........... Dap Menentang Segalanya Cara PAP Kerana Dap Adalah Pembangkang .... Jika Dap Perintah Negara ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Dap Menentang Segalanya Cara PAP Kerana Dap Adalah Pembangkang .... Jika Dap Perintah Negara ?

Saturday, September 13, 20144comments

Siapa kata Dap itu adalah anak PAP ? Kalau betullah, maka Dap selayaknya digelar anak derhaka ! Kerana jika mengikut AMANAT LEE KUAN YEW seperti dipaparkan video di bawah, ternyata apa yang Dap perjuangkan selama ini di Malaysia berlawanan sama sekali dengan apa yang bapa mereka praktikkan dan pertahankan di Singapura.

Cina sama Cina ..... muka pun sepesen jer .... habis tu kenapa tak sama ?  Adakah kerana Pap merupakan parti pemerintah di Singapura sementara Dap masih parti pembangkang di Malaysia ?

Persoalan yang perlu ditanya .... Apakah sekiranya Dap berkuasa atau secara lebih realistik, berpengaruh dalam kerajaan Malaysia melalui PR, mereka juga akan mempraktikkan SAMA sepertimana mentor mereka Lee Kuan Yew buat di Singapura ?

Antara lain, apek itu berkata -

The human beings are an unequal creature 
( Manusia dijadikan tidak samarata  ... )

We have to lock-up people ...without trial, whether they are communist, language chauvinist or religious extremists... if you don't do that, the country would be in ruins today ...
( Kita terpaksa penjarakan orang ... tanpa bicara, tak kiralah mereka komunis, pejuang bahasa atau extremis agama... jika kita tidak lakukan itu negara ini akan huru hara ... )


What are our priorities ? First the welfare, the survival of the people... then the democratic norms and processes which from time to time we have to suspend !
( Apakah keutamaan kita ? Pertama kebajikan, kelangsungan hidup rakyat .... kemudian barulah norma2 dan proses demokrasi yang mana itu pun kita terpaksa campurtangan dari masa ke semasa )



video

I say without the slightest remorse, that we wouldn't be here, we would not have made the economic progress, if we had not intervene on very personal matters.... who your neighbour is, how you live, the noise you make, how you speak or where you speak or what language you use .. had we not done that and done it effectively, we would not be here today.
(Saya katakan tanpa sedikit pun kekesalan, kita tidak akan capai tahap ini, atau tidak akan capai kemajuan ekonomi seperti sekarang sekiranya kita tidak ceroboh hak peribadi rakyat .... siapa jiran anda, cara hidup anda, bunyi bising yang anda buat, cara anda bercakap atau di mana anda bercakap atau dalam bahasa apa yang anda gunakan .... jika kita tidak lakukan semua itu dan lakukannya secara efektif, kita tidak akan berdiri di sini hari ini )


Share this article :

+ comments + 4 comments

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
September 13, 2014 at 8:35 PM

Saya fikri lain sikit kerana saya rasa DAP lagi ke hadapan daripada PAP kerana mereka sudah mencampuri urusan agama Islam...

....................
Reply To This Comment ...................
September 13, 2014 at 10:51 PM

Masaalah nya :-

1. Dap dan Pap platfom nya sama. Jika mereka berkuasa, kaum mereka yang di dahulukan. Tsunami cina Najib sudah terbukti. Di mana jua tidak kira bangsa apa perilaku nya sama. Islam sememang tiada tempat atau seboleh nya di nafikan hak asasi nya dalam kontek menumpang negara.

2. Mengambil contoh di Indonesia, asilimisasi terbentuk apabila dasar-dasar yang tegas di laksanakan. Terdapat kelompok yahudi juga di sana. Kenapa semua mereka tahu di mana bumi di pijak di situ langit di junjung ?

Masaalah di sini, LGE sendiri mencabar kuasa Kerajaan Pusat dalam kes PPS. Satu budaya ekstrim yang di contohkan kepada anak-anak muda cina yang di gambarkan apabila memegang kuasa. Undang-undang atau siapa aku ? Pap sememang nya 'siapa aku' sinonim undang-undang penguat-kuasaan. Itu kenapa membantu mereka berjaya mengemudi dengan tenang dan membina sahsiah sihat dan ekonomi.

3. Moral dan Agama dua perkara berbeza. Moral tidak melibatkan Tuhan. Ia hanya norma-norma manusia melalui peraturan di buat sendiri - menjadi baik atau jahat bentuk duniawi. Malah seorang atheis boleh menjadi baik. Begitu juga seorang Islam, seorang Buddha, seorang Kristian, seorang Hindu. Walhal agama melibatkan yang ghaib. Kepercayaan dan Keimanan. Tidak semesti nya beragama menjadikan manusia itu baik. Pap tidak redho dengan Islam, begitu juga Dap. Tetapi tidak kepada anutan agama mereka pula. Di Malaysia ia di zahirkan.

Kita lihat persamaan ke dua-dua parti ini. Begitu jugs Umno dan Pas. Dasar nya sama, Melayu Islam.

4. Bersikap otokratik, kadangkala terjemahan 'kuasa mutlak' sememang nya darah daging Dap dan Pap. Kuasa anak beranak kepada tampuk begitu relevan. Jika di kilas, ada kah demokrasi ? Maaf kata, boleh melayu meneraju Dap, Pap ? Percaya lah, ia tidak akan terjadi. Di Singapura, mana melayu nya, dalam pemerintahan Pap ? Mustahil Melayu tidak pandai berpolitik ! Darah daging Melayu itu sinonim beragama dan berpolitik. Cuma beberapa kerat bijak ekonomi / berniaga atas sebab 'peluang di sediakan' dan sokongan kerajaan. Di Malaysia, kaum cina tidak sesekali menyokong penglibatan Melayu dalam perniagaan kecuali mereka menerima manfaat langsung. Pap menyuruh melayu bersaing. Meritokrasi. Perkataan ini tidak di terjemahkan sesama kaum cina. Mereka bantu membantu. Tun M sudah jelaskan dengan sinis dari sudut ini.

Begitu lah sedikit DT. Pengomentar lain banyak fakta-fakta untuk ditambah. Kebenaran zahir itu memang terukir. Cuma manusia suka memesongkan dengan fikiran nya, konon nya 'advance'. Hakikat nya manusia itu suka menipu diri sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2014 at 11:07 PM

Jika mereka berkuasa melayu dan islam boleh sayonaralah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2014 at 11:35 PM

Kesimpulannya mudah sahaja.Undi orang islam melayu utk parti yang majoriti orang islam melayu dan menyokong parti bukan melayu yang menyokong orang islam melayu sebagai penerajui kepimpinan negara.PKR tak boleh jd peneraju sebab parti sayur campur.Pas parti islam melayu minoriti.Dap no2 kuasa terbesar PR.Pilihan terbaik umno/Bn lah.

Post a Comment