........... Mohon Mana-mana Pemimpin Umno Tolong Jawab Alasan Ust Nakhaie Keluar Parti | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Mohon Mana-mana Pemimpin Umno Tolong Jawab Alasan Ust Nakhaie Keluar Parti

Friday, September 12, 201449comments


Mohd Nakhaie Ahmad berkata, beliau meninggalkan Umno kerana parti Melayu itu sudah tidak ada perjuangan lagi melainkan untuk kepentingan diri masing-masing saja.


Nakhaie, 71, mengumumkan keluar Umno selepas kira-kira 25 tahun berada dalam parti itu setelah meninggalkan PAS pada 1989.
"Konsep kejayaan dalam Umno sudah tidak lagi mengenai tujuan Umno tetapi kejayaan seseorang di dalam Umno adalah kejayaan mendaki hierarki kuasa.
"Berapa banyak wang yang dikumpul, berapa tinggi hierarki kuasa dia dapat dan masing-masing menggunakan wang untuk dapat kuasa.
"Kuasa membuat wang, wang membeli kuasa, untuk perut saja," katanya dalam temubual khas dengan The Malaysian Insider di ibu pejabat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Nakhaie pada 20 Ogos lalu menulis di Facebooknya, “Saya bukan Umno lagi” dan kenyataan itu mengejutkan ramai pihak.
"Mengapa saya harus keluar Umno? Saya menyertai Umno untuk perjuangan menegakkan agama, memartabatkan bangsa dan negara.
"Perjuangan itu sudah tiada lagi dalam Umno kini. Tidak wajar lagi saya berada dalam parti yang sudah korup perjuangannya. Saya bukan Umno lagi," tulis Nakhaie dalam posting itu.
PAS kehilangan seorang pemikir apabila Nakhaie yang juga bekas naib presiden PAS meninggalkan parti itu 25 tahun lalu.
Antara jasanya dalam PAS ialah membentuk Chiness Consultatif Council (CCC) menghubungkan parti Islam itu dengan bukan Islam khasnya orang Cina.
Beliau bagaimanapun dikritik hebat susulan PAS kalah teruk dalam pilihan raya umum 1986 selepas CCC ditubuhkan.
Nakhaie keluar PAS dan menyertai Umno selepas beberapa ideanya bertentangan dengan pemimpin PAS.
Beliau disambut baik bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi namun tidak dihiraukan selepas Datuk Seri Najib Razak menjadi pemimpin utama Umno.
Beliau ditamatkan khidmat sebagai yang dipertua Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (Yadim) apabila Najib mengambil alih tampuk kuasa.
Kini beliau adalah salah seorang naib yang dipertua Perkim di mana Dr Mahathir ialah yang dipertua Perkim.
Nakhaie berkata, perjuangan pemimpin Umno sekarang jauh berbeza dengan generasi awal Umno dulu.
"Kalau dulu, Umno berjuang, pemimpinnya berjaya apabila dia berjaya memenuhi cita-cita Umno. Sebab itulah ahli di bawah terasa mereka juga menang apabila pemimpin berjaya," kata Nakhaie.
Beliau memberikan contoh perjuangan untuk mendapat kemerdekaan negara.
"Bukan saja pemimpin yang rasa berjaya, tetapi orang bawah juga terasa mereka berjaya apabila kemerdekaan dicapai. Pemimpin berkorban, orang bawah juga berkorban.
"Sekarang perjuangan ini sudah tiada. Saya hendak berjuang. Kalau sudah tidak ada perjuangan buat apa saya duduk di situ (dalam Umno)," katanya.
Nakhaie mencabar mana-mana pemimpin Umno untuk menerangkan dengan penuh keyakinan perjuangan yang mereka katakan untuk agama, bangsa dan negara itu.
Katanya, tidak ada lagi pemimpin Umno yang yakin sepenuhnya dengan perjuangan mereka sekarang termasuk presiden atau naib presiden Umno.
"Boleh atau tidak mereka jelaskan perjuangan Umno untuk agama,  bangsa dan negara itu dengan penuh yakin.
"Slogan itu masih digunakan tetapi bagaimana mereka menghuraikannya dan meyakinkan orang mereka berjuang untuk agama, dengan roh dan kekuatan jasad mereka.
"Bagaimana hendak perjuang bangsa dengan roh dan jasad mereka. Begitu juga untuk negara, mungkin ada sikit tetapi itu pun dipersoalkan," katanya.
Katanya, ini kerana negara sekarang berada dalam keadaan pincang dengan hubungan etnik yang makin kacau dan pelbagai masalah lagi.
Nakhaie berkata, Islam datang bukan untuk umat Islam saja tetapi membawa keadilan kepada semua.
Bukan setakat itu, Islam datang membawa rahmat kepada seluruh alam, bukan kepada manusia saja tetapi tumbuh-tumbuhan, pokok dan juga alam sekitar,” katanya.
Katanya, Islam yang dibawa Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di awal kemerdekaan negara lebih jelas berbanding dengan yang berlaku sekarang.
"Tunku bercita-cita untuk satukan rakyat dengan Islam bukan atas paksaan tetapi dakwah tanpa paksaan. Hasrat beliau supaya majoriti rakyat Islam.
"Beliau mendapat sokongan Cina dan India. Lihatlah berapa ramai yang masuk Islam. Kita tidak sampai ke tahap itu," katanya.
Atas dasar itulah, Nakhaie memilih untuk tidak lagi terikat dengan parti politik tetapi bergerak menyampaikan Islam yang syumul dan lengkap. – 12 September, 2014.

copypaste dari -  celahgelegar

Share this article :

+ comments + 49 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2014 at 5:55 PM

Mana-mana pemimpin yang telah berjasa pada Negara dalam bidang apa pun saya ucapkan Jutaan Terima Kasih. Namun saya rasa pada usia 71, 80 atau senang kata tujuh puluhan, lapan puluhan lebih baiklah kita 'tinggalkan sahaja dunia politik' dan tumpukan masa lebih kepada akhirat. Sebab sudah usia telah hampir benar pada maghrib..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2014 at 6:02 PM

buat masa ini aku setuju dengan pendirian ustaz nakhaie...
Najib jangan pandang remeh ....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2014 at 6:02 PM

SAYA SOKONG LUAHAN BELIAU TAPI HARAP BELIAU BERSABAR

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2014 at 6:12 PM

Kalau berkaitan dgn Ust Nakasoni(gelaran yg di beri oleh arwah Ust.Fadzil),hanya orang tak kenal saja yg memerlu jawapan.Bagi mereka yg dah kenal siapa Ust. Nakasoni boleh menelahnya,YB Jamil Khir tentu ada jawapan nya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2014 at 6:25 PM

guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari.

kalau najib melayan kiritkan tun dgn berdiam diri, most likely yg lain pn xkan menjwb soalan bekas ahli umno ni.

kalau ade pn probabbly beberapa org umno yg kita tau kemaruk attention.

bro din, jom kita resonate desakan tun dgn kiritkan terbaru tun m pasal 1MDB

juga link utk menjwb cauvinis tentang peranan org melayu dlm kemerdekaan dan ape yg kaum lain buat ketika itu. (kadang2 saya kagum, org mcm dia seolah2 lagi kuat berjuang utk org2 melayu)

http://helenang.wordpress.com/2014/09/10/my-reply-to-mcas-criticism-of-tun-hamid/

disini kita boleh nampak perangai typical cauvinis yg menjadi gunting dlm lipatan, suka menikam belakang dan racist melalui surat khabar mca the star.

melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
Tokey emas
September 12, 2014 at 6:32 PM

@AnonymousBERJUANG TIDAK KENAL UMOR.SEMANGAT SAYANGKAN BANGSA UGAMA DAN NEGARA YANG PENTING.
KALAU MUDA, TETAPI CARI GLAMOUR DAN KEBENDAAN, APA UNTUNGNYA PADA ANAK BANGSA.
LUAS KAN MINDA ANDA....

....................
Reply To This Comment ...................
Madah berhelah
September 12, 2014 at 6:46 PM

Anonymous 5:55 alahai bodohnye kau ni. Dr. M cane? Sama ke pandangan kau? Ustat ni ckp benda betul kau suruh dia bla. Umur kau brapa aku nak tau bole? Tolongla jangan ckp benda2 bodoh mcmtu bebulu aku dibuatnye.

On a side note, KJ sila ambil perhatian. Kau kan gila glam. Hari ni isu kau bangkitkan " FAM tolong jaga kebajikan pemain U-16". Hari2 nk kua arus perdana tapi isu kau bawak suma sampah. Kau tu memburukan orang kulit hitam sbb skang ni aku dah stat jadi stereotype ala ala mat saleh yg berfikiran orang kulit hitam ni bodoh sbb rupa mcm monyet. Jadi cuba kau nagi ulasan pasal ustat ni plak maybe stereotype aku bole kurang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2014 at 6:58 PM

Madah berhelah, janganlah sesuka hati panggil orang bodoh. Maksud saya termasuk jugalah Tun M, TGNA, Hadi Awang dll. Kita tidak nafikan SUMBANGAN mereka tetapi cubalah fikirkan baik2...bila lagilah nak fikir pasal mati dan dunia satu lagi tu? Sudah sudahlah tu, biarlah beri orang lain orang muda menyumbang pada Negara. Kita diam diam sahajalah..masa kita zaman kita peluang kita telah berlalu. Pintu kubur dah terlalu dekat. Politik ini kotor, banyak mengundang dosa2 sahaja jika tak betul.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2014 at 6:58 PM

@Anonymous

jumud sungguh pemikiran kamu. bukanlah perjuangan bermakna penghambakan diri kepada parti. walau pun satu undi yang kamu berikan adalah berupakan perjuangan. pendapat dan teguran juga merupakan perjuangan. mereka yang diperingkat umur yang kamu katakan itu adalah pejuang yang sepatutnya dihargai kerana mereka ingin memastikan generasi baru yang saperti kamu itu tidak teraniaya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2014 at 6:59 PM

@Anonymous

sememangnya betul apa yang disampaikan ustz tuh. aku rasa inilah yang selalu kita meroyankan. masaalahnya mereka yang diatas tuh semacam tak faham jer.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2014 at 7:00 PM

Saya nak tanya Us. Nakhaei balik. Kenapa dulu tinggalkan PAS dan masuk UMNO? Kenapa selepas 25 tahun, baru nak kata kat UMNO pulak. Takkan sampai 25 tahun baru nak sedar. Apa beza UMNO dulu dan sekarang. Dulu Zaman Tun pun macam-macam isu jugak. Masa tu Anuwar pun dalam UMNO kan. Nak kira tolong Melayu, apa kurangnya DSN berbanding Tun. Saya bukan nak bela sesiapa. Tapi golongan bawahan lebih banyak di bantu rasanya melalui BRIM. Tun pun tak mampu buat dulu. UTC pun sangat membantu rakyat. Tun pun tak mampu buat aps yang DSN buat dalam kes MH17. Atau, inilah lumrah hasad dengki ummat Melayu sesama sendiri takut orang lain lebih baik dari dia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2014 at 7:02 PM

@Anonymous

aku pikir ada lebih baik jika sebarang teguran itu ditujukan terus kepada yang empunya diri. ari nih mereka saperti tidak perasan dan masih berperasaan bukan mereka yang ditegur atau dikritik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2014 at 7:04 PM

@Anonymous

tak kiralah siapa dia tuh. yang harus kita fikirkan ialah maksud luahan hatinya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2014 at 7:08 PM

@Anonymous

sabar sabarlah bang. kita fahamkan satu persatu. sekarang nih Ust Nakhaie dah keluar UMNO dengan alasan yang begitu konkrit. Tun belum lagi keluar UMNO saperti yang dilakukan semasa era pak lah. sekurang kurangnya dapat kita lihat kebenaran atau kebatilan maksudnya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2014 at 7:13 PM

bpolitik dgn penuh kejujuran dan keikhlasan demi agama bangsa dan ngra adlh jg merupakan satu fardhu kifayah..
dan yg berhak menilai kebenaran kejujuran dan keikhlasan mereka dlm bpolitik itu ialah yg MAHA ESA..
Jgn sampai ape yg ditulis itu tkena pada batang hidung sndiri..
bab kata pepatah melayu "mengata orang dia yg lebih"
adakah kita tlh menasihatkan diri kita tlebih dahulu.?
fikirkan..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2014 at 7:15 PM

@Madah berhelah

wah! marah betul kamu nih. yang kau komen pada anon kat atas tuh aku setuju. dia berpikian seolah olah orang tua tua nih dah tak relevan lagi.

bah kj pun aku setuju.

tapi aku tak setuju bila kau cakap pasa berbulu tuh. macam kau sokong pulak anon tuh, sebab orang tua dah tak sama hitam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2014 at 7:20 PM

Maaf.Tiada pemimpin UMNO yang akan jawab. Semua macam ular sawa yang dah kenyang tengah tidur.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2014 at 7:53 PM

@Anonymous

bukan ker memberikan teguran atau nasihat tuh satu ibadah? kalau iabadah itu ikhlas ganjaranya tetap ada saperti yang dijanjikan Illahi. takkanlah pulak orang tua nak duduk atas tiakar sembayang jer sementara tunggu mati. bukan kah baik kalau mereka itu bekongsi pengalaman pahit dan manisnya. kalau pun nak diserah kepada orang yang lebih muda tanpa dipedulikan, inilah yang jadinya. pm hari ini jauh lebih muda dari mereka mereka yang kamu sebutkan itu dan ada kah kamu rasakan selesa? sepatutnya yang muda hendaklah belajar dari yang tua dan jangan sekali lupa jasa yang tua. ibu dan bapa kamu mengajar kamu berjalan dan mengurus diri serta mendidik kamu, patutkah mereka itu kamu ketepikan dalam urusan hidup kamu?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2014 at 7:59 PM

@Anonymous

ini sekor lagi. bila dapat br1m semuanya baik. aku rasa kamu nih belum lagi cukup akal atau kamu nih belum dapat maklumat yang jelas.aku juga rasakan kamu tak faham apa yang cuba disampaikan oleh ustz juga Tun. tak yahlah nak cakap banyak sebab lagi kamu tak paham.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2014 at 8:03 PM

@Anonymous

cuba kamu sangkal apa yang diperkatakan Ustaz itu. kenapa tidak kamu lihat luahan hati beliau itu satu keikhlasan. kalau nak di ikutkan, tidak apa untungnya yang beliau perolehi dan secara positifnya beliau ikhlas menegur. kita senantiasa mengharapkan seseorang menegur diri kita sebab kita tak dapat lihat kekotoran dibelakang kita. inilah yang dikatakan cermin cermin yang berada disekeliling kamu. usahlah pula digunakan cermin yang mengejak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2014 at 8:04 PM

@Anonymous

bagus jugak kalau jumpa, senang dibalun dengan kayu atau dipenggalkan jer.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2014 at 8:11 PM

Tapi kalau yg berkata tu jasanya melangkaui kepentingan agama bangsa dan negara usia tidak ada penghalang.pemimpin yg berusia lebih dari 70 tahun yg sedara sebut tadi cuma ada segelintir dan yg benar brrkualiti sgt2 rare.sumbangannya amat dituntut walaupun usia lanjut.kita semua tahu siapa mereka.bukan lagi isu kuasa atau wang atau nama atau pangkat tetapi kebenaran.mereka ini negarawan yg telah memiliki segala2nya yg saya sebut tadi

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2014 at 8:18 PM

apa pandangan ust tentang pas..tidak di sentuh pun dalam teks..adakah ia lebih islamik..bergerak bersendirian mungkin tidak berapa effektif dan banyak kekangannya..

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
September 12, 2014 at 8:34 PM

Kritikan seorang negarawan seperti Tun Dr Mahathir pun belum berjawab. Noktah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2014 at 9:17 PM

@Anonymous

kah! kah! kah! kah! lepas tuh kamu mintak ustaz tuh beri pandangan tentang DAP dan lepas tuh tentang PKR pulak. kenapa tidak kamu fokuskan ajer kepada apa yang ustaz nih katakan. ada kah ianya benar atau pun tidak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2014 at 9:18 PM

Bila sesiapa pun hentam Umno atau PM Najib,cepat-cepat para bloger macam din ni perbesarkan,wal hal org lama dalam politik kenal benar dgn Uat Nakhie.Tapi bila Tun hentam Melayu kata Melayu tak amanah dan pemalas tak ada pula yg letak kat blog mereka,apsal.?.Eloklah letakan juga biar kita kita Melayu-Melayu yg takut benar kalau tak ada akta hasutan cermin diri,cari dimana kelemahan kita.yg walaupun penduduk mejoriti jadi begitu takut.Tentu ada yg tak kena.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2014 at 9:21 PM

@Anonymous

benar atau tidaknya terpulang kepada kita menggunakan neraca yang ada pada diri kita, iaitu berpandukan kepada berapa banyak info yang kita perolehi. kalau nak cari salah tetap akan kita perolehi dan jika kebenaran yang diharapkan saya rasa harus digunakan akal yang sudah cukup diperjuangkan. yang demikian terpulanglah apa yang sebenarnya kita harapkan. tidak semestinya segala yang datang dari musuh itu buruk. usah dipandang kepada siapa yang berkata tetapi dengarkan apa yang dikata.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2014 at 9:35 PM

Orang yg tinggalkan Parti makna lari dari tanggung jawab sesudah susu lembu dah diperah dan tak dapat nak perah lagi..buat apa tunggu.. Kalau sebab dakwah... maka berdakwah lah dan berdampinglah dgn Pemimpin tanpa senyum senyum nak sesuatu..baru ada kesan dalam dakwah.. kerana ia dinilai olih orang yg nak didakwahkan...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2014 at 9:52 PM

bila org betanye kat sadina ali semasa menjadi khalifah mengapa pada masa dia dunia islam kacau bilau masa khalifah abu bakar dan umar bagus, khalifah syaidina ali jawab masa abu bakar dan umar khalifah, dia jadi rakyatnye, bila masa dia jadi khalifah org yg betanye tu pulak jadi rakyat nye.
korang paham ke ape pelajaran yg cuba kalifah syaidina ali tu cuba sampaikan.
tun m merintah pada zaman dia, najib perintah pada zaman sekarang, dulu dap tak disokong org melayu,org melayu rasa geli kalu ape yg besangkutan ngan dap tu, cam najis. la ni sebab pkr dan pas, org melayu dok bawak bendera dap.
masa tun org tak berani kutuk sebab org melayu tak benarkan, lani org pas ngan pkr yg mula, org dap tu ape lagi, dok tambah garam le. cuba paham benda ni semua. najib dah cuba sebaik mungkin dengan segala ape yg ada, jumpa dia,tau le camne dia kerja, besungguh hati.masa tun m perintah, dia perasan dajjal yg dok depan dia hari2 dah tumbuh tanduk, dok tangkap , lepas tu dia pencen, la ni dajjal tu dah keluar dengan tanduk yg dah becabang2, dilepaskan oleh pak lah. ko pikir senang ke nak layan dajjal tu. bemacam benda dia buat, org tetap sokong. ni yg najib tepaksa hadapi. kalu korang tak sokong najib, payah le. sape pun jadi ketua,dia jadi hebat jika sokongan yg diterima hebat. usahakan lah bemula dari kita .

....................
Reply To This Comment ...................
September 12, 2014 at 9:53 PM

@Anonymoussaya bukan blog full time dan tak mahir nak mengulas isu2 muhasabah mcm tu. Mana isu yang menarik ketika saya online, isu itulah yang saya blog kan. lagipun kemahiran saya bab mencari salah pemimpin !

Apakata saudara buka blog dan komen isu2 sebegitu, saya janji akan promotekan

....................
Reply To This Comment ...................
September 12, 2014 at 9:54 PM

saya cuma minta pemimpin Umno tolong jawab jer .... kan berat tuduhan nakhaie tu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2014 at 10:11 PM

Setuju dgn ko din..jawap je lerr.

....................
Reply To This Comment ...................
September 12, 2014 at 10:19 PM

Ya, aku pun dah komen yang sama dalam blog lain.

Ust Nakhaie, jiran aku juga dan sekali sekala menjadi imam masjid kariah yang sama. Tidak lah rapat tapi adalah berbual-bual sesekali, maklum lah beliau masih sibuk walaupun dah bersara.

Cuma pernah bertanya kenapa tidak bersama PAS. Jawapan nya sama, macam beliau tinggalkan Umno sekarang.

Jadi pada hemat aku, dalam sesebuah parti, berpegang kepada dasar-dasar parti, perjuangan, memperbaharui falsafah dalam kontek semasa demi mengadaptasi yang muda dan bebas, menjurus keperluan mereka, amat relevan sekali.

Falsafah jangan sesekali mengubah dasar kerana nadi dan nyawa parti mesti menjana semangat untuk di hayati ahli-ahli yang rata-rata ingin juga membuat sumbangan dan sebahagian nya ingin juga mengukir nama dan berjasa. Beri lah ruang dengan didikan yang betul.

Kini, Umno agak terkebelakang sedikit mempengaruhi anak-anak muda berbanding PR, yang sentiasa agresif. Umno juga berlagak eksklusif, cuba menjauhi yang berumur dan berpengaruh, di mana boleh sahaja memberi sumbangan membantu mengimarahkan parti.

....................
Reply To This Comment ...................
September 12, 2014 at 10:36 PM

Tinnggalkan umno setelah tidak ada jawatan. Tolong jawab, Kalau masih ada jawatsn sah tak tinggalkan jawatsn,

....................
Reply To This Comment ...................
September 12, 2014 at 10:39 PM

@Syed Mohdihaaa. CONTOH jawapan yang pemimpin Umno boleh berikan !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2014 at 11:07 PM

@Anonymous

Menggunakan argumen bebal seperti tuan, maksudnya pemimpin yang masih ada di dalam UMNO adalah kerana lembu masih belum habis diperah oleh mereka?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2014 at 11:40 PM

Kawan aku umur 33 mati. Tak sempat pun tengok anak org nak berkhidmat ikut suka dia la. Yg kita dok sibuk pasal pintu kubur org kenapa? Berdakwah macam tu ke? Selagi percakapan itu ilmiah dan bermanafaat pada org ramai, ok la tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2014 at 12:14 AM

@Anonymous

kritikan terhadap melayu dr seorang yg liberal amatlah berlainan dgn kritikan org yg prihatin terhadap bangsa.

melayu malas dr kafir harbi yg racist dan melayu liberal saya akan defensive kerana saya tau kenapa dan ape motivation mereka.

sekiranya dr org mcm tun maka saya akan ambil sebagai teladan.

?? why even ask.

melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2014 at 12:18 AM

@Anonymous

kalaulah najib mcm saidina ali...

thts ur first mistake.

second, dap semakin naik lemak sbb penampilan pendekatan dan dasar najib pada org cina.

kita tau cauvinis mcm mana mereka opportunist, they saw a chance they took it. derang xde integrity atau setiakwn.

saya rasa kamu tau sikit sgt org melayu sokong dap, ur point doesnt hold much.

org melayu kita byk peel, granted, masalahnya punca yg lebih besar adalah najib.

sudah2lah defend dia. kami sudah lama cuba berfikiran baik sejak dia first time pm dan umum satu msia lagi. time tu pn dh ade firasat buruk.

cuba kira, dh berapa tahun kami bersabar?

melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2014 at 12:24 AM

"Tun pun tak mampu buat aps yang DSN buat dalam kes MH17."

Apa yg ko merepek ni..

MH17 blaku skrg.. bkn sewaktu zaman pemerintahan tun..
Mana ko tahu tun x mampu buat.?
Tulis tu biar la secara berilmiah bkn dgn emosi.. klu x, ini la akibat nya.. terang-terang menunjukkan kebodohan diri sendiri..

....................
Reply To This Comment ...................
Tembunian
September 13, 2014 at 2:32 AM

@Anonymous

Kau ni lahir era 80-an, agaknya. Orang yang lebih tua takkan tertanya soalan macam tu. Apa beza UMNO dalamasa 25 tahun? UMNO di bawah Tun Mahathir dan pemimpin terawal boleh sampai membina PWTC. UMNO di bawah Najib?

Hayati hakikat di sebalik pencapaian tu, apa maksudnya. Dulu UMNO buat duit untuk dilaburkan semula untuk program UMNO dan membangunkan UMNO. Hari ini semua pakat masuk kocek sendiri sedangkan rakyat diberi makan retorik semata-mata.

Zaman Tun Mahathir kerajaan tak perlu berkokok dengan KPI -- rakyat sedia menikmati pembangunan ekonomi. Di bawah Najib KPI bertingkat-tingkat tapi rakyat masih mengadu menderita. Kenapa?

Itulah bezanya UMNO dulu dan sekarang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2014 at 2:44 AM

Tak nak komen lebih2.cuma nak kata isu-isu sensitif makin menjadi-jadi sejak najib jadi pm. Memang tak boleh harap.

....................
Reply To This Comment ...................
zethro
September 13, 2014 at 4:01 AM

@Anonymous

Btul3.
Tak dinafikan kejayaan Najib dlm menangani kes MH17 mmg amat membanggakan. Tp perlu ingat, kesnya masih lg blom selesai sepenuhnya hingga ke hari ini.

Walaupun kes seperti MH17 tidak berlaku di zaman Tun M, tp beliau berjaya membantu byk negara2 Islam yg menghadapi kesukaran/peperangan spt Bosnia, Palestin(Yasser Arafat menghubungi Tun M secara peribadi) dan paling tak dpt dilupakan, beliau dgn lantang mengkritik Israel di persidangan OIC yg menggerunkan Pak2 Arab yg lain.

Najib dgn Cinapek kat Malaysia ni pun takut, yilek.

....................
Reply To This Comment ...................
September 13, 2014 at 10:43 AM

Pemimpin skrg perlu lebih keras dgn kafir.tutup semua pusat hiburan dan kerja maksiat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2014 at 12:47 PM

saya nampak ada harapan umno dibawah mahuddin..ada suara keberanian untuk membela bangsa melayu dan ekonomi melayu berbanding mana2 pemimpin umno yang lain..tetapi selalonya nasib timbalan perdana menteri tidak berapa baik untuk terus sampai dan memegang tampuk pemerintahan.saya berharap semua ahli umno akan sentiasa memberi sokongan kepada tan sri muhiddin yassin.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2014 at 1:26 PM

Apa ni main2 umur pulak ni?jawab biar la berhujah ni sibuk dengan umur. Mati tak kira umur la...siot...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 14, 2014 at 2:38 AM

@Anonymousbila syaidina ali cakap pasal rakyat pada masa tu ialah dia, ape maksudnye. bila syaidina ali cakap rakyat pada masa tu org yg bertanye ape maksud nye.
ko cakap kalaulah najib mcm saidina ali ... thats your first mistake ape maksudnye
boleh tak crite clear sikit tang mana yg mistake tu.
bila diana sofia dipilih calun dap, sampai tahap ape dia berani cakap pasal hak sama rata. dia bekas uitm pun sanggup suruh buka uitm kepada bangsa lain.
tu sebab dap sronok, bukan ape org melayu yg dididik oleh uitm sendiri yg mintak peluang diberi kepada semua. tak ramai yg macam tu, betul, tapi impact dari yg tak ramai tu le yg menyebabkan org cina menyokong dap kerana peluang telah mula nampak ada.
ko dah bersabar untuk berapa tahun, bagus le, kalu boleh selamanye.
syaidina ali tu pegang kunci ilmu, penah ckp kalu dia nak tafsir alfatihah aje, mampu melelahkan keldai utk bawak kitab tafsiran yg dia tulis pun masih dipertikai oleh puak khawarij. ape yg dipertikaikan, kesediaan syaidina ali bekrompomi ngan pihak muawiyah.
setiap pemimpin ada kekuatan dan kelemahan. gadafi dibunuh dan libya pun maju. oo ye kemaju. saddam digantung dan iraq pun maju. ye ke maju.
nanti muhidin naik, ada cacat cela kita tukar, naik pulak sape, tukar lagi. kita akan maju. sape yg akan set standard pemimpin tu tidak ada cacat cela lagi.ada kah dia mewakili majority org melayu. najib pilihan ahli sekarang, sebagai ahli kita perlu sokong. kita boleh critic no hal, tapi ape yg nak dicritic dan ape solution nye. ko cuma kata thatyour first mistake, ape yg mistake nye. najib macam syaidina ali ke yg ko faham dari hujah aku tu. syaidina ali taat kat syaidina umar, tapi masih menegur syaidina umar jika syaidina umar membuat fatwa yg pada pendapat dia tidak sepatutnye. siap bagitau ape yg salah dan ape yg nabi s.a.w punye sunnah. itu yg aku cuba sampaikan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 15, 2014 at 8:46 AM

Lebih ajaib jika KJ keluar UMNO.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 15, 2014 at 10:04 PM

sampai kucing bertanduk pon kj takan kuar umno.....apakata kalu semua blogger berpengaruh dan ayahanda tm jumpa rosmah....mintak jasa baik rosmah sergah najib ckit..pastu kalu tak jalan gak...kita buat repot polis kita tak caya kat najib..buleh ka...

Post a Comment