........... Kuota Melayu Dalam Hartanah dan Tanah Rizab Melayu - Masih Terkunci Kemas kah ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kuota Melayu Dalam Hartanah dan Tanah Rizab Melayu - Masih Terkunci Kemas kah ?

Saturday, September 27, 201430comments

Saya merujuk kepada surat seorang hamba Allah mengenai penipuan syarikat pemaju perumahan berbangsa cina yang menjadi viral dimedia sosial baru2 ini ( ada saya copy di bawah ). Difahamkan pihak kementerian mengambil serius dakwaan itu dan sedang mengambil langkah menanganinya.

Di sini saya ingin berkongsi maklumat mengenai kuota Bumi dalam hartanah -

Penetapan kuota untuk bumiputera dan harga diskaun bagi suatu kawasan pemajuan serta penguatkuasaan mengenai perkara ini adalah tertakluk kepada kuasa dan dasar Kerajaan Negeri. Prosedur pelaksanaan dasar ini juga adalah berbeza mengikut negeri.

Definisi Bumiputera adalah tertakluk kepada atau peraturan setiap Kerajaan Negeri.







                                             *******************************

Berkaitan Tanah Rezab Melayu pula -

Objektif utama diwujudkan Rezab Melayu -

  • Menyekat tanah kerajaan di dalam kawasan Rizab Melayu daripada dilupuskan dengan apa cara juapun kepada bukan Melayu
  • Menyekat tanah Pegangan Melayu atau tanah Rizab Melayu daripada dibuat apa-apa urusniaga persendirian (private dealings) di antara Melayu dan bukan Melayu.

MATLAMAT
Dengan dua objektif itu adalah diharapkan tanah-tanah kepunyaan Melayu akan berkekalan dikuasai oleh orang Melayu sepanjang zaman.


Jika mana-mana kawasan Rizab Melayu itu dibatalkan sama ada keseluruhan atau sebahagian daripadanya sahaja maka satu kawasan lain di dalam negeri itu yang sama jenis (similar in character) dan sama luasnya dengan kawasan yang dibatalkan itu hendaklah serta merta diisytiharkan sebagai ganti. Tanpa gantian, pembatalan itu adalah tidak sah. [ Rujuk Perkara 89 (3) Perlembagaan Persekutuan] 

Rujuk - Enakmen Rizab Melayu.

Baca lapuran khas Utusan - Tanah Rizab Melayu hilang?

Dan respon terhadap artikel itu -  Ganti semula Tanah Rizab Melayu

Tubuh jawatankuasa khas kaji isu Tanah Rizab Melayu

 
Surat viral tersebut -


Surat saya kpd Kementerian Perumah Dan Kerajaan Tempatan.

Kapada,
YB Dato .....
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
Precinct 5, Putrajaya,
68600 Wilayah Persekutuan

YB Dato',

Per: TIPU DAYA HALUS PEMAJU TERHADAP PEMBELI BUMIPUTRA DENGAN MEMANIPULASIKAN DISKAUN.

1. Saya Hassan Md. Ali, pernah bertugas di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dari 1979-1985 dan juga sebagai pemaju perumahan dari 1985-1995.

2. Baru baru ini saya keProperty Fair di Subang Parade, Subang, Selangor.

Tertarik dgn sebuah tawaran dari syarikat pembangunan perumahan yang sedang memajukan Tanjung Puteri, Johor.

Diskaun yg ditawarkan adalah spt berikut;
Utk bumiputra: 15% Bukan Bumi: 6%.

Keluasan unit: 700ksp.
Harga unit: RM1.0 juta.
Pinjaman akan diusaha sehingga 90%.

Bagi pembeli bumiputra, hanya perlukan sediakan 10% shj sebagai downpayment. Bermakna pembeli bumiputra perlu membayar RM85,000.

Bagi bukan bumiputra downpayment 4% (6% discount is taken as part payment of 10% d/pymt).
Bermakna hanya RM40,000.

3. Sebagai seorang pemaju perumahan, saya menyiasat lebih lanjut lagi.

Selain dari membayar downpayment sebanyak RM 85,000, pembeli bumiputra dikhendaki membayar segala kos spt (legal fee, stamp fee, loan fee) yg jumlahnya lebih kurang RM42,000.

Sedangkan pembeli bukan bumiputra hanya perlu meyedikan RM40,000 dan lain2 kos akan ditanggung olih Pemaju.

4.Tidak meyedari saya membuat pengiraan dan membuat perbandingan 'entry cost' antara bumiputra dan bukan bumiptra,
ternyata pembeli bumiputra terpaksa meyediakan sejumlah RM127,000 sedangkan pembeli bukan bumiputra hanya memerlukan RM40,000 untuk membelinya.

Seolah2 kaum bumiputra yg memberi subsidi kapada pembeli bukan bumiputra sebanyak RM45,000.
Bermakna walaupun harga bagi bumiputra dikurangkan sebanyak $150,000 dari harga asal, tetapi perbedzaan harga sebenar diantara bumi dan bukan bumi hanya RM37,000 atau 4% sahaja.

5. Bagi pembeli bumiputra utk membayar downpayment sebanyak RM127,000 bagi unit seluas 700ksp adalah terlalu mahal dan sudah tentu unit2 yg diperuntukan utk bumiputra susah dijual kelak kerana unit tersebut hanya bolih dijual kpd pembeli bumiputra sahaja.

Olih kerana 'entry kosnya' hampir 3 kali lebih besar dari kaum bukan bumiputra maka sudah tentulah unit2 bumiputra tidak laku dijual dan pemaju mempunyai alasan yg kukuh untuk memohon perlepasan dari Kementerian YB. Dato' supaya unit tersebut dibebaskan dari peruntukan bumiputra.

6. Sekali pandang seolah mereka bersama2 kerajaan yg ingin menolong kaum bumiputra memiliki harta di negara ini, tetapi apabila diperincikan kira2nya, pembelian unit bumiputra yg adalah lebih mahal dari yg sepatutnya dan penglibatan pemaju untuk membantu kaum bumiputra utk memiliki harta saperti yang disarankan olih kerajaan adalah satu gimmik dan dijadikan perolok2kan olih pemaju.

7. Saya sempat membentangkan kira2 diatas kpd wakil pemaju hartanah tetsebut dan dgn sinis dia menjawab "Every chinese developer are doing this just to make sure every Melayu and Bumiputera won't have any chance of acquiring new property so your child will stick to the old house or staying back to kampung"

Saudara2ku,

Semenjak kita berWhatsapp, sudah berapa kali saya ungkapkan perkara2 spt ini.
NEGARA KITA TELAH TERJUAL.
Ternyata org cina dah sampai peringkat tak memerlukan keujudan org melayu dinegara Melayu kerana sumbangan org melayu terhadap ekonomi negara ini terlalu kecil.

Bank saperti;
Public Bank,
Hong Leong Bank, Stanchart,
Citibank, HSBC bolih hidup tanpa pelanggan melayu.

Pemimpin melayu banyak buat duit dgn memberi pelepasan unit2 bumiputra kpd unit bebas.

Share this article :

+ comments + 30 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 27, 2014 at 4:11 PM

Kesimpulannya, selagi Ah Jib Gor masih menjadi presiden UMNO, selagi itulah melayu akan terus merempat di bumi sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 27, 2014 at 5:13 PM

Wahai orang melayu!!! Sedarlah. apabila anda menjual tanah anda kepada bukan melayu bermakna anda telah menjual sedikit demi sedikit tanahair ini kepada bukan melayu. Akhirnya tanahair ini akan menjadi milik bUKAN MELAYU. Apakah berbaloi kita kehilangan tanah air hanya kerana kita mahukan keuntungan dan kesenangan hidup sementara di dunia ini? Adakah diterima Allah ibadah orang orang yang menjual tanahairnya kepada bukan Islam? Ini adalah satu pengkhianatan kepada bangsa dan agama. Adakah bukan Islam akan bela melayu bila melayu sudah kehilangan tanah air ini?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 27, 2014 at 5:38 PM

Macam saya terfikir contohnya hong leong. Pemilik dia yang nama hong leong dah tentu kafir. Yang pelik, boleh ada bank nama dia hong leong Islamic bank. Kafir yang masuk Islam atau kafir yang mempergunakan nama Islam untuk meraih keuntungan?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 27, 2014 at 5:53 PM

Ini jelas merupakan kesalahan jenayah yg besar kerana undang2 yg termaktub secara jelas dlm perlembagaan negara dn negeri secara sengaja dilanggar oleh pihak berkuasa!!!

Nampaknya selama ini pihak berkuasa sendiri yg melaksanakan undang2 secara terpilih..walaupun jelas perkara tersebut salah tapi sbb undang2 tersebut tak memberi untung segera,maka tindakan dn hukuman tidak akan diambil.

Kalau pihak berkuasa sendiri pon takboleh tunjuk akhlak yg baik,maka jgn salahkan rakyat jika mereka juga lakukan perkara yg sama kemudian nnt..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 27, 2014 at 6:10 PM

Reserve Melayu ni banyak hilang di zaman Tun Mahahthir jadi PM,projek mega sana projek maga sini.Lebuh raya Utra Selatan je berapa banyak menghakis tanah reserve Melayu ni.Tanya Tun dia dah ganti ke masa dia jadi PM dulu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 27, 2014 at 6:14 PM

Salah satu sebab utama tanah Melayu tergadai adalah disebabkan hutang (atas sebab apa tu belakang kira). Itu yang ramai kurang perasan. Hutang pula jenis yang cekik darah, pinjam sikit, bayar bunga lebih. Lewat lunas pinjaman, lepas tu pula bunga boleh sampai berbuah sedangkan pokok pinjaman tak berkurang pun. Dulu dengan ceti, sekarang dengan along. Kalau nak yang diiktiraf, tu bank-bank yang ada.

Rasanya itulah taktik dan strategi halus bagaimana keturunan pendatang setelah mendapat kerakyatan percuma, mereka nak dapatkan tanah Melayu secara 'percuma'!

Tanah Melayu tergadai atau dirampas secara halus. Mereka untung; tanah dapat, duit pun dapat berganda-ganda.Lepas tu salurkan pula dan beri dana untuk lebih hancurkan Melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
September 27, 2014 at 6:23 PM

Sudah keterlaluan cina yang cara diam bersalut-salut memusuhi Melayu sehingga boleh mengeluarkan kenyataan menghina cara terangan ! Melayu diam saja... jika bertindak kita yang di hambat pula !

Semua bermula dari kisah namawee dengan penghinaan melampau yang di sambut dengan kain kuning... patetik!

Kemajuan secara tidak terkawal akan membunuh yang lemah. Yang lemah wujud kerana kegagalan meneruskan warisan terdahulu yang sering memberi peringatan dan amaran lalu kisah-kisah itu di jadikan sempadan demi menjaga peristiwa bakal berulang lalu di bahas, di aktakan dan di kuatkuasakan.

Betapa bodoh nya Pemimpin2 Melayu sekarang... sokong membawa rebah !

....................
Reply To This Comment ...................
September 27, 2014 at 6:43 PM

Melayu mudah lupa ..........

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 27, 2014 at 6:44 PM

Orang melayu yang bikin masaalah utk orang melayu.Melayu di gunakan utk keuntungan politik shj.Keuntungan sebenar wang,harta,saham2,ladang2 kuda,astet2,faktory2, itu semua ana yang punya.

....................
Reply To This Comment ...................
madah berhelah
September 27, 2014 at 6:46 PM

Kalau kita tengok balik, napa cina ni ckp mcmtu? Napa dia nak melayu tinggal kampung? Sebab dia tak puas hati dengan kita. Tapi sbb apa dia tak puas hati? Sebab hak istimewa kita ke? Orang melayu bukannye pakai sngt pun hak dia. Kalau pakai pun sparuh jalan. Masuk uitm bayar yuran subsidi pun kuar tak reti english. Yg 2 pointer sampai la ke 4 pointer banyak yg hampeh. Lepsstu nak jadi cita lg, orang melayu policy maker, orang melayu enforcer tapi apa jadi? Dah ada peruntukan istimewa pun masih tak mampu jadi kaya dari segi ilmu atau wang dah tu kena beli dengan cina. Kalau aku cina pun aku marah sbb orang melayu ni keja keras taknak tapi aku kena keja dua kali ganda baru dpt jd kaya. Kita sendiri tak amek kesempatan atas kelebihan kita ada sbb policy maker dan enforcer kita suma sama bodoh dengan melayu kebanyakkan. Jadi apa kata kita guna peluang yg ada, kerja keras sampai maju nnt barulah cina tak marah sngt ngan kita. Tak geram ke tengok orang membazir nasik tapi kita nak beli nasik kena cari tin kosong tengah panas??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 27, 2014 at 6:46 PM

Terimalah hakikat,politik demokrasi perlu di bayar dgn harga yang mahal,bukan percuma..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 27, 2014 at 7:05 PM

@Anonymous

aku sarankan SEMUA orang Melayu yang memiliki tanah, tukarkan saja status tanah kepada Hak Milik Melayu (MCL), harta itu akan kekal menjadi hakmilik Melayu sampai akhir zaman.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 27, 2014 at 7:28 PM

@Anonymous

dia tuh kafir bersunat jer agak aku. dia tuh bersunat bukanya nak masuk Islam tapi untuk menjaga kebersihan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 27, 2014 at 7:32 PM

@Anonymous

sekarang nih kalau nak tau betul ker salah, bawakan saja ke mahkamah. kita bising bising pun tak guna jugak sebab lama lama bila dah penat kita berhenti. keadaanya tetap begitu juga, tak berubah.

walau apa pun alasan, biar sajer pehak yang bertanggungjawab citer kat mahkamah. kalau cakap kat luar padang, macam macam putar belit akan diluahkan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 27, 2014 at 7:33 PM

Maaf kalau posting ini terkeluar dari tajuk...

Aku menyewa di kampung melayu, atas tanah reserve melayu, tapi yg aku pasti tanah reserve keliling aku sudah dibeli oleh orang Cina .. aku tak tahu macam mana caranya mereka boleh berjaya tukar status atau sebagainya...

Apa pun..tuan rumah aku ada 2 bidang tanah 4 ekar X 4 ekar.. dia nak jual segera kerana nak pakai duit, dia minta tolong aku carikan pembeli.. ada ramai kaki yg dia pasang untuk dapatkan pembeli..2..3 orang cina dah datang tengok tanah tu..tapi masih belum berjual..

Kalau ada orang Melayu yang nak selamatkan tanag... sebagai pelaburan masa depan atau pemaju perumahan..eloklah segera tengok tanah ini kalau ada kesesuaian.

Maklumat : Luas Tanah 3.937 ekar, simpanan melayu..pertanian..di belakang pekan, kawasan Puchong, bersebelahan dengan Cyberjaya..kawasan dimajukan dengan perumahan..tuan tanah offer aku 1 juta seekar (boleh runding terus dengan dia) walaupun kawasan sekeliling dijual dengan harga 1.3 juta hingga 1.7 juta seekar .. kalau minat boleh SMS aku 0132704567 untuk cerita lebih lanjut..broker tidak diperlukan.. direct nego dgn tuan rumah !!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 27, 2014 at 7:34 PM

@Anonymous

sipa nak tanya beb? macamana pun amalan ini wajib dihentikan serta merta.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 27, 2014 at 10:13 PM

anon 7:33pm

jual tanah tu kat prima .. atau spnb biar diorang buat rumah rakyat kat situ..sekurang2 tanah2 melayu nie tak tergadai kat bangsa lain

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 27, 2014 at 10:31 PM

Masih lagi tertanya tanya kenapa org melayu menerima pendatang dan memberi kerakyatan percuma kepada kereka.
Nampak gayanya org melayu mulai tidak senang duduk dan menunggu bila lagi mereka akan dihalau dari negara ini.
Singapura mengambil masa hanya 50 tahun untuk menunjukkan betapa hebatnya bangsa mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 27, 2014 at 10:34 PM

@Mohd

itu Melayu yang dah senang, tapi Melayu yang susah tidak mudah akan lupa,

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 27, 2014 at 10:41 PM

@madah berhelah

aku suka komen kamu. kalaulah komen kamu nih samapai ke setiap orang Melayu dan digunapakai, alang kah indahnya Malaysia nih. ramai orang Melayu berkereta besar, rumah besar, kilang besar. bertuah badan. tapi yang tak syoknya orang Melayu nih, bila dah kaya sikit mulalah nak tambah bini, mulalah nak sombong dan mula lah nak eksen.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 27, 2014 at 10:43 PM

@Anonymous

betullah tuh. tapi takkan nak dibayar dengan menggadaikan bangsa pulak tuh. sedari dulu pemimpin kita orang Melayu tapi hakikatnya orang Melayu jugalah yang menjadi mangsa kerakusan kuasa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 28, 2014 at 12:20 AM

Orang melayu cenderung ambil jalan mudah. Tanah reserved melayu diajak toke cina projek joint venture buat rumah. Kalau kata 10 biji rumah dibina melayu diberi 3 biji tanpa kluar modal dan 7 biji lagi toke tu dapat hasil jualan. Tuan tanah da tua nk juha rasa senang nala setuju.le. ini memang berlaku. Ini satu contoh bagaimana cina buat duit dgn tanah reserved melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 28, 2014 at 4:47 AM

tajuk artikel berulang2 kali mcm astro.Penyelesaiannya tak de.Sama saja.Dah jemu mentelaahnya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 28, 2014 at 9:45 AM

Kerajaan belanja berbillion billion utk penasihat, tapi ianya tidak lah nampaknya demi kepentingan / kuota org Melayu.. hanya melaung2 transformasi demi populariti PM..menang sorak [PM] kampung tergadai... apabila suara2 perkauman makin meningkat disebabkan pembuangan ISA, PM pun senyap terkebil2 hinggakan ketua menteri mengancam KPN pun dia hanya berdiam. Rasanya kalau org Jepun dah lama letak jawatan.

Pembangkang atau mrk yg tak suka undang2 selalu melaung2kan hak bersuara, tapi tidak membaca atau menjelaskan dimana akta hasutan mengekang hak kebebasan bersuara. inilah pembohongan yg selalu mereka 'market'kan iaitu tiada hak kebebasan bersuara. Tetapi hakikatnya akta tersebut kalau dibaca betul2 memang membenarkan sesiapa bersuara utk membetulkan apa2 perkara yg menyentuh tindakan kerajaan/raja2 tetapi tidak bermakna ucapan menyalahi fakta (pembohongan terselindung) dibenarkan. ini adalah kuncinya iaitu kebebasan itu diberikan, tetapi kebebasan berbohong bagi tujuan memberikan gambaran salah utk tujuan menghasut adalah salah di sisi etika termasuk undang2 agama. tetapi undang2 bukanlah sesuatu yg disukai oleh pembangkang,kerana golongan ini sanggup menipu dan memecahbelahkan rakyat dan kalau negara ini menjadi berpecah kepada negara2 yg berlainan pun tidak apa, asalkan matlamat mendapatkan kuasa dicapai oleh mereka. sekarang DAP pun secara terang2 menghasut rakyat supaya tidak menurut hak Sultan Selangor yg termaktub dlm perlembagaan, dengan cakap2 mrk ingin memansuhkan hak Sultan.

Ini lah sebenarnya yg diingini oleh kaum ekstremis di Malaysia ini iaitu ingin mengkhianati warisan negara yg termaktub dlm perlembagaan. mrk bukan ingin mansuhkan akta hasutan, tapi hak2 yg telah termaktub dlm perlembagaan yg dilindungi akta hasutan yg telah dimetrai semasa penubuhan negara ini. golongan chauvinis atau yg tak tahu fakta sejarah tidak mahu tahu/tidak tahu penipuan pembangkang akan fakta yg termaktub dlm sejarah ini dan kerajaan tidak pula secara agresif menerangkan perbuatan mereka ini secara jelas adalah bertentangan dgn fakta sejarah dan perlembagaan negeri, walaupun berbillion dibelanja utk penasihat. jika golongan ekstremis ini ingin negotiate kembali apa yg termaktub dlm perlembagaan negeri/negara akan hak org2 melayu/raja/agama Islam yg telah ditetapkan -terdahulunya-, maka wajarlah hak kerakyatan yg diberikan -terdahulunya- pun dirundingkan semula.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 28, 2014 at 10:02 AM

maaf....melayu nak pakai duit je...jual tanah....ngapalah tak berdikit dikit....jgnlah nak bermewah mewah dan berlawan lawan ngan jiran tetangga.....melayu malu nak bawak bekal bila p kerja/skool...sedangkan cina...director lagik..selamba pegang tapuwer bawak bekal....selamba badak aq bawak bekal p kerja...lantak org kata beg aq besaq gila..janji dln tu ada kopi,milo,semekut,ubat dan bekal.....tak jugak aq kaya...syukur masih kenyang jugak...alhamdulillah....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 28, 2014 at 12:57 PM

@Anonymous

sekali difikirkan, sememangnya malu menjadi orang Melayu yang jelas bangsa kiasu nih lebih hebat dari orang Melayu. orang Melayu asyik nak tunggu kerajaan bantu. kalau tak dapat, kerajaan akan dipersalahkan. zaman dulu, kalau nak buat longkang, tak payah nak tunggu kerajaan. semuanya buat sendiri. sekarang nih, zink rumah rosak pun nak tunggu kerajaan baiki. segala galanya nak percuma, dari beranak sampai mati pun nak percuma. mungkin kalau kawin pun kalau boleh nakkan percuma - subsidi. walau pun kita merintih, tapi hakikatnya bangsa kiasu itu lebih hebat. selagi mana mereka tertekan, selagi itulah mereka akan berusaha. orang Melayu tak ubah saperti anak yang manja yang telah dirosakkan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 28, 2014 at 12:58 PM

@Anonymous

kalau macam tuh, janganlah dipertikaikan apa orang cina buat. sememangnya orang Melayu dah patut pun dihukum diatas kemalasan mereka tuh.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 28, 2014 at 1:02 PM

@Anonymous

dah sememangnya orang Melayu dah terbiasa dengan cara tuh. kalau dileterkan, cepat akan berasa bosan, tetapi tak juga mahu berubah. kalau diulang ulang banyak kali kelak dibenci. bila dah tersepit buat bising pulak. mereka akan harapkan pehak lain pulak yang menyelesaikanya namun untuk mereka berubat tidak mungkin terjadi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 28, 2014 at 1:07 PM

@Anonymous

tak kaya takper eh!!!! asalkan perut kenyang. tapi bila dah lapar balik, masa tuh lah angin songsang naik kepala.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
September 29, 2014 at 9:54 PM

Persoalan masih belum dijawab, mengapa begitu mudah dokumen tanah rizab melayu bertukar tangan ? Sepatutnya proses ini SUKAR dan RUMIT. Apa orang di pejabat tanah buat ? SPRM boleh mula periksa di sini pula.

Post a Comment