........... Peeeergh .... Ahli Baru Umno Lebih 70 ribu ! ! ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Peeeergh .... Ahli Baru Umno Lebih 70 ribu ! ! ?

Wednesday, September 17, 201410comments

Kata orang, Tulis panjang2 pun kalau takde pengisian, tak guna juga. Laaa.... kalau takde isi, takkanlah boleh tulis panjang2 .... kan ? Panjaaaaaang sebab banyak isi, tak gitu ?

Kalau banyak isi sekalipun, kalau tulisan itu tidak mampu mengaktifkan sel-sel otak untuk bersambung, tak guna juga. Jadi panjang atau pendek bukan isunya .. orang kata saiz tak penting... errr ..... lain macam pulak bunyinya. 

Yang penting, apakah tulisan itu mampu buat kita berfikir. Tapi ..... kalau straight to the point pun, orang tak berapa nak layan juga. Jadi kenalah ada juga sedikit sebanyak rencahnya ....kan. 

Macam mukadimmah ni, saja jer saya ngomel kalau tidak pendek sangat artikelnya hehehe...

Saya tertarik dengan satu status di Kelab Che Det, pendek jer tapi mampu buat kita berhenti sejenak, berfikir sekejap -


Kalau anda baca komen2 di sana, memang teruklah pemimpin2 Umno kena sindir. Tak baik lah korang nih .... Tak habis2 nak menyindir pemimpin2 Umno. Mentang2 namesake kelab itu memang terkenal dengan sindiran2 tajam beliau, ahli2 dia pun nak ikut sama...

Ginilah, sebenarnya saya nak tolong berikan penjelasan bagi pihak Umno. Tak tahan dah telinga  mata ni dengan segala sindiran yang dilemparkan. 

Untuk pengetahuan anda, Umno berjaya mendapatkan jumlah yang agak besar sebagai ahli barunya dalam masa setahun ni. Kita ambil dari masa PRU13 sehingga kini .... jumlahnya adalah -

73,475 orang ahli baru Umno !


Untuk lebih tepat, ada lagi 26,913 borang permohonan yang masih diproses. Majoritinya adalah dari golongan orang muda, hasil gerakkerja  dan usaha keras Ketua Pemudanya.

Oya, bilangan borang yang masih diproses agak tinggi kerana dikatakan para penilai menghadapi kesukaran membaca tulisan pemohon .... dipercayai kerana mereka semasa mengisi borang, tangan mereka bergoyang2 ....dek kesejukan mandi airbatu, dan setengahnya pula tak mahu berhenti berzumba walaupun untuk isi borang.

Hmmmm ..... kalau ayat pendek KCD mampu buat anda berfikir, apalah agaknya yang ayat pendek saya ini mampu hasilkan .....

73,475 orang ahli baru Umno dalam masa setahun ini !

Share this article :

+ comments + 10 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 17, 2014 at 1:29 PM

Daftar online. Tapi kena thumbprint la... Nnt pembangkang kata UMNO sengaja daftarkan ahli depa sebagai ahli UMNO lak. Sbb kawan aku pernah dpt surat dari PKR menyatakan sbg ahli PKR walaupun x prnh daftar.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 17, 2014 at 2:59 PM

MIMPI DISIANG HARI atau pun syok sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
September 17, 2014 at 3:14 PM

Tak guna teknologi siber, takde lah interaktif. Lambat lah proses. Mereka jadi ahli Dap sebab 'iconic view' yang ghairah ! Segera dan di mudahkan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 17, 2014 at 3:16 PM

pergh!!!! pecah kapal jadinya. tak tahulah samada mereka itu yang berkualiti atau pun hanya nak jaga hati kawan. samada mereka mengundi UMNO dalam PRU akan datang is not the point. the quantity that matters. kualiti? ini kena tanya kj. jangan pulak mereka jadi ahli dek kerana nak berzumba atau pun mandi air batu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 17, 2014 at 4:33 PM

Sekali lagi kita ingin menegaskan bahawa kuantiti ahli yang ramai belum tentu ramainya pengundi. Apa guna jadi ahli kalau tiada roh perjuangan UMNO. Kalau jadi ahli pun hanyalah sekadar untuk berlifestyle buat apa. Kita pentingkan kualiti dan bukannya kuantiti.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 17, 2014 at 8:50 PM

aiks...duk berzumba pon tak dapat tarik ahli muda muda remaja...patut lingkungan 30 kebawah berduyun daftar almaklumlah menteri belia pemes tak gitew......oooooo...perasan..padan pown....kikikikikiii....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 18, 2014 at 8:18 AM

Underdog tapi masih champion?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 18, 2014 at 10:42 AM

sejak mandi air batu dan berzumba memang ramai nak isi borang masuk umno. tak nampak ker meja isi borang dan banner masuk umno tepi orang ketua pondan umno siram sebaldi air sejuk. orang cina pun mohon juga pasal su akhbar dia kempen dalam akhbar cina. tu belum lagi bab selfie, ramai ooooooh isi borang umno. tu semua nak tunjuk nombor kat presiden umno, ah jib gor. presiden tak perlu tunjuk bukti, cakap jer, terus percaya 100%. sehingga kini kat tempat saya. ramai pondan umno berkempen masuk umno kepada orang muda dengan cara berselfie dan lifestyle di cafe 5 bintang. tak termasuk akal kita kalu tak lihat jumlah yang akan masuk umno hujung tahun ni. 70000 tu tahun ni atau tahun lepas-lepas?

....................
Reply To This Comment ...................
September 18, 2014 at 12:00 PM

alahai .... kena juga buat penjelasan ... angka tu saya melawak je lah !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 18, 2014 at 1:48 PM

Bro din... Thumbs up...

Post a Comment