........... Teguran Tun Mahathir - Apakata Melayu Atas Pagar | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Teguran Tun Mahathir - Apakata Melayu Atas Pagar

Thursday, August 21, 201420comments

Saya petik kembali 10 komen dari beberapa artikel yang saya siarkan susulan artikel Menegur Tun Mahathir meletup di pasaran.  Saya percaya komen2 ini mewakili pandangan pembaca blog DT yang rata2nya merupakan orang Melayu yang berstatus politik atas pagar.

Perkara SAMA yang sering diulang2 sebelum ini, bergema kembali .....

Malangnya ...... Najib tetap macam itu juga - DIAM MEMBISU.



Anon August 18, 5.56pm

aku sokong ayanda Tun dan sememangnya aku kagum dengan ketegasan dan semangat beliau yang tinggi. kita sudah banyak menegur dari sindiran hingga ke tahap biadap tapi tidak membuahkan hasil. mungkin kita terlalu kecil dilihat atau teguran teguran yang kita luahkan tidak sampai kepada najib. saperti kata Tun, najib hanya gemar mendengar dan didendangkan dengan yang baik yang kononya dia disanjung rakyat. aku sampai tak der bahasa yang dapat aku ungkapkan untuk meluahkan isi hati.

aku sangat sangat berharap mesej Tun akan sampai kepada Najib dan nak jugak aku dengar apa komen dia. tak payahlah nak ditugaskan pada kj untuk menjadi jurucakap, jelek sungguh. aku tetap akan sokong ayahanda Tun dan akan bersama beliau. alang alang mandi biar basah ....



Melayu Kampung August 18, 8:51pm

Kalau tak ada pemimpin lain yang tegur Najib bererti menteri-menteri kabinet hanyalah yes man. Ahli-ahli majlis tertinggi pon jenis yes man jugak.

Ahli-ahli UMNO yang naikkan semua pemimpin tersebut pula nak cuci tangan macam tu je ke? Tak ada ke terasa diri turut sama bersalah? Baru kena sogok duit RM200 je (sewaktu PAU yang lepas) terus lupa nasib Agama, Bangsa dan Tanahair. Ada sesetengah sebab dapat t-shirt free terus je hilang ingatan. Nasib dan masa depan anak cucu tergadai sebab rasuah sehelai t-shirt.

Bila Tun M menegur, ahli UMNO jangan pandai mangangguk mengiyakan saja kritikan Tun M. Kena ambil tindakan. Kita bukan lagi dijajah. Kita dah merdeka. Ketua UMNO adalah seseorang yang melaksanakan tanggungjawab sesuai dengan jawatan di pegang. Ketua UMNO bukan tuan kita. Kita bukan hamba abdi kepada sesiapa. Kita telah merdeka semenjak tahun 1957!! 




 Anon August 19 12.22 pm

........ Aku dah byk baca blog2 yg masih pertahankan pemimpin2 UMNO skrg dgn alasan2 tertentu utk mewajarkan kelayakan diorang tapi secara peribadi aku tak nampak kebijaksanaan dlm memimpin kecuali kalau nak menang undi atau kosmetik jer...pemimpin melayu PAS atau PKR lagi laa tak bleh pakai...yg bekas jaga stor pon dah YB skrg. 

Senang cerita nak tau kualiti pemimpin2 teratas yg kita pilih rajin2 la nengok sidang parlimen...pastu nak nengok yg paling bawah lak rajin2 la lepak kedai kopi...nak tau masa bila yg pangkal bertaut dgn yg pucuk tunggu masa pilihanraya...masa tu la "para pemimpin" org2 melayu berjumpa "akar umbi" berbincang camna nak menang undi sambil duit bertukar tangan....camtu la para pemimpin kita mendengar masalah "rakyat bawahan". 

Mana ada yg mcm Tun Razak yg sanggup meredah kampung bertemu dgn rakyat di masa bukan pilihan raya...dia redah dulu melihat nasib rakyat...pastu meminta rakyat kuasa supaya boleh diangkat menjadi pemimpin utk membela rakyat. Sama la mcm Tun Dr Ismail...Tun M....yg semua2 nie bertaraf negarawan....yg benar2 memahami realiti semasa rakyat dan agent pengubah nasib rakyat sebenar2 nya....


Pak Kaduk  August 19  3.10 pm

1) Mohd Najib a.k.a. Ah Jib Gor bukannya Tun Abdul Razak begitu juga Mukhriz bukannya Tun Dr Mahathir. Personaliti berbeza. Apa yang diharap ialah matlamat perjuangan kerana Agama, Bangsa dan Tanahair adalah SAMA.

2) Kenapa menghentam orang yang BERANI menegur jika diri sendiri tidak berani melakukannya ?

3) Najib perlu BUANG semua CONsultant tak berguna dan mula berfikir sendiri. Apa gunanya dilantik menteri2 semua jika tak dapat membantu ? Hanya sekadar hiasan atau menjadi tukang kipas ?

4) Najib perlu mendengar nasihat dan berguru dengan veteran2 UMNO yang berkaliber. Contohnya Tun Dr Mahathir, Tun Daim dll.

5) Najib perlu mengambil pandangan dan cadangan NGO Melayu/Islam serta BERTINDAK.

6) Najib perlu berhenti memberi wang kepada sekolah jenis daripada terus meningkatkan jurang perpaduan. Sekolah jenis perlu ditukar menjadi Sekolah Kebangsaan.

7) Ketua Pemuda UMNO yang lembik dan lemau perlu ditukar kerana tidak berjuang memartabatkan Agama, Bangsa dan Negara. Ijazah di atas kertas tidak menjamin jatidiri yang kuat dalam membela anak bangsa.

8) Menteri2 melayu liberal perlu diBUANG terus daripada kabinet. Mereka tak layak ada kerana perjuangan yang terpesong.

9) Harap Mohd Najib kembali ke landasan sebenar.



Anon  August 20  9.50 am

Kegagalan terbesar Ah Jib Gor ialah gagal menunaikan amanah dan tanggungjawab terhadap orang melayu dan bumiputera. Tuntutan puak kiasu diutamakan dan didahulukan, manakala suara rintihan orang melayu dipinggirkan. Oleh itu, Ah Jib Gor bukan sahaja perlu meletak jawatan sebagai PM. Malahan sebagai Presiden UMNO pun tak layak kerana jiwa melayunya terlalu nipis.


Anon  August 20  10.14 am

Aku rasa kat sini takde sape pon yang cakap Tun tak pernah buat silap. Tapi kesilapan Tun tidaklah sehingga ke tahap bukan melayu boleh secara sewenang-wenangnya boleh sentuh sensitiviti melayu dan Islam sesukahati. Silap macamana pun Tun, Tun tetap jaga melayu, jaga Islam. Soal projek mega yang Tun buat seperti pembangunan Putrajaya yang pembangkang dakwa sebagai satu pembaziran. Kini, projek membazir Putrajaya itulah yang pembangkang idam-idamkan untuk ditakluki.


 Anon  August 20  10.57 am

Saya juga ada mengikuti mereka mereka yang mempertahankan Najib. Saya juga bersetuju dengan saudara bahawa boleh dikatakan semua mereka itu tidak menjawab point point yang Tun berikan tetapi disebaliknya halakan tembakan ketempat lain. Oleh kerana terlalu taksub kepada Najib, mereka juga buta dan pekak akan isu isu semasa yang berbangkit sekarang ini, contoh isu agama dan bangsa. Kenapa tidak mereka sentuh akan teguran Tun berkenaan: .......


Anon  August 20  11.15 am

Tun M hanyalah seorang manusia biasa, tak maksum dan pernah buat silap. Tapi otak Tun seorang adalah dua kali ganda lebih baik daripada otak berpuluh-puluh penasihat yang berada di sekeliling Ah Jib Gor. Tun adalah penasihat terbaik dan tak perlu bayar juta-juta pun. Free jer nasihat Tun. Tapi malangnya, idea yang kurang bernas dan menyusahkan rakyat itu jugak yang dipilih untuk dilaksanakan.


tobeng  August 20  3.17 pm

Isu utama tun tegur ahjib pasal layanan kaum yg tak saksama tak pula dijawab.Najib boros dan suka menabur duit untuk ''beli'' pengundi sehingga menjejaskan ekonomi dan menambah hutang serta menyusutkan rezab negara juga tidak dijawab kecuali pasal br1m.

Saya kira isu paling besar yg menjadi keresahan orang Melayu adalah Melayu yg memenangkan najib dan BN tidak dibela najib.Sebaliknya najib terlalu pro cina sehingga Melayu rasa terpinggir dan merasa seperti dianaktirikan.Semua kehendak pembangkang dan bangsa asing pula yg sibuk sangat najib penuhi sehingga akta2 penting yg melindungi negara semuanya hendak najib buang semata2 kerana menurut cakap pembangkang,bangsa asing dan puak2 liberal dalam umno.

Kalau Melayu tak marah,tun tak akan tahu dan tak akan tegur.Tun tegur sebab Melayu yg marah mengadu pada tun setiap kali berpeluang jumpa tun.Najib pun bukan tak tahu Melayu marah padanya pasal isu Melayu dipinggirkan tapi ahjib tetap ahjib.Najib tetap dengan polisinya yg dirangka konsetan2 sekelilingnya.

Najib dan pembodek2nya seolah2 tak memahami isu sebenar keresahan rakyat terutama org Melayu.Mereka lupa nasib BN pada pru14 nanti bergantung sepenuhnya pada orang Melayu yang sedang marah ini.




 Anti Bohong  August 20  3.26 pm

Usah lah menjilat2 Najib yg jauh panggang dr api dr sifat Tun.

Cukup banyak perkara yg saya boleh senaraikan secara spontan kehebatan yg Allah beri pada Tun Mahathir. Jadi ambil lah serius terguran Tun M. Melayu ni mudah lupa.. mudah syok.. wpun tanah dh tergadai seronok siang malam. Harap org mcm Tun je masih Allah panjang usia utk jd panduan kita.

Mana ada siapa peduli sangat dgn jenayah berganda2? Najib laki Rosmah..? dia hanya pandai buat ayat kosmetik dlm iklan TV..2 jet MAS hilang dlm sekelip mata.. Najib laki Rosmah pandai2 buat ending conclusion ikut kepala akalnya yang sempit dan tidak cerdik..Sabah jd tak selamat.. Najib laki Rosmah hanya pandai habiskan duit buat ESSCOM. Tp hasilnya?? ZERO!!

Fikirlah apa yg Tun tegur.. jgn menyesal di kemudian hari. Sama ada Najib mesti ubah sikap atau dia mesti undur diri secara terhormat. Najib laki Rosmah jauh lebih buruk prestasi dr Pak Lah.

Pak Lah tak hapuskan ISA. Pak Lah tak kacau Polis.. tp Najib semua dia kacau.. yang untung ialah DAP PKR.. Cina2 kiasau menghina Agama, Bangsa dan Raja dgn tanpa ada rasa takut.. negara apakah ini yg Najb mahu bina???



PS - Banyak komen2 lain yang ikut hati, mahu saya siarkan juga namun takut artikel terlalu panjang. Apapun TerimaKasih kepada semua yang sudi luahkan pandangan anda.

Jangan lupa KLiK dan LiKE - FB Melayu Protes Najib!

Share this article :

+ comments + 20 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Joe Rizal Praha2
August 21, 2014 at 8:29 AM

Wassalam DT. Kalo sudah yerlajak perahu mosti ballek ke pangkal. Jadi teguran tu sudah nampak dah. Walau pun lambat tapi baik. A leader is respected if he listen to the voices of the people particularly a person of Tun Mahatir stature. A statesman who managed the country for 22 years he should know.

....................
Reply To This Comment ...................
Anak Bukit Jelutong
August 21, 2014 at 8:36 AM

Aku amat setuju dengan semua komen di atas.

Sebenarnya semua komen tersebut juga merupakan "suara rakyat terbanyak"

Pada pendapat aku kalau bukan Tun yang membuat teguran siapa lagi yang berani.

Bukan apa, kita amat gerun memikirkan apa akan berlaku sekiranya "teguran dari rakyat marhaen" yang dipancarkan melalui suara Tun ini, terus dipandang sepi yang akan mengakibatkan "malapetaka" dalam PRU 14 nanti, kepada tunjang perjuangan bangsa Melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
August 21, 2014 at 8:44 AM

Hairan sungguh mengapa pembodek dan penjilat Najib tidak melihat secara positif akan teguran Tun. Sepatutnya teguran Tun tidak perlu dijadikan isu tetapi menilai akan kebetulanya. Saya tidak melihat teguran Tun sebagai suatu ancaman yang boleh mengelirukan, sebaliknya ianya berupakan satu keperluan. mereka mereka yang berada disekeliling kita adalah saperti cermin untuk kita melihat diri kita sebenarnya. Cermin cermin itu akan memberitahu kita jika ada kekotoran pada diri kita untuk kita selalu membersihkan diri. Sepatutnya Najib menggunakan cermin yang baik dan bukanya yang mengejek.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 21, 2014 at 8:49 AM

semua orang tahu (kecuali penjilat tegar ajib) bahawa ajib memang telah gagal..

....................
Reply To This Comment ...................
August 21, 2014 at 9:22 AM

Pengkritik Tun M tidak melihat dan memahami apa yang Tun utarakan... Mereka lebih mengkritik kerana personaliti Tun M yang masih mendapat sokongan dari rakyat..Kerana ego dan sifat nak cari makan dalam politik terpaksalah BODEK boss supaya jawatan yang disandang kekal sampai tongkang UMNO tenggelam di PRU 14... Semoga bila mereka hentam Tun, boss nampak dan dengar dan bolehlah lobi utk jadi calon PRU 14 nanti... Orang melayu UMNO ni memang pandai2 belaka...tapi mereka mudah lupa siapa yang akan mengundi mereka nanti...? Oklah seperti ada menteri berkata... Najib punya ERA pemerintahan yang lebih mencabar kerana ledakan Media Sosial... yang ni pun aku tak berapa nak setujulah... Bagi aku jangan salahkan Media Sosial jika diri sendiri tu tak tahu nak berfikir.. Jangan suka melatah bila dikritik, zaman melatah dah berlalu,. Dan kena ingat zaman Menteri/kerajaan tahu semuanya dah berlalu.. Memanglah Najib boleh terima atau bakul sampahkan apa yang Tun utarakan...tapi dia kena ingat rakyat takan lupa apa kritikan Tun... Pembodek2 semua jangan melatah utk membela kalau semua fakta yang diberi tak boleh nak dijawab... Jangan tunjukan kebodohan kamu dengan lagak nak tunjuk pandai kamu tu...Malu woi..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 21, 2014 at 9:26 AM

kita pusing2 akhirnya sampai ke tempat asal. sekiranya umno dh xde maruah sampaikan kedudukan najib masih mahu dipertahankan (baca utusan ape sharizat ckp), kalau umno dpt dibeli dgn hanya rm 200, apa kita mahu harap lagi dr umno?

akhirnya kita masih dlm dilemma. xkan selamanya kita dlm dilemma dan berkata nk buat mcm mana.

najib mcm biasa akan bermain silence game dia lama2 isu tun tegur pn terkubur. tun pula mungkin lepas PAU baru sedar najib xkan dpt dipaksa turun.

jadi soalan paling penting buat semua org melayu yg benar2 risau akan maju bangkit org melayu dan nasib org melayu di malaysia, kenapa kita masih bertaut pada umno? undi protest atau tidak mengundi bkn pilihan.

kenapa kita masih segan silu berckp tentang parti melayu yg baru? saya yakin ramai lagi tokoh yg benar2 mahu memperjuangkan bangsa dan agama, yg berkaliber dan berbakat serta teguh pegangan agama. saya yakin ramai lagi pemuda yg berpotensi yg disekat laluan mereka di dlm umno dan tidak tahu mahu pergi mana. saya yakin ramai lagi melayu di atas pagar yg menunggu peluang utk menterjemah undi mereka kepada sesuatu yg lebih bermakna drpd setakat undi protest dan undi rosak.

pilihan di tgn kita, masa bagaimanapn bkn, dan semakin lama kita hanya mengaduh nasib kita mengkritik najib tanpa apa2 hasil, semakin kita kehilangan masa.

saya doakan agar tun mengilhamkan parti baru buat org melayu. kita terlalu rugi berada dlm keadaan stalemate terlalu lama.

melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 21, 2014 at 9:55 AM

Kita amat bertuah memiliki mantan PM yang berpengalaman dari zaman PM pertama sehingga sekarang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 21, 2014 at 9:57 AM

Mmg sbnrnyer suara Ayahanda Tun M mewakili rakyat marhaen..mungkin ini kelebihan Ayahanda krn beliau suke mmbaca...........bg Najib n menteri2 kipas wlpon dunia skrg neh maklumat di ujung jari namun mngkin sgl2nyer trserah pd 'admin' pengendali laman2 soSIAL para mentri trmsklah najib...jd ayat KAMI MENDENGAR DENYUT NADI RAKYAT tu cume sbg penyedap rasa kata2 najib n menteri2 kipas jer....

....................
Reply To This Comment ...................
August 21, 2014 at 10:10 AM

@Anonymoushmmmm .... MB Khalid ?

....................
Reply To This Comment ...................
August 21, 2014 at 10:11 AM

@AnonymousKalau penyedap telinga penyokong boleh kita katakana sebagai nak bodek penyokong. Tapi kalau dah jadi penyedap telinga sendiri .... hmmmm itu dah kira tahap perasan gaban !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 21, 2014 at 10:32 AM

sepatutnya kembalikan jawatan penasihat kepada ..... orang sepatutnya! tengoklah masa zaman TUN gandingan TUN dengan penasihatnya .... mendatangkan hasil yang baik bukan seperti najib buang terus penasihat tersebut. Kepada najib sedarlah dari lamunan dan ambil kembali penasihat tersebut jadikan kembali batu asas... jangan malu untuk mengaku kesilapan diri sendiri & hindarilah isteri anda dari mencampuri urusan kerajaan persekutuan! dan yang lebih penting buatlah temujanji bersama TUN,Penasihat .... dan mereka yang arif tentang Malaysia ini sekiranya sayangkan melayu dan Malaysia ini!

....................
Reply To This Comment ...................
August 21, 2014 at 10:41 AM

@AnonymousAda satu bahagian dari komen saudara saya cukup suka ! :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 21, 2014 at 11:04 AM

TM memang seorang pemimpin hebat. Dalam sejarah hanya dia yg berani menegur pemimpin Umno sejak ia ditubuhkan. Dalam umno hampir semua pemimpinnya menjunjung taat setia kepada presiden kecuali beberapa nama termasuk TM. Org melayu mmg terdidik dgn sifat taat setia kpd org tua dan para pemimpin walau tak dinafi mungkin ada yg nk jaga perut. Pada pndngn kita apa DSN buat salah. Tapi bg dia tak salah bg bantuan dan bagi muka kat cina dan india sebab dorang pun rakyat Malaysia dan pembayar cukai ma.. Yg lebih bahaya ialah Putra Jaya dan Istana Sultan dah kena jolok dgn bbudak


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 21, 2014 at 11:37 AM

Dato pemilik blog, saya kat kampung hari2 nampak orang kampung bertambah susah ja. Harga getah amat rendah dan kalapa sawit tak berapa baik sebab cuaca panas yang agak lama. Memang Wow! Pasar ramadhan tempoh hari pun ada peniaga yang tutup walau baru 15 ramadhan.... tak laku. Memang kita susah tapi tak apa la kita orang kampung memang kena lalui hidup macam ni. Nanti2 bila nak pilihanraya akan orang datang minta kita Terus sokong kerajaan yang ada atas dasar perjuangan. Kita tak pandai..... orang2 besar kata zaman susah..... Tak tahu bila nak rasa selesa sedikit..... Bukan nak mewah atau nak melancung atau rumah besar atau kereta besar. Saya tahu itu bukan milik kami2 orang kampung yang hanya perlu mengundi kerajaan yang Ada bila di minta. Isu Tun Mahathir dato dan kawan2 dato ja yang Bantu selesaikan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 21, 2014 at 11:55 AM

Inilah jadinya jika tiada budaya tegur-menegur dalam pentadbiran, jadi unsur penambahbaikkan kurang wujud dalam hasil kerja

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 21, 2014 at 12:06 PM

Ewah, kalau tak kerana Tun turun kempen GE13 haritu ahli UMNO akan terus tido dan takkan undi BN. Kalau diikut kempen CONsultan Ah Jib Gor yg cuba mempromosikan dia kaw kaw.. jawabnya harini kita mungkin berPM kan Al-Juburi

Antihipokrit

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 21, 2014 at 12:38 PM

Jangan salahkan media sosial. Media sosial dah tunjukkan wajah sebenar keturunan pendatang yang tamak tak pernah cukup. Api dalam sekam selama ni dah mula membakar. Dah ada muka dalam internet, maklumat semua boleh jejak. Apa lagi, ambillah tindakan menurut undang-undang. Ni KPN dan AG dok tuding-menuding. Susah nak siasat; teknologi semua dah ada. Dah habis siasat, ada kertas pendakwaan, AG pulak bagi alasan.

Kalau rakyat Malaysia yang menghina / memburukkan Negara di luar negeri; jangan bagi alasan tak boleh bertindak sebab melibatkan undang-undang Negara di mana mereka berada. Senang aje, guna apa-apa akta yang ada, jangan beri mereka pulang / masuk ke Malaysia. Lihat peruntukan perlembagaan kalau boleh gantung kerakyatan atau turun taraf kerakyataan.

Masalahnya, satu pihak buat siasatan berpilih; satu lagi buat pendakwaan terpilih. Kalau bab Melayu memang dah tak pilih-pilih lagi; siasat dan dakwa terus!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 21, 2014 at 9:10 PM

Tepat skali. Inilah suara hati kami Melayu yang mmg dalam dilema kerana pemimpin sekarang yang amat mngecewakan. Kami sentiasa bersama Tun!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 22, 2014 at 5:00 PM

Najib perlu spot check sendiri keadaan UMNO di peringkat akar - umbi. Jgn gi dgn kompang & sebagai. Cam lwatan gelandangan tempo hari. Kan berkesan.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
August 25, 2014 at 9:12 PM

Saya benar2 risau dengan kepimpinan Najib. Bukan setakat hal ehwal sosial tempatan yang mana beberapa akta dimansuhkan sesuka hati untuk memenuhi tuntutan pihak pembangkang yang boleh mengkucar-kacirkan negara.

Tapi cara pengurusan Khazanah yang hanya tahu JUAL semuanya bila rugi tanpa mengambil kira kesan jangka panjang kepada negara.

Memang Najib kena mula berfikir sendiri tanpa menggunakan CONsultants.

http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2014/08/khazanah-nasional-boo-boo-silterra.html

Post a Comment