........... Budak 11 Tahun Komen Tentang Najib ( selepas menegur KJ sebelum ini ) | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Budak 11 Tahun Komen Tentang Najib ( selepas menegur KJ sebelum ini )

Sunday, September 21, 201417comments

Kalau sebelum ini budak cilik berumur 11 tahun, Ahmad Ali Karim telah menyatakan pandangannya terhadap gelagat KJ, cuba baca pula apa pandangannya terhadap Najib.



Saya ambil dan terjemah komen adik Ahmad ketika ditanya dengan panjang lebar oleh seorang blogger apa pandangan beliau dengan situasi Najib ketika ini -

- Saya rasa Najib sayangkan Umno cuma masalahnya Najib terlalu terdesak nak mengambil hati terutamanya dalam memenangi hati penyokong Pkr dan Dap. Najib juga mahu jadi popular dan tidak mahu dilihat sebagai old fashion macam Tun Mahathir.

Tapi Najib telah melakukan kesilapan besar bila terlalu melayan dan tunduk kepada desakan parti pembangkang, Najib sebenarnya bukan menambahkan sokongan malah kehilangan sokongan. Orang Melayu menjadi marah bila terasa dipinggirkan dan tidak dihargai sementara bukan Melayu yang menyokong Dap dan Pkr pula tetap juga tidak akan pilih BN dan masih membenci beliau dan Umno.

I think Najib loves UMNO but the problem is Najib is trying too hard to be friendly especially to win the votes from those who voted for PKR and DAP. He also wants to be popular and does not want to be looked as old fashioned like Tun Mahathir. But he made a very big mistake. When he listens and gives in to the opposition parties, he is actually somehow losing votes instead of gaining them. The Malay gets angry because they do not feel appreciated and taken care of and the non-Malay who support DAP and PKR will not vote for BN and will still hate Najib and UMNO.



- Saya berpendapat Najib harus memastikan Pemuda dan Puteri Umno melaksanakan tugas mereka dan menjiwai semangat Umno. Pemimpin2 Umno harus bertanggungjawab dan ingat slogan yang sering dilaungkan yakni membela Agama, Bangsa dan Tanahair.

I think Najib must make sure that Putera and Puteri UMNO really do their work and understand the spirit of UMNO. UMNO leaders must be responsible and remember their slogan, membela agama, bangsa dan tanahair.



- Saya amat berharap Najib menjadi lebih Melayu dan tidak terlalu apologetik dengan semangat keMelayuannya. Keadaan menjadi sukar bila Najib tidak faham apa yang menjadi keutamaan kepada orang Melayu. Najib mesti bertindak ke atas puak Anwarinas dalam Umno dan tunjukkan dirinya sebagai ketua.

I really hope for Najib to be more Malay and not to be apologetic about having the Malay spirit. It is hard when Najib does not understand what is important and what is not to the Malays. Najib must do something about the Anwarinas in UMNO and tell them that he is the boss.




Kita juga harus memainkan peranan kita dan jangan hanya menyalahkan Najib. Kita harus bekerjasama dalam memastikan Najib dan kerajaan dengar kepada rakyat yang telah mengundi mereka. Bukannya satu perkara mudah tapi kita harus mencuba. Saya tidak mahu Anwar menjadi PM.

We also need to do our part and not only blame Najib. We have to work together to make sure Najib and our government listen to the people who voted for them. It will not be easy but we have to try. I do not want Anwar to be the PM.


Baca sepenuhnya komen adik Ahmad Ali di ruangan komen artikel sama - KLiK.


Oya, saksikan video pendek yang diedit oleh adik Ahmad Ali mengenai kecelaruan pemikiran KJ ! Jangan lupa, adik ni baru berusia 11 tahun.


Share this article :

+ comments + 17 comments

....................
Reply To This Comment ...................
September 21, 2014 at 8:42 AM

Adik Ahmad Ali ni mcm ade bau-bau bacang dengan Adik Adi Putra.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 21, 2014 at 9:08 AM

Very smart and perceptive boy...cuma saya teringat kisah Hang Nadim .....saya bimbang dia menerima nasib macam Hang Nadim .....

-Sharifah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 21, 2014 at 10:12 AM

Budak ni lebih pandai daripada orang yang berkelulusan otpot universiti Dan saya harap beliau tidak bercita2 menjadi perdana menteri sebelum umur 40 tahun.....sekian terima kasih

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 21, 2014 at 10:21 AM

macam x caya jer..pandangan dia macam pandangan majoriti ahli UMNO..amat jelas dan tepat..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 21, 2014 at 11:44 AM

Ye ke Ahmad Ali yang tulis? Atau mungkin orang lain disebalik Ahmad Ali. Pertama kita tak nampak yang empunya diri meluahkan kata katanya. Kedua cara penyampaiannya ala orang dewasa. Sesiapa pun boleh edit video dan mengaku Ahmad Ali. Tapi jika video tu memaparkan Ahmad Ali menyuarakan pendapatnya sendiri baru la boleh percaya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 21, 2014 at 12:40 PM

Tak kisah siapa pun yg tulis..adik tu ke? Or ayah dia ke? Or sapa2 pun?? Yg penting isi tulisan tu sendiri...right on the spot...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 21, 2014 at 1:05 PM

Kebenarannya najib x mengakui kebenaran bahawa melayu makin jauh dari umno... makin melayu jauh dari umno makin melayu tersepit dgn kebenaran yg melayu semakin hilang kuasa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 21, 2014 at 3:03 PM

Rasa2 adik.ni boleh jadi bakal pm Malaysia tak?yang mempunyai jiwa islam dan melayu yang kuat?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 21, 2014 at 3:36 PM

Rumusan: makin liberal najib, makin jauh melayu dr umno. Cuma sampai sekarang najib tk tahu itu. Kebal sgt dinding di sekeliling najib, susah nak tembus.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 21, 2014 at 6:50 PM

didiklah addik nih supaya jadik pemimpin melayu yg seterusnya....

....................
Reply To This Comment ...................
September 21, 2014 at 10:09 PM

Dear Uncle Din Turtle,
Thank you for writing about me again. Please doa that I'll be a very good Muslim and become a good and responsible politician when I grow up. May Allah bless us.

....................
Reply To This Comment ...................
September 22, 2014 at 12:14 AM

This is just how blind the Malay youths are today. Either they do not realise or they don't even care pasal Khairy masuk DUMC dan merasmikan buku AKTIVIS COMANGO. Masih lagi mengagumi Khairy! Siap berzumba bersama Khairy lagi... They are too obsessed with being trendy and modern until they prefer to follow the examples set by people like Khairy instead of Nabi Muhammad s.a.w. Apalah nak jadi manusia zaman sekarang ni...

Semoga Allah jauhkan kita semua daripada terikut dengan cara-cara yang boleh memesongkan akidah kita ini...

Kepada mereka yang tidak percaya bahawa adik Ali berumur 11 tahun, bolehlah baca artikel ini yang saya tulis sewaktu dia masih berumur 10 tahun: http://aeshahadlina.wordpress.com/2014/01/12/announcement-my-little-brother-is-10/

....................
Reply To This Comment ...................
September 22, 2014 at 2:34 AM

@aeshahadlinakakak dia pulak ....... errrr... mak ngan ayah tak nak komen ?

Hmmmm .... korang kat meja makan borak hal politik, ek ?

Gurau jer .... terimaksih.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 22, 2014 at 9:28 AM

Tahniah makin aktif adik ahmad ni. Pernah baca pasal adik ni di paneh tahun lepas - malaysia's youngest blogger. May Allah bless you son. Jangan tinggal solat k.

....................
Reply To This Comment ...................
September 22, 2014 at 11:59 AM

@aeshahadlinasila klik link yang kakak Ahmad Ali berikan itu kalau nak tahu lebih lanjut mengenai budak cilik itu... menarik ceritanya.

....................
Reply To This Comment ...................
September 22, 2014 at 12:31 PM

In Sha Allah. Jadilah yang terbaik. Amin.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 24, 2014 at 1:29 AM

semuga adik ini akan menjadi pejuang bangsa dan agama dan negara yg tercinta ini AMIN....

Post a Comment