........... Tun M Mahu Langkawi Lebih Maju Lagi Dalam Pelancongan ..... Terengganu Tetap Tak Berubah, Tang tu juga .. | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Tun M Mahu Langkawi Lebih Maju Lagi Dalam Pelancongan ..... Terengganu Tetap Tak Berubah, Tang tu juga ..

Monday, September 1, 20149comments


Baru terbaca artikel yang melaporkan Tun Mahathir berharap lebih banyak produk pelancongan dapat diwujudkan di Langkawi bla bla bla ....  Dah tu, wakpe yang letak gambar Visit Terengganu 2013 kat atas ? Haaaaa .... jap lagi saya cerita la.

Bulan Mei baru ni saya sempat berkunjung ke Langkawi, dah alang2 berkampung lama di Perlis sempena Sukma. Sebelum itu kali terakhir saya ke Langkawi adalah 7 tahun lepas. Tak perlulah saya sebut satu2.... tapi banyak sekali perubahan dan pembangunan fizikal yang dapat saya saksikan telah dilaksanakan !

Dan Tun M pula masih mengharapkan LEBIH BANYAK lagi produk pembangunan pelancungan diwujudkan di sana ... 

Itu yang buat saya terfikirkan negeri Terengganu ni ..... bila diingat2 balik, jika dibandingkan 20 tahun lepas dengan apa yang ada sekarang, saya tak nampak pun ada apa2 perubahan yang layak untuk disebut !

Saya dulu aktif dalam sektor pelancungan dan masih lagi berhubungan dengan 2-3 rakan yang masih terlibat, jadi saya perasan la juga yang saya ni layak untuk komen sedikit.

Pelancong datang ke Terengganu majoritinya hanya untuk ke pulau2 yang sememangnya antara yang tercantik di rantau ini. Yang lain hanya sekadar stopover untuk ke Pasar Payang.

Yang mahu menginap di sebelah Tanah Besar Terengganu tidak ramai kerana yang menjadi perkiraan adalah - Apa yang ada ?

Memanglah ada beberapa tarikan di merata2 tempat tu tapi tidaklah begitu menarik ketahap mengamit pelancong untuk bermalam. Biasanya diorang akan melawat juga .... kalau on the way.

Terengganu memiliki banyak potensi produk pelancongan yang boleh dimajukan tapi sayangnya ...... tidak ada kreativiti untuk memajukannya.

Oooops, silap.... bukan tak der kreativiti tapi kreativiti terlajak laris ! Apa dah jadi kat kompleks duty free ditengah hutan di Tasik Kenyir tu ntah .... bot besar2 dah beli, berkarat jer lah.

Lepas sorang2 exco pelancongan bersilih ganti namun sama juga ..... di mana silapnya ? Saya sendiri pernah cuba beri idea2 baru kepada 2-3 orang yang berkaitan tapi langsung tidak dilayan. Bukannya kena bayar pun setakat nak dengar idea saya.

Saya harap artikel ini sampai ke perhatian MB baru Terengganu. Saya lihat beliau seorang yang berpandangan jauh dan saya harap beliau dapat melakukan sesuatu untuk menTransformasikan industri pelancongan Terengganu.

Sebagai contoh, Rantau Abang yang terkenal ( masih terkenal lagikah ? ) dengan Penyu Belimbing, kenapa tidak didirikan satu Akuarium besar ala Underwater World Langkawi dengan menjadikan penyu sebagai tema utama ( maskot ) ? Orang sekarang pun tak tahu dah yang Rantau Abang itu sinonim dengan penyu.

Sebab kawasan di situ luas, buatkan sama satu taman laut buatan yang dipenuhi dengan segala hidupan laut sepertimana yang ada di pulau2 Terengganu. Bukan semua punya kesempatan nak ke pulau dan harga pakej2 pulau pun bukannya murah. Jadi mereka dapatlah juga merasa pengalaman melihat secebis keindahan dunia dasar laut di darat.

OK, kenapa gambar Visit Terengganu 2013 kat atas tu ?

well .... sebab ramai tak tahu yang Terengganu jadikan tahun 2013 sebagai Tahun Melawat Terengganu, jadi saya tolonglah promosikan !

Share this article :

+ comments + 9 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 1, 2014 at 8:21 PM

Kedah dulu pun (zaman syed zain) banyak projek gajah putih... e.g pusat simpanan daging korban paya pahlawan, resort pulau payar, resort pulau singa, medan ikan bakar dalam hutan nipah di kuala sungai, resort tasik pedu... semuanya langsaikan duit kerajaan tanpa satu sen pun dapat hasil....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 1, 2014 at 8:27 PM

Nak tambah sikit. Saya dulu rajin jugak pergi ke pulau2 di perairan Terengganu. Pernah dulu saya stop over kat hotel Aryani...memang cantik dan satu idea yang banyak potensi. Masa tu, 12-13tahun dahulu.
Tahun lepas, saya sekali lagi stopover di hotel yang sama. Sekarang di bawah naungan Royale Chulan.

It was totally run down, poor service and falling apart. Nothing was maintained and it is just left to fall apart. Kesian menengokkan dan malu jugak bila memikirkan mat salleh2 yang datang dari jauh untuk menetap di sana sebab gambar brochure dia memang cantik. Sebijik macam semasa 12-13 tahun dahulu....cuma in actual fact, it is VERY pathetic!

Saya bangkit kan perkara ni sebab ia relevant dengan topic. Orang Melayu, kebanyakkannya, kalau buat bisnes, macam ni la jadinya. Mula2 cantik gila....lepas tu TAK MAINTAIN! Saya fikir, kalau buat theme park ke, aquarium ke, semuanya cantik masa baru siap. Lepas a few years, terbengkalai!

Saya sering ke Langkawi jugak. Dengar khabar skybridge kat kabel car tu masih ditutup (dah bertahun tahun dah).

Banyak lagi hotel2 dan tempat2 menarik pelancongan yang terbiar dan tak diurus.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 1, 2014 at 8:59 PM

Ceit dah 2014 bru nak promosi. Baru beberapa hari lepas ada pegi terengganu tapi beli kopok lekor ja la...tak tau nk pegi mana...jalan2 dekat kampung cina tu ok la kalau nak amik gambar haha tapi yang penting pegi sana untuk beli kopok lekor ja...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 1, 2014 at 9:18 PM

Din, suruh diaorang buat muzium kehidupan laut .....kemudian adakan ruang untuk kehidupan laut yang boleh dijadikan ubat/makanan saperti gamat. Boleh juga diaorang jual ubat gamat atau lain2 yang bersangkut paut. Come on, org Melayu M'sia ada banyak pengetahuan tentang ubat2an herba, dari laut dan sebagainya, bukan hanya untuk ubat kuat aje kan? Pendapat ini ihsan dari seorang yang berkecimpong dalam pelancongan berbelas tahun lamanya. Sekian.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 1, 2014 at 11:28 PM

Orang Terengganu pun termasuk yang merantau di tempat-tempat luar terengganu telah banyak membantu dalam mempromosikan negeri mereka. Dah ramai yang letak sticker lukisan penyu kat cermin kereta belakang. Kalau jumpa kereta yang letak sticker penyu, orang dah tahu dah si pemandu ni mesti orang Terengganu, tak pun wife dia orang Terengganu, walaupun nombor plate kereta nombor wilayah.
Lukisan sketch penyu tu memang unik. Saya juga tertanya-tanya siapakah gerangan empunya 'patent' lukisan tersebut. Lukisan penyu tu telah menjadi lambang atau trademark bagi 'anything Terengganu'. Negeri-negeri lain tak ada yang macam tu. Negeri lain hanya dikenali melalui lambang jata negeri mereka. Orang Terengganu patut berbangga.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 1, 2014 at 11:44 PM

Minta tolong sangat MB Terengganu. Jalan Dungun-KT tolong lah upgrade kepada lebuh raya. Jalan tersebut merupakan jalan utama di negeri Terengganu. Ni dah tahun 2014, tapi keadaan jalan masih lagi di era tahun 60 an dan 70 an. Dah la design lama, jalan plak sempit dan merbahaya. Sudah tiba masanya kerajaan negeri Terengganu 'modernize' jalan-jalan utama di negeri Terengganu khususnya jalan yang connect dengan tempat2 tumpuan pelancong seperti Air terjun Sekayu, air terjun Cemerung, Tasik Kenyir, dan jeti-jeti pulau. Jalan hendaklah besar dan well-connected daripada airport supaya cepat sampai ke destinasi.
Kereta pun dah makin banyak kat jalan raya. Jalan satu lane on both side bagi stretch 80 km dah tak lagi sesuai di era millenium ni. Orang dah ramai pakai kereta. Penuh je kat jalan raya. Kalau time Hari Raya, bila kereta banyak, perjalanan dari Dungun ke KT boleh mencecah 2 jam. Kan dah buang masa kat situ. MB dah 3 kali bertukar tapi masih tiada perubahan.

....................
Reply To This Comment ...................
September 2, 2014 at 1:52 AM

Keropok pun dah terlajak mahal berkali ganda daripada 10 tahun dulu.Tak tahulah apa kos yang mahal sangat tu.Tiap2 tahun turun tganu tiap2 tahun tengok harga kopok naik.Kalah kenaikan harga minyak.Patutlah ramai pengusaha kopok kaya-raya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 2, 2014 at 2:21 AM

Artikel yg. BODOH - jgn. pula kau 'censor'! Kau sukalah kalau Langkawi jadi spt. pulau Barat-ZIONIS Monaco (yg. hanya utk. org. kaya dan pelancongan ala Barat-Zionis yg. makin kurang ajaq dan penuh kelucahan) - yg. diidamkan oleh si KAPIRDAJAL EvangeliSStar?!

Aku syak patutlah bekas MB Terengganu, DS Ahmad Said nak diganti begitu cepat bila beliau nak laksanakan Hukum Hudud kat T’gganu! Lihat apa KEJADAHnya sekrg. ni, si LIBERAL, nak tiru pembanguan ala-ZIONIS-Pulau Sentosa/Iskandar M‘sia/S‘pura; yg. telah MEROMPAK/MENGGADAIkan hak dan budaya ISLAM/umatnya! Dahlah S’pura tu pengkalan Mossad-CIA terbesar di Asia (lihat di http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/09/singapore-israel-love-affair.html, THE SINGAPORE ISRAEL LOVE AFFAIR, Wednesday, September 2, 2009)!

Tak cukupkah juga Pulau Tioman dan Iskandar Malaysia diGADAI habis-habisan pd. PENDATANG/PENCEROBOH KAPIRDAJAL terutamanya warga asing si KAPIRDAJAL BANGSAT pro-ZIONIS-suka-BOGEL dari S’pura/Barat dan bawah projek-ZIONIS-JAHANAM "Rumah Keduaku" – sedgnkan BUMIPUTERA Islam/Melayu makin MEREMPAT mcm.PEMINTA SEDEKAH/KULI kat bumi sendiri?!

Maka, akan HANCOQlah T’gganu sebagai salah satu NEGERI ISLAM yg. kuat kat Tanah Melayu. PUSAKA nenek moyang kami ini! Apakah pembangunan ISLAM kuno sgt?! Kenapalah terlalu memuja pelancong/budaya KAPIRDAJAL, yg. makin BIADAP kat NEGARA ISLAM ni?!

Lihat di - http://www.nst.com.my/node/20608 , Sentosa and Iskandar Malaysia as models, as Kuala Terengganu plans for its next transformation, By Zarina Abdullah and Sharifah Norsakinah Tuan Mohd Yasin - 6 August 2014:

KUALA TERENGGANU: The State exco meeting will be held in Johor next week to enable to all exco members to visit Sentosa Island, Singapore and Iskandar Malaysia in Johor, said Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.
He said Sentosa and Iskandar Malaysia have been chosen as models for the next transformation of Kuala Terengganu in line with its status as the waterfront heritage city.

"The state government plans to transform Kuala Terengganu into a modern and attractive place for visits besides ample job opportunitities for the needs of the people," he said after chairing the weekly exco meeting at Wisma Darul Iman today.......

Makcik Sambal Belacan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 2, 2014 at 1:10 PM

planetarium kat kuala tganu tu ada lg tak?

Post a Comment