........... HRW Gunakan Isu Pondan Untuk Sokong Deraf Harmoni MKPN ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

HRW Gunakan Isu Pondan Untuk Sokong Deraf Harmoni MKPN ?

Thursday, September 25, 20148comments

Apa reaksi anda bila baca ini -

Pengarah Advokasi Lesbian, Gay, Biseksyal dan Transgender HRW Boris Dittrich mendedahkan perkara itu sempena pengeluaran laporan 73 halaman berjudul “Saya takut untuk menjadi wanita” di Kuala Lumpur.

Dittrich berkata, pasukannya terkejut dengan dapatan hasil wawancara dijalankan dengan aktivis dan individu transgender di negara ini.

“Hampir tiap hari, golongan transgender menghadapi risiko ditangkap,” katanya dalam sidang media di sebuah hotel terkemuka.

Menjawab soalan, Dittrich berkata Malaysia antara negara terburuk untuk golongan itu, berbanding negara umat Islam lain.

“Serbuan oleh polis dan pegawai jabatan agama Islam berlaku berterusan,” katanya.
- Mkini.


Saya nak puji Jabatan Agama Islam ! Tapi saya percaya bukan itu reaksi yang editor Mkini mahu cetuskan.

Saya dapatkan sumber asal lapuran itu -  Human Rights Watch. Panjang juga artikelnya, ada ditulis pengalaman beberapa pondan yang dilayan secara kasar oleh pegawai penguatkuasa untuk dijadikan bukti dakwaan ke atas negara ini. Oya, ada versi Bahasa Melayu lagi ! - KLiK.


Asalnya saya malas nak layan artikel ni tapi bila baca ada di sebut NUCC ( MKPN ) di bahagian akhir, terdetik hati ini untuk mengaitkan MKPN dengan lapuran HRW itu.



Hmmmm apakah pihak MKPN atau mereka yang pro kepada deraf Akta Harmoni ciptaan Majlis Peguam cuba meminta bantuan pihak luar ( HRW ) untuk beri tekanan kepada kerajaan supaya meluluskan deraf yang menerima bantahan rakyat itu ?




Pihak luar mana pula lepas ini yang akan turut sama masuk campur hal dalaman negara kita ......

Rakyat biasa mungkin tidak akan layan desakan luar sebegitu tapi kalau Najib ...... hmmmmmm ..... saya tak berapa yakin. Yalah, Najib kan begitu perihatin akan pandangan dunia terhadap cara pemerintahannya.

Share this article :

+ comments + 8 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 25, 2014 at 9:34 PM

macamanalah agaknya kalau wakil rakyat kita terdiri dari mereka mereka yang hidup didua alam!!! dunia nak kiamat agaknya.

....................
Reply To This Comment ...................
September 25, 2014 at 9:55 PM

".. pandangan dunia terhadap cara pemerintahannya.". Najib bukan Raja..

Ayat yang betul, ".. pandangan dunia terhadap cara pentadbirannya."

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 26, 2014 at 5:24 AM

najib akan bentangkan karpet merah...dan dan najib mansuh gamaknya...perasan tak...us mcm mula tak sokong nuar tp sokong najib sbb najib pon mcm nuar ikotttt je us cakap....duit tak kuar dapat boneka.....suka tak suka tak...suka us...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 26, 2014 at 9:23 AM

@Anonymous

kalau ikutkan aku, nak ajer aku jatuhkan orang macam tuh. masaalahnya orang orang Pekan masih sayangkanya. nak harapkan perwakilan, sekarang nih ramai yang bisisng, tapi bila dekat PAU, bila bibir dah dibasahkan, sumer akan sokong. ginilah orang Melayu sekarang nih, yang mereka kejarkan duit tak kiralah hak mereka dicuit dan perlembagaan dikuit. dah tak tau aper nak cakap lagi, dah naik penat dah!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 26, 2014 at 11:31 AM

..aii...kenapa masih bertanya? Bukankah sudah diperlihatkan individu yg mewakili agenda rakyat yg bukan sahaja hidup melebihi 2 alam & bijak berkata2

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 26, 2014 at 12:05 PM

Sori off topic jap....

Abg Din, mintak Abg Din artikelkan pasal isu yang menjurus kepada kepentingan melayu yang bertajuk "Harga Rumah Mahal, Agenda Halau Melayu" kat http://rakyatpost.blogspot.com/2014/09/harga-kediaman-terlampau-mahal-agenda.html

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 26, 2014 at 3:24 PM

Surat saya kpd Kementerian Perumah Dan Kerajaan Tempatan.

Kapada,
YB Dato .....
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
Precinct 5, Putrajaya,
68600 Wilayah Persekutuan

YB Dato',

Per: TIPU DAYA HALUS PEMAJU TERHADAP PEMBELI BUMIPUTRA DENGAN MEMANIPULASIKAN DISKAUN.

1. Saya Hassan Md. Ali, pernah bertugas di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dari 1979-1985 dan juga sebagai pemaju perumahan dari 1985-1995.

2. Baru baru ini saya keProperty Fair di Subang Parade, Subang, Selangor.

Tertarik dgn sebuah tawaran dari syarikat pembangunan perumahan yang sedang memajukan Tanjung Puteri, Johor.

Diskaun yg ditawarkan adalah spt berikut;
Utk bumiputra: 15% Bukan Bumi: 6%.

Keluasan unit: 700ksp.
Harga unit: RM1.0 juta.
Pinjaman akan diusaha sehingga 90%.

Bagi pembeli bumiputra, hanya perlukan sediakan 10% shj sebagai downpayment. Bermakna pembeli bumiputra perlu membayar RM85,000.

Bagi bukan bumiputra downpayment 4% (6% discount is taken as part payment of 10% d/pymt).
Bermakna hanya RM40,000.

3. Sebagai seorang pemaju perumahan, saya menyiasat lebih lanjut lagi.

Selain dari membayar downpayment sebanyak RM 85,000, pembeli bumiputra dikhendaki membayar segala kos spt (legal fee, stamp fee, loan fee) yg jumlahnya lebih kurang RM42,000.

Sedangkan pembeli bukan bumiputra hanya perlu meyedikan RM40,000 dan lain2 kos akan ditanggung olih Pemaju.

4.Tidak meyedari saya membuat pengiraan dan membuat perbandingan 'entry cost' antara bumiputra dan bukan bumiptra,
ternyata pembeli bumiputra terpaksa meyediakan sejumlah RM127,000 sedangkan pembeli bukan bumiputra hanya memerlukan RM40,000 untuk membelinya.

Seolah2 kaum bumiputra yg memberi subsidi kapada pembeli bukan bumiputra sebanyak RM45,000.
Bermakna walaupun harga bagi bumiputra dikurangkan sebanyak $150,000 dari harga asal, tetapi perbedzaan harga sebenar diantara bumi dan bukan bumi hanya RM37,000 atau 4% sahaja.

5. Bagi pembeli bumiputra utk membayar downpayment sebanyak RM127,000 bagi unit seluas 700ksp adalah terlalu mahal dan sudah tentu unit2 yg diperuntukan utk bumiputra susah dijual kelak kerana unit tersebut hanya bolih dijual kpd pembeli bumiputra sahaja.

Olih kerana 'entry kosnya' hampir 3 kali lebih besar dari kaum bukan bumiputra maka sudah tentulah unit2 bumiputra tidak laku dijual dan pemaju mempunyai alasan yg kukuh untuk memohon perlepasan dari Kementerian YB. Dato' supaya unit tersebut dibebaskan dari peruntukan bumiputra.

6. Sekali pandang seolah mereka bersama2 kerajaan yg ingin menolong kaum bumiputra memiliki harta di negara ini, tetapi apabila diperincikan kira2nya, pembelian unit bumiputra yg adalah lebih mahal dari yg sepatutnya dan penglibatan pemaju untuk membantu kaum bumiputra utk memiliki harta saperti yang disarankan olih kerajaan adalah satu gimmik dan dijadikan perolok2kan olih pemaju.

7. Saya sempat membentangkan kira2 diatas kpd wakil pemaju hartanah tetsebut dan dgn sinis dia menjawab "Every chinese developer are doing this just to make sure every Melayu and Bumiputera won't have any chance of acquiring new property so your child will stick to the old house or staying back to kampung"

Saudara2ku,

Semenjak kita berWhatsapp, sudah berapa kali saya ungkapkan perkara2 spt ini.
NEGARA KITA TELAH TERJUAL.
Ternyata org cina dah sampai peringkat tak memerlukan keujudan org melayu dinegara Melayu kerana sumbangan org melayu terhadap ekonomi negara ini terlalu kecil.

Bank saperti;
Public Bank,
Hong Leong Bank, Stanchart,
Citibank, HSBC bolih hidup tanpa pelanggan melayu.

Pemimpin melayu banyak buat duit dgn memberi pelepasan unit2 bumiputra kpd unit bebas.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
September 26, 2014 at 9:13 PM

isu pondan saya tak minat tapi saya harap lepas kastam sprm cepat2 serbu pejabat tanah pula. mungkin nanti boleh nampak orang berkepala spender kali kedua... :O

Post a Comment