........... Adalah Lebih Baik MKPN Beri Kefahaman Tentang Kontrak Sosial Dari Menyibuk Hal Akta Hasutan | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Adalah Lebih Baik MKPN Beri Kefahaman Tentang Kontrak Sosial Dari Menyibuk Hal Akta Hasutan

Wednesday, September 17, 201412comments

Tak sangka Tan Sri Zaman Khan juga turut memperkatakan tentang keperluan kita mempelajari semula perjanjian Kontrak Sosial dalam kita cuba menangani masalah perkauman yang semakin serius.


"Silap kita kerana tidak memberikan penekanan kepada fakta sejarah, di sekolah sepatutnya pembelajaran sejarah ini dititiberatkan."

"Kita terlupa janji yang kita buat, misalnya janji berkenaan kontrak sosial. Sungguhpun orang terdahulu sudah bersetuju jalan itu, tetapi ia tidak dijadikan panduan rakyat kita yang majmuk untuk mematuhi kepada perjanjian itu "

Zaman berkata, tuntutan daripada kumpulan tertentu yang menyentuh kontrak sosial dan sensitiviti majoriti kaum Melayu juga dikatakan punca melemahkan perpaduan rakyat. - TMI.


Baru ni saya ada menulis artikel pendek menyeru supaya diperhangatkan kembali isu Kontrak Sosial, bukan untuk menambah hangatkan perbalahan tapi untuk memperingati apa yang menyebabkan generasi dulu boleh hidup aman .... paling tidak pun lebih aman berbanding dengan sekarang.


Ada yang sensitif bila kita sebut hal Kontrak Sosial .... kenapa ? Ia merupakan ASAS persefahaman generasi dulu, satu keadaan give and take yang memungkinkan negara mencapai kemerdekaan seterusnya mencapai kemajuan seperti mana yang ada sekarang.

Secara asasnya juga, keadaan sosio budaya dan ekonomi rakyat antara kaum yang ada sekarang ini pun tidak banyak bezanya dengan pada waktu dulu.

Masing2 masih dengan budaya dan bahasa sendiri, pembahagian kekayaan pun peratusannya lebihkurang sama je ( pemilikan GLC tak diambilkira sebagai hak bumiputera ok ). Kemajuan mungkin mengubah keadaan fizikal rakyat tapi ASAS nya masih sama.

Well .... itupun kalau kita boleh tolak tepi fakta yang menunjukkan kaum Melayu semakin hilang haknya keatas pemilikan tanah di kawasan bandar .... contohnya KL dan Pulau Pinang sudah hampir dimiliki sepenuhnya oleh kaum cina berbanding waktu Kontrak Sosial dipersetujui. Pemimpin Melayu tak kisah semua tu ... asalkan boleh berzumba....

Sebelum ini saya tulis -

Jadi ada baiknya jika ngo2 Melayu dapat mengadakan forum2 mengenai Kontrek Sosial. Biar topik itu kembali hangat, secara tak langsung rakyat akan buka kembali buku sejarah untuk memperingati apa yang terkandung dalam perjanjian sosial itu.... dan kenapa ianya dipersetujui.
BUKAN untuk dikaji semula seperti saranan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin tapi untuk difahami dan dihayati kembali roh Kontrek Sosial. 
Baru negara akan aman kembali ....


Mungkin itu yang dilakukan oleh Saifuddin semasa mengadakan forum tertutup bersama GHAH baru ini. ..... kot. Katanya wartawan yang hadir telah diminta untuk tidak melaporkan apa yang dibincangkan malam itu.- KLiK.

Mungkinkah Saifuddin sedang memberi kefahaman kepada hadirin yang terdiri dari individu2 dan ngo2 yang ganas dan ekstrim dalam menuntut Akta Hasutan dihapuskan, akan Kontrak Sosial ? Maksud saya, kita kenalah bersangka baik pada orang Najib tu .... kan ?

Pihak paling tepat untuk membawa misi kefahaman kepada Kontrak Sosial ini adalah MKPN. Daripada sibuk nak berlagak konon mereka lebih mahir dalam soal perpaduan dan perasan mereka layak untuk menentukan apa yang terbaik buat rakyat Malaysia, adalah lebih baik mereka turun padang dan memberi kefahaman kepada rakyat tentang Kontrak Sosial. Tapi mereka perlu terlebih dahulu faham la....


MKPN tak perlu nak beri apapun cadangan kepada kerajaan atau rakyat tentang isu Perpaduan. Pandangan MKPN dilihat oleh rakyat sebagai  tidak relevan @ tak boleh pakai.

Hmmm ..... berapa kos yang telah kerajaan belanjakan atas nama MKPN ni ? Menghabihkan boreh jer ....

Share this article :

+ comments + 12 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 17, 2014 at 5:30 PM

MKPN ditubuhkan untuk mencari idea bagaimana untuk memansuhkan apa jua yang telah dimiliki oleh orang melayu termasuklah apa jua akta yang melindungi hak-hak orang melayu. Pada masa yang sama, MKPN juga memikirkan idea terbaik bagi memuaskan kehendak dan tuntutan puak kiasu. Oleh itu, MKPN dilihat sebagai institusi yang penting dalam memupuk perpaduan negara dan wajar dipertahankan. Sekaligus kenyataan En. Din yang mengatakan bahawa MKPN hanya menghabihkan boreh jer adalah kurang tepat. Sekian, terima kasih.

- Rakyat Marhean -

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 17, 2014 at 5:34 PM

Pada musim bunga tahun 1882, Akta Pengecualian Cina telah diluluskan oleh Kongres Amerika Syarikat dan ditandatangani oleh Presiden Chester A. Arthur. Tujuan akta ini digubal adalah untuk menghalang kemasukan pendatang buruh Cina ke Amerika bagi tempoh 10 tahun.

Buat pertama kalinya, undang-undang Persekutuan Amerika mengharamkan kemasukan kumpulan buruh etnik Cina atas dasar ianya mengancam ketenteraman di beberapa kawasan. Rentetan itu sangat sedikit jumlah imigran Cina yang dibenarkan berhijrah ke Amerika di bawah Akta Pengecualian Cina 1882.

Apa kata ah jib gong al-blur bentangkan akta pengecualian cina bersama pemansuhan akta hasutan ... di mana dalam akta ini semua cina diberikan pengecualian dalam semua perkara ... janganlah ikuti akta pengecualian cina seperti yang dibuat di Amerika tu ... tak liberal dan tak moderate ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 17, 2014 at 6:03 PM

Adakah gaji diberikan kp mereka yang menganggotai badan INI?kalau bergaji untunglah wardina....dan duit gaji bolehlah digunakan untuk menyambung sel sel otak yang tidak berhubung.....!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 17, 2014 at 8:01 PM

Ini semua salah Ah Jib Gor,gatai pungkoq kerana mansuhkan ISA. Ini mata sepet adalah saki baki komunis.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 17, 2014 at 8:23 PM

cadangan aq....kontrak sosial mula diketengahkan ketika sekolah menengah di sek jenis keb tamil dan cina dan pengajarnya hendaklah menjiwai dan memahami benar pentingnya kontrak sosial....

....................
Reply To This Comment ...................
mat13
September 17, 2014 at 8:41 PM

Haaa Ada gaji....duit rakyat tuuuu

....................
Reply To This Comment ...................
September 17, 2014 at 9:40 PM

Kontrak sosial itu memang satu deklarasi. Jika ini tidak di rujuk, di mana bermula nya titik perpaduan asimilisasi bukan melayu ?

Sebenar nya penubuhan MPKN terlalu longgar dan memihak minoriti yang konon nya tiada tempat dan tidak boleh bersuara. MPKN sendiri tidak lekat di hati majoriti rakyat. Yang di lantik bukan individu2 yang di segani dan di hormati majoriti.

Kerajaan mesti memikirkan tugas-tugas dan tanggung jawab kementerian terlibat. Program dari kerajaan lebih menyeluruh dan berkesan.

Kita tidak perlu badan perantara yang baru tubuh. Ini semua bullshit ! Harap PM Najib mansuhkan ngo2 yang meminggirkan dasar2 kerajaan.

Majoriti rakyat tidak berwakilkan mereka. Hanya Wakil Rakyat dalam
kaw. Parlimen mesti berfungsi penuh. Senator membantu. Bekas-bekas tokoh ternama bergabung dan merealisasikan formula2 perpaduan dalam kontrak sosial.

Fungsi kerajaan semakin terpinggir. Apa kaedah dan faedah di pakai, hanya bala yang dapat !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 17, 2014 at 9:44 PM

Semua akta berkaitan kepentingan melayu dah dicabar...
Tinggal kontrak sosial saja yg tak ada gerakan anti kontrak sosial....
Nak tgk melayu mana paling bodoh dlm dunia yg sokong gerakan mcm tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 18, 2014 at 12:01 AM

Baca artikel outsyed the box.Sembang tahap lawyer (perundangan) buat apa, duit rakyat kena sedut dr luar,kemudian pump masuk balik dgn the best technology org malaysia tak boleh fikir dan buat iaitu teknologi solar.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 18, 2014 at 11:02 AM

mpkn tu tak jelas objektifnya. mereka ingat 1malaysia, jadi sama rata hapus dulu yang melayu.kemudian bina yang baru ikut orang yang datang. patutnya hapus dulu yang datang kemudian bina acuan yang telah ada. baru boleh bersatu ikut thailand dan indonesia dan negara lain. semua ikut yang telah ada, yang datang tak boleh ikut dia tapi ikut yang telah sedia ada.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 18, 2014 at 11:41 AM

Abang Din, tumpang nak iklan jap....

http://3.bp.blogspot.com/-P0z422WiPtU/VBpK0iWpejI/AAAAAAAAfMw/hvpuBMElm2I/s1600/Untitled%2B%281%29.png

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
September 18, 2014 at 11:28 PM

1) Buku teks sejarah sekolah dulu pun ditulis oleh cina. Bertahun2 orang kita kena tipu bahawa Yap Ah Loy buka KL. Ini pasal kontrak sosial pun ceritanya seciput saja dalam buku teks sejarah. Cikgu yang rajin akan menjelaskan dengan baik kepada pelajarnya. Kalau cikgu yang malas cuma setakat itu sajalah.

2) Anak2 bangsa pendatang pula memang rajin menghafal apa saja untuk lulus peperiksaan. Jika sejarah KONTRAK SOSIAL ditulis dengan jujur dan diulas panjang lebar serta ditekankan akan pentingnya soalan2 mengenai kontrak sosial ini merupakan soalan2 wajib setiap tahun dalam kertas peperiksaan sejarah, rasanya tiada masalah untuk mereka INGAT.

Post a Comment