........... Kemaskini Jawapan TH - Pelaburan Tabung Haji Di Detroit - Kenapa TH Diam Membisu ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kemaskini Jawapan TH - Pelaburan Tabung Haji Di Detroit - Kenapa TH Diam Membisu ?

Monday, September 22, 201415comments

KEMASKINI 22/09 1:30pm - Ini jawapan dari Tabung Haji yang menafikan perkara pelaburan Detroit itu -


KUALA LUMPUR, Isnin, 22 September 2014:  Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyatakan rasa kesal atas kenyataan berbentuk spekulasi mengenai pelaburan TH di Amerika Syarikat baru-baru ini.  TH sehingga kini tidak membuat sebarang komitmen pelaburan di Detroit atau mana-mana bandar lain di Amerika Syarikat. 

Tidak ada sebarang transaksi atau pembayaran telah dibuat bagi tujuan pelaburan di Amerika Syarikat.  Oleh yang demikian,  orang ramai sewajarnya tidak mempercayai sumber-sumber tidak rasmi yang hanya berbentuk spekulasi yang tidak mencerminkan keadaan sebenar. 

Untuk makluman, TH setakat ini telah membuat pelaburan di Arab Saudi, United Kingdom, Australia dan negara-negara Asia untuk mempelbagaikan pelaburannya.   Berikutan pulangan yang memberangsangkan daripada pelaburan di negara-negara tersebut, TH akan terus mencari peluang pelaburan yang serupa di negara-negara lain berdasarkan kepada rangka kerja Strategi Alokasi Asetnya.  Pelaburan luar negara, sebagaimana pelaburan domestik, adalah tertakluk kepada proses kelulusan pelaburan yang ketat. 

TH sentiasa menekankan kepentingan Ummah dan para pendeposit dalam semua aktiviti-aktiviti pelaburannya.

                                  ********************

.


Ternyata laporan mengenai ura-ura Tabung Haji hendak melabur RM640juta dalam bidang hartanah di Detroit turut mendapat perhatian pihak Utusan - KLiK.

Terbaharu, terdapat laporan yang mengatakan Lembaga Tabung Haji merancang untuk melabur sehingga RM640 juta di Detroit, Amerika Syarikat (AS) iaitu sebuah bandar yang kini disifatkan sebagai telah runtuh menyebabkan hartanahnya mengalami susut nilai.

Dilaporkan juga banyak bangunan pencakar langit di Detroit terbiar kosong sejak 10 tahun lalu dan populasi bandar tersebut yang pernah suatu ketika dahulu seramai dua juta orang kini hanya dihuni sekitar 700,000 penduduk.

Tidak dinyatakan apakah itu komentar pihak Utusan atau turut disebut oleh Tun....



Yang menghairankan, kenapa pihak Tabung Haji diam membisu ? Sejak didedahkan oleh Tuan Syed dan kemudiannya dikipas lagi oleh errrr .. ( KLiK ), isu ini telah menjadi viral jugalah di laman FB. 

Banyak pihak yang mempertikaikan kewajaran TH membuat pelaburan itu tidak kurang juga yang mempersendakan TH. Yang tak sedap dengar tu, ada yang mengaitkan dengan Najib yang ...eeerr...... takde tempat lain dah nak korek duit ( orang yang kata, ok )


"Kita kena berhati-hati dan saya bimbang mengenai aliran keluar wang ini. Bila kita beli hartanah di luar negara, ia merupakan aset yang 'immovable property' (aset yang tidak boleh digerakkan) menyebabkan kita tidak mendapat aliran masuk wang.

"Kalau aliran keluar wang ini berlaku dalam jumlah besar, kita akan berdepan dengan defisit sehingga menjejaskan sumber kewangan negara,"

"Jika keluar (wang), ini bermakna kita akan mempunyai defisit dalam imbangan dagangan kita dan ini akan dapat dilihat dalam perbelanjaan kerajaan kerana ia mungkin perlu meminjam. "Sebaliknya, jika aliran masuk dana yang baik, imbangan akan memihak kepada kami," kata Dr. Mahathir.


Apapun bagi saya, jangan samakan TH dengan kumpulan simpanan wang lain yang boleh disewenang2nya dilaburkan dimana saja. Niat penyimpan adalah untuk ke Tanah Suci jadi janganlah terlalu korporat sangat ... terlalu amat sensitif perkara ini.


Sekali lagi diharap pihak Tabung Haji dapat tampil dengan penjelasan. Bukannya susah hendak menafikan perkara ini. Cakap saja berita itu palsu. Kalau betul, harap dikaji semula.

Err.... Tabung Haji takde blogger ke ? 

PS - Diberitakan  Najib dan Rosmah dalam perjalanan ke NewYork untuk menghadiri Persidangan PBB dimana Najib dijangka berucap pada 26/9 nanti.

Share this article :

+ comments + 15 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 20, 2014 at 6:44 PM

harga yg dibayar tuk berucap di pbb...najib akan kata semua akta dim'sia akan dimansuhkan....

....................
Reply To This Comment ...................
September 20, 2014 at 7:56 PM

Kalau x silap Detroit ni nama bandar dalam filem Robocop.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 20, 2014 at 7:59 PM

salam,

pengerusi th ketua putera umno. dari cara kerja nampak hebat. tapi tak pasti la tang bab pelaburan. kalu dah ramai yang beri pandangan, kita harap pihak th pun dapat juga keluarkan juga sebab pelaburan dibuat. mungkin th akan dapat keuntungan berlipat kali ganda dan penyimpan akan terus kekal menunaikan haji dalam kos yang sama walaupun 50 tahun lagi. harap th tak malu untuk menerangkan sebab dan keuntungan yang akan diperolehi nanti. bukan osa kot dalam bidang pelaburan ni. saya yang kerdil dan tidak berada dalam bidang pelaburan dan perniagaan berharap th dapat memberi penjelasan dan pihak yang mendengar kena la yang terdiri daripada orang yang mampu bersoal jawab. bukan dengar dan clueless cam pm kita.

....................
Reply To This Comment ...................
September 20, 2014 at 8:55 PM

Kita mahu Pengerusi beri kenyataan. Beliau banyak berkebajikan. Kini pemilik2 akaun berhak mengetahui.

Jangan jadi galang ganti..TH wujud demi tujuan yang suci ke Tanah Suci.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 20, 2014 at 10:22 PM

Harap sgt penjelasan TH... untuk paper Utusan atau blogger atau sesiapa saja, berterusanlah "bertanyakan" perkara ini sampai clear

....................
Reply To This Comment ...................
Madah berhelah
September 21, 2014 at 12:04 AM

Kesiaj tengok dr. M. Apa ke bodoh sangat najib tu. Bersara je la woi kau tak rasa besalah ke buat dr. M risau sebab tindak tanduk kau?Tak sabar nak dengar ucapan najin kat pbb. Agak2 dia masukan tak pasal mh17 menuntut keadilan bla bla bla pastu pasal dia nego tak payah bayar satu sen pun dimana ini semua tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia. Najib2 si otak udang

....................
Reply To This Comment ...................
September 21, 2014 at 12:59 AM

Ada rakan betitahu yg pihak TH ada beritahu dakwaan pelaburan di detroit itu adalah Tidak benar.

Apapun kita tunggu kenyataan resmi dari TH

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 21, 2014 at 1:29 AM

Apa pun Tan Sri JJ punya broker fee dengan equity dalam project ini mesti tebai punya!!!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
September 22, 2014 at 2:31 PM

You know Mr 10% who.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 22, 2014 at 5:17 PM

ye ke tak benar? Sudah sampai masanya tabung haji report kan semua akaun dan pelaburan seperti syarikat senairian awam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 22, 2014 at 7:52 PM

tulisan tu bukan menuduh th buat pelaburan, tetapi lebih kepada pertanyaan dan cubaan memahami keperluan membuat pelaburan tersebut. jika tidak buat, bagus la tu. itu yang saya faham la. rasanya bukan fitnah. obama datang malaysia makan angin ajer ke? mestilah cari pelaburan. tu yang ditanya dan dipersoalkan kewajaran th buat pelaburan. bukan fitnah tu, tapi lebih kepada andaian. jika andaian tu salah, maka bagus la tu. jangan dah labur, kemudian hilang duit beratus juta, kata silap labur dan salah perkiraan. sapa yang tanggung, pm juga yang tanggung cercaan. sebelum jadi begitu, biar ada orang yang buat spekulasi. kita yang kurang faham bab ekonomi, bagi sokongan kepada sesiapa sahaja yang mampu memberi harapan dan teguran kepada kerajaan untuk bertindak dengan betul dalam mengurus ekonomi negara. kesan jangka panjang tu. kalu diam jer, tetiba dapat berita, dah rugi, lagi teruk. so biarlah spekulasi.

....................
Reply To This Comment ...................
September 22, 2014 at 8:37 PM

Alamak. Setuju sangatlah... 106% (6% utk GST)...

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
September 23, 2014 at 7:14 AM

Mana pergi artikel tentang pelaburan TH dan IMDB di Detroit ?

Sebenarnya peringatan Tun Dr Mahathir tentang pelaburan di luar negara betul cuma kita tak pasti pelaburan yang macam mana yang ditegur serta siapa yang buat pelaburan tu. Mungkin bukan TH mengkin ada agensi kerajaan lain. Wallahualam.

Walau bagaimanapun saya hormat integriti Azeez sebagai pengerusi TH walaupun ramai yang mempersoalkan kebolehan beliau.

....................
Reply To This Comment ...................
madah berhelah
September 23, 2014 at 5:45 PM

Din nak kongsi skit. Ni bekaitan i.s.a. betul ke untuk malaysia sign MUSTA kena abolish i.s.a? Berita ni dpt dari ahli akademik dia kata u.s tetapkan syarat nak sign MUSTA ngan dia ada 2 syarat dan syarat nombo 1 abolish I S.A

....................
Reply To This Comment ...................
September 23, 2014 at 6:28 PM

@PakKadukArtikel terpaksa saya tarik balik sebab sumbernya dah takder.

Post a Comment