........... Isu Mansuh Akta Hasutan - Penjelasan Najib | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu Mansuh Akta Hasutan - Penjelasan Najib

Monday, September 8, 201433comments

Berikut adalah jawapan Najib kepada kemarahan orang Melayu terhadap kenyataan beliau sebelum ini yang bertekad mahu memansuhkan Akta Hasutan dan menggantikannya dengan Akta Keharmonian -



PUTRAJAYA, 8 Sept (Bernama) -- Keputusan sama ada hendak mengekalkan Akta Hasutan 1948 atau memperkenalkan Akta Keharmonian Nasional akan dibuat dengan penuh berhemah, terbuka tetapi dalam keadaan terkawal supaya negara terus harmoni, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata kerajaan tidak akan melakukan sesuatu langkah atau tindakan yang boleh menyebabkan suasana tidak tenteram dalam negara.

"Percayalah proses itu akan dilakukan penuh berhemah, dengan cara terbuka tetapi dalam keadaan terkawal mudah-mudahan kesudahannya nanti negara lebih harmoni, kukuh, stabil dan berjaya,"

Najib menegaskan langkah itu akan dilakukan secara rasional kerana untuk mengubah atau memperkenalkan sesuatu akta ia mestilah lebih baik daripada akta sedia ada.
"Dalam hal itu kita akan melakukan rundingan dengan semua 'stake holder' (pihak berkepentingan), tentu sekali yang dilihat bersuara dalam hal ini ialah kumpulan yang mewakili orang Melayu,"


Najib berkata beliau faham mengapa komuniti Melayu menyuarakan pandangan berkaitan Akta Hasutan kerana terdapat isu yang paling dekat dengan mereka iaitu berkaitan Islam, raja-raja Melayu dan peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Justeru itu, Najib berkata apa jua keputusan bakal diambil berkaitan Akta Hasutan dan Akta Keharmonian Nasional tidak akan menyebabkan orang Melayu atau bukan Melayu rasa lebih bimbang, kurang yakin serta tergugat.

"Kalau tidak lebih baik mengapa kita ambil langkah itu, adalah sesuatu yang tidak wajar apa jua langkah pembaharuan kalau ia bukan langkah lebih baik.

"Sebab itu semua proses berhubung langkah itu mesti diuruskan dengan baik supaya pada kesudahannya dan keputusan dibuat akan mencerminkan satu keadaan lebih baik," kata perdana menteri.

Rakyat juga, katanya, perlu faham bahawa kerajaan tidak akan buat sesuatu keputusan yang boleh membawa ketidakadilan atau kemarahan mana-mana komuniti di dalam negara.- Bernama.



Mungkin ada baiknya juga kita suarakan pandangan kita terhadap janji Najib di atas ...... anda percaya 100%, atau 50% atau macam saya - Lain kali sediakan dulu deraf Akta Keharmonian baru cakap nak mansuhkan ! Baru boleh kita kaji apakah benar kerajaan tidak akan buat sesuatu keputusan yang boleh membawa kemarahan kita ....  sebab bagi saya, track record kerajaan Najib dalam bab mempertahankan hak Melayu tidak menyakinkan !

Supaya Najib benar2 faham kenapa orang Melayu bising bila Najib baru suarakan pendiriannya .... belum buat lagi.

Share this article :

+ comments + 33 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2014 at 2:55 PM

Apasal soal undang2 yang menjaga hak melayu ni diswastakan kepada MKPN dan Majlis Peguam ? Peguam Negara takde fungsi ke ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2014 at 3:00 PM

Persoalanya KENAPA hendak digantikan. Tidak kah Akta Hasutan telah terbukti memberikan keharmonian kepada negara (jika benar benar ianya dilaksanakan)? KENAPA pula tidak ditambahpembaikanya jika ianya memerlukan? KENAPA tidak subjek ini diberhentikan dari diperbincangkan kerana ianya benar benar telah menimbulkan kemarahan orang orang Melayu. Ada kah Najib ingin mencari populariti dengan penjenamaan semula Akta tersebut? Sedar kah Najib pemansuhan ISA telah banyak memberikan kerosakan kepada imej Negara dan telah terbukti ianya adalah satu kesilapan besar yang dilakukanya?

Tak payahlah rasanya Najib hendak meyakinkan kepada umum khasnya orang Melayu dengan Akta yang akan diperkenal dan dilaksanakan itu. Semasa memansuhkan ISA, Najib juga mengatakan benda yang lebih kurang sama dan hasilnya telah menggugat ketenteraman Negara. Sekali lagi Najib hendak lakukan eksperimen dan kalau kesanya lebih memburukkan bagaimana pula?

Serious aku mengatakan kata kata Najib tidak langsung boleh dipakai dan janjinya tidak dapat dipercayai. Kalau sudah tahu orang orang Melayu tidak senang dengan Akta yang baru, KENAPA AKTA HASUTAN PERLU DIMANSUHKAN????? Ada kah Najib cuba mencabar sentimen orang Melayu? Orang Melayu lebih selesa dan rasa selamat dengan Akta Hasutan, dan mungkin boleh dibuat pembaikan dengan menambah beberapa perkara saperti yang disarankan oleh Tun Ab Hamid, Mantan Ketua Hakim Negara.

Aku sarankan Najib fikirkanlah perkara lain dan jangan pula dilihat saperti orang yang kurang bijak yang hanya menjenamakan yang lama yang akan memberikan kerosakan dari pembaikanya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2014 at 3:06 PM

betul din setuju .. apa yang kita suarakan adalah bukan semata kepentingan .. tapi kebimbangan dicampur dengan sikap najib yang berat sebelah. apa buktinya akta baru akan menjamin kesejahteraan. jika tidak disuarakan andai kembimbangan itu terjadi .. apa siapa nak jawab.. NAJIB ? PEJILAT NAJIB.. ini semua poyo. jangan behenti din terus bersuara

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2014 at 3:15 PM

Ko percaya ker Din cakap si Ah Gib ni...depan Melayu ckp lain dpn puak2 kapir ckp lain... dh jd mcm KetUm BABI la dia ni...aku langsung dh tak percaya dh dgn si lahabau ni bab2 perundangan...ape pendapat ko Din

....................
Reply To This Comment ...................
September 8, 2014 at 3:18 PM

@Anonymouskita masih ada para penasihat yang boleh dipersalahkan .... Najib tak pernah salah, kan , kan , kan ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2014 at 3:30 PM

@dinturtle

haha...lucu dan lucah jwpn ko Din... lucu sbb Ah Jib mmg dianggap badut oleh pembangkang...tarian nya ikut gendang yang mereka palu... lucah sebab aku rasa mcm rasa nk melucahkan aja si lahabau ni...

....................
Reply To This Comment ...................
September 8, 2014 at 3:45 PM

boleh blah lah kau najib pondan!!
kau dgn tok mudintu sama saja, penjahanam Negara yang arwah bapak kau bina dgn susah payah dulu!
Aku seru pada semua yg baca blog ni, time ngundi PRU14 nanti kalau najib nilah masih ada dikerusi PM, tolong jgn bagi undi pada UMNO!
Kita pakat bagi kata dua kat umno sengal ni.
Kalau najib pink ni masih dikerusi teratas umno, insyaAllah umno mampus! sama saja kalau kita bagi undi protes, umno tetap kalah, dan melayu merana..
Kita mengundi umno dulu bukan nak tengok menteri pro cina ni naik kepala!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2014 at 3:56 PM

Wahai Najib yang suka memansuhkan akta, sila mansuhkan dulu sekolah vernakular......baru la sesuai dengan konsep 1Malaysia....

....................
Reply To This Comment ...................
September 8, 2014 at 4:03 PM

Rasanya janji najib tidak boleh dipercayai 100% kecuali beliau menunjukkan bukti draf akta baru atau orang melayu berpakat 100 kecualikan Najib dari menajdi PM kerana mungkin ada lagi pemimpinan yang sanggup menentang arus melawan kehendak rakan kongsi BN yang secara terang tidak lagi memperjuangkan kaum mereka untuk terus bersama BN.

Cuba buat kaji selidik berapa ramai melayu masih mahukan Njaib sebagai PM. Itu paling baik

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2014 at 4:07 PM

@Aku Melayu Rasis

kadang terfikir jg aku...haruskah kita persalahkan najib ajer... what about the delegates yang telah memilih orang2 seperti KJ, Zahid dan beberapa orang lagi lahabau dalam MT UMNO semasa PAU tempoh hari...yang jd perwakilan tu lembu yang buta ker semua nya... tak boleh pikir dan tak nampak... ker memang puak2 yang memilih lahabau2 ni semuanya sekali adalah kaki songlap duit...dapat duit sesampul terus gelap mata...kalau betul mcm tu memang celaka la mereka semua... dan kehancuran UMNO adalah kerana si celaka yang macam ini la... dan aku nampak kebencian rakyat terhadap UMNO adalah kerana puak2 celaka sebegini termasuk la pemimpin2 semua peringkat dalam UMNO yang mengamalkan budaya lahanat ini...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2014 at 4:15 PM

Tolonglah dengar pandangan akar umbi...nanti bila org sdh marah dan tidak sokong kita lg..susah.
yg beria2 nak hapuskan kenapa...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2014 at 4:19 PM

aku sokong ..aku melayu rasis...x guna bg undi pd UMNO klu pemimpin atasan x dgr pandangan akar umbi...memang benarlah UMNO skrg cukup lembik..sbb pemimpin penakut

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2014 at 5:01 PM

Kalaulah aku jdi Pm,kalau naik pagar isa dgn make up dgn lebih cantik.Akta hasutan dn darurat,aku make up lg sehingga tahap pagar current.Aku tak harap apa jua akta tolak atau pupus utk raih undi. Aku catur ikut lain dgn sudut yg lebih berbeza.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2014 at 5:05 PM

Sepatutnya akta hasutan diperkasa. Dipinda hukumannya kpd yg lebih berat lagi.

Antihipokrit

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2014 at 5:16 PM

Masalahnya Najib Nie Paham ker Apa yang di Cakap terutamanya di dalam hal2 berkaitan perundangan?

Kalau dia seorang yang Cerdik, dia mesti selidik dulu, ada cadangan, draf utk dibentangkan dsbnya.. mintak pendapat dulu, bukannya suka2 buat pengumuman baru lah nak cover line..

Kenapa dia Tak Pakai Otak supaya buat seperti mana belanjawan di buat?...

....................
Reply To This Comment ...................
September 8, 2014 at 5:32 PM

Mansuh atau matikan Akta Hasutan :-

1. Melayu dalam PR juga akan menerima kesan yang sama, walaupun secara bodoh memberi sokongan seperti salah satu keputusan terbaru ingin mendesak kerajaan. Gabungan Pemuda PR mengutamakan politik mereka yang liberal / sekular dan menuju pluralisma. Melayu cerdik pandai yang sudah menafikan Sejarah Melayu /Tanah Melayu, ingkar AsSunnah dan Al Quran dan berpaksikan kekafiran hak asasi manusia yang jelas nya tidak menyebelahi Islam.

2. Orang Melayu arus perdana teraniaya dan tertekan. Jika sikap menghina Bangsa, Agama dan menafikan Kedudukan Demokrasi Raja Berparlimen berleluasa, bom jangka akhir nya meletup jua kelak. Kesabaran itu terbatas dan sesungguh nya Melayu Islam amat patuh kepada perintah Allah SWT. Jika ia menjadi seruan JIHAD di waktu dan ketika nya kelak, itu yang di tuntut di atas kewajiban bersama.

Bergantung kepada PM Najib - GOOD or EVIL.

Kita sudah saksikan perangai bodoh bangang segelintir rakyat Malaysia yang sangat teruja apabila Akta ini di cadang di mansuhkan atau di gantikan baru. Segala macam perangai hodoh mereka di nampakkan secara publik atau terancang. Percaya lah, akta gantian yang tidak memihak mereka juga tidak akan di terima. Mereka mahu tiada apa yang mengikat !

Akhir-akhir ini kerajaan bersikap tegas, KESAN POSITIF sudah di rasai. Cuma LGE yang masih mencabar KPN, Kerajaan Malaysia yang dari segi ambilan rakyat Malaysia, terutama Melayu, TIDAK SEPATUT NYA berlaku dan berleluasa konon nya atas platfom demokrasi dan bebas. Cara yang amat jelik yang tidak di layan di negara lain !

Kebebasan bersuara terlampau akhir nya akan di jelmakan dengan sikap kurang ajar, melangkaui saranan Rukun Negara Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2014 at 8:11 PM

Akta ISA adalah jenama perundangan yg sinonim dgn rakyat.Pertikaian akta ISA ketika ini, adalah di sebabkan,hanya...henye perbezaan fahaman politik tempatan shj ,dlm konteks utk menyerang atau mempertahankan parti masing2.Hakikat yang sebenar,ia adalah hasil yang baik dari pengalaman yang berharga,pemimpin2 terdahulu sejak zaman titik hitam sejarah malaysia.Ia sangat berjaya utk mengekalkan kesejahteraan dan keamanan malaysia.Jenama semula nama akta,adalah tidak baik utk mendidik rakyat malaysia,ia memerlukan tempoh masa yg lama utk berjaya.Orang ramai tidak pernah sesekali mempertikaikan akta ISA yg utk kebaikan rakyat dan negara.Malah,akta tersebut turut membantu,ketika negara mengalami ketidakstabilan sosial politik dan ekonomi, semasa malaysia menghadapi krisis 97-98.Ianya terbukti berjaya, apabila malaysia berada semula di landasan yang betul.Begitu juga,dengan akta hasutan semasa era krisis tersebut, yg pada hekmah saya, baik dari segi kepahaman,ketepatan pada maksudnya dan tatabahasa Bahasa Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2014 at 8:54 PM

Kena ada artikel yang berkaitan dengan akta ISA,Hasutan dan Darurat dalam sejarah kepimpinan kerajaan BN sepanjang 57 tahun.Kutip semua penjuru butiran bersangkutan dgh kehidupan sosial,agama,bangsa,politik dan ekonomi negara malaysia.Penambahbaikan pada klausa2 akta tersebut,perlu di buat mengikut kesesuaian semasa dan perubahan teknologi berkaitan istilah2 teknikal di dlm perundangan tersebut.Jenama akta di atas,tidak perlu di jenamakan semula di sebabkan rakyat malaysia telah terdidik dgn berkesan di samping tatakata bahasa akta2 tersebut yang tepat pada maksudnya yg mudah di fahami.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2014 at 9:00 PM

Ingat paklah tidur rupanya Ahjbgori mimpi dalam sedar.. Dia berucap pgi tadi staff menyumpah dlm hati, dia syok sendiri dgn Idris jala ikan tu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2014 at 9:47 PM

Aku tak percaya cakap D S Najib aka ah jib ngok, dia sedang memperbodohkan semua pengundi Melayu dengan bantuan semua barisan pemimpin umno yang sudah dibeli Najib. Tidak boleh mansuh akta hasutan dan kembali kan akta isa. Najib pm bacul lagi pengecut akan biarkan semua NGO pro pembangkang dan majlis peguam anti kerajaan Melayu menghapuskan segala hak Melayu... Tiada kompromi... Tentera dan PDRM bersiap sedia hadapi musuh- musuh ini yang dibelakang Najib...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2014 at 10:00 PM

Sekarang ni Pok Jib cakap bende pun gua tak caya dah. Dia tak de sebut pun pasal dah belajar kesilapan dari pemansuhan ISA dan EO. Maknanya bingai lagi lattew. Gua tengok muka dia kat TV atau paper sekarang pun rasa macam nak... Menyampah taw.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2014 at 10:25 PM

Najib adalah perdana menteri terulung yang pernah ada dan dilahirkan di Malaysia. Tiada pemimpin sehebatnya. Seandainya dia adalah perwira dia adalah perwira yang tiada galang gantinya. Masakan tidak ... setiap perwira pasti ada senjata mereka sendiri untuk mempertahankan diri. Tetapi ah jib gong al-blur tidak memerlukan apa2 pun senjata. Bahkan senjata yang ada padanya dibuang begitu saja. ISA dan ordinan darurat adalah senjata yang paling ampuh memusnahkan pengkhianat negara. Dibuangnya. Sehingga penjenayah tegar dan licik bebas dan kembali berleluasa melakukan jenayah. Rasanya dia bangga dengan kejayaannya itu. SOSMA yang dijadikan undang2 baru mengikat penguatkuasa undang2 sehingga mereka merasakan perlaksanaan undang2 itu bagaikan menggengam bara api.

Akta buang daerah untuk penganjur rumah pelacuran dan perjudian juga dihapuskan tanpa pengganti. Sehinggakan penganjur rumah pelacuran dan judi berani dan berleluasa melakukan kegiatan masing2. Mungkin ah jib gong al-blur merasa bangga dengan kejayaannya ini.

Akta Perhimpunan Aman adalah akta yang paling efektif yang pernah diluluskan oleh kabinet ah jib gong al-blur. Hakim memutuskan bahawa setiap kesalahan di dalam akta ini bukanlah suatu perlanggaran undang2 dengan menyatakan ketidakpatuhan bukanlah suatu kesalahan. Apakah tindakan yang boleh dibuat oleh penguatkuasa undang2 jika semua ketidakpatuhan bukanlah suatu kesalahan yang boleh dihukum oleh undang2 tersebut.
Apakah ah jib gong ada otak untuk berfikir.
Adakah ah jib gong ada mata untuk melihat.
Ataupun dia berasa bangga kerana telanjang di khalayak ramai.m

....................
Reply To This Comment ...................
September 8, 2014 at 11:05 PM

Bekas KPN kata Bentangkan dulu akta baru sebelun nak hapuskan Akta Hasutan.. (link : http://www.sinarharian.com.my/semasa/warta-dulu-sebelum-hapus-akta-hasutan-1.314904 )

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 8, 2014 at 11:15 PM

Politician ni kekadang tu dia sendiri confuse apa yg dia cakap..mcm najib n anwar.sama je.cakap bombastic sampai dia sendiri confuse.mahathir cakap mcm org biasa2 je.walau banyak humor dan sindiran tapi guna bahasa yg mudah org faham..itu kelebihan mahathir yg hingga skrg susah nak diganti

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2014 at 7:52 AM

Najib dok potpet ttg

"Beliau berkata kerajaan tidak akan melakukan sesuatu langkah atau tindakan yang boleh menyebabkan suasana tidak tenteram dalam negara."

Skrg ISA dah tak ada, LGE dah cabar KPN. So, tenteram ke tu? Yang sampai ada golongan pemimpin pembangkang sekarang lobi supaya sabah keluar malaysia tu .. itu sesuatu yang kini menjadi baik dan tenteramkan negara?

"Justeru itu, Najib berkata apa jua keputusan bakal diambil berkaitan Akta Hasutan dan Akta Keharmonian Nasional tidak akan menyebabkan orang Melayu atau bukan Melayu rasa lebih bimbang, kurang yakin serta tergugat."

Sekarang orang dah cabar dan ejek Raja2, tenteram? tak tergugat?

"Kalau tidak lebih baik mengapa kita ambil langkah itu, adalah sesuatu yang tidak wajar apa jua langkah pembaharuan kalau ia bukan langkah lebih baik.


"Sebab itu semua proses berhubung langkah itu mesti diuruskan dengan baik supaya pada kesudahannya dan keputusan dibuat akan mencerminkan satu keadaan lebih baik," kata perdana menteri.

Jadi kalau SOSMA yg JIBGOR kata lebih baik terdahulunya, kenapa perkara2 membimbangkan yg disebut diatas diatas muncul sekarang? Its a real mess. Jelas keadaan dah jadi lebih tak baik dan tak stabil? At least masa PakLah benda ini tak jadi out of control. Sekarang nak pulak buang akta hasutan. Najib is delusional.. he is dangerous to this nations stability

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2014 at 8:33 AM

bila difikir2...najib hanya nak mengkayakan diri dan punahsihatnya...dia tak peduli marhein pon.....

....................
Reply To This Comment ...................
September 9, 2014 at 8:46 AM

titah sultan " Raja MELAYU ISLAM " pun diorang langgo...

apatah lg "titah" najib...

....................
Reply To This Comment ...................
September 9, 2014 at 8:47 AM

titah sultan "Raja MELAYU ISLAM" pun diorang langgo..

inikan pulak "titah" najib

Pikir sendiri la....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2014 at 8:49 AM

din...
kalau tengok body language najib. kita bole tahu dia terlalu bersungguh menyatakan semua ok. tapi sebenarnya dia cuba menipu kita dan dirinya sendiri. hati2 bila sesuatu isu dikupas oleh najib bila kita lihat dua tangannya diangkat. bahasa badan tidak menipu. entah kenapa aku selalu lihat najib tak tahu apa yg dikata dan cuba menipu..

yuyu

....................
Reply To This Comment ...................
NajibKetum
September 9, 2014 at 11:58 AM

Najib ni sbrnya pening dgn khayalannya sendiri
yg dia sungguh2 sgt nk kacau undang2 negara kenapa?
Apa yg Najib risau sgt?
atau Najib telah diugut/ black mailed oleh pihak yg lebih berkuasa?

Setuju benar dengan anon 10.25.
Najib membelit kita dengan retorik 'pembaharuan' undang2 yang sebenarnya dia nak beri muka banyak pd puak KETUM.
Mungkin KETUM dn Najib pernah ada buat janji underground.. u buat ini itu i tak kacau u punya historical issue.. may be Altuya dsgbnya..

Najib bapa pemansuhan undang2 Malaysia!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2014 at 9:21 PM

@AnonymousTak leh nak cakap apa dahhhhhh!!! Yang ada hanya sakitttt hati kepada mamat liberal ni.... Sungguh saya penuh yaku
In dan penuh ikhlas menyebut du
Isini.... Tak akan ada sekelumit simpati kpdnya jika dia diterajang dari tampuk pemet
Rintahan...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2014 at 9:56 PM

aku setuju sgt bab mansuh benda ni...klu PM najib mansuhkan benda ni, kompom undi melayu melonjak 1000%

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 10, 2014 at 9:49 PM

Najib tu dh bincang sebelum buat benda ni LA, banyak pakar DLM kerajaan tu.... dia tahu aper yg dia buat.....TUN M mesti BG nasihat Dan pandangan dulu panda dia.......korang bleh x tunggu dulu sebelum nk hentam tu.....dia mesti ada SBB sendiri kenapa diet buat mcm tu.....dengar LA dulu

Post a Comment