........... Hadi Move Dedahkan Parasit Dalam Pas ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Hadi Move Dedahkan Parasit Dalam Pas !

Friday, September 5, 20149comments


Terpanggil nak ulas isu MB Selangor, lama dah tak komen takut tertinggal bas pulak nanti. Sesiapa ada perkembangan terkini silalah kongsikan ...

Semalam heboh kata Hadi turut menamakan sorang Adun Pas sebagai calon selain dari dua nama yang sedia maklum iaitu Azmin dan bini Anwar. Ada yang kata ketiga2nya Adun Pas, tapi saya ambil kenyataan Setiausaha Agung Pas Mustafa Ali sebagai yang betul lah. ( macam kenyataan spender putih dia jugalah ... ) - Harakah.

Saya lebih teruja dengan ayat ni -

Menurutnya, senarai nama itu dihantar terus oleh Pejabat Presiden PAS kepada Istana Selangor.


Takde singgah mana-mana dah .... terusssss jer ke Istana.

Hahahaha .... hebat permainan Hadi, ek ! Sebelum ni Hadi banyak low profil, banyak mengalah kepada kumpulan pro Anwar... rupa2nya beliau pun ada game sendiri.

Ramai yang ingat puak pro Anwar dalam Pas dah menguasai parti, pung pang pun pang diorang keluarkan kenyataan yang Pas akan patuh kepada Anwar. Tiba-tiba Hadi bagi penampar sulung sebijik !

Mat Sabu selaku ketua pro Anwar dalam Pas tanpa melengah masa telah keluarkan kenyataan yang dia tidak tahu menahu tentang tindakan Hadi itu -

Saya ingin menyatakan bahawa dalam perkara yang disebut Setiausaha Agung PAS, Dato Mutapha Ali semalam (4hb Sept), seperti laporan pelbagai media, bahawa nama Dato Seri Dr Wan Azizah dan YB Azmin Ali tidak ada dalam senarai pencalonan PAS adalah tidak dalam pengetahuan saya.

Laporan tentang kenyataan itu juga ada menyebutkan bahawa Setiusaha Agong mengakui PAS telah menyenaraikan salah seorang EXCO PAS sebagai calon MB. Kami, AJK PAS Pusat tidak tahu menahu akan nama baru ini kerana ia tidak diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebagai Badan Eksekutif yang mengendalikan urusan harian pentadbiran dan strategi parti.
- Astroawani.



Yang saya nak tahu adalah, kenyataan Mat Sabu itu ditujukan kepada siapa sebenarnya ? Jelas disebalik apa yang tersurat adalah satu deklarasi yang beliau tidak masuk campur. Jangan kaitkan Mat Sabu dengan senarai calon Pas itu.

Kenapa perlu Mat Sabu umumkan perkara itu ? Beliau kan orang no 2 dalam Pas. Tidakkah dengan pengakuan itu, Mat Sabu mengaku yang bos nya sendiri tidak percaya kepadanya ? Yang sememangnya benar terdapat 2 kem dalam Pas yang diketuai oleh Presiden dan satu lagi oleh Mat Sabu ? 

Yang Pas sedang berpecah dari dalam .......gara-gara Anwar Ibrahim ?

Ramai blogger Pas juga mengutuk Presiden mereka dalam isu ini .... gara-gara Anwar.

Mereka lebih mementingkan perjuangan Anwar dari perjuangan dan maruah diri parti Pas. 

Anwar Ibrahim memang hebat !

Mereka menuduh Hadi sebagai kemaruk jawatan MB buat Pas. Benarkah ? 

Saya tak fikir Hadi fikirkan sangat soal jawatan MB Selangor tu. Beliau pastinya tahu membuat perkiraan kerusi majoriti yang tidak mampu dikuasai Pas ( dan Umno ) setelah dua Adun Pas melanggar baiah. Maknanya kalaupun Sultan pilih calon dari Pas dari senarai yang dikemukakan, masalah tidak akan selesai kerana MB baru itu juga akan berdepan dengan undi tidak percaya bila Dun bersidang.

Saya fikir mungkin Hadi bertindak atas dasar MARUAH Pas. Dan juga untuk beri mesej kepada puak pro Anwar dalam Pas yang mereka masih punya Presiden parti yang perlu dihormati.

Pas buat apapun takkan dapat ubah apa-apa sebab Pkr+Dap+2 Adun Pas adalah majoriti. Jadi daripada ikut bodoh dan menjatuhkan maruah Pas baik ambil pendekatan tegas pada pendirian.

Juga mesej kepada Pkr dan Dap supaya jangan ambil mudah ( take for granted ) kehadiran Pas. Tidak ketinggalan juga, Hadi mahu mendedahkan siapa parasit yang lama bersarang dalam Pas.


Nampakkan ..... Mat Sabu sudah termakan umpan Hadi. sekali lagi saya tanya - UNTUK SIAPA ditujukan kenyataan Mat Sabu itu ?


Ni pulak apa cerita dengan PASMA ni ? - KLiK.

Share this article :

+ comments + 9 comments

....................
Reply To This Comment ...................
September 5, 2014 at 6:20 PM

Tok Din Turtle,

Yang harunya, belul apa2 ada yang dah bagi nickname ke PASMA ni sebagai PAS Macai Anwar hehee...macam2 betul

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 5, 2014 at 6:34 PM

Haji Hadi telah membuat keputusan berdasarkan realiti yg sedia ada. Seramai 30 Adun telah tandatangan dokumen bersumpah menyokong Wan Azizah, jadi mana2 antara mereka telah hilang kelayakan untuk dicalonkan. Jika dicalonkan juga, org ini akan menolak sepertimana yg telah terjadi kpd Azmin Ali sebelum ini. Jadi apa pilihan yg Haji Hadi ada? Dan bila Sultan minta tiga nama, apa pilihan yg dia ada? Yg tinggal hanya Adun2 Pas dan Umno shj. Jadi salah kah tindakannya, kerana jika dia namakan mana2 Adun di antara yg 30 itu, ia akan berkesudahan dgn Wan Azizah seorang sahaja.

Kawan Abang Aziz

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 5, 2014 at 6:59 PM

tepat sekali apa yg anda paparkan

....................
Reply To This Comment ...................
AntiKetum
September 5, 2014 at 7:10 PM

Tuan Blog..
Parasit dlm UMNO BN takmau korek ke?
Amboi duk sibok gol Anwarinas dlm PAS..byk blogger pro-BN skrg tgh MABUK dgn cerekarama KETUM dan KUNYIT.. t


habih tu dlm UMNO xdk ka?
Tu.. Najib PM tu.. dia bawak ideologi siapa??

baca di HELEN ANG:
dari HELEN ANG Blog.


We need to ask how much the Prime Minister’s Office (PMO) contributed in funding for the Voices of Moderation campaign and their huge billboards on the streets.
Najib Razak’s pet NGO – Global Movement of Moderates (GMM) – is heavily involved in this J-Star project. Minister in the PM’s Dept Idris Jala is also one of the faces in the ad campaign.


Nampak jelas bloggers Pro-Bn sudah pura2 dan jadi alat perkakas Najib yg merupakan proksi KETUM utk hancurkan UMNO juga. Spt parasit sedang memamah PAS.
Saya tidak langsung simpati pada PAS sbb PAS sbrnya penjanam Islam dan musuh ketat UMNO sbb puak yg paling byk mensabotaj dan menghina UMNO ialah PAS..

jadi lantak dan biar PAS hancur lebur tkpa. Biar jd pengaraj dn sejarah Tanah Melayu pengkhianat akan dihukum akhirnya.

Tapi my concern is to point the same issue in UMNO.. parasit KETUM!

KJ amat rapat dgn Najib. Najib mengutuskan Idirs Jala dan Pudin Abdullah dalam gerakan mengahapuskan Akta Hasutan dan juga Akta Keharmonian..

Apakah bloggers pro-BN skrg telah dibayar dengan habuan besar atau dirasuah dgn habuah2 lain sehingga tidak menyambut langsung komen Tun M

Najib membawa disaster besar kpd UMNO dan Malaysia dgn siri2 pencabulan terhadapan undang2 pencegahan di Malaysia
Sehingga IGP pun rimas dah mahukan ISA semula

Najib-KJ-AG Patail dan Pudin shj yg golongan yg mahukan ISA-Akta Hasutan di hapuskan sama sekali

tp bloggers pro-BN buat 2buat kayu.. buat cerita hari2 pasal Anwarinas dlm PAS.. KETUM di Selangor..

tp korang sedar tak NAJIB KETUM dlm UMNO ni apa cerita?

Mana dia para2 pesilat2 semasa Perhimpunan UMNO yg semua senyap sepi?? Isu PR hanya utk mengalihkan usah Najib dan KETUM mengubah Malaysia kepada republik secara HALUS!

Najib tk sebodoh ahli2 UMNO yg memang sudha dibodohkan. Najib buat movement yg lebih 'cuci-clean' dr gerakan KETUM.

Tapi malang..signal jelas dr Tun M utk elak UMNO rosak tidak dipandang. Malah ramai pengampu2 Najib termasuk bloggers yg diberi makan Najib menghentam Tun M.

so tuan blog..ada di puak mana??

ckp kerana Allah dan jgn jadi sesumpah mcm KJ..ok ye Tuan Din :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 5, 2014 at 7:21 PM

Tandatangan SD tu bole bila-bila masa jadi SD mendiang Bala. Yang lama batal dgn keluarnya SD baru. Apa susahnya?

Mana tau terdapat dari kalangan ADUN PKR anak Selangor jati yang benar2 sayangkan Negeri ini dari diperkotak perandakan oleh orang luar?

....................
Reply To This Comment ...................
September 5, 2014 at 8:22 PM

Politiking ini asas nya sama. Parasit memang akan wujud. Apa yang di perjuangkan sering tersimpang kerana pengaruh dan motivasi individu.

PAS memang sudah tersasar. Parasit mereka begitu aktif hingga menolak Pusat mereka, melangkaui keputusan Dewan Ulama yang asas nya ini lah tempat rujukan. Kehadhiran anwarinas sudah menjadikan cacamarba.

Aku tak kisah sangat kerana mereka memang MUSUH Melayu ! Malah kenyataan seorang ahli nya, gabungan PAS-Umno, dunia akan kiamat ! Terlalu nyata kebodohan melayu dengan ketaksuban melampau sehingga membelakangkan nilai Akidah.

Aku hanya risau Melayu Islam di landasan yang benar. Selalu menjadi bahan politik. Politik ekstermis boleh merosakkan Akidah dan pegangan nilai-nilai murni Islam. Musuh Islam sentiasa aktif siang dan malam.

Pasma. Papa mama siapa... he..he...eurocindia ? Ust atau Ostat nyanyian OSTB ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 5, 2014 at 8:52 PM

Parasit umno kj saifudin dan ramai lagi...tapi presiden umno pn macam parasait ja tak boleh buat apa : (

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 5, 2014 at 9:45 PM

Parasit dalam PAS terang terang menentang Syura Ulamak...
KJ atau Saufudin, bukan parasit. Dia hanya menyuarakan view dia org yg berbeza...tak salah berbeza pendapat , tapi kalau menentang terang terang, memang sah parasit

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
September 5, 2014 at 10:04 PM

Sultan Selangor minta calonkan 2 nama dari setiap parti tapi bengong2 dalam PR nak melawan dan menderhaka. Selepas dihentam teruk oleh ahli2 PAS biasa yang bukan penyokong Anwar, barulah Hadi serahkan calon2 dari parti PAS.

Tapi Najib selepas dihentam teruk oleh penyokong kuat UMNO yang tiada kepentingan masih dengan ANGKUH dan SOMBONG tak mahu berbuat apa2 untuk memperbaiki kesilapan. Masih mahu hapuskan segala akta yang diguna untuk menjaga keharmonian negara ini.

Post a Comment