........... Akta Hasutan - Siapa Sebenarnya Yang Menentang Keputusan Kerajaan ? ( @ KJ Salah Tembak ) | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Akta Hasutan - Siapa Sebenarnya Yang Menentang Keputusan Kerajaan ? ( @ KJ Salah Tembak )

Monday, September 15, 20148comments


Tak habis2 lagi dengan isu Akta Hasutan ? Bukan ke Pejabat PM dah keluarkan kenyataan 3 hari lepas bagi menjelaskan pendirian kerajaan. ( salinan di bawah ). Baca no 8 dan 9 -


8. Kerajaan walau bagaimanapun, ingin menjelaskan bahawa draf Rang Undang-Undang Keharmonian Nasional belum disediakan lagi pada masa ini. Kerajaan masih lagi dalam peringkat perbincangan mengenai prinsip-prinsip asas yang akan dijadikan panduan dalam menggubal undang-undang berkenaan. Hanya selepas konsensus umum dicapai di kalangan rakyat termasuk mereka di Sabah dan Sarawak, barulah kelak proses penggubalan akan dimulakan. Proses ini akan mengambil masa agar undang-undang yang baru kelak benar-benar dapat bantu merealisasikan matlamat kita untuk membina sebuah negara yang stabil, aman dan harmoni.


9. Penggubalan Akta Keharmonian Nasional akan dibuat oleh Jabatan Peguam Negara hanya setelah perkara-perkara prinsip dan dasar telah diputuskan kelak. Mana-mana draf rang undang-undang yang disediakan oleh mana-mana pihak selain daripada Jabatan Peguam Negara tidak sahih dan tidak boleh diterima.

Ya, kemungkinan besar Akta Hasutan akan dimansuhkan dan digantikan dengan akta baru yang kononnya tetap mempertahankan maruah Melayu, agama dan Raja2, TAPI LAMBAT LAGI sebab deraf akta baru itupun belum disediakan lagi.


Kerajaan juga berjanji akan bertemu dan berbincang dengan pelbagai pihak terlebih dahulu sebelum dibentangkan.

KJ juga memberi jaminan bagi pihak Najib -

Bernama
Justeru, katanya, orang Melayu tidak perlu bimbang mengenai cadangan pemansuhan Akta Hasutan dan digantikan dengan akta baharu. - KJ . Kan seperti saya katakan - Akta Hasutan akan dimansuhkan dan diganti baru ... yang ini muktamad cuma mungkin mengambil masa lama sedikit.


Saya percaya rata-rata orang Melayu sanggup tunggu sehingga deraf akta baru itu dibentangkan. Walaupun terdapat bantahan disana sini, namun itu lebih bersifat peringatan kepada Najib supaya jangan ambil mudah perkara ini.

Nak minta kita tunggu..... OK kita tunggu. Orang Melayu ni amat tinggi tahap kesabarannya. Setakat ini masih boleh bersabar. Kita boleh tunggu dan kaji deraf akta baru yang akan dibentangkan bila siap kelak.

Yang jadi masalahnya adalah puak2 yang menuntut Akta Hasutan itu dihapuskan ! Mereka ini yang tidak mahu sabar dan sering mencabar kesabaran orang Melayu. 

Mereka ini yang tidak mahu tunggu dan sering keluarkan kenyataan2 bersifat provokasi !


Orang Melayu yang menentang akta itu dimansuhkan pastinya merasa tercabar dengan provokasi puak GHAH. 

Kenapa mereka masih lagi dibiarkan bising ? Kalau GHAH boleh bising maka kita pun boleh bising juga. Cuba kalau GHAH senyap dan akur dengan keputusan kerajaan sepertimana terkandung dalam kenyataan di bawah, saya percaya kita pun akan diam.

KJ sepatutnya keluarkan kenyataan yang ditujukan kepada puak GHAH, minta mereka bersabar, bertenang, diam dan tunggu keputusan kerajaan ! Merekalah sebenarnya pihak yang EKSTRIM dalam menuntut Akta Hasutan dihapuskan.


Satu lagi masalah ..... kenapa mamat ni yang ramai percaya merupakan proksi Najib, pun ikut sama menyibuk dalam kempen hapuskan Akta Hasutan ?


Siap tulis sebagai kolumnis di Sinar hari ini untuk terus menghasut rakyat supaya menyokong gerakan menghapuskan Akta Hasutan !

Sebagai proksi Najib, mamat ni sepatutnya tolong sampaikan dan perjelaskan apa yang telah kerajaan putuskan BUKANnya terus mencurah minyak bagi menyemarakkan lagi polemik isu.

Bacalah twit beliau di atas .... siap beri sokongan lagi kepada perhimpunan GHAH dan berkata akan hadir untuk turut sama dalam perjuangan mereka.

KJ sepatutnya keluarkan kenyataan menasihati kawan seLiberalnya itu supaya cool down dan jangan buat kecoh sebab kerajaan dah berikan penjelasan !

Kenapa orang Melayu juga yang terus digambarkan sebagai penentang dasar2 kerajaan ? Penentang sebenar bukan saja dibiarkan malah diberi sokongan pula....

Siapa sebenarnya yang menentang kerajaan ? Kenapa mereka ini terus dibiarkan mencabar kerajaan....   dan orang Melayu ?


KENYATAAN AKHBAR AKTA HASUTAN 1948


1. Kerajaan ingin menegaskan bahawa sebarang keputusan yang dibuat sama ada untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948 atau memperkenalkan Akta Keharmonian Nasional hendaklah dibuat dengan rasional, berhemah dan terbuka. Proses ini hendaklah dilakukan dalam keadaan terkawal agar negara terus berada dalam keadaan harmoni, kukuh dan stabil.


2. Kerajaan juga tidak akan tergesa-gesa menggantikan Akta Hasutan 1948 dengan undang-undang baru tanpa meneliti semua aspek berkaitan termasuk kepentingan elemen pencegahan. Kerajaan tidak akan mengambil langkah atau tindakan yang boleh menyebabkan suasana dalam negara tidak tenteram. Negara masih memerlukan sokongan undang-undang yang mampu menjadi “deterrent” bagi memastikan keamanan, keharmonian dan kestabilan negara terus dipelihara.

3. Rundingan akan diadakan dengan semua pihak berkepentingan, termasuk kumpulan-kumpulan yang mewakili kepentingan orang Melayu yang rata-rata bimbang dengan cadangan pemansuhan Akta Hasutan 1948. Selepas proses rundingan diadakan, barulah Kerajaan akan menentukan hala tuju yang akan diambil dengan matlamat mewujudkan keadaan yang lebih baik untuk negara.

4. Apa sahaja keputusan yang bakal dibuat oleh Kerajaan ianya tidak akan menyebabkan masyarakat berbilang bangsa negara ini merasa bimbang, kurang yakin atau tergugat. Dalam mengubah atau memperkenalkan sesuatu akta baru, ia perlulah lebih baik daripada akta sedia ada khususnya dalam meningkatkan lagi keharmonian, keamanan dan kestabilan negara serta memastikan negara terus berjaya.

5. Selain itu, ia juga mesti mampu mengawal fahaman serta pergerakan radikal, ekstrem atau fanatik selain mengekang pelampau kaum dan agama dalam masyarakat.

6. Kebebasan yang diberi kepada rakyat perlu diimbangi dengan undang-undang untuk melindungi prinsip-prinsip penting yang telah sekian lama didukung oleh masyarakat di negara ini. Ini termasuklah peruntukan yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan, iaitu kedudukan agama Islam dan Raja-Raja, hak-hak keistimewaan orang Melayu dan sebagainya. Semua peruntukan ini akan dikekalkan.

7. Berdasarkan perbincangan dan maklum balas yang diterima Kerajaan setakat ini, terdapat empat pandangan berlainan yang wujud berkaitan isu Akta Hasutan 1948. Pertama, terdapat permintaan agar Akta Hasutan dikekalkan dengan sedikit pindaan sahaja. Kedua, ada yang meminta Akta Hasutan dihapuskan sama sekali. Ketiga, ada yang memilih untuk menggantikan Akta Hasutan 1948 dengan Akta Keharmonian Nasional demi menjaga perpaduan rakyat dan kestabilan negara. Keempat, ada yang berpendapat supaya Akta Keharmonian Nasional diwujudkan sebagai akta baru di samping Akta Hasutan 1948 yang patut dikekalkan.

8. Kerajaan walau bagaimanapun, ingin menjelaskan bahawa draf Rang Undang-Undang Keharmonian Nasional belum disediakan lagi pada masa ini. Kerajaan masih lagi dalam peringkat perbincangan mengenai prinsip-prinsip asas yang akan dijadikan panduan dalam menggubal undang-undang berkenaan. Hanya selepas konsensus umum dicapai di kalangan rakyat termasuk mereka di Sabah dan Sarawak, barulah kelak proses penggubalan akan dimulakan. Proses ini akan mengambil masa agar undang-undang yang baru kelak benar-benar dapat bantu merealisasikan matlamat kita untuk membina sebuah negara yang stabil, aman dan harmoni.

9. Penggubalan Akta Keharmonian Nasional akan dibuat oleh Jabatan Peguam Negara hanya setelah perkara-perkara prinsip dan dasar telah diputuskan kelak. Mana-mana draf rang undang-undang yang disediakan oleh mana-mana pihak selain daripada Jabatan Peguam Negara tidak sahih dan tidak boleh diterima.

.

Share this article :

+ comments + 8 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 15, 2014 at 5:08 PM

Lambat laun akta ni akan dihapuskan jugak. Cuma sekarang ni diaorang main-main tarik tali. Najib pulak suka bersikap playsafe. Pudin tu takyah dilayan sangat peelnya. Budak KJ tu tak usah cakaplah pasal nak jaga Melayu, Islam dan Raja. Selama ni ada ker dia sanggup bermati-matian mempertahankan Melayu, Islam dan Raja apabila timbulnya provokasi dan penghinaan daripada Puak Kiasu ? Jangan haraplah, lebih-lebih lagi bila akta baru dah wujud nanti.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 15, 2014 at 5:38 PM

Najib..KJ..Pudin dan pembangkang sama saja..
KJ terpaksa bermuka muka sebab merasmikan persidangan umno bahagian,,dan tak lama lagi bulan oktober persidangan agong umno malaysia..kalau najib, kj dan yang sewaktu dengannya tak pandai wayang..alamat kena mandi nanti.. apa pun najib perlu kosongkan kerusi presiden umno sebab dia tak minat menjadi benteng mempertahankan melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 15, 2014 at 6:23 PM

Najib,korang x payah sebut nama dia la....semua akta2 yg melindungi kepentingan org melayu bakal di hapuskan. Tunggu la PRU14 nnt kita talkinkan UMNO. UMNO sekarang dah tak mcm dulu yg mempertahankan bangsa melayu dan ugama islam. UMNO sekarang kipas mau kuat asal fulus mau masuk. Biorlah org nak kutuk islam ke,hina raja ke, kutuk bangsa melayu...lantak pi. Najib dan kawan2 yg sewaktu dgnnya semua hampeh...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 15, 2014 at 7:15 PM

UMNO perlukan PANGLIMA PERANG untuk membersihkan spesis sepsis yang telah disebutkan tadi dengan SRGERA .

Ini kerana golongan ini makin ramai. Sebelum UMNO hancur, 'hancurkan' mereka dulu!

Tetapi siapakah agaknya yang boleh dinobatkan sebagai Paglima Perang UMNO?. Bila tengok tengok muka muka dalam UMNO moyok moyok belaka!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 15, 2014 at 8:22 PM

Saya setuju dgn din turtle..
Samada KJ salah tembak ATAU buat2 salah tembak!
Tak kira lah...kalau Najib & rakan2 kata tak perlu bimbang,... pada saya berdasarkan 'track record' mereka memanglah saya SANGAT lah BIMBANG!

Ni Majlis Peguam nak adakan extraordinary general meeting pd 19 sep 2014. Antara agendanya nak bincang penggunaan Sedition Act 1948.... maklumlah bar council ni dah penuh dgn diperintah makhluk Pakatan,...so ketua pemuda UMNO???

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
September 15, 2014 at 9:04 PM

Saya tak faham kenapa orang2 yang berfikiran liberal perlu ada dalam UMNO ? Mereka sepatutnya berada di dalam PKR atau DAP. PAS mungkin tak boleh sebab PAS tak ada pendirian.

Kenapa Pemuda UMNO diterajui oleh orang yang tak punyai roh dan jiwa melayu/bumiputera ?

Kenapa perlu ikut SEMUA permintaan Pakatan Rakyat ? Kenapa perlu penuhi segala permintaan mereka Ah Jib Gor ?

Sekarang syaitan2 sedang mengHASUT untuk keluarkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia. Apa tindakan kerajaan ? Saya kasihan dengan nasib bumiputera Sabah dan Sarawak jika ini benar terjadi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 16, 2014 at 1:42 PM

poning kapla, kapla besar, ah jib gor kata belum lagi, baru cakap tajuk, isi dalam tarak lagi. kosong belaka lagi, fail belum lagi wujud, agenda pun belum taip lagi. itu yg saya faham. tapi yang dok kalut nak hapus dan berbicara macam dah ada semua menda apa kejadahnya. memang gila publisiti betul la. nak berlifestyle dan berselfie pun agak-agak la. penyokong tegar ah jib gor dan kj dok yakin benar pengundi bertambah dan ramai yang beralih arah. sapa agaknya yang dok sokong? kita yang dok berada di kedai kopi cap ayam tak dengar pun orang dok sokong bn. kedai kopi 5 star kot yg dok sembang sokong ah jib gor dan kj ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 17, 2014 at 8:22 AM

Apabila Akta Hasutan dihapuskan dan di gantikan dengan Akta Harmoni, jika Non Muslim melakarkan kartun mengina Nabi kita upama yang dilakukan di barat maka demi Harmoni, tidak perlu ada tindakan kerana Muslim Malaysia bersabar dan senang memaafkan lagi pun pulukis itu 'jahil' dan cuma perlu memohon maaf? Kalau dihukum takut pulak negara jadi tak 'harmoni'. Will this happen? Kes Bakut teh apa progress nya?Wallahualam.

Post a Comment