........... Teguran Paling Pedas Tun Mahathir Kepada Najib dan Para Pembodek ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Teguran Paling Pedas Tun Mahathir Kepada Najib dan Para Pembodek !

Monday, August 18, 201439comments



Satu kebetulan saya artikelkan semalam surat yang Tun Mahathir berikan kepada Tunku Abdul Rahman pada tahun 1969. - KLiK.

Hari ini Tun Mahathir  nukilkan surat yang hampir SAMA kepada Najib .... cuma berlainan medium saja yakni melalui blog Chedet.

Tapi nadanya sama .... pengisiannya sama. 

Jika keadaan tidak sama, apakah mungkin Tun akan mengulangi teguran keras yang sama kepada Najib ? 

Kita ramai yang sokong dan puji teguran yang Tun berikan kepada Tunku itu ...... apakah kita akan ikut sama sokong dan puji teguran sama yang Tun berikan kepada Najib ?

Sampai bila kita harus bergantung kepada Tun untuk bertindak ? Apakah kita semua ini KAKI BODEK Najib ?

Jika alasan tidak ada pengganti yang lebih layak untuk mengambil alih jawatan PM, tetapi kenapa untuk MENEGUR Najib pun semua orang takut ? Bukan nak tukar tapi menegur !

Malah segelintir kecil kita yang berani menegur itu pula yang di hentam balik.

PS - Saya melihat artikel Tun kali ini lebih banyak ditujukan kepada orang Melayu supaya bangkit dan berani untuk menegur pemimpin ( Najib )

Selagi kita tidak berani bangkit menegur beliau, selagi itulah Najib akan terus perasan bagus .... sikap Blur beliau juga tidak membantu !


MENEGUR ( Najib )

1. Ada orang yang memberitahu kepada Dato Seri Najib Tun Razak yang saya telah memburukkan pemerintahannya.

2. Saya tidak akan menyangkal kerana saya telah berkali-kali menegur dasar-dasar Kerajaan sekarang.

3. Saya menegur kerana saya berpendapat pemimpin yang tidak ditegur akan percaya segala-gala yang dilakukan oleh mereka baik-baik belaka. Hanya apabila ditegur sahaja barulah pemimpin akan sedar akan kesalahan dan mungkin akan memperbetulkannya.

4. Izinkan saya mencerita cerita dongeng berkenaan seorang raja Inggeris. Ia dikelilingi dengan ramai dato-dato yang mendakwa dia adalah seorang raja yang amat berkuasa keatas segala-galanya. Demikian pasang-surut air di laut pun akan patuh kepada perintahnya.

5 Alkesah, maka pada satu hari raja menitah untuk meletakkan takhtanya di pantai menghadapi laut.

6. Air sedang pasang dan raja bertanya kepada dato-datonya apakah baginda boleh hentikan air pasang supaya tidak basahkan kakinya.

7. Jawab mereka, “Ya, Tuanku. Air tidak akan sampai kaki Tuanku.”

8. Maka raja pun menitah supaya air laut itu tidak naik lagi.

9. Tetapi air laut itu terus pasang dan kena pada kaki baginda. Maka baginda pun murka kepada dato-datonya.

Demikianlah sikap dato-dato kerana ingin menyenangkan hati raja mereka.


10. Satu lagi cerita dongeng juga ialah berkenaan dato-dato istana yang tidak pernah menegur raja. Mereka sepanjang masa mengiyakan saja apa juga yang dilakukan oleh raja.

11. Satu hari raja masuk dewan dalam keadaan bogel. Baginda bertanya cantikkah pakaiannya. Semua angguk kepala dan berkata “Ya Tuanku”.


12. Hanya seorang budak yang berkata, “Tuanku bogel.”

13. Maka raja pun murka akan dato-datonya yang tidak berkata yang benar apabila dia bogel.

14. Kita boleh dapat sedikit pelajaran dari cerita-cerita dongeng ini.

15. Orang Melayu mempunyai banyak pepatah yang boleh jadi panduan dalam kehidupan mereka. Antaranya ingin saya sebut disini:

“Sayangkan anak tangan-tangankan
Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan”


Dengan izin saya ingin menambah sedikit kepada pepatah ini.


“Sayangkan pemimpin tegur-tegurkan”



16. Saya lihat bagaimana orang Melayu tidak mudah menegur pemimpin. Walaupun pemimpin jelas bersalah, tidak ada siapa yang sanggup menegur secara terbuka. Tetapi di belakang pemimpin mereka akan keluarkan kata-kata yang kesat terhadapnya.

17. Mungkin saya berbeza sedikit dari Melayu lain. Apabila YTM Tunku membuat beberapa dasar dan tindakan yang tidak disenangi oleh ramai orang Melayu, saya menulis surat menegur Tunku.

18. Walaupun kerananya saya dipecat, tetapi YTM Tunku meletak jawatan sebagai Perdana Menteri. Mungkin bukan kerana teguran saya, tetapi hakikatnya Tunku mengundur diri.

19. Demikian juga dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Mungkin kerana teguran, mungkin kerana prestasi buruk Pilihanraya ke 12. Tetapi hakikatnya Tun Abdullah juga letak jawatan.

20. Saya sendiri pun letak jawatan. Sebahagian dari sebabnya ialah kerana saya dengar bisik-bisik yang menyoal “Bila lagi orang tua ini akan pergi.” Saya percaya jika saya tidak letak jawatan, bisik akan jadi jeritan.

21. Pilihan saya bagi mengganti Tun Abdullah ialah Dato Seri Najib. Setelah beberapa lama dilihat bahawa dasar dan tindakan Dato Seri Najib tidak lebih berkesan dari Tun Abdullah.

22. Saya tidak sangka yang pencapaiannya dalam Pilihanraya Umum ke13 lebih buruk dari Tun Abdullah.

23. Harapan saya Dato Seri Najib akan mengambil ikhtibar dari prestasinya yang buruk dalam Pilihanraya Umum ke 13. 

Malangnya sehingga kini tidak ternampak apa-apa perubahan dari segi dasar atau pendekatan walaupun saya cuba menyampaikan pendapat saya, (yang juga pendapat ramai yang datang bertemu saya) secara langsung kepada Dato Seri Najib.

24. Saya tidak ada pilihan selain dari menarik balik sokongan saya. Ini pun tidak berkesan. Oleh itu terpaksalah saya menegur.

25. Apakah dianya yang saya fikir salah. Ia bermula dengan pendirian melayani semua tuntutan musuh. ISA dan undang-undang buang daerah dimansuh. Tindakan ini tidak sedikit pun mengurangkan tentangan oleh parti lawan. Sebaliknya jenayah bertambah dengan banyaknya kerana pembebasan ketua-ketua geng.

26. Demikian juga dengan sikap merendah diri kepada negara jiran sehingga urusan dalam negeri pun tertakluk kepada pendapat Kerajaan negara jiran.

27. Tetapi pendapat kaum dan parti yang kuat menyokong untuk menyelamatkan kedudukan Kerajaan tidak diberi layanan yang saksama.

28. Wang Kerajaan diguna untuk mempengaruhi sokongan rakyat apabila sahaja pilihanraya umum diadakan. Ini menjadikan rakyat terlalu bergantung kepada Kerajaan untuk segala-galanya. Bagi yang betul-betul miskin, bantuan seperti ini memanglah wajar. Tetapi beribu rakyat yang ditawar menolak bantuan wang seperti ini. Semangat rakyat untuk bekerja menjadi luntur apabila mereka diberi ganjaran tanpa apa-apa usaha oleh mereka. Semangat ini tidak akan menolong pembangunan Negara.

29. Dasar ekonomi mengutamakan tuntutan pengguna. Impot barangan digalakan dan industri tempatan diabaikan, bahkan dihalang oleh dasar Kerajaan.

30. Cuti ditambah sehingga adakalanya pekerja bercuti lebih satu minggu. Sebaliknya gaji minimum dinaikkan tanpa mengambilkira kenaikan kos yang boleh menjadi perniagaan dan perusahaan tidak bedayasaing dengan barangan impot.


31. Sesungguhnya banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan Kerajaan pimpinan Dato Seri Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara.

32. Semua ini disebabkan penyokong Kerajaan tidak pernah menegur pemimpin.

33. Jikalau tiada siapa yang sanggup menegur, biarlah saya menegur. Saya pernah dipecat oleh Tunku Abdul Rahman, dipulau oleh Datuk Seri Abdullah dan difitnah oleh ramai. Jika kerana menegur saya akan didera, terpaksalah saya terima.

34. Bukanlah saya tidak sayang pemimpin. Tetapi saya lebih sayang bangsa dan negara saya.


PS - KLiK dan LiKE - FB Melayu Protes Najib !

Share this article :

+ comments + 39 comments

....................
Reply To This Comment ...................
August 18, 2014 at 5:03 PM

I like!!!

....................
Reply To This Comment ...................
August 18, 2014 at 5:16 PM

Kita memang selalu menegur Najib. Apa hasil nya ?

Selayak nya ( pernah saya nyatakan KPI Najib) hanya Tun M yang berhak menilai. Selama pemeriintahan Najib memang wujud dalam pentadbiran nya.

Ramai pembodek sebab Najib pemurah dengan peruntukan yang boleh menyangga beliau. Bukan menyanggah. Dari peruntukan, kita tahu nikmat yang para pembodek perolehi. Sudah tentu akan terjadi seperti luahan cerita che det.

Kita benci dan singkir Pemimpin hipokrit. Kita wqjib 'bunuh' Pemimpin Munafik ! Kedua-dua situasi tidak lain membuat bencana di Bumi Allah !

Kita mahu transformasi untuk diri PM jua !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2014 at 5:45 PM

saya dh lambat bising dlm blog chedet. mungkin tun sgt busy susah nk keep track.

ape pn saya risau dh agak terlambat. sepatutnya suara tun kedengaran sebelum pau. kini berlainan dgn pak lah bkn semudah tu utk singkirkan najib.

cuba dgr ape kata kj mengikuti suara keras tun hari ni. semua kabinet menteri2 yg dipilihnya adalah org kuat dia. sekiranya ada cara lain saya xkan begitu kerap suarakan parti baru. dgn suara tun adakah masih ada harapan buat umno.

kita di era pemimpin dpt buat apa saja mereka suka walaupn terang2an ape dia buat salah. tgk selangor saja utk buktikan kata2 saya.

comment saya x semudah tu nk menyingkirkan najib. ntah najib dgr atau tidak kritikan pedas tun pn kita tidak tau. selama ni ramai yg mengkritik najib tp adakah pernah berhasil. barangkali kritikan tun akan lebih berhasil sebelum PAU.

dlm kita tumpang gembira dgn kritikan tun, maksudnya kita tidak keseorangan, saya agak synical dgn kesan yg akan terbit dr semua ni.


parti baru masih merupakan sebaik2 alternativ.


melayu hampa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2014 at 5:56 PM

aku sokong ayanda Tun dan sememangnya aku kagum dengan ketegasan dan semangat beliau yang tinggi. kita sudah banyak menegur dari sindiran hingga ke tahap biadap tapi tidak membuahkan hasil. mungkin kita terlalu kecil dilihat atau teguran teguran yang kita luahkan tidak sampai kepada najib. saperti kata Tun, najib hanya gemar mendengar dan didendangkan dengan yang baik yang kononya dia disanjung rakyat. aku sampai tak der bahasa yang dapat aku ungkapkan untuk meluahkan isi hati.

aku sangat sangat berharap mesej Tun akan sampai kepada Najib dan nak jugak aku dengar apa komen dia. tak payahlah nak ditugaskan pada kj untuk menjadi jurucakap, jelek sungguh. aku tetap akan sokong ayahanda Tun dan akan bersama beliau. alang alang mandi biar basah ..................

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2014 at 6:00 PM

@maae

pada aku no more second chance 4 najib. he has to step down. i will never ever trust him anymore. kalau dia nak transform biarlah selepas dia berundur. telah banyak kerosakan yang dilakukan dan akan terus melakukanya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2014 at 6:03 PM

@usin

mintak maaf bang, abang "like" yang mana satu. artikel Tun ker atau artikel admin?

maaf yer bang, bergurau jer. selamat hari raya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2014 at 6:28 PM

menteri sukan senyum je ... tak nak komen apa2 ke YB?

....................
Reply To This Comment ...................
dontortoise
August 18, 2014 at 8:07 PM

Tepat sekali TEGURAN Tun M..saya sangat bersetuju !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2014 at 8:09 PM

6:28pm...shut up!! really shut up!! mungkin ini le komen menteri sukan kot....kuikuikui...


azhar

....................
Reply To This Comment ...................
August 18, 2014 at 8:43 PM

Betul. Cuma PRU 14 sahaja lah ! Jika sekarang, kalut nanti. Kita bagi chance ( kata P.Ramlee ) ..

Dalam barisan nya, siapa yang layak ? Setakat yang kita perhatikan, banyak populis dari berkerja yang menampakkan hasil, tak gitu?

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
August 18, 2014 at 8:51 PM

Kalau tak ada pemimpin lain yang tegur Najib bererti menteri-menteri kabinet hanyalah yes man. Ahli-ahli majlis tertinggi pon jenis yes man jugak.

Ahli-ahli UMNO yang naikkan semua pemimpin tersebut pula nak cuci tangan macam tu je ke? Tak ada ke terasa diri turut sama bersalah? Baru kena sogok duit RM200 je (sewaktu PAU yang lepas) terus lupa nasib Agama, Bangsa dan Tanahair. Ada sesetengah sebab dapat t-shirt free terus je hilang ingatan. Nasib dan masa depan anak cucu tergadai sebab rasuah sehelai t-shirt.

Bila Tun M menegur, ahli UMNO jangan pandai mangangguk mengiyakan saja kritikan Tun M. Kena ambil tindakan. Kita bukan lagi dijajah. Kita dah merdeka. Ketua UMNO adalah seseorang yang melaksanakan tanggungjawab sesuai dengan jawatan di pegang. Ketua UMNO bukan tuan kita. Kita bukan hamba abdi kepada sesiapa. Kita telah merdeka semenjak tahun 1957!!

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
August 18, 2014 at 9:17 PM

1) Setiap kali ditegur maka akan ada pengumuman oleh Najib untuk membantu melayu/bumiputera. Pengumuman itu hanya tinggal pengumuman tanpa disusuli tindakan.

2) Semuanya adalah kerana wang. Jika tiada wang semua orang tak akan gembira terutamanya rakyat marhaen.

3) Point #30 menjelaskan kenapa adanya peningkatan harga barangan / perkhidmatan. Menaikkan gaji minimum untuk pekerja TIDAK mahir daripada RM500 terus kepada RM900 amat membebankan bagi usahawan dan boleh membunuh perniagaan baik besar mahupun kecil. Sudahlah waktu dan hari kerja singkat maka produktiviti tak dapat ditingkatkan. Oleh sebab itu, untuk menjimatkan kos, ramai peniaga menggaji orang asing yang sanggup bekerja lebih masa dengan gaji minimum RM900 berbanding orang tempatan.

4) Kerajaan sepatutnya sudah lama menolak terus TPPA.

5) Jihad ekonomi perlu dilakukan dengan tindakan bukan dengan hanya slogan. Harap ada orang MARA, PUNB, PNS dll agensi kerajaan yang rajin membaca. Tolong tubuh satu unit dalam agensi anda untuk cari balik usahawan2 bimbingan anda semua yang menghadapi masalah untuk membuat pembayaran balik. Bimbing mereka semua untuk kembali bangkit. Kemudian barulah buat program2 usahawan untuk menarik usahawan baru.

6) Kerajaan perlu kembalikan Kementerian Pembangunan Usahawan.

7) Akta2 pencegahan perlu dikembalikan demi keamanan dan keharmonian negara ini.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
August 18, 2014 at 9:38 PM

Dato-dato sudah mula bersuara ?

http://sskeruak.blogspot.com/2014/08/tun-dr-mahathir-has-lost-track-of.html

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2014 at 10:20 PM

Tahniah Tun Mahathir...

Kerana Tun M Dah Selamatkan Anwar..Lim Guang Eng dan Mat Sabu drp terus digasak oleh Para Blogger...

Hadi Awang, Nik Ajis dan Pengkhianat PAS dah boleh tarik Nafas Lega...

Laa Isu dah Beralih Arah... Back to square One.. Najib dan Rosmah?????

Ingatkan Haji Hadi, Nik Ajis dah nyanyok rupa2 nya Tun Mahathir pon Nyanyok juga..

Inilah Bila dah dikatakan Terlalu Cerdik rupa2nya tak lah kemana pon cerdik tuuh.

Tak Kan Marah kat Najib tak Approve Budget utk buat Lapangan Terbang Antarabangsa kat Kedah sampai Hentam begini Rupa???

Yang Approve ISA, Akta Darurat dan Akta Hasutan dihapuskan ialah Jemaah Kabinet..

Kenaper Tak Hantam semua orang, Tun M kan ader Fail Masing2...

Bila lagi Nak dedah? Kalau Betul2 Anak Melayu dedah lah, Kalau Keturunan India tak berani lah Cakap ajer besor gegor gegor?

Pendek kata, Bila Najib Sokong Mukhriz, Tun M support Najib, Tapi Bila Najib tak support Mukhriz Tun M gasak dia..

Aper Nak Jadi kat Mesia nie, semuanya bercakap kerana Kepentingan Peribadi????

Waimma PAS, Ker , PKR ker, UMNO ker sama ajer,

Semua nie Nak kena Main dengan Parti DAPings Babi Haram jaddah tuu.

Isu-isu tuu Isu Lama, Tegurlah tapi kenapa sekarang????

Kalau Tun M benar2 Jujur, Tun M tolong beri cadangan supaya Najib digugurkan Jawatan, Dipecat, Dinyahkan tapi mestilah dengan sebab menasabah, keputusan Ramai Yang Buat kenapa Najib Razak sorang sajer yang Bersalah?

Tun pon bukan semua dasar semuanya betul, contoh Proton dan Eon.. Proton dah elok2 bina kereta, jual harga berpatutan, di perkenalkan EON.. Lintah darat yang hanya Tahu Menanguk di air yang keroh.. Lupa ker kita karenah Penjual Kereta Proton di show room Eon.. kena bayar duit under table kat dealer baru dapat...

Harga Kereta Proton Melambung Tinggi disebabkan adernya EON? Idea siapa, tak kira lah, kalau ikut Tun M punya kisah, Tun M jugak sepatutnya di persalahkan.. Bukankah TUN M Perdana Menteri waktu tuu????

Akhirnya EON Jahanam, Proton pon Hampir2 Bungkus Kedai.. Salah Siapa, siapa yang Bina dan siapa Yang Jahanamkan nya..

Peguam negara Lembap? Kenapa Tak Tukar? Bukankah Dia nie orang Kuat Tun M?

Bank Negara Lemah dalam mengambil tindakan kawalan kemasukan dana Asing ke dalam negara, Siapa Yang Lantik Zeti Aziz sampai begini lama? Kenaper beliau masih memegang Jawatan Gabenor? Tak ader orang lain ke yang lebih layak? BNM gagal dalam mengenal pasti dana asing yg memasuki negara bagi tujuan membantu Pakatan Rakyat?

Harap duit tabung PAS tak lah sebesar mana, ini tidak, semua tempat Bendera Baru.. sama dgn PKR .. undi depa nie siap bagi duit lagi? Mana datang nyer duit mereka nie??

Berap banyak Blogger dah dedahkan kenaper tiada satu tindakan boleh di ambil atau di ambil?

Akhir kata Luu Pikir Lah Sendiri....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2014 at 10:29 PM

salam,

saya ucapkan tahniah kepada bro din kerana perjuangan bro selama ini berada dilandasan yang benar. boleh dikatakan, bro mendahului TDM dalam menyampaikan kritikan membina terhadap kerajaan di bawah tadbir ketua ah jib gor. TDM berusaha secara halus dan memujuk serta menyindir halus, tetapi bro berterus terang dan melawan arus para blogger penyokong umno tegar 100% benar.( mereka meletakkan ah jib gor pemimpin terbaik umno sehingga tiada yang layak untuk ganti walaupun memang teruk dalam pentadbirannya, pemimpin umno lain disumbat dengan rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. ah jib gor akan muncul bila keadaan terkawal (playsafe), dan pemimpin umno lain telah dibodohkan, maka muncul ah jib gor sebagai penyelamat keadaan, clueless).

selepas ini jika ada yang mengutuk, mengata TDM, maka mereka masih lagi bersikap menafikan keadaan. mungkin mereka hanya minum di kedai makan mewah, kawasan mewah dan bukan berada di kawasan sepatutnya. moga lebih ramai lagi blogger yang berani untuk bercakap benar dan berkata benar, menulis perkara benar. jika asyik layan para penasihat, maka hayat umno tak lama. para blogger penyokong umno jangan lupa sejarah. bodek yang teramat seperti yang berlaku di zaman pak lah, telah menjatuhkan pak lah. ah jib gor pun tak mampu meningkatkan undi walaupun beliau yang membeli jiwa rakyat. baca balik sejarah, jangan ulangi kesilapan lampau. banyak membaca, berfikir dan bukan membodek dan mengampu. pujilah ah jib gor kalu dia melakukan perkara yang betul, tetapi jangan spin fakta jika memang beliau buat silap.

....................
Reply To This Comment ...................
August 18, 2014 at 10:51 PM

Ok kita sepakat tak mahukan najib dan akhirnya dapat sokongan dari tun seperti yg kita semua harap2kan.Tapi saya tak nampak jalan macamana kita nak jayakan usaha murni kita,dengan ketua2 cawangan,bahagian,majlis tertinggi dan menteri kabinet yg dikuasai oleh majoritinya orang2 najib.Untuk gerakkan akar umbi timing yg paling baik adalah sejurus sebelum PAU.

Cuba kita kaji bagaimana paklah diturunkan dulu,mungkin boleh digunapakai untuk najib pula.

....................
Reply To This Comment ...................
August 18, 2014 at 11:05 PM

@AnonymousTak beralih arah pun isu .... dua-dua pun boleh jalan waktu sama hehehehe ...

....................
Reply To This Comment ...................
August 19, 2014 at 12:20 AM

@PakKadukhttp://sensecredaccountability.blogspot.com/2014/08/sudah-ada-dato-yang-tidak-menegur-raja.html

....................
Reply To This Comment ...................
dontortoise
August 19, 2014 at 4:18 AM

Tun M bukan PM dah bang oooi...skrg sape PM? PM kena betul2 jadi PM la..bukan Pak Menurut atau Pak Mengangguk je...lembik mcm pondan..itupun lu ada hati nak bela sambil kutuk balik orang yg menegur? Nampak sgt lu antara pembodek yg ajib..

Lu fikirla sendiri..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 19, 2014 at 5:00 AM

Saya ingin tahu mgapa pm tak approve lpg trbg d kedah? Dan mgapa tidak d appove sbb itu negeri mukhriz??? Wa pu se tau. Cer cita

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 19, 2014 at 6:52 AM

Bank Negara Lemah,Siapa yang lantik Govenor Bank Negara?Peguam Negara lembab. Dia orang kuat Tun?,,,,,,,,,,,,,Bukankah Tun dah bersara lebih dari satu dekad?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 19, 2014 at 7:30 AM

@tobeng

betul.

kita jgn seronok saja. masalahnya mcm mana mahu singkirkan najib.

kes kali ni amat berlainan dgn kes paklah. even org cina x suka paklah.

tp org cina sgt lah bodoh kalau x menyokong najib dan mereka bkn org bodoh.

laluan berliku dan sukar. kalau pn dgn tun m, saya x rasa najib akan tersingkir.

kritikan tun sudah agak terlambat.


melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 19, 2014 at 9:20 AM

maaf diterima saya makcik saya suka apa yang tun tegur memang benar melayu perlu ditegur untuk sedar siapa dia terima kasih tun terima kasih sekali lagi

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 19, 2014 at 10:04 AM

Tak Kan Marah kat Najib tak Approve Budget utk buat Lapangan Terbang Antarabangsa kat Kedah sampai Hentam begini Rupa???
Jawapan : Bodohlah Najib jika dia x luluskan projek buat Lapangan Terbang Antarabangsa kat Kedah kerana ianya menjana pendapatan dan ekonomi terutamanya rakyat negeri Kedah
Yang Approve ISA, Akta Darurat dan Akta Hasutan dihapuskan ialah Jemaah Kabinet..
Jawapan : Semasa pemerintahan mahatihr ISA, Akta Darurat dan Akta Hasutan yang ada menyebabkan rakyat hidup aman damai dan semasa Najib memerintah ISA, Akta Darurat dan Akta Hasutan dihapuskan, tahukan Najib bahawa kemarahan rakyat terhadap kaum yang lain umpama api dalam sekam?
Pendek kata, Bila Najib Sokong Mukhriz, Tun M support Najib, Tapi Bila Najib tak support Mukhriz Tun M gasak dia..
Jawapan : Politik adalah dunia persepsi, rakyat menilai kebolehan,kempimpinan, ketegasan, keadilan,
Najib adalah pemimipin yang dilihat sebagai liberal, hak kesamarataan, islam tergolong sama seperti agama kristian,buddha dan hindu dan tidak dilihat membela bangsa nya.
Mukhriz pula dilihat sebagai pemimpin yang memperjuang dan memartabatkan agama islam, ekonomi ,pelajaran, hak dan perpaduan orang melayu dan ummah (umno dan PAS bersatu, contohnya)
Jadi siapa pilihan anda?
Tun pon bukan semua dasar semuanya betul, contoh Proton dan Eon.. Proton dah elok2 bina kereta, jual harga berpatutan, di perkenalkan EON
Jawapan : Semasa pemerintahan Mahathir, Proton dan EON adalah maju, berkembang, penjana ekonomi dan memberi peluang pekerjaan kepada orang melayu terutamanya rakyat Kelantan yang setiap kali PRU balik kampung dan majoritinya mengundi PAS.
Harga Kereta Proton Melambung Tinggi disebabkan adernya EON?
Jawapan : Semasa pemerintahan Mahathir, harga Proton adalah rendah berbanding kereta Jepun.
Akhirnya EON Jahanam
Jawapan : Adakah semasa pemerintahan Mahathir EON Jahanam ?
Peguam negara Lembap? Kenapa Tak Tukar? Bukankah Dia nie orang Kuat Tun M?
Jawapan : Adakah dia dilantik semasa pemerintahan Mahathir?
Bank Negara Lemah dalam mengambil tindakan kawalan kemasukan dana Asing ke dalam negara, Siapa Yang Lantik Zeti Aziz sampai begini lama?
Jawapan : dibawah pengurusan Zeti Aziz ekonomi negara adalah surplus, kemasukan dan kawalan dana asing memerlukan kerja berpasukan dan siapakan pemimpin mereka?
Siapakah yang memimpin sesebuah pasukan itu?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 19, 2014 at 10:54 AM

i like brada.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 19, 2014 at 3:20 PM

Anonymous August 19, 2014 at 10:04 AM

silalah baca ini..
http://www.thestar.com.my/business/business-news/2014/03/20/rising-household-debt-it-hits-new-record-of-868-of-gdp-on-loans-for-properties-and-motor-vehicles/

http://www.thestar.com.my/Business/Business-News/2014/03/22/What-if-the-household-debt-to-GDP-hits-100/

Luu pikiaqlah sendiri

....................
Reply To This Comment ...................
August 19, 2014 at 3:23 PM

Mungkin Ada Sebabnya Tun Mahathir Menegur Najib... Yang Baik Kita Ikut Yang Buruk Kita Buang...
http://www.utaranews.com/2014/08/mahathir-tegur-najib-demi-kebaikan.html

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2014 at 11:34 AM

Itulah kuasa namanya Din..org akan bergayut di bwh org yg memegang kuasa walau si pemegang kuasa itu lembik...ada ganjarannya, mewah dapatannya, tinggi nilainya, panjang keberhasilannya, tdk habis memakannya, bertimbun hasilnya, berat kantongnya, senang hidupnya, mudah urusannya,.............dia tak kira apa nakjadi...kan?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 30, 2014 at 8:39 PM

teringat kata perdana menteri singapore suatu ketika dahulu...suatu hari nnti umat melayu di tanah melayu akan jadi....di negara sendiri. dah mulai nmpak pada pemerintahan kini. fikir2kanlh...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 17, 2014 at 4:53 PM

sebagai remaja..saya malu baca sebahagian daripada komen yang ada kat atas..pada pandangan saya ,apa yang TDM tegur ada betulnya..kalau TDM tak tegur PM kita..sapa lagi yang nk tegur? tak ada yang perfect kat dunia ni..segala kelemahan yang TDM buat time beliau memimpin dulu tak sepatutnya diungkit kembali..dan kita tak sepatutnya mengkaitkan teguran TDM dengan benda yang kita tak tahu kebenarannya..apa yang saya faham..kita ni da dikira bruntung sebab TDM still ambil berat pasal kita. .

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 23, 2014 at 9:46 AM

Ada yg bernas ada yg berNAFSU.....pandangan serta teguran TDM itu adalah utk kebaikan bangsa.Jgn melihat sesuatu dari sudut yg amat sempit.....maka sempit jua lah hasilnya.Pemimpin yg lemah harus di tolak,berbilion bertukar tangan sekelip mata....mana tunjang pejuang bangsa? Tanya lah hati kalian.....apakah salah memperjuangkan BANGSA MELAYU? Ingatlah...ini adalah tanah tumpah darah kita, teguran TDM itu bukan pandangan sehala....fikirkan sejenak intipatinya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 18, 2014 at 12:18 PM

Salam,pentingkan atau lebihkan bangsa sendiri dahulu daripada bangsa lain.orang melayu akan diam membisu it only.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 27, 2015 at 9:34 PM

Bgus ..jgn biarkan org yg berasa bagus trus di atas

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 27, 2015 at 9:39 PM

Ya betul tu..TDM boleh ja berdiam kan diri klau beliau x mgambil berat tentang kita

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 9, 2015 at 8:46 AM

Sama jer. Masa zaman Tun pun dulu, mana ada menteri kabinet berani tegur. Sekarang, bukan sahaja pembangkang, media Tun si A dan media sosial yang berlambak boleh tegur PM kita. Apa bezanya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 15, 2015 at 5:04 AM

DT: Apa kata kita minta TDM bagi pujian melangit kat DS Najib pulak lepas ni. Saya pasti ada juga org yg akan marahkan TDM..Mengapa ianya berlaku juga?? Kerana inilah Fitrahnya Manusia, sentiasa tidak akan berpuas hati dgn apa yg terjadi..kalau dgn Allah swt pun tidak bersyukur, mana mungkin dianya akan berterima kasih pada manusia yg bernama TDM..Jadi biarkan shj manusia2 sebegitu krn Allah swt telah pun memberitahu kpd kita ttg manusia2 jenis ini iaitu, Firman Allah di dalam surah Al Kafirun yg bermaksud: Untukmu agamamu dan untuk akulah Agamaku..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 22, 2015 at 10:22 AM

i love TUN M. Dia tak nyanyuk okay! yg sokong PIEM tu diam diam jerlah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 29, 2015 at 12:52 AM

Lu sokong najib lebih2 duit brim masuk akaun lebih .kot.....melayu mudah lupa...hidup tun mahathir mohammad.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2015 at 12:03 AM

Tq coz jwb smua tuduhan dungu...luv malaysia

Post a Comment