........... Tun Mahathir - Ruginya Kita Jika Tidak Mampu Menilai Teguran Tun.... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Tun Mahathir - Ruginya Kita Jika Tidak Mampu Menilai Teguran Tun....

Saturday, August 30, 201435comments



Sebahagian besar dan majoriti rakyat Malaysia membesar dengan melihat era kepimpinan Tun Dr Mahathir. Legasi pemerintahannya menyumbang kesan yang sangat hebat kepada era permodenan pentadbiran negara dan tamadun bangsa. Beliau dilihat begitu gigih dalam segala perancangan dan tindakan menjayakan agenda kejayaan bangsa Melayu dan negara Malaysia dengan cemerlang. 

Semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum menumpang tuah di atas usaha kerasnya membentuk pencapaian negara selama 22 tahun. Perdana Menteri selepasnya menerima 'dulang emas' sebuah kerajaan yang hampir berjaya. 

Tun Dr Mahathir pernah berkata untuk tidak campurtangan atau menganggu pentadbiran negara selepas bersara. Namun naluri seorang negarawan bukan seperti seorang persara kerajaan biasa. Di tengah kemelut Kerajaan Negeri Selangor, Tun Dr Mahathir memilih untuk menerjah serangan terbuka terhadap Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib Tun Hj Abd Razak. 

Serangan Tun Dr Mahthir kali ini tidak berani diulas secara semberono oleh penasihat dan orang sekelilingnya. Bimbang kesan yang lebih besar melanda maka pendekatan hikmah dan tenang cuba diguna. 

Dan jawapan dari YAB Perdana Menteri juga dilihat cuma memindahkan isu ini kepada tanggungjawab UMNO, sedangkan Tun Mahathir secara jelas menegur 'dasar Najib dan beberapa tindakannya'. 

Bagi penulis, bila Tun Mahathir bersuara, pasti ada yang tak kena. Jika Tun Mahathir berkata, akan ada yang terasa. Seandainya Tun Mahathir mengkritik, sudah pasti untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.

Pemikiran dan tindakan beliau amat sukar dibaca hingga kesan segala ucapannya dan mata penanya sering mengemparkan rakyat Malaysia. Coretan Tun Dr Mahathir membuka cerita baru yang mengundah-gulanakan memanda Perdana Menteri dan barisan kepimpinan negara. Dalam keadaan sebenar, kocakan dan hentaman Tun Dr Mahathir memberikan kesan sangat besar kepada DS Najib yang kelihatan lemah dan amat tak bermaya. 

Sudah terlalu lama Tun Dr Mahathir memendam rasa kecewa. Seingat penulis ketika pertemuan tertutup selama lebih 2 jam pada 29 November 2011 di tingkat 86 KLCC, Tun Dr Mahathir telah mengulas tentang kepimpinan DS Najib apabila ditanya Kelab Che Det (KCD). Rahsia perbincangan ketika itu tidak pernah dibuka kepada umum dan intipati sebahagian jawapan Tun Dr Mahathir pada hari itu telah diluahkan secara jelas dalam blognya baru-baru ini.


Mahathir & Mukhriz


Penulis terbaca kata-kata nakal yang menyindir Tun Dr Mahathir kononnya kecewa apabila anaknya Mukhriz tidak mendapat kedudukan dalam UMNO lalu memilih untuk menyerang memanda Perdana Menteri. Bagi yang belum cukup mengenalinya pasti mencari-cari sebab untuk menghentam beliau. 

Penulis sendiri penah bertanya isu ciri kepimpinan Mukhriz yang tidak selari dengan gaya Tun Dr Mahathir ketika pertemuan di KLCC tersebut. Tun tidak berminat mencampuri urusan politik anaknya dan mahukan Mukhriz belajar sendiri sepak terajang politik. 

‘Kalau dia datang minta nasihat, saya bagilah nasihat’ itulah jawapan Tun Dr Mahathir kepada kami. 

Jika Tun Dr Mahathir mahu menjaga periuk nasi politik Mukhriz sudah tentu tindakan yang paling baik adalah mendiamkan diri dan tidak membuat komen terhadap memanda Perdana Menteri. Malah jika Tun berhasrat membina kekuatan Mukhriz, sudah pasti ditempatkan lebih awal dalam kepimpinan negara seperti yang dilakukan olah ramai pemimpin negara dan dunia hari ini.

Tun Dr Mahathir bukan boleh dibeli dengan sogokan jawatan untuk anaknya atau memakan umpan semudah itu. Beliau berani bersuara kerana kebenaran dan tidak bimbangkan sesiapa. Seorang pemimpin harus berani membuat keputusan yang tegas tanpa bergantung kepada orang sekelilingnya. 

Pemimpin yang terlalu banyak bergantung kepada sokongan tanpa kekuatan diri sendiri akan kelihatan lemah dan tidak berwibawa. Tun Dr Mahathir telah membuktikannya dengan rekod yang cemerlang, dan kerana sikap itulah negara Malaysia masih selamat dan aman makmur sehingga hari ini.


Dulu lain sekarang lain

Lihatlah kegagalan penguatkuasa dalam menguruskan kebiadapan di laman sosial oleh dasar baru yang sangat liberal dan terlalu terbuka. Apakah kita mahu melihat tercetus huru hara seperti tragedi 13 Mei sekali lagi?. Sedarkah memanda Perdana Menteri akan ancaman api perkauman yang semakin tidak dapat dikawal akibat dasar keterbukaan yang mengundang bahaya.

Ada pula yang menyatakan berkata zaman sudah jauh berbeza. Biarkanlah PM DS Najib mentadbir mengikut acuan dan citarasanya. Penulis mempunyai sisi pandangan sebaliknya. Analogi mudah untuk difikirkan: Sebuah rumah yang telah didirikan oleh si ayah diserahkan kepada anaknya yang dicintai. Lalu si ayah yang masih bertenaga kekal tinggal bersama. Bezanya cuma pencari nafkah dan pengurus hal kekeluargaan adalah anaknya. Apakah perasaan si ayah apabila anaknya mengubahsuai rumah kediaman tersebut tanpa melibatkan langsung pandangan bapanya yang dianggap sudah tidak mempunyai citarasa. Jika mahu melakukan dekorasi sekali pun, kekalkan apa yang sedia ada.

Letakkan diri kita sebagai bapa dan fikirlah dengan rasional apakah perasaan kita kelak.

Kontasi ini jika diletakkan dalam situasi negara Singapura adalah amat berbeza. Dari kepimpinan Goh Chok Tong hingga Lee Hsien Loong, mereka meneruskan agenda Lee Kuan Yew tanpa banyak mengubah dasar negara. Malah undang-undang yang dilaksanakan oleh Lee Kuan Yew masih kekal relevan di Singapura. Ceduklah kebaikan dan kejayaan mereka membina negara. Dalam persoalan ini mengapa memanda PM tidak berkiblatkan Singapura untuk membina agenda bangsa yang lebih berjaya.


Ketika era Tun Dr Mahathir, beliau menjadikan Singapura sebagai jiran yang tidak langsung diberikan ‘muka’. Tun Dr Mahathir sangat tegas melayan Singapura dan ianya terkandung di dalam buku Doktor Umum ’Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad’. 

Ketika zaman Pak Lah, sikapnya yang lembut dan beralah menyebabkan beliau kalah. Manakala di zaman DS Najib pula, kemesraan yang ditonjolkan kelihatan sangat luarbiasa dan layan yang diberikan kepada Singapura terlalu istimewa.

Kedatangan Obama yang menyaksikan PM bersama Presiden USA itu di dalam kereta khasnya menimbulkan suatu perasaan kurang selesa. Malah penulis juga kurang gembira bila melihat gambar-gambar di media sosial hubungan Malaysia- Singapura yangb akhir-akhir ini semakin ketara baiknya. Jika hubungan ini amat diperlukan, kita patut mengambil pendekatan meniru kebanyakkan sistem bernegara yang menjamin kemajuan dan kejayaan Singapura. 

Sebagai contoh PLKN di Malaysia sepatutnya digantikan dengan Sistem Kerahan Tenaga. Begitu juga dengan sistem satu aliran pendidikan dan pemberhentian bantuan kepada sekolah verikular yang sangat jelas menghalang perpaduan kaum. 

Memanda Perdana Menteri perlu berani dalam soal ini sementara masih berkuasa walaupun keputusan ini tidak popular dan menjejaskan undi kaum cina. Ketegasan Singapura dalam isu penguatkuasaan mereka sepatutnya sudah lama dipraktikkan di Malaysia. Jika Tun Dr Mahathir telah mengisi segala insfrasuktur, maka agenda memanda Perdana Menteri ada membetulkan minda warga Malaysia kepeda pemikiran tahap dunia. Justeru itu ‘cara Singapura’ mentarbiah rakyatnya boleh dipelajari untuk pembangunan negara bangsa yang berjaya.


Ketam mengajar anaknya

Slogan ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’ masih belum dapat dihadamkan oleh pegawai tertinggi juga penjawat awam. Dalam isu ini penulis ingin berkongsi pengalaman berurusan secara rasmi melalui surat kepada Ketua Setiausaha Negara, juga KSU sebuah kementerian dan Ketua Pengarahnya melalui surat secara berdaftar. Isunya adalah sangat penting tetapi pihak berkenaan tidak menjawab surat berkenaan sehingga hari ini. Jika perkara sekecil dan semudah menjawab surat pun gagal dilaksanakan oleh pentadbiran Perdana Menteri maka agak sukar untuk kita berbicara perkara yang lebih besar lagi. 

Ketika zaman Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, penulis pernah beberapa kali mengutus surat, alhamdulilah semuanya mendapat maklumbalas segera dan dijawap oleh mereka. Sebaliknya bermula era Pak Lah hingga Dato Seri Najib penulis melihat kelemahan demi kelemahan yang tidak langsung dipedulikan dan diambil perhatikan. Bagaimana acuan,,begitulah kuihnya.

Kecelaruan konsep 1 Malaysia hingga asas perlembagaan disalahtafsir mengwujudkan kesan perkauman yang semakin menebal. BR1M pula merupakan satu pemikiran ke belakang yang akan megwujudkan lebih ramai rakyat Malaysia yang malas berusaha. 

Penulis melihat bukti ramai orang Melayu belajar menipu untuk melayakkan mereka menerima BR1M. Di kampung-kampung ada peraih getah dan mereka yang mempunyai berpuluh ekar tanah tanah menadah tangan meminta sedekah dari Kerajaan Malaysia. BR1M mematikan semangat persaingan untuk mendapat pendapatan yang lebih tinggi dan akan terus melemahkan daya saing bangsa Melayu untuk maju.


Memanda Perdana Menteri sering kali dikaitkan dengan peranan isterinya. Pada suatu soalan ketika ditanya tentang Tun Dr Siti Hasmah, beliau memberitahu bahawa isterinya tidak pernah terlibat atau mengambil tahu tindakan dan keputusannya. 

Kembalikan ingatan kita saat Tun Dr Mahathir mengumumkan persaraannya. Isteri kesayangannya tidak dimaklumkan akan rencana penting yang bakal diumumkan beliau. Di mana mana acara dan majlis, isterinya Tun Dr Siti Hasmah amat jarang kelihatan mendahului mahupun campurtangan dalam urusan program suaminya. Ciri ini hampir sukar dibuktikan pada kepimpinan DS Najib. 

Sumber dalaman yang sangat rapat dengan memanda PM sudah tidak mampu lagi menutup mulut dan bukan lagi cerita dongeng di kalangan rakyat Malaysia. Maka serangan Tun Dr Mahathir pasti ada asas yang kukuh untuk membetulkan segala kepincangan yang sangat jelas di mata beliau dan akan merugikan negara.

Dalam keadaan ini, kita melihat beberapa tindakan dan perencanaan gagal membangkitkan keyakinan rakyat kepada Barisan Nasional. Apakah semua perencanaan dan penjenamaan tersebut untuk masa depan Malaysia atau masa depan populariti Perdana Menteri? 

Hanya keikhlasan dan kejujuran akan membantu Perdana Menteri mengatasi segala kemelut yang sedang beliau hadapi. Cuba kita lihat semua slogan yang Tun Dr Mahathir lancarkan dahulu, hampir semuanya untuk kepentingan masa depan dan wawasan jangka panjang negara. Kerana itu segala perancangan beliau mendapat pertolongan Allah Yang Maha Berkuasa.


Nasihat paling berharga

Penulis ingin berkonsi momen yang sangat terkesan petang itu apabila salah seorang ahli kumpulan telah meminta Tun Dr Mahathir menitipkan nasihat khas untuk kami. Sambil mengetuk jari di meja, Tun Mahathir berkata : 

Bacalah Al Quran dan fahamilah maknanya dalam bahasa yang kita faham. 

Saya tak faham bahasa Arab sebab saya orang Melayu. Bismillah saya tahulah. Saya menkaji hampir banyak kitab terjemahan Al Quran dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Di dalamnya terkandung seluruh rangka kehidupan yang lengkap. Allah telah memberikan panduan yang sempurna di dalamnya dan ikutlah panduanNya’. 

Kata-kata itu benar-benar menyentuh hati penulis sehingga hari ini. Ianya dititipkan oleh seorang yang kelihatan ‘jahil agamanya’. Penulis teringat pesan guru yang berkata “Berjubah berserban, berceramah guna hadis dan al Quran, Ulang alik pergi Mekah bawa kawan-kawan, itulah ulama yang diprogram dan diiklankan’ Tun Dr Mahathir yang sangat sederhana disisi luarnya tanpa berjubah dan berserban tetapi memberikan ilmu yang tidak pernah pun dinasihatkan oleh para alim ulama atau tok guru kepada kami. 


Bagi penulis, kejayaan Tun Dr Mahathir adalah bersebab dari sepenuh keikhlasan yang dicurahkannya. Biarpun banyak cabaran namun pertolongan Allah sangat dekat dengan melepasi semua ujian kepimpinan dengan jayanya.

Masih ramai pimpinan dan rakyat tidak dapat menilai dari mata hati akan kata-kata Tun Mahathir yang dianggap seolah-olah mencampuri urusan kerajaan selepas persaraannya. Tun Mahathir bukan sebarang orang dan pandangannya selalunya lahir dari keikhlasan kerana sayangkan bangsanya. 

Beliau antara pemimpin yang paling hebat menerima kecaman, hinaan, dan kata nista yang tidak terbayang akan dilemparkan berbanding apa yang diterima oleh memanda Perdana Menterti selepasnya. Penulis sendiri tidak dapat melupakan tindakan bodoh yang pernah dilakukan ketika amat membenci Tun Dr Mahathir. 

Memetik kata-kata seorang ahli politik legasi Tun Mahathir, beliau antara seorang dari begitu ramai pemimpin yang dilahirkan dalam 100 tahun untuk melonjakkan tamadun sesuatu bangsa. 

Sesungguhnya jika benar kata-kata keramat itu maka kehendak dan teguran Tun Mahathir adalah sangat perlu diberikan perhatian khususnya dasar-dasarnya yang tegas dan berwibawa sekalipun tidak popular. 

Tun Mahathir bagi saya adalah ‘Keramat Hidup’ yang berbisa kata-katanya, selalu betul dalam segala tindakannya, terlalu mendalam pandangannya dan jarang dari kita membaca gerak hatinya. Pengalaman panjang sebagai seorang negarawan yang ikhlas jiwanya tidak seharusnya diketepikan.


Dengan keikhlasan Tun Mahathir pasti kita dapat memulihkan kekuatan bangsa. Pandangan Tun Dr Mahathir bukan sekadar ucapan biasa kerana setiap lontaran ucapannya mengandungi azimat yang beliau nampak dari firasatnya sebagai bekas pemimpin ulung bangsa Melayu. 

Fikirkan sejenak duhai pimpinan dan rakyat Malaysia beliau bukan calang-calang orang kerana Tun Dr Mahathir ialah seorang pemikir, penulis, pengkaji, pĂ©nelaah, tidak tamak kuasa, memiliki daya intuitif yang sangat tinggi, tidak mudah percaya dan menerima segala maklumat dengan membuat kajian, tidak mudah berjanji tetapi jika berjanji akan ditepati. 

Beliau sangat menghormati masa, tiada kepentingan diri apatah lagi kroni, tidak khianat kepada sesiapa kerana keikhlasan sepenuhnya dicurahkan kepada negara yang amat disayanginya. Malanglah bagi kita jika membiarkan teguran dan nasihat Tun Mahathir berlalu tanpa desakan untuk mengubah kecuaian yang terang di depan mata. 

Rugilah untuk kita jika masih gagal menilai isu ini secara matang dan terbuka.



Luahan penulis Cr Lukman Moidin ( KLiK )

Share this article :

+ comments + 35 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 30, 2014 at 5:20 PM

Entah lah saya tak dapat menganggungkan Tun tinggi melangit,kerana banyak juga kekurangannya kalau mahu di teliti.Dalam era Tun,mejoriti Melayu masih di takuk lama terkebelakang berbanding dgn orang Cina.Sekarang Tun kena buktikan kehebatan belia dgn memperbaiki prestasi PROTON yg merupakan cetusan idea belaiu.Urusan lain biarlah pemimpin yg ada melaksanakannya,dan kalau rakyat aka puas hati,rakyatlah yg kena bertindak bukan tun yg jadi batu api.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 30, 2014 at 5:21 PM

Semua point penting yg ditebalkan en. Din amat konsisten dgn apa yg menjadi asas kerisauan orang2 Melayu islam dn semua yg menyayangi negara kita dgn ikhlas selama ini sejak era perintahan pak lah.

Semua perkara asas ini yg menjadi tiang utama kemajuan dn perpaduan negara selama ini sepatutnya diperkasakan oleh pemimpin tertinggi parti Melayu kini mula menampakkan keretakan dn semakin memberi bayangan yg ia akan runtuh menyembah bumi jika sesuatu tidak dilakukan dari sekarang.

Sy masih igt kata2 en din dlm isu ini yg ditujukan kpd ah jib gor (lebih kurang bunyinya).."lebih baik kita pilih jalan lain yg kita tak pasti ke mana ia bawa kita pergi dari terus mengikut jalan yg kita pasti akan membawa kita kepada kehancuran"... sangat mendalam dn masih valid hingga kini..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 30, 2014 at 5:33 PM

Hidup Tun..n klu Tun x sayang agama..bangsa n negara sdah tentu Tun x menegur..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 30, 2014 at 5:48 PM

sayangnya najib tetap bongkak...dgr cerita dr outside the box...khazanah nak juai sillterra kat kulim nuuu....cer korek citer en.penyu....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 30, 2014 at 6:05 PM

Sy Amat kagum dengan beliau.....22 tahun bukannya lama pemerintahannya.....
ISA sekejap saja di tukarkan....sayang...dia umpama bapa, datuk dan segalanya buat M'sia....jasamu tetapi dikenang....Tun..

....................
Reply To This Comment ...................
August 30, 2014 at 6:23 PM

@AnonymousTun batu api ?

berapa umur adik ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 30, 2014 at 6:27 PM

hanya orang yg buta hati da perasaan yang mampu menidakkan catattan penulis

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 30, 2014 at 6:27 PM

lupa nk tambah:

mari perati comment halen ang:
http://helenang.wordpress.com/2014/08/30/future-of-our-country-isma-will-take-over-from-umno/


mcm biasa bro din, ade najib kisah.

kalau dulu saya ckp umno mmg bkn harapan org melayu lagi, melihat reaksi rata2 org umno dan hulubalang umno maka dh jelas terbukti rasanya kata2 saya.

ciri2 umno yang perlu ada nampaknya insyallah ada pada isma.

saya rasa lebih baik kita sokong isma utk pru14 selepas ini. sekurang2nya kita memberi undi dan tidak merosakkan undi.

kita perlu segara mengangkat isma. sudah pasti kj dan barisan najib akan memastikan isma tidak naik. maka kita perlu tangkas membantu mereka, sudah pasti cauvinis akan menggelar mereka racist, kita perlu pantas memberi pertolongan.

bagi saya isma sajalah harapan org melayu kini yg ada ciri keagamaan dan nilai bangsa.

mudah2an bukan saya saja yg berfikiran sedemikian.

kepada tun, kelemahan beliau adalah kadang kali terlalu sentimental. mungkin beliau masih berharap pada umno, tp sekiranya tun benar2 ambil berat tentang bangsa maka bantulah isma. jadilah penaung seperti penaung perkasa. sekurang2nya teguran tun akan lebih berkesan sekiranya dtg melalui platform isma. ia jga akan memberi isyarat jelas pada org2 melayu bahawa mereka masih ade pilihan, tidak ada lagi dilemma. mari berputus arang langsung dgn umno malah segera berkempen utk isma.

masa utk berckp sudah tamat. kini masa utk kita bertindak.

melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 30, 2014 at 6:39 PM

Zaman tun orang melayu mundur ke belakang? Ke orang melayu yang 'MALAS' yang mundur ke belakang?

....................
Reply To This Comment ...................
August 30, 2014 at 7:29 PM

Tun telah membuktikan kehebatan proton satu ketika dulu. Mengapa perlu tun membuktikan kehebatan memperbaiki prestasi proton yang dimusnahkan oleh si penyangak?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 30, 2014 at 8:40 PM

Kalau dh buta mata hati, gitu la. Gamaknya apa pulak sumbangan paling besar, jelas dan nyata yg telah pengkomen buat untuk ugama, bangsa dan negara? Ke hanya tau komen semedang???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 30, 2014 at 8:45 PM

Sy bencikan najib. Hanya kerana Tun ada lagi, sy paksa diri pangkah bn, kalau tidak, harus jadi undi rosak. Seriusnya, setiap kali najib muncul di tv, cepat je sy tutup. X dgr pun xpe.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 30, 2014 at 9:22 PM

DSN cm pandai brcakap tapi kurang faham merialisasikn malah membiarkn saja kerosakn brlaku... Tun M sgt brtanggung jawab dgn sgla rancangannya dn sntiasa memantau dn menggerakkn jenteranya dgn lancar... Org melayu yg malas dn kecewa atau tidak mampu mengikut Tun berlari akn cr jln menutup kelemahan mereka dgn mengkritik beliau trmasuk memfitnah...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 30, 2014 at 11:22 PM

Ulasan @ komen dr orng yng xcukup akal!. Kalau Melayu masih terbelakang, sebab ramai yang mempunyai sikap seperti anda.

Urusan lain biarlah pemimpin yang uruskan. Anda setuju tak kalau anda ada anak perempuan, akhlak buruk, diusung kehulu kehilir oleh jantan, boleh ke kalau kita kata mak bapaknya ada, biarlah mak bapaknya nasihatkan, kita bukan orng tua @ keluarga dia, kita buatlah urusan kita sahaja.

Kalau ada kemungkaran, kita wajib mencegah dengan tangan, kalau tak mampu, cegah dengan kata2, xmampu juga, cegah dengan hati sahaja (xbersetuju), itulah selemah-lemah iman.

....................
Reply To This Comment ...................
August 31, 2014 at 12:44 AM

Assalamu'alaikum kepada Tuan penulis. Terima kasih atas perkongsian penulisan tuan yang saya menemukan satu perkongsian pengalaman yang sangat bermakna.

Izinkan saya ingin menulis sedikit di sini. Tuan-tuan yang memberi komen janganlah terlalu keras bencinya terhadap DSN. Sememangnya kita menyanjungi Tun, tetapi janganlah pula kita menjadi pembenci DSN membuta tuli dan mempamerkannya supaya orang lain juga turut membenci. Saat dan ketika ini apa pun ceritanya samada benar atau bohong DSN tetap PM kita. Tun telah melaksanakan tanggungjawabnya sesuai dengan tarafnya dengan pemimpin negara. Sow knowledge not hatred.

Kena ingat juga semasa Tun menjadi PM ada sahaja golongan yang membenci Tun. Adakah rakyat hendak mengulangi sejarah semacam itu dan kita menjadi sebahagian yang membenci pemimpin secara keras? Kenapa kita memilih untuk menjadi sebahagian golongan pembenci. Jadi, fikirlah secara wajar. Kita doakanlah semoga pemimpin kita tetap mencapai kejayaan.

Saya memohon maaf sekiranya ada perkataan saya yang terlalu kasar tulisannya pada pandangan tuan-tuan.

"Berdoa bagi pemimpin-pemimpin Negara berarti membuat tanggung jawab bangsa, menjadi tanggung jawab umat Islam juga."
(Tuanku Imam Bonjol, 1772 – 1864)

....................
Reply To This Comment ...................
August 31, 2014 at 1:03 AM

Umat Melayu hidup dikelilingi oleh merbahaya besar-besar di segenap tempat dan merbahaya yang dikatakan akan datang itu telahpun datang
-Dato Onn Jaafar

Merdeka itu bukanlah satu benda yang mudah boleh didapati. Melainkan ialah dikehendaki untuk mendapatkannya itu iaitu pengorbanan yang sebenar pengorbanan
-Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj

Marilah kita membanggakan Negara kita dan sentiasa berjaga-jaga supaya tidak dipengaruhi oleh fahaman kebagsaan yang sempit
-Tun Abdul Razak Dato Hussin

Saya suka berpesan dan berharap semoga tuan-tuan dapat menunjukkan semangat keperwiraan dan taat setia yang tidak berbelah bagi pada setiap masa
-Tun Hussain Dato Onn

Apabila kita berhadapan dengan kemungkinan orang lain cuba menjajah kita, kita patut rapatkan barisan, itulah makna patriotisma.
- Tun Dr. Mahathir Mohamad

Sesungguhnya, segala kejayaan yang dicapai hari ini ditunjangi oleh usaha dan pengorbanan pejuang-pejuang kita yang terdahulu
-Tun Abdullah Ahmad Badawi

Di wajah suci anak-anak ini, kulihat sinar. Di hati murni mereka terpahat sebuah impian. andai sengketa membelenggu sesama, andai kerakusan menguasai kita, kemanakah tumpah harapan mereka.
-Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak

Bersatulah kita seperti mana kita belum pernah bersatu
-Dato Onn Jaafar

Sesungguhnya ketahuilah, musuh-musuh kita sentiasa berusaha memastikan rakyat sesebuah negara itu membenci pemimpinnya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2014 at 1:32 AM

@Anonymous

dan saya akan ckp sbb org seperti anda najib masih bebas meliberalkan semuanya pada cauvinis. hilang hak bangsa dan agama.

sedangkan kalau bapa saya pn buat begitu saya akan marah inikan hanya najib.

mencegah dgn tgn saya boleh mengundi pparti melayu lain, cegah dgn mulut saya boleh mengkritik bila dh si pm memekakkan telinga hanya mendgr penasihat liberal dan consultant barat dia. dan dgn hati saya doakan pemerintahan najib berakhir.

boleh?

sbb org mcm anda melayu semakin liberal membiarkan segala2nyA dan bersikap x apa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2014 at 1:49 AM

@Anonymous

Era Tun Melayu masih ditakuk lama, di belakang Cina? Cuba cek fakta dulu sebelum bukak mulut. Kan lebih baik. Cek tengok berapa ramai golongan profesional Melayu terhasil dalam era 80-an dan 90-an. Melayu jadi mewah, dengan pendapatan isi rumah tinggi. Sebab tu anak-anak DEB ni sekarang boleh berfantasi nak jadi pelakon, penyanyi dsbnya. Tak macam Melayu era pra-80an -- nak ambik graphic design pun tak boleh sebab kena fikir pasal cari makan dulu. Dan sebab tu juga anak-anak DEB ni lupa diri, dia ingat sebab privilej tu mereka sendiri tak perlu lagi, maka semua Melayu pun tak perlu juga. Maklumlah, dah boleh bertanding atas dasar "meritokrasi". Kita tengok je lah nanti, bila DEB dah tak de, meritokrasi apa yang cucu-cucu DEB pulak akan pungut daripada syarikat-syarikat Cina yang akan menguasai ekonomi 90%.

....................
Reply To This Comment ...................
August 31, 2014 at 2:54 AM

Kata Tun "Batu Api" orang jenis ni lah yang "Buta Hati" ... inilah contoh penyokong yang membawa rebah.

....................
Reply To This Comment ...................
August 31, 2014 at 3:31 AM

@m taufiq a aziz'kita' tak benci najib. Kita benci ahjibgor jer.

percaya tak saudara kalau saya katakan ramai diantara para pembaca DT merupakan penyokong kuat Umno ?

Tapi itu tidak menghalang kami utk kritik pemimpin Umno... bukan benci.

Kerana kami mahu pastikan umno terus dengan perjuangan asalnya demi alif ba ta.

kalau pemimpin dilihat sudah jauh tersasar walaupun berulang kali diberi peringatan, kami akan usaha setakat yg mampu utk ubah keadaan..... diwaktu sama kami juga mendoakan pemimpin berubah.

kami tak benci Najib, kami cuma mahu Najib berubah ....... atau diubah jika tetap tidak mahu ubah.

Segalanya atas dasar mempertahankan hak dan warisan kita.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2014 at 7:37 AM

Aku rasa najib dah gerak tentera cyber dia sejak tun tegur aritu. Bagus la, kalau dia amik tau ramai org x suka cara dia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2014 at 9:23 AM

Bro din...aku layak mengundi pada pru terakhir tun bertanding..dan aku pejam mata pangkah umno....kerja senang... sebab aku tau tun amat bagus dan boleh buat aku tidur lena dan perut berisi....tapi 3 pru lepas tu aku sakit hati.... undi sebab takut melayu dikotak dan dipijak... tapi tanpa umno kalah pun umno dipijak dan dikotak.. ini sebab pemimpin yang ada lemah...hai la umno...

....................
Reply To This Comment ...................
August 31, 2014 at 10:21 AM

@dinturtle

Saya faham Tuan Din. Bukan bermaksud 'pukul rata' semua sekali. Cuma jika diperhati terdapat segelintir komentar yang keterlaluan kebencianya.

Bagi saya, Tuan berhak menulis atas pengalam tuan tersebut. Cuma apa yang menjadi kebimbangan saya bagi generasi baru yang tidak mengerti perbezaan mengkritik dan membenci. Bimbang lebih menyuburkan jiwa 'pemberontakkan' dari jiwa semangat memikirkan 'apa yang aku boleh buat untuk negara'.

Saya hormati pandangan Tuan Din. Kita doakan semoga DSN terbuka hati dengan segera begi menerima dan melaksana teguran Tun.

....................
Reply To This Comment ...................
August 31, 2014 at 10:24 AM

@dinturtle Jika ingin mengkritik, jangan lupa menitipkan sedikit doa supaya anak muda generasi internet faham kemarahan itu bererti sayang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2014 at 11:18 AM

Org melayu kita baik2. Bila cina persoal kita marah tp beradab still jaga hati. Bila makin byk dpt kita kata xpa. Mudah2han dan mudah mudahan.

Bila kita marah pm kita ditegur kerana terlalu keras bila pm membiarkan kabinet dia hampir meluluskan usul membatalkan ruang kaum tiada tindakan diambil pada menteri itu. Kita kata xpa.

Bila tun tegur dan pm x menampakkan perubahan sebaliknya mempertahankan tindakan liberal dia kita kata xpa kita kene faham. Mudah2 mudahan lagi.

Srmakin hari kerajaan semakin berat sebelah kalau org melayu buat salah bukan main keras tindakan. Tp bila kaum lain kurang hajar 400 ringgit je. Dpt jumpa pm lagi

Org kita ni baik. Untung cauvinis. Untung pm liberal kita. Mudah2an ade mukjizat digantikan pm kita. Lepas ni kj plak. Sudahlah sekretari dia org dap. Tp xpe kita ni baik.

Mudah2an mereka semua berubah. Mana la kita tau kan.

Kita ni org baik. Baik2 belaka bersopan penuh adab budi pekerti. Tidaklah dayus tidaklah naive tidaklah terkebil2 bila senuanya diberikab dan diratah kaum lain. Kita amat kuat iman dan kesabaran. Fungsi bangsa melayu hanyalah wala pada pemimpin. Malah amat salah ape idola kita semua tun m buat masa dia tegur tunku dulu.

Mudah2an Allah melimpahkan kurnia pada kebaikan dan kesabaran kita. Mudah2an Allah pulangkan ape sikit yg tinggal pada anak cucu kita yg dh diliberalkan selama ini. Xpa. Kita ni baik orgnya. Dh dlm darah kita. Dijajah pn x apa. Bila last minute kita boleh lagi melawan. Atau tidak. Sabar jga menjadi pilihan kita.

Alhamdulillah..

Melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
August 31, 2014 at 12:32 PM

@Anonymousbaguslah saudara pun faham .... hmmm mudah-mudahanm....

....................
Reply To This Comment ...................
August 31, 2014 at 1:17 PM

@Anonymous..amin

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2014 at 10:30 PM

Samalah kita bro, klu dgr radio pun keluar aje apa2 brkenaan PM najib terus sya tukar channel ataupun tutup terus ..klu dlu sya bencikan pak lah tpi skang ni sya meluat + jijik dgn PM najib...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2014 at 10:37 PM

Doa tnpa usaha yg jitu bakal mmbawa kerja yg sia2 dan sia2 itu adalah prbuatan yg ditegah agama bro...klu sekali dua dh ditegur xnk dgr maka kita harus sntiasa brterusan menegur.. Dan inilah dia nama usaha..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2014 at 10:46 PM

Saudara patut bnykkan bercampur dgn forum intrnet yg pesertanya adalah org barat..insya allah saudara akan cepat dan lbh matang untk mngeluarkan pndpt selain dari ungkapan klise saudara tu..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2014 at 11:41 PM

Saya tak bersetuju dgn Anon August 30, 2014 at 5:20 PM...terkejut pun ada sbb bukti2 keberkesanan pengurusan negara di bawah Tun M terserlah merata2 di Malaysia termasuk kesan kepada generasi2 yg berada di era Tun M...malah saya sendiri salah seorang yg berada di bawah era Tun M yg kini berkhidmat di luar negara sebagai jurutera...sepanjang merantau di beberapa negara semaju2 seperti Jepun dan semundur2 Bangladesh...negara2 kafir seperti Germany, US, UK dan sekarang negara Islam Saudi Arabia, rata2 yg saya dimaklumkan Mahathir adalah ikon yg begitu dikenali...saya berbangga bila sebut sahaja Malaysia secara automatic diorang consider sebagai highly competent expert from developing country. Tak mungkin saya dapat mendustakan pengalaman2 seperti itu semata2 kerana mahu percaya kepada nista2 politik kotor ahli2 politik di Malaysia...tak kira la UMNO ka...PKR ka..PAS ka yg kononnya utk membela melayu. Skrg kita mana ada true stateman...yg ada adalah politician2 cari makan...cuma org2 melayu yg buta atau dapat "manfaat" drp nista2 semacam itu yg sanggup telan bulat2. Malah yg sanggup join DAP pon ada sbb pulangannya lumayan walaupon dianggap pengkhianat melayu...peduli apa kan...janji masyuukkkk!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 1, 2014 at 12:17 AM

ANon 30 Ag 5.20pm:...,mejoriti Melayu masih di takuk lama terkebelakang berbanding dgn orang Cina.?? Hang buta sejarah. Hang tau tak Zaman TUN dia buat ASN. untuk MELAYU. Semua saham baru 30% milik bumi. Hang tau apa Melayu buat? Melayu sangup jual KP atau kad pengenalan depa kat cina serendahRM10-50 untuk CIna pakai nama depa melabur dalam ASN dan beli saham hak 30% untuk Meayu, Hang Tau ka? Mungkin hang ni anak myda jadi baik pi Tanya mak bapak hang, Orang melayu sendiri peraniya orang melayu. La ni Najib tolong ka atau peraniya orang Melayu dengan dasar dasar dia? Aku pun tak tau tak leh nak habaq! DIa kata economy lebih 6% , ermmmm...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 1, 2014 at 11:47 AM

@m taufiq a aziz

Konfem pakcik ni tak faham yang komen dia aminkan tu bersifat sarcastic (dan ditujukan kepada Melayu "tak pe" dan "sabar").

....................
Reply To This Comment ...................
September 2, 2014 at 6:16 PM

@Anonymous
bukankah dia ada mendoakan sesuatu yang baik di situ? Jadi, secara literalnya yang matang sahaja faham.

Setidak tidaknya bagi yang budak tidak hadam secara salah.

Adat kita orang tua bertengkar jangan sampai anak-anak nampak.

yang sarkastik tu saya suka.

:)

Sekali lagi saya mohon maaf sekiranya tulisan saya yang terdahulu ditafsir negatif. barangkali kelemahan cara menulis saya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 5, 2014 at 12:55 PM

Ini la komen yang sangat sadis... Sebelum buat komen cmtu cuba tgk blik sejarah... Bykkn pembacaan dan kajian... Sumbangan didalam negara sahaja sudah xtrnilai... Ini kn pula sumbangan beliau di luar negara... Bila anda buat kajian bru la anda akan dapati tun M seorg negarawan terulung di asia bahkan juga di dunia...

Post a Comment