........... Umno Kena Ubah Dan Terima Hakikat Yang Umno Kini Adalah Underdog ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Umno Kena Ubah Dan Terima Hakikat Yang Umno Kini Adalah Underdog !

Saturday, August 23, 201444comments

Artikel kali ini pasti akan mendapat kecaman dari orang Umno ... cuma saya harap anda faham mesej yang cuba saya sampaikan. 

Ramai kekawan blogger yang dah siarkan gambar seperti di bawah yang diambil ketika Kongres Keadilan yang sedang berlangsung ketika ini. 

Standardlah jika diketawakan kelompongan yang begitu ketara bagi sebuah parti yang mendakwa gah mendapat sokongan rakyat. Kalau ahli sendiri tak layan, apa lagi rakyat .... kan ?


Cuba perhatikan sokongan dari ahli Umno masa sambutan ulangtahun Umno 2 tahun lepas..... 1 juta tuh !


Hahahahahaha .... ada hati nak lawan Umno ....

Cuma saya teramat hairan ..... kenapa BN hanya mampu tarik 48% saja undi majoriti walaupun mendapat sokongan padu dari ahlinya yang lebih 3 juta orang ?

Sebab itu sampai sekarang pemimpin2 Umno susah untuk menerima kenyataan yang majoriti rakyat telah menolak Umno. Lepas sorang2 tampil dengan kenyataan betapa Umno semakin kuat dengan menjadikan keputusan PRU13 di mana Umno telah menambah kerusi sebagai bukti.

Hakikat yang Umno menang atas dasar ehsan orang Melayu langsung ditolak mentah2 oleh pemimpin Umno ! Tidak ada pemimpin Umno yang mahu mengaku hakikat itu.

Semua perasan dan akan terus perasan ....

Apa salahnya merendah diri ? Apa salahnya mengaku yang Umno telah ditolak oleh majoriti rakyat Malaysia ?

Bukan maksud saya sebagai mengaku kalah tapi supaya dapat dijadikan satu titik permulaan kepada perjuangan baru Umno untuk mendapatkan semula kepercayaan rakyat terutamanya orang Melayu !

Buang sikap perasan besar itu, ganti dengan sikap rendah diri dan mulakan dengan pengakuan diri bahawa Umno buat pertama kali dalam sejarahnya sudah menjadi UNDERDOG.

Dari situlah akan datang semangat yang lebih kuat untuk bekerja dan mendampingi rakyat .... saya percaya rakyat akan dapat merasa keikhlasan Umno dan kembali menyokong.

Tapi apakah itu yang dapat kita lihat ketika ini ? 

Apakah Umno ada menunjukkan sikap rendah diri dan keinsafan itu setahun selepas hilang majoriti undi rakyat ?

Ya, tidak salah diulang2 selalu angka 48% undi minoriti itu supaya timbul kesedaran dihati pemimpin2 Umno. Macamana nak sedar kalau terus perasan bagus !

Dan supaya Umno terima hakikat yang mereka kini adalah UNDERDOG !

Share this article :

+ comments + 44 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 23, 2014 at 2:59 PM

UMNO still in hibernation . They are dreaming that they will rule Malaysia until the end of the world .
So UMNO WAKE UP NOW. Remember if you WAKE UP after PRU 14 youl will be leader of the opposition .
GOT IT ? Comprande ?

....................
Reply To This Comment ...................
August 23, 2014 at 3:46 PM

Selagi pemimpin Umno bersikap dayus dan besar diri dan tidak penting bangsa sendiri yang mengundikan mereka, diakhir nanti akan kecundang juga.

Sebelum kecundang baik sedarkan diri dulu. Tolong jangan gadaikan bangsa melayu. Melayu tak akan hilang didunia hanya pemimpin tersebut akan hilang namanya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 23, 2014 at 3:51 PM

Tu pasal pemimpin UMNO masih tak serik-serik. Ingat lagi tak kat satu bangsa yang kerapkali datang memeriahkan majlis PM sambil pegang banner "I Love PM". Diaorang datang berpuluh-puluh ribu orang beb yang kononnya menggambarkan itulah sokongan yang bakal diterima dalam PRU13. Alih-alih jatuh terduduk Najib, bila dikenakan oleh bangsa ni. Tak sangka yang diaorang ni kuat main wayang. Hakikatnya, yang datang berpuluh-puluh ribu dalam setiap majlis pemimpin UMNO, hanyalah kosmetik semata-mata. Pemimpin UMNO dibuai dengan lagu yang indah-indah oleh orang sekeliling kononnya sokongan semakin bertambah. Walhal, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Sebab itulah pemimpin UMNO kena turun padang. Jenguk akar umbi dan nilai sendiri sejauhmana sokongan yang diterima. Bukan sekadar menerima bulat-bulat khabar yang indah-indah dari orang kanan yang seringkali suka menyorok fakta sebenar.

Najib sebenarnya bijak berfikir. Sebab itulah dalam insiden MH17, beliau dapat menanganinya dengan baik dan berkesan kerana ini adalah kali pertama beliau bertindak tanpa merujuk kepada penasihat. Najib yang macam inilah yang kita mahukan. Kita tidak perlukan Najib yang sekadar membuat pengumuman setiap kali penasihat mengemukakan idea-idea baru. Cukup-cukuplah dengan slogan transformasi, liberalisasi, rasionalisasi dan apa jua idea yang dah basi. Kita perlukan idea segar lagi original yang datang dari otak Najib sendiri. Barulah sokongan akan kembali 100% kepada Najib.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 23, 2014 at 4:05 PM

Memang POWER bro ! hanya kita harap pemimpin umno mahu berfikiran terbuka dan menerima teguran seperti ini dengan lapang dada. Fahamilah yang teguran dari orang seperti bro hanya berniat baik demi bangsa dan Umno itu sendiri. belon kalau kita tiup angin tak putus, lama kelamaan akan pecah. tapi pemimpin umno bila ditiup puji-pujian dan bodek memanjang tanpa henti makin berkembang pulak dia ! tak reti2 nak meletup !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 23, 2014 at 4:06 PM

Org undi pakatan bukan sbb suka kat pakatan tp sbb tak suka kat UMNO.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 23, 2014 at 4:49 PM

Umno perlukan menjauhkan diri dari ngo2 fanatik yang memberi kesan negatve terhadap paty

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 23, 2014 at 5:29 PM

Bukan Umno yg bermimpi,tapi orang Melayu yg bermimpi ,bermimpi kerajaan akan terus mengutamakan mereka memberi kuota dan subsidi pada mereka.Itu sebabnya orang Melayu itu terus-terusan menuntut di balas budi undi mereka.Anihnya orang Melayu ini bukan orang kampung yg memang perlu di bantu,tapi mereka dari gulungan yg merasa diri mereka bijak menguasai alam siber,juga mereka yg menamakan diri mereka usahawan.

Jurucakap mereka sudah pun menarik sokongan,kononya demi rakyat,tapi menganggap BR1M bukan hak rakyat.Yang ini pun kuat mimpinya ,kerana menyangka dunia masih di takuk lama,ISA boleh di implemtasikan sesuka hati dan perlu di adakan semula.Dia juga bermimpin,rayat baru saja membeci rasuah ,kronisma,nepotisma hanya baru sekarang,tidak pernah ada kebencian rakyat mengenainya,kerana dizamananya cukup bersih dari itu semua.Begitu jugalah degn kemerosotan sokongan rakayat ianya juga hanya berlaku sekarang, PRU terakhir di zamannya iaitu PRU1999 Umno/BN menang cemerlang.

Mimpinya yg paling dahsyat ,ialah ekonomi Malaysia jatuh teruk kerana pengurusan yg tidak cemerlang,kemerosotan yg lebih teruk dari apa yg di alami di zamannya.Walau pun ekonomi negara sebenarnya terus mengalami pertumbuh di kala ekonomi dunia lain mengalami kemerosotan.

Belaiu juga sedang bermimpi,tokey-tokey yg dianugrah perojek mewah di zamannya terus saja membalas budi Umno/BN,walau pun mereka sudah mencurahkan ratusa juta utk parti Anwar.Itu sebebnya BR1M tidak patut di laksankan tapi yg lebih baik ialah mengagih-agihkan projek mega utk mengembangkan ekonomi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 23, 2014 at 5:37 PM

salam bro,
masa awal bacaan blog penyokong ah jib gor, memang rasa hebat umno ni. mungkin dah pulih kot. tapi bila undian, dapati undi masih kalah lagi. menang kat teluk intan tu dah pasti pulih ke? ni satu lagi prk. mungkin ada pulak prn, pasti ker pengundi yang bukan ahli umno akan sokong? ahli umno sokong pemimpin dia ajer, iaitu pemimpin yang dipilih jadi calon. kalu bukan pemimpin dia jadi calon, ramai gak yg undi protes, marah tak dapat jadi calon.

tang ulasan ramai orang semasa ceramah bn dan tiada pendengar di ceramah lawan buat ah jib gor syiok sendiri. tapi bila kiraan undi tak cermin langsung keadaan semasa di tempat kempen. tapi mungkin analisis orang keliling yang buat ah jib gor sedap hati dan tak perlu bangun tidur. ah jib gor hanya ketar bila pru tahun 1999 dia hampir kalah. tu pun bukan silap dia tapi salah tdm kerana pecat bang non.

harap, mt umno ada yang kritikal dan tak kisah hilang pengaruh, hilang kawan dan hilang peluang kerana agama, bangsa dan negara didahulukan, daripada pemimpin. tak boleh dah pegang tali ah jib gor. ah jib gor main selamat untuk diri sendiri jer. tak selamat untuk orang lain.

....................
Reply To This Comment ...................
August 23, 2014 at 6:47 PM

kalau tak suka UMNO pun takpayah le undi PR...atau tak payah mengundi terus..yg tak cerdik je undi PKR sebab tak suka UMNO..last2 result? PR lagi baguih ka? ada akal guna la..kadang2 kita terpaksa pilih mudarat kecil berbanding mudarat yg lagi besar...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 23, 2014 at 7:04 PM

Ketua2 gerombolan Umno kebanyakannya dah sombong dan berlagak kerana telah banyak harta. Org Melayu mereka ingat akan terus menyokong kerana konon Umnolah saja parti yg membela nasib Melayu. Umno perlu diajar oleh org Melayu. Saya dan keluarga saya akan mulakan...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 23, 2014 at 7:13 PM

Saya tak nampak usaha BN untuk merampas kembali negeri2 yang dikuasai PR. Kenapa ye?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 23, 2014 at 7:16 PM

Dalam bab ini memang UMNO perlukan perubahan SEGERA. Walaupun ada parti pembangkang yang merudum sekarang jangan ingat ini memihak kepada UMNO/BN. Ini politik. Arus politik bolih berubah dalam sekelip mata.

Didapati UMNO sangat ketandusan idea baru untuk menarik sokongan rakyat. Tekanan dari hasil putar belit pihak lawan mengambarkan BN berada dalam kancah menipu rakyat dengan jatuhnya harga komoditi dan melonjaknya harga barang makanan dan keperluan harian.

Bangun dan bantu rakyat atau lakukan sesuatu untuk keluar dari kemelut yang melanda ini. Kemelut ini terjadi bukan cara sengaja tetapi pasti ada dalang yang merancangkanya.

Kerajaan jangan tidak ambil peduli apa yang rakyat tahu dan sering merungut hal2 melibatkan perbelanjaan wang yang banyak olih agensi kerajaan. Juga kemewahan orang atasan bila sudah bersara dengan menjawat bermacam2 jawatan di agensi2 kerajaan . Sudah bersara tu bersaralah macam persara bawahan ...makan duit pencen sudahlah ....apa perlu membebankan agensi lain pula.

Inilah yang UMNO perlulu fikirkan. Jangan jadikan kerajaan itu sandaran kewangan sampai masuk liang lahat. Atau kalau nak buat suatu perusahan pun jangan jadikan kerajaan sebagai kabing hitam ...syarikat engkau tetap untung sampai bila pun. Engkau rugi aku tolong.

Rungutan ini untuk keentingan UMNO juga. Kami bukan suka UMNO kerana corak yang ada sekarang tetapi kerana dasar perjuangan asal yang masih lagi dipertahankan.

Cubalah berubah. Rakyat melihat segalanya kerana rakyat tidak lagi tinggal dalm gua batu tetapi dalam rumah batu yang dipenuhi lengkapan media terkini. Berita dihujung jari.

....................
Reply To This Comment ...................
August 23, 2014 at 7:33 PM

@Anonymous ? ? Masalah Umno adalah dalaman. Kalau Umno kuat, segala ngo itu tidak relevan

....................
Reply To This Comment ...................
August 23, 2014 at 7:34 PM

@Anonymous ? melalut ? bagaimana saudara terjemah 48% itu ?

Umno masih kuat ?

....................
Reply To This Comment ...................
August 23, 2014 at 7:37 PM

@akuPRU lambat lagi ... masa ini lah nak tegur secara direct dan keras. Atau kita selamanya dan sentiasa dalam mood PRU, kena jaga hati ?

Sampai bila nak pilih mudarat yang lagi kecil ?

....................
Reply To This Comment ...................
August 23, 2014 at 7:38 PM

@Anonymoussampai bila Umno nak bergantung pada nostalgia ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 23, 2014 at 9:11 PM

Hakikat yang harus diakui ialah hadirin yang ramai dalam majlis tidak mencerminkan undian sebenar yang bakal diterima. Biarlah yang datang tu sikit tapi yang mengundinya ramai. Daripada yang datang ramai, tapi yang mengundi sikit.

....................
Reply To This Comment ...................
August 23, 2014 at 9:28 PM

@Anonymoussaya lihat senario di atas lebih kepada - Pkr memang tak ramai yang sokong ( berbanding Pas yang ahlinya fanatik ) tapi PR menang lebih undi kerana faktor ABU.

Mujur Umno diselamatkan oleh orang Melayu atas pagar ...

Tapi adakah Umno sendiri ikut slogan Kenang Budi yang dilaungkannya sebelum ini ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 23, 2014 at 10:58 PM

48% kita cakap psl bn..mmg betul sbb mca dan mic totally wipe out..undi umno meningkat..kalau nak ikutkan mca n mic yg kalah teruk..kerusi parlimen n dun umno meningkat..rumusanya bukan silap umno..silap cina mca dan india mic..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 23, 2014 at 11:44 PM

selain faktor ABU ada satu faktor lain yang mentebabkan pengundi melayu sokong PR .. iaitu teori RAHMAN..diorang beranggapan bahawa najib bakal jadi PM terakhir dari UMNO..

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
August 23, 2014 at 11:58 PM

"pergi mampos dengan pandangan rakyat marhaen ? najib pemimpin terhebat ?"

http://bidaman.blogspot.com/2014/08/lu-kena-ikut-cakap-gua-kalau-tak-nak.html

....................
Reply To This Comment ...................
August 24, 2014 at 1:04 AM

@PakKadukMenarik ! terutama komen2 yang menjawab artikel :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2014 at 3:56 AM

Mengikut analisis statistik di blog Helen Ang, daripada 48% undi memihak kepada BN, cuma 3% saja daripada Cina. Dan daripada baki 45% undi Melayu/Bumiputera/India/Lain-Lain tu, 80% adalah dari kawasan luar bandar.

Jadi kerajaan Najib sepatutnya bijak dalam memastikan Melayu luar bandar terus diperkukuhkan dan dijaga, dan kaum Bumiputera di Sarawak dihargai dengan memberikan jawatan Menteri Pengangkutan, sebab mereka + Melayu Semenanjung yang memenangkan BN, bukan Cina.

Tapi UMNO sekarang ni bingai. Yang dikendung sengaja dicicirkan sebab nak kejar yang 52% yang berada di bandar. Walhal terang-terang Cina sekarang takkan balik kepada BN lagi. Kalau dapat menang balikpun, mereka cuma 25% saja, total. Kan ke lebih bijak kalau Najib sasarkan kepada memenangi 100% hati Melayu luar bandar dan kaum Bumi Sarawak yang membawa undi 45% tu? Kemudian menangkan pula hati kaum Melayu urban. Setel.

Cina nak datang balik atau tidak, biar mereka sendiri yang decide. Tapi kalau dah 97% menentang BN masih juga dapat kerusi Menteri, apa insentif mereka nak berpatah balik? Sepak bontot PM pun PM masih akan tersengih dan terhegeh-hegeh derma RM2 juta setiap sekolah Cina. Sekolah ugama cuma dapat RM200,000.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2014 at 7:12 AM

ada anonymous sasau penjilat ah jib gor melalut dalam komen. dia dibayar oleh punahsihat kut.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2014 at 10:32 AM

Najib patut mengambil iktibar daripada 2 pepatah Melayu
1. Mendukung biawak hidup
2. Melepas anjing tersepit
Olah-olahkan pepatah ini dan perbetulkan keadaan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2014 at 11:12 AM

@Anonymous

Jangan salah petik Helen Ang.

Dia selalu kata 10 peratus Cina menyokong BN.

....................
Reply To This Comment ...................
August 24, 2014 at 11:29 AM

Terlalu benar penilaian saudara...semoga ianya menjadi iktibar kepada semua orang Melayu Islam yang ditakdirkan membaca pos ini...InsyaAllah...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2014 at 11:54 AM

Cadangan2 di atas semuanya bernas dan harus di gunapakai oleh UMNO.Tapi sayang seribu kali sayang,Presiden UMNO sekarang dikeliliNgi oleh punasihat2 yang syok sendiri dan Presiden pun bingai percaya kat semua mimpi indah itu. Lebih baik kita pecat Najib sebelum UMNO tersungkur sebab kita sayangkan UMNO. Pemimpin macam Najib bukan saja INCOMPETENT tapi perlu diTONG SAMPAHKAN.

....................
Reply To This Comment ...................
papabear
August 24, 2014 at 12:11 PM

Adakah dgn gantikan najib masalah ni akan selesai? ... aku rasa masalah ni jadi apabila nafsu rakyat sendiri yg makin berkembang ... dulu cuma perlu infra yg bagus sahaja tapi sekarang nafsunya semakin tak puas ... percayalah jika anwar naik sekali pun dia akan bertahan tak sampai satu penggal je kerana nafsu rakyat yg tak terkawal ... jika dulu ahli pas sangat taat pada partinya .. sekarang ahli sendiri yg berperangai mengalahkan menteri umno.. jadi kita perlu faham dan fikirkan apa yg dapat mengekang/memuaskan nafsu rakyat sendiri ... umno dgn formula $$$ nya atau PR dengan menjual mimpi ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2014 at 12:29 PM

Umno kuat, sekiranya mempunyai 133 kerusi parlimen .Bukan 88 kerusi parlimen.Dengan 88 kerusi parlimen,umno tidak dapat membentuk kerajaan secara sendirian, kecuali gabungan parti lain di dalam BN.Adaikata berlakunya rasa patah hati,merajuk,ugut,ada offer dari pehak luar di dalam gabungan,kos dan risikonya sangat tinggi.Negeri2 kaya telahpun di tawan oleh pembangkang.Negeri2 ke arah membina kekayaan sedang berjalan lancar.Sepatutnya,negeri2 tersebut,adalah hak milik kekal kerajaan BN.Ini ada agenda dan usaha keras dan perjuangan politik BN terdahulu.Landasan sebegini,baik untuk menbantu negeri yang terlalu lama di bawah pemerintahan pembangkang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2014 at 12:40 PM

3 juta ahli UMNO berpa % berdaftar sebagai Pemilih dan berapa % dari pemilih berdagtar ni keluar mengundi dam berapa % dari yang mengundi ni undi BN?

....................
Reply To This Comment ...................
August 24, 2014 at 9:53 PM

Din 48 peratus undi kurang di sebabkan tsunami undi cina kalu u baca Helan Ang blog dia hentam J-Star rapat selang seminggu dah jadi kemestian takan u nak hentam Utusan saja-saja kut cuba pikiak mai sat kat mamak Utusan dah buat sehabis baguih tapi sayang pembaca u tak dak cina hang tulis lah dalam bahasa orang putih campok pi la apa salah hai

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2014 at 10:09 PM

Yang berdaftar dengan SPR 13.27 juta.Masa PRU 13,yang keluar pergi mengundi 11.26 juta.BN memperolehi 5.24 juta undi.PR perolehi 5.5 juta undi.Kemenangan bukan di kira sebagai undi popular,maka BN menang lebih jumlah kerusi parlimen.Tambahan pengundi muda untuk PRU 14 ntah berapa agaknya.Tak ape.Masa tu ketua umum sedang bersiul utk menghiburkan hati..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 25, 2014 at 8:35 AM

melihat response kerajaan terutamanya barisan najib dan akhbar utama org2 melayu dptlah disimpulkan:

muhidin sekali lagi memberi isyarat tidak mahu mencabar najib (utusan hari ini)

kenyataan najib - masih mempertahankan tidakan dia sebagai tidak popular tetapi penting.
masih mengungkit angka defisit dan sebagainya. apa dia lupa adalah rakyat tidak peduli semua tu kalau harga brg keperluan semuanya meningkat tetapi gaji tidak. hakikatnya kuasa membeli amat terhad.

adakah akhbar utusan masih lagi memperjuangkan agenda melayu? nampaknya segala tindakan liberal najib langsung tidak diungkit. langsung tidak disuarakan kebimbangan.
padahal ketika result pru13 comment pedas nukilan penulis tentang najib yg lebih mensusukan kera dari bangsa sendiri disiarkan. kenapa hari ni berubah pendirian terus.

nampaknya semua berpakat melindungi najib. org melayu seolah2 kehilangan suara dan hanya tinggal tun sahaja yg sanggup menyuarakan suara kita semua.

sama ada sudah lama pengkhianat bangsa bertapak dlm media kita atau kita semua sudah longgar jati diri maka apa saja berlaku biarkan saja.

hari ini saya sedar yg akhbar kita tidak lagi memperjuangkan bangsa sebaliknya memperjuangkan pemimpin. nampaknya tidak seperti org cina yg lebih menjaga bangsa dr pemimpin mereka kita sekali lagi gagal.

nah apa tunggu lagi. kita perlukan pentas baru utk org2 melayu!


melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
August 25, 2014 at 4:50 PM

Sebagai tanda protes apa kata PRK Pengkalan Kubur nanti kita lepaskan kemenangan kepada pihak lawan...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 25, 2014 at 5:32 PM

brader DT

Pengomen 5.29 jg sdg bermimpi...dia mgkn belum sedar bahawa UMNO dh nk mampus...terutama dalam bila UMNO dalam genggaman kepimpinan sekarang...

Percayalah...jika kepimpinan sekarang tidak berubah pendekatan maka tiba PRU 14...berkubur lah UMNO dengan presiden nya sekali.

Orang Melayu sedang memerhati...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 25, 2014 at 6:11 PM

@Anonymous

Cina cuma 25% rakyat Malaysia hari ini. 10% daripada 25% = 2.5% total rakyat Malaysia. Jadi betul la cuma 3% rakyat Malaysia berbangsa Cina menyokong BN.

....................
Reply To This Comment ...................
August 25, 2014 at 7:07 PM

Adakah dengan menukar pemimpin menyelesaikan masalah kita?

Tun Mahathir sendiri pun pernah diminta menukar pekerjanya, Tun bertanya mana tahu yang pekerja yang baru lebih baik?

Bukankah dalam Islam kita diperintahkan taat kepada pemimpin? Apa yang Najib dah buat sampai kita tak perlu taat dan nak tukar pemimpin?

Adakah kita terlalu bergantung kepada pemimpin. Pemimpin hendaklah sehebat Mahathir? Adakah kita dengan mudah dapat pemimpin seperti itu?

Akhirnya semua kembali kepada diri kita sendiri, umat Melayu itu sendiri perlu berubah. Kalau Ummat itu kuat, taklah perlu sangat bergantung kepada pemimpin.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 26, 2014 at 12:32 AM

UMNO dah takde roh lagi setelah generasi baru kepimpinan mengambil alih...last sekali Tun M sebagai penutup kepada legasi negarawan2 yg menerapkan semangat perjuangan bangsa. Selepas itu hanya la politik cari makan melalui penjenamaan semula UMNO konon atas dasar peredaran zaman. Kalau la diperhatikan roh melayu dlm pimpinan tertinggi UMNO, tidak kelihatan aura perjuangan melayu lagi. Setiap muka2 yg duduk kt pentas tu seolah2 mcm main wayang opera utk menyakinkan org2 melayu yg diorang masih ada roh perjuangan melayu tanpa sedikit pon menyedari bahawa roh itu bukan boleh dipaksa atau cuba dikelentong dikalangan melayu tetapi ia adalah perasaan yg pasti akan wujud dihati dgn hanya melihat aura2 pemimpin tersebut seperti zaman Tun M pada setiap kali persidangan...terasa semangat nak majukan diri meluap2 di dada...Malaysia boleh! Melayu boleh! Rakyat menolak UMNO sebab roh melayu dah mmg tak wujud lagi...nak percaya pada segolongan pemimpin elit tu mmg jauh sekali laa..setakat terlalak menjerit masa berucap dah tak laku lagi....Tun M menegur keras pon bukannya ada nak dgr malah kutuk lagi ada laa...wang adalah segalanya skrg nie...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 26, 2014 at 7:58 AM

bro din,

perhatikan juga perkasa? di mana mereka? sepatutnya mereka follow up dgn teguran tun. hanya isma yg menyahut.

betul kata org kwn ketika senang mmg semua ada tp bila dlm keadaan susah hanya kwn yg sebenar saja akan sokong.

nampaknya ngo2 melayu semua pn tidak boleh diharap. barangkali lebih menyedapkan hati berkata x patut teguran tun secara terbuka.

xpe kami pemerhati kini dh faham tindak tanduk mereka. sekarang kita tau yg mana benar2 ikhlas.

saya harap isma akan bertanding menjadi parti. sekiranya tidak ada parti baru, maka saya tidak akan mengundi.


melayu hampa.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
August 27, 2014 at 1:26 AM

@Anonymous

Tuan Melayu Hampa,

Perkasa ada bersuara sebenarnya...

http://irwanfahmi.blogspot.com/2014/08/sudah-sudahlah.html

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 27, 2014 at 7:39 AM

@PakKaduk

ada tp maksud saya mcm nk x hendak. tiada siapa pn yg betul2 mengangkat kritikan tun kecuali blogger2 yg kuat mengkritik najib.

itu pn tarikh baru semalam post perkasa..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 27, 2014 at 8:08 PM

UMNO perlu perubahan dan membuang pemimpin yang menjadi gunting di dalam lipatan atau duri dalam daging dengan merosakkan agenda memperkasakan penjuangan melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 29, 2014 at 1:00 PM

sesiapa ada komen or pandangan najib atas perkara ini

Post a Comment