........... A Kadir Jasin Jual Nama Tun Mahathir ! ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

A Kadir Jasin Jual Nama Tun Mahathir ! ?

Sunday, September 28, 201413comments


Apalagi yang A Kadir Jasin tak puas hati lagi ni ? Tak habis2 lagi nak hentam Najib ? Artikel terbaru beliau telah mengundang kritikan pedas dari beberapa pihak. Mereka mempertikaikan kredibiliti dan motif beliau dalam menulis artikel itu.

Sebenarnya kritikan2 itu lah yang menarik minat saya nak baca apakebendanya yang Kadir Jasin tulis. ( KLiK )

Katanya artikel itu ditulis hasil perbincangan sekumpulan rakan2 yang terdiri dari pelbagai peringkat, dari bekas menteri hinggalah orang biasa dengan tetamu utamanya Tun Mahathir sendiri. Wow !

Kata Kadir, apa yang ditulisnya itu sebahagiannya adalah luahan Tun Mahathir.  Hmmmm .... apakata kita baca apa yang Kadir tulis mengikut pemahaman beliau apa yang Tun Mahathir cakap.

Di bawah saya prinskrin point2 menarik dari sana   -

10 - Mereka yang hipokrit dan kaki bodek harus berhenti dari terus memperbodohkan rakyat dengan berkata yang mereka hormat pada Dr Mahathir dan waktu sama mereka menyokong PM. Itu tidak menjawab persoalan yang dikemukakan oleh Dr Mahathir. Hujah zaman dah berubah juga tidak relevan kerana teguran Dr Mahathir adalah berkaitan polisi kerajaan.

11. Dr Mahathir bukannya mengharapkan respek. Beliau cuma mahu mereka ( pemimpin yang ditegur ) dengar rintihan rakyat, ubah cara mereka, kurangkan amalan korup, bekerja lebih keras dan jadikan Umno lebih kuat dan dihormati semula.


12. Ada media perdana yang mengulangi cara lama era PakLah dengan menafikan hak Dr Mahathir untuk menjawap. Satu paper milik Umno telah menulis komentar berkenaan kritikan Dr Mahathir terhadap Najib tapi bila Dr Mahathir menulis surat jawapan, paper itu tidak mahu menyiarkannya. Tindakan itu samalah seperti paper NST semasa era PakLah.

14. Dr Mahathir hairan kenapa 1MDB telah membeli beberapa IPP tua yang telah lama beroperasi padahal sekiranya kerajaan mahu menunggu beberapa tahun saja lagi, kerajaan boleh memiliki IPP tersebut secara percuma ! Ada yang tak kena di sini .....

15. Seorang eksekutif yang merupakan perintis salah satu IPP yang tidak dibeli oleh 1MDB berkata, perjanjian pembelian tenaga ( Power Purchase Agreements PPA ) adalah untuk selama 21 - 25 tahun dengan pilihan untuk tempoh lanjutan 5 tahun. Jika IPP gagal mendapatkan sambungan 5 tahun itu, IPP itu akan dipindahmilik kepada TNB dengan nilai serendah RM100 saja sebagai token/cukup syarat.

Beberapa IPP yang telah dibeli oleh 1MDB mempunyai baki perjanjian kurang dari 7 tahun. IPP itu sudah pun dapat pulangan modal dan membuat keuntungan besar. Jadi pembelian oleh 1MDB menghadiahkan keuntungan berganda diluar jangkaan !

( Hmmm .... kenapa kerajaan tidak tunggu je sampai habis kontrek ? Berapa harga yang dibeli oleh 1MDB dan apakah keuntungan pembelian itu kepada rakyat ? Apakah tarif letrik akan turun ? )




16. Apa perlunya diwujudkan 1MDB sebagai Pelabur Dana milik kerajaan bila kita sudahpun ada Khazanah ? Kenapa dana 1MDB disimpan/dilabur diluar negara ketika MIDA bekerja keras menarik pelabur asing untuk melabur dalam negara ?

Kenapa payah sangat para auditor hendak mengesah/meluluskan akaun2 1MDB jika segala urusniaga adalah telus ?



( ini saya copy dari ruangan komen oleh Kadir Jasin )
Apa yang saya risau adalah tatkala 1MDB mahu menjual sahamnya (IPO), tabung2 amanah seperti EPF, KWP, Amanah Raya Berhad, Khazanah, PNB, Tabung Haji, LTAT dan Felda yang akan dipaksa membeli saham2 itu. Kita kena pantau perkara ini dan elakkan dari berlaku. Waktu sama, 1MDB juga berkemungkinan dimiliki oleh orang asing.

5. My greatest fear is when 1MDB eventually does its IPO (selling its debts), trust agencies like EPF, KWP, Amanah Raya Berhad, Khazanah, PNB, Tabung Haji, LTAT and Felda will be forced to buy its shares. We must all watch out for this and stop it from happening. On the other hand, 1MDB may end up being owned substantially by foreigners/foreign investors.

24. Kerajaan mendakwa pertumbuhan ekonomi kita antara yang terbaik di dunia. Jika benar, kenapa hutang negara dan persendirian amat tinggi ? Kerajaan dan rakyat hidup atas hutang dan ini bukannya satu pertumbuhan yang positif.



 25. Jika benar ekonomi rancak, kenapa tidak kerajaan kurangkan hutang negara ? Jika inflasi rendah dan pendapatan isirumah meningkat, kenapa semakin kurang rakyat mampu beli rumah ? Malah bank2 pun turut menolak permohonan pinjaman rumah kos sederhana.

26. Bila kerajaan sendiri terpaksa melibatkan diri dalam projek perumahan, itu membuktikan tahap keseriusan masalah perumahan rakyat ini, tapi sehingga kini tidak ada projek kerajaan itu yang berjaya. Kedua2 Pengerusi dan CEO Perumahan Rakyat 1Malaysia ( PR1MA ) langsung tidak berpengalaman dalam sektor perumahan !



 Yang ini paling merepek sekali !

23. Dr Mahathir mendakwa prestasi Najib LEBIH TERUK dari Pak Lah. Umno menyingkirkan Paklah tapi tidak Najib. Apakah pengajarannya prestasi teruk PRU13 kepada Umno ? Di mana lapuran Post Mortemnya ? Apakah Umno sudah melakukan perubahan ? Inilah persoalan2 yang perlu dijawab oleh pemimpin2 Umno yang jujur bukannya dengan berkata, Kami respek Dr Mahathir dan kami sokong PM.


Hmmmm .... apakata kita tolak tepi dulu soal peribadi Kadir Jasin dan beri perhatian kepada apa yang ditulisnya kerana seperti kata beliau, apa yang ditulis itu merupakan hasil perbincangan bersama Tun Mahathir dan kebanyakannya adalah luahan Tun sendiri....

Share this article :

+ comments + 13 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 28, 2014 at 2:53 PM

Sudah sudahlah tu, kita dah berumur ini Insaflah. Liang lahad bertambah dekat. Janganlah ganggu DS Najib, cukup-cukuplah tu. Pak Lah tak suka, Najib tak OK, jadi siapa? Guan Eng?

Ini dah 2014, Orang Melayu tak boleh ditapak 1511 lagi. Dengki khianat tamak haloba mesti diganti dengan sikap bersyukur, berbaik sangka taat pada pemerintah. Tak payahlah panjang2 budak buat SPM pun tahu.

....................
Reply To This Comment ...................
September 28, 2014 at 3:31 PM

Rama hentak Kadir Jasin. He..he.. macam geng Umno hentak Tun M..

Di kala ini, bila sudah mencecah usia menghabiskan waktu berulang alik ke masjid, pandangan dan teguran itu biasa nya di pandang seoi. Stail Melayu sekarang. Teguran dan iktibar sejarah bukan lagi peringatan yang mesti di ikut !
Itu kenapa Melayu Umno, Pas dan Pkr tunggang langgang ! Tiada hala tuju. Negara di robek mentah tiada siapa bangkit, bertanya ingin tahu dan di susul tindakan bersepadu.

TGNA kata 'broker' itu munafik. Sebenar nya masakan dia lupa ciri2 munafik ? Mesti ada MENTOR munafik ! Munafik ini juga mensyirikkan Allah SWT. Bayangkan dosa-dosa nya.

Begitu lah persoalan artikel KadirJasin. Setakat ini Najib sibuk tidak dapat menjawab lagi... jadi kita tunggu dalam bajet kelak. Jika tidak di sentuh 1MDB, Khazanah dan kejayaan 'power point' orang kanan nya, maka Malaysia akan terjerumus jua dalam 'persepsi' yang di popularkan gah pemimpin pembangkang. Kesemua Pemimpin Parti-Parti Melayu sekarang, Munafik Besar ! Mereka lah 'Broker Besar' untuk parti masing-masing!

Tiada jawapan, kita hentak dan pancung lagi. Kita semua berhak kepada negara dan masa depan kesinambungan warisan kita. Kita secara halus di hina dan di jajah lagi.... kerja munafik mana ?

....................
Reply To This Comment ...................
September 28, 2014 at 4:19 PM

@Anonymousdan komen saudara pada point2 yang ditulis oleh Kadir Jasin ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 28, 2014 at 4:34 PM

Sekiranya apa yg ditulis atau ditegur itu adalah btl.. maka apa yg dimaksudkan dgn menganggu DS Najib?

Dan sekiranya benar apa yg ditegur itu jg bagus utk kesejahteraan melayu khususnya dan kebaikan rakyat bsama amnya.. maka, batasan umur tdk mjadi mslh utk menegur..

Namun, sekiranya apa yg ditulis dan ditegur itu adlh salah.. jadi, adalah amat penting utk empunya diri yg ditohmah atau dikritik itu utk mberi kan ulasan dan jwpan agar kepincangan dpt diselesaikan..

Jika tidak.. persepsi buruk akan terus mnjadi buruk.. dan yg akan rugi adalh umno dan melayu itu sndiri.. fikirkan..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 28, 2014 at 5:15 PM

Anon 2.53,

Sudah2 la nk bela najib. Tak payah nk risau jika najib letak jawatan PM. Ramai lg pemimpin dlm UMNO yg lebih baik dr najib. Pemimpin dtg dn pergi tetapi UMNO perlu terus wujud utk terus membela bangsa,agama dn memajukan negara.

Secara dasarnya, sy setuju dgn semua point yg ditulis oleh kadir jasin kerana ia mempunyai kaitan langsung dgn rakyat dn masa dpn negara.

Malaysia dibwh najib kelihatan tiada hala tuju. Rakyat dibawah tidak terasa pn seperti najib yg mentadbir negara kerana terlalu banyak keputusan penting berkaitan masa dpn negara diserahkan kpd pihak luar yg hanya laparkan wang semata2 tanpa mahu memikul kesan jangka panjang kpd rakyat dn negara.

Najib bukanlah seorang pemimpin yg benar2 berkaliber kerana beliau hanya bijak memindahkan masalah negara kepada pihak luar dn tidak benar2 mampu utk mencari jln penyelesaian terbaik bg setiap masalah yg timbul.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 28, 2014 at 5:16 PM

Woi pembodek shut up u!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 28, 2014 at 5:36 PM

Salam,
Ramai yg dok belasah dato akj. Semuanya kata ada kepentingan peribadi. Umur dah tua, semua kata patut pi beribadat. Semua sibuk beribadat, tapi teguran kpd kerajaan rasanya fardhu kifayah. Kalu biar ah jib gor tadbir ikut punahsihat dan konsetan, apa akan jadi pd negara? Kita yg taraf fikir dan kawan peringkat andaian, tak byk maklumat. Tp org yg cakap banyak ni ada pengaruh dan tahap berfikir yg tinggi. Akj juga penulis buku tdm, terjemahan dan byk menerbitkan buku tdm. Jd mungkin juga mereka minumkopi bersama dan sembang kosong kat mana2 kedai kopi. Ketua pondan umno pi berzumba dan lancar buku penyokong lgbt, tak ada org kisah pun nak komplen dan bising. Pandai pilih bulu *****************

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 28, 2014 at 7:08 PM

Zaman najib jd PM ni sifir dia mudah ja..pi kot mana pon, kalo xde untung lebat masuk poket dn xde merit utk politik, benda tu boleh masuk dlm muzium.

Tegur..dh tegur dh.. Baik secara berkias apatah lg sound direct.. Nasihat dn peringatan dh dh muat buku nk tulis..

Bila cakap org yg berilmu tidak diendahkan, tunggulah saat kehancuran bakal menjelma..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 28, 2014 at 7:14 PM

Ah jib sbnrnya dh tak kisah dh apa nk jd kt negara ni sbb ms dia dapat dr pak lah dulu pn negara dh hampir lunyai dikerjakan oleh menantu kesayangan dn kwn2nya di tingkat 4.

Nk repair dh teruk sgt..alang2 dh rosak ni baik kasi jahanam terus. Dh habis semua digadai nnt ah jib sekeluarga dn segala penjilat tegar akn pindah dok tempat lain. Kita rakyat biasa pandai2 la nk idup..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 28, 2014 at 7:31 PM

Saya sangat setuju dgn anon 4.34pm. Kalau kita buka minda seluas-luasnya, kita akan dapat pencerahan daripada tulisan akj. Saya dilahirkan 57 tahun yg lalu dan saya rasa apa yang di tulis akj itu trrsangat tepat.....wallahualam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 29, 2014 at 8:19 AM

Jika umur dah masuk tahap senja kerja dia diam Dan pergi masjid sahaja?wtf......kalau tak tegur ' buah hati pengarang jantung kaki pembodek' alamat di timpa bala le negara kita...Dan saya amat tertunggu2 bapa Macai dengan macai untuk menyatakan bahawa kemenangan prk p.kubur dimna undi cina dah kembali ke b.n.....haha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 29, 2014 at 9:27 PM

beribadah bukan setakat p masjid /solat/baca al quran...erti ibadah tu luas...nak marah pasaipa...dah betoikan...ubah perangai bg org tak dapat nak kritik/perlekeh...najib nak buat semcm ayahanda tm yg di kritik tp terus jln gak kew..antara ayahanda tm n najib jauh langgit dr bumi...ayahanda tm terus jalan hasil kababoooooomsz jauuuuuh kedepan boleh pakai...najib.......jauuuuuuuh kebelakang undur mcm sepetol rosak kot bleh nembak lawan ghupernyer sendiri mati negara hancur....huh...

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
September 29, 2014 at 9:49 PM

Pelik bin ajaib kerana sehingga hari ini Najib masih tidak menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh Tun Dr Mahathir yang juga mewakili rakyat keseluruhannya. Apa yang ada ialah kritikan oleh balaci2nya.

Jika tiada kesalahan maka semuanya perlu dijawab satu per satu dengan bukti yang jelas supaya semua orang berpuashati.

Ah Jib Gor, kami semua menanti jawapanmu...

Post a Comment