........... Nik Aziz Sepatutnya Berdoa - Keratlah Lidahku dan Butakanlah Mataku Jika Perjuangan Pas Tidak Benar ! dan DiAminkan Orang Pas | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Nik Aziz Sepatutnya Berdoa - Keratlah Lidahku dan Butakanlah Mataku Jika Perjuangan Pas Tidak Benar ! dan DiAminkan Orang Pas

Wednesday, September 24, 201413comments



Saya malas nak komen mengenai Prk Pengkalan Kubor sebelum ni, memilih untuk memerhati dari jauh jer. Tapi kali ni rasanya nak sentuh jugalah ...




Ya Allah Hukumkan Umno,  Ya Allah... Hukumkan Umno BN ..
KO BN !  KO BN !  BN KO !  KO BN !  BN KO !  KO BN !  BN KO ! ... dalam Pilihanraya yang ke 13 ini ya Allah.. Mudah2an perjalanan kami ke Putrajaya ya Allah, dengan begitu sekali mudah dengan pertolongan Mu ya Allah, 

Itu hampir dua tahun dulu ... dilafazkan si adik..... Semalam si abangnya, Nik Aziz punya doa pula -



“Kepada orang ni, kita doa Tuhan buka hati dia, kesal buat benda-benda begini, sokong kedaulatan Islam,” kata bekas menteri besar Kelantan itu di akhir ucapannya.

“Atau Tuhan lipat balik (hatinya), biar Tuhan kerat lidah supaya tak leh kecek perkara tak sebenar, butakan mata dia supaya tak nampak apa-apa kecuali nampak bulan je Insya-Allah.”

Nik Aziz mengulangi perkataan itu dalam bahasa Arab secara perlahan-lahan dan diaminkan oleh para hadirin. ( TMI )


Lagi komen dan video boleh  - Klik .

Adoooooi ..... ni macam nak main mandrem pulak dah .... yalah, bomoh sekarang pun kalau mandrem pakai ayat Quran juga !

Bukanlah tak hormat pada manusia yang dianggap sebagai Tok Guru oleh orang Pas tapi  ....... nak komen pun tak reti ! 

Alasan Nik Aziz -

“Inilah sebabnya mengapa kita menentang Umno. Umno hanya mengambil berat tentang perkara lain.Semuanya mengenai wang. Ada perkara lain bagi mereka?”


well... tanpa mahu memihak kepada sesiapa, apa kurangnya rakan tahaluf Pas yang juga Ketua PR Anwar Ibrahim dalam Kajang Move nya mahu mengusir Khalid sebagai MB Selangor.... bukankah SEMUANYA MENGENAI WANG ?

Asalnya Hadi dan Nik Aziz tetap sokong Khalid .... tapi akhirnya akur juga kepada kehendak Anwar. 

Sehingga kini masih belum terbukti segala dakwaan salahlaku terhadap Khalid .... tidakkah itu ZALIM namanya ? 

Tapi terfikir juga, kenapa selama ini segala doa hancur musnah pecah perut buta pekak tuli pemimpin Pas tidak pernah termakbul ? Kenapa tidak ubah doa itu menghala diri sendiri contohnya, keratlah lidahku dan butakanlah mataku jika bulan Pas sebenarnya malap.... tidak seterang kebenaran..

Oya, lama tak dengar berita si adiknya  Nik Amar .... apa khabar ?

Share this article :

+ comments + 13 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 24, 2014 at 6:48 PM

Siapa ikut orang gila dia jadi gila.

....................
Reply To This Comment ...................
madah berhelah
September 24, 2014 at 7:01 PM

Secara tak langsung, nik aziz ni la bukti bangsa melayu ni mundur. Orang tua mcm ni pun masih ada pengikut. Kita pandang indon kebelakang, bila sebut je tebayang dlm kepala orang susah tapi hakikatnye melayu mesia pun sama je mundur dia cuma kita rasa syiok sbb indon dtg sini nak keja kat tempat kita tapi ramai plak orang yg sanjung nik aziz ni? Ini lah jadi bila akal letak kat lutut pastu kagum dengan orang yg bole main petik2 ayat quran sampai benda dpn mata dia buat salah pun kita pandang dia buat kebajikan. Melayu apala nak jadi. Cane nk buat ni? Yg memerintah federal mcm lahanat, yg opposition plak mcm gampang. Bila melayu nk bangkit? Dari zaman nego merdeka lagi dah kena main sampai la ke hari ni. Ni jadi kes mcm pemerintah dulu2 berebut nak kutip cukai kat muara sungai pastu panggil british mintak tlg yg menang sampai hari ni ada lg. Melayu masalah utama dia telalu taksub. Frust la din bila tngk orang aminkan doa si nicky tu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 24, 2014 at 7:27 PM

Ni baru boleh di panggil JAGUH KAMPUNG original. Nak mintak dia doa internasional la sikit.... Tok guru kan tahap wali!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 24, 2014 at 8:04 PM

salam,

doa pecah perut dah lama buat, doa ko dah 2 tahun, solat hajat dah berstadium dan berpadang, terbaru doa kerat lidah dan buta mata. sebelum ni pun doa buta mata dah pun dibaca, tu pasal la orang pas ni dok faham dan tak reti2. makin diterang, makin gelap hati mereka akibat daripada tindakan mereka itu sendiri. mereka perasan mereka lebih islam dan lebih mulia daripada orang islam di dunia ini. mereka percaya, ibadat mereka sahaja yang diterima oleh Allah. mereka sangka orang lain tidak pernah berjuang untuk islam seperti mereka. mereka fikir solat mereka sahaja yang terbaik dan diberi ganjaran terbanyak. ajaran daripada mereka sahaja yang betul, tafsiran mereka sahaja yang benar. nawaitu mereka ajer yang ikhlas, segala tindakan mereka, perjalanan, kelakuan mereka itu benar dan ikut ajaran islam. tapi tak ada sebutir habuk pun segala doa dan solat hajat mereka ditunjukkan oleh Allah swt untuk menunjukkan mereka di jalan yang benar, tetapi yang kelihatan mereka sesat dalam kesesatan walaupun terdapat ostaz yang ditarafkan sebagai ulama pun turut tersesat dan gelap gelita hati dan fikiran.

....................
Reply To This Comment ...................
September 24, 2014 at 8:41 PM

Sekali ini aku cakap keras sedikit - ULAMA POPEYE , tapai pun boleh...

Maaf kata. Semakin umur meningkat, sudah tidak sesuai lagi berpolitik, cakap bukan-bukan, sumpah bermusuh dengan Melayu Umno sampai mati, rakyat Kelantan yang kaya bertambah -tambah mewah, yang kais pagi makan pagi juga banyak kali 'missed' kerana ramai anak dan perpecahan ummah. Bagaimana dosa-dosa ini boleh terhapus apabila Allah SWT itu menjadi saingan ? Nabi Muhammad SAW di umpama budak kampung nakal, samseng hakikat nya sirah Baginda begitu Agung, perkhabarkan beratus tahun belum di lahirkan !

Kini di Pengkalan Kubor budaya samseng melanda lagi ? Akhlak Islam ?
Mohon kepada SPR, PRU 14, tentera dan polis berkerjasama menjaga setiap kawasan pengundian kelak selama kempen berlangsung 24/7. Tidak boleh bersikap lembut dan menjaga keselamatan awam, harta benda awam dan persendirian.

Sampaikan kepada SPR, DT.

....................
Reply To This Comment ...................
September 24, 2014 at 9:18 PM

Kesian Dato Nik Aziz.Beliau sedang sakit. Sebagai orang UMNO kita patut bersikap pemaaf. Apa kata kita doakan kebaikan untuk beliau. Agama kita mengajar supaya berdoa kebaikan walaupun kepada musuh.Ya Allah sihatkan Nik Aziz dan ampunkan dosa beliau dan jadikan beliau dari kalangan orang baik2 dan beriman. Amin.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 24, 2014 at 9:19 PM

Ikut org sesat, sesatlah sekali, yg jelas sesatnya pun ramai yg ngikut. Mmg menghairankan kesan taksub dan kebencian melampau yg ditanam sekian lama terhdp UMNO.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 24, 2014 at 9:44 PM

kadang2 aku terfikir juga ..apakah hikmahnya dipanjangkan umur orang yg berhati busuk ' hitam legam penuh dendam ini? bagaimana diakhirat nanti? seolah-olah tak adil kalau tuhan masukkan orang sebegini kedalam syurga kerana nampak jelas ciri-ciri ahli neraka padanya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 24, 2014 at 9:49 PM

@HANGKEBUN

masa sehat la dia doakan UMNO hancur. masa sakit dia senyap jer. ikut cakap org kebun cam tu la. elok beno dia sehat biar dia boleh doa buruk jer.

....................
Reply To This Comment ...................
Akiyama
September 25, 2014 at 9:03 AM

biasanya doa2 orang yang rapat dengan Allah ni, in sya Allah mustajab. apatah lagi jika seorang 'keramat' yg mendoakan..tetapi, jika benar hamba Allah itu di pihak yang benar, mengapa doa hamba Allah itu sampai sekarang tak makbul2? fikir2kan..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 25, 2014 at 11:19 PM

Mereka agamawan ni agaknya terlupa bahawa dakwah itu bukan hanya utk org lain tetapi juga utk diri sendiri. Mereka juga lupa tentang sejarah umat nasrani yg hancur bermula dari paderinya dan polisi gerejanya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 26, 2014 at 4:40 AM

seandainya melayu ingin kuat maju dan berdaulat..lenyapkan saja parti pas dimuka bumi tanah melayu..parti pas hanya alat untuk porak perandakan orang melayu dan islam di malaysia.. tanpa parti pas ..InsyaAllah orang melayu akan bersatu dan maju tanpa kekangan idiologi riak dan takbur..parti pas bukan minat nak memerintah negara sebab pemimpinnya lebih suka bercakap putar belit dari bekerja, cari makan dengan elaun tidur sebagai wakil rakyat..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 26, 2014 at 7:47 PM

Doa tok guru pun tk masin inikan pula macai apalah salah org muslim.

Post a Comment