.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 29, 2014 at 5:09 PM

Serba sedikit kaitan antara Tun M dengan Azmin boleh dibaca kat

http://srikandi7.blogspot.com/2011/01/suatu-ketika-dulu-azmin-adalah-anak.html

Ini adalah bukti bahawa Azmin pernah rapat ngan Tun M suatu ketika dulu sebelum disambar oleh Anwar Ibrahim.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
September 29, 2014 at 9:34 PM

@Anonymous

Anon September 29, 2014 at 12:39 PM dan yang lain2....

Wan Azizah dah jadi macam robot. Ikut saja apa "tuan" dia suruh. Suami curang dengan rakan sejenis pun dia ok saja jadi apa nak hairan dimalukan dengan langkah kajang ?

Dr Mahathir pun awal2 dah cakap Azmin hanya boneka.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 30, 2014 at 1:58 PM

saya rasa ada kemungkinan perlantikan azmin adalah plan B dalam projek langkah kajang selepas anwar gagal bertanding..sememangnya azmin musuh utama tan sri khalid dan azmin bertanding dengan khalid untuk jawatan tim presiden.selama ini khalid dilindungi oleh azizah dan nurul izzah.siapa sangkah akhirnya azizah sendiri yang menamatkan karier politik tan sri khalid.azmin bukan sahaja dapat jawatan MB tetapi menang jawatan tim presiden PKR

Post a Comment