........... Melayu Masih Ada Juara kah ? @ Misi Mencari Pemimpin Melayu | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Melayu Masih Ada Juara kah ? @ Misi Mencari Pemimpin Melayu

Tuesday, September 9, 201418comments


Dalam video kedua komen dari Tan Sri Sanusi ini, beliau ada memberi satu saranan atau cabaran yang bernas kepada orang Melayu dalam misi kita mengisi kelompangan yang jelas terasa dalam bentuk seorang Juara Melayu. 

Apakah orang Melayu masih punya Juara ? Nampak macam ada ..... tapi tak terasa la pulak ....  ( sambungan komen di bawah )




KLiK ke Youtube.

Pemimpin yang elok tu yang mana ? Yang penting sekarang ni, kita senaraikan apa yang Melayu gelisah....

Kemudian kita serah .... ini dia satu buku tebal kegelisahan orang Melayu, macam buku Malay Dilemma ... nah, bagi pada pemimpin.

Bangunlah pemimpin untuk selesaikan masalah ini. Kalau tak larat selesai seorang, kau selesaikan dua orang, selesai 10 orang .... 

Yang tak larat buat, tolong tarik diri ! Kerana boleh jadi hura hara kalau tak buat.

Sekarang ni, kita tak tahu pun apa yang rakyat gelisah ni.... takder satu buku (senarai ) bagi kepada pemimpin ... yang ada orang duk harap, ( adalah seseorang untuk ) sampaikan pada pemimpin.

Saya tak percaya semua orang berani menyampaikan yang sebenarnya kepada pemimpin.

( ramai tukang penyampai yang tidak jujur, suka bodek dan tidak sampaikan perkara yang sebenar kepada pemimpin. Pemimpin kena tahu kelemahan diri sendiri dan jangan terlalu percaya kepada penasihat / tukang lapor )

Rakyat kena turunkan satu summary of all your frustration ( Rakyat kena serahkan satu senarai lengkap ketidakpuasan hati kepada pemimpin ) 

                                    **************
Saya percaya ramai dari kita yang sudah mula hilang kenyakinan kepada kepimpinan Najib sebagai Juara Melayu. Tak perlu saya ulas panjang lebar .. anda sendiri boleh rasainya.

Dek terlalu mengejar populariti sebagai PM Untuk Semua, Najib seakan sudah lupa akan tanggungjawab dan peranannya sebagai Juara Melayu. 

Siapa lagi yang boleh kita harap ? Bab ini ramai dari kita tidak sepakat.

Jadi saya lihat saranan Sanusi sememangnya tepat ! Tanpa mahu menyalahkan sesiapa atau mencari kelemahan sesiapa, apakata kita wujudkan satu cabaran kepada sesiapa yang mahu menjadi atau merasakan dirinya layak sebagai Juara Melayu.

Tuan rasa tuan adalah Juara Melayu ? Nah ... cubalah selesaikan masalah orang Melayu ini .... Berani sahut cabaran ? Kalau banyak songeh, tak payahlah.... sila ke tepi dan beri peluang kepada orang lain !

Lebih penting lagi senarai itu juga mampu menjadi peringatan dalam bentuk check list sejauhmana kita telah berjaya sebagai satu bangsa yang berjaya.

Saya harap ada pihak yang sanggup tampil memikul tanggungjawab mengumpul dan  menyediakan senarai itu.

Apa pandangan anda ? 

Mohon sebar2kan pesanan Tan Sri di atas ...

PS - Apa dah jadi pada Barisan Perpaduan Nasional ? Katanya dulu mahu serahkan satu memo ( yang pada pemahaman saya lebihkurang seperti apa yang disebut oleh Sanusi di atas ) kepada Agong .... masih berjalankah usaha itu ?

PS2 - Sekiranya boleh disediakan senarai itu, kita serahkan pada Najib .... Nah, sekiranya tuan masih mahu terus menjadi Juara Melayu, sanggupkah tuan terima cabaran selesaikan masalah2 ini. Jika tidak sanggup, sila undur diri !

Sibuk sangat dengan 1Malaysia .... 1Melayu ke mana ? 

Share this article :

+ comments + 18 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2014 at 1:16 PM

Najib ingat dia pandai,walhal dia lah PM paling mangkuk hayun kerana menghapuskan ISA di mana pada waktu itu hidungnya kembang apabila komunis mata sepet bertepuk tangan. Kalau Najib berani,hapuskan sekolah vernakular dulu barulah lepas tu hapuskanlah apa2 akta mak nenek. Konon 1 Malaysia,nak muntah aku dengar. Pasal 1 Malaysia lah kaum2 pendatang dah pijak kepala org2 melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2014 at 1:17 PM

Siapa juara melayu?
Kerajaan dan pembangkang sama2 laungkan hak samarata...
Sama ratakah yg yg melayu dpt?
Melayu keseorgan tanpa pemimpin skrg....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2014 at 1:21 PM

Buku mengenai pemasalahan melayu kalau seberat Dan setebal datin seri rosmah mansur pun x guna jugak kalau sipenerima masih dibwah pengaruh dengan kejayaan berhubung dengan pemberontak pro rusia......!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
September 9, 2014 at 1:26 PM

@AnonymousMaka kita mintakah beliau undur dan angkutlah Rosm...oooops, buku itu dan berikan kepada orang lain pula.

Sekurang2nya kita sudah punya tuntutan yang sama sebagai mewakili orang Melayu.... sebagai ceklist.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2014 at 1:29 PM

Tapi itulah janji DSN, buat transformasi.... tolonglah paham. Aku pun Melayu jugak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2014 at 2:07 PM

@Anonymous

Tak berbanggakah anda, Obama dan Putin pun tak dapat berbuat demikian?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2014 at 2:33 PM

Abg din idris jala termasuk dalam top 50 orang yang berpengaruh dalam menentukan dasar? Nampaknya lagi seronok lah abg ah jib gor.......

....................
Reply To This Comment ...................
September 9, 2014 at 2:49 PM

Saya mencadangkan supaya ada sesiapa yang boleh menganjurkan satu forum 'Kegelisahan Melayu'. Jemput pakar dan stake-holder (kata Najib) berbincang dan menggubal satu persatu isu dan di buku kan. Dibuat memorandum dan dihantar kepada PM atau semua parti-parti yang memperjuangkan Melayu... cadangan jer...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2014 at 5:06 PM

Kita mintak Najib supaya mendedahkan siapakah stake-holder yang dimaksudkan oleh beliau. Mungkin stake-holder inilah yang banyak mempengaruhi tindak-tanduk Najib supaya memansuhkan dan menghapuskan apa jua akta yang melindungi melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2014 at 5:11 PM

Saya pun orang Melayu tapi tak gelisah pun,biasa je.Terus kerja,berusaha,tingkatkan ilmu pengetahuan dunia dan akhirat,tingkatkan amal ibadat,doa kepada Allah dan pergantungan saya hanya kepada Allah,bukan akta hasutan,bukan ISA bukan pemimpin,bukan juga DS Najib dan jauh sekali Anwar Ibrahim.Saddam Hussain pemimpin yg keras tapi akhirnya kecundang juga,Hosni Mubarak dan Ghadaffi pun sama.Negara tinggal kucar kacir,rakyat sengsara,inilah yg terjadi bila kita hanya mengharapkan pemimpin sedangkan kita sendiri,apa pun tarak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2014 at 5:13 PM

Saya pun Melayu ,tapai sdr tidak mewakili saya.Mungkin sdr mewakil para RBA yg sedang bergelantayangan menjadi batu apai bersama di blog sdr ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2014 at 6:09 PM

@Anonymous

setuju 100%
sekolah vernakular slh satu parasit dlm perpaduan negara najib tk sibuk nk hapus. Tp undang2 dihapus.
Entah apa ada dlm kepala hotak Najib ni. Terpekik2 bila ceramah, isi kosong.. memualkan!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2014 at 6:43 PM

Saya cadang buat pungutan suara adakah Najib masih relevan jadi PM Malaysia?

....................
Reply To This Comment ...................
September 9, 2014 at 8:40 PM

Kita lihat dari sudut lebih luas :-

1. Baca Just Read - Di mana Umno ? Walaupun beliau merujuk pensyarah tersebut, realiti nya boleh untuk semua permasaalahan Melayu.

2. Mana Ahmad Maslan ? Sepatut nya semua gerak kerja Umno membawa suara Melayu ke mesyuarat berkala untuk tindakan peringkat tertinggi.

3. Gagal memimpin, gagal lah juga orang-orang Melayu. Kita pun tahu natijah nya.

....................
Reply To This Comment ...................
September 9, 2014 at 8:46 PM

@Anonymousdengar khabar rba dah buat uturn, sokong ahjibgor pulak sekarang. Sebab perjuangan dan hasilnya sama.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 10, 2014 at 1:48 AM

Misi mencari pemimpin melayu...dah macam program realiti tv.Tapi,bagus jugak idea nie.

....................
Reply To This Comment ...................
September 10, 2014 at 1:46 PM

Saya sangat2 setuju kalau selepas ni calon pm kita cari melalui rancangan realiti tv saja.

Post a Comment