........... Tahniah Kerajaan.... 6.4% tuh ! ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Tahniah Kerajaan.... 6.4% tuh ! !

Saturday, September 13, 201434comments



Kita duk kutuk Najib berkilo-kilo.... tapi tahukah anda atas usaha kerajaan yang diterajui oleh Najib, negara kita telah mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang amat kukuh, iaitu pada kadar 6.4% pada suku kedua !

Betuuuuul.... 6.4% !

Tinggi sangat lah tu ..... Memang tinggi pun ! Kalau nak dibandingkan dengan negara2 lain, contohnya -

Singapura 2.1 %, Indonesia 5.1%, Vietnam 5.3% , Korea Selatan 3.6%, US 2.4%, UK 3.1%, Russia 1.2% .... haaaa... mana lebih tinggi ? 6.4% la !

Kalah ngan China jer ...7.5%

Kepada siapa kita harus berterimakasih ? 6.4% tidak datang bergolek beb .... 

Darimana lagi kalau bukan hasil perancangan dan strategi kerajaan pimpinan Najib memperkenalkan Program Transformasi Ekonomi, NKRA. KPI. Prinsip Value for money dan berbagai inisiatif bermula tahun 2009 !

Ada lagi, ada lagi ......

Reaksi dari pertumbuhan ekonomi Malaysia telah melonjakkan indeks komposit BSKL sebanyak 15% ( saya ulang - 15% ! ) kepada 1,864.31 mata !

Dan nilai Ringgit Malaysia berbanding dollar US meningkat 0.79% kepada RM3.1549  !

Cukup ? Ada lagi ........

Semua sektor telah mencatatkan pertumbuhan positif -

Pertanian 7.1%, Perlombongan ( termasuk Petroleum ) 2.1%, Pembuatan 7.3%, Binaan 9.9%, Perkhidmatan 6.4%

Dengan pertumbuhan positif dicapai oleh setiap sektor, ia dapat menjamin pekerjaan dan pendapatan kepada rakyat serta mewujudkan pekerjaan.

Ini membolehkan perbelanjaan dari kalangan rakyat meningkat 6.5% pada suku tahun kedua. Ia memberi kesan positif ( spin-off effect ) kepada pasaraya, kedai dan gerai makanan.

Dengan pertumbuhan luar biasa ini, sasaran kita untuk meningkatkan pendapatan rakyat dari nisbah pendapatan/KDNK yang kini 32% kepada 39% pada tahun 2020 adalah dalam jangkauan kita.

Jika ini tercapai, kekayaan negara akan dinikmati secara adil oleh semua rakyat dari kalangan semua kaum baik di Semenanjung, Sabah maupun Sarawak yang akan menikmati pendapatan lebih tinggi.

Maka akan tercapailah impian, cita2, hasrat, perancangan dan strategi pucuk pimpinan. Inilah yang dikatakan 'Rakyat diDahulukan' yang menjadi lambang perjuangan !

Haaa.... kutuk lah lagi Najib ! Baru korang tahu .....

Ok.... sapa nak komen ? Ada yang memantau komen anda ... serius, tak tipu ! Jadi berikan pandangan ikhlas anda...

Share this article :

+ comments + 34 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2014 at 3:55 AM

bagaimana pula ekonomi org melayu???? meningkat ke makin menurun??? setahu aku PM pentingkan org cina dr org melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2014 at 4:48 AM

Syabas! Alhamdulillah... Tetapi pada amatan saya perkara yang digusar itu adalah nasib orang Melayu dan Bumiputra. Mereka tak mahu ayam menang; kampung tergadai. Jadi, mereka mahu kemajuan 'total' atau keseluruhan dengan intergriti bangsa, agama dan kesultanan Melayu juga terjaga...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2014 at 5:48 AM

Pandangan saya. Sebenarnya apa yang DSN buat memang dapat dirasai rakyat. BRIM, UTC, RTC dan banyak lagi memang memudahkan rakyat. Saya lihat DSN buat program itu kumpulan sasaran. Ada pihak kritik DSN seolah-olah beliau tidak buat apa sedangkan melalui dasarnya semua pihak rasai. Mungkin kritikan itu dibuat kerana mereka tak mahu orang lain lebih baik dari Mereka. Isu berlaku pada setiap zaman. Zaman Tun pun banyak isu. Yang amik Anuar masuk UMNO pun Tun. Bukankah itu juga satu kegagalan. Namun kehebatan DSN terserlah adalah dalam kes MH17. Sebab tulah ada pihak cemburu sebab mereka tak mampu buat macam DSN. Kan bangsa melayu ni terkenal dengan hasad dengki sesama sendiri. Belajarlah terima kejayaan orang lsin sama. Mengakui kejayaan orang tak akan membuat orang lupa kejayaan kita.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2014 at 7:49 AM

tak faham la aku 6.4% maksud Najib nih. gaji aku naik 1-3% semenjak dia jadi PM. beli barangan asas, campur tolak mcm tu gak. tp barangan asas mkn gula nasik garam jer la. air naik , letrik naik. klu aku baca 6.4% hasil negara jer naik duit masuk Bank Negara, duit tu dia simpan ke atau bagi kat konsetan (consultant)? harap jgn la bagi kat pembangkang dan kaum selain dari melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2014 at 8:04 AM

Politik penoh dgn mslihat. Juling mata melihat dan berdengong telinga mendengar sebab wayar otak da besimpul. Perubahan memerlukan masa. Yg nampak tak elok sekarang mungkin bermnafaat utk kita skrg dan akan dtng. Dan yg enak didengar skrg mngkin jelek di hari mendatang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2014 at 8:04 AM

@Anonymous

poraaaaaaaaaaaaaaaah! usah dibandingkan Tun dengan najib, ibarat langit dengan bumi. kamu tulis jer apa yang kamu nak puji najib tuh ikut selera kamu dan fantasi kamu. masing masing ada citrasa berbeza, aku tak nak komen banyak banyak cuma aku berikan beberapa rujukan untuk kau baca, itu pun kalau teringin nak buka "sedikit" minda kamu tuh:

http://taipingcentral.blogspot.com/2012/12/bandingkan-nik-aziz-dengan-pemimpin-ini.html

https://my.news.yahoo.com/dr-m-raises-questions-1mdb-230045249.html

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=1103&pub=Utusan_Malaysia&sec=Laporan_Khas&pg=lk_02.htm#ixzz2TbImseYg

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2014 at 8:37 AM

Lantak la nk pantau ke nk tangkap ke. Mmg ds najib byk perancangan pembangunan ekonomi....tpi salah satu yg x balance pembangunan hartanah. Projek yg dpt kelulusan pembinaan rumah2 sekarang bukn mampu milik bg org2 melayu. Mmg berangan la nk bli rumah dgn harga yg x masuk akal. Pemaju x kn nk buat projek rumah yg murah yg untung nipis. X la kan. Suruh je bank negara kuarkn statistic pembelian rumah harga 150k ke atas. Kaum mana yg lg byk bli dan bape buah rumh yg dorang ada dlm koleksi. Bukn nk rasis tpi ni kenyataan. Nti gst dah jln lg la harga rumah melambung. Psl ni apa yg najib buat bg mmbendung kenaikn harga rumah?? Takut nnti melayu merempat kt negara sendiri...

....................
Reply To This Comment ...................
September 13, 2014 at 9:02 AM

Huh! DT cakap macam stail umum bajet lak... he..he.. arright jer...

Dulu aku citer ekonomi domstik (pakar ekonomi citer nada lain bombastik pelaburan luar /ekspot impot ) citer pasal kecairan tunai tempatan, pelaburan pembangunan dan peranan sektor bank, labur untuk infrastruktur sektor industri perkilangan, pertanian, perhidmatan demi mewujud keadaan kondusif supaya rakyat boleh mendapat peluang kerja baru dan peluang berniaga (pelbagai) untuk menjana pendapatan.

Semua ini mesti berinisiatif dan kerajaan sebagai penggerak /pemangkin dan pihak swasta sebagai pemain aktif. Nyata bukan main belakang, jalan belakang ok! Dalam masa itu berwasatiyyah dan jadikan Al Quran dan As Sunnah sebagai pedoman pembangunan insan / sahsiah dan di amal dalam kehidupan harian kerana ini tuntutan wajib dan syarat Malaysia di rahmati kelak. Ada menyatakan Islam mesti di tinggalkan di rumah, hanya untuk peribadi(cara nasara/yahud) di mana amalan ini bertentangan syiar Allah SWT. Islam itu mesti di imarahkan secara maksima, cara universal sebagaimana status nya demi kesyumulan dari kebesaran Nabi Muhammad SAW yang membawa rahmat untuk keseluruh keselian alam !

Maka dari itu aku tulis mohon kerajaan beri balik hak-hak rakyat yang menyokong. PM buat BR1M tanda terimakasih. Bagi aku ok juga lah. Bila lagi rakyat hendak merasa duit kerajaan, betul tak, he..he.. Secara ekonomi, wang ini balik semula kepada kerajaan apabila di belanjakan semula. Majoriti penerima, tidak simpan pun, terus belanja. Perbelanjaan dalam negara ini lah, cara kasar nya, Pendapatan Negara KDNK - tapi yang ini macam kecairan tunai 'di ambil konon nya' di mana kerajaan mengaktifkan ekonomi peruncitan dan perhidmatan dalam satu keadaan. Rakyat tidak jadi malas pasal terima duit seciput ini. Malah ramai berterimakasih. Rakyat selama ini kena membayar dan terpaksa bayar kerana prakata 'tiada lagi yang percuma !' Sebenar nya kerajaan yang kaya raya contoh, Brunei, ada lah menjadi wajib menjaga kebajikan rakyat ketahap maksima tetapi dalam bentuk dan acuan Islam sebagaimana asal nya. Lain nya, Singapura yang lebih menjurus demi kebajikan kaum nya di mana bangsa lain di beri cara lain....

Pembangkang pun meniru dengan memberi duit untuk belanja runcit bulanan, belanja untuk festival atau hari perayaan dan belanja untuk beberapa skim lagi mereka perkenalkan seperti subsidi air dll. untuk kepentingan penyokong nya di sambil memancing undi yang lain.

He..he.. macam apa semua aku cadang niih, PM Najib buat lak... kan bahagia jua... cuma 'part' GLC ini masih di tahap kampungan kerana secara 'big time business' milik kerajaan sepatut nya mereka itu PERKASA dalam tempatan dan di kenali (urusan perniagaan) rentas sempadan sebagai ATM kerajaan, menjadi pemain utama/pemangkin besar kepada perniagaan dan ekonomi bumiputera, memang di dasarkan begitu. Kini tersasar. Sayang nya, perdagangan mereka tidak sebesar gaji-gaji eksekutif mereka ! Kecuali satu/dua GLC. WOW ! kata husin lempoyang ! Faktor wow baru-baru nii.. hanya satu kebarangkalian jer ... he..he.. Wow KJ dan Nazri itu lain lak...

Cuma satu kepala otak aku tidak boleh terima ! Pendapatan purata seisi rumah menghampiri RM 6000 sebulan ! Aku sangsi sikit lah... dari sumber mana angka ini ? Statistik mana ?

1MDB dan Khazanah Nasional. Kita semua ingin tahu, betul tak ?

**Rakyat marhaein prihatin DT. PM kena turun kampung. Dalam bandar pun banyak kampung (sebahagian nya di namakan Taman). Yang tak suka di dengar dan lihat ialah membuat loji taik dalam kampung Melayu, patung terbesar asia, gereja terbesar asia, air kumbahan tahi babi di alirkan ke kampung Melayu dan bina kandang babi berhampiran, buat gereja dan kuil dalam kawasan Melayu. Dulu segala pembangunan, buat lebuhraya nyata nya di jurus ke kampung-kampung Melayu ! Sekarang siapa yang untung ?

Perancangan Bandar, Melayu nya di mana ? Kita tidak mahu mereka di sepah-sepahkan...

....................
Reply To This Comment ...................
Madah berhelah
September 13, 2014 at 9:30 AM

Eleh takde apa nak dibanggakan. Singapore pada 2.1 dia negara jenis apa? Tolongla jangan nak kuar hujah "harga petroleum kita masih murang jika dibandingkan dengan singapore dan serantau". Tak rasa malu ke kalau orang singapore baca? Stakat bg tau nominal, cuba kau cita skit pasal inflasi najib. Kalau betul lah pertumbuhan 6.x persen kau tu, apapasal orang makin susah? Masuk sektor swasta tengok pekerja lulusan spm ngan diploma (degree pun ada) main kutu. Kau tau napa dia main kutu najib? Sebab nak buat bayar roadtax ngan insuran, buat duit raya, buat duit anak nak ke sekolah. Jadi aku sikit pun tak pecaya dan kalau betula petumbuhan kau ckp tu, takde trickle down efek pun. Getah jatuh, sawit jatuh, apa kau tau? Property glut dekat kl ada kau amek kira? Orang melayu tak mampu beli rumah. Zaman dr. M dulu lagi besar dr 6.x kau tu siap orang merasa lagi. Zaman kau? Asek2 nk brim kan orang je. Pastu bg hujah bodoh modal perniagaan la. Aku sbgai rakyat nak KEAMANAN, PELUANG PEKERJAAN DENGAN GAJI SETIMPAL dan plg penting, bini kau tak kuar tv dah dan kj balik afrika. Kalau tak bole bagi dua yg pertama tu pun bg yg terakhir tu pastu kau nak bagi hujah bodoh kau, bagilah. Tapi stoplah bg brim. Apa kata duit brim tu kau buat benda yg bawak menafaat pada suma mcm buit duit pencen kau supaya bersara

....................
Reply To This Comment ...................
September 13, 2014 at 9:52 AM

@Anonymous'Pantau' maksud saya dalam konteknya mengambil kira pandangan... tak kena tangkap punyer, kalau kena pun, saya dulu kena !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2014 at 9:54 AM

UTC sejuk dah...RTC Gopeng hidup segan mati tak mahu. Mydin je yag bertahan..spesis dapig yang buat projek kat atas semua dah kaya raya siap dapat dato lagi...terkini....Semakan Berita Semasa terhadap portal “The Economist” menunjukkan hutang negara sudah hampir mencecah RM700 billion (Putra Merdeka)..Tun M is still the best

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2014 at 10:29 AM

Kena lihat usia bro's...... Perbandingan mengurus selepas lebih 20 tahun dengan baru nak urus dalam tempoh yang belum pun sampai usianya 5 tahun. Anak kita yang usianya 20 tahun pun dah pandai nak pikir...... Abah saya dah nak kahwin, beli rumah, nak sambung belajar, buka perniagaan sendiri..bla..bla..bla.. Dengan tak kurang jug yang hanya pandai habiskan duit bapak.... Manakala anak yg umur lima tahun baru nak kenal dunia hingga nengok dia ada "turtle" tapi ada perempuan dia tak ada "turtle" pun boleh jasi issue. Sibuk nak beli lego dan terbaru main gelang getAh kecil buat gelang warna..... So faham tak kiasan kecil ni.....sebab tak semua anak2. Membesar seperti budak bijak si Ai Putra.....apapun aku sanjung Tun M dan Salute DsN.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2014 at 10:36 AM

Salam.
Saya nak tanya macamana pula dgn berita terkini tentang hutang negara yang meningkat mendadak sebanyak rm 692 bilion iaitu 62% KDNK? Tahap ni dah melanggar had siling 55% yg ditetapkan. Maklumat ini telah didedahkan oleh blogger Out Syed the Box.
Apa komen tuan....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2014 at 10:46 AM

naper pulak artikel macamni disiarkan? aper pun "kebaikan", "kebijaksanaan" atau aper pun pasal najib, dah tak relevan lagi. yang aku harap dia SEGERA berundur. lagi lama dia kat atas, lagi banyak lagi penjenamaan semula dilakukan.

....................
Reply To This Comment ...................
September 13, 2014 at 10:57 AM

@Anonymoustujuan utama artikel ini adalah untuk menunjukkan kepada pemantau apakah reaksi rakyat biasa kepada berita 6.4% itu ...

turut sama meraikannya ? Atau mempertikaikannya ? Atau apa2 lah ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2014 at 11:40 AM

@dinturtle

Ada kah pemantau akan melaporkan kepada Najib hasil pemantaunya kelak? Ada kah ini salah satu daripada langkah bahawa Najib akan berubah? Sejak bila pula pemantau tersebut ditempatkan disini? Ada kah pemantau dibayar gaji atau elaun? Mungkin kah komen komen yang membodek Najib adalah komen dari pemantau sebagai umpan untuk melihat reaksi pengkomen?

Kalaulah betul hasil pemantauan disampaikan kepada Najib, diharap dapat disampaikan supaya Najib berundur, sebab hati dan perasaan Melayu sudah menjadi hancur. Diharapkan juga dapat disampaikan kepada Najib bahawa orang Melayu inginkan seorang pemimpin yang tulin dan tetap akan memperjuagkan agama, bangsa dan raja raja. Janganlah pula Najib mengungkapkan saperti yang disampaikan baru baru ini berkenaan penggantian Akta Hasutan : " ...... agama, bangsa dan raja raja sangat dekat dihati orang Melayu" (dengan senyum seolah olah menyindir orang orang Melayu, dan tidak menampakkan kesungguhan}.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2014 at 12:16 PM

Maaflah...
Jika anggapan saya silap...
naik 6.4%..

Adakah pertunjuk tersebut terus berkadar langsung dgn kenaikan gaji... tidak bukan..
jika kita lihat naik 6.4 terus wajib gaji naik 6.4%.. perghhh hebat benorlah ekonomi tu..

bukankah prestasi ekonomi meningkat akan menyebabkan pelabur2 luar tertarik melabur..
bila ada syarikat besar melabur.. peluang kerja jd banyak.. pengganguran berkurang..

Katakanlah jika pelabur luar melabur dlm skala besar dlm sumber protin.. ternakan ayam.. hasilnya insyallah harga ayam akan turun.. apabila lambakan penawaran ayam.. rakyat dpt kerja di ladang2 ternakan (bg yg tak pilih kerja.. jgn sub kat indon bangla dah la)

Jadi .. jgnlah dok pikir gaji kita je yg wajib berkadar langsung naik dgn peningkatan ekonomi...

yg penting peluang pekerjaan yg wujud apabila pelabur luar yakin pd ekonomi dan mai melabur...

Asik pikir gaji kita je naik... biarlah org lain menggangur.. tak betul gok... nak gaji lebih.. bisnes lah.. jgn makan gaji... bisnes anda boleh tentukan gaji anda...

maaflah.. itu pd pikiran hamba.. pandangan hambe je... jenuh doh merungut ttg diri sendiri sdgkan diri sendiri tak nak usaha...

org indon bangla boleh hidup cari makan kat Malaysia. .. org kita dok cemuh2 Malaysia...

Pergilah melancong@melawat indonesia..vietnam.. lihatlah bagaimana rakyatnye survival n berkerja utk hidup mrk..

mohon ampun maaf byk2

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2014 at 12:42 PM

bagi saya yang paling penting kesan kepada rakyat..adakah rakyat selesa dengan keadaaan ekonomi di malaysia pada ketika ini.nilai wang semakin kecil di pasaran dan itulah perkara yang paling mengusarkan majoriti rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
September 13, 2014 at 12:44 PM

@Anonymousbanyak pulak soal dia ..... hehehe ... just be urself :)

saya sendiri suka kalau Najib baca blog ini ! hahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2014 at 4:10 PM

biar naik 10% pun tapi jika subsidi ditarik..tarif dinaikkan..harga barang dan rumah tak turun2..gst nak dilaksanakan..brim diteruskan..cukai pendapatan tak dikurangkan..tak guna jugak..poket rakyat tetap sengsara..agensi2 kerajaan seperti LHDN tetap berusaha kaut sebanyak mungkin dari rakyat..

dulu..naik 3% pun rakyat hidup aman damai tak susah hati..

fikir2kan..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2014 at 4:33 PM

apa ada pada angka ...jolok sikit ..semua boleh naik belaka. orang kampung bukan taw itu semua.. apa pun najib patut didesak supaya berundur dari presiden umno..dia tak layak pegang jawatan itu..

....................
Reply To This Comment ...................
September 13, 2014 at 4:49 PM

Syooookorrr Alhamdulillah.Berkat usaha haji najib dan hajah rosmah serta Idris jala bloomberg top 50.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2014 at 5:14 PM

@Anonymous

ko nih citer pasal ladang ayam jer. takder ker ladang lain yang boleh ko citer? mereka yang bekerja diladang ayam tuh, yang dah tua nanti diberikan gelaran pulak. yang wanita akan dinamakan ibu ayam dan lelaki akan dinamakan bapak ayam citer pasal ayam nih ada sensitiflah sikit. contohkanlah ladang lain saperti ladang kelapa sawit ker, ladang limau ker, kan ker baik?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2014 at 5:24 PM

Walaupun angka pertumbuhan ekonomi meningkat tetapi kuasa membeli rakyat kian susut terutamanya bagi aktiviti2 ekonomi domestik.Buat apa,kalau pertumbuhan ekonomi mencanak,kedai2 makan menjadi suram tidak seperti dulu di tempat2 lain kecuali kuala lumpur.Angka2 pertumbuhan pelbagai sektor ekonomi di atas tidak dapat di sambut baik oleh rakyat tempatan kerana kos yang tinggi tetapi tidak utk rakyat asing.Banyak lambakan hartanah tempatan tidak terjual.BR1M di lihat hanya sebagai tindakan sementara,bukan baik utk kekal selama2nya,lainlah kita bercita2 menjadi seperti bandar2 mati seperti di england.Hutang negara mencecah hampir Rm 700 billion.Apa jenis hutangpun akan membahaya si penghutang ketika menghadapi sebarang krisis ekonomi.Harapan saya,kerajaan seharusnya memikirkan sudut yang berbeza(consultant berbillion ringgit) dalam mengurangkan hutang negara,meningkatkan kuasa membeli rakyat tempatan tanpa brim dan menghindarkan memegang aset2 besar yg menguntungkan tetapi membahayakan, ketika berlaku ketidaktentuan ekonomi dunia.Senang cerita,kembali kpd syariat islam di saat kegemilangan tamadun islam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2014 at 5:24 PM

tak kiralah naik ker apa ker, yang penting agama dan bangsa. ada ker kenaikan itu dapat memberikan sumbangan kepada bangsa Melayu? nampak saperti memberikan tekanan yang lebih berat kepada bngsa Melayu/Bumiputera, sebab harga rumah yang tinggi dan melonjak tetap akan menafikan orang Melayu/Bumiputera untuk membelinya. bayangkan rumah yang dibina diatas tanah berstatur MCL (Malay Customary Land) dijula dengan harga hampir setengah juta. gila aper ker nih. status tanah yang mensyaratkan pembelianya untuk bangsa Melayu sahaja dijual dengan harga begitu tinggi. ada ker ini yang membanggakan dengan kenaikan tuh. ko pun Din turut bersubahat dengan memberikan "tahniah". tapi takper. blog ko nih sudah di "like" oleh Najib kerana turut mempromosikan dia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2014 at 5:32 PM

Sepatutnya gambar yang diatas itu diletakkan gambar roket sebagai symbol NAIK.Gambar menara yang diletakkan itu kelihatan idle dan tak mungkin NAIK lagi. Maknusia saja yang hari hari NAIK tapi sampai masa TURUN jugak. Mungkin kah ekonomi akan menjadi saperti yang digambarkan?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2014 at 6:05 PM

Bro Din,
Apa makna GDP 6.4% pada orang kampung? Najib bercakap pasal berbilion duit, ekonomi berkembang, FDI berpuluh bilion, apa yg org luar bandar faham? Yang mereka faham harga beras, gas, minyak, ayam, ikan, daging.

Sekarang getah mcm dh xde nilai.. sekilo rm1.xx.. sawit harga menjunam.. wpun kita faham harga komoditi ini bergantung pada pasaran & permintaan dunia, sekurang-kurangnya terdapat polisi kerajaan dlm mengawal kejatuhan harga komoditi.

Mereka yg terjejas ini kebanyakan petani kecil orang Melayu.. mereka yg menyelamatkan najib masa pru lepas.
Kalau di bandar pulak, pemilikan rumah jadi isu utama. Harga hartanah mula meningkat mendadak bila dasar pak lah nak orang asing duduk malaysia. My second home program tu menyumbang property bubble. Yg jd mangsa rakyat msia. Xmampu nk bli sbb pasaran hartanah ditentukn oleh spekulasi, bukan permintaan. Menjadikan harga xmasuk akal. REHDA mmg suka keadaan ni, sbb yg mereka nk profit. Pengurusan ekonomi pada zaman pak lah mmg satu bencana buat kita. Ni la jdiny bila satu perkara diserahkan kpd yg bukan ahlinya.

Bila najib amik alih, transformasi ekonomi pulak. Yang plg sy xleh terima bila wahid umum kenaikan pendapatan per kapita. Menunjukkan program etp mula membuahkan hasil. Najib dah ckp brim naik tahun depan. Bg sy ini taktik politik bg gula2 supaya rakyat menerima gst dgn hati terbuka dan penuh keriangan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2014 at 7:01 PM

BR1M tak ok,KR1M ok,UTC ok dan tak ok sebab masaalah lokasi,Hutang negara RM 700 billion tak ok sebab lambakan pasaran hartanah dan kos hidup yg tinggi tidak selari dengan keupayaan dan kuasa membeli rakyat tempatan.GST ok dan tak ok tertakluk pada kemahuan politik pemimpin.MRT ok utk jangka panjang,Menara warisan tak ok.1MDB macam ok tapi tak ok.TRX tak ok kecuali betul2 mencengkam sektor kewangan islam yg jenis perghhh i loving it (KFC).Peranan swasta yang di utamakan utk kesejahteraan rakyat.IPP ok sebab nak habis tahun tanpa re finance semula (hak milik rakyat malaysia) dan hanya belanja mengurus serta mengurangkan kos hidup.Kalau dasar tenaga di perbaharui dan jimatkan kos operasi,itu baru A(geotermal,biogas,hidroelektrik tanpa bahan bakar fosil) keuntungan mencanak tertakluk pada jenis teknologi ketahanan usianya.Politik populis tak ok,politik pembangunan ok.Politik mengurus kos hidup rakyat dan kerajaan yang cekap lagi ok (memerlukan keberanian dan kebijakan yang luar biasa).Naik gaji ok tapi kos hidup keperluan asas rakyat yang rendah (spin aktiviti ekonomi dgn lajunya).Keuntungan ekonomi individu di ambil alih oleh rakyat dan pulangkan makanan2 yg baik2 kpd mereka.Yang Maha hebat semuanya dari kalam Allah.Kepimpinan yang baik,rakyat dan negara jd baik.Maka PR jagi Pigiii Rrrrrr..
Kalau ada salah dan silap,mohon ribuan ampun.Yang buruk semua dr saya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2014 at 7:06 PM

@Anonymous

Yang lain-lain tu aku tak nak sentuh, cuma yang ni aku musykil:

"Hello? Jeneral Rebel? Ini Najib ni..."

And then general rebel tu setuju nak lepaskan team Malaysia masuk tengok MH17. Kenapa? Apa kredibiliti Najib di persada dunia sampai jeneral tu akur? Adakah sebab dari zaman Tun lagi kita sudah ada hubungan akrab dengan Rusia? Siap depa tolong hantar angkasawan kita naik?

Orang kata Najib setel sebab dia terer. Podah lah. Samada dia, macam Lim Guan Eng, menjual "saham" yang dimulakan oleh kerajaan BN terdahulu. Atau ada benda yang dia cakap atau janji yang kita tak tau.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2014 at 7:14 PM

Ada makna ke apa-apa angka yang kerajaan Najib bagi? Hari tu Menteri dia cakap pendapatan isirumah naik ke RM5,900. Mana ada orang percaya? Dia buat banci kat mana, Bangsar? Kemudian bila diasak baru dia cakap, oh median ialah RM4,200 lebihkurang. Ha. Baru la okay sikit.

Tapi tu pun dia cakap 3.5 juta isirumah je yang berada bawah pendapatan RM4,700 sebulan. Jadah apa. BR1M Feb 2014 kata 5+ juta isirumah dapat habuan. BR1M tu bawah RM3,000 pendapatan isi rumah sebulan.

Macamana orang nak percaya? KPI bertingkat-tingkat dah capai katanya, hasilnya hapah kita tak tau apa. Rakyat dok sempit macam tu lah jugak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2014 at 7:16 PM

Negara makin mewah, tak sampai pada rakyat, kemudian makin huru hara pulak tu. Tak de maknanya. Cecah la 10% pun... kalau dah asyik merusuh kat jalan memanjang, ada guna ke?

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
September 13, 2014 at 8:30 PM

1) Syabas DS Najib di atas pertumbuhan ekonomi negara. Cuma saya ingin tahu sama ada ini atas usaha DS Najib SENDIRI berserta menteri2 kah atau CONsultant punya kerja ?

2) Betulkah pendapatan isi rumah sampai nak dekat RM6K ? Saya tengok masih ada lagi melayu/bumiputera yang duduk dalam rumah hampir nak roboh, macam mana tu ?

3) Benarkah tahun hadapan penerima BR1M akan berkurang disebabkan pendapatan isi rumah purata sudah hampir mencecah RM6K ?

4) Saya nak tahu juga jika benar indeks JENAYAH meningkat seiring dengan pertumbuhan ekonomi negara ? Ini kerana saya risau dengan keadaan semasa negara yang semakin hari dirasakan tidak selamat. Lebih merisaukan saya apabila segala akta yang sepatutnya diguna untuk mengekalkan keharmonian negara sudah dimansuhkan DS Najib.

5) Adakah DS Najib nak mansuhkan Akta Rahsia Rasmi juga ? Yalah, sekarangkan musim BOCOR sana bocor sini. Pening kepala saya DS....

4)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 14, 2014 at 1:40 PM

Ehm, dulu beli rumah dlm 2006, sekarang harga dah lebih double. Gaji tak double jugak lagi. So, kalau tiap tahun lebih 5 peratus pun gaji org biasa tak naik double seperti harga barang/makanan/rumah naik sebegitu, apa ertinya? Itu kah maknanya kompetetif? Kalau ekonomi memang dah baik, kenapa hutang masih tinggi hingga ada defisit? Kenapa perlu naikkan kadar faedah baru2 ni kalau betul2 ekonomi baik? So, jgnlah syok sendiri ..

Lagi pulak bila kadar faedah naik, rakyat kena bayar faedah bank lebih tinggi khususnya utk hutang rumah.. bank dah lah buat duit atas angin (dipanggil fractional reserve banking).. thn depan pulak kerajaan dah benarkan caj utk check ..pun semua org kena bayar servis caj utk setiap cek.. jd itukah 1Malaysia ke memang falsampah bersekongkol dengan bank? Bank dah diberi keistimewaan berikan hutang pd orang lain dengan duit yg mrk sendiri tiada, tapi nak lagi keuntungan berganda? Ini polisi mesra rakyat? Di Amerika, bank2 mrk dah kuasai "demokrasI" amerika, kerana mereka boleh sebabkan kejatuhan bursa dgn sekelip mata ..sebab itu ada insiden "fat finger" bbp tahun lepas yg tak dapat diketahui sendiri puncanya.. tetapi adalah sebenarnya kerana mereka (zionis) telah menguasai pejabat2 penting dan nod nod penting ekonomi Amerika..sebab itu Amerika ikut sahaja telunjuk Zionis walaupun perbuatan mereka jelas menzalimi Palestin (dan rakyat Amerika sendiri).. ini semua terjadi krn pemimpin sendiri yg ingin kekalkan kuasa dan wang..jadi demokrasi dlm negara tersebut dah tiada lagi..sebab nod2 penting ekonomi sudah digenggam oleh zionis

Jadi tak mustahil negara kita akan berevolusi ke arah yg sama kalau tidak belajar dan peka akan ancaman tersebut .. perkara ini hanya akan berlaku apabila politician sendiri mementingkan kuasa dan bukan negara sendiri.. satu dari cara asas bagi permulaan penjajahan kuasa barat ialah dengan menyokong pembangkan yang sanggup menggadaikan prinisp dan kepentingan negara.. itulah yg terjadi di Ukraine.. puak yg menguasai pemerintahan barat tidaklah se demokrasi mana.. ia lebih suka akan kecelaruan dan ketidaktenteraman ..sebab dgn cara itu ianya akan memberi peluang mereka meletakkan pemerintah puppet mereka..seperti di Ukraine

Dlm negara kita sekarang, bibit2 itu sudah ada. Pembangkang memang suka akan kecelaruan, ketidaktentuan dan perpecahan, sebab itu sahajalah "kekuatan" mereka. Apa2 yg memberi penyatuan merupakan ancaman agenda mereka. Sebab itulah DAP dan Lim Kit Siang suka sangat menjadi pencetus "Sabah keluar" Malaysia.. .apa2 sahaja demi kuasa. Orang2 macam ini sebenarnya musuh negara yg tak ada sebarang prinsip yang akan membawa kemajuan kepada negara. AhJibGor takut buat keputusan sendiri dan ikut sangat cakap Pemandunya.. walaupun jelas Pemandu Idri Jala tu pun penyokong penghasut Azmi Sharom. If Najib is afraid and does not want to take the responsibility to be a leader, he might as well step down

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 13, 2014 at 2:32 AM

@Anonymous
baik baca secara total berita-berita dari russia dan ukraine, sekatan untuk ke Donetsky bukan sahaja dari pro-russia tapi pihak kerajaan ukrain sendiri, sbb tu PM najib telefon sendiri sama ada selamat atau tidak untuk akses ke tempat tersebut, pergila baca berita byk, jgn berhujah dgn hujah kosong

Post a Comment