........... TAHNIAH Datuk Azhar ! Ini Baru DiKatakan Bos Yang Bertanggungjawab Sepenuhnya ... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

TAHNIAH Datuk Azhar ! Ini Baru DiKatakan Bos Yang Bertanggungjawab Sepenuhnya ...

Tuesday, August 19, 201414comments

Ingat tadi nak sambung tulis mengenai surat teguran Tun, sedang duk cari artikel2 untuk dibuat rujukan, terbacalah berita terkini di bawah -


KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Wira Azhar Abdul Hamid hari ini mengumumkan meletakkan jawatan susulan kemalangan di tapak pembinaan yang meragut tiga nyawa yang berlaku pada Isnin.

"Sebagai ketua MRT Corp, saya mengambil tanggungjawab peribadi dan ini adalah perkara yang seharusnya dilakukan. Saya telah memaklumkan kepada Pengerusi MRT Corp, Tan Sri Dr Ali Hamsa mengenai keputusan saya itu," katanya. - astroawani.


Ini baru betul dikatakan mengambil tanggungjawab sepenuhnya !

Dan ini juga perkara yang seharusnya dilakukan oleh bos yang mengaku bertanggungjawab..

Bukannya mengaku sebagai bertanggungjawab sepenuhnya kemudian beri arahan - Siapa gagal, sila berundur !  

Datuk Azhar tidak pula sibuk meminta orang lain yang berkaitan dengan projek itu supaya berhenti, menuding jari kesana sini mencari kambing hitam bla bla bla ..... 

Maksud saya, kalau tak berani, jangan mencabar. Dan kalau dah mencabar tu .... jangan cakap banyak, sendiri tunjukkan contoh.

TAHNIAH Datuk Wira Azhar ! Saya tabik kepada Datuk...

Share this article :

+ comments + 14 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 19, 2014 at 8:37 PM

tuju kat KJ ke tn

....................
Reply To This Comment ...................
August 19, 2014 at 8:57 PM

@Anonymousdok eeehhhh..... secara umum tuh. Tapi kalau KJ nak terasa, kira bagus juga.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 19, 2014 at 9:06 PM

Syabas CEO berjiwa besar..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 19, 2014 at 9:40 PM

kalau diri sendiri dah perasan bagus, payah nak sindir sindir. mungkin bila dia baca kat kepala dia apa yang dibaca tuh untuk orang lain sebab dia perasan dia tuh bagus. silap silap dia pun cakap macam tuh jugak : "Siapa gagal, sila berundur !". kalau dia perasan yang ungkapan itu ditujukan pada dia, itu adalah satu bonus.

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
August 19, 2014 at 11:07 PM

sebagai mewakili KJ, saya terasa pedih ulu hati......kihkihkih

....................
Reply To This Comment ...................
Pinhai
August 20, 2014 at 12:01 AM

Sdra Din, pemimpin/CEO sebegini jarang-jarang terjumpa di Malaysia. Saya amat kagum Datuk sebegini...respects, Sir!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2014 at 12:28 AM

Tetapi sebaliknya CEO di Perwaja Kemaman (Keling Paria) dan Gurun pula, dah dua kali Perwaja mengalami masalah yang begitu besar tetapi tak letak jawatan jugak. Lagi nak tunggu kerajaan top-up masalah kewangan yang dihadapi. Mentang-mentang Perwaja dibawah GLC ? Yang menjadi mangsa pekerja bangsa Melayu hampir-hampir 3,000 pekerja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2014 at 2:21 AM

Menteri plg syiok sindri. Itulah kabinet najib. Picisan tak layak jadikan menteri sukan. Kalau ada sukan bodek misti menteri ni perform

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2014 at 2:22 AM

Tahniah apa Bro Din, sub-con yang terlibat dalam kemalangan ini ada lah member dia. Dia sepatut dia buang kerja kerana memilih syarikat sub standard untuk buat kerja yang perlu standard work ethic yang tinggil. Tengok muka pun kita tahu,macam ular sawa dah kenyang! Dah banyak kumpul duit semasa memegang jawatan ini. Sampai malas nak pasti kan mutu kerja MRT at the highest integrity!


alfie

....................
Reply To This Comment ...................
August 20, 2014 at 7:23 AM

Melayu berjaya dan sedar diri tentu sahaja tahu bertanggungjawab. Yang tidak amanah ialah sokongan di bawah nya, membawa rebah. Benar, kemalangan berlaku tetapi motto " Keselamatan Di Utamakan " tidak di hayati kerana projek "mesti SEGERA" di siapkan. Kerja berat begitu lah risiko nya.

Jika melibatkan kemalangan awam, agak nya apa terjadi ? Tentu sahaja kalut satu Malaysia ! Pihak pembangkang gerenti bising macam kumpulan ayam belanda di sergah !

Apa pun, moral CEO ini mesti di contohi terutama dalam politik. Perkara sebegini menjadikan CEO tersebut lebih berhati-hati dan matang. Maka kematangan menjulang kita menduduki persada kejayaan.

Bukan kelentong siang malam !

....................
Reply To This Comment ...................
August 20, 2014 at 7:34 AM

@AnonymousSaya tak sentuh cara etika beliau bekerja kerana sya tidak kenal dan tidak tahu. Saya cuma komen bab dia cepat bertindak berhenti atas dasar tanggungjawab.

Panjang la pulak cerita kalau nak baca seluruh buku :))

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2014 at 7:43 AM

Anon 2.22. Cara anda tulis seolah olah anda tahu detail. Tapi tak elok tengok muka anda dia dah banyak kumpul duit.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2014 at 8:33 AM

Kalo dari segi track record dan KPI, sepatutnya ramai menteri yang patut letak jawatan. Antaranya ialah :

1. Hasan Malek - kegagalan mengawal kenaikan kos harga barang yang naik secara mendadak dan penyeludupan diesel bersubsidi

2. KJ - kegagalan kontinjen Komanwel Glasgow 2014 dan prestasi merosot sukan harapan negara seperti bola sepak, badminton, hoki dan lain-lain sukan yang dahulunya hebat kini telah suram

3. Hishammudin - mencari kotak hitam MH370 di lokasi yang tidak tepat sehingga mengakibatkan negara kerugian berbilion ringgit dan menolak 100% teori rampasan/konspirasi tanpa siasatan terlebih dahulu

4. Idris Jala - kegagalan PEMANDU dalam memahami aspirasi rakyat dan mengeluarkan idea yang meresahkan rakyat di peringkat bawahan

....................
Reply To This Comment ...................
August 20, 2014 at 11:29 AM

Dalam article ini saya tertarik pada info berkenaan Tan Sri Dr.Ali Hamsa Pengerusi MRT Corp. Ali Hamsa KSN tu kan? Dah jadi KSN iaitu ketua pada penjawat awam macam boleh jadi Pengerusi pada satu syarikat swasta/GLC. Boleh pulak jadi mcm 2 ya? Ini pon penjilat Ah Jib Gor tak nampak?

Post a Comment