........... Muhyiddin Pun Sama Blur Atau Buat2 Blur ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Muhyiddin Pun Sama Blur Atau Buat2 Blur ?

Friday, September 19, 201424comments

Lama juga saya termenung lepas baca artikel TMI mengenai ucapan Muhyiddin ketika merasmikan Umno Putrajaya semalam. Akhirnya ....... buat pertamakalinya saya dengar seorang pemimpin tertinggi Umno yang berani menerima kenyataan !



Walaupun BN berjaya mempertahankan Putrajaya dengan menawan 133 daripada 222 kerusi parlimen pada PRU13 tahun lalu, tetapi undi popular menunjukkan 52% sokongan rakyat berpihak kepada Pakatan Rakyat (PR) manakala 48% BN.

Benda terang2 terpampang depan mata tapi ada sesiapa yang nak mengaku ? Yang selalu disebut2 adalah - Umno menang lebih banyak kerusi, itu bukti orang Melayu semakin ramai menyokong Umno dan polisi Liberal Najib ...  Ayat2 perasan macam ni semakin buat orang Melayu yang mengundi Umno tempohari jadi meluat.

Akuinya, perkara itu merupakan isu besar jika Umno masih mengamalkan strategi sama kerana harapan orang Melayu terhadap parti itu tidak lagi sama seperti dahulu.

Kata Muhyiddin, walaupun pelbagai bantuan diberikan dan dasar kerajaan dilaksanakan, rakyat masih rasa tidak mencukupi dan semua itu tidak memberi impak terhadap diri mereka.

Malah katanya, suara rakyat kini termasuk melalui badan bukan kerajaan (NGO) lebih lantang daripada dulu, seolah-olah tidak berpuas hati dengan apa yang dilakukan kerajaan.

Jelasnya, situasi itu sudah cukup menggambarkan sokongan rakyat terhadap Umno semakin merosot.

WOW ! Ini juga pertamakali saya baca seorang pemimpin tertinggi Umno mengaku sokongan kepada Umno semakin merosot. Semakin menarik nih ....

“Bila orang Melayu tak puas hati, saya risau kerana kita kita adalah pejuang untuk orang Melayu,” katanya.

Itu pun satu lagi ayat yang dah lama saya tak dengar - Umno adalah pejuang untuk orang Melayu. Entah kenapa sejak akhir2 ni mulut pemimpin Umno amat payah nak sebut ayat itu. Mungkin kerana mereka sedar kalaupun mereka sebut, bunyinya akan kedengaran macam berlakon. Sebab ia tidak disertai dengan keikhlasan. Sebab sejak Najib dan KJ mula menguasai kepimpinan, perjuangan Umno adalah Melayu Liberal.

Takut waktu tengah sebut tu, pitching lari ...

“Hendak terus kekal relevan, kita mesti memahami pembaharuan dan bertindak berdasarkan keadaan semasa,” katanya.

Haaaa .... yang ini buat lamunan saya terhenti. Bunyi macam Najib pulak ..... Apakah Muhyiddin pun dah sama blur macam Najib ? Walaupun dah nampak situasinya tapi masih tidak mampu menterjemahkannya ?

Tidak semestinya asas perjuangan digadai atas nama pembaharuan. Orang Melayu mula menolak Umno kerana transformasi yang dibawa oleh Najib dan KJ adalah umpama ....... menukar Jantan menjadi Pondan !

Tapi ... mujur juga Muhyiddin tak sebut pun perkataan Transformasi. hmmmm .... ada harapan kot. Ker Muhyiddin sengaja buat-buat blur jer kot .... nak cover line.

Apapun.... terbaik dari Muhyiddin. Asal jangan macam cerita polis - good cop bad cop sudah .... atau main tag team - Najib jadi jahat ( auuuuwww ) dan Muhyiddin jadi baik.

Bahagian akhir artikel itu memang potong stim giler ....

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, walaupun BN menang kerusi Parlimen Putrajaya, beliau berasa penjawat awam kebelakangan ini melihat Umno dengan pandangan yang serong.

“Barangkali kita tidak mendekati penjawat awam, sebab itu mereka pandang serong,”- TMI.

Baca balik ayat kat atas tu berulang kali .... boleh pulak ada barangkali....  Tak pasti ya ?

Share this article :

+ comments + 24 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 19, 2014 at 5:17 PM

Berterus terang adalah lebih baik dari barangkali.Ahli umno 3 juta,tak gi memangkah 400k pru 13.Berapa jumlah baki pengundi ateh pokok khususnya ngundi Bn utk perolehi 48% undi popular.Peratusan orang melayu paling tinggi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 19, 2014 at 5:30 PM

Nak tukarkan rumah tradisional kepada rumah moden boleh.....tapi janganlah tumbangkan tiang serinya.....kekalkan tiang seri tu....

Ini tidak....semuanya nak dirobohkan.....semuanya nak diruntuhkan....sampai ranap segala-galanya. Lepas tu bila rumah tak siap....habis semua basah kena hujan.....nak buat macamana, pasal tempat berteduh dah takde....

Kita berangan konon rumah baru lebih baik dari rumah lama....tapi realitinya adalah jauh sama sekali...Apalah salahnya kita buatkan pondok kecik jer untuk orang yang teringin sangat nak buat rumah baru dan kita boleh terus berteduh di rumah sekarang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 19, 2014 at 5:31 PM

Ada lagi ke pemimpin Umno yang peduli dengan benda mcm ni? Umno sedar ke rakan sekutu dia buat apa? Cuba la g tgk pemimpin akar umbi/masyarakat parti sekutu buat apa kat bwh tu... nk bantu BN ke nak jahanamkan BN

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 19, 2014 at 5:37 PM

'barangkali'..ye, 'barangkali' para pemimpin tertinggi umno ni masih blur apa yang rakyat, terutamanya orang melayu hendak. kalau ikut najib, nak bagi orang melayu suka kat umno berilah brim, berilah itu berilah ini. semuanya dalam bentuk material. para pemimpin umno ini mempunyai pemikiran yang amat selekeh 'barangkali'. asyik memikirkan orang melayu akan boleh dicucuk hidung jika dapat imbuhan duit, imbuhan beras, gula, kopi atau tikar bantal. mereka 'barangkali' lupa bahawa kebimbangan orang melayu bukan takut tak dapat makan. orang melayu sudah mula memikirkan siapakah pemimpin yang masih mampu membela hak-hak melayu dan Islam seperti yang termaktub dalam perlembagaan. saban hari ada sahaja provokasi oleh rakyat bukan melayu Islam yang menyakitkan hati dan jiwa. apa peranan pemimpin-pemimpin umno? semuanya bungkam mulut terkunci, takut sangat untuk menyebut bahawa perlakuan provokasi jahat itu perlu diambil tindakan tegas. contoh terbaik ialah 'namewe'. sidajal ini terus-terusan menghina agama dan budaya orang Islam, apa pemimpin2 utama kerajaan buat? siap jemput melawat parlimen lagi!!! benda2 haram jadah beginilah yang membuat orang melayu mual dan sakit hati. 'barangkali' sakit otak pemimpin2 umno ni sudah sampai ke tahap kritikal. tiada ubat mujarab selain diturunkan dari puncak kuasa, 'barangkali'. bagaimanapun, mungkin ada juga yang sudah nampak jalan benar walaupun masih blur. sekurang-kurangnya boleh meraba melangkah sebab masih nampak arah. jika sudah buta, lagi cepatlah padam, 'barangkali'...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 19, 2014 at 6:09 PM

@Anonymous

benar ahli UMNO sememangnya ramai. persoalanya ada kah mereka mereka itu undi UMNO. angka tidak semestinya menunjukkan sokongan. dari tiga juta itu berapa ramai pula dah duduk atas pagar dan berapa ramai pula yang sokong pembangkang. tersebar baru baru ini pemuda berjaya merikrut ahli baru, persoalanya ada kah mereka menjadi ahli kerana nak menyokong UMNO? ramai dari mereka jadi ahli UMNO untuk dipermudahkan mintak kerja dengan kerajaan. kalau takat nak jadi ahli, tak payahlah sebab selepas menjadi ahli UMNO, mereka tidak langsung dipedulikan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 19, 2014 at 6:11 PM

@Anonymous

masaalahnya rumah moden tak gunakan tiang seri. apa salahnya kalau rumah asal diperbaiki dan kekalkan senibenanya? bukan kah baik kerana lama kelamaan akan menjadi warisan sejarah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 19, 2014 at 6:14 PM

@Anonymous

rasanya ada lagi pemimpin UMNO yang ambil peduli. mereka terpaksa berdiam dan mengharapkan pemimpin yang ada ditolak. jika sekarang mereka buat bising, jawabnya akan datang taklah dapat jadi Menteri, dan macamana pulak nak perjuangkan agama, bangsa dan tanah air?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 19, 2014 at 6:19 PM

UMNO wujud kerana orang melayu perlukan tempat berpaut, tempat bergantungharap bagi membela nasib bangsa. Kini, UMNO telah berubah dan tidak lagi mampu untuk mempertahankan dan membela orang melayu. UMNO hanyalah menjadi tempat untuk mencapai matlamat peribadi dan sekadar mengejar keuntungan semata-mata. Melayu dilupakan dan diabaikan sehingga terpaksa merintih, merempat dan mengemis di bumi sendiri.

Apalah malangnya nasib melayu di bawah kepimpinan UMNO sekarang. Ibarat melukut di tepi gantang. Tiada siapa pun peduli. Apalah sangat BR1M yang tak seberapa tu jika nak dibandingkan dengan kenaikan kos sara hidup. Apabila GST dilaksanakan nanti, segala-galanya akan naik. Harga rumah naik, harga spare parts kereta naik, servis kereta naik, insurans naik, barang komputer naik, aksesori henpon naik. Habis tu, apa lagi yang tinggal ? Melayu jadi papa kedana. Tak punya apa-apa. Selama 57 tahun kita merdeka, melayu masih lagi merempat di bumi sendiri. Kita masih lagi terkebelakang dari semua segi. UMNO memang tak boleh harap jika pemimpin 1Malaysia masih dikekalkan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 19, 2014 at 6:25 PM

@Anonymous

orang Melayu masih lagi diparas mengharapkan. orang Melayu masih lagi mengukur kebaikan seseorang itu dengan apa yang dapat diberikan. orang Melayu buta sejarah dan tidak memahami apa itu akta hasutan, perlembagaan dll. disebabkan itu orang Melayu tidak mengerti apa yang sedang berlaku. tapi kalau kerajaan istiharkan br1m naik dan tarikh bayaranya, gaji naik dan bonus, itu yang mereka faham. kalau dikatakan barng naik, letrik naik dsb mereka bising sekejap jer. tapi pehak kiasu sememangnya ambil tahu dan terus menerus menjadikan isu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 19, 2014 at 6:28 PM

maaf..penat adnan mansor nih....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 19, 2014 at 7:00 PM

@Anonymous

sebenarnya Melayu tidak diabaikan. mereka perlukan sokongan orang Melayu. orang Melayu akan dilayani dengan kata kata indah dan janji manis bila dah dekat PRU. orang Melayu mudah dipujuk rayu dan bantuan br1m sudah cukup untuk membeli orang Melayu. orang Melayu masih tak sedar diri dan tak serik serik. selepas berikan sokongan dan setelah mereka menang, orang Melayu akan disimpan begitu saja didalam peti yang berkunci kemas. orang Melayu malas dan tak nak berusaha mengambiltahu tentang perjuangan parti yang sebenarnya dari asal parti ditubuhkan. orang Melayu menganggap remeh. orang Melayu terlalu berserah kepada pemimpin untuk merencanakan masa depan mereka. orang Melayu lupa dan leka. orang Melayu hanya akan terperasan bila malapetaka dah menimpa. masa itu sudah terlambat untuk dibendung.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 19, 2014 at 7:01 PM

@Anonymous

napa pulak penat? tak nampak pun dia berlari dikejar anjing. yang nampak hanya mengurut kucing yang dimanjakanya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 19, 2014 at 7:24 PM

salam,

tsmy nak cakap lebih, belakang dia tu su agong umno. cakap siang, belakang kena tengok juga. kira cakap tu macam kat tekak jer tu, tapi kira ok la tu. kira ulas juga kritikan, pm langsung tak bunyi. penjawat awam tak sokong umno? bila pulak penjawat awam kena sokong umno? yang sokong umno sekarang ni kontraktor. tu bila dapat projek semua dia sapu bersih. penjawat awam lihat, mereka kena dahulukan kontraktor yang mendapat surat pembesar. jadi yang burukkan umno ialah pemimpin umno yang keluar surat dan kontraktor yang sub kerja kepada sub timbalan bahagian, kepada sub ajk bahagian dan kepada sub yang buat kerja. salah ke kalu penjawat awam pandang serong kegiatan yang tak bermoral ini? maka pandangan ini di serongkan ke atas kertas undi. kemudian mereka lihat punahsihat dan konsultan yang bertindak melebihi ketua pengarah mereka, maka lagi serong la pandangan. salahkah pandangan serong ini tak melihat umno kerana pemimpin umno yang buat kerja ni semua.

....................
Reply To This Comment ...................
September 19, 2014 at 7:28 PM

Maybe UMNO dah ada solution lepas PRU-13 dulu.Sekarang dah sampai tahap hendak dilaksanakan.Kalau jelas sangat tindakan yang nak diambil,maybe solution yang dicapai boleh dibaca oleh pembangkang.

....................
Reply To This Comment ...................
September 19, 2014 at 7:31 PM

@Anonymousadeeeh ... barangkali Ku Nan tak tahu benda2 ni ..... kot ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 19, 2014 at 7:43 PM

@Strategi Perang:Pengenalan

kalau dah ada solution tak kan pulak masaalah masih banyak dan akan datang dibuatnya lebih banyak. patutnya masaalah diselesaikan satu demi satu. bila dah bertimbun timbun, solution apakerbendanya? yang kat atas tuh hanya pandai membuat masaalah kerana baik baik akta tuh ada, nak ditiadakan dan dijenamakanlah, aper lah. mana nak ada solution. sebenar benar solution yang praktikal ialah najib berundur. kalau tak selesai masaalah pun, tetap akan dapat diselesaikan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 19, 2014 at 7:54 PM

Senang cakap akan sembah bumi..caya lah..yakinlah.., masih kata siara hati rakyat di Dengari , Betulkah ..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 19, 2014 at 8:17 PM

Barangkali pemimpin2 umno ni semua rasa dah sampai masa nak masuk kubur

....................
Reply To This Comment ...................
September 19, 2014 at 9:05 PM

Ada dua perkara Umno terlupa :-

1. Tugas Presiden ( PM )
2. Tugas Timb. Presiden ( TPM )

Biasa nya seorang PM akan meneraju perkara utama - Ekonomi dan Perhubungan Luar Negara. Dalam kontek ini semua k/tangan kementerian terlibat akan di gerakkan sepenuh nya. Bukan Konsultan ! Dengan cara ini hubungan PM dengan yang pegawai terkanan, yang kanan, bawahan akan terjalin erat, seperti sebuah keluarga besar. Mereka bergerak sebagai pelapis pentadbiran utama kerajaan yang tahu apa berlaku. Dengan demikian segala kesalahan laporan media boleh di sangkal. Elonomi boleh di gerakkan setelah keperluan setiap kementerian menjadi inklusif.

TPM pula bergerak memgukuhkan pentadbiran tempatan ( termasuk memantau semua negeri dalam Malaysia ). Bukan sahaja pergolakan semasa politik malah meliputi sosial dan kebajikan. Perkara utama mesti menjaga Melayu dan apa jua berkaitan. Semua T.P Umno patut tahu peranan mereka.

Amat sedih Ketua Pemuda / Wanita / Puteri seolah nya sudah mati atau tidak berperanan menangani keperluan awam Melayu.

Komponen BN berbaris. Apa fungsi mereka ? MCA tidak lain menjadi duri dalam daging Umno. Gerakan juga berpeleseran. Yang lain ?

Itu kenapa penjawat awam jauh terpisah. Sepatut nya mereka menjadi tentera yang patuh dan setia. 1.2 juta akan biasa sahaja mendapatkan pengaruh tiga empat kali ganda. Betapa rugi nya Umno.

Umno itu terlalu sombong. Ada kah kaum cina dan india berpadu menyokong Umno ? Jika cara sekarang di amal, liberal dan moderat , perpaduan nasional bakal berkecai sepenuh nya jika tidak di kawal.

....................
Reply To This Comment ...................
September 19, 2014 at 9:09 PM

@maaeAdoooi ... bila saudara nak buka blog ni ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 19, 2014 at 9:13 PM

Nescaya bangsa Melayu adalah bangsa yang makin hebat daN CEKAL mendepani masa depan, sering kali diuji dan terus diuji dengan kepelbagaian dugaan , MH370 tidak dapat ditemui pesawat MH17 pula gugur dibedil.. Kalau dok aman je, maknanya tidak kuatlah bangsa Melayu ini. Kita berterusan perlu jadi kuat mental dan fizikal malah paling utama perkukuhkan iman kita. Setiap bangsa yang ingin jadi kuat pernah menghadapi pelbagai ujian yang dasyat lagi menguji perpaduan rakyatnya. Tidak ada jalan mudah untuk menjadi perkasa melainkan dengan jalan sabar dan berliku.. Melayu adalah bangsa yang unik dan paling bertoleransi di dunia ini. Atitud ini banyak diserap daripada pengajaran agama Islam yang banyak menyeru ke arah kesabaran dan kebaikan. Andai tidak ramai sudah kaum kafir laknat di Malaysia ini akan sengsara dibadai amukan orang Melayu..

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
September 19, 2014 at 9:38 PM

Harap-harap Muhyiddin ikhlas bila buat ucapan tu. Aku cuma risau para pemimpin ni baca skrip mengikut kawasan-kawasan tertentu. Bila dikawasan bandar-bandar besar (kawasan yang UMNO kurang dapat sambutan), mereka merendah diri mengaku sedar dengan keadaan sokongan Melayu kepada UMNO. Tapi bila berada dikawasan luar bandar, skrip dah tukar pada skrip asal - UMNO kuat, menang banyak kerusi dan semua yang pemimpin buat sekarang adalah untuk kepentingan Melayu.

Selagi cakap tidak disertakan dengan tindakan, kepercayaan aku pada pemimpin UMNO sama macam aku percaya bila Najib kata zaman kerajaan tahu segala-segalanya telah berakhir - big fat ZERO!!!! Anak sedara aku yang umur nak masuk 2 tahun pon boleh bercakap. Anjing sesama anjing pon bercakap. Anwar pon bercakap juga dan kita semua tahu bila dia bercakap, semuanya pembohongan saja.

Jadi sekarang ni aku hanya boleh berdoa minta-minta Muhyiddin ikhlas dengan kata-katanya dan mula ambil tindakan (flying kick?) terhadap Najib dan konco-konco liberalnya. Hapuskan juga procedure bagi projek kerajaan ikut suka hati ketua bahagian kepada siapa yang dia mahu. Bila perkara ni berlaku, insyaALLAH, serta-merta aku mohon masuk UMNO balik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 19, 2014 at 11:57 PM

diaorang dah terlampau selasa kat atas nun .. mana nak sedar. kalau tun m tak tegur sampai mati pun tak sedar :3

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 20, 2014 at 6:28 AM

Gamaknya najib tatau tugas pm...dia ingat tugas pm mansuh segala akta dan guna duit rakyat mcm duit makpak dia...

Post a Comment