........... Najib Kena Berundur Jika BN Mahu Menang PRU14 ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Najib Kena Berundur Jika BN Mahu Menang PRU14 !

Tuesday, September 16, 201462comments

Saya mencari2 juga satu berita untuk dikomen yang boleh dibiarkan agak lama supaya lebih ramai dapat baca dan beri komen. Akhir2 ini yang menjadi tumpuan adalah isu pemansuhan Akta Hasutan. 

Walaupun Najib sudah umumkan bahawa kerajaan masih menimbang samada hendak dibiarkan, atau diperkemaskan atau dihapuskan terus dan digantikan dengan akta baru yang KONONnya mengikut tafsiran pemikirannya yang Liberal, akan menjadi lebih mantap.

Perkara ini sebenarnya subjektif sebab kita membicarakan mengenai satu perkara yang belum dimuktamadkan namun kita boleh membuat satu jangkaan berdasarkan konsistensi tindakan Najib sebelum ini. 

Murid yang sebelum ini sentiasa mendapat markah tinggi dalam setiap ujian yang didudukinya, pastinya kita menjangkakan satu keputusan yang sama cemerlang dalam ujian yang bakal beliau duduki tidak lama lagi. Faktor Konsistensi.

Seorang pekerja yang rajin, berdisplin dan sentiasa melaksanakan setiap tugasan dengan jaya pastinya kita jangkakan akan menerima apa jua tugasan baru dan bakal melaksanakan tanggungjawab itu sebaik mungkin. Begitu juga pekerja yang malas dan banyak songeh, sebelum kita berikan tugasan baru pun kita dah boleh agak alasan2 yang bakal diberikan ..... Faktor Konsistensi.

Jadi menggunaka faktor Konsistensi, saya percaya kita dah boleh agak apa akan jadi dengan Akta Hasutan .....

Perlu ke saya ulang sebut tindakan2 terdahulu Najib yang menyumbang kepada Konsistensi beliau ? Tak perlu la kot ..... nanti orang kata saya mengungkit pula. 1Malaysia dah tahu. Dan 1Malaysia juga dah terima gelaran Mat Liberal yang dibawa oleh Najib. Bukan saja-saja beri label tapi atas faktor Konsistensi.

Makanya tidak hairanlah bila proksi atau balaci Najib bernama Saifuddin Abdullah boleh muncul bersama puak anti Akta Hasutan dimajlis pelancaran Gerakan Hapus Akta Hasutan ( GHAH ) semalam.

Mkini
“Saya yakin perdana menteri memang nak mansuhkan Akta Hasutan tetapi ada yang di sekeliling yang tak setuju. Tugas kita adalah tunjuk kepada perdana menteri yang kita semua nak Akta Hasutan dihapuskan,”


Saya ulang balik senarionya .... Najib telah 3 kali umum mahu hapuskan Akta Hasutan. Kali yang terakhir ini mendapat bantahan meluas dari rakyat yang cintakan keamanan terutamanya dari Ngo2 Melayu yang risau ancaman yang bakal menimpa tiang seri bangsa sekiranya tidak ada pelindungan setegas Akta Hasutan.

Hasilnya, Najib terpaksa gostan dan umumkan yang ianya belum muktamad lagi. 

Oya, itu pun satu lagi Konsistensi Najib - Ayat Belum Muktamad. Setiapkali selepas umumkan dengan penuh yakin dan bersemangat langkah2 liberal yang beliau mahu laksanakan, rakyat akan buat bantahan meluas,  dan Najib pun akan umumkan Belum Muktamad. Tapi dalam pada Belum Muktamad itu, secara perlahan2 Najib akan teruskan juga agenda Liberalnya.

Berdasarkan Teori Konsistensi, apakah pula senarionya kali ini dengan keletah Saifuddin ? Well .... actually ..... apa yang saya nampak adalah - Najib masih tidak puashati agenda Liberalnya tersekat dek bantahan rakyat terutama dari Ngo2 Melayu, telah menugaskan balacinya Saifuddin supaya menghasut rakyat supaya membantah Akta Hasutan !

Bila semakin ramai yang menuntut Akta Hasutan dihapuskan, maka dengan mudah Najib akan jadikannya sebagai alasan untuk akur kepada kehendak rakyat dan seterusnya menghapuskan Akta Hasutan. Balik kepada rancangan asal beliau ......

Terserah anda nak setuju atau tidak tapi tanyakan soalan ini - Kenapa dilepaskan balacinya Saifuddin untuk menghasut rakyat padahal Najib sendiri sudah umumkan yang kerajaan dalam proses membuat kajian dan deraf pun belum siap lagi ? ( oya, Saifuddin dalam menghasut rakyat, turut mempromosikan Deraf Akta Keharmonian yang disediakan oleh Majlis Peguam dan diserahkan oleh MKPN kepada pejabat Perdana Menteri ..... bukan ke Najib juga yang cakap bahawa deraf kerajaan belum ada lagi ? )

Saya juga melihat Saifuddin sebenarnya membawa mesej Najib kepada puak2 Liberal yang jika diterjemahkan akan jadi seperti ini -

' Saya harap anda semua bersabar... saya memang nak hapuskan Akta Hasutan tapi orang Melayu ramai yang marah2. Jadi saya terpaksa berlakon untuk ambil hati mereka. Waktu sama anda semua mesti hasut rakyat dan kena buat bising tuntut akta itu dihapuskan bagi menyenangkan kerja saya. Jangan risau .... Akta Hasutan tetap dihapuskan '

( “Saya yakin perdana menteri memang nak mansuhkan Akta Hasutan tetapi ada yang di sekeliling yang tak setuju. Tugas kita adalah tunjuk kepada perdana menteri yang kita semua nak Akta Hasutan dihapuskan,” )

Jika ada yang nak marah dengan spekulasi bersandarkan Konsistensi saya di atas, sekali lagi saya tanya - Jika tidak, kenapa Najib lepaskan balacinya Saifuddin menghasut rakyat menentang apa yang beliau sendiri ucapkan ?


Mat Liberal Najib tidak pernah mahu ubah kerana memang itulah pendiriannya dan cita2nya - mahu meLiberalkan Tanah Melayu.

Saya tidak hairan RAMAI dikalangan orang Melayu yang berkongsi kebimbangan seperti yang diluahkan oleh Tun Mahathir ini -


TMI
"Beliau menyatakan BN akan kalah dalam PRU14 sekiranya peranan Najib berterusan" kata Ridzuan, Presiden Ikhlas.

"Ia bukan dalam agenda kami namun beliau memberitahu kami, tidak bermakna apabila beliau berjabat tangan bersama Najib atau ambil gambar bersama itu bermaksud dirinya menyokong perdana menteri"

Saya sokong kenyataan itu dan saya juga bersetuju Najib harus berundur kalau BN mahu terus menang PRU14.

MASA SEMAKIN SUNTUK UNTUK TERUS BERDIPLOMASI .... MESEJ KENA TERANG DAN JELAS !

PS - Menurut Teori Konsistensi juga, Najib adalah ancaman kepada survival bangsa Melayu di Tanah Melayu ini jika dibiarkan terus berkuasa.

KLiK dan Like - FB Melayu Protes Najib

Share this article :

+ comments + 62 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 16, 2014 at 5:54 PM

DIn

Setuju 1000%.
Najib harus berundur secepat mungkin.



....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 16, 2014 at 5:57 PM

Its high time we tell najib in the face.....A SPADE IS A SPADE. Tak payah berdiplomasi dengan najib. Pemimpin umno yang pentingkan rakyat yang mengundi mereka, SAY IT TO NAJIB....ENOUGH IS ENOUGH......we support the rakyat not liberalisma melayu dan islam yang kuat ber retorik dan lemah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 16, 2014 at 6:13 PM

Yela..betol ckp Din..
Bila difikir2 blk, si saifudin ni bebas sj buat pengumuman yg x konsisten tanpa dikenakan tindakan.
Najin mmg nk die jd 'jambatan' perpaduan dgn puak pembangkang agar najib dilihat cool, trendy, mengikut kata2 pemuda semasa tah pape lg..
Tp itu silap...
Org muda perlu dibimbing kadang kala...bkn main ikut membuta
Kalo org tua ikut lata org muda, jd bodohlah org tua itu sb x guna pengalaman,ilmu dlm hidup..
Tp mgkn najib pon bkn ada pengalaman sgt...masakan najin x tahu harga sebenar ayam yg dibeli rakyat seharian...dpt beli ayam rm1 ketika lawat pasar menampak kn kobodhan najin.
Sama jgk dgn isu kangkong...nmpk sgt najin org kaya sentiasa di awangan..x pernah nmpk apa di bawah...
So secara konsistennya..
Najib mmg 'x nmpk' apa pon di bawah.
Kempen populis najib dgn mengikut rentak pembangkang hanya mencepatkan kejatuhan umno,bn
Utk apa susah2 fikir psl pru jika kita tahu najib sm sj dgn pembangkang?
Utk apa susah2 fikir psl pilihan raya bila kita tahu Kerajaan buat apa yg PR ckp..so better u di pr next pru...najin hanya jd pemudahcara PR shj.
Tahniah najib!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 16, 2014 at 6:47 PM

Ikut kata ah jib gor ,dia dpt sokongan penuh bangsa cina dan india serta ahli umno. Jadi dia yakin akan kekal sebagai pilihan utama. Ikut mca, semua ahli tua mca sokong ah jibgor kecuali orang muda dlm lingkungan umur 60 tahun ke bawah jer yg tak sokong. Mca dah tambah ahli lebih ramai drp dap sehingga kini. Mic pun dah tambah ahli sehingga hindraf pun dah hilang sokongan. Ikut kj, ketua pondan umno, semua orang muda melayu sokong umno dan bersedia untuk mengundi kj sebagai pm. Tu yg buat bn kekal relevan utk 1malaysia. Yup kita berlifestyle dan berselfie dahulu untuk tambah undi dan sokongan kpd bn.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 16, 2014 at 6:56 PM

Betul belaka. Setuju.

Berapa kali kita kene terima dasar liberal dia sebelum kita jatuh?

Apa kata org2 yg setia dgn umno? Tetap setia walaupn akan karam?

Perlu saya ingatkan yg menjadi taruhan bkn diri sendiri tp nasib agama bangsa dan negara bkn diri sendiri. Anda semua disini akan dipertanggujwbkan esok oleh anak bangsa masa hadapan sekiranya masih setia membuta.

Melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 16, 2014 at 7:21 PM

tidak kusangka, cempedak dah jadi nangka. kusangkakan era baru lebih dinamik akan berlaku bila najib menggantikan paklah. malangnya konsep liberal 1malaysia bawaan najib telah menghakis satu persatu hak2 melayu dan islam lalu dilonggokkan kepada rakyat yang langsung tidak mengundi kerajaan. hak2 melayu islam dalam perlembagaan langsung tidak mengusik barang sekelumit hak2 warga bukan melayu dan bukan islam, kenapa hak2 melayu dan islam juga yang dijadikan galang ganti? pada aku najib masih ada dua pilihan. pertama, kekalkan konsistensi untuk meliberalkan malaysia sepenuhnya, namun sebelum itu anda akan dijatuhkan atau kedua, baca balik memoir ayahanda anda dan lihat apa dan bagaimana ayahanda anda memimpin malaysia. dengan titik peluh, dengan semangat jitu dan tidak semata-mata memimpin negara seperti mengajar kelas tadika, 'memberi gula-gula' kepada anak murid supaya berhenti menangis. pelajari balik skil memimpin seperti ayahanda anda dan anda boleh kekal menjadi pm.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 16, 2014 at 7:24 PM

memang nak haouskan akta hasutan tapi ganti yg lebih komprehensif.
Yang korang tak faham bahasa apasal....kan Najib dan kerajaan dah bagi jaminan orang melayu, islam, bahasa mleayu dan institusi raja/sultan tetap dilindungi...malah dipastikan ianya tidak boeh dicabar dimana mana mahkahmah.....masih tak faham lagi ke???

Nama boleh berubah, tapi isi yg penting.....Draf dari majlis peguam, memang tak boleh pakai.....mereka ni nama aje peguam tapi bodoh undang undang....

So, kena tunggu yg draf dari kerajaan sendiri...belum buat lagi pun...
So, jgnlah melompat macam beruk pulak!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
September 16, 2014 at 7:31 PM

@Anonymoussaudara kalau nak terus percaya kepada janji Najib dan terus percaya Najib tu punya semangat Melayu jati.... teruskanlah. Tapi tak perlulah nak cakap kasar.

Saya boleh saja gelar orang seperti saudara LEMBU yang mengikut saja apa kata pemimpin... tapi saya tak akan cakap.

Saya dah katakan, konklusi adalah berdasarkan konsistensi Najib selama ini.... dan bab mempertahankan Melayu dan Islam, Najib GAGAL.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 16, 2014 at 7:51 PM

Hari kebangsaan 31 Ogos dan Hari Malaysia 16 September tak ad banggunan swasta dan peniaga megibarkan Jalur gemilang, itu menunjukkan BN bukan pilihan meka..BN dan umno masih syok beri itu i i pd meka..PRU 14 sure BN akan berkubur..caya lah..jenayah meningkat, jgn tengok KPI yg sapu bawah kapet utk capai KPI yg di kehendaki..tanpa akta busng negri, isa..Siti to say Be End untuk BN

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 16, 2014 at 7:55 PM

Setuju 200%. Sebenarnya Najib cuba perbodohkan orang melayu yang sokong BN kerana bagi pandangan Najib orang melayu mudah diperbodohkan dan dibeli. Kalau orang melayu marah, Najib rasa dia boleh beli dengan duit seperti bagi BR1M , bonus dsb. Itulah Najib yang sebenarnya. Hanya melayu pada nama saja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 16, 2014 at 7:56 PM

Salam semua pembaca budiman...

Umat Islam sejak dari masa hayatnya baginda SAW lagi hinggalah ke hari kiamat, akan melalui LIMA ZAMAN (5) pemerintahan.

1. Zaman - sudah berlalu

2. Zaman Kekhalifahan - sudah berlalu.

3. Zaman Pemerintahan Yang Menggigit (Fitnah) - sudah berlalu

4. Zaman Diktator - iaitu zaman pemerintahan yang bermula sejak jatuhnya Kerajaan Osmaniah dan berlangsung hingga kini. Pada zaman ini, seperti yang diisyaratkan, raja-raja sudah tidak ada lagi. Yang ada hanyalah para pemimpin yang digelar Presiden atau Perdana Menteri. Kedua-duanya adalah sistem diktator, separti yang telah diisyaratkan oleh kedua-dua buah hadits di atas. Jika ada pun raja-raja, sudah tidak mempunyai kuasa penuh lagi separti zaman-zaman sebelumnya. Zaman ini termasuklah semua pemerintah yang menguasai dunia Islam, sama ada yang menggunakan sistem imperial (beraja), berorientasikan­ parti-parti politik (Perdana Menteri), pemerintahan rakyat, sosialis atau republik (Presiden). Semuanya tidak berpandukan kepada sistem Islam yang sejati, tepat separti apa yang kita alami hari ini.Zaman diktator ini sedang berlangsung dan insya-Allah akan diangkat oleh-Nya tidak lama lagi. Berdoalah banyak-banyak agar zaman ini segera Dia angkatkan daripada kita

5. Zaman Kekhalifahan, yang pemerintahannya­ sama dengan pemerintahan zaman Khulafa ur-Rasyidin dan Zaman Kenabian. Zaman ini belum lagi berlaku.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 16, 2014 at 8:07 PM

Lagi kesilapan besar yg pm kita buat ...Brim..bad bad mistake...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 16, 2014 at 8:24 PM

Kempen di pekan... biar najib kalah di pekan..

....................
Reply To This Comment ...................
September 16, 2014 at 8:28 PM

@AnonymousNajib tak akan kalah di Pekan.

Kalau kahwinkan Najib sorang lagi ..... hmmmm mungkin boleh.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 16, 2014 at 9:08 PM

@Anonymous

kalau masih ingat, mamat nih lah yang Pak Sanusi sindirkan. Pak Sanusi cakap " ....... mereka yan kalah ........."

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 16, 2014 at 9:10 PM

@dinturtle

Power of Consistency: 5 Rules

1. Consistency allows for measurement.
2. Consistency creates accountability.
3. Consistency establishes your reputation.
4. Consistency makes you relevant.
5. Consistency maintains your message.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 16, 2014 at 9:27 PM

aku benar benar bersetuju dengan ko Din dan turut berkongsi sentimen yang ko rasai. dah tak perlu lagi cakap berlapik lapik, just direct to the point. no matter what others think and no matter what others say, this is what i have been feeling, frustrated and angry. banyak kali dah aku cakap aku tidak akan percaya kepada maknusian yang bernama najib. janji janjinya tak lebih dari memeberikan comfort kepada bangsa Melayu, tetapi akan tetap diteruskan jua pabila Melayu lalai dan leka.

saifuddin berterangan menjadi keterusan ajenda najib. semamangnya tak masuk akal orang yang bekerja dengan kerajaan secara tidak berselindung menjadi penentang kepada agenda kerajaan (kalau tak direstui oleh pemimpin?).

menentang najib memansuhkan Akta Hasutan mestilah dilakukan berterusan selagi dianya tidak menarik balik kenyataan kenyataan yang telah dibuatnya. sehingga dia melafazkan :" ....... oleh kerana rakyat khususnya orang Melayu tidak bersetuju Akta Hasutan dimasuhganti, maka saya tidak akan melakukanya dan tidak lagi bercadang ianya dibincangkan lagi".

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 16, 2014 at 9:28 PM

@dinturtle

kamu cakap pasal kawin lagi tuh, tak perasan ker si rosmah tuh beb?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 16, 2014 at 9:47 PM

Analogi nya mcm ni bro..setengah parent yg liberal dgn gaya hidup moden akan beri kebebasan kpd anak kesayangan mereka utk memilih bidang akademik bagi tujuan melanjutkan pelajaran mengikut minat anak2 ini.Tapi bagi parent yg konservertif bidang yg patut diceburi oleh anak2 mereka adalah dari pilihan parent ini.Sbb sebagai org tua mereka la yg lebih mengetahui kemahiran,keupayaan akademik anak2nya.Apa lah yg boleh seorang anak berumur 18 tahun tahu utk merencanakan masadepannya sendiri tanpa pandangan org tua yg lebih tahu standard anaknya.
Begitu juga kerajaan bn.Berumur 57 tahun sejak merdeka.Pemimpin umno/bn yg lebih tahu apa yg bagus utk negara ini tanpa terpengaruh dgn anak2 nakal mcm pkr dan dap yg belumpun berpengalaman mentadbir negara ini (melainkan memerintah beberapa negeri saja).Terpengaruh dgn desakan anak nakal utk menghapuskan akta2 yg cukup penting yg selama ini melindungi negara ini dari kekacauan,akan menyebabkan kekecohan dan kecelaruan negara ini.

....................
Reply To This Comment ...................
September 16, 2014 at 9:47 PM

@Anonymousmengharapkan dia perasanlah maka saya cakap !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 16, 2014 at 9:54 PM

Kena buat perdebatan di antara dua pehak bertelagah berkaitan akta isa dan hasutan utk buat pencerahan dan ilmiah.Bawa fakta2 bernas dan nyata.Undang2 hudud adalah undang2 utk mencegah,mendidik dan adil serta menghindar dari kemudaratan.Adakah,dari inspirasi undang2 tersebut dlm konteks yang kecil,maka lahirnya akta isa dan hasutan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 16, 2014 at 10:54 PM

@Anonymous

apa kata kamu kalau dia tak nak berundur dan menafikan sokongan 1000% kamu tuh???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 16, 2014 at 11:00 PM

Cara najib berpolitik rakyat marhaen boleh baca atau lebih mudahnya senang dibuli pembangkang..contoh disebabkan orang melayu bantah mengenai permansuhan akta hasutan dan2 kata draf akta tersebut belum dibuat.....brim dinaikan LA....menghadiri perasmian prima di langkawi yang sepatutnya hanya boleh mewakili menteri...lawak LA najib ni kita yang xde background politik pun faham tipu daya politik kalau dengan pembangkng Lagi LA makanan buat mereka bagi mereka yang tidak tegas pendirian.....Lagi mega lawak Nak dihadapkan pihak yang bertanggungjawab menembak pesawat mh 17 ke muka pengadilan...heret dahulu panglima kiram Dan nur misuari yang di syaki atas pencerobohan lahad datu kalau berani.....setakat pakai gincu Herbalife semua orang boleh....berundurlah najib!!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 16, 2014 at 11:00 PM

@Anonymous

setia kepada parti tidak bermakna setia kepada pemimpin. pemimpin akan datang dan pergi. kenapa pula pemimpin yang kita tidak sukai, parti pulak yang jadi mangsa? kalau pemimpin yang kita benci, maka, langkah menggantikanya sepatutnya dilakukan agar parti terus relevan untuk memperjuangkan agama, bangsa dan negara serta raja raja Melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 16, 2014 at 11:06 PM

@Anonymous

pada aku, walau sekali mana pun najib berubah, dia tetap juga najib. aku tak akan mempercayainya walaupun dihias dengan bermacam karakter pemanis. aku tahu semuanya adalah helah untuk menghancurkan agama dan bangsa. kalau cempedak dah jadi nangka takper juga, boleh jugak dimakan tapi pada aku harapan memperdanamenterikan najib dah jadi saperti kaca terhempas kebatu. dah tak dapat nak disatukan lagi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 16, 2014 at 11:08 PM

Kalau dilihat pada senario yang sedang berlaku sekarang, Najib akan melakukan apa yang orang Melayu tak mahu. Lagi orang Melayu tak mahu Akta Hasutan dihapuskan maka lagi kuat azam beliau nak menghapuskan akta hasutan. Senang je beb..kita lobi rosmah la..rosmah yang power, bukan Najib.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 16, 2014 at 11:09 PM

@Anonymous

kenalah juga pikirkan parti pembangkang juga sedang menghadapi kerosakan teruk. pengundi sekarang nih sudah kehilangan arah. sekarang nih kalau najib sayangkan parti dan bangsa Melayu, dia kena undur. insya Allah, UMNO akan kembali teguh.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 16, 2014 at 11:12 PM

@Anonymous

kalau macam tuhlah, dia nih memalukan bangsa Melayu. Melayu yang tidak langsung punyai keaslianya. agaknya inilah yang dinamakan jenama barangan tiruan. kalau lagu tuh, elok jugak dijenamakan semula najib nih.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 16, 2014 at 11:17 PM

@Anonymous

itu kata kita tapi orang kampung yang susah tetap mengharapkanya. kalau diberhentikan, punah jugalah nanti. naib telah melakukan kesilapan besar dengan mengintroduskanya. kononnya nak dapatkan undi, tapi orang cina saperti helang yang menyambar dan lari. orang Melayu jugalah yang bertenggong dan menungkat dagu menunggu bila lagi nak ditambah br1m nih.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 16, 2014 at 11:20 PM

@dinturtle

macam tuh kena panggil UAI nikahkan.usah diharapkan sebab kita juga yang akan rasa hampa kalau tak jadi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 16, 2014 at 11:27 PM

@Anonymous

UMNO yang berusia 57tahun nampak dan pastinya lebih matang untuk mengatasi situasi. malangnya pemimpin yang sudah saperti rumah kampung yang beratapkan zinc tidak langsung menampakkan kematangan, malah masih lagi saperti kebudakan yang inginkan glamour yang tak bertempat. tak mau langsung belajar dari yang lebih pandai sebab perasankan diri pandai. menggunakan pembangkang untuk dan yang sentiasa menentang kerajaan saperti yang dilakukan si saifuddin tuh. nak kelaskan kategori aper pemimpin macam nih?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 16, 2014 at 11:31 PM

@Anonymous

tak perlu debat sebab dah terbukti Akta Hasutan dapat memberikan ketenteraman hidup. persolanya kenapa tidak digunapakai dari dulu? kenapa pulak dengan tak semenamena ianya hendak dihapusganti. statement yang berbelit saperti satu pehak mengatakan dah siap untuk dibentangkan dan satu pehak lagi kata belum diderafkan lagi. mana satu nak pakai? nampak sangat ianya sudah pun membelit yang empunya diri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 16, 2014 at 11:40 PM

tu yang berliberal. baru ni ada cerita kereta 2000cc ke atas kena beli ron97 pada tahun hadapan. adakah betul ? mau lari juga sokongan tu sebab minyak jer. tu belum lagi isu lain dan hangat yang akan timbul tahun hadapan. terbaru kita akan lihat dan analisa peratus undi yang menang di pengkalan kubor. kalu naik mencanak, maka ah jib gor akan terus terperasan bahawa undi itu sokongan kepadanya. kalu turun, biasa la orang jauh tak balik mengundi. kalu kalah, tpm buat sabotaj. semua cerita salah orang bukan ah jib gor yang bersalah atau tersilap.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 16, 2014 at 11:57 PM

Salam 'alaik Din.

Yang boleh halang penghapusan Akta Hasutan ini hanyalah Majlis Raja-Raja, Din. Akta Hasutan jatuh dibawah bidangkuasa Majlis Raja-Raja, ia tak boleh sesuka-suki Najib dan kabinetnya secara unilateral hapuskan. Apa, dia ingat dia lagi berkuasa dari Majlis Raja-Raja ke?

Lobi ke Majlis Raja-Raja dan siapkan team peguam untuk saman Najib dan Saifudin dan semua NGO yang nak hapuskan Akta ini. Tindakan Najib dan kuncu2nya khususnya lackey dia si Saifuddin tu adalah bertentangna dengan Perlembagaan Persekutuan.

Direct to the point je, Din. Suruh dia batalkan niat jahat dia tu dan katakan kepada dia tindakan undang2 akan dikenakan kepada dia dan semua anggota kabinet yang sokong termasuk lackey dan kuncu2 pro kominis sosialis yang ada dalam pejabat dia!

Itu makan dia!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 17, 2014 at 12:34 AM

ISA pun lebuh,kamu sembang apa nie.Akta isa pun di bawah bidang kawalan/mencegah sama mcm akta hasutan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 17, 2014 at 4:44 AM

@Anonymous
ISA tak sama akta hasutan.kalau nak ikut logik ada lah juga sebab ISA diganti. ISA tiada dakwaan terus sumbat lokap. Akta hasutan ada jugak dibicara dimahkamah, so apa yg tak kena dgn akta hasutan?

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
September 17, 2014 at 5:23 AM

KJ pon kena blah juga bro Din. Budaya liberal yang Najib dengan KJ bawa ni bukan bermaksud memberi kesamarataan kepada semua kaum. Liberal mereka adalah dengan mengambil dari orang Melayu dan memberi kepada orang lain.

Contohnya begini - Bangsa lain tidak berbaju, maka Najib dengan KJ akan ambil baju yang orang Melayu pakai dan beri kepada bangsa yang lain tersebut. Bangsa lain tak ada seluar, sekali lagi Najib dan KJ akan ambil seluar yang dipakai oleh orang Melayu. Penyudahnya, bangsa-bangsa lain tu lengkap berbaju dan berseluar tetapi orang Melayu cuma tinggal seluar dalam je lagi. Bayangkan apa yang akan terjadi bila bangsa yang lain tu nak kan seluar dalam, apa lagi yang akan tinggal pada orang Melayu?

Aku boleh memaafkan Najib dan KJ sekiranya semua permintaan dari bangsa lain mereka tunaikan tanpa merampas hak orang Melayu. Bahkan aku boleh menyanjung mereka sekiranya semua permintaan mereka tunaikan kepada seluruh rakyat Malaysia (Kalau seorang minta baju, semua orang akan diberikan baju walaupun mereka tidak meminta). Aku akan memartabatkan mereka sebagai pahlawan Melayu bilamana mereka memberikan pelbagai perkara kepada orang Melayu tanpa perlu orang Melayu datang meminta.

Najib dan KJ perlu dihindari oleh orang Melayu keseluruhannya kerana liberal mereka adalah dengan cara merampas harta orang Melayu. Jangan sampai kita hidup bertelanjang tetapi bangsa lain kemas berpakaian akibat angkara mereka berdua. Mencegah adalah lebih baik dari mengubati.

P/S : Aku pasti boleh beri jaminan 100% akan berikan lagi undi aku pada BN setelah dua golongan parasit dalam UMNO ni pupus dari muka bumi ni :
1) Golongan liberal style Najib dan KJ
2) Golongan yang masuk UMNO untuk dapat projek kerajaan - terutama kepada mereka yang asyik pulun projek untuk kontraktor kelas F (tak perlu proses pengundian atau menghantar tender. Cukup sekadar bodek dan menjadi kaldai tunggangan ketua bahagian)

Selagi dua golongan ni masih wujud, aku pulangkan kertas undi rosak (kalau tak ada alternatif lain yang tidak seburuk UMNO) atau duduk rumah goyang kaki tak pergi keluar mengundi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 17, 2014 at 7:33 AM

@Anonymous

inilah akibatnya, bila perasan pandai, maka disangkakan orang sumernya bodoh. dia ingat orang tak perasan kebodohan yang dilakukanya. kalau si hishamuddin yang ko maksudkan, sememangnya tidak berkesudahan akan memberikan amaran.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 17, 2014 at 7:35 AM

@Anonymous

sememangnya sengaja nak menyakitkan hari orang Melayu. sekali pikir, apa orang Melayu boleh buat kalau hanya tunggu dan lihat? bab rosmah, tak dapat den nak komen sebab sudah pun dipelekatkan kat atas.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 17, 2014 at 7:39 AM

@Anonymous

betullah tuh. takkan pulak kereta mahal boleh beli, minyak pulak nak gunakan yang murah pulak. aku pakai motosikal lama, takder hal punya. orang Melayu sememangnya bersifat tunggu dan bila dah berlaku baru gelabah. nak tunggu dan lihat pilihanraya baru nak analisa. kalau dah kalah kenalah makan bubur nasi bercangkung.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 17, 2014 at 7:43 AM

@Anonymous

dah cukup baik tuh! kalau admin boleh suruh batalkan, aku tetap akan berikan undi pada admin di PRU akan datang. sebenarnya dah naik kaku jari menaip memberikan kritikan, tapi ada najib kesah. oh yer! aku hampir terlupa, teruskan komen anda kerana ada "pemantau" yang akan bawa suara anda terus ketelinga pemimpin.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 17, 2014 at 7:44 AM

@Anonymous

kurang paham sikit. boleh tolong berikan penerang maksud?

....................
Reply To This Comment ...................
dontortoise
September 17, 2014 at 8:16 AM

waktu inilah paling sesuai dan tepat kita nak lihat sama ada ajib seorang statesman yang lebih utamakan agama bangsa negara atau seorang yang penting diri dan syok sendiri.

jika dia seorang statesman, dia akan letak jawatan secara sukarela.

jika tidak, dia lebih rela kerajaan yang dipimpinnya tumbang. takkan tak nampak2 lagi bahawa semua point ke arah itu amat jelas?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 17, 2014 at 8:28 AM

GE 14 BN will WIN. Orang CIna undi BN dan Melayu Undi DAP oppositte of GE 13.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 17, 2014 at 10:08 AM

Tak sabar nak tunggu najib berundur. Tolong la najib, malu la dengan diri sendiri yang terlampau banyak melakukan pemansuhan yang tak munasabah. Makin tak aman. Saya penduduk di Kepong merasa sudah tidak selamat lagi berjiran dengan bangsa2 yahudi asia ni. Telah ramai melayu menjual property mereka di sini, masing2 sudah merasa bahang perkauman yang melebih2.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 17, 2014 at 11:00 AM

Kadang kadang terfikir jugok .. KUALITI MENTERI KABINET YANG ADA SEKARANG MEMANG OUT STATION .. TIADA JATI DIRI .. BERTINDAK UNTUK PERUT MASING 2 .. SUDAH TIADA PERJUANGAN @ WADAH PERJUANGAN .. AGAMA & BANGSA..
KESILAPAN PARTI UMNO BERPUNCA DARI PAK LAH TIDOR .. DITERUSKAN OLEH NAJIB .. LEMBIK ..PAKAI PUNAH SIHAT .. YANG ADA AGENDA TERSIRAT ..
BANGKIT LAH BANGSA KU MELAYU ..
PERTAHAN KAN LAH HAK MILEK KITA ..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 17, 2014 at 11:10 AM

saya takkan undi Dap. lebih baik lepak kat rumah. hehe

....................
Reply To This Comment ...................
September 17, 2014 at 11:12 AM

Betul. Jika 'loss & damage' nya menjurus Melayu, tidak guna lagi Najib menjadi Presiden Umno.

1. Penghasut sebenar GHAH yang di pimpin orang-orang Najib sendiri demi mengubah senario politik sektran ke politik baharu dan sekular ( aku tidak mahu sebut liberal lagi ) Realiti nya dalam Islam kita wajib menjaga agama, perwarisan, harta benda dan negara. Kita wajib mengembangkan syiar Islam.

2.Para moderates yang di wujudkan tidak lain memamah undang-undang dan menghapus keistimewaan Melayu. Najib berikrar pertahankan tetapi jika sudah di kacau dasar nya, boleh tidak satu blok di gerakkan ? Sudah tentu sahaja kumpulan ini membawa masuk sokongan dari tekanan luar. Lihat sahaja comango yang di uruskan oleh beberapa individu berpengaruh dalam pentas dunia.

3. Rakyat Malaysia terutama ahli-ahli Umno mesti berdepan dengan musuh baru Melayu seperti ini. Ia bukan lagi ancaman kafirun, malah ancaman munafik dalam Jemaah Islamiyah Melayu Islam Umno. Melayu itu terlalu kerap di sekeh dan di hempuk ! Cukup lah ! Bangkit lah secara meluap !

4. Kenapa ekstremis dan separatis bukan melayu tidak di kekang ? Ok DT kata faktor konsistensi dalam terjahan mereka. Sememang nya untuk mempengaruhi pemikiran, secara konsistensi, iklan -iklan produk mesti di tayang berulang-ulang. Paling baik di waktu kemuncak. Begitu lah cara nya 'kumpulan kiri' ini bergerak ! Di biarkan berleluasa, majoriti rakyat akhir nya terpengaruh jua dan kerajaan hanya terpaksa mengalah dan akur dan akan menguatkan perjuangan pembangkang. Kebiadaban Majlis Peguam sahaja, kementerian terlibat tidak tahu untuk menegur, apa lagi mengambil tindakan sepatut nya.

Kita tidak takut kepada bayang. Kita takut bias di air tidak dapat mengagak sasaran. Takut nya tertujah kaki sendiri yang tentu nya memudaratkan.

Secara teknikal nya, GHAH sendiri sedang menghasut...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 17, 2014 at 11:16 AM

Beliau xkan resign. Beliau dapat sokongan sekeliling termasuk dari pr. Pr akan sokong pemimpin umno yg lemah.

Klu pilihanraya nanti, pastikan beliau kalah

....................
Reply To This Comment ...................
September 17, 2014 at 12:02 PM

@AnonymousSaya lepaskan komen ini untuk dijadikan contoh... komen yang menggunakan HURUF BESAR sebegini saya tidak akan lepaskan.

Tak kiralah ia komen pro atau kontra.

Harap maklum ya ..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 17, 2014 at 12:07 PM

@Melayu Kampung

apa hal pulak kalau permintaan dari bangsa lain saperti membena lebih banyak sekolah jenis kebangsaan, lebih banyak kuil dan tempat ibadah,dan lain2 ditunaikan? sumer tuh tak rampas pun hak orang Melayu. nak juga kita pikirkan sebelum kita berikan sokongan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 17, 2014 at 12:11 PM

@dontortoise

najib bukanlah sapeerti apa yang kamu katakan tuh. alaaaaaah! aku sungguh malu dengan gelaran yang kamu berikan tuh. tak usahlah nak berjika jika. dia bukanya itu. dia tuh perasan jerlah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 17, 2014 at 12:14 PM

@Anonymous

menyindir siapa tuh bang? orang cina akan undi bn, tapi bukan sumer. begitu jugalah dengan orang Melayu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 17, 2014 at 12:17 PM

@Anonymous

kesian aku dengarkan. sabarlah beb, sikit masa jer lagi. kita tunggu sebelum akhir tahun nih.manalah tau kalau kalau rintihan kamu didengari.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 17, 2014 at 12:21 PM

@dinturtle

member tuh marah sangat tuh. kalau boleh digunakan font berkaler, saya rasa hebat juga dekorasinya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 17, 2014 at 12:22 PM

@Anonymous

tak der siapa pun yang suruh kamu undi dap. harap harap kamu pergilah undi UMNO tapi kalau calunya najib, undilah Melayu yang lain. itu pun kalau ada, kalau tak, tepuk dada tanyalah selera.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 17, 2014 at 12:24 PM

@Anonymous

kalau dah PR sokong dia, macamana dia nak kalah pilihanraya nanti?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 17, 2014 at 2:52 PM

Kita dah boleh agak, RUU Harmoni tu nanti akan "memantapkan" Akta Hasutan sebagaimana SOSMA "memantapkan" ISA dan EO. Dua-dua undang-undang yang tak de gigi.

Kalau BN tumbang PRU14 pun, apa Najib peduli? Pakatan naik, lagi senang kerja dia nak ranapkan terus Malaysia. Apa agenda Najib sebenarnya yang membuatkan dia beriya-iya sangat nak melingkupkan keharmonian negara ni? Itu yang masih jadi tandatanya.

Kita syak sebab dia ni dahagakan pujian mat salleh. Maklumlah, dah biasa duduk obersea.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 17, 2014 at 3:20 PM

Ok mcm tu saya akan tanya adakah najib dpt diundurkan dlm umno? Adakah barisan liberal lain seperti kj dpt diundurkan? Kenapa para perwakilan hanya membuta menyokog barisan pilihan najib. Kenapa tiada dlm perwakilan umno satu pn yg menunjukkan protest kerana hak bangsa yg diperjuangkan dirosakkan najib?

Adakah hanya najib sahaja yg perlu dibuang? Adakah dgn mengikuti landasan umno sekarang bangsa kita kini bangkit dan gagah perkasa melaungkan betapa mereka akan mempertahankan segala isu2 berkaitan bangsa?

Adakah parti umno kini juara dlm segala isu2 sensitive yg kerap dimainkan cauvinis dan melayu liberal.

Kenapa perjuangan umno kini sepi jika dibandingkan ngo seperti isma?

Siapa di dlm umno yg berkaliber kuat agama dan bangsa yg pernah menegur najib seperti tun m?

Adakah masih relevant umno pada org melayu? Adakah hanya najib bermasalah?

Melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 17, 2014 at 4:08 PM

Masalahnya Bro Din, dia nak ke letak jawatan? Kalau zaman pm tido dulu UMNO sendiri pun tolak dia. Sekarang MT UMNO sume jenis yes man. Nak harapkan UMNO tumbangkan najib mcm pm tido dulu, tipis sangat bro din. Bila Tun M tarik balik sokongan semua pakat buat bodoh je. Takde kesan langsung pada najib.

Nak tunggu PRU14 lama lagi.. xtau kerosakan apa lagi najib nak buat pada orang Melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
September 17, 2014 at 4:54 PM

@AnonymousPersoalan yang menarik untuk dijadikan artikel ...... sekiranya Umno masih mahu berketuakan Najib, apakah orang Melayu patut tolak Umno juga ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 2, 2014 at 1:02 AM

Zaman Tun Mahatjir memerintah selama 22 tahun, asal musim pru jer dapat 2/3 kerusi parlimen.Dapat 2/3 kerusi parlimen jer ,mesti pemimpinnya Tun Mahathir.Kalau dah dapat banyak kerusi,senang buat dasar kerajaan utk kebaikan rakyat. Bila serah kuasa pada pak lah,terus pecah rekod dapat kerusi parlimen terbanyak 2/3.Lepas tu,bermula zaman kegelapan Bn hingga kini,walaupun menang tetapi tidak hebat seperti yang lalu.Dulu duk bangga dapat 2/3 kerusi parlimen.Sekarang dah tukar trend, duk bangga dapat kerusi 88 kerusi parlimen melayu tapi kurang dari 2/3.Macam mana parti Bn nak memerintah lagi 22 tahun?.Keinginan ada untuk mentakbir kerajaan malaysia. Dulu zaman Tun Mahathir jadi Pm,berapa senang dan mewah kehidupan pemimpin2 sekarang ini.

Post a Comment